You are on page 1of 39

PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM PENGAJARAN BAKAL GURU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN

HIDUP DI UPSI

NASARUDDIN BIN NASIR (D20072031082)

LAPORAN PENULISAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP

PENSYARAH PROF. DR. SUPLI EFFENDI RAHIM

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2010

KANDUNGAN

HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN ii iii iv v vi

BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9

PENGENALAN Pendahuluan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Tujuan dan Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Skop Kajian Batasan Kajian Tafsiran Istilah 1 2 4 4 5 6 6 6 7

BAB 2
2.1

KAJIAN LITERATUR
Definisi Konsep 8 8 10 10 10 12 13 15 2.1.1 Kemahiran Berfikir 2.1.2 Pengajaran dan Pembelajaran 2.1.3 Bahan Asas dan Bahan Bantu Mengajar 2.2 Tinjauan Am

2.2.1 Kurikulum Pengajian Kemahiran Hidup 2.2.2 Model Penilaian 2.3 Rumusan

BAB 3
3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan Reka Bentuk Kajian Populasi dan Sampel Kajian Instrumen Kajian Pengumpulan dan Analisis Data 16 17 18 18 18

BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8

Pengenalan Maklumat Peribadi Responden Pengaplikasian KBKK semasa set induksi Pengaplikasian KBKK semasa penyampaian isi pelajaran Pengaplikasian KBKK semasa melakukan amali Pengaplikasian KBKK semasa menutup pengajaran Pengaplikasian KBKK semasa membuat penilaian Keputusan purata nilai min bagi setiap persoalan kajian Perbincangan Dapatan Kajian

20 21 22 23 24 25 26 27 28

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 5.2 Kesimpulan Cadangan 29 30

RUJUKAN

31

LAMPIRAN
3

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL
3.5.1 4.1.1

TAJUK

HALAMAN
17

Tahap Mengikut Nilai Min Analisa kekerapan dan peratusan jantina, kelayakan akademik dan semester dalam pengajian

19 20

4.2.1

Nilai min dan purata min bagi pengaplikasian KBKK semasa set induksi.

4.3.1

Nilai min dan purata min bagi pengaplikasian KBKK semasa penyampaian isi pengajaran

20

4.4.1

Nilai min dan purata min bagi pengaplikasian KBKK semasa melakukan amali.

21

4.5.1

Nilai min dan purata min bagi pengaplikasian KBKK semasa menutup pengajaran.

22

4.6.1

Nilai min dan purata min bagi pengaplikasian KBKK semasa membuat penilaian.

23

4.7.1

Keputusan purata min bagi setiap persoalan kajian

24

PENGAKUAN

Saya mengaku karya penulisan ilmiah ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nurkilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

22.10.2010

________________________ NASARUDDIN BIN NASIR D20072031082

PENGHARGAAN

Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepada penyelia kajian ini Prof. Supli Effendi Rahim kerana memberi banyak tunjuk ajar serta dorongan sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.

Seterusnya ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang telah membantu dalam proses penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada individu-individu yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam menjayakan kajian ini. Jasa anda tetap dikenang.

Sekian. Terima kasih.

ABSTRAK

Kertas kerja ini meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran bakal guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim Perak. Objektif kajian ialah melihat sejauh mana pengaplikasian kemahiran berfikir sewaktu set induksi, penyampaian isi, melakukan amali, menutup pengajaran dan membuat penilaian pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran(P & P) yang berlaku di dalam kelas. Borang soal selidik dan diedarkan kepada 30 responden. Data dianalisis menggunakan SPSS 11.0 For Windows untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sewaktu set induksi, penyampaian isi, melakukan amali, menutup pengajaran dan membuat penilaian pengajaran berada pada tahap pengaplikasian yang tinggi dengan nilai min 3.96. Hasil kajian ini juga menunjukkan seramai 90.32% mengaplikasikan KBKK semasa set induksi, 80.51% semasa menyampaikan isi pelajaran, 91% semasa melakukan amali, 92.66% semasa menutup pengajaran dan 91.77% semasa membuat penilaian.

ABSTRACT

This paper reviewed the application of critical thinking skills and creativity (CCTS) in teaching future teachers of subjects in the Living Skills Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) in Tanjong Malim Perak. The objective of this study was to examine the extent to which the application of thinking skills during the induction set, the delivery of content, doing practical work, teaching, and close the current teaching evaluation of teaching and learning (P & P) which occurs in the classroom. A questionnaire was distributed to 30 respondents. Data were analyzed using SPSS 11.0 for Windows to get the frequency, percentage and mean. The results showed that the application of critical thinking skills and creativity during the induction set, the delivery of content, doing practical work, close the teaching and evaluation of teaching at a high level of application of the mean value of 3.96. The research also shows a total of 90.32% when applying the collaborative induction set, 80.51% when delivering the lesson content, 91% while doing practical work, while 92.66% and 91.77% to close the current teaching evaluation.

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara Malaysia telah banyakmengalami perubahan. Penekanan yang mendalam bukan sahaja diberikan kepadasistem 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sahaja bahkan kemahiran berfikir,kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi juga semakin dititik beratkan.

Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa sistem pendidikan negara Malaysia adalah yang terbaik di kalangan negara dunia ketiga. Menurut beliau, bagi menempuh perjalanan yang akan kita tentukan untuk generasi kedua, piawai baru perlu ditetapkan dan kejayaan perlu dicapai. Kenyataan Dr. Mahathir ini merupakan amanat yang penting bagi semua masyarakat di Malaysia terutama bagi generasi baru. Hal ini berikutan ucapan beliau yang menyatakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, apa yang penting ialah semua warganegaranya menggunakan sepenuhnya apa yang terdapat di antara dua telinga yakni minda dan bukan di antara dua bahu iaitu kekuatan atau apa juga yang berada di antara dua tapak kaki iaitu sumber semulajadi ( Som & Mohd Dahalan, 1998 ).

Menyedari tentang pentingnya Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) di kalangan golongan muda maka wajarlah jika KBKK dijadikan satu landasan dalam meningkatkan proses pemerolehan ilmu. Oleh yang demikian setiap pelajar patut dilatih untuk menggunakan kemahiran berfikir yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membuat keputusan sendiri dengan bijak tanpa bergantung kepada orang lain.

