Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
24Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki

Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki

Ratings: (0)|Views: 3,631|Likes:
Published by Akhi Muhammad Aiyas
Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki disediakan oleh guru pelatih PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 dari IPG KaDRI
Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki disediakan oleh guru pelatih PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 dari IPG KaDRI

More info:

Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Oct 13, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/23/2013

pdf

text

original

 
 KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI)Halaman
|
1
 
Hoki merupakan salah satu permainan popular di dunia. Ia mula dikenali di peringkatantarabangsa pada tahun 1890-an dan telah menjadi satu sukan demontrasi di Sukan Olimpikpada tahun 1900 di Paris. Ia telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun1928 yang diadakan di Amsterdam. Selepas 100 tahun permainan hoki diperkenalkan sebagaisatu permainan antarabangsa, banyak perubahan yang berlaku dalam peraturan, gaya bermaindan alatan tanpa menukar bentuk asal atau ciri-ciri permainan.Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang panjang dan menarik iaitu bukti pertamamenunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 ribu tahun yang lalu. Salah satudinding makam Bani Hasan di Mesir yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menunjukkan sebuahlukisan yang menggambarkan dua orang melakukan aktiviti seperti dalam permainan hoki.Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai bahawa hoki telah wujud di Paris, Greece danRome berdasarkan arca dinding yang telah ditemui.Di Scotland, hoki dikenali sebagai shinty, di England dikenali dengan nama commockmanakala di Wales hoki dikenali sebagai banty. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawaperkataan hoki diambil sempena daripada permainan yang digunakan di Perancis, iaitu hoquet.Pada pertengahan tahun 1800-an, hoki menjadi popular di sekolah-sekolah England dan padawaktu itu juga penubuhan beberapa kelab hoki seperti Kelab Hoki Wimbledon (1883) danBlacheath (1861).Pada tahun 1800-an, pemain menggunakan bola gabus atau getah yang dibungkusdengan tali yang berlapis-lapis. Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang diwarnakan catputih sekitar tahun 1875. Kayu hoki pula diperbuat daripada kayu ash atau oak yangmempunyai lengkung semula jadi di hujungnya. Gelanggang hoki yang digunakan pula adalahberukuran 150 meter panjang dan 180 meter lebar manakala pintu gol didirikan menggunakandua tiang gol berjarak sembilan meter.Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey Association (BHA) padatahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgiumdan Perancis. Pada tahun 1894, perlawanan hoki antarabangsa pertama telah berlangsungantara England dengan Ireland dan seterusnya mula berkembang ke negara-negara lain.Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan dihentikan
1.0 PENDAHULUAN
 
 KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI)Halaman
|
2
 
seketika disebabkan Perang Dunia Kedua. Di negara Asia, permainan hoki muladipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di Tokyo.Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah pentadbiranMajlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini, pertubuhan sukankebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeritermasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan.Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa antaranya ialahSukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. Sehingga hari ini, Malaysiamerupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan dirike Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.
2.1 Padang hoki
Padang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meter panjang dan 55 meterlebar. Garisan panjang dikenali garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisanbelakang. Pintu gol diletakkan di atas garisan belakang.
2.0 PERALATAN PERMAINAN HOKI
Rajah 1 :
Padang hoki
 
 KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI)Halaman
|
3
 
2.2 Pintu gol
Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang gol tengah yangdisambung dengan satu tiang mendatar
(crossbar).
Jarak di antara dua tiang tengah adalah3.66 meter manakala ketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat dengan warna putih.
2.3 Jaring
Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia mempunyai
“mesh” 
 berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.
2.4 Tiang bendera
Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainan dan dikenalisebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20 meter hingga 1.50 meter. Tiang inidiperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.
Rajah 2 :
Pintu Gol

Activity (24)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Hidayat Nizar liked this
Ryna Rynn liked this
noka78 liked this
Rul Mnam liked this
Suriana Kadir liked this
Taib Omar liked this
failin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->