You are on page 1of 9

GURU BERKUALITI ASPIRASI NEGARA Sambutan Hagri Guru tahun 2002 dan 2003 telah menggunakan tema Guru

Berkualiti Aspirasi Negara. Disebalik tema tersebut ianya mengenadungi banyak perkara yang harus kita ketahui yang mana guru telah menjadi orang yang paling penting dalam era pendidikan yang semakin maju dan terkini. Apa yang menjadi keutamaan adalah guru haruslah menjadi seorang yang profesional dalam semua aspek dan perkara yang ingin dan akan dilakukannya. Ini adalah kerana gurulah yang menjadi punca kepada kemajuan dalam sistem pendidikan negara kita. Guru Berkualiti Aspirasi Negara membawa maksud yang jelas menggambarkan tugas seorang guru bertambah berat kerana memikul tanggungjawab untuk membentuk generasi yang berilmu dan berguna pada masa hadapan. Ini kerana generasi muda kini adalah pemimpin untuk masa hadapan yang menjadi tunggak kejayaan negara. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan situasi berkenaan yang mana ianya adalah merupakan tanggungjawab yang besar yang harus dipikul oleh guru. Guru yang berkualiti perlu mendedahkan dan mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap serta tingkah laku dan daya usaha bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang canggih dan terkini demi mempertingkatkan keupayaan dalam prestasi kerja yang semakin mencabar. Oleh yang demikian, guru haruslah menukar peranannya manjadi seorang yang boleh serta dapat mengembangkan potensi muridnya secara menyeluruh meliputi intelek, rohani, jasmani dan emosi di samping membimbing murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia sejajar dengan cabaran hidup pada masa kini dan ianya adalah amat penting untuk pembangunan sesebuah negara. Perubahan dari segi peranan guru di sekolah khususnya diberi penekanan yang lebih serius kerana ianya merupakan titik tolak untuk menjadikan pembentukan murid yang lebih berpengetahuan dan mahir dalam setiap aspek yang diajar. Penggunaan ICT umpamanya adalah di antara pendedahan baru yang boleh membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

http://prasekolah.netfirms.com

Kita juga sedia maklum bahawa pendidikan merupakan agen yang berpengaruh yang membentuk serta membawa perubahan dalam mobiliti sosial. Gurulah yang menjadi orang pertama yang membentuk masyarakat atau komuniti yang pelbagai dan mahir dalam pelbagai kemahiran. Ini kerana guru boleh membentuk seseorang individu itu menjadi doktor misalnya kerana hasil pengetahuannya dalam bidang sains maka guru secara tidak langsung membentuk minat dalam diri seseorang walaupun pada hakikatnya dia hanya memperkenalkan dan mendedahkan ilmu tersebut secara umum. Begitu juga sebaliknya. Sebagai kesimpulannya, peranan guru dalam alaf baru bukan sebagai penggerak masyarakat ( inovator ) dan tunggak dalam membentuk negara tetapi fungsinya adalah secara global dan tidak terhad di samping mewujudkan hubungan interpersonel secara sarwajagat. CABARAN DALAM ERA GLOBALISASI Era globalisasi membawa maksud yang cukup luas. Globalisasi merupakan satu keadaan yang mana ianya meliputi perubahan dalam keseluruhan sesuatu aspek dan bidang yang lebih maju dan terkini. Ini meliputi aspek sosial, pendidikan, ekonomi, kebudayaan, kemahiran dan sebagainya. Oleh yang demikian guru tidak terkecuali menghadapi cabaran dalam era globalisasi. Ini kerana semakin maju sesebuah negara maka ianya memerlukan tenaga serta pakar dalam pelbagai bidang. Sebagai seorang guru, inilah yang harus dipikul dan dipertanggungjawabkan. Inovasi adalah perkara yang perlu ada dalam diri seorang guru yang mana inovasi dalam pendidikan diertikan sebagai penghasilan idea dalam membentuk mujarad berdasarkan proses pengubahsuaian dan penyusunan semula unsur yang sedia ada dengan tujuan untuk memperluas dan mempertingkatkan lagi beberapa aspek dalam bidang pendidikan. Cabaran dalam era globalisasi ini antaranya adalah mewujudkan sistem pendidikan dan pembangunan sumber manusia dan mencapai wawasan 2020. Idea ini telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri negara kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad. Beliau telah mengatakan bahawa Malaysia harus dijadikan sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020. oleh yang demikian, beliau

