You are on page 1of 5

Berdasarkan pemerhatian dan interaksi saya dengan komuniti Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru, ketika menjalani

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang lalu, beberapa elemen penting saya dapati sebagai rujukan tentang amalan Falsafah Pendidikan Malaysia di sekolah ini. Setelah seminggu menjalani PBS di sana, saya dapati pengurusan dan pentadbiran yang dilakukan oleh guru dan organisasi sekolah amat baik. Ini kerana, secara keseluruhan kelas-kelas yang menjalani pengajaran dan pembelajaran dapat dikendalikan dan dikawal dengan baik. Para pendidik berkaliber, kerjasama anggota masyarakat dengan warga sekolah dapat memberikan pendidikan yang sempurna akan melahirkan insan yang sempurna. Saya telah memerhati seluruh sekolah dan berjumpa dengan guru besar jika perlu. Sungguhpun guru besar begitu sibuk memantau sekolah dan menguruskan hal-hal dalaman sekolah, beliau masih berkesempatan melayani saya dan bekerjasama dalam mendapatkan maklumat tentang sekolah ini. Selain itu, guru-guru panitia, bertungkus-lumus menyiapkan soalan peperiksaan dan latihan ulangkaji yang ditugaskan supaya murid-murid mendapat latihan yang mencukupi sebelum menghadapi peperiksaan penting seperti Peperiksaan Akhir Tahun dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pihak sekolah juga telah menempah sebuah syarikat untuk Zoom-A, sebuah program bagi murid-murid mengulangkaji dan menilai sejauh mana kedapatan murid-murid terhadap pelajaran dalam subjek-subjek tertentu. Subjek ulangkaji yang disediakan ialah subjek Teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup, dan Agama Islam atau Moral. Terdapat aras kesukaran bagi setiap soalan yang diberikan. Semasa PBS saya di sekolah ini, terdapat Ujian Pencapaian Prestasi Murid 1 bagi murid-murid darjah 6 khususnya supaya pihak sekolah dapat menilai kesediaan

dan kemahiran murid-murid pada waktu itu sebelum menjalani UPSR. Program ini telah dijalankan selama 2 hari sebagai satu pemangkin semangat. Oleh itu, peluang yang diberikan kepada mereka untuk mengembangkan dan mengukuhkan intelek mereka. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia yang dipraktikkan oleh sekolah ini. Peranan guru pula sangat penting dalam membentuk sebuah organisasi yang sistematik. Peranan guru panitia ialah menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Juga menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan dengan berkesan. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya dan membuat tindakan yang sewajar. Dari segi kokurikulum ia merancang serta menyelaras dan melaksanakan kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecermerlangan akademik pelajar. Peranan guru kelas pula membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua darjah penolong ketua darjah, bendahari dan sebagainya. Guru dikehendaki bertanggungjawab terhadap jadual kedatangan pelajar dan menanda jadual kedatangan harian. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada dalam buku kedatangan pelajar. Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas. Peranan organisasi sekolah menentukan tugas setiap guru dan kakitangan supaya menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Organisasi sekolah amat penting bagi memastikan pentadbiran sekolah berjalan lancar dan sistematik. Ini akan menjadi tauladan kepada pihak pentadbir sekolah yang lain dan juga murid. Kebajikan murid juga akan diambil berat sekiranya setiap ahli organisasi menjalankan tugas masingmasing. Semasa saya mengikuti mentor saya mengajar di dalam kelas, saya mendapat pengetahuan tentang bagaimana caranya untuk mengawal keadaan kelas yang bising dan mengetahui cara untuk menjadikan diri kita dihormati oleh anak-anak murid kita sendiri. Selain itu, saya juga mendapat pengalaman bagaimana untuk menerangkan kepada murid-murid yang masih kurang faham. Ianya tidak mudah seperti yang

disangka kerana kita memerlukan pendekatan yang berlainan berdasarkan kepada tahap pemahaman murid itu sendiri. Jika murid itu dari golongan yang lemah inteleknya, saya menggunakan pendekatan berbeza iaitu dengan memberikan beberapa contoh dan juga beberapa langkah yang lebih teliti kerana mereka kurang mahir untuk mentafsir arahan yang rumit. Penggunaan bahasa yang mudah difahami turut memainkan peranan penting supaya emosi murid tidak keliru maka inteleknya mampu berkembang. Tenaga penduduk di sini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat, komited, dan iltizam untuk memberikan pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu bagi memajukan akademik. Contohnya, guruguru akan dihantar menyertai kursus-kursus yang dianjurkan pihak sekolah mahupun dari[ada pihak luar yang bertujuan melatih guru dalam penyelesaian masalah di kalangan murid dan sekolah. Ini dapat dilihat ketika selepas waktu pengajaran dan pembelajaran, pada 25Mac dan 26 Mac, Kursus Kajian Tindakan diadakan bagi membincang dan menyelesaikan masalah di sekolah yang dikendalikan oleh pakar dari luar supaya lebih berkesan. Selain itu, saya dapat mengetahui banyak pengetahuan baru berkaitan sekolah. Dengan berpandukan senarai semak yang saya sediakan sendiri, saya mendapati bahawa sekolah ini telah menyediakan kelengkapan prasaran yang mencukupi untuk murid-murid yang bersekolah di sekolah ini. Melaui senarai semak ini saya telah membuat pemerhatian dan rekod tentang bilik darjah dan prasarana sekolah. Saya mendapati kelengkapan yang disediakan oleh pihak sekolah di dalam bilik darjah seperti meja dan kerusi mencukupi dan setiap kelas mempunyai kipas dan lampu untuk memberikan keselesaan kepada guru dan murid-murid semasa proses P&P berjalan di dalam kelas. Hampir semua kelas telah dipasang dengan projektor LCD untuk kegunaan guru yang mengajar menggunakan bahan Bantu mengajar berbentuk CD ataupun PowerPoint. Murid-murid lebih tertarik

