Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
EDU3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 
Modul Pembelajaran Kendiri 1 
SINOPSIS
Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologipengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologipengajaran, dan menjelaskan fungsi domain tersebut. Tajuk ini jugamembincangkan hubungkait konsep-konsep di atas.
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan konsep dan prinsip teknologi pengajaran.
Mengaitkan peranan teori pembelajaran dalam teknologi pengajaran.
Mengenal pasti domain teknologi pengajaran.
Menghuraikan peranan dan kepentingan teknologi pengajaran.Subtajuk :
Teknologi pengajaran
Peranan Teori Pembelajaran
Domain Teknologi Pengajaran
Peranan dan kepentingan Teknologi Pengajaran dalam P&P
MODUL
INTERAKSI KENDIRI : 0 JAMAMALI KENDIRI : 0 JAM
BERSEMUKA
INTERAKSI : 2 JAMAMALI : 0 JAM
 
EDU3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 
Modul Pembelajaran Kendiri 2
 
TEKNOLOGI PENGAJARANRENUNGAN
Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?.Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran?Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermaknakemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satuamalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukansemata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatanteknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untukmencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969)“Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakalakejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Inibermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yangmelibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedahdan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan“pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.”
FIKIR-FIKIR
Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Pengajaran ?Apakah kepentingan teknologi pengajaran dalam prosespengajaran dan pembelajaran?Apakah pengajaran? Apakah pembelajaran?
 
EDU3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 
Modul Pembelajaran Kendiri 3
 
PERANAN TEORI PEMBELAJARANRENUNGAN
Apakah teori pembelajaran?Bagaimanakah pemindahan pembelajaran berlaku?Teori pembelajaran menjelaskan bagaimana perlakuan dalam prosespembelajaran dalam suatu persekitaran berlaku. Ini dapat membantu gurumerancang, menyedia dan melaksanakan strategi P&P berbantu media yangberlandaskan teori pembelajaran yang sesuai.Mengikut perkembangan pendidikan di Malaysia terdapat tiga (3) teoripembelajaran yang seringkali menjadi rujukan dalam proses P&P iaitu teoritingkahlaku, teori sains