http://prasekolah.netfirms.com

menegaskan perubahan terhadap penyesuaian sistem pendidkan adalah penting untuk menghasilkan sumber tenaga yang diperlukan. Cabaran yang seterusnya adalah melibatkan penghasilan tenaga kerja yang mencukupi bagi menampung permintaan pasaran buruh yang berorientasikan kemahiran dan teknologi tertentu. Sebab itulah guru haruslah memperlengkapkan diri pelbagai bidang ilmu agar dapat membentuk generasi yang berkemahiran. Kemudiannya cabaran yang harus ditempuhi adalah berkenaan dengan mewujudkan serta berupaya menghasilkan ahli sains dan penyelidik yang mampu meningkatkan daya saing dalam pasaran dunia global. Selain itu, guru haruslah membentuk sebuah masyarakat yang berteknologi yang progresif yang dapat membudayakan penggunaan teknologi dan sekaligus melahirkan masyarakat madani yang berteraskan sains dan teknologi dan dalam masa yang sama menunjangi aspek keilmuan dan penghayatan keagamaan dalam kehidupan mereka. Sebagai kesimpulannya ini adalah merupakan antara cabaran yang harus ditempuhi oleh para guru umumnya. CABARAN PENDIDIKAN MENJELANG ABAD KE-21 Dalam bidang pendidikan itu sendiri telah wujud banyak perkara yang mencabar kerana dari apa yang telah dinyatakan sebelum ini, telah menggambarkan betapa beratnya tanggungjawab serta amanah yang harus dipikul oleh guru. Oleh yang demikian, terdapat beberapa cabaran yang perlu mendapat pertimbangan dan tumpuan yang mana ianya melibatkan : Cabaran Revolusi Teknologi Maklumat Bagi mewujudkan serta membentuk sebuah negara yang maju, bidang pendidikan itu sendiri perlulah melalui beberapa perubahan dari segi corak serta sistem pengajaran dan pembelajaran dalam kelas di mana Kementerian Pendidikan mestilah menyediakan prasarana teknologi maklumat. Untuk merealisasikan perkara ini mata pelajaran komputer diperkenalkan serta penggunaan ICT diperkenalkan. Antaranya ialah penggunaan internet dalam bidang pendidikan, web site, penggunaan Siber Space dan penggunaan CD Rom dalam pengajaran. Oleh itu, pihak kementerian haruslah menyediakan para guru dengan kepakaran dalam teknologi maklumat.

http://prasekolah.netfirms.com

Cabaran Pendidikan Prasekolah Pada masa kini, kita dapati ramai ibubapa yang bekerja dan berpengetahuan dan berilmu. Oleh itu, mereka inginkan anak mereka menjadi bijak dan berpengetahuan seawal umur 4-6 tahun. Ibubapa juga akan menghantar anak-anak mereka seawal usia tersebut. Sebagai seorang guru, maka cabaran yang harus diatasi ialah cabaran memberi didikan kepada kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Ianya juga meliputi pembinaan asas-asas ilmu pengetahuan berkaitan dengan aras pertumbuhan kanak-kanak dan program didikan yang berkualiti. Kementerian Pendidikan juga haruslah mengambil langkah untuk peningkatan kualiti para pengasuh dan pendidik (guru). Guru prasekolah juga mestilah mewujudkan perkongsian tanggungjawab dalam mengasuh dan mendidik kanak-kanak prasekolah. Dan akhir sekali ialah dengan mewujudkan badan profesional dalam bidang prasekolah.