untuk belajar jika guru-guru menggunakan segala kemudahan ini kerana mereka amat berminat dengan pengajaran secara teknologi moden ini. Saya juga mendapat pengetahuan baru tentang keceriaan dan keindahan sekolah. Saya mendapati bahawa dengan membina pondok berehat dan membina kolam ikan di kawasan sekolah, ia dapat memberikan keceriaan kepada persekitaran sekolah selain dapat merehatkan minda yang penat dengan melihat ketenangan ikanikan yang berenang di dalam kolam ikan. Ini merupakan satu kaedah psikologi yang amat baik yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam mempengaruhi emosi yang positif dalam diri setiap insan, bukan sahaja kepada murid-murid bahkan juga kepada guru yang mengajar di sekolah ini. Begitu juga terdapat Taman Herba yang pada masa yang sama boleh mengajar murid-murid mengenal tumbuh-tumbuhan di samping melihat keindahan flora. Kurikulum dan kokurikulum dijalankan dengan lancar di sekolah ini. Pada setiap hari Rabu, murid-murid dikehendaki memakai baju mengikut unit beruniform masing-masing sebagai hari Kokurikulum. Pada hari Sabtu itu, sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi menyambut junjungan Nabi Muhammad S.A.W..Hanya warga sekolah itu yang beragama Islam sahaja yang menyertai. Pelbagai aktiviti yang berjaya dijayakan dan penyertaan murid-murid dalam kokurikulum adalah sangat memuaskan. Ini juga dapat dilihat ketika sekolah ini berjaya mewakili sehingga ke peringkat daerah dalam Choral Speaking, Tenpin Boling, Ping Pong, Bola Jaring, Bola Baling, Olahraga, Gimnastik, dan Renang. Penyertaan dalam Karnival Bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam, Bahasa Inggeris, dan Kelab Perpustakaan & Pusat Sumber seperti NILAM juga melibatkan murid secara aktif di sekolah ini. Ketika saya berada di sekolah ini, saya telah berkesempatan mendapat pengetahuan bagaimana untuk mentadbir perjalanan sekolah agar segala urusan dapat berjalan dengan lancar. Saya juga dapat pengetahuan tentang bagaimana untuk memupuk keseimbangan rohani, jasmani, emosi, intelek dan juga sosial muridmurid semasa saya menemubual Guru Besar dan juga Guru Penolong Kanan.

Selain menemubual di jabatan pentadbiran, saya juga telah menemubual beberapa guru untuk mengetahui tentang perjalanan pengajian & pembelajaran di kelas dan juga di bilik-bilik akademik lain seperti bilik muzik, bilik komputer dan makmal sains. Saya mendapat tahu daripada guru-guru penyelaras bilik ini bahawa murid-murid menunjukkan minat yang tinggi semasa menggunakan bilik-bilik akademik lain selain bilik darjah contohnya bilik komputer kerana mereka lebih gemarkan suasana pembelajaran yang lain daripada suasana kelas. Selain itu, mereka juga akan berasa seronok menggunakan segala kelengkapan yang ada disediakan di bilik-bilik ini dan mereka akan bersungguh-sungguh dalam pengajaran & pembelajaran semasa menggunakan bilik-bilik ini. Murid-murid di sini kebanyakannya berminat untuk belajar kerana saya berpendapat tempat belajar di sini sangat kondusif dan selesa. Guru-guru juga tidak perlu bersusah payah berjalan jauh menuruni dan menaiki tangga dari blok ke blok lain kerana terdapatnya percantuman blok di antara blok berdekatan memudahkan seterusnya mempercepatkan masa pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid di sekolah ini mempunyai kebolehan berkembang maju dari segi inteleknya. Oleh itu, peluang yang seluas-luasnya akan diberikan kepada mereka untuk mengembangkan dan mengukuhkan intelek mereka.

You might also like