You are on page 1of 69

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Penggunaan rasuk kekotak prategasan dalam pembinaan jambatan di Malaysia


semakin mendapat perhatian dan menjadi pilihan jurutera. Rasuk kekotak banyak
diaplikasikan dalam jejambat dan pengangkutan rel ringan ternaik. Antara
kelebihannya adalah kerana rasuk ini boleh dibentuk di dalam kilang mengikut
spesifikasi saiz yang diperlukan sebelum diangkut ke tapak. Rasuk jenis ini adalah
mudah dipasang tanpa memerlukan acuan kayu seperti cara konvensional. Cara ini
adalah penting terutamanya di kawasan yang mempunyai kawasan pembinaan yang
terhad dan sentiasa menghadapi kesesakan lalulintas.

Rasuk kekotak mempunyai kekuatan kilasan tinggi yang menjadikan ia sesuai


untuk struktur yang melentur. Kekuatan kilasan ini juga membenarkan ia berfungsi
sebagai satu unit tanpa perlu mengambilkira setiap rasuk secara individu. Penggunaan
rasuk kekotak dilihat mempunyai penampilan estetik kerana ia melibatkan pembinaan
secara monolitik yang dapat mengurangkan saiz fizikal jambatan. Tetopi tiang sambut
tidak perlu dibina dan tiang boleh menyokong terus superstruktur ini.

Kekuatan jambatan ini dipertingkatkan lagi dengan penggunaan konsep


prategasan (pascategangan). Kabel prategasan digunakan untuk mengenakan daya
mampatan dan menghasilkan tegasan mampatan. Tegasan mampatan ini akan ofset
tegasan tegangan bahagian konkrit yang dikenakan momen lentur. Cara pasca
tegangan dilakukan dalam jambatan adalah apabila rasuk kekotak telah dipasang pada
2

tiang, tendon akan dimasukkan ke dalam salur rasuk itu dan ditarik dengan
menggunakan jek. Terdapat dua cara konsep pasca tegangan dilakukan iaitu terikat
dan tidak terikat. Kes terikat melibatkan salur tendon yang telah ditarik diisi dengan
turap simen manakala kes tidak terikat melibatkan tendon itu diselaputi lapisan gris.

1.2 KEPENTINGAN KAJIAN

Pembinaan jambatan di Malaysia pada masa kini masih tertumpu kepada penggunaan
rasuk berbentuk M, I dan T-terbalik. Penggunaan rasuk kekotak adalah jarang
dipraktikkan. Hanya rasuk kekotak bersegmen yang kini giat digunakan terutamanya
pada jambatan yang melengkung. Melalui ujikaji ini, ia diharap akan membuka minda
jurutera untuk menggunakan rasuk kekotak dalam pembinaan jambatan dan
memberitahu kepada mereka kelebihan penggunaan rasuk kekotak.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Ujikaji dilihat akan memenuhi beberapa objektif kajian berikut:

(a) Merekabentuk satu rasuk kekotak prategasan pascategangan


(b) Membandingkan rekabentuk analisis plat ortotrop dengan kaedah jerejak
(c) Membangunkan perisian (Microsoft Excel) dalam rekabentuk rasuk kekotak
prategasan

1.4 SKOP KAJIAN

(a) Mensimulasikan kes lebuhraya 3 lorong untuk satu rentang 22 meter dengan
beban HB45.
(b) Menjalankan analisis beban secara manual berdasarkan kod BD37/01 dan
perisian Lusas.
(c) Mendapatkan satu rekabentuk rasuk kekotak prategasan pascategangan
berdasarkan kod BS 8110.
3

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 BENTUK DAN BAHAN

Berdasarkan Sennah dan Kennedy (2002), rasuk kekotak mempunyai beberapa bentuk
dan juga kombinasi bahan yang digunakan. Pada asalnya rasuk kekotak konvensional
mempunyai web yang tegak dan berasal daripada struktur konkrit. Kemudiannya, web
ditukar menjadi condong menjadikan rasuk kekotak berbentuk trapezoid untuk
penampilan estetik. Struktur pembinaan komposit mula terap ke dalam rekabentuk
apabila keluli digunakan untuk menggantikan web dan bebibir bawah.

Konkrit Komposit konkrit-keluli Keluli

Rajah 2.1 : Contoh rupabentuk rasuk kekotak

Rekabentuk kemudiannya berubah dengan rasuk kekotak dibina daripada


100% kepingan plat keluli yang dikimpal rupabentuk menyerupai rasuk kekotak.
Walaupun, terdapat banyak banyak bahan dan rupabentuk yang digunakan, namun
konkrit masih menjadi pilihan utama dan rupabentuk web dibuat dengan mengekalkan
keupayaan ketahanlasakannya terhadap kilasan. Daripada hanya satu rasuk kekotak
tunggal, ia telah digabungkan untuk menampung jalan raya yang lebih lebar lagi.
4

Rajah 2.2: Rasuk kekotak tunggal digabung menjadi lebuhraya yang lebih lebar

2.2 KILASAN

Mo dan Fan (2006) dalam kajiannya merekabentuk kilasan rasuk kekotak hibrid di
mana rasuk kekotak hibridnya terdiri daripada struktur konkrit pada bebibir atas dan
bawah manakala web adalah tersiri daipada kepingan keluli beralun. Mereka
mengatakan bahawa terdapat 2 kategori kilasan. Satu adalah kilasan tulen ataupun
kilasan Saint-Venant dan satu lagi adalah kilasan meleding.

Kilasan Saint-Venant mengandaikan keratan rentas rasuk kekotak sebelum dan


selepas adalah kekal pada satah dan hanya elemen putaran berlaku bila dikilas.
Mereka mengambil contoh aci berongga sebagai contoh struktur yang dikenakan
kilasan Saint–Venant. Kilasan meleding pula adalah kes di mana kesan keratan rentas
tidak lagi pada satahnya apabila bebibir disesar secara lateral ketika diputar secara
analog kepada lentur daripada daya lateral yang dikenakan.
5

Rajah 2.3 : Struktur rasuk kekotak dalam permodelan Mo dan Fan (2006)

2.3 PESONGAN

Pesongan struktur di bawah beban servis yang berlebihan akan menyebabkan


kegagalan pada kemasan dan pelapisan. Nilai pesongan maksimum sesuatu struktur
biasanya dikawal oleh fungsi kegunaan struktur itu. Pesongan yang berlebihan
terutamanya pada sesebuah jambatan akan menyebabkan berlakunya takungan air di
tengah-tengah jambatan itu. Walaupun lopakan ini tidak memberi apa-apa kesan dari
segi beban namun masalah penyerapan air ke dalam konkrit akan memberi kesan
negatif yang lebih buruk lagi.

