You are on page 1of 5

BIDANG TUGAS NAIB SETIAUSAHA

SEBELUM PROGRAM

1. Mendapatkan maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan. 2. Berbincang dengan ahli jawatankuasa mengenai keperluan aktiviti. 3. Mengumpul maklumat mengenai program. 4. Membantu ahli jawatankuasa yang lain. 5. Berbincang dengan ahli pihak yang terlibat tentang pelaksanaan aktiviti yang akan dijalankan. 6. Berbincang dengan ahli jawatankuasa yang lain dengan aktiviti yang akan dijalankan. 7. Menyediakan surat lantikan ahli jawatankuasa. 8. Membantu setiausaha merangka kertas kerja. 9. Meminta pandangan dan nasihat dari pensyarah pembimbing. 10. Membantu setiausaha memperbaiki kertas kerja. 11. Membantu setiausaha menyiapkan kertas kerja. 12. Akan memangku jawatan dan tugas-tugas setiausaha semasa ketiadaanya.

SEMASA PROGRAM

1. Membantu ahli jawatan kuasa yang lain. 2. Memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar.

SELEPAS PROGRAM

1. Membuat laporan berkaitan program bagi ahli jawatankuasa setiausaha. 2. Membuat analisis segala kekuatan dan kelemahan yang ada. 3. Menyediakan pelbagai cadangan untuk tujuan penambahbaikan dalam melaksanakan sebarang tugas penyediaan ketas kerja dan pelaksanaan sebarang tugasan pada masa akan datang. 4. Menghantar laporan khas berkaitan program ini kepada pensyarah penasihat program.

REFLEKSI INDIVIDU
Syukur ke hadrat ilahi dengan izin dan kurniaNya saya masih bernyawa hingga saat ini untuk menikmati hidup di dunia ini dan menimba ilmu demi anak bangsa. Pada semester 4 ini, saya amat bertuah kerana berpeluang untuk meneruskan kegiatan unit beruniform Kadet Remaja Sekolah yang saya pilih semenjak semester 3 yang lalu. Sejak dari mula semester ini, saya berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk meneruskan kegiatan beruniform ini. Tanggapan saya memang tepat, pelbagai perkara baharu yang saya dapat pelajari dan tidak menghampakan saya. Semester ini merupakan kemuncak pada semua ahli Kadet Remaja Sekolah. Ini kerana pada semester ini, semua ahli akan menjalani perkhemahan dan juga pentauliahan. Majlis pentauliahan ini merupakan saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli Kadet Remaja Sekolah. Setelah hampir setahun menyertai pasukan ini, sesi pentauliahan merupakan perkara yang menjadi kebanggaan bagi semua ahli kadet kerana semua akan ditauliah menjadi Leftnenan Muda Kadet Remaja Sekolah. Untuk perkhemahan pada kali ini, Alhamdulillah saya telah dilantik dan diberi mandat untuk menjadi naib setiausaha. saya amat berterima kasih kepada semua ahli yang lain kerana mempercayai saya untuk memegang jawatan ini. Secara jujurnya, saya berasa tanggungjawab ini tidak mempunyai tugas yang begitu berat kerana saya hanya perlu membantu setiausaha dalam segala hal mengenai perkhemahan ini. Antara kerja yang telah saya jalankan adalah seperti mengumpul segala maklumat mengenai perhemahan, membantu setiausaha merangka dan membuat kertas kerja, dan membantu setiausaha dalam menyediakan laporan lengkap. Walau bagaimanapun, tugas saya bukan hanya berhenti setakat itu sahaja, saya juga memberi pertolongan kepada tugas-tugas lain yang memerlukan bantuan. Bagi saya, kerjasama sangat penting dalam memastikan sesuatu perkara menjadi realiti akan tetapi sikap bertolak ansur dan tidak berkira dalam membuat kerja perlu ada dalam diri agar segala yang dirancang dalam dijalankan sperti yang telah dirancang. Dan Alhamdulillah sehingga saat ini saya masih mampu untuk terus manjalankan tugas sebagai naib setiausaha.