Dasar pendidikan negara menjadikan sasaran pendidikan bertaraf dunia dan secara tidak langsung meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang merupakan agen dalam penyampaian ilmu. Jika para pendidik memainkan peranan yang sewajarnya maka produk yang akan dihasilkan dapat memenuhi keperluan pendidikan negara. Corak pembelajaran yang bijak akan melahirkan pelajar yang bijak. Bagaimana seorang pelajar itu dapat mengikuti pelajaran di dalam kelas dan membuat ulangkaji di luar kelas biasanya bermula dari cara seorang guru itu mengajar dan memberi corak pembelajaran yang berkesan hasil dari pengajaran yang menarik. Ruggiero (1991) menyatakan manusia mempunyai dua bahagian otak iaitu hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Hemisfera kiri berfungsi untuk menyelesaikan masalah yang berbentuk analitik iaitu berikir secara logik dan urutan. Ia amat cekap dalam penyelesaian matematik. Hemisfera kanan pula berfungsi dalam melihat sesuatu yang unik, imaginasi, mengawal perasaan, persepsi dan visual. Ia amat berguna dalam usaha untuk berfikir secara kreatif. Menurut Mahathir Mohamad (Som Hj.Nor,1998) Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai mempunyai kaitan dengan cabaran keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh kehadapan.

1.2

Latar Belakang Masalah Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan unsur yang diberikan

penekanan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran KH dan mata-mata pelajaran lain di bilik darjah. Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha tersebut dijalankan dengan giatnya di peringkat kebangsaan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah sejak tahun 1994.

10

KBKK amat penting membantu pelajar bagi menghadapi kehidupan yang mencabar dalam dunia berteknologi tinggi masa kini. Di samping itu, KBKK dirasakan dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam pembelajaran mereka, memupuk pelajar yang berdaya fikir, memperkembangkan daya intelek pelajar dan membantu pelajar mengelakkan diri dari berlakunya kesilapan semasa berfikir.

Poh ( 1999), menyatakan bahawa KBKK perlu disebatikan dalam pengajaran harian guru supaya pelajar-pelajar dapat memikirkan apa yang telah dipelajari. Satu kajian telah di lakukan oleh Sufean (1995) ke atas mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana terdiri daripada guru-guru, pensyarah kolej dan guru-guru besar. Daripada kajian asas yang di lakukan ke atas responden di mana (satu per dua ) mempunyai sarjana pendidikan dalam kemahiran berfikir, ( satu perempat) memiliki ijazah dalam kemahiran berfikir manakala 1/5 ( satu per lima) lansung tidak memiliki kemahiran berfikir.

Kajian ini menunjukkan bahawa sekumpulan kecil mahasiswa yang telah keluar sebagai pendidik dari pusat pengajian tinggi masih belum dapat menguasai sepenuhnya KBKK. Kajian ini juga mendapati kebolehan bakal guru siswazah tidak mencapai tahap kecemerlangan seperti kebolehan mengkritik, kebolehan mengemukan idea dan memberikan cadangan yang relevan. Justeru itu, bagi mencapai kehendak FPK guru-guru sepatutnya mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran seperti yang dinyatakan di atas. Chen, ( 1999) telah melakukan kajian terhadap pelajar-pelajar tahun 6 ( enam) dalam Mata Pelajaran Sains dan beliau telah mendapati ramai pelajar masih belum menguasai KBKK dengan baik. Ini jelas menunjukkan bahawa guru sekarang kurang memberi penekanan terhadap komponen-komponen KB KK. Perkara ini adalah disebabkan guru-guru belum bersedia dan tidak begitu yakin dengan kaedah mengajar yang menggunakan pendekatan KBKK.

11

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pemerhatian dan laporan status KH yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, guruguru KH belum menerapkan unsur KBKK secara sedar dan terancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran KH di bilik darjah. Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin pernah menganjurkan agar pengajaran guru memberi tumpuan yang lebih kepada perkembangan dan pertumbuhan minda supaya dapat melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mampu berfikir dan memberi sumbangan secara kreatif dan inovatif. Pandangan tersebut didorong oleh rasa tidak puas hati beliau ke atas fenomena yang berlaku dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah termasuk mata pelajaran KH, di mana menurut beliau, pengajaran guru sekadar memindahkan maklumat daripada sumber pengajaran kepada pelajar, tanpa memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir. Justeru itu, kajian ini perlu dilakukan untuk melihat corak pengajaran guru-guru dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

1.4 Tujuan dan Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengaplikasian bakal guru mata pelajaran Kemahiran Hidup UPSI dalam pengajaran dan pemebelajaran melalui unsur penerapan KBKK. Objektif kajian ini dialakukan adalah seprti berikut:-

1. Meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreati semasa set induksi guru-guru;

2. Meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif semasa penyampaian isi pelajaran guru-guru;

3. Meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifn semasa melakukan amali.
12

4. Meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifr semasa guru-guru menutup pengajaran; dan

5. Meninjau pengaplikasian KBKK semasa membuat penilaian.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Adakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa set induksi?

1.5.2 Adakah guru-guru mengaplikasikan KBKK apabila menyampaikan isi pelajaran?

1.5.3 Adakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa melakukan kerjakerja amali?

1.5.4 Adakah guru-guru mengaplikasikan KBKK setiapkali ingin mengakhiri P&P?

1.5.5 Adakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa membuat penilaian?

13

1.6 Kepentingan Kajian

Penerapan unsur KBKK adalah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran khususnya mata pelajaran Kemahiran Hidup. Antara Kepentingan kajian ini adalah seperti berikut :

i.

Membentuk perkembangan dan pertumbuhan minda supaya dapat melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mampu berfikir dan memberi sumbangan secara kreatif dan inovatif.

ii.

Melahirkan pelajar yang bukan sahaja berilu tetapi mampu memberi sumbangan secara kreatif mahupun inovatif.

iii.

Melahirkan guru yang mempunyai penguasaan asas ilmu untuk diterapkan kepada pelajar.

iv.