Semakan terhadap pesongan biasanya dilakukan berdasarkan kepada beban


servis atau beban yang tidak didarab dengan faktor. Daripada BS8110 bahagian 2 fasal
3.2.1 ada mengatakan bahawa lendutan akan jelas kelihatan apabila pesongan melebih
L/250 dengan L adalah panjang rentang tersebut. Fasal 3.2.1.2 pula memfokuskan
kepada kesan pesongan kepada elemen yang bukan sebahagian daripada struktur
seperti petakan, pelapisan, dan kemasan di mana pesongan tidak boleh melebihi L/500
atau 20 mm yang mana kurang untuk bahan yang rapuh.

Untuk bahan yang tidak rapuh pula, had L/350 atau 20 mm yang mana kurang
perlu dipatuhi. Oleh kerana dalam rekabentuk konkrit prategasan, daya prategasan sipi
akan menyebabkan struktur itu melengkung ke atas. Fenomena ini telah mewujudkan
konsep rekabentuk yang dikenali sebagai pengimbangan beban. Dengan penyelarasan
yang sesuai kepada daya prategasan sipi, pesongan boleh menjadi sifar apabila
dikenakan beban servis.
6

2.4 PENGELASAN STRUKTUR KONKRIT PRATEGASAN

Menurut kod piawai BS8110 fasal 4.1.3, terdapat 3 jenis pengelasan konkrit
prategasan seperti di bawah:

Kelas 1 : Tiada tegasan tegangan lenturan


Kelas 2 : Ada tegasan tegangan lenturan tetapi kesan retakan tidak ketara
Kelas 3 : Ada tegasan tegangan lenturan tetapi permukan retakan tidak
melebihi 0.1 mm untuk anggota dalam persekitaran yang teruk
dan tidak melebihi 0.2 mm untuk anggota yang lain

Struktur kelas 1 dikenali sebagai prategasan penuh dan tidak mempunyai


sebarang retakan. Apabila teori konkrit prategasan mula dikemukakan hanya anggapan
kelas 1 dipraktik. Namun begitu , setelah dikaji, didapati penyelesaian di antara
konkrit prategasaan penuh dan konkrit bertetulang sesuai diamalkan. Demikian itu,
pengelasan kelas 2 dan kelas 3 diwujudkan.

Rekabentuk konkrit prategasan adalah berdasar kepada pilihan jurutera untuk


memilih kelas tertentu. Kelas 1 biasanya diambil kira dalam pembinaan struktur yang
menakung air kerana sebarang retakan adalah tidak boleh wujud. Dari segi kriteria
pemilihan kelas 2 dan kelas 3 pula, penekanan diberi dalam kelebihannya dari segi
penjimatan jumlah keluli yang yang digunakan. Ini secara tidak langsung dapat
menjimatkan kos pembinaan. Selain itu, struktur konkrit kelas 2 dan kelas 3 adalah
lebih mulur daripada kelas 1 dan ini menjejaskan keupayaannya untuk menyerap daya.

Di samping itu, struktur konkrit prategasan penuh biasanya mengalami


masalah struktur melengkung ke atas secara berlebihan. Nilai beban yang biasa
digunakan dalam analisis tidak selalunya berlaku dalam situasi sebenar dan ini
menyebabkan lengkungan itu tidak dihapuskan oleh beban yang dianggar nilai yang
sepatutnya.
7

2.5 KAEDAH PRATEGASAN

Terdapat dua kaedah prategasan yang dibincang oleh Badoux et al. (1999). Satu
adalah kaedah prategasan dalaman dan satu lagi prategasan luaran. Dalam kajian
mereka, Badoux et al. (1999) mengkaji tentang perbezaan antara penggunaan kaedah
prategasan luaran dengan dalaman. Gambarajah di bawah menunjukan orientasi
perbezaan kedudukan tendon dalam rasuk kekotak yang diuji oleh mereka.

Kaedah prategasan dalaman

Kaedah prategasan luaran

Rajah 2.4 : Pandangan sisi kedudukan tendon dalam rasuk kekotak

Kaed ah
prategasan dalaman Kaedah prategasan luaran

Rajah 2.5 : Kedudukan tendon pada pandangan keratan rentas rasuk kekotak

Dapat dilihat melalui gambarajah tersebut, kaedah prategasan dalaman


mempunyai kedudukan tendon yang menyerupai bentuk parabola pada webnya
manakala kaedah prategasan luaran mempunyai kedudukan poligon. Juga
8

diperhatikan, kedudukan tendon pada keratan rentas menunjukkan ia diletak di dalam


web untuk kes prategasan dalaman manakala tendon terletak di sebelah web untuk
kaedah prategasan luaran. Daripada ujikaji Badoux et al. (1999), ditunjukkan saiz web
untuk kaedah prategasan luaran adalah lebih kecil berbanding web kaedah prategasan
dalaman. Ini adalah kerana tebal web tidak perlu menambil kira saiz tendon di
dalamnya.

Badoux et al. (1999) memfokuskan kajian mereka kepada perbezaan jumlah


daya prategasan yang diperlukan untuk kedua-dua kaedah itu. Mereka menunjukkan
kaedah prategasan dalaman mempamerkan tren penurunan daya prategasan dengan
pengurangan panjang rasuk kekotak. Kaedah prategasan luaran pula tidak
mempamerkan graf linear seperti itu. Jumlah daya prategasan kaedah luaran juga
adalah lebih tinggi daripada kaedah dalaman untuk panjang rasuk yang sama.

Dari segi bilangan tetulang keluli pula, rasuk kekotak prategasan luaran
memerlukan lebih banyak tetulang keluli. Mereka membuktikan bahawa kaedah
prategasan luaran memerlukan lebih 10% hingga 15% tetulang keluli untuk rintangan
ricih. Walaupun, kaedah prategasan dalaman dilihat lebih mempunyai kelebihan dari
segi ekonomi namun kaedah prategasan luaran dilihat memepunyai kelebihan dalam
situasi pembaikipulihan seperti apa yang sedang digunakan untuk pembaikipulihan
lebuhraya MRR2 di Kepong. Menurut Badoux et al. (1999) lagi, pihak berkuasa
pentadbiran pengangkutan negara Jerman telah mula mengutamakan kaedah
prategasan luaran dalam semua rekabentuk rasuk kekotak yang baru.

2.6 BEBAN HIDUP LEBUHRAYA

Selain daripada beban mati daripada struktur rasuk kekotak sendiri, beban hidup
piawai HA dan HB yang mengena pada rasuk kekotak perlu diambil perhatian dalam
rekabentuk rasuk kekotak seperi dalam BD37/01 fasal 6. Beban HA adalah satu
formula mengenai situasi beban trafik di England. Beban HA terdiri daripada:

i. Kombinasi beban teragih seragam (HA-UDL) dan beban “knife edge” (HA-KEL),
atau
9

ii. Satu beban roda 100 kN teragih seragam pada kawasan bulatan (diameter 340
mm) yang memberi daya mampatan 1.1N/mm2.