Semasa perkhemahan berlangsung selama pelbagai aktivit yang menarik dapat saya lakukan bersama-sama ahli kadet yang lain. Terdapat aktiviti yang dijalankan hanya bersama ahli kadet dan ada juga aktiviti yang dijalankan melibatkan unit beruniform yang lain. Namun aktiviti yang melibatkan semua unit beruniform lebih kepada acara pertandingan. Bagi aktiviti dalam unit yang sangat menarik dan tidak mungkin saya lupakan adalah aktiviti relay basikal dan orienteering malam. Bagi aktiviti orienteering malam, ini merupakan pengalaman pertama bagi diri saya menjalakan aktiviti ini pada malam hari. Saya pernah melakukan aktiviti ini sebelum ini, namun hanya pada sebelah siang hari. Aktiviti oreintering sebelah malam menjadikan aktiviti ini lebih menarik dan mencabar. Ini kerana semua klu yang diletakkan susah untuk dilihat dari jarak jauh. Oleh itu, bacaan pada kompas perlu tepat dan kiraan langkah juga perlu tepat untuk sampai pada klu-klu yang seterusnya. Walau bagaimanapun, aspek keselamatan perlu diutamakan kerana aktiviti ini dijalankan pada waktu malam. Terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan bahaya jika tidak diberi perhatian. Bagi acara relay basikal, aktiviti ini dijalankan pada hari kedua dan masih dilakukan pada sebelah malam hari. Bagi saya aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling menarik sepanjang perkhemahan ini. Kami semua dipecahkan kepada kumpulan kecil, dan setiap pasukan perlu memilih sebuah basikal yang telah disediakan. Setiap ahli pasukan perlu mengayuh basikal mengikut laluan yang telah ditetapkan sebelum diberi pada ahli yang seterusnya. Namun aktiviti ini menjadi makin menarik apabila setiap peserta perlu menjawab satu soalan terlebih dahulu sebelum memulakan kayuhan. Disini saya melihat bagaimana nilai kerja berpasukan diperlukan bagi melakukan aktiviti ini. Sepanjang aktiviti berlangsung, keadaan menjadi gamat dengan suara jeritan semangat dan juga gelak tawa peserta. Ini merupakan pengalaman yang tidak mungkin saya dapat jika tidak menyertai pasukan Kadet Remaja Sekolah.

Bagi aktiviti pertandingan antara unit beruniform pula, saya diberi kepercayaan untuk menyertai pertandingan memasak tanpa alatan. Kami diberi beras, ikan, telur, tepung, kentang dan buah kelapa. diwajikan memasak nasi menggunakan buah kelapa yang telah diberikan. Dengan semngat kerjasama antara kami sekumpulan, alhamdulilah kami berjaya menghidupkan api dalam masa yang ditetapkan. Menu yang kami ingin sediakan adalah nasi, ikan bakar, roti lilit, kentang bakar dan telur rebus. Semuanya dapat kami masak kecuali nasi di dalam kelapa kerana tidak sempat masak dalam masa yang diberi. Namun kami redha dan yang paling penting bagi kami adalah semangat kerjasama sesama ahli kumpulan dan semangat juang yang tinggi. Tidak sah kalau tiada pertandingan kawad semasa perkhemahan ini

berlangsung. Dan tidak dinafikan kami memang pasukan pilihan untuk menang. Walaupun hanya beberapa jam berlatih kami masih mampu mencuri perhatian peserta lain bagi acara ini. Akan tetapi sumua ini adalah kerana latihan kawad setiap minggu yang kami jalankan pada setiap kali interaksi sepanjang tahun ini. Seperti yang diramalkan, KRS dinobatkan sebagai johan dan ketua platun terbaik juga milik KRS. Pada hari terakhir perkhemahan, majlis penutup dan pentauliahan diadakan. Semasa majlis berlangsung, setiap etika dan prtotokol di ikut sepenuh nyer. Bagi saya, timbul sedikit perasaan gementar menanti majlis ini berakhir. Segala pahit jerih, penat lelah saya dan ahli KRS yang lain terubat apabila menerima sijil pentaulihan. Kini kami semua bergelar Lefternan Muda (KRS). Saya sangat bersyukur dengan dapat mengharungi setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun sehingga berjaya diberi pentaulihan ini. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jurulatih KRS yang tidak pernah jemu memberi didikan dan bimbingan sepanjang kami perkhemahan dan juga sepanjang tahun. Tanpa mereka mungkin saya dan rakan yang lain tidak mungkin bergelar Left. Muda (KRS) pada hari ini. Tidak dilupakan juga kepada suma ahli KRS yang lain atas kerjasama yang diberikan dan segala pertolongan sepanjang perkhemahan ini berlangsung.

You might also like