You are on page 1of 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Tahun Tarikh Masa Bilangan Murid Tajuk Objektif

: Bahasa Melayu : 4 Bestari : 10 Oktober 2011 : 10.15 pagi 11.15 pagi : 30 Orang : Kelapa Sawit :

Pada akhir pelajaran murid-murid akan dapat : i. ii. iii. Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersirat dan tersurat Menjelaskan maklumat dan mencatat nota dari bahan yang didengar dan dibaca. Membuat ringkasan dari bahan yang didengar dan dibaca.

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama : 7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca. 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersirat dan tersurat. Aras 2 i. ii. Membaca bahan edaran yang diberikan Menjelaskan maksud petikan yang diberi

Fokus Sampingan 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota dari bahan yang didengar atau dibaca. 10.3 Membuat ringkasan dari bahan yang didengar dan dibaca. Aras 2 i. Aras 3 i. Menulis ringkasan menggunakan pengurusan grafik. Mencatat nota dalam bentuk grafik.

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa

: Mendengar,bertutur, membaca dan menulis : Tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi

Pengisian Kurikulum : Ilmu Nilai Murni Kewarganagaraan Peraturan Sosial /Budaya Kemahiran Bernilai Tambah :

: Kajian Tempatan : Berbakti Kepada Tanah : Menghargai hasil pengeluaran negara. : Menghormati pekerjaan dalam bidang pertanian

Kemahiran berfikir Kemahiran berlajar cara berlajar Kajian masa depan Kemahiran Konstruktivisme Kemahiran Konstektual Kemahiran Masteri

Bahan Bantu Mengajar Kertas mahjong Bahan visual Borang grafik Bahan edaran Pengetahuan sedia ada murid : Murid pernah melihat pokok kelapa sawit.

LANGKAH-LANGKAH

Langkah dan Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru mengimbas kembali pelajaran lepas dengan tayang video. 2. Guru menyoal pemahaman murid tentang pertanian. 3. Guru menerangkan tajuk pengajaran hari ini.

Catatan

Set Induksi ( 7 minit )

1. Tayangan video - pertanian di Malaysia

- bahan visual

2. Soalan yang diajukan: - Apakah itu pertanian? - Berikan contoh pokok yang ditanam secara ladang di negara kita? - Bagaimana rupa pokok kelapa sawit? 1. Teks bertajuk kelapa sawit (lampiran 1)

KBCB: - teknik soalan - Kontekstual: menghubungkait si pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid.

Langkah 1 (15 minit )

1. Guru mengedarkan teks dan minta murid membaca secara senyap.

- Petikan teks - Teknik bacaan: mentalis dan mekanis. - Kecerdasan pelbagai: (a) interpersonal (b) intrapersonal

2. Bacaan kuat 4 orang pelajar.

2. Guru minta beberapa orang murid membaca petikan secara kuat. 3. Guru membetulkan sebutan dan intonasi semasa murid membaca.

3. Sebutan dan intonasi pelajar

4. Perbincangan antara guru dan murid maklumat tersurat

4. Guru berbincang dengan murid tentang isi yang terkandung di dalam teks.

Konstruktivisme. Membina pemahaman baru dan pengetahuan baru. - Borang grafik - Bahan visual: tayangan video - Kertas mahjong

Langkah 2 ( 20 minit )

1. Tetapkan kumpulan5 kumpulan.

1. Guru meminta murid masuk ke dalam kumpulan masingmasing yang telah ditetapkan.

2. Borang grafik: (lampiran 2) 3. Tayangan visual 4. Kertas mahjong-lekat di papan hitam

- Kemahiran 2. Guru menayangkan Berfikir: semula teks dalam Pengurusan bentuk visual kepada Grafik murid-murid dan meminta murid mencatat maklumat penting di dalam borang grafik yang diedarkan.