Nilai beban HA-UDL untuk panjang rentang kurang daripada 50 meter diberi formula

W = 336(1/L)0.67

Dan untuk panjang rentang melebihi 50 meter tetapi kurang daripada 1600 meter, nilai
beban HA-UDL diberi formula

W=36(1/L)0.1
di mana

W = beban per meter daripada lorong “notional” dalam kN


L = panjang rentang yang dibeban dalam meter

Beban HA-KEL yang akan mengena pada setiap lorong adalah 120 kN.
Kombinasai kedua-dua HA-KEL dan HA-UDL boleh diganti dengan perwakilan satu
beban roda di mana satu beban roda 100 kN teragih seragam pada kawasan bulatan
(garis pusat 340 mm) yang memberi daya mampatan 1.1 N/mm2. Luas kawasan
bulatan juga boleh diganti dengan menggunakan luas segiempat sama dengan panjang
sisi 300 mm.

Beban HB bermaksud beban abnormal biasanya dari kenderaan berat yang


menggunakan jambatan itu. Nilai bebannya diwakili dengan unit iaitu 1 unit
bersamaan dengan 10 kN. Beban HB yang dikenakan pada jambatan adalah:

o 30 unit apabila bertindak bersama HA


o 45 unit apabila bertindak sendiri.

Beban HB-30 bermaksud satu gandar kenderaan HB akan mengenakan beban 300 kN.
Ini bermaksud setiap roda dalam kenderaan HB akan mengenakan beban 75kN.
Jumlah beban keseluruhan HB-30 adalah 1200 kN.
10

1m

3.5 m 1m

1 m

1.8 m 6, 11, 16, 21 atau 26 m 1.8 m


yang mana satu akan
mengenakan kes paling
teruk pada bahagian

Rajah 2.6 : Dimensi kenderaan HB

75 kN 75 kN
75 kN
75 kN
75 kN 75 kN
75 kN
75 kN
75 kN 75 kN
75 kN
75 kN
75 kN 75 kN
75 kN
75 kN

300 kN 300 kN 300 kN 300 kN

Rajah 2.7 : Daya yang dikenakan oleh gandar dan tayar


11

2.7 KAEDAH ANALISIS

Sennah dan Kennedy (2002) berkata dalam journalnya, kaedah unsur terhingga
adalah popular pada akhir-akhir dua dekad ini terutamanya dengan perkembangan
teknologi komputer. Banyak kajian telah dilakukan melalui cara ini. Dalam jurnal
mereka, ada disentuhkan tentang perwakilan analis hibrid di mana sebahagian struktur
rasuk kekotak diwakili oleh kaedah unsur terhingga manakala sebahagian lagi oleh
kaedah unsur sempadan yang dikaji oleh Galuta dan Cheung (1995). Gabungan
kaedah unsur terhingga dan unsur sempadan ini dilihat sangat bagus kerana ia
memodelkan seluruh struktur seperti yang asal.

Akan tetapi, menurut Sennah dan Kennedy (2002), ia merupakan satu kaedah
yang memakan masa yang lama untuk dianalisis. Demikian itu, jambatan di Malaysia
sekarang biasanya menggunakan kaedah jerejak dalam analisis rekabentuk mereka.
Struktur rasuk kekotak dipermudahkan untuk diwakili oleh grid mudah oleh Hambly
dan Pennells (1975) dalam mengirakan momen lentur membujur dan ricih melintang.
Namun, satu masalah utama dalam kaedah ini adalah perwakilan kekukuhan kilasan
dalam modelnya. Walaubagaimanapun, kaedah ini digunakan untuk menganalisis
kesan beban yang ditampung oleh struktur jambatan dan dilihat mudah dan cepat
untuk mendapatkan jawapan.

2.8 RUMUSAN

Rasuk kekotak telah mengalami perubahan dari segi bentuk konservatif (segiempat)
ke trapezoidal. Penggunaan bahan binaan juga telah mengalami perubahan dari
konkrit kepada komposit dan juga keluli. Rasuk kekotak biasanya mengalami 2 jenis
kilasan iaitu kilasan meleding dan kilasan Saint-Venant. Daripada rujukan BS8110,
terdapat had pesongan yang perlu dipatuhi oleh rasuk kekotak berdasarkan kepada
kriteria tertentu. Selain itu, terdapat 3 pengelasan struktur konkrit prategasan
berdasarkan BS8110 fasal 4.1.3.

Dari segi kaedah prategasan, terdapat 2 jenis iaitu prategasan dalaman dan
luaran. Kriteria pemilihan sangat bergantung kepada keadaan seperti contoh untuk
12

pembaikipulihan rasuk memerlukan keadah prategasan luaran. Beban yang biasa


digunapakai dalam rekabentuk jambatan adalah dari kod BD37/01. Jenis beban
berdasarkan kepada BD37/01 fasal 6 memperkenalkan beban HA dan HB. Akhir
sekali, kaedah analisis beban melihatkan perkembangan terutamanya wujudnya
komputer yang boleh menyelesaikan persamaan kompleks. Antaranya kaedah analisis
adalah unsur sempadan, unsur terhingga dan jerejak.
13

BAB 3

METODOLOGI

3.1 SIFAT KERATAN

Dimensi rasuk kekotak yang hendak direkabentuk harus memenuhi nisbah empirik
yang ditetapkan daripada Westbrook (1996) seperti di bawah:

Lebar rasuk

Tebal bebibir atas

Tinggi
rasuk
Tebal web

Panjang rentang
Tebal bebibir bawah

Rajah 3.1 : Dimensi rasuk kekotak

Panjang rentang / Tinggi rasuk = 20 ~ 30


Tinggi rasuk / Tebal bebibir atas = 6~8
Tebal bebibir bawah / Tebal bebibir atas = 1 ~ 1.25

Ketebalan web rasuk adalah dianggarkan melalui persamaan:

Tebal web = Diameter salur tendon prategasan + (2 x saiz perangkai) +


14

(2 x saiz bar) + (2 x tebal pelindung konkrit) (3.1)

Apabila dimensi struktur telah dikenalpasti, paksi neutral mudah dinilai apabila
keratan rentas permukaan, A diketahui, iaitu:

y=
∑ ~y A (3.2)
∑A

Daripada nilai x ini, momen inersia keratan rentas rasuk boleh diketahui melalui

I x ( purata ) = ∑ (I x + Ad y2 ) (3.3)

Berdasarkan kepada nilai momen inersia, modulus keratan atas dan bawah ditentukan
dengan yt dan yb adalah jarak gentian terluar maksimum daripada paksi neutral

I x ( purata )
zt = (3.4)
yt

I x ( purata )
zb = (3.5)
yb

Nilai zt dan zb disemak agar tidak melebihi

z min =
∑M (3.6)
0.33 f cu

di mana M adalah momen yang berasal daripada beban yang dikenakan pada rasuk
dan adalah berdasarkan kepada BD37/01.
15

3.2 BEBAN JAMBATAN LEBUH RAYA

3.2.1 Beban Mati

Oleh kerana rasuk kekotak ini merupakan satu struktur pratuang, berat rasuk sendiri
diperolehi melalui

Berat rasuk = (n∑ A) × L × γ cu × g (3.7)

3.2.2 Beban Mati Kenaan

Selain berat rasuk sendiri, beban mati daripada struktur kekal di atas rasuk kekotak
seperti servis, konkrit asfalt jalan raya, tembok tepi jalan, rel adang dan tiang lampu
jalan.

