Kaedah penyemaian
Boleh dilakukan di dalam dulang semaian (60 x 30 x 10 sm) yang boleh menampung
100 anak benih atau di dalam beg-beg plastik diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring> halus untuk mengurangkan pancaran
terik matahari dan mengelakkan serangga perosak Baja NPKMg (12:12:17:2:TE) dicampurkan dengan kadar 7 gm/liter tanah. ‘Seed-
raiser’ boleh menambahkan peratus percambahan.Selepas 2 minggu, anak cambahan dipindahkan ke dalam polibeg bersaiz 15 x15 sm
yang mengandungi campuran tanah, najis haiwan dan pasir dengan nisbah 3:2:1Teduhan pada anak-anak pokok dibuang secara berperingkat.
Penyemaian juga boleh dilakukan terus di ladang dengan memberi teduhan.
Pengubahtanaman
Anak-anak pokok berumur 5 hingga 7 minggu diubahtanam atas paras daun pertama
dalam tanah bagi mengelak pokok tumbang.Jarak tanaman boleh dijarangkan (75 x 100 sm atau 50 x 60 sm) atau dirapatkan (15 x
15 sm @ 40,000 –45,000 pokok/ha) mengikut varieti.Bagi Cilibangi -4 yang berpokok kecil dan berhasil kurang setiap pokok, jarak
tanaman >yang rapat disyorkan untuk mendapatkan hasil yang tinggi per hektar.Pengubahtanaman perlu dilakukan pada waktu redup atau petang diikuti dengan
penyiraman air untuk mengelakkan kejutan.Selepas seminggu, pokok yang berpenyakit dicabut, dibakar dan disulam dengan
pokok sihat.
Penyiraman
Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang
Pembajaan
Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan
secukupnyaBaja
NPK
berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas.Baja buah
NPKMg
berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja
cecair (18:18:21)
untuk pembajaan pokok dewasa.Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok.
Jumlah baja
NPK dan NPK
Mg yang digunakan adalah
1.8 – 2.5 tan/ha
dandibahagikan kepada
4 kali
pembajaan.Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3
pusingan pembajaan permukaan.Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu. Baja cecair
dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur dari