You are on page 1of 36

LMF 3012

BAHTIAR OMAR
www.company.com

Manusia tidak dilahirkan dengan kebolehan bertutur dan memahami bahasa tetapi manusia harus mempelajari untuk menguasainya. Kebolehan bertutur adalah satu keanehan, berbeza dengan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.

www.company.com

Istilah bahasa dalam BM, sama dengan taal (Belanda), langue (Perancis), language (Inggeris), sprache (Jerman), kokugo(Jepun),lughatun (Arab), bhasa (Sanskrit). Melalui bahasa, kita dapat: * berkomunikasi * meluahkan perasaan * menyampaikan ilmu * mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana * mewariskan ilmu, budaya, peradaban dan agama
www.company.com

Pertuturan? Bahasa badan? Bahasa isyarat? Alat komunikasi?

www.company.com

Apa yang anda faham tentang bahasa? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia

(antara individu dengan individu yang lain).

www.company.com

Dialek, loghat Bicara, ujaran, omong. Adab, tatatertib, sopan santun, tingkah laku yang baik. Pertuturan yang baik.

www.company.com

Bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota-anggota masyarakat untuk berhubung. Ciri-ciri umum bahasa menurut Trager:
Bahasa terdiri daripada bunyi-bunyi Mempunyai sistem Mempunyai erti Bahasa adalah arbitrari

www.company.com

Bahasa ialah alat yang digunakan oleh manusia untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan, dan hasrat dengan menggunakan suatu sistem simbol-simbol yang dihasilkan secara arbitrari.

www.company.com

Bahasa ialah satu sistem simbol bunyi ucapan yang arbitrari, dan melaluinya manusia berkomunikasi.

Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu:


> bunyi ucapan. > satuan pengalaman yang mencakup cita, rasa, dan makna.
www.company.com

Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa

ialah satu sistem ialah satu sistem simbol ialah simbol bunyi ialah arbitrari ialah alat komunikasi itu konvensional itu produktif itu unik itu sejagat itu dinamis itu fitrah itu insani

www.company.com

Memperoleh dan berkongsi maklumat Menceriakan suasana

FUNGSI UMUM BAHASA

Meluahkan emosi Menyampaikan maksud tersurat dan tersirat Membentuk imej dan jati diri

Merapat atau menjarakkan hubungan


www.company.com

Bahasa penting untuk proses pertukaran maklumat. Ia membolehkan seseorang menginterpretasi situasi yang berlaku dalam alam sekeliling. Melalui bahasa juga, maklumat boleh diperolehi dengan menerang, menggambar,menyata dan menunjukkkan maklumat yang telah di dapati dan menyampaikannya kepada seseorang yang lain. Perkongsian maklumat menerusi bahasa amat penting. Bahasa yang difahami akan membantu komunikasi yang berkesan.
www.company.com

Dalam situasi yang tegang, bahasa digunakan untuk menceriakan suasana melalui aktiviti berbual-bual, menulis surat, bercakap atau bertutur. Dengan berinteraksi kita mampu mengubah situasi di samping meningkatkan keyakinan diri.

www.company.com

Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan dan isi hati. Seseorang yang mengalami tekanan boleh meluahkan perasaan dengan berkongsi masalahdengan orang lain, berdoa, menulis atau bercerita untuk mengurangkan tekanan.

www.company.com

Apa yang tersimpan di lubuk hati dapat disampaikan dengan jelas dalam bahasa yang terang (maksud tersurat) atau menggunakan bahasa kiasan ( maksud tersirat). Contoh:

Dia ni kepala batu. Dengar kata bunga ditaman pak cik telah dipetik orang.

www.company.com

Penggunaan paralinguistik ,maksud sebenar sesuatu ayat dapat disembunyikan. Penggunaan bahasa sedemikain selalunya mempunyai tujuan tertentu seperti mengelakkan daripada menyinggung perasaan mana-mana pihak yang sedang berkomunikasi.

www.company.com

Kesopanan bahasa mencerminkan jati diri seseorang. Bak kata pepatah Melayu, bahasa menunjukkan bangsa,. Kita boleh mengenali identiti seseorang hanya dengan ,elihat cara dia berkomunikasi dan menggunakan bahasa.

www.company.com

Jika kita menyenangi seseorang, kita akan menelefon dia untuk bertanya khabar atau menghantar e-mel atau bertujuan mengeratkan hubungan dan berinteraksi antara satu sama lain. Dalam keadaan yang lain pula, sekiranya seseorang itu tidak disenangi atau dibenci kerana perlakuannya pasti seseorang itu akan cuba mengelak untuk bercakap dengannya.
www.company.com

Mengikut Haliday dalam bukunya Explorations in the Functions of Language (1973) mengemukakan tujuh (7) fungsi bahasa. Fungsi instrumental (the instrumental function) Fungsi regulasi (the regulatory function); Fungsi pemerian (the representational function) Fungsi interaksi (the interactional function) Fungsi perorangan (the personalfunction) Fungsi heuristik (the heuristic function) Fungsi imajinatif (the imaginative function)
www.company.com