Beban konkrit asfalt = Aasfalt × L × γ cu × g (3.8)

Beban tembok tepi = 2 × Atembok × L × γ cu × g (3.9)


Beban tiang lampu dan rel adang = 1 kN/m
Beban servis = 2 kN/m

3.2.3 Beban Hidup ( Kajian Kes)

2m

Rajah 3.2 : Aplikasi rasuk kekotak dalam pembinaan jambatan lebuhraya

Lorong “Notional”
16

Berdasarkan BD37/01 fasa 3.2.9.3.1,

Jadual 3.1 : Pemilihan jumlah lorong “notional”


Lebar jalan kenderaan (m) Jumlah lorong “notional”
5 – 7.5 2
7.5 – 10.95 3
10.95 – 14.6 4
14.6 – 18.25 5
18.25 – 21.90 6

HA-UDL + HA-KEL

Jumlah beban yang akan dikenakan pada setiap lorong dikira melalui formula dari
BD37/01 fasa 6.2.1 dan 6.2.2
1 0.67
HA-UDL setiap lorong “notional” per panjang rentang = 336( ) (3.10)
L
HA- KEL setiap lorong = 120 kN

Faktor pekali lorong

Setiap beban pada lorong perlu didarab pekali lorong dari BD37/01 jadual 14:

Jadual 3.2 : Faktor pekali beban lorong berdasarkan BD37/01


Faktor Faktor Faktor
Panjang Faktor pekali
pekali pekali pekali
rentang lorong keempat
lorong lorong lorong
dibeban (m) dan seterusnya
pertama kedua ketiga
L β1 β2 β3 β4
0 < L ≤ 20 α1 α1 0.6 0.6α1
20 < L ≤ 40 α2 α2 0.6 0.6α2
40 < L ≤ 50 1.0 1.0 0.6 0.6
50 < L ≤ 112 7.1
1.0 0.6 0.6
N <6 L
50 < L ≤ 112
1.0 1 0.6 0.6
N ≥6
17

L > 112
1.0 0.67 0.6 0.6
N <6
L > 112
1.0 1 0.6 0.6
N ≥6

N adalah jumlah lorong “notional” untuk jambatan lebuhraya melebihi 50m dan perlu
didarab dua jika lebuhraya mempunyai satu hala trafik sahaja.
α 1 = 0.274bL dan tidak melebihi 1.0
α 2 = 0.0137[ (bL (40 − L) + 3.65( L − 20)] (3.11)

Sumber: Kod BD37/01

3.3 PROFIL TENDON

Kedudukan tendon dalam web perlu ditentu berdasarkan keratan tegasan gentian
terluar.

yt

sentroid

e
yb

Rajah 3.3 : Profil tendon di tengah rasuk

yt sentroid

e e1 e2
yb

Kedudukan
tendon sebenar
18

Rajah 3.4 : Profil tendon dari pandangan tepi rasuk

Untuk tegasan gentian terluar atas rasuk, gambarajah tegasan adalah seperti berikut:

MD MD
− +
zt zt Tegangan sifar

H
A + + =

He1 MD (+) Mampatan


+ −
zb zb

Rajah 3.4 : Gambarajah tegasan rasuk apabila beban minimum bertindak

Daripada rajah, persamaan yang mewakili tegasan pada gentian atas adalah:

H He1 M D
− + =0 (3.12)
A zt zt

Kedudukan zon bawah tendon daripada paksi neutral diwakili dengan persamaan:
zt M D
e1 = + (3.13)
A H

He2 ML + MD
− +[ ]
zt zt (+) Mampatan
19

H
+ + =
A

He2 ML + MD Tegangan sifar


+ −[ ]
zb zb

Rajah 3.5 : Gambarajah tegasan rasuk apabila beban maksimum bertindak

Daripada rajah, persamaan yang mewakili tegasan pada gentian bawah:

H He2 ( M L + M D )
+ − =0 (3.14)
A zb zb
Kedudukan zon atas tendon daripada paksi neutral diwakili dengan persamaan:

z2 ( M L + M D )
e2 = − + (3.15)
A H

dan nilai tegasan perlu dikenakan daripada tendon pada keadaan servis adalah

(ML + MD )
H=
zb (3.16)
e2 +
A
Kedudukan profil tendon sebenar, e akan berada di antara julat e1 dan e2.
Kedudukan e akan dikira pada panjang rentang L/2, L/8, L/4, L/8 dan L/12.5
berdasarkan momen beban hidup dan beban mati yang bertindak pada panjang rentang
tersebut. Persamaan umum yang menentukan momen pada rentang tertentu adalah:

wLy wy 2
M xx = − (3.17)
2 2

3.4 KEHILANGAN DAYA PRATEGASAN


20

Terdapat 4 faktor yang menyumbang kepada kehilangan daya prategasan pada


peringkat pemindahan dan servis. Pada ketika pemindahan, kehilangan daya adalah
disebabkan oleh sifat elastik konkrit apabila dimampat oleh tendon di mana formula
diberi:
Es f c
Kehilangan daya pada tendon = A ps × (3.18)
E ci

Kedua, adalah daripada keadaan rehat tendon yang digunakan, di mana BS


8110 jadual 4.6 dirujuk untuk mendapatkan jumlah kehilangan. Ketiga, adalah
rayapan konkrit apabila dalam keadaaan servis di mana beban kenaan bertindak pada
suatu jangka masa tertentu.

Kehilangan daya pada tendon = E s f c δ u (3.19)


di mana

δ u = Cδ i (3.20)

C = Faktor pembetulan terikan rayapan

Faktor terakhir yang menyumbang kepada kehilangan daya pada tendon adalah
pengecutan konkrit itu sendiri. BS8110 fasa 4.8.4 ada memberi nilai empirik

pengecutan per unit panjang, ε sh iaitu 100 x 10-6 untuk struktur yang didedahkan
kepada persekitaran luar dan 300 x 10-6 untuk persekitaran dalam.

Kehilangan daya pada tendon = E s ε sh (3.21)

3.5 TEGASAN KETIKA PEMINDAHAN DAN SERVIS


21

Dengan mengambilkira kehilangan daya prategasan yang berlaku ketika pemindahan


di mana hanya beban mati rasuk yang bertindak, pemeriksaan tegasan gentian teratas
dan terbawah pada L/2, 3L/8, L/4, L/8 dan L/12.5 perlu memenuhi kriteria seperti
dalam BS8110 fasa 4.3.5.2 dan fasa 4.3.5.1. Daya prategasan tendon ketika
pemindahan adalah lebih tinggi daripada yang dikira untuk mengganti balik daya yang
hilang akibat deformasi elastik konkrit. Ini perlu agar daya prategasan yang dikenakan
oleh tendon pada servis adalah seperti daya yang diperlukan.

