Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PERANAN SEKOLAH DALAM MERIALISASIKAN FPK

PERANAN SEKOLAH DALAM MERIALISASIKAN FPK

Ratings: (0)|Views: 59 |Likes:
Published by Cikgu Madrid
TUGASAN GERKO PISMP SEMESTER 2
BERDASARKAN PBS DI SK SUNGAI SAM, KUALA KRAI, KELANTAN
TUGASAN GERKO PISMP SEMESTER 2
BERDASARKAN PBS DI SK SUNGAI SAM, KUALA KRAI, KELANTAN

More info:

Published by: Cikgu Madrid on Oct 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/17/2011

pdf

text

original

 
http://cikgumadrid.blogspot.com
1.0 PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan teras kepada sistempendidikan di Malaysia sejak 1988. FPK telah distruktur berdasarkan PerlembagaanMalaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukunegara,Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (Choong, 2008).
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkanlagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insanyang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara." 
Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan jumlah dana hampir empatkali ganda bagi sekolah rendah dan lima kali ganda bagi sekolah menengah dalamaktiviti kokurikulum menunjukkan bahawa kokurikulum merupakan aktiviti yang amatrelevan bagi melahirkan pelajar yang terampil. Che Aziz Jaafar, 2002 berpandanganbahawa penambahan dana ini adalah selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang bukan sahaja dari aspekintelek, tetapi juga dari aspek sosial, rohani dan jasmani melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. 
 
http://cikgumadrid.blogspot.com
2.0 PERANAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH DALAMMERIALISASIKAN HASRAT FPK
Sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan FalsafahPendidikan Kebangsaan (FPK) kerana sekolah merupakan agen sosialisasi danagen perubahan seseorang insan. Selain itu, sekolah juga merupakan institusi formalpertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah jugaadalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu danselanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam diri murid-murid untuk melahirkanmodal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek selarasdengan matlamat dan objektif FPK. Justeru, setiap individu di sekolah memainkanperanan masing-masing untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini.Antara pihak yang berkaitan ialah Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,dan Guru Bilik Darjah.
2.1.1 Peranan Guru Besar 
Sistem pengurusan SK Sungai Sam telah diterajui oleh guru besarnya En.Idris bin Muhamed dan dibantu oleh GPK1, GPK HEM dan GPK Kokurikulum.Mereka sangat komited dalam usaha merialisasikan FPK dari semasa ke semasa.Bagi memastikan murid-murid di SK Sungai Sam cemerlang dari segi intelek,beliau telah menetapkan setiap murid tahun 6 perlu mengambil 9 kali ujian penilaiandalaman sebelum menduduki UPSR. Hal ini dilaksanakan bagi memastikan setiapmurid darjah 6 sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi UPSR selain dapatmengesan murid-murid yang perlu diberikan perhatian dalam pelajaran sekali gusdapat memastikan semua pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.Pihak pentadbir juga memastikan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sainsdan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berjalan dengan baik.
 
http://cikgumadrid.blogspot.com
Dalam merealisasikan FPK dari aspek jasmani, beliau juga sangat memberipenekanan dalam aspek kokurikum. Sebagai contoh, semua murid wajib hadir kesekolah pada sebelah petang untuk menjalankan aktiviti kokurikulum pada setiaphari Rabu. Aktiviti kokurikulum termasuklah persatuan, unit beruniform serta sukandan permainan.Selain itu, beliau turut menekankan kecemerlangan emosi murid-murid. Beliaumelantik beberapa orang guru untuk memantau keceriaan dan kebersihan dalampersekitaran dan juga di dalam bilik darjah. Kelas yang tercantik dan terbersiah akanmemperoleh piala pusingan pada setiap minggu. Langkah ini sangat berkesan bagimemastikan murid-murid sentiasa menjaga suasana tempat belajar dan sekali gusdapat belajar dengan baik.Aspek rohani juga sangat ditekankan di sekolah ini. Buktinya, pihakpentadbiran telah menganjurkan Kem Bestari Solat, Majlis Solat Hajat dan SambutanMaulidur Rasul. Program-program ini telah berjaya memberi kesedaran kepadamurid-murid tentang kepentingan aspek rohani untuk mencapai kecemerlangandalam kehidupan.
2.1.2 Peranan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru Penolong Kanan Kokurikulum merupakan antara orang terpenting di sekolah.Beliau menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, PKPentadbiran dan PK HEM. Beliau juga bertanggungjawab kepada Guru Besar dalamaspek pengurusan kokurikulum. Beliau sentiasa membantu Guru Besar dalamsemua aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum sekolah. Selain itu, beliaumerupakan orang yang menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah.Bagi merialisasikan hasrat FPK, beliau telah merancang kegiatan persatuandan kelab, unit beruniform dan permainan di dalam dan di luar sekolah. Beliaumemastikan semua murid terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Beliauakan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya murid-murid engganmengambil bahagian dalam program yang telah diatur oleh pihak sekolah. Tindakanbeliau jelas menunjukkan beliau mengambil berat dan bersungguh-sungguh untukmerialisasikan hasrat FPK.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->