Cabaran Disiplin Dan Masalah Sosial Selain daripada cabaran dalam pendidikan itu sendiri tidak terkecuali guru juga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah dan sekaligus menyumbng kepada masalah sosial remaja masa kini. Kita dapati antara masalah sosial yang berlaku adalah seperti bohsia, penyalahgunaan dadah, dan umumnya jenayah juvana. Masalah dari segi disiplin pula adalah seperti masalah pelajar yang sering lewat ke sekolah, ponteng kelas, merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya. Oleh yang demikian, apa yang seharusnya dilakukan oleh guru ialah menjadi role model yang baik kepada para pelajarnya dan menjadikan diri guru seorang yang dihormati malahan sebagai orang yang mudah didampingi dan bukannya seorang yang menjadi musuh atau orang yang tekanan kepada mereka. Sebagai mengatasi masalah itu juga, maka kerjasama dari Kementerian Pendidikan, Kementerian Penerangan dan Sosial, Kementerian Perpaduan Negara dan Masyarakat sangatlah diperlukan.

http://prasekolah.netfirms.com

Cabaran Pengurusan Sekolah Selain daripada fungsi guru seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pihak pengurusan sekolah juga mestilah memberikan kerjasama dan sokongan kepada guru dalam usaha untuk meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan. Ianya memerlukan gaya dan corak pengurusan sekolah yang cekap dan sesuai dengan perkembangan semasa. Pihak pengurusan sekolah juga mestilah mempunyai ciriciri seperti bersifat proaktif, kreatif, terbuka, dinamik, berpengetahuan luas, matang dan mempunyai kewibawaan yang tinggi. Justeru itu pengurus sekolah perlu memiliki beberapa kemahiran bagi menyahut cabaran abad ke -21. antaranya ialah : 1. Guru Besar ataupun Pengetua sekolah mestilah dapat memberikan kepimpinan pedagogi sekaligus berupaya membrikan kepimpinan dalam pengurusan sekolah. 2. Berkemahiran melaksanakan program pendidikan yang diamanahkan kepada mereka. 3. Mampu mewujudkan perhubungan mesra di antara guru dengan guru dan juga murid tanpa kepura-puraan. 4. Berkeupayaan melakukan penyelidikan. 5. Berupaya membimbing guru-guru muda dan menjadi tempat rujukan guruguru bagi mengatasi masalah P&P. 6. Berpengetahuan tentang teknologi pendidikan moden terutamanya penggunaan komputer dan multimedia dalam pengajaran.

http://prasekolah.netfirms.com

CIRI-CIRI GURU YANG BERKUALITI DALAM ERA GLOBALISASI DAN ICT MASA KINI Guru adalah pendidik dan pengasuh kepada kanak-kanak dan juga menjadi pembimbing dan pengajar kepada para pelajarnya yang akan mewarisi kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa hadapan. Selain daripada menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Justeru itu, guru seharusnya mempunyai ciri-ciri sifat serta sikap dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni sesuai dengan ciri-ciri berkualiti seorang guru dalam era globalisasi dan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) masa kini. Terdapat beberapa ciri yang harus ada diri guru yang berkualiti iaitu :1. Guru haruslah mempunyai sifat dan kualiti peribadi iaitu baik hati, berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin dan mempunyai sifat kepimpinan yang sewajarnya. Selain itu, guru haruslah mempunyai ciri sifat dan kualiti profesional iaitu mempunyai sifat ingin tahu, pengetahuan ikhtisas ( mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Contohnya dalam bidang psikologi kanak-kanak, pedagogi dan sebagainya ), suka membaca, kemahiran bertutur dan komunikasi, daya ingatan yang baik dan berdaya usaha untuk maju. Guru juga mestilah bersifat kualiti sosial iaitu berbudi pekerti, ramah mesra, merendah diri, semangat berbakti dan seorang yang amanah dan jujur. 2. Guru juga hendaklah mempunyai ciri beriltizam,iaitu keterlibatan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh dengan tanggungjawab dalam perlaksanaan tugasnya sebagai pendidik di sekolah. 3. Malahan guru mestilah berorientasikan maklumat iaitu harus peka kepada isu-isu semasa dan juga berkemahiran khasnya dalam teknologi terkini ( ICT ). Ini adalah untuk memberikan pembaharuan dalam bidang pendidikan. 4. Ciri seterusnya ialah harus mempunyai wawasan dan berpandangan jauh serta mempunyai visi terutamanya dalam bidang pendidikan. Ini penting untuk mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara di alaf baru. 5. Guru juga haruslah berpandangan global iaitu melihat pendidikan ini secara meluas dan tidak terhad dalam negeri tetapi juga secara global agar dapat menilai proses pendidikan yang kian maju. Contoh yang berlaku pada masa kini adalah perubahan dalam kurikulum yang melibatkan pertukaran bahasa pengantar Bahasa

