You are on page 1of 6

1.

PENDAHULUAN

Hoki adalah sukan yang popular dalam kalangan lelaki dan wanita di kebanyakan negara. Hoki terbahagi kepada dua jenis iaitu satu jenis dimainkan di padang rumput dan satu lagi dimainkan dalam gelenggang ais. Hoki ais kurang menonjol di sesetengah negara atas faktor cuaca dan iklim. Tidak semua negara sesuai dengan permainan hoki ais. Nama hoki berasal daripada bahasa Perancis iaitu hoquet dan kemudian diterjemah menjadi hockey dalam bahasa Inggeris. Terdapat catatan mengesahkan bahawa permainan menggunakan kayu dan bola telah mula dimainkan berabad yang lalu. Permainan tersebut dikatakan merupakan pencetus kepada permainan hoki. Menurut catatan tersebut juga, permainan tersebut telah dimainkan oleh orangorang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 sebelum Masihi. Namun permainan tersebut telah lenyap sehinggalah pada tahun 1365 telah diperkenalkan semula di England. Sejarah hoki di Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara oleh askar dan kakitangan British pada tahun 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih lagi tidak terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Penduduk tempatan mula meminati permainan ini setelah lebih kurang dua dekad lebih. Pada tahun 1923, Tanah Melayu telah berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara India. Pasukan tersebut juga telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajahh ke beberapa negara lain seperti Macau dan Hong Kong bagi mengadakan perlawanan persahabatan di sana. Pada tahun 1948, negara telah melakar sjarah tersendiri apabila menganjurkan liga hoki diadakan di Taiping seterusnya diikuti di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang. Persekutuan Hoki Tanah Melayu juga ditubuhkan pada tahun yang sama dan dikenali sebagai MHF. Penubuhan persekutuan ini adalah untuk menyelaras permainan hoki di Tanah Melayu pada ketika itu. Pada tahun 1953, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Setelah bergabung dengan FIH, pasukan negara telah mendapat peluang untuk turut serta dalam kejohanan dan pertandingan peringkat antarabangsa. Kini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara yang maju dalam permainan hoki. Sejarahnya, Malaysia telah layak memasuki sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak dari tahun 1956. Pasukan kebangsaan juga sering kali menyertai banyak pertandingan diperingkat antarabangsa seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja.

2.0

PUKULAN

Pukulan merupakan kemahiran yang sangat penting untuk dikuasai dalam permainan hoki. Pemain perlu menguasai kemahiran pukulan kerana melalui pukulan, bola dapat digerakkan dan dihantar dengan cepat kepada pemain lain dalam pasukan tersebut. Selain itu, penguasaan teknik pukulan membolehkan bola dihantar dalam jarak lebih jauh. 2.1 1) Mekanik Pukulan Pegangan kayu:

Tangan kiri menggenggam di bahagian atas atau hujung kayu sementara tangan kanan di bawahnya. Kedua-dua V yang dibuat dengan ibu jari dan jari telunjuk dari kedua-dua tangan adalah selari dengan jari kayu hoki. Hanya sebahagian kayu hoki iaitu 4-7 cm menjulur di atas tangan kiri. 2) Posisi berdiri:

Berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. Kedudukan badan perlu diseimbangkan. Kaki perlu dijarakkan mengikut anggaran lebar bahu. Pada masa hantaran atau pukulan dibuat, mata hendaklah memandang bola dan lutut dibengkokkan sedikit. 3) Kedudukan bola:

Kedudukan bola hendaklah selari dengan jari kaki kiri dan berjarak selesa untuk memukul. 4) Hayunan:

Kayu dihayunkan ke belakang dan kemudian lakukan hayunan bawah serta ambil sedikit lajak untuk melakukan teknik pukulan lurus. Semasa kayu menyentuh bola, muka kayu hendaklah dalam keadaan Vertical supaya pukulan tepat boleh berlaku. Untuk memastikan bola bergerak laju, kayu hoki perlu dihayun dengan kuat. 5) Badan

Semasa kayu dihayunkan ke belakang, berat badan adalah seimbang tetapi apabila hayunan ke bawah dilakukan, berat badan dipindahkan ke kaki kiri. Daya untuk memukul bola dibantu oleh beberapa koordinasi faktor misalnya momentum badan dan pemindahan berat badan dengan betul. Selain itu, kekuatan bahu dan lengan juga diperlukan serta kelajuan pecutan hayunan ke bawah. Kedudukan pergelangan tangan semasa bola dipukul juga diperlukan untuk memukul bola dengan baik.