Jadual 3.3 : Kriteria semakan tegasan berdasarkan BS 8110


Pada pemindahan (fasa 4.3.5) Pada servis (fasa 4.3.4)
Tegasan
Simbol Jenis/Kelas Formula Simbol Jenis/Kelas Formula
Gentian
Mampatan f'max 0.5fci fmax Bahagian lentur 0.33fcu
ekstrem
Teragih
0.4fci Ketidakbolehtentuan 0.4fcu
seragam
secara statik
-1.0N
Tegangan f'min Kelas 1 fmin Kelas 1 0 N/mm2
/mm2
Kelas 2 Kelas 2
Prategangan 0.45 f ci Prategangan 0.45 f cu
Pascategangan 0.36 f ci Pascategangan 0.36 f cu

3.6 LENTURAN PADA KEADAAN HAD MUKTAMAD

Tegasan
(tegangan) f pu
γm
0.8 f pu
γm

Nilai E bergantung kepada jenis


tendon yang digunakan

0.005 Terikan
Rajah 3.6 : Graf tegasan-terikan tendon
Terikan akibat lenturan, ε u pada kedudukan tendon boleh ditentukan dengan
mengambil nilai terikan konkrit sebagai 0.0035 pada gentian terluar atas dan sifar
22

pada paksi neutral. Apabila kedudukan tendon diketahui, nilai ε u boleh dicari melalui
gambarajah tersebut.

0.0035

Jarak permukaan gentian


teratas ke paksi neutral
Jarak permukaan gentian
teratas ke kedudukan
tendon
u

Rajah 3.7 : Gambarajah terikan pada keratan rentas rasuk

Terikan yang dihasilkan oleh daya prategasan dikira pada keadaan servis:

f
εe = (3.22)
Ec

di mana

H Ae 2 
f = 1 +  (3.23)
A I 

Jumlah terikan konkrit diberi:

ε pa= ε u + ε e (3.24)

Terikan tendon selepas mengambilkira kehilangan daya prategasan adalah:

f pe
ε pe = (3.25)
Es
23

di mana
H
f pe= (3.26)
A ps

Maka dengan itu, jumlah terikan konkrit dan tendon adalah:

ε pb= ε pa + ε pe (3.27)

Tegasan (tegangan)
f pu
γm
f pb
γm
0.8 f pu
γm
f pe
γm

0.005 Terikan
ε pe ε pa
ε pb

Rajah 3.8 : Graf tegasan-terikan tendon untuk mencari nilai fpb

Daripada graf, nilai tegasan fpb diketahui dan nilai ini akan digunakan untuk
menentukan daya tegangan pada rasuk iaitu:
24

T = fpbAps (3.28)

Nilai daya mampatan konkrit pula dikira melalui formula:

C = 0.4 fcu Ac (3.29)

Perbezaan nilai C dan T tidak boleh melebihi 5%. Jika ini berlaku, paksi
neutral yang baru perlu ditentukan. Nilai momen rekabentuk kemudian disemak
dengan kapasiti momen rasuk yang diberi formula:

Mu=T la (3.30)

3.7 PESONGAN

Semakan pesongan harus dibuat berdasarkan pada BS 8110 fasa 4.3.6.1 untuk keadaan
pemindahan dan servis. Rasuk akan mengalami dua jenis pesongan iaitu ke atas dan
ke bawah dan mengikut formula:
5 PeL2
δ atas = − × (3.31)
48 E c I

5 wL4
δ bawah = × (3.32)
384 E c I

Nilai purata pesongan akan diambil dengan perjumlahan kedua-dua pesongan


itu dan disemak agar mematuhi pesongan yang dibenarkan iaitu L/250 daripada
BS8110 bahagian 3 fasa 3.2.1.1

3.8 RICIH PADA KEADAAN HAD MUKTAMAD

Semakan ricih harus dilakukan pada kedudukan L/12.5 untuk keadaan tidak retak
ketika lenturan dan 3L/8 pada keadaan retak ketika lenturan. Untuk keadaan tidak
25

retak pada kedudukan L/12.5, nilai ricih pada kedudukan harus disemak agar tidak
melebihi nilai ricih kritikal berdasarkan formula dari BS8110 fasa 4.3.8.4::

Vcr = Vco + H sin β (3.33)

di mana

Vco = 0.67bh f t 2 + 0.8 f cp f t (3.34)

b = tebal 2 web
f t = 0.24 f cu (3.35)

Untuk keadan retak pada kedudukan 3L/8, ricih pada kedudukan itu harus
tidak melebihi nilai ricih kritikal daripada BS8110 fasa 4.3.8.5

 f pe 
Vcr = 1 − 0.55 Vc bv d + M o V (3.36)
 f pu  M
 

di mana

1 1 1
 100 As  3  400  4  f cu  3
      (3.37)
 bd   d   25 
Vc =
1.25

 f pt I 
M o = 0.8  (3.38)
 y 

V = daya ricih keadaan had muktamad pada kedudukan 3L/8


M = momen pada keadaan had muktamad pada kedudukan 3L/8

Untuk kedua-dua kes di atas, semakan harus dilakukan untuk menentukan keperluan
perangkai berdasarkan BS8110 fasa 4.3.8.6, dan fasa 4.3.8.7
26

3.9 REKABENTUK TETULANG

Tambatan pada rasuk perlu disemak samada daya prategasan yang dikenakan tidak
akan menyebabkan konkrit pecah pada tempat ia ditambat. Berdasarkan BS8110

y po Fbst
jadual 4.7, nilai perlu ditentukan untuk mendapatkan nilai . Jumlah tetulang
yo Po

yang perlu dibekalkan pada blok tambatan berdasarkan daya yang menyebabkan
konkrit pecah hendaklah melebihi had peruntukan iaitu:

Fbst
Ast = (3.39)
0.87 f y

Peruntukan untuk tetulang membujur dikawal oleh fasa 3.12.11.2.6 dan fasa
3.12.5.4 iaitu saiz bar ditentukan melalui formula

sb b
Minimum saiz bar = (3.40)
fy

b = lebar bahagian tersebut (500mm daripada BS8110 fasa 3.12.5.4)

Bebibir atas dan bawah perlu dibekalkan tetulang melintang berdasarkan kepada
BS8110 fasa 3.25 untuk menahan beban di atas permukaan.

3.10 RUMUSAN
27

Saiz dimensi keratan perlu memenuhi nisbah empirik yang ditetapkan oleh Westbrook
(1996). Beban mati dan beban hidup yang akan mengena pada rasuk dkira
berdasarkan kod BD37/01. Profil tendon ditentukan berdasarkan kepada tegasan pada
titik tertentu melalui momen yang terhasil daripada pembebanan. Nilai daya
prategasan yang perlu dikenakan oleh tendon akan diambilkira bersama dengan
kehilangan daya yang disebabkan oleh tendon dan konkrit itu tersendiri.