http://prasekolah.netfirms.com

Malaysia kepada Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Ini adalah kerana negara kita mengkehendaki guru melahirkan ramai pakar dalam bidang sains dan teknologi. 6. di samping itu, guru mestilah mempunyai ciri berpandangan positif iaitu menganggap segala perubahan yang berlaku dalam pendidikan masa kini sebagai mendatangkan manfaat kepada diri, murid, masyarakat dan negara. Ciri yang ditonjolkan dalam kualiti profesional keguruan iaitu : peka kepada perubahan sedar tentang keperluan negara bersikap positif terhadap pembelajaran mempunyai inovasi dalam tugas seharian

7. bahkan guru harus mempunyai pengetahuan yang fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dengan reformasi yang berlaku dalam bidang pendidikan. Pada diri seorang guru haruslah dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Ciri tersebut boleh dilihat jika guru mengamalkan : mempunyai inovasi dalam perhubungan sosial bepekerti mulia mudah suai berdaya kepimpinan mempunyai kesedaran terhadap persekitaran mengamalkan sikap toleransi.

http://prasekolah.netfirms.com

RUMUSAN KESELURUHAN Berdasarkan kepada apa yang telah dinyatakan sebelum ini jelaslah kepada kita bahawa tema Guru Berkualiti Aspirasi Negara mempunyai pengertian yang luas dan bukan setakat hanya cakap kosong sahaja. Pengertiannya membawa seribu erti yang mana tanggungjawab guru adalah semakin besar dan terpaksa dipikul semata-mata untuk memenuhi cita-cita masyarakat dan negara yang inginkan kemajuan yang pesat sambil mengekalkan nilai-nilai murni dalam masyarakatnya. Untuk mencapai matlamat tersebut, Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd, Noordin, Ketua Pendidikan Malaysia, mengemukakan tujuh jurusan bidang pendidikan sebagai perancangan dan perlaksanaan program di sekolah. Antara isi kandungannya ialah : Perpaduan di antara pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa. Pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti dan mengandungi sifat untuk mencuba dan berdepan dengan risiko. Perkhidmatan Penyayang yang mengutamakan penghargaan nilai-nilai kemurnia. Berkongsi kuasa dengan kakitangan sekolah untuk melaksanakan programsekolah melalui kaedah reflektif, inovatif, kreatif dan asertif. Budaya ilmu yang membolehkan pelajar menyintai ilmu pengetahuan. Sekolah Penyayang yang mengiktiraf harga diri manusia agar masalah disipli dapat dikurangkan. Budaya Cemerlang dalam budaya kerja, budaya ilmu, akhlak dan sahsiah peribadi.

http://prasekolah.netfirms.com

BIBLIOGRAFI 1. Shahril @ Charil Marzuki (1999), Isu Pendidikan Di Malaysia [ Sorotan dan Cabaran ], Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. 2. Mok Soon Sang (1996 ), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 3. Rashidi Azizan dan Abdullah Mohd. Noor (1994 ), Pendidikan Guru, Masa Enterprise, Selangor Darul Ehsan. 4. Mok Soon Sang (2003 ), Pendidikan Di Malaysia [ Edisi ke 8 ], Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpuar.

http://prasekolah.netfirms.com

You might also like