Membentuk warganegara termasuk bakal guru dan pelajar yang mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran.

1.7

Skop Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajian kepada beberapa perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Menurut Mohamad Najib (1999) dalam Mohd Tarmizi (2007), penyelidik tidak akan dapat mengkaji semua perkara yang berkaitan. Oleh itu, skop kajian ini hanya menumpukan kepada pengaplikasian KBKK bakal guru mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam pengajaran dan pembelajaran semasa set induksi, menyampaikan isi pelajaran, melakukan amali, menutup pengajaran dan semasa membuat penilaian.

1.8

Batasan Kajian Kajian ini tertumpu hanya di kalangan bakal guru mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam

pengajian semester 5 hingga 7 sahaja di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

14

1.9

Takrifan Istilah

1.9.1 Pemikiran Menurut Beyer (1991), pemikiran bermaksud sebagai operasi mental terhadap input deria dengan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk menaakul,mengadaptasi dan

mengasimilasinya degan tujuan membentuk atau mencari sesuatu makna. menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. 1.9.2 KBKK Menuru Beyer (1991)Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan membuat, mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah.

1.9.3 Aplikasi Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, aplikasi di definisikan sebagai mengaplikasikan menggunakan secara praktik atau amali, melaksanakan atau menggunakan pd amalan.

1.9.4 Pengajaran Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh pengajar dan murid. 1.9.5 Pembelajaran Morgan dan King (1975) dalam Mok Soon Sang (2008), dalam buku Introduction to Psychology pula mentafsirkan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang kekal akibat daripada pengalaman diperolehi atau latihan yang telah dijalani. 1.9.6 Kemahiran Hidup Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, Kemahiran di takrifkan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Hidup pula ditakrifkan sebagai terus bernyawa atau bernafas.

15

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Definisi Konsep

2.1.1 Kemahiran Berfikir

Edward de Bono dalam buku beliau yang berjudul I am Right You Are Wrong (1990) mendefinisikan Berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan. tujuan yang dimaksudkan itu mungkin untuk pemahaman, memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dalam konteks kajian ini ialah usaha guru dalam mewujudkan kemahiran meningkatkan operasi minda pelajarpelajar untuk mencapai hasil yang maksimum daripada pemikiran itu.

Berdasarkan model yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kemahiran Berfikir mengandungi komponen-komponen berikut:

(a) Pemikiran kritis (b) Pemikiran kreatif (c) Menyelesaikan masalah (d) Membuat keputusan (e) Kemahiran belajar

16

Kemahiran Berfikir yang dikenal pasti untuk diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:

(a) membanding dan membeza; (b) membuat ramalan; (c) menerangkan sebab; (d) mengkategori; (e) mencetuskan idea; (f) menentukan sumber yang dipercayai (g) menghasilkan metafora; (h) menghasilkan analogi; (i) mengusul periksa andaian; (j) menentukan bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan; (k) membuat inferens; (l) membuat keputusan; (m) menyelesaikan masalah.

2.1.2 Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Atan Long dalam bukunya Pedagogi, Kaedah Am Mengajar, pengajaran dan pembelajaran merupakan proses interaksi yang berlaku antara tiga komponen penting iaitu guru, murid dan isi pelajaran dalam bilik darjah. Ketiga-tiga komponen tersebut berhubungan antara satu sama lain melalui kaedah. Pengajaran bahasa merujuk kepada proses penyampaian isi pelajaran tentang kebahasaan oleh guru kepada pelajar-pelajarnya. Pembelajaran bahasa pula merupakan perubahan tingkahlaku pelajar tentang kebahasaan hasil daripada penglibatan mereka dalam proses pengajaran yang berlansung di bilik darjah.

17

2.1.3 Bahan Asas dan Bahan Bantu Mengajar

Bahan pengajaran adalah segala peralatan yang digunakan oleh guru untukmembantunya menyampaikan pelajaran di bilik darjah. Bahan boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan fungsinya dalam konteks pengajaran guru iaitu bahan asas dan bahan bantu. Dalam konteks kajian ini bahan asas merujuk kepada media utama yang dijadikan sumber isi pengajaran guru. Ia mungkin berbentuk elektronik seperti radio, televisyen, kaset radio atau komputer. Bahan juga boleh terdiri daripada media bukan elektronik seperti buku, akhbar, petikan bercetak, gambar, bahan grafik atau bahan maujud.

Bahan bantu mengajar pula merujuk kepada bahan yang berfungsi sebagai penyokong atau pengukuh kepada penyampaian isi oleh guru. Bahan bantu mengajar boleh terdiri daripada apa sahaja peralatan sama ada elektronik atau bukan elektronik. Sebagai contoh guru menggunakan gambar-gambar sebagai bahan bantu untuk memudahkan pelajar memahami isi pelajaran yang bersumberkan petikan bercetak sebagai bahan pengajaran.

2.2

Tinjauan Am Kurikulum Kemahiran Hidup perlu di gubal supaya guru pelatih dapat memperoleh

kepakaran dalam bidang yang diajar dan juga kepakaran dalam pedagogi. Mengikut Lynch (1997), kurikulum latihan keguruan Kemahiran Hidup perlu mengandungi aspel-aspek seperti berikut: a) Teori-teori yang berkaitan dengan pengajaran Kemahiran Hidup. b) Psikologi dan sosiologi pendidikan yang berkaitan dengan pengajian Kemahiran Hidup. c) Pengurusan bilik darjah, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pengajian Kemahiran Hidup dan kaedah penilaian pelajar. d) Ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). e) Penyediaan bahan bantu mengaajar. f) Pengurusan dan pentadbiran bengkel Kemahiran Hidup termasuk keselamatan bengkel. g) Suatu tempoh program praktikal di sekolah. h) Suatu tempoh latihan industri.

18

Guru pelatih perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam kesemua aspek tersebut terutamanya dalam isi kandungan dan pedagogi untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Schulman (1987) telah mengorganisasikan ilmu

pengetahuan yang perlu ada pada seorang guru pelatih kedalam tujuh kategori, iaitu :

i. ii.

