dinyatakan dalam Seksyen 1 didalam Jadual Pertama didalam Perjanjian ini DIANTARA pihak yang nama, butiran lengkap dan alamatnya seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2 didalam Jadual Pertama (selepas ini disebut sebagai \u201cPihak Pertama\u201d) di satu pihak DAN pihak yang nama , butiran lengkap serta alamat seperti yang diyatakan dalam Seksyen 3 dalam Jadual Pertama {selepas ini disebut sebagai \u201cPihak Kedua\u201d) disatu pihak yang lain
A Pihak Pertama adalah seorang ahli berdaftar didalam Persatuan Usahawan Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (No. Pendaftaran 1669-07-KDH) yang beroperasi di alamat No. 123, Lorong Putra A/1, Pusat Perniagaan Putra, Kilang Lama, 09000 Kulim, Kedah (selepas ini di rujuk sebagai \u201cPUSHPIAM\u201d).
B. Pihak Kedua ialah sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dan secara aktif menjalankan perusahaan dan memperkembangkan projek industri agropolitan pembangunan dan pengembangan \u201cmembudidayakan\u201d (\u201ccultivation\u201d), pengumpulan dan pengambilan Sarang Burung Layang-Layang. Walit \u201cSwiflet\u201d (juga dikenali sebagai \u201cAerodramus Fuciphagus\u201d).
C. Pihak Kedua telah menyediakan satu laporan berkaitan Projek tersebut kepada PUSHPIAM dan pada dasarnya PUSHPIAM bersetuju dan berminat dengan unjuran laporan yang disediakan yang pada asasnya adalah untuk membantu ahli-ahli yang berdaftar dibawah PUSHPIAM yang menawarkan Pakej Usahasama secara bijak kepada ahli-ahli berdaftarnya yang berminat (selepas ini disebut sebagai \u201cPakej Usahasama\u201d).
D. Melalui satu Perjanjian ,PUSHPIAM telah bersetuju dan melantik pihak Kedua sebagai Pengurus Projek khas untuk membina , menjalankan , mengurus dan menyempurnakan Projek Pembangunan dan Pengembangan \u201cmembudidayakan\u201d dan Pengambilan Sarang Burung Layang-Layang Walit (selepas ini disebut sebagai \u201cProjek \u201c) sebagai salah satu daripada program aktiviti PUSHPIAM.
F. Pihak Kedua dengan ini menyatakan dan menawarkan pembahagian tawaran Pakej Usahasama dalam bentuk pembahagian SERATUS (100) unit Lot perkongsian yang berjumlah Ringgit Malaysia: SERIBU LAPAN RATUS (RM1,800-00) sahaja bagi setiap satu (1) unit Lot (selepas ini disebut sebagai \u201cLot\u201d).
ekar (selepas ini dirujuk sebagai \u201cTanah\u201d) dan diatas persetujuan PihakKedua dan dipersetujui oleh PUSHPIAM, Bangunan Rumah Burung Layang-layang untuk Projek tersebut akan dibina diatas Tanah tersebut (selepas ini disebut sebagai \u201cTapak Projek\u201d).
(selepas ini disebut sebagai \u201cTapak Projek\u201d) untuk membolehkan Pihak Kedua untuk menjalankan Projek tersebut diatas Tapak Projek untuk tempoh selama 30 tahun sahaja yang berkuatkuasa dari (tarikh????)
I. Pihak Pertama berminat dan bersetuju untuk melabur dan menyertai Projek tersebut tertakluk kepada Pakej Usahasama yang ditawarkan dan akan tertakluk kepada syarat- syarat dan terma-terma yang dipersetujui didalam Perjanjian ini
Pihak Pertama dengan rela hati bersetuju untuk menyertai pelaburan dalam Pakej Usahasama yang ditawarkan oleh Pihak Kedua dan Pihak Kedua dengan ini besetuju untuk menerima penyertaan pelaburan Pihak Pertama dalam Pakej Usahasama didalam Projek ini tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung dalam Perjanjian ini.
Pihak Kedua, (Penerimaannya diakui oleh Pihak Kedua) Pihak Pertama dengan ini menyertai pelaburan dalam Projek tersebut dan Pihak Kedua menyatakan dengan ini akan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Pihak Kedua seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini
Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju dan tertakluk kepada peruntukan perenggan 2.1 diatas, bahawa selepas tamat tempoh seperti yang dinyatakan didalam perenggan 2.1 diatas, Perjanjian ini akan disambung untuk tempoh selama sepuluh (10) tahun sahaja lagi yang berkuatkuasa dari tarikh tamat tempoh tersebut dan akan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma seperti yang termaktub dalam Perjanjian ini.
2.3 Selepas tamat tempoh yang dinyatakan diatas perjanjian ini akan dianggap terbatal dan Bangunan Rumah Burung Layang-Layang tersebut akan diserahkan kepada dan akan diambil alih oleh PUSPIAM/Pihak Kedua perlu membayar apa-apa bayaran kepada Pihak Pertama.
Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju dan mengaku bahawa Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut dimana Pihak Pertama menyertai Pakej Usahasama tersebut adalah dikenali sebagai Bangunan________ seperti mana yang tertera dalam Lampiran \u201cB\u201d yang dilampirkan bersama dalam Perjanjian ini. (Selepas ini dirujuk sebagai \u201cRumah Burung Layang- Layang\u201d).
4. Pihak Kedua juga akan mengeluarkan satu Sijil Perakuan Pemilikan kepada Pihak Pertama menyatakan jumlah Lot yang disertai oleh Pihak Pertama dalam Pakej Usahama didalam Projek ini.
Bagi melayakkan diri dalam penyertaan ini Pihak Pertama telah memberitahu PUSHPIAM akan keinginannya untuk menyertai Projek ini dan telah mendapat keizinan dari PUSHPIAM.