Tegasan rasuk kemudian akan disemak berdasarkan kepada tegasan mampatan


dan tegangan pada keadaan pemindahan dan servis. Nilai momen rekabentuk disemak
oleh kapasiti momen rasuk berdasarkan kepada pendaraban daya mampatan atau daya
tegangan dengan panjang lengan tuas. Semakan pesongan dan ricih dilakukan agar
memenuhi kriteria BS8110. Akhir sekali, rekabentuk tetulang dijalankan untuk
mendapatkan tetulang membujur, tetualng melintang dan tetulang perangkai pada
rasuk.
28

BAB 4

DATA DAN ANALISIS

4.1 DIMENSI KERATAN

Dimensi rasuk yang direkabentuk adalah seperti Rajah 4.1 di bawah (dimensi dalam
mm).

Rajah 4.1 : Dimensi rasuk kekotak

Segala lebar, tebal, dan panjang rentang adalah mematuhi julat yang dibenarkan
(lampiran A). Ringkasan dimensi rasuk kekotak adalah seperti berkut:

Tebal bebibir atas = 200 mm


Tebal bebibir bawah = 200 mm
29

Tebal web = 200 mm


Lebar bebibir atas = 2000 mm
Lebar bebibir bawah = 900 mm
Tinggi rasuk = 1100 mm
Panjang rentang (kajian kes) = 22000 mm
Cerun web = 1:16

4.2 BEBAN

Dua cara digunakan untuk mendapatkan serakan beban pada kajian kes jambatan iaitu
kaedah komputer (jerejak) dan kaedah manual (graf lengkung rekabentuk). Beban
HB45 yang dgunakan untuk menjana keputusan seperti demikian:

Jumlah beban HB45 = 4 x 450


= 1800 kN

Momen membujur maksimum = 2347 kNm (manual)


Momen membujur maksimum = 1608 kNm (komputer)

Momen melintang maksimum = 87 kNm (manual)


Momen melintang maksimum = 42 kNm (komputer)

Keputusan daripada kiraan manual digunakan untuk rekabentuk kerana tujuan


penggunaan kaedah jerejak adalah sekadar mengesahkan jawapan kiraan manual agar
tidak lari dengan besar.

4.3 TEGASAN
30

Tegasan atas dan bawah pada beberapa lokasi di rasuk kekotak untuk peringkat
pemindahan dan servis adalah seperti dalam jadual di bawah:

Jadual 4.1 : Tegasan atas dan bawah rasuk pada L/2, L/4 dan L/12.5
Pemindahan Servis
Kedudukan
tegasan atas tegasan bawah tegasan atas tegasan bawah
L/2 0.52 19.01 0.19 21.17
L/4 2.47 16.04 2.40 17.80
L/12.5 6.05 10.60 6.44 11.65

4.4 TENDON

Jenis tendon yang digunakan untuk rujukan adalah CONA Compact® System
(Lampiran L). Berikut adalah butiran sifat tendon itu:

Diameter jalur = 15 mm
Luasjalur = 150 mm2
Daya tegangan muktamad jalur = 279 kN
Jumlah jalur digunakan = 10
Daya tegangan muktamad tendon = 279 x 10
= 2790 kN
Jumlah tendon yang digunakan = 4
Jumlah daya prategasan = 2790 x 4 x 0.8
= 8928 kN

Profil kedudukan tendon dalam rasuk adalah seperti dalam jadual di bawah.
Jadual menunjukkan profil setengah rentang rasuk kerana kedudukan tendon adalah
simetri.
Jadual 4.2 : Posisi tendon dalam rasuk
0 L/12.5 L/8 L/4 3L/8 L/2
Panjang rentang (m) 2
0 1.76 .75 5.5 8.25 11
Jarak tendon dari sentroid (mm) 0 127 199 355 449 480

4.5 PERINCIAN
31

Rajah menunjukkan kedudukan tetulang dan tendon dalam rasuk untuk kajian kes itu.
Hasil kiraan penggunaan tetulang dtunjukkan pada lampiran K manakala hasil kiraan
perletakan tendon dtunjukkan pada lampiran E.

Tendon
T16 membujur
@ 250mm
T16 melintang @
140mm
R8 perangkai @
250 m

Rajah 4.2 : Pandangan pada hujung rasuk


32

T16 membujur
@ 250mm

T16 melintang @
140mm
R8 perangkai @
250 mm

Tendon

Rajah 4.3 : Keratan rentas pada tengah rasuk

Rajah 4.4 : Pandangan sisi rasuk

4.6 RUMUSAN

Dimensi rasuk kekotak adalah berbentuk trapezoid. Daripada perbandingan nilai


beban yang diperolehi, nilai momen melintang dan membujur yang dikira melalui
kaedah plat ortotrop melebihi nilai kaedah jerejak. Jumlah daya prategasan yang
dikenakan oleh tendon adalah 8928 kN. Saiz tetulang yang digunakan dalam
rekabentuk adalah tetulang gred 250 N/mm2 saiz 8 m dan gred 460 N/mm2 saiz 16mm.
33

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN

5.1 ANDAIAN

Dalam menjalankan rekabentuk jambatan menggunakan rasuk kekotak, beberapa


andaian telah dibuat bagi memudahkan analisis dan kiraan.

5.1.1 Pemilihan Beban

Beban HB45 yang dipilih untuk analisis diletakkan pada hujung jambatan kerana
posisi beban di sini akan menyebabkan situasi yang paling ekstrem dan ini telah
dibuktikan dalam analisis model LUSAS 13.6 yang dijalankan.
SCALE 1/12.23
EYE X=-0.5774 Y=-0.5774 Z=0.5774
LINEAR/DYNAMIC ANALYSIS
LOAD CASE ID = 1
Loadcase 1
RESULTS FILE ID = 1
MAX DISP 163.9 AT NODE 6
T YPE ST RESS
DIAGRAM COMPONENT =My
MAX 0.7558E+08 AT ELT /GP 100/11
MIN -0.3230E+10 AT ELT/GP 14/1
DIAGRAM SCALE = 1/0.1667

Z
Y X

Rajah 5.1 : Momen maksimum apabila beban HB45 di tepi jambatan


34

SCALE 1/12.23
EYE X=-0.5774 Y=-0.5774 Z=0.5774
LINEAR/DYNAMIC ANALYSIS
LOAD CASE ID = 1
Loadcase 1
RESULT S FILE ID = 1
TYPE ST RESS
DIAGRAM COMPONENT =My
MAX 0.3479E+08 AT ELT/GP 95/1
MIN -0.2018E+10 AT ELT/GP 30/1
DIAGRAM SCALE = 1/0.1667

Z
Y X

Rajah 5.2 : Momen maksimum apabila beban HB45 di tengah jambatan

Maka beban HB45 diletakkan pada unjuran sama jarak pada arah membujur
antara gandar kedua dengan pusat graviti beban HB45. Kedudukan ini akan
mengenakan momen paling maksimum pada rasuk.