Pengetahuan isi kandungan, iaitu ilmu tentang mata pelajaran yang hendak di ajar. Pengetahuan pedagogi isi kandungan, iaitu amalan khas antara isi kandungan dan pedagogi.

iii. iv.

Pengetahuan tentang murid, misalnya ciri-ciri murid. Pengetahuan tentang pedagogi umum, misalnya prinsip dan strategi pengurusan kelas, organisasi penyampaian isi kandungan mata pelajaran.

v.

Pengetahuan konteks pendidikan, meliputi cara kerja kumpulan dalam kelas, kewangan sekolah sehinggalah ciri-ciri komuniti dan budaya.

vi.

Pengetahuan kurikulum, misalnya bahan dan program yang memainkan peranan sebagai alat untuk guru dan

vii.

Pengetahuan hasil, matlamat dan nilai pendidikan, misalnya falsafah dan latar belakang pendidikan.

19

Menurut Schuluman lagi, walaupun seorang guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kategori pengetahuan, kategori pengetahuan yang paling menonjol antara tujuh kategori itu adalah pengetahuan pedagogi- isi kandungan. Pengetahuan ini merupakan gabungan antara pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi. Pengetahuan yang tidak cukup dalam kategori ini akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran guru pelatih kurang berkesan di dalam bilik darjah. Memandangkan betapa pentingnya aspek pedagogi ini, maka kajian ini perlu dilaksanakan untuk meninjau setakat mana bakal guru telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek tersebut yang membantu mereka menjalani alam sebenar mengajar kelak.

2.2.1 Kurikulum Pengajian Kemahiran Hidup

Aspek pedagogi yang terdapat di dalam kurikulum Pengajian Kemahiran Hidup perlu menekankan unsur Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Bakal guru yang bakal tamat kursus ini diharap dapat memiliki unsur KBKK seterusnya dapat menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah.

Gregson (1993) menyatakan bahawa pensyarah Kemahiran Hidup perlu melengkapkan bakal guru dengan ilmu pengetahuan yang boleh menjadikan mereka berfikir secara kritis dan kreatif. Ciri-ciri ini akan membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah. Ini di sokong oleh Miller (1996) yang mencadangkan bahawa objektif kurikulum Kemahiran Hidup perlu bedasarkan Teori Konstruktivisme di mana pelajar membina ilmu pengetahuan melalui proses menyelesaikan masalah. Objektif sukatan pelajaran yang di gubal di maktab perguruan juga menekankan kedua-dua aspek ini. Bakal guru di harap dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya dalam pendagogi dan menguasai unsur KBKK supaya dapat menyelesaikan maslah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

20

Hartley et al (1996) pula menekankan tentang kepentingan program praktikum dalam kurikulum Kemahiran Hidup. Menurut beliau, praktikum adalah masa yang sangat penting dalam latihan keguruan di mana guru pelatih mengaplikasikan segala input yang diterima di maktab perguruan di dalam bilik darjah di sekolah. Jadi, tegas beliau guru pelatih mesti diberi pendedahan yang secukupnya dalam pedagogi semasa di maktab perguruan.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang di gunakan di maktab perguruan juga perlu memastikan objektif sukatan pelajaran pedagogi tercapai. Gregson (1993) mengesyorkan Mereka perlu

pensyarah menggunakan pendekatan terkini dalam menyampaikan kuliah.

menggunakan pendekatan seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berpusatkan pelajar yang menekankan kepada pemikiran feflektif. Guru pelatih juga perlu di latih supaya mereka boleh menjadi fasilitator di dalam bilik darjah. Peranan sebagai fasilitator ini sangat penting

terutamanya di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup yang melibatkan pelbagai jenis tugasan seperti projek dan amali yang memerlukan pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri dan aktiviti hands-on dan minds-on.

Kaedah penilaian menjadi salah satu aspek yang sangat penting dalam pengajian Kemahiran Hidup. Menurut Schalok (1998), program pengajian Kemahiran Hidup perlu dinilai secara formatif dari berbagai aspek seperti berikut :

i. ii. iii.

Persediaan mengajar guru pelatih. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ilmu pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang ada pada guru pelatih.

21

Oleh itu, semua aspek pedagogi seperti persediaan mengajar, kaedah pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian dan pengurusan bilik darjah harus dinilai di universiti perguruan untuk mengetahui samada bakal guru telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya.

2.2.2

Model Penilaian

Setiap kursus atau program yang dilaksanakan di univerisiti atau maktab perguruan perlu di nilai keberkesananya. Ini adalah untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam kursus tersebut.

Donald Kirkpatrick (1979) yang dirujuk dalam Blanchard dan Thacker (1999) telah mengutarakan suatu model penilaian yang selalu digunakan dalam penilaian kursus atau program. Model ini di gunakan dengan meluas dalam penilaian program. Bedasarkan model ini, penilaian program di bahagikan kepada empat tahap, iaitu reaksi, pembelajaran, perubahan kelakuan dan hasil faedah / keuntungan kepada sesuatu organisasi.

Menurut model penilaian ini, semua kursus harus di nilai pada tahap pertama iaitu tahap reaksi. Tahap reaksi bakal guru terhadap keberkesanan pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi perlu di nilai sebaik sahaja kursus selesai di laksanakan. Penilaian pada tahap ini hanya

menunjukkan reaksi, emosi dan penilaian subjektif guru pelatih terhadap kurusu ini dan tidak menilai pembelajaran yang diperoleh.

Penilaian pada tahap ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya, ia tidak mengukur ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh secara mendalam dan juga tidak memberikan input kepada penilai, samada yang di pelajari semasa kursus di pindahkan ke tempat kerja mereka atau sebaliknya.

22

Penilaian tentang pelaksanaan sukatan pelajaran pedagogi yang di jalankan selepas sesuatu tempoh masa yang tertentu di dapati akan memberikan maklum balas yang cepat tentang kekuatan dan kelemahan kursus tersebut. Soal selidik yang diberi selepas tempoh praktikum memberi masa yang cukup kepada bakal guru untuk menilai sejauh mana ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa kursus membantu tugasan harian mereka semasa praktikum sebenar di sekolah.

