You are on page 1of 9

GURU MATA PELAJARAN Senarai Tugas

1.

Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.

2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan. 3. Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan. 4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan. 5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki. 6. Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan soalansoalan dan

keputusan ujian dalam buku rekod mengajar. 7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.

8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia. 9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan PPD. 10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan. 11. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama. 12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 13. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya. 14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas . Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber

Sekolah. 15. 16. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar. Membantu menguruskan Bank Soalan.

GURU PENYELARAS TINGKATAN / KURSUS Senarai Tugas 1. 2. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT) Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa, guru tingkatan memilih pelajar yang layak untuk diberi bantuan / biasiswa. 3. Memaklumkan kepada pengetua /Penolong Kanan 1/Penolong Kanan HEM / guru data tentang jumlah pelajar dalam setiap kelas dan kursus dari masa ke semasa. 4. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam daftar masuk ( mengikut tingkatan) dengan kemas dan teratur. 5. Bekerjasam dengan Penyelaras/ setiausaha peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan. 6. Berada disekolah pada hari pendaftaran pelajar baru dan membantu guru Tingkatan untuk mengagihkan kemasukan pelajar. 7. Memastikan guru tingkatan memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butir-butir pelajar dalam Buku Pendaftaran.

8. 9.

Menyemak fail-fail kemasukan pelajar dan memastikan ia dikemaskini. Membantu guru dan menguruskan Buku Pendaftaran Pelajar. Buku ini mesti disimpan di pejabat.

10. Mempastikan perkara-perkara berikut mencukupi dan dalam keadaan boleh guna. 10.1 10.2 10.3 10.4 10.5 Perabot bilik darjah Tong sampah di luar kelas. ( plastik hitam) Penyapu Penyedok sampah Buku ayam

- Sentiasa mempastikan keceriaan dan kebersihan kelas setiap masa.

11. 12.

Menyampaikan laporan tentang pelajar baru kepada Pengetua. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh pengetua dari masa ke semasa .

GURU TINGKATAN
Senarai Tugas

1.

Pengurusan dan Organisasi kelas 1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdir daripada Ketua Tingkatan. Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK kebersihan dan AJK Keceriaan, memastikan AJK kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap,

menyusun kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa kesemasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas. 1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas: (a) (b) (c) (d) (e) Jadual waktu Jadual Tugas Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitam diiventorikan Moto Kelas. Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.

1.3 Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 1.4 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru-guru penyelaras kursus yang berkenaan. 1.5 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. 1.6 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar. Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut: (a) (b) Keceriaan kelas. Kebajikan pelajar.

2.

Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar. 2.1 Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat. 2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas. 2.3 Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas. 2.4 Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan seperti yang diarahkan. (a) (b) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang dtetapkan. Menjamin keselamatan buku tersebut.

3.

Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akuan 3.1 Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal. 3.2 Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian.peperiksaan.

4.

Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin. 4.1 Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik 4.2 Mengalakkan pertandingan yang berbentuk akademik. Dan memberikan

hadiah ( jika perlu) 4.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar. 4.4 Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar. 4.5 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan 4.6 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah. 4.7 Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut (a) mendapat dan mengisi dalam dua salinan borang Melanggar Peraturan Sekolah yang dapat diperolehi dari penyelaras Tingkatan atau Bilik Guru Disiplin. Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.

(b)

5.

Buku teks, biasiswa dan bantuan 5.1 Memastikan skim pinjman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar. 5.2 Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa. 5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT 5.4 Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan

melaporkan kepada Guru Kebajikan. 5.5 Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.

6.

Kutipan Yuran dan Derma 6.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus. 6.2 6.3 6.4 6.5 Mengutip derma PIBG Mengutup wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan. Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat. Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang sama. 6.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG .

7. Pendaftaran Pelajar Baru 7.1 Menerima kemasukkan pelajar baru, ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada daripada Penolong Kanan HEM. 1.2 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan

memastikan pelajar ini mendapat buku teks. 1.3 Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa. 1.4 Menentukan rumah sukan. 1.5 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

2.

Murid Keluar 8.1 8.2 8.3 8.4 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 5. Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima. Menentukan buku teks telah dipulangkan. Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

3.

Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain. 9.1 Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum. 9.2 Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

[Menu Utama] [Pengetua] [Penolong Kanan 1] [Penolong Kanan HEM] [Guru Kanan Teknik] [Guru Kanan] [Kaunselor] [Ketua Bengkel]

You might also like