5.1.2 Kaedah Analisis Beban

Dengan mengambilkira bahawa rasuk kekotak dalam jambatan tidak bertindak secara
monolitik, maka andaian dibuat bahawa rasuk-rasuk kekotak yang digunakan akan
bertindak sebagai satu unit dalam menahan beban yang dikenakan. Walaupun rasuk
ini adalah pratuang, namun begitu, akan wujud penyambungan antara rasuk kekotak
dengan yang rasuk sebelahnya melalui pembinaan rasuk melintang yang dilakukan
secara in-situ.

Dalam kajian kes ini, 2 kaedah digunakan iaitu kaedah plat ortotrop yang
dianalisis berdasarkan graf lengkung rekabentuk Massonnet (lampiran M) daripada
buku terbitan Cusens dan Rama (1979) dan kaedah jerejak yang akan dimodel dalam
perisian LUSAS. Kedua-dua kaedah ini mempunyai dua pendekatan yan berbeza
35

dalam mendapat jawapannya. Kaedah jerejak dipilih ke atas kaedah unsur terhingga
kerana ia lebih menjimatkan masa analisis.

5.1.2.1 Kaedah Plat Ortotrop

Jambatan yang direkabentuk dianalisis beban HB45 dengan menganggap jambatan


sebagai satu plat ortotrop. Beban HB45 yang diletak secara membujur pada
kedudukan unjuran sama jarak. Momen didapati pada beberapa kedudukan di tengah
rentang dengan mendarab pekali Kmx dengan momen maksimum yang dijana oleh
beban HB45. Berikut adalah adalah beberapa nilai pekali Kmx dan Kmy pada beberapa
kedudukan di tengah rentang yang dikira (lampiran C) dengan merujuk kepada graf
lengkung Massonnet.

Jadual 5.1 : Nilai Kmx dan Kmy pada beberapa kedudukan di jambatan
Stesen rujukan
-b -3b/4 -b/2 -b/4 0 b/4 b/2 3b/4 b
1 0 0
Kmx 2.23 2.10 1.84 .37 .83 .63 0.47 0.31 0.21
0 1 0
Kmy 0.00 -0.10 -0.11 .29 .06 .29 -0.11 -0.10 0.00

Nilai Kmx yang diperolehi akan akan diinterpolasikan untuk mendapat nilai Kmx
pada titik tengah rasuk. Dalam kes ini nilai maksimum Kmx untuk satu rasuk akan
berada di antara 2.23 dan 2.10 sejajar dengan kedudukan rasuk yang paling hujung.

Untuk momen melintang pula, nilai Kmy untuk beban HB45 pada kedudukan
tengah-tengah jambatan ditabulasikan. Nilai momen melintang maksimum diperolehi

Dx
melalui pendaraban momen membujur maksimum dengan Kmy . Pekali Kmy yang
Dy

digunakan akan diinterpolasi kepada kedudukan titik tengah rasuk kekotak. Kedua-
dua nilai Mx dan My akan digunakan untuk merekabentuk semua rasuk kekotak pada
jambatan tersebut.
36

Analisis beban yang dilakukan berdasarkan panduan Jabatan Kerja Raya


mengambil pendekatan mudah di mana segala jambatan dianggap sebagai satu rasuk
sahaja. Ini bermakna nilai momen yang dijanakan adalah terlalu tinggi dan tidak kos
efektif. Peningkatan beban akibat analisis cara ini akan meningkatkan penggunaan
tendon dan tetulang. Bukan sahaja peningkatan kos malahan dimensi rasuk kekotak
mungkin tidak lagi sesuai untuk menanggung beban sedemikian.

5.1.2.2 Kaedah Jerejak

Dalam pemodelan jerejak dengan perisian LUSAS, struktur jambatan dipermudahkan


menjadi struktur kerangka yang hanya terdiri daripada rasuk melintang dan membujur.
Rasuk membujur adalah terdiri daripada sifat rasuk kekotak itu sendiri. Manakala
rasuk melintang akan mengambil sifat separuh ketebalan bebibir atas.

Terdapat 8 rasuk membujur yang terdiri darpada 6 rasuk kekotak dan 2 rasuk
khayalan. Tujuan rasuk khayalan ini adalah sekadar melengkapkan dimensi lebar
jerejak agar menyerupai lebar jambatan asal. Rasuk melintang pula terdiri dari 7 rasuk
melintang (lebar 2750mm) dan 2 lagi rasuk hujung. Rasuk hujung akan mengambil
dimensi separuh lebar bebibir atas iaitu 1375mm.

Rasuk membujur

Rasuk khayalan

Rasuk hujung
Rasuk melintang
Z
Y X

Rajah 5.3 : Struktur kerangka jambatan


37

5.1.3 Tendon

Tendon yang digunakan dalam kajian kes ini adalah berdasarkan kepada bilangan jalur
yang optimum dalam kiraan tegangan yang diperlukan. Ini bermaksud jumlah 10 jalur
dalam pembentukan tendon ini tidak terdapat dalam katalog siri CONA Compact®
System. Bilangan jalur terdekat yang terdapat dalam katalog adalah 12. Nilai ini tidak
digunakan kerana jumlah yang tegangan yang dibekalkan terlalu tinggi dan
menyebabkan semakan seterusnya gagal.

5.2 PERBANDINGAN

Daripada analisis rekabentuk yang dilakukan dengan menggunakan momen


rekabentuk dari kaedah ortotrop dan jerejak, beberapa kriteria diambil untuk
dilakukan perbandingan.

Jadual 5.2 : Perbezaan rekabentuk menggunakan kaedah ortotrop dan jerejak


Kriteria Ortotrop Jerejak
Momen membujur 2347kNm 1602kNm
Tetulang membujur T16 @ 250mm T16 @ 250mm
Momen melintang 87kNm 42kNm
Tetulang melintang T16 @ 140mm T16 @ 250mm
Pesongan pada permindahan -19.58mm -11.57mm
Pesongan pada servis 9.47mm 7.8mm
Jumlah jalur tendon 10 7

Secara ringkasnya, penggunaan kaedah jerejak dalam rekabentuk melihatkan


pengurangan penggunan bahan dari segi tetulang melintang dan bilangan jalur tendon.

5.3 RUMUSAN

Terdapat beberapa andaian dilakukan dama rekabentuk rasuk ini. Beban HB45 diletak
pada unjuran sama jarak pada arah membujur antara gandar kedua dengan pusat
graviti beban itu dan pada hujung tepi jambatan. Analisis beban HB45 itu dilakukan
38

dengan menggunkan kaedah plat ortotrop dan jerejak. Manakala jalur tendon diguna
adalah merujuk kepada katalog siri CONA Compact® System.