Kekangan masa dan populasi yang ramai telah menyebabkan penyelidik hanya meninjau keberkesanan pelaksanaan kursus tersebut pada tahap reaksi atau aplikasi dengan menggunakan kaedah survey. Tinjauan awal ini diharap akan dapat memberikan maklumat tentang

pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam pengajaran bakal guru mata pelajaran kemahiran hidup di UPSI.

2.3

Rumusan

Dalam bab ini, penyelidik membincangkan serba sedikit mengenai kemahiran berfikir secara kristis dan kreatif, tinjauan am dan kepentingan pelaksanaan KBKK serat penguasaan KBKK di kalangan bakal guru . Ia bertujuan bagi memberikan maklumat yang terperinci dan memudahkan proses penyelidikan dijalankan untuk bab yang seterusnya.

23

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang bagaimanakah langkah atau bagaimana cara penyelidik merancang dan seterusnya mereka pelan tindakan dalam proses untuk membuat kajian untuk mendapatkan suatu dapatan yang akan digunakan dalam membuat rumusan atau kesimpulan terhadap persoalan yang hendak dikaji oleh penyelidik.

Kajian ini juga dijalankan untuk meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran bakal guru mata pelajaran Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Dalam bab ketiga ini, penyelidik menerangkan tentang kajian ini dilakukan. Ia mengandungi 3.1 pendahuluan, 3.2 reka bentuk kajian, 3.3 instrumen kajian, 3.4 Pengumpulan dan anlisis data.

24

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini merupakan kaedah tinjauan yang bersifat kuantitatif. Hasil kajian ini boleh dilihat melalui bentuk perkiraan yang merangkumi nombor dan formula tertentu. Menurut Blake dan Champion (1976) kaedah tinjauan merupakan satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan besar populasi. Kaedah tinjauan ini menggunakan kaedah soal selidik bertujuan untuk menilai perisian dari aspek isi kandungan pengajaran, strategi pengajaran, persembahan pengajaran dan aspek teknikal

Kajian ini akan dijalankan ke atas 40 orang bakal guru lelaki dan perempuan yang telah menjalani kurusus Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sampel yang terlibat adalah dipilih di kalangan mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil bidang Pendidikan Kemahiran Hidup. Penyelidikan ini juga dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini diedarkan kepada setiap orang bakalbakal guru ini.

Kaedah tinjauan yang menggunakan soalan soal selidik sesuai digunakan dalam kajian ini kerana data responden yang terlibat adalah ramai iaitu seramai 30 orang. Pemilihan kaedah ini adalah kerana faktor kekangan masa dan juga berkait rapat dengan kebolehan atau keupayaan responden dalam menjawab item-item yang dikemukakan.

Penyelidik berpendapat adalah sukar untuk mendapat data melalui kaedah yang lain berdasarkan kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi oleh penyelidik. Responden yang terdiri dari kalangan bakal-bakal guru Kemahiran Hidup ini diharapkan dapat memberikan penyelidik data yang sesuai yang diperlukan oleh penyelidik. Ini adalah penting supaya

penyelidik dapat membuat rumusan yang setepat mungkin bagi mendapat jawapan bagi soalan kajian ini.
25

3.3

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi bagi kajian ini adalah terdiri daripada bakal-bakal guru Kemahiran Hidup yang berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara bakal-bakal guru ini terdiri daripada 23 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan yang menduduki pengajian pada tahun empat.

3.4

Instrumen Kajian

Instrumen kajian atau alat kajian yang digunakan dalam ujian ini adalah set soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian . Pada bahagian I terdapat beberapa item berkenaan latar belakang responden. Pada bahagian II pula adalah instrumen yang terdiri daripada 25 soalan berkaitan persoalan pengaplikasian KBKK di dalam pengajaran.

Semua soal selidik akan disemak terlebih dahulu untuk memastikan responden telah mengikut arahan yang betul agar dapat memberikan maklumat seperti yang dikehendaki. Setelah berpuas hati dengan item soal selidik, penyelidik menjalankan ujian terhadap responden kajian (sampel).

3.5

Pengumpulan dan Analisis Data.

Dapatan data yang diperolehi dari kerja lapangan akan dianalisis oleh penyelidik bagi menjawab soalan kajian ini. Daripada data yang diperolehi tersebut adalah diharapkan agar penyelidik dapat mengenalpasti Pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran bakal guru mata pelajaran Kemahiran Hidup di UPSI

Kebolehpercayaan untuk soal selidik ini berada pada tahap tinggi iaitu nilai Alpha Cronbach 0.9345. SPSS 11.0 digunakan untuk mencari nilai kekerapan, peratus dan min. Jadual min yang digunakan untuk menggambarkan tahap ialah :

26

TAHAP Rendah Sederhana Tinggi

MIN 1 2.33 2.34 3.66 3.67 5.0

Jadual 3.5.1 : Tahap mengikut nilai min

Purata Min = Jumlah keseluruhan min Bilangan item

27

BAB IV

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0

Pengenalan Pada bab ini, penyelidik akan menyenaraikan hasil analisis yang diperolehi daripada skor

mentah responden. Semua analisis dan juga perbincangan adalah berbentuk statistik di mana penekanan analisis data yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada pernyataan masalah dan persoalan kajian yang dibentuk pada awal kajian. Di samping itu, pengaplikasian bakal guru Kemahiran Hidup terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBBK) dan aplikasi KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dianalisis sebagai dapatan kajian untuk membantu mengukuhkan lagi hasil kajian yang dijalankan.

Keputusan bagi hasil dapatan dari soal selidik daripada responden dibincang dan dianalisis dalam tiga bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden dan bahagian B pula mengenai persepsi bakal guru Kemahiran Hidup terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pada

28

4.1

Maklumat Peribadi Responden

JANTINA Lelaki Perempuan KELAYAKAN AKADEMIK Diploma STPM SEMESTER 5 6 7

BILANGAN 23 7 BILANGAN

PERATUS (%) 76.7 23.3 PERATUS

12 18 BILANGAN 1 12 17

40 60 PERATUS 3.3 40 56.7

Jadual 4.1.1 : Analisa kekerapan dan peratusan untuk jantina, kelayakan akademik dan semester dalam pengajian.

