You are on page 1of 6

3.

4 Penerusan Legitimasi Kesultanan Melayu di Johor Riau

Pengasasan Kerajaan Johor dan Penerusan Warisan Melaka


Setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 Masihi, Sultan Mahmud Syah telah berundur ke Hulu Muar, kemudian ke Pahang, Johor dan akhirnya ke Bentan (Riau) di Johor.

Pada tahun 1528, Sultan Mahmud Syah mangkat di Kampar dan meninggalkan dua orang putera iaitu Raja Muzaffar dan Raja Alauddin.

Sultan Alauddin merupakan pengasas kerajaan Johor yang merupakan warisan Kerajaan Melayu Melaka. Baginda menubuhkan kerajaannya di Johor kerana Johor ialah negeri taklukan Melaka. Walaupun baginda telah bertapak di Johor, baginda ingin dan berusaha untuk mendapatkan semula Melaka daripada Portugis.

PERANG TIGA SEGI

Acheh Berminat untuk mendapatkan Melaka kerana mahu menguasai perdagangan di Selat Melaka. Pada masa yang sama, Johor juga berminat dan berusaha untuk mendapatkan Melaka semula. Portugis mahu mempertahankan kedudukannya di Melaka serta memusuhi Acheh dan Johor yang menjadi pesaingnya dari segi ekonomi.

PELABUHAN PERDAGANGAN Merupakan pembekal barangan tempatan dan luar negeri. KERAJAAN YANG CEKAP Antara barang tempatan yang Yang Dipertuan Muda memegang diperdagangkan ialah damar, tikar, kuasa dan tanggungjawab yang luas bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, didalam bidang ketenteraan, pinang,kayu gaharu, dan beras. PEN hubungan luar negara hinggalah ke Manakala, barangan dari luar negeri ehwal dalam negeri, seperti benang emas, ekonomi, sosial serta hal teh, tembikar dan KEKUATAN ehwal agama. tembaga dari China. KERAJAAN PEMERINTAHAN

JOHOR RIAU
KETENTERAAN

PENGENALAN SISTEM MATA WANG

Berjaya melindungi serta mematahkan beberapa serangan daripada luar terhadap wilayah takluknya

Diperkenalkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II.Terdapat 3 jenis mata wang iaitu emas -mas, Perak-kupang, dan Timah-katun. Selain itu, mata wang asing juga digunakan seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan mata wang Belanda.

KEJATUHAN JOHOR-RIAU

PENTADBIRAN YANG KURANG CEKAP

Tiada pegawai yang cekap yang dapat mentadbir negeri dengan baik Sikap ganas dan zalim Sultan Mahmud telah menyebabkan negeri itu diabaikan oleh pedagang Bendahara Abdul Jalil Syah dilantik sebagai Sultan Johor oleh pembesar Johor selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah II Raja Kecil-ketua orang Minangkabau di Siak. Mendakwa dirinya putera kepada Sultan Mahmud Syah (Mangkat Dijulang). Raja Kecil berjaya mengalahkan Sultan Abdul Jalil dan menjadi Sultan Johor.

PEREBUTAN KUASA ANTARA PEMBESAR

CAMPUR TANGAN BUGIS DALAM PENTADBIRAN JOHOR

Bendahara Abdul Jalil Syah dibunuh oleh orang Minangkabau yang diupah oleh Raja Kecil. Orang Bugis dari Sulawesi bersetuju membantu keluarga Bendahara Johor merampas kuasa daripada Raja Kecil. Raja Kecil berjaya dihalau dari Riau.

You might also like