High Quality
Open the downloaded document, and select print from the file menu (PDF reader required).
Aku menyambung pengembaraanku ke Chong Mek, sebuah pekan kecil di sempadan sebelah utara antara Thailand dan Laos. Sapu tangan putih hadiah darinya masih dalam genggamanku. Ia hadiah yang sangat bermakna buatku. Hadiah yang membuat aku menghargai sepenuhnya kebebasan yang aku miliki ketika ini sebagai seorang manusia. Hadiah itu kusimpan di dalam poket seluar, sampul pembalut dan suratnya aku simpan di dalam beg. Aku masih lagi tidak faham apa yang ditulisnya. Aku tukar tumpuanku kepada persekitaran sepanjang perjalanan itu. Tidak ubah seperti di Malaysia sekurang-kurang dari hal tumbuh-tumbuhan dan cuaca pada pandanganku. Wajah Iyaphan menyelit lagi.
Lambaian tangannya lembut sekali dan aku bersyukur tanggungjawabku sudah terlaksana. Aku lihat Iyaphan masih lagi menitiskan air mata. Tapi bukan lagi air mata kesedihan seperti beberapa hari yang sudah. Aku melangkah pergi diiringi oleh penduduk kampung yang tidak mampu menyampaikan kata terima kasih dalam bahasa yang aku fahami sehingga ke pinggiran kampung. Apa yang diucapkan aku tidak pasti tapi sayu bercampur gembira kedengaran kata-katanya. Sebelum aku berdiri, ibu Iyaphan memberikan aku pelukan terakhir tanda terima kasih. Bari memberikan isyarat agar kami segera beredar jika ingin tiba di Chiang Mai tepat pada masanya. Aku tidak boleh lama di sana. Cuma untuk menyerahkan Iyaphan kepada keluarganya. Sudah tentu aku tidak mampu membaca surat itu, tapi aku juga tidak akan membacanya di situ kalau-kalau Iyaphan akan merasa malu pula. Aku tidak mengharapkan apa-apa melainkan keselamatan Iyapahan dan pelaksanaan tanggungjawabku dengan sempurna, tapi aku ambil juga sampul itu. Tentu kalau boleh Iyaphan ingin memberikan sesuatu yang lebih bermakna lagi fikirku, tapi apa yang hanya termampu olehnya ketika itu hanyalah sekeping sampul dalam tulisan Thailand. Muncul dari kalangan mereka yang bersesak-sesak di situ, kini dia sudah mengenakan baju putih seperti adatnya anak dara kaum Karen. Penduduk kampung yang lain turut mengerumuni rumah ibu Iyaphan, Ibu Iyaphan duduk di sebelahku, masih tersenyum, Iyaphan sudah hilang ke dalam rumah. Adik-adik Iyaphan, aku kira enam orang semuanya, memandangku penuh kehairanan. Semua adik perempuan Iyaphan juga memakai baju putih yang sudah kelabu. Aku tidak naik ke rumah, cuma duduk pangkin bersebelahan dengan lesung penumbuk padi mereka. Ibu Iyaphan mencapai dan menarik tanganku menuju ke pondok mereka yang hampir keseluruhannya diperbuat daripada kayu-
kayan dan daun-daunan, buluh untuk tangga, dinding dan lantai, kayu untuk tiang rumah daun kelapa untuk bumbung. Ibu Iyaphan dengan air mata yang masih bergenang tersenyum memandang. Pertemuan mereka sangat memilukan sekali. Penuh dengan esak tangis dan air mata. Bukan ibu Iyaphan sahaja yang sedemikian malah seisi kampung itu. Kami mula dikerumuni oleh penduduk kampung itu, tua, muda, kecil, besar, lelaki, perempuan. Iyaphan dan ibunya berpeluk-pelukkan. Anak perempuan yang masih kecil dan tidak faham apa yang berlaku itu pula turut sama meraung. Ibu Iyaphan berlari-lari anak sambil mendukung anak perempuannya yang masih kecil ke arah kami. Sudah tentu ada yang menyampaikan berita ketibaan kami kepadanya.