Profil lengkap tentang maklumat peribadi responden iaitu jadual 4.1.1 menunjukkan menunjukkan taburan bilangan responden mengikut jantina. Didapati bahawa seramai 30 orang bakal guru mata pelajaran Kemahiran Hidup terlibat dalam soal selidik ini. Daripada jumlah tersebut, pelajar lelaki seramai 23 orang iaitu 76.7 %, manakala pelajar perempuan seramai 7 orang iaitu 23.30%. Berdasarkan jadual itu juga, didapati lebih ramai bakal bakal guru lelaki yang menjawab borang soal selidik ini.

29

Selain itu, profil lengkap tentang maklumat peribadi responden iaitu jadual 4.1.1 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut kelayakan akademik. Didapati bahawa bakal guru yang telahpun memperolehi Diploma dalam pengajian mereka sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris ada seramai 12 orang iaitu 40% manakala bakal guru yang mempunyai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang melanjutkan pelajaran ke UPSI adalah seramai 18 orang iaitu 60% telah pun menjawab borang soal selidik yang dierdarkan. Profil lengkap maklumat responden juga menunjukkan taburan bilangan responden mengikut pengajian dalam semester bakal guru Kemahiran Hidup. Didapati hanya 1 orang sahaja iaitu 3.3 % bakal guru yang dalam semester 5 telah menjawab borang soal selidik. Bakal guru yang dalam pengajian semester 6 pula seramai 12 orang iatu 40% dan bakal guru dalam pengajian semester 7 seramai 17 orang iaitu 56.7 % telah pun menjawab borang soal selidik yang di edarkan. Hasil pengumpulan maklumat mengenai pengaplikasian KBKK oleh bakal guru Kemahiran Hidup (UPSI) dapat dilihat daripada jadual 4.2.1 berikut:4.2 NO 1 PENGAPLIKASIAN KBKK SEMASA SET INDUKSI PERNYATAAN Saya meminta pelajar membanding dan membezakan maksud di antara makanan dan pemakanan 2 3 4 Saya meminta pendapat pelajar terhadap ciri-ciri kediaman yang baik Saya meminta pelajar mengkategorikan apa yang dipelajari mengikut kumpulan Saya mengingatkan pelajar dan meminta pelajar berfikir kesan penggunan alatan yang tidak betul 5 Saya sering mengaitkan sesuatu objektif dengan pengalaman kehidupan seharian pelajar PURATA 3.88 4.0 4.0 3.7 3.8 MIN 3.9

Jadual 4.2.1 : Nilai min dan purata min bagi pengaplikasian KBKK semasa set induksi.

30

Berdasarkan jadual 4.2.1 menunjukkan nilai min dan purata nilai min bagi pengaplikasian KBKK semasa set induksi di laksanakan. Hasil daripada penelitian, kebanyakan responden memilih skala likert pada tahap sangan setuju iaitu skala likert 5. Nilai min yang tinggi didapati pada setiap soalan yang dikemukakan kepada responden dan min yang memperoleh nilai yang tinggi adalah pada soalan 2 dan soalan 5 iaitu mencapai nilai min 4.0. Purata nilai min yang ditunjukkan oleh jadual 4.2.1 juga adalah pada skala yang tinggi dimana responden bersetuju dan boleh disifatkan bahawa purata responden mengaplikasikan KBKK semasa set induksi. Berikut adalah hasil kajian yang dilakukan bagi memperoleh nilain min bagi pengaplikasian KBKK semasa penyampaian isi pengajaran bagi bakal guru Kemahiran Hidup (UPSI). 4.3 NO 6 7 8 9 PENGAPLIKASIAN KBKK SEMASA PENYAMPAIAN ISI PENGAJARAN PERNYATAAN Saya meminta pelajar membezakan antara fabrik asli dengan fabrik buatan Saya meminta pelajar memberikan sebab berkaitan isi pembelajaran Saya membuat penyusunan isi pelajaran mengikut keutamaan Saya menyuruh pelajar mengaplikasikan pembelajaran konsep, fakta dan teori makanan dan pemakanan dalam situasi yang baru bagi menyelesaikan masalah. 10 Saya meminta pelajar mendefinisikan di antara kelim dan kelepet PURATA 4.0 3.96 MIN 3.8 3.9 4.0 4.1

Jadual 4.3.1 : Nilai min dan purata min bagi pengaplikasian KBKK semasa penyampaian isi pengajaran.

Berdasarkan jadual 4.3.1 pula, didapati purata responden menjawab pada skala likert yang tertinggi iaitu 5. Hasil penelitian, didapati kebanyakan responden bersetuju dengan soalan 8, 9 dan 10 dimana nilai min bagi setiap soalan adalah 4.0 hingga 4.1. Ini bermakna, responden lebih bersetuju mengaplikasikan KBKK semasa penyampaian isi pengajaran pada contoh yang diberikan dalam soalan.
31

Selain itu juga, nilai min menunjukkan nilai pada skala tinggi iaitu 3.8 hingga 4.0. Ini bermakna purata nilai min bagi solan untuk pengaplikasian KBKK semasa penyampaian isi pengajaran iailah 3.96 pada skala yang tinggi juga. Jadual 4.4.1 berikut adalah menunjukkan hasil kajian yang di lakukan bagi memperoleh nilai min bagi pengaplikasian KBKK semasa melakukan amali bagi bakal guru Kemahiran Hidup (UPSI). 4.4 NO 11 PENGAPLIKASIAN KBKK SEMASA MELAKUKAN AMALI PERNYATAAN Saya meminta pelajar menyatakan sebab mengapa perlu sayur-sayuran perlu dibasuh dahulu sebelum dipotong. 12 Saya meminta pelajar meneliti kedudukan perabot-perabot dan meminta rasional perabot-perabot itu sesuai diletakkan pada tempat tertentu 13 Saya meminta pelajar membuat andaian mengenai kepentingan membersih tempat kediaman. 14 Saya meminta pelajar memikirkan projek yang akan dibuat berdasarkan bahanbahan kerja yang disediakan sebelum amali dilakukan. 15 Saya berusaha menerapkan lain-lain kemahiran yang mempunyai kegunaan yang sama di mana ia boleh memberikan manfaat kepada pelajar. PURATA 3.92 4.2 3.8 3.7 3.8 MIN 4.1

Jadual 4.4.1 : Nilai min dan purata min bagi pengaplikasian KBKK semasa melakukan amali.