2.2

Aktiviti Ansur Maju Kemahiran Pukulan

a) Pemain menggunakan dua biji bola hoki. Pemain dikehendaki memukul bola pertama dengan kuat manakala bola kedua dipukul perlahan agar bola itu bergerak pada jarak separuh dari bola pertama. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk pemain melakukan pukulan secara kuat dan keperluan untuk mengawal pukulan pada jarak tertentu. b) Pemain memukul bola di atas garisan lurus secara statik. Latihan ini boleh dilakukan dengan bergerak satu langkah ke hadapan dan pukul bola diikuti dengan dua atau tiga langkah secara ansur maju. Tujuan latihan ini dilakukan adalah untuk memastikan persediaan dan hayunan pemain adalah lurus bagi satu pukulan serta berpeluang melakukan hantaran yang tepat. c) Pemain memukul bola ke arah dinding dari jarak 10 meter. Pukulan dillakukan ke arah bebas tetapi hendaklah dengan cara yang betul. Pemain boleh mensasarkan pukulan ke arah yang dikehendakinya. Untuk permulaan, pemain hendaklah berdiri statik dan kemudian bolehlah bergerak satu langkah sehingga langkah seterusnya. d) Pukulan secara berpasangan dalam jarak 10 meter. Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 10 meter. Pemain memukul bola ke arah satu sama lain (ketepatan diutamakan). Apabila pukulan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15 m, 20m, 30m dan seterusnya. Pemain boleh bergerak satu langkah dan seterusnya apabila melakukan pukulan. e) Pukulan sasaran. Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20 meter. Skitel atau kon diletakkan di tengahtengahnya sebagai sasaran pukulan. Pemain perlu cuba menjatuhkan skitel atau kon dengan pukulan bola. Ulang aktiviti ini sehingga pukulan mengenai sasaran dengan tepat. f) Pukulan melalui skitel Dua pemain berdiri bersemuka dalam jarak 20 meter. Skitel atau kon diletakkan di antara jarak 20 meter tersebut. Pemain hendaklah memukul bola melalui skitel atau kon tersebut. Aktiviti ini diulang sehingga pemain berupaya untuk menepati sasaran. g) Pukulan dalam bulatan.

Lima pemain membentuk satu bulatan dan seorang pemain berdiri di tengah-tengah bulatan. Pemain tengah memukul bola kepada setiap pemain dalam kumpulan dan sebaliknya. Pemain tengah hendaklah ditukar dengan pemain lain apabila semua ahli kumpulan telah memukul bola h) Pukulan berpasangan dalam kawasan D Pemain berpasangan di atas kawasan D. Pemain disebelah kanan barisan A menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang memukul bola ke dalam gol.Latihan ini boleh dijalankan dengan menukar arah tolakan kepada tolakan dari sebelah kiri. 2.3 a) Permainan Kecil Berasaskan Kemahiran Memukul Latihan memukul di dalam kawasan D daripada X

Letakkan bola di dalam kawasan D. Apabila isyarat mula diberi pemain bergerak ke B5 seberapa cepat yang boleh, memukul satu demi satu bola ke dalam gol. b) Latihan memukul dari sudut D

Lima biji bola diletakkan dalam kawasan D. Bila isyarat mula pemain berlari daripada garisan D ke garisan 25 ela dan balik ke garisan D untuk memukul bola B1 ke dalam gol. Pemain mengulangi pergerakan ini untuk memukul bola B2 hingga seterusnya. c) Latihan memukul secara berpasangan dalam kawasan D

A berdiri di luar kawasan D, bersedia untuk memukul bola yang akan dihantar oleh B. B dengan lima biji bola akan menolak bola ke kawasan D dengan arah yang berlainan. A akan berlari ke arah bola yang dihantar oleh B dan memukul bola itu ke dalam gol. Selepas setiap pukulan, A berlari balik ke tempat permulaannya di luar kawasan D dan menunggu bola yang akan dihantar oleh B.

