Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kerja Kursus GERKO Permainan Hoki 5

Kerja Kursus GERKO Permainan Hoki 5

Ratings: (0)|Views: 125|Likes:
Published by Akhi Muhammad Aiyas
Kerja Kursus GERKO Permainan : Hoki Padang dari guru pelatih PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 dari IPG KaDRI
Kerja Kursus GERKO Permainan : Hoki Padang dari guru pelatih PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 dari IPG KaDRI

More info:

Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Oct 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/20/2013

pdf

text

original

 
 1 
1.0 PENGETAHUAN UMUM1.1 PENGENALAN HOKI
Hoki merupakan salah satu permainan yang popular di dunia. Hoki telah lamadimainkan oleh manusia lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Selepas ianyamula dikenali di Sukan Olimpik, sukan ini dijadikan salah satu sukan yangdipertandingkan pada 1928. Selepas itu, hoki mula berkembang ke seluruh negaratermasuk Malaysia.Seperti juga sukan-sukan yang lain, hoki turut mempunyai peraturan-peraturan asasnya tersendiri. Pengetahuan mengenai peraturan-peraturan asas hokiadalah penting untuk mendapat kepuasan dan keseronokan daripadanya. Denganadanya peraturan dan undang-undang ini, maka permainan hoki dapat dimainkandengan teratur di samping dapat memastikan keselamatan pemain terjaga.Selain itu, ukuran padang, bilangan pemain, pakaian dan juga peralatan yangdigunakan turut ditetapkan bagi permainan hoki ini. Kecederaan dalam hoki dapatdikurangkan sekiranya permainan hoki ini dimainkan di padang yang sesuai denganperalatan yang betul. Oleh itu, pengetahuan tentang aspek-aspek tersebut adalahsangat penting.
1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN HOKI1.2.1 Hoki Antarabangsa
Agak sukar untuk menyatakan dengan tepat mengenai bila dan di manapermainan hoki dimainkan pertama kalinya dan bagaimana nama permainan ituberasal. Namun, terdapat catatan yang telah dikenal pasti yang mengesahkanbahawa permainan yang menggunakan kayu dan bola ini dikatakan sebagaipermulaan bagi permainan hoki sekarang bermula berabad yang lalu. Bukti sejarahmenunjukkan bahawa hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu, iaitudi Mesir, Greek, Paris dan Rome. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap,sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.Oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai sebarang undang-undangdan peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan kreografi dihasilkan untukmenjadikan permainan ini lebih unik. Walau bagaimanapun, keadaan ini sering
 
 2 
menyebabkan berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepadapertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun danteratur boleh mendatangkan risiko yang membahayakan kepada para pemain.Setelah meneliti kesannya, maka pihak atasan British telah pun mengharamkanpermainan ini.Namun, hoki mula mendapat tempat kembali di kebanyakan negara duniasetelah undang-undang permainan mula direka khusus. Meskipun usaha inimemakan masa yang lama, namun ia telah memberikan peluang yang besar untukpermainan ini menapak bersaing dengan permainan yang lain. Dengan adanyaperaturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teraturdan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya danmempelajarinya. Berikutan itu, undang-undang hoki telah pun digubal sertadiperkemaskan lagi dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875.Pada pertengahan tahun 1800-an, hoki telah menjadi popular di sekolah-sekolah di England. Permainan ini dimainkan oleh murid lelaki dan perempuan.Populariti permainan ini pada waktu itu juga telah menyebabkan tertubuhnyabeberapa kelab hoki di England seperti Kelab Blackbeath dan Kelab HokiWimbledon. Kelab ini juga turut memperkenalkan undang-undang permainan hokiseperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad danmenggenakan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan. Pada tahun1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Bermuladari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara lain seperti India,Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.Selepas itu, permainan hoki ini terus berkembang pesat ke setiap pelusuknegara. Permainan ini bermula sebagai permainan antarabangsa apabila ianyadisenaraikan sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896.Seperti permainan yang lain, hoki juga turut mempunyai satu badan khusus diperingkat dunia bagi menyelaraskan dan menganjurkan setiap pertandingan yangmelibatkan sukan hoki. Pada tahun 1924, tertubuhlah persatuan Hoki Antarabangsa(FIH) atas usaha negara-negara Eropah iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia,Hungary, Perancis, Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini
 
 3 
mempunyai badan khusus yang menjadi pengelola rasmi bagi sukan ini di peringkatantarabangsa.
1.2.2 Hoki Di Malaysia
Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara ini oleh askar dan kakitangan Inggerisyang bertugas pada tahun 1892. Pada awalnya, sukan ini hanya menarik minatorang-orang Inggeris dan Eropah sahaja. Sehinggalah pada tahun 1904, telahberlangsungnya perlawanan hoki pertama di negara kita iaitu antara Selangor danSingapura.Permainan ini mula mendapat tempat dalam kalangan penduduk tempatanpada 1920-an. Semua individu meminati permainan ini tanpa mengira umur, kaum,bangsa dan jantina. Pada tahun 1926, perlawanan hoki pertama yang melibatkanpenduduk tempatan, iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat telah diadakan.Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjayamenubuhkan pasukan hokinya sendiri. Penubuhan ini adalah berikutan daripadausaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Indiayang mengadakan lawatan ke negara kita pada tahun 1923. Ketika itu pasukan Indiabaru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Selain itu, liga hoki dimulakandi negara kita pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh,Singapura dan Pulau Pinang.Sebuah badan rasmi untuk mengawal hoki di negara ini telah ditubuhkan padatahun 1948, iaitu Majlis Hoki Malaya yang ditubuhkan bersama Singapura. Persatuanini berperanan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Kejohananhoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951. Allahyarham Tun Abdul Razaktelah dilantik sebagai Presiden MHF (1957). Beliau menghadiahkan sebuah pialasebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri, iaitu Piala Razak. Kini,pertubuhan sukan kebangsaan ini dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia(PHM).Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara yang terbaikdalam sukan hoki di dunia. Malaysia telah menyertai beberapa pertandinganantaranya Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->