Manusia menggunakan bahasa untuk menyempurnakan sesuatu kehendak sama ada dengan cara memujuk, merayu, memerintah, melarang, meminta dll. Contohnya:

Cepat pergi! Sampaikan salam hormat saya kepada beliau! Silakan Anda berangkat sekarang!

www.company.com

Dalam hal ini bahasa berfungsi untuk membuat pernyataan, menyampaikan maklumat, memberi pengetahuan, menjelaskan atau melaporkan sesuatu kejadian : Contoh:

Gula manis. Dewan Besar UniSZA sedang dibaiki, Jalan ke Kampus Gong Badak berlekok-lekok.

www.company.com

Dalam hal ini bahasa berfungsi sebagai pengawas, pengendali, atau pengatur peristiwa; atau berfungsi untuk mengendalikan serta mengatur orang lain. Contohnya:

Kalau anda tekun belajar ,anda akan lulus dengan baik. Kalau kamu mencuri maka kamu pasti dihukum. Sekali kamu berbohong , kamu akan isisih oleh kawan-kawan.
www.company.com

Fungsi ini memberi kesempatan kepada pembicara untuk mengekspresikan perasaan dan emosi mereka. Dalam hal ini bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi biasanya menunjukkan kepribadian seseorang. Daripada bahasa yang digunakan kita dapat mengentahui apakah dia sedang marah, jengkel, sedih, gembira, cemburu, geram dan sebagainya.

www.company.com

Bahasa memainkan peranan bagi menentukan agar hubungan antara manusia dapat terus berlangsung ataupun dipertahankan. Bahasa sebagai alat tegur sapa untuk mengeratkan silaturrahim. Pengentahuan tentang budaya, slanga, dialek dll penting bagi penyapa dan orang yang disapa.

www.company.com

Fungsi ini digunakan untuk mencari ilmu pengetahuan atau maklumat. fungsi ini sering disampaikan dalam bentuk pertanyaan-pertanyaan yang menuntut jawapan. Secara khusus, kanak-kanak sering memanfaatkan penggunaan fungsi heuristik ini dengan berbagai bagai pertanyaan "apa, "mengapa, dan bagaimana yang tidak putus-putusnya mengenai dunia sekeliling atau alam sekitar mereka. Misalnya:

Mengapa di dunia ini ada matahari? Mengapa matahari bersinar?


www.company.com

Fungsi ini biasanya digunakan untuk mengisahkan ceritacerita, dongeng-dongeng, menuliskan cerpen, novel, dan sebagainya. Melalui bahasa kita bebas menciptakan mimpi-mimpi yang agak mustahil kita capai. Dengan bahasa kita mengekspresikan perasaan dalam bentuk puisi yang indah. Pendek kata dengan bahasa kita bebas berimaginasi.

www.company.com

BAHASA KEBANGSAAN

FUNGSI KHUSUS BAHASA MELAYU

BAHASA RASMI

BAHASA PERPADUAN BAHASA PENGANTAR

www.company.com

Setiap negara memiliki bahasa kebangsaan yang melambangkan identiti negara yang mengatasi segala perbezaan bangsa dan kebudayaan

Mengapa bahasa Melayu? Bahasa Melayu dipilih kerana bilangan penduduknya merupakan kaum majoriti. Kedudukanya sebagai lingua franca. Bahasa Melayu agak seragam. Desakan semangat kebangsaan.
www.company.com

Bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi. Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya, Bahasa Melayu di Malaysia, Bahasa Inggeris di United Kingdom, Bahasa Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun, dan Bahasa Jerman di Jerman. Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan. Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai bahasa kebangsaannya.
www.company.com

Bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi iaitu dalam pemerintahan & pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan, upacara rasmi kehakiman & sebagainya. Bahasa rasmi digunakan untuk tujuan tertentu sahaja dan tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya, Bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih daripada bahasa bekas penjajah ( Cth: Singapura yang mengangakat BI sebagai bahasa rasmi selain BM,Mandarin dan Tamil)
www.company.com

Bagaimanakah Bahasa Melayu boleh berfungsi secara berterusan sebagai bahasa perpaduan?

Bahasa Melayu digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa Melayu dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti malah penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa.

www.company.com

Bahasa Inggeris tidak dapat menyatupadukan rakyat kerana hanya segelintir sahaja yang mampu bertutur dalam BI. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa.

www.company.com

Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bertepatan kerana:

kebanyakan kaum dapat bertutur dalam bahasa melayu,mudah dipelajari & difahami,bervariasi,mudah menerima perkataan baru,mempunyai pengaruh dalam bahasa asing Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu.
www.company.com

Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam bahasa Melayu, dan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam bahasa Melayu. Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
www.company.com

Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. kejayaan bahasa Melayu ini amat bergantung kepada pengamalnya untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tetap kekal walaupun ini, bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu. Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya.
www.company.com

www.company.com

You might also like