3. Guru meminta murid berbincang tentang kegunaan kelapa sawit dan bahagiannya berdasarkan bahan visual yang ditayangkan di dalam kumpulan murid catat hasil perbincangan dalam borang grafik yang diedarkan. 4. Guru mengadakan pertandingan antara kumpulan untuk menyenaraikan hasil perbincangan pada kertas mahjong di papan hitam.

- kontekstual Menghubung kait,mengalami, Mengaplikasi, bekerjasama, memindahkan maklumat.

Langkah 3 ( 10 minit )

1. Lampiran 3

1. Guru minta murid menyalin semula maklumat pada kertas mahjong di papan hitam ke dalam buku latihan.

- Teknik latih tubi tulisan - Kemahiran soal jawab

2. Guru edar helaian soalan tatabahasa dan bincang bersama dengan murid sebagai pengukuhan pengajaran hari ini.

-masteri Pengukuhan pengajaran

Langkah 4 ( 5 minit )

1. Beri rumusan peribadi- pilih beberapa orang pelajar.

2. Rumusan daripada guru

1. Guru meminta murid membuat rumusan berdasarkan maklumat pada bahan grafik sebelum guru memberikan rumusannya .

- Kemahiran berfikir - Kertas mahjong

Penutup ( 3 minit )

1. Nilai-nilai murni yang boleh didapati: -berbudi kepada tanah. -pertanian adalah satu bidang pekerjaan yang murni .

1. Guru bincang nilai murni bersama-sama murid dengan ber - Nilai murni beberapa contoh aktiviti yang melibatkan nilai murni yang dibincangkan.

Refleksi

LAMPIRAN 1 KELAPA SAWIT Kelapa sawit ialah sejenis tumbuhan yang banyak kegunaannya. Buah, tandan, batang, pelepah dan daunnya dapat digunakan untuk menghasilkan pelbagai barangan.

Minyak isirung kelapa sawit dapat digunakan untuk membuat pelbagai jenis makanan , misalnya marjerin. Marjerin mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan untuk kesihatan. Makanan lain yang dapat dihasilkan dengan menggunakan isirung kelapa sawit ialah aiskrim dan lemak makanan.

Minyak isirung kelapa sawit juga dapat digunakan untuk membuat pelbagai barangan bukan makanan seperti sabun, asid lemak dan minyak yang menggerakkan enjin. Selain minyak isirung, tandan kelapa sawit pula diproses untuk dijadikan makanan haiwan, bahan api, baja, dan bahan semaian untuk cendawan.

Bahagian pelepah dan daun pokok kelapa sawit diproses untuk dijadikan sebagai makanan untuk haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya.

Batang pokok kelapa sawit pula dapat dijadikan perabot. Pokok yang tua dan tidak mengeluarkan buah ditebang, dihancurkan dan kemudian dijadikan papan yang bermutu. Papan tersebut digunakan untuk menghasilkan perabot yang unik. Batang kelapa sawit yang telah reput amat sesuai dijadikan baja organik.

Ternyata bahawa kelapa sawit banyak memberikan manfaat kepada kita. Oleh itu, pelaksanaan projek penanaman kelapa sawit secara besar-besaran di negara kita merupakan tindakan yang amat bijak.

LAMPIRAN 2 KEGUNAAN KELAPA SAWIT DAN BAHAGIANNYA

BUAH

DAUN DAN PELEPAH

BATANG

LAMPIRAN 3

SOALAN PENGUKUHAN

1. Apakah produk yang dapat dihasilkan daripada minyak isirung kelapa sawit?

__________________________________________________________________________________

2. Mengapakah pokok kelapa sawit dikatakan mempunyai banyak kegunaan?

__________________________________________________________________________________

3. Sebelum perabot dihasilkan, batang kelapa sawit diproses sebagai apa?

__________________________________________________________________________________

4. Apakah tindakan yang diambil setelah mengetahui kelapa sawit memberikan banyak manfaat kepada kita semua?

__________________________________________________________________________________

You might also like