You are on page 1of 4

KANDUNGAN PENGENALAN

o o

Definisi hutan Lokasi hutan hujan tropika

Kepentingan dan Kegunaan Hutan Hujan Tropika :


o o o o o o o

Habitat semulajadi kepada flora dan fauna Kawasan tadahan air Penutup bumi semulajadi Sebagai bunga karang dan penapis air Penstabil cuaca bumi Agen pembersih udara Sebagai tempat hutan simpanan

Langkah-langkah untuk memelihara hutan


o o o

Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke setahun

menanam semula pokok


undang-undang

KESIMPULAN

PENGENALAN Istilah hutan merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Biasanya perkataan " hutan " merujuk kepada tiga konsep yang berlainan. Yang pertama, dirian pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok. Yang kedua, seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok. Yang ketiga, seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi, termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya. Hutan tropika terdapat di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan. Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia

adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan. Hutan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Kegunaannya tidak lagi dinafikan oleh kita. Untuk melindungi hutan, kita harus sedar akan kepentingannya sebelum kita dapat menghayati dan menjaganya untuk generasi yang akan datang.

KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN HUTAN HUJAN TROPIKA DI MALAYSIA Hutan hujan tropika meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Namun demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Hutan membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik bunga, pucuk daun dan bahagian pokok lain. Selain itu, ia juga adalah satu habitat yang sesuai kepada burung-burung yang datang semasa musim sejuk. Hutan bertindak sebagai kawasan tadahan air dalam memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke sungai-sungai. Dengan itu, ia dapat memastikan bahawa bekalan air di negara kita tidak terputus sepanjang tahun. Hutan juga bertindak sebagai penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya. Kesemua ini dapat memelihara kualiti alam sekitar daripada dicemari dan mencegah kejadian-kejadian buruk seperti banjir kilat. Hutan juga berfungsi sebagai bunga karang ( sponge ) yang berongga, menyerap air hujan dan mengalirkannya perlahan-lahan ke dalam anak-anak sungai bagi mengelak kejadian banjir daripada berlaku. Ia juga akan bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air secara tidak langsung. Kitar atau edaran hidrologi yang berlaku di kawasan-kawasan hutan akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti sungai

Hutan juga berfungsi sebagai penstabil cuaca bumi dan hampir 70% daripada penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika. Semasa tumbuhan menjalankan proses fotosintesis , ianya menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen pada masa yang sama. Ini diimbangi oleh pernafasan ( respirasi ) tumbuhan dan haiwan serta aktiviti ungkaibina yang mengakibatkan penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida melalui proses karbonisasi. Pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Peningkatan pemekatan karbon dioksida di udara akan mengakibatkan masalah pemanasan dunia terjadi. Ianya akan mempengaruhi pengurangan kadar gas dan secara tidak langsung mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di atmosfera. Kehadiran gas-gas seperti karbon dioksida, Chlorofluorocarbons ( CFCS ), methane, tropospheric ozone dan nitrid oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan bumi dan menyebabkan suhu meningkat sehingga berlakunya fenomena kesan rumah hijau. Hutan juga berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses fotosintesis. Wap air yang dibebaskan melalui proses tersebut dapat menolong melembab dan menyamankan udara. Selain itu, hutan juga berupaya mengawal bahan cemar yang terapung di udara apabila pencemaran tidak begitu tinggi. Ini memandangkan permukaan dalaman daun adalah lebih besar dan mampu menyerap bahan pencemaran dengan lebih berkesan. Contohnya, hutan mampu memerangkap unsur plumbum yang tinggi di udara dan menyimpannya di dalam tanah. Hutan juga dijadikan sebagai tempat ideal untuk hutan simpanan bagi pertumbuhan semulajadi flora dan fauna. Dengan kepupusan sesetengah haiwan dan tumbuhan, hutan simpan adalah langkah penting untuk menjamin populasi sesuatu flora dan fauna daripada diancam dan mengalami kepupusan. download(1) managamaent-hutan download hutan3 tiger hutan

Langkah-langkah untuk memelihara hutan daripada aktiviti pembalakan

Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan juga disarankan untuk mewujudkan sperti tabung penanaman semula hutan,supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan . Di samping itu, undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing diwujudkan ke arah memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang . Kesimpulan : Sesungguhnya hutan begitu penting dan memberikan sumbangan yang begitu besar kepada makhluk di muka bumi. Menyedari hakikat ini hutan perlulah dipelihara dan dipulihara bagi menjamin keindahan dan keasliannya. Pelbagai pihak sama ada badanbadan kerajaan, swasta mahupun individu haruslah memainkan peranan yang penting dan menggembleng tenaga dan usaha dalam usaha untuk mengekalkan keaslian warisan alam ini. Generasi hari ini harus peka dan prihatin akan kepentingan hutan sebagai warisan alam yang amat bernilai dan terus memelihara dan memulihara keaslian dan keindahannya untuk terus menjadi tatapan dan dinikmati oleh generasi akan dating.

You might also like