3.0

MENAHAN BOLA

Kemahiran menahan bola merupakan kemahiran yang paling penting dalam permainan hoki iaitu kemahiran memiliki bola. Pemain-pemain juga harus menguasai kemahiran menyerkap bola di atas permukaan padang yang berlainan. Pasukan-pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan dapat menentukan corak permainan. Pemain juga boleh melakukan kemahiran menyerkap dalam keadaan statik atau sedang bergerak semasa bola dihantar. 3.1 a) Mekanik Menyerkap Bola Pegangan kayu

Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas sementara tangan kanan berada di bawah sedikit. Tangan kanan dilonggarkan sedikit bagi membantu pegangan tangan kiri. b) Cara Berdiri

Kedudukan kaki adalah dalam keadaan kangkang dan lutut dibengkokkan sedikit. Muka kayu yang rata adalah selari dengan bola yang datang. Badan adalah bongkok sedikit agar individu itu sentiasa berada dalam keadaan selesa. Harus dipastikan bahawa keseluruhan anggota pemain hendaklah berada di belakang kayu yang condong ke hadapan sedikit untuk mengelakkan lantunan bola ke atas. c) Badan

Badan,kepala dan kaki berada di belakang dan selari dengan arah datangnya bola.Kadangkala satu langkah ke hadapan diperlukan untuk menyerkap bola. Gerakan ke kanan atau ke kiri adalah penting juga untuk menyerkap bola yang datang dari kedua-dua arah itu.Semua pemain mestilah meletakkan badan mereka dalam kedudukan yang diperlukan dengan keberatan badan sentiasa berpindah dari kiri ke kanan. Pada masa bola bersentuhan dengan kayu, tangan kiri ditegakkan sementara tangan kanan dibengkokkan sedikit. Pemain-pemain dilarang membuangkan kayu ke arah bola. Mereka mesti menerima bola dari beberapa arah khasnya dari belakang, dari pemain pertahanan, kiri dan kanan. 3.2 a) Aktiviti ansur maju kemahiran memukul Menahan bola secara berpasangan tanpa bergerak bola kepada A

A akan menolak bola kepada B untuk menyerkap. Kemudian B akan menolak pula untuk menyerkap.Ulang aktiviti ini beberapa kali. b) Menahan bola sambil berlari

A meleretkan bola kepada B untuk menyerkapnya di hadapan, kanan dan kiri. B akan menolaknya pula kepada A untuk menyerkap.Kemudian B pula akan menolak bola kepada A ke hadapan,kanan dan kiri untuk menyerkapnya. c) Menahan bola secara bersilang

A menolak bola jauh kepada B dan kemudian akan menyerkapnya di B1. B pula akan menolak jauh untuk diserkap oleh A di A1. Ulang aktiviti ini beberapa kali. d) Menahan dalam pelbagai arah

A akan menolak bola dan B akan menyerkap bola tersebut. B pula menolak kepada C untuk menyerkapnya. C menolaknya pula kepada A. Ulang aktiviti ini dan kemudian tukar arah. e) Menahan bola secara berlari dan bersilang

A akan menolak bola kepada X. X perlu menerima bola yang ditolak, pusing dan hantar kepada B. X akan berlari dan menerima bola dari B dan menolaknya pula kepada C. C pula menolak bola kepada X di tempat X1. Kemudian menolak semula kepada A .Tukar pemain setiap 2 pusingan. 4.0 RUMUSAN

Nama hoki berasal daripada bahasa Perancis iaitu hoquet dan kemudian diterjemah menjadi hockey dalam bahasa Inggeris. Malaysia telah layak memasuki sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak dari tahun 1956. Pasukan kebangsaan juga sering kali menyertai banyak pertandingan diperingkat antarabangsa seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. Pukulan dan menahan merupakan kemahiran yang sangat penting untuk dikuasai dalam permainan hoki. Beberapa teknik penting dalam memukul adalah pegangan kayu, posisi berdiri, kedudukan bola, hayunan dan badan. Teknik penting dalam menahan adalah pegangan kayu, cara berdiri dan posisi badan.

You might also like