Bari memberitahu kami akan tiba di kampung Iyaphan pada waktu hampir tengahari. Kami tidak boleh lama di sana kerana perjalanan pulang juga akan mengambil masa yang hampir sama lamanya. Di sesetengah kawasan padi huma kelihatan penduduk kampung sedang memotong padi, memang musim menuai ketika itu. Matahari terik menyinari kepala kami semasa melalui kawasan padi huma penduduk di kawasan taman negara itu. Sungguh aman dan tenteram sekali rasanya. Bajuku sudah basah lencun, aku lihat Iyaphan pun sama. Iyaphan kelihatan lebih bersemangat dengan semakin hampirnya kampungnya. Iyaphan sentiasa berjalan mendahuluiku. Sebelum memulakan perjalanan Bari singgah di rumah ketua kampung untuk meminta izin dan memberitahu yang kami akan memulakan perjalanan. Kami cuma bersarapan ringkas, tidak ingin membuang masa kata Bari. Walaupun ringkas tapi mengenyangkan, memadai buatku dan sudah tentu buat Iyaphan. Sudah terlalu lama rasanya tidak merasa pengalaman seperti itu. Selepas Iyaphan aku pula mengambil giliran mandi di telaga, sejuk, nyaman dan menyegarkan. Aku sibuk mengambil gambar sementara menunggu giliran untuk membersihkan diri dan bersarapan pagi. Aku tahu aku tidak akan dapat menyambung tidurku lagi dan mengambil keputusan untuk mengambil gambar mereka melaksanakan tugasan mereka setiap kali fajar menyinsing. Aku masih merasa mengantuk sebenarnya apabila dikejutkan oleh keriuhan bunyi lesung menumbuk padi anak-anak dara kaum Karen, tapi apakan daya itu adalah adat mereka.
Aku cuma dapat melelapkan mata setelah Iyaphan kedengaran tidur dengan nafas yang teratur di sebelahku. Itu sahaja yang dapat aku lakukan untuk membantu sesama manusia. Aku usap rambutnya sambil dia mengerekot di dalam pelukanku. Tubuhnya menggigil walau selimut sudah dua lapis menutupi tubuhnya. Aku segera mengejutkan dia tidak ingin mengganggu tidur penduduk kampung yang lain dengan jeritannya. Dari kegundahan itu tiba-tiba tercetus jeritan kecil dan Iyaphan tersentak dari pembaringan. Aku memerhatikan Iyaphan yang mungkin bermimpi buruk dan tidak semena-mena menjadi
Tidak banyak derma yang mampu aku beri selepas persembahan mereka itu. Memang menarik sekali bagi kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman dengan pendidikan yang tidak mencukupi dan kelengkapan hidup yang tidak memadai. Mereka mula menyanyi dan menari dengan di iringi dentingan gitar Bari. Aku tidak tahu apa yang ingin mereka lakukan tetapi mereka mula berkumpul di hadapan kami dalam susunan yang teratur. Kanak-kanak muncul dari kegelapan malam ketika Bari dan aku duduk berbual bersama beberapa orang lelaki penduduk kampung itu. Bari menjadi penterjemahku tapi tidak banyak yang kami bualkan. Iyaphan masuk tidur sebaik sahaja selesai makan malam. Kami semua keletihan ditambah pula dengan makan malam yang disediakan oleh Bari, kami makin cepat mengantuk, tapi aku tidak mahu melepaskan malam yang menarik itu berlalu begitu sahaja. Selesai makan malam kami duduk di pangkin hadapan pondok. Setelah berehat seketika dan sebelum hari gelap aku melawat sekeliling kampung mengambil gambar yang fikirku menarik, gambar tentang belenggu kemiskinan. Aku masih mampu tersenyum melihat gelagat anak-anak kecil kaum Karen yang tercengang melihat aku. Iyaphan pula duduk mendiamkan diri di sudut pondok di mana kami akan menumpang malam itu. Walaupun keletihan dan berjalan di bawah panas terik matahari kami tiba di destinasi pada pukul 4.30 petang.
Aku diberitahu yang kami akan berangkat menggunakan kenderaan pacuan empat roda pada pukul 7.30 pagi ke Doi Inthanon. Sementara berbicara sebentar dengan penyambut tetamu tentang keperluan untuk di bawa semasa perjalanan ke Doi Inthanon aku biarkan Iyaphan tidur dan meminta makan dan minumnya dihantar ke kamar. Aku bernasib baik kerana soal penginapan di Chiang Mai dan perjalanan ke Doi Inthanon sudah aku uruskan dengan agensi pelancongan semasa di Bangkok lagi. Setibanya kami di Chiang Mai, sudah ada yang menunggu kami di stesen bas. Bas tiba di Chiang Mai dalam pukul 2.00 pagi. Bas berhenti di beberapa tempat untuk memberi peluang kepada penumpang makan dan ke bilik air. Tapi aku tidak ada hidangan yang aku mampu jamah kerana tidak ada kepastian tentang status halalnya. Aku cuma mengisi perutku dengan air mineral dalam perjalanan itu. Iyaphan pula aku biarkan tidur senyenyak-nyenyaknya. Semua roti dan biskut yang diberikan oleh pelayan di dalam bas itu aku simpankan untuk Iyaphan. Mungkin kerana dia tahu dia sudah tiba ke negara tanah tumpah darahnya, tenang sekali dia aku lihat semenjak ketibaan kami di Bangkok 2.00 petang tadi.
Add a Comment