Jadual 4.4.1 menunjukkan nilai min dan purata nilai min bagi pengaplikasian KBKK semasa melakukan amali. Hasil analisis tersebut di dapati responden lebih banyak bersetuju dengan soalan 11 iaitu nilai min 4.1 manakala 15 iaitu 4.2. Pada soalan 12 hingga 14 pula responden juga bersetuju dengan nilai min 3.7 dan 3.8. Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati responden mengaplikasikan KBKK semasa melakukan amali dan terbukti dengan purata min adalah pada skala yang tinggi iaitu 3.92.

32

Hasil kajian di bawah oleh dirujuk pada jadual 4.5 bagi memperoleh nilai min untuk pengaplikasian KBKK semasa menutup pengajaran bagi bakal guru Kemahiran Hidup (UPSI). 4.5 NO 16 PENGAPLIKASIAN KBKK SEMASA MENUTUP PENGAJARAN PERNYATAAN Saya meminta pelajar menyusun semula langkah-langkah pembinaan projek mengikut urutannya. 17 Saya mengaitkan kemahiran metafora (melihat sesuatu perkara itu sebagai suatu perkara yang lain) semasa menutup pengajaran 18 Saya meminta pelajar membuat kesimpulan melalui persamaan dan perbezaan isi pelajaran yang telah diajar. 19 Saya menyoal pelajar terhadap sesuatu perkara untuk mendapatkan alasan mereka. 20 Saya meminta pelajar mendifinisikan maksud nutrien di akhir pengajaran topik fungsi nutrien makanan PURATA 3.98 3.9 3.9 3.9 4.0 MIN 4.2

Jadual 4.5.1: Nilai min dan purata min bagi pengaplikasian KBKK semasa menutup pengajaran.

Berdasarkan jadual 4.5.1 pula, didapati bahawa purata nilai min berada pada skala yang tinggi iaitu 3.98. Purata responden memberikan respon pada skala likert yang tinggi iaitu sangat setuju pada skala liker 5 dan juga setuju pada skala likert 4. Item yang paling popular yang dipilih oleh responden adalah pada item soalan 16 dan soalan 17. pengaplikasian KBKK semasa menutup pegajaran. Responden bersetuju dengan

33

Hasil pengumpulan maklumat daripada pengaplikasian KBKK semasa membuat penilaian yang di lakukan oleh bakal guru Kemahiran Hidup (UPSI) dapat dilihat daripada jadual 4.6 berikut :4.6 NO 21 PENGAPLIKASIAN KBKK SEMASA MEMBUAT PENILAIAN PERNYATAAN Saya gemar memberikan latihan yang memerlukan pelajar membuat kategori dan klasifikasi 22 Saya memberikan latihan yang meminta pelajar menulis langkah-langkah yang harus dilakukan sebelum menggunakan mesin jahit 23 Saya bertanyakan pelajar, apa yang akan terjadi sekiranya pakaian dicuci tanpa mengambilkira panduan pada label jagaan tekstil antarabangsa. 24 Saya sering memberikan latihan yang berbentuk perbandingan dan perbezaan dalam setiap tajuk yang diajar 25 Saya kerap memberikan latihan yang mampu menjana dan menghasilkan idea pelajar. PURATA 4.06 4.13 4.10 4.0 4.0 MIN 4.1

Jadual 4.6.1 : Nilai min dan purata min bagi pengaplikasian KBKK semasa membuat penilaian.

Jadual 4.6.1 menunjukkan nilai min dan purata nilai min bagi pengaplikasian KBKK semasa membuat penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil penelitian di dapati

bahawa purata min bagi keseluruhan item adalah paling tinggi daripada yang lain iaitu 4.06. Purata responden amat bersetuju dengan item soalan 21 iaitu nilai min 4.1 dan item soalan 25 iaitu nilai min 4.13. Selain itu, responden turut bersetuju dengan item soalan yang lain iaitu soalan 23 hingga 24 yang mencatatkan nilai min yang tinggi iaitu 4.0 hingga 4.1. Ini bermakna responden memiliih skala likert yang tertinggi iaitu 5 bagi menjawab soalan yang dikemukakan pada borang soal selidik.

34

Setelah memperoleh nilai min bagi pengaplikasian KBKK semasa set induksi, semasa penyampaian isi pengajaran, semasa melakukan amali, semasa menutup pengajaran dan membuat penilaian, berikut adalah purata nilai min bagi keseluruhan penyelidikan tersebut. Ianya dapat dilihat daripada Jadual 7 di bawah:4.7 KEPUTUSAN PURATA MIN SETIAP PERSOALAN KAJIAN PURATA MIN 3.88 TAHAP Tinggi

PERSOALAN KAJIAN Pengaplikasian KBKK semasa set induksi

Pengaplikasian KBKK semasa menyampaikan isi pelajaran

3.96

Tinggi

Pengaplikasian KBKK semasa pengajaran amali

3.92

Tinggi

Pengaplikasian KBKK semasa menutup pengajaran

3.98

Tinggi

Pengaplikasian KBKK semasa membuat penilaian

4.06

Tinggi

PURATA

3.96

Tinggi

Jadual 4.7.1 : Keputusan purata min bagi setiap persoalan kajian. Jadual 4.7.1 mencatatkan purata min bagi setiap persoalan kajian yang dikemukakan. Hasil penelitian mendapati bahawa, setiap persoalan yang dinyatakan dalam borang soal selidik iaitu pada bahagian yang meminta responden memilih soalan bagi pengaplikasian KBKK semasa set induksi mencatatkan nilai min 3.88, pengaplikasian KBKK semasa menyampaikan isi pelajaran pula memperoleh nilai min 3.96. Bagi pengaplikasian KBKK semasa pengajaran amali pula,nilai min ialah 3.92, nilai min bagi persoalan pengaplikasian KBKK semasa menutup pengajaran dan pengaplikasian KBKK semasa membuat penilaian ialah 4.06. Kesemua purata nilai min adalah pada skala yang tinggi. Kesimpulannya purata bagi setiap persoalan kajian adalah berada pada tahap yang tinggi.