Perbandingan kaedah analisis beban menampakkan nilai momen yang dihasil


oleh kaedah jerejak adalah lebih rendah berbanding plat ortotrop. Ini secara tidak
langsung mempengaruhi rekabentuk rasuk yang dapat dilihat melalui perbezaan
jumlah jalur tendon dan jarak tetulang melintang yang digunakan.
39

BAB 6

KESIMPULAN

6.1 RUMUSAN

Dimensi dan perisian rasuk telah ditunjukkan pada bab 4 manakala perbandingan
parameter ditunjukkan pada bab 5 dalam projek ilmiah ini. Satu perisian rekabentuk
rasuk kekotak telah dibangunkan dan telah diserta bersama projek ini. Contoh
pengiraan perisian itu dimasukkan bersama dalam lampiran A hingga lampiran K.
Demikian itu, kajian yang dilakukan telah mencapai objektif kajian iaitu:

(a) Merekabentuk satu rasuk kekotak prategasan pascategangan


(b) Membandingkan rekabentuk analisis plat ortotrop dengan kaedah jerejak
(c) Membangunkan perisian (Microsoft Excel) dalam rekabentuk rasuk kekotak
prategasan

Kajian kes yang diambil untuk merekabentuk jambatan satu rentang 22 meter
panjang dan 12 meter lebar untuk jalanraya 3 lorong juga berjaya dilakukan. Analisis
beban yang dijalankan adalah dengan pembebanan beban HB45. Kajian juga
menyentuh perbandingan keputusan analisis beban HB45 pada struktur jambatan itu
dengan menggunakan kaedah plat ortotrop dan kaedah jerejak. Nilai kiraan manual
yang lebih besar diambil dalam pengiraan momen rekabentuk.
40

Dalam kaedah plat ortotrop, graf lengkung rekabentuk yang diplot oleh
Massonnet digunakan. Dalam penggunaan kaedah ini, didapati wujudnya kelemahan
dari segi nilai parameter dalam graf lengkung rekabentuk yang terhad. Ini kerana graf
yang diplot oleh Massonnet adalah terhad kepada nilai 0 ≤ θ ≤ 2.5. Penerbitan graf
yang merangkumi nilai θ > 2.5 melibatkan penyelesaian persamaan Fourier yang
terlalu kompleks.

Kaedah jerejak pula adalah lebih mudah dan senang kerana semua analisis
beban dilakukan dengan perisian. Namun kaedah penggunan jerejak memerlukan
banyak kefahaman tentang bagaimana integriti rasuk kekotak apabila bertindak
sebagai satu unit. Rasuk kekotak dan papak akan dimudahkan menjadi struktur
kerangka yang terdiri daripada rasuk sahaja. Bagaimana struktur kerangka ini
disambung bergantung sambungan jambatan di tapak.

6.2 FAEDAH KAJIAN

Pendedahan awal elemen rekabentuk jambatan menggunakan rasuk kekotak dilihat


lebih bermakna pada peringkat ini kepada jurutera muda. Walaupun topik yang
dijalankan adalah lebih kepada rekabentuk namun segala teori dan kajian yang lepas
diaplikasi dalam kajian ini menyebabkan seseorang pelajar itu menghargai ketinggian
ilmu.

6.3 KAJIAN LANJUTAN

Sepanjang kajian ini didapati wujudnya berberapa idea yang dilihat mempunyai unsur
kajian seterusnnya. Antaranya adalah penggunaan kaedah unsur terhingga dalam
pemodelan jambatan dan membandingkan dengan kaedah plat ortotrop dan kaedah
jerejak. Ini adalah perlu kerana dengan wujudnya kesahihan data kaedah unsur
terhingga dalam pemodelan jambatan menggunakan rasuk kekotak, maka kaedah plat
ortotrop boleh digantikan.

Ini adalah kerana penggunaan graf lengkung rekabentuk mempunyai had


parameternya. Untuk lebar rasuk yang berlainan, nilai parameter graf mungkin
41

melebihi hadnya. Walaupun. nilai dalam graf boleh diplot namun beban kerja yang
diperlukan adalah terlalu berat dan boleh dilihat sebagai satu topik kajian baru.

Memandangkan satu siri rasuk kekotak diperlukan kajian seterusnya boleh


dijalankan dengan mengira jumlah kos yang diperlukan untuk membina rasuk kekotak
yang berlainan siri. Skop kajiannya boleh melihat kepada jumlah konkrit, tetulang
serta saiz tendon yang boleh digunakan.
42

RUJUKAN

Badoux, M., Burdet, O., Benouaich, D.1999. Comparison of the Amount of


Reinforcement for a Box-Girder Bridge Prestressed with Internal or External
Cables. http://ibapwww.epfl.ch/Publications/199x/badoux99.pdf [1 Januari
2007]

BS 8110 : Part 1 : 1997. Structural Use of Concrete. British Standards Institution

BS 8110 : Part 2 : 1985. Structural Use of Concrete. British Standards Institution

BD37/01 : Loads for Highway Bridges. The Highways Agency

Cusens, A. R & Rama, R.P. 1979. Bridge Deck Analysis. John Wiley & Sons.

Galuta, E.M., & Cheung, M.S. 1995. Combined Boundary Element and Finite
Element Analysis of Composite Box Girder Bridges. Computer & Structures
57 (3): 427-437

Hambly, E.C., & Pennells, E. 1975. Grillage Analysis Applied to Cellular Bridge
Decks. Structural Engineering 53 (7): 267-275

Sennah, K.M. & Kennedy, J.B. 2001. State-Of-The-Art in Design of Curved Box-
Girder Bridges. Journal of Bridge Engineering 6(3): 159-167

London University Structural Analysis System (LUSAS) 13.6

Mo, Y.L. & Fan, Y.L. 2006. Torsional Design of Hybrid Concrete Box Girders.
Journal of Bridge Engineering 11(3) 2006: 329-339
43

Rowe, R.E. 1976. Concrete Bridge Design. Applied Science Publisher Ltd

West, R. 1973. Recommendations on the Use of Grillage Analysis for Slab and
Pseudo-Slab -Bridge Decks. Cement & Concrete Association

Westbrook, R. 1996. Structural Engineering Design in Practice. Longman Scientific


& Technical
44

LAMPIRAN A

Contoh Pengiraan Keratan


45
46

LAMPIRAN B

Contoh Pengiraan Bahan


47

LAMPIRAN C

Contoh Pengiraan Beban Agihan


48
49
50

LAMPIRAN D

Contoh Pengiraan Beban


51

LAMPIRAN E

Contoh Pengiraan Tendon


52
53

LAMPIRAN F

Contoh Pengiraan Ricih (Pindah)


54
55

LAMPIRAN G

Contoh Pengiraan Ricih (Servis)


56
57

LAMPIRAN H

Contoh Pengiraan ULS (Lentur)


58
59
60

LAMPIRAN I

Contoh Pengiraan ULS (Ricih)


61
62

LAMPIRAN J

Contoh Pengiraan Pesongan


63

LAMPIRAN K

Contoh Pengiraan Tetulang


64
65

LAMPIRAN L

Katalog Tendon CONA Compact® System


66
67
68

LAMPIRAN M

Graf lengkung Masssonnet


69

You might also like