You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS ISRA MIKRAJ 2011 1.

Assalamualaikum pembuka bicara, Ahlan wasahlan kami ucapkan, Selamat datang kepada semua, Majlis Sambutan Isra Mikraj kita mulakan
UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS BismilLahirRahmanirRahim. Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh. Alhamdulillahi robbil alamin...........

Yang Berusaha, En Abu Samah b Osaman, Guru Besar SK Durian Daun (K), Yang dihormati, En Bahrin b Hj Pakiri, GPK Pentadbiran, , Puan Hasmah bt M Jadi, GPK Hal Ehwal Murid, , Pn Zainah bt Hashim, Yang Berbahagia, Tn Hj Khairudin b Hj Abu Khair , Penceramah Jemputan kita pada pagi ini,

barisan guru, staff sokongan, anak-anak didik dan para hadirin yang dirahmati Allah sekalian..
Hadirin dan Hadirat sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin serta limpah rahmat-Nya maka pada pagi yang penuh barakah ini, kita dapat berkumpul di sini, tidak lain dan tidak bukan untuk menjayakan sambutan Isra dan Mikraj peringkat sekolah, pada tahun ini.
Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berdiri Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri.

UCAPAN

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Abu Samah b Osaman, Guru Besar SK Durian Daun (K), untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan tuan Guru Besar sebentar tadi.

CERAMAH. SIDANG HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN, Tanpa melengahkan masa,marilah kita sama-sama mendengar dan menghayati Ceramah Isra Dan Mikraj yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Tn Hj Khairudin B Hj Abu Khair. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan PERGI KE HUTAN MENCARI HARTA HARTA BANYAK PENUH ACUAN KATA INDAH TIDAK TERKATA BICARA BERNAS JADI PANDUAN Terima kasih diucapkan kepada YANG BERBAHAGIA USTAZ TN HJ KHAIRUDIN B HJ ABU KHAIR. semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan panduan berguna daripada ceramah tersebut.

PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAMATA Hadirin sekalian Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha, En Abu Samah b Osaman, Guru Besar SK Durian Daun (K) untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada YANG BERBAHAGIA USTAZ TN HJ KHAIRUDIN B HJ ABU KHAIR. Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar cenderahati itu tadi.
PENUTUP

atas penyampaian

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung majlis. Pada kesempatan ini, saya mewakili PENGELOLA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN PERSATUAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Sekali lagi,terima kasih yang tidak terhingga kepada YANG BERBAHAGIA USTAZ TN HJ KHAIRUDIN B HJ ABU KHAIR dan hadirin hadirat sekalian kerana sudi melapangkan masa memeriahkan majlis.

Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini. Ditamatkan Majlis yang indah berseri menjunjung kasih menjunjung budi dengan mempersilakan Yang Berusaha En Abu Samah b Osaman untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz untuk ke kantin bagi menikmati sedikit hidangan. SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI MAJLIS AKAN DATANG. TERIMA KASIH.SEKIAN Saya akhiri majlis dengan lafaz yang mulia wassalam mualaikum warohmatullahhi wabarokatuh.........

You might also like