35

4.8

Perbincangan Dapatan Kajian Setelah proses penganalisisan data selesai, penyelidik menbandingkan nilai min yang

diperolehi dengan skala yang ditetapkan bagi mengetahui sama ada respon yang diberikan oleh responden positif atau negatif. Pengkaji mendapati pengaplikasian KBKK dalam mata pelajaran Kemahira Hidup dikalangan bakal guru Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berada pada tahap tinggi dengan purata min 3.96 .Rumusan hasil dapatan kajian ialah adalah Guru-guru mengaplikasikan KBKK dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup semasa set induksi adalah pada tahap yang tinggi dari segi kemahiran membanding dan membeza, kemahiran membuat andaian, kemahiran membuat kategori, kemahiran membuat ramalan, kemahiran menjana dan menghasilkan idea, kemahiran mencipta definisi dan kemahiran mencipta analogi.

Selain itu juga,guru-guru mengaplikasikan KBKK kemahiran semasa menyampaikan isi pelajaran pada tahap yang tinggi dari segi kemahiran membanding dan membeza, kemahiran menerang sebab, kemahiran menyusun mengikut urutan, kemahiran mengusul periksa andaian, kemahiran mencipta metafora, kemahiran menjana dan menghasilkan idea dan mencipta definisi. Guru-guru mengaplikasikan KBKK dalam pengajaran Kemahiran Hidup pada tahap tinggi semasa melakukan amali dari segi kemahiran menerangkan sebab, kemahiran meneliti bahagian kecil, kemahiran mengusul periksa andaian, kemahiran membuat andaian, mencipta metafora, mencipta analogi dan kemahiran menjana dan menghasilkan idea.

Guru-guru mengaplikasi KBKK dalam pengajaran Kemahiran Hidup semasa menutup pengajaran pada tahap yang tinggi dari segi kemahiran membuat kategori, kemahiran membuat ramalan, menerangkan sebab, menyusun mengikut urutan, mencipta metafora, mencipta analogi dan mencipta definisi. Guru-guru mengaplikasi KBKK dalam pengajaran Kemahiran Hidup semasa membuat penilaian pada tahap yang tinggi dari segi kemahiran membuat kategori, menyusun mengikut urutan, membuat ramalan, membanding dan membeza, kemahiran menjana dan menghasilkan idea, mencipta definisi, metafora dan kemahiran mencipta analogi.

36

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Kesimpulan Unsur Kemahiran Berfikir secara tidak disedari telah wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh bakal guru Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bakal guru KHB juga telah di dedahkan dengan suasana sebenar proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek kaedah mengajar Kemahiran Hidup khususnya. Namun demikian ada segelitir bakal guru yang masih tidak mengetahui serta tidak mengaplikasikan unsur KBKK dalam pengajaran mereka. Perkara ini akan menyebabkan hasil pembelajaran menjadi kurang berkualiti. Bakal guru yang sedemikian akan

mengalami masalah apabila berada di sekolah kelak. Oleh itu, beberapa cadangan akan di kemukakan bagi mengatasi masalah tersebut serta memperkukuhkan lagi pengaplikasian KBKK dalam pengajaran bakal guru Kemahiran Hidup yang telah mengaplikasikan aspek tersebut dalam pengajaran mereka.

37

1.2

Cadangan

Berdasarkan hasil kajian, penyelidik menyenaraikan beberapa cadangan:

1. Bakal guru Kemahiran Hidup yang berkelulusan sarjana muda boleh meningkatkan lagi pengaplikasian KBKK dalam pengajaran terutama kemahiran mencipta metafora kerana kurang pengetahuan dan kefahaman.

2. Pihak Kementerian Pelajaran boleh membuat pemantauan terhadap pengajaran bakal guru terhadap pengaplikasian KBKK.

3. Pihak JPT dan PPK boleh mengeluarkan modul pelaksanaan KBKK dalam KHB untuk memudahkan pengaplikasian KBKK.

4. Pihak Universiti perlu menekankan penerapan KBKK di kalangan siswazah perguruan.

5. Program pendedahan di Fakulti

perlu dibuat secara bersungguh-sungguh untuk

memastikan maklumat tentang Kemahiran Berfikir difahami oleh bakal guru Kemahiran Hidup dan membolehkan mereka melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup.

38

BIBLIOGRAFI Amir Omar (2003). Pengaplikasian Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif dalam corak Pengajaran KHB (perkebunan/pertanian) di Sek. Men. Rendah Jempol Negeri Sembilan . Projek Sarjana Muda : UTM. Ainon Mohd (1996). Belajar Berfikir : Teknik Menjalankan Daya Fikir. Kuala Lumpur : Utusan Publications. Azrul Hady Dzulkafly (2002). Pengaplikasian Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di Lapan Buah Sekolah Kuala Kangsar . Projek Sarjana Muda: UTM. Dalilah Abdul Ghany (2003). Pengaplikasian KBKK dalam Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Reka cipta). Projek Sarjana Muda : UTM. De Bono, E. (1997). Pemikiran Lateral. Kuala Lumpur ; Golden Books Centre Sdn. Bhd De Bono, E (1993). Atlas of Management Thinking. England : Penguin Books Poh Swee Hiang (2000). KBKK edisi Kedua Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur : Percetakan Sentosa. Ruggiero, V (1991). Thinking A Guide to Critical and Creative Thought. New York : Harper Collins Publisher Sufean dan Rahim (1995). Thinking Skill Aplication in Study. Kuala Lumpur : UM. Tuckman W.B. (1978). Conducting Educational research. New York : Harcout. Som Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif(KBKK). Petaling Jaya : Pearson Education. Suzana Mohd. Sidek (2001). Tahap Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Melalui Pendekatan Pedagogi Dalam Pengajaran Ekonomi Rumahtangga Di Sekolahsekolah Menengah Akademik Di Negeri Johor. Tesis Ijazah Sarjana. UTM.

39

You might also like