You are on page 1of 1

Honda Malaysia panggil balik model City dan Jazz

17/02/2011 4:00pm

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Honda Malaysia Sdn. Bhd. memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010, bagi menggantikan lost motion springs dan retainers bagi kesemua kenderaan terbabit. Dalam satu kenyataan hari ini, Honda berkata, lost motion springs yang dimampat oleh rocker arms dalam enjin biasa, mungkin bengkok atau pecah menyebabkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti. Ia berkata, setakat ini belum ada kemalangan atau kecederaan dilaporkan bersabit isu ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, syarikat itu sedang menyediakan alat ganti. Pemeriksaan dan penggantian akan dilakukan apabila alat ganti diperoleh, dan semua caj berhubung penggantian alat itu akan ditanggung oleh syarikat. katanya. - Bernama

You might also like