You are on page 1of 8

Latar Belakang:

1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. 1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah. 1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup. 1988 Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi berbunyi Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1993 Bersepadu

Kurikulum

Baru Sekolah Sekolah Rendah.

Rendah

ditukar

kepada

Kurikulum

1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

Tujuan Pendidikan Sekolah Rendah

1.
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Menguasai kemahiran asas. Menguasai kemahiran berfikir. Memperoleh ilmu pengetahuan.


Menghayati dan mengamalkan nilai murni.

Membentuk sahsiah yang positif. Membina kemahiran sosial. Memeupuk semangat kewarganegaraan. Menanam rasa cinta akan alam sekitar. Memeupuk serta meningkatkan kreativiti dan bakat. Menyedari tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan diri. Menyedari tentang kepentingan sains dan teknologi.

Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah ialah untuk membolehkan murid:

1.

Menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Menguasai kemahiran asas bertutur, membaca dan menulis.

Mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakan-nya dalam menyelesaikan masalah harian. Menguasai kemahiran belajar.

Bertutur, membaca, menulis dan memahami dalam bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. Memperoleh ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha menambahkannya.

Mengamalkan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas bagi amalan hidup. Mempunyai daya kepimpinan dan keyakinan diri. Mempunyai semangat patriotisme.

10. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. 11. Mengembangkan bakat, kesenian dan kreativiti. 12. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal. 13. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi
dalam lingkungan kebuadayaan nasional.

14. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri. 15. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikapyang positif terhadap keusahawanan dan
produktiviti.

16. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu di
dalam Al-Quran bagi murid Islam. Prinsip-Prinsip KBSR

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Perkembangan menyeluruh. Penguasaan kemahiran asas. Pemupukan nilai-nilai murni. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Prinsip mudah ubah. Pendidikan umum untuk semua murid.

7. 8. 9.

Pendidikan seumur hidup. Bahasa merentas kurikulum. Penilaian berterusan.

Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.
Konsep Bersepadu

Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi emlahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum.
Penekanan Dan Tumpuan KBSR

a. b. c. d. e. f. g. h.

Kemahiran asas 3M (Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis). Kemahiran berfikir. Nilai merentas kurikulum. Bahasa merentas kurikulum. Patriotisme merentas kurikulum. Strategi P & P yang berpusatkan murid. Penilaian berterusan. Pemulihan dan pengayaan.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik adrjah. Mengaitkan pengalaman murid dengan apa yang diajar.

Menggunakan pelbagai media alam semula jadi, bahan maujud, media cetak dan media elektronik. Menilai proses P&P seharian supaya tindak susul dapat dijalankan.

Kaedah Dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

Permainan simulasi. Lakonan. Permainan. Demonstrasi / tunjuk cara. Lawatan. Bercerita. Projek. Tutorial. Sesi Buzz (Membuat keputusan daripada perbincangan ringkas). Percambahan fikiran.

Penilaian

Penilaian formatif ialah penilaian sepanjang masa. Penilaian sumatif dijalankan di akhir sesuatu tempoh pembelajaran.
Tindakan Susulan

a. b. c.

Pengayaan. Pemulihan. Pengukuhan.

Bagi mempertingkatkan pencapaian murid, guru sepatutnya:


Menyesuaikan objektif P&P mengikut kebolehan murid. Mempelbagaikan teknik yang lebih berkesan. Menggunakan pelbagai bahan sesuai dengan minat, keperluan dan kebolehan. Menggunakan bahasa yang sesuai. Memberi perhatian yang rapi secara individu atau kumpulan. Memberi peluang yang cukup kepada setiap murid

PENGENALAN
Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanakkanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Konsep Tabika KEMAS ialah Belajar Melalui Bermain yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.

Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur.

Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.

OBJEKTIF
1. Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi ; Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan ; Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak ; Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik ; Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu ; dan Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.

2.

3.

4.

5.

6.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Kurikulum Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah diwajibkan pengunaanya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kanak-kanak yang belajar di Tabika KEMAS akan belajar mengikut 6 Tunjang Pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu :-

i). Komunikasi ii). Kerohanian, Sikap dan Nilai iii). Kemanusiaan iv). Keterampilan diri v). Perkembangan Fizikal dan Estetika vi). Sains dan Teknologi

Tempoh Masa Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 4 jam mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Selain itu, KEMAS turut melaksanakan tambahan masa 2 jam (1 jam bagi setiap sesi) seminggu selepas waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kelas fardhu ain dan iqra, Bahasa Inggeris, Muzik, Seni mempertahankan diri atau senaman dan seni tari mengikut keperluan.

PENDEKATAN
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Pemaju Masyarakat/guru Tabika KEMAS menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan diri, keperluan, kebolehan, bakat dan minat serta latar belakang kanak-kanak. Tujuannya ialah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan mengembirakan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu :1. Belajar Melalui Bermain Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengembirakan, meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran berfikir secara inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Pengalaman pembelajaran akan memberi kesan yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina dan membantu perkembangan ke tahap yang maksima.

2.

Bertema Pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang kanak-kanak dijadikan sebagai alat untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir di samping memberi peluang kanak-kanak meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih.

3.

Bersepadu Proses pengajaran dan pembelajaran ini membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. Ini akan menyediakan kanak-kanak mendalamai atau meneroka sesuatu topik, banyak pilihan dan motivasi, menimbulkan kepuasan belajar, pembelajaran lebih aktif, menggembirakan, bermakna, meningkatkan daya imaginasi, kreatif, kemahiran berbahasa dan nilai murni.

4.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi Membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperolehi maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan dengan rakan serta memperkaya pengalaman pembelajaran.

Pengelolaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini dikelolakan secara kelas, kumpulan dan individu yang dijalankan secara terancang.

Penilaian dan Rekod Perkembangan Kanak-kanak

Pemaju Masyarakat/guru Tabika akan membuat penilaian melalui proses pengumpulan maklumat perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara berterusan. Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk dipertingkatkan serta pengukuhan.

Hasil penilaian membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan bagi mengembangkan potensi kanak-kanak. Rekod kesihatan dinilai dengan kerjasama Jabatan Kesihatan di peringkat daerah yang membuat pemeriksaan fizikal dan gigi secara berkala di Tabika.

PENGURUSAN
Pengurusan, pengelolaan dan pemantauan Tabika ialah tanggungjawab dan kerjasama erat antara KEMAS dan masyarakat.

Pemaju Masyarakat/guru Tabika Bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran, pengurusan aktiviti kokurikulum dan aktiviti penglibatan ibu bapa.

Pembantu guru Tabika Bertanggungjawab menyediakan makanan tambahan, menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dan membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jawatankuasa Tabika Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran Tabika, aktiviti kokurikulum dan aktiviti penglibatan masyarakat.

Penyelia Prasekolah Membuat pemantauan pelaksanaan Tabika di peringkat parlimen.

AKTIVITI
Aktiviti Kokurikulum

Kokurikulum Mingguan ; Masa 2 jam seminggu (1 jam setiap sesi selepas waktu kelas) Aktiviti : Kelas Fardhu Ain/Iqra


Aktiviti

Kelas Bahasa Inggeris Kompang/Percussion Seni mempertahankan diri Seni Tari/senamrobik Kokurikulum Tahunan : Hari Potensi/Hari Kecemerlangan Hari Sukan/Sukaneka/gotong royong Lawatan Pendidikan/3K dan Penglibatan ibu bapa

Ibu bapa digalakkan melibatkan diri secara aktif melalui kerjasama yang erat sebagai rakan kongsi dengan Tabika bagi tujuan meningkatkan kualiti dan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Ibu bapa digalakkan terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut :-

Pendidikan Membantu memperkukuhkan pendidikan anak-anak di rumah supaya terdapat kesinambungan pendidikan antara Tabika dan rumah, termasuk membantu membina bahan bantu mengajar untuk guru. Pendidikan Keibubapaan Bengkel dan kursus untuk ibu bapa yang dianjurkan oleh Tabika untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Aktiviti Kokurikulum Membantu guru dalam aktiviti kokurikulum, pelaksanaan Hari Potensi, sukaneka, penyampaian sijil dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan masyarakat setempat. Aktiviti Keindahan, Keselamatan dan Kebersihan Tabika Bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tabika meningkatkan keindahan, keselamatan dan kebersihan dan keceriaan Tabika melalui aktiviti gotong-royong, sumbangan kewangan dan bahan untuk mengindahkan lanskap, menganjurkan kempen-kempen bulanan seperti Kempen Kebersihan, Menabung dan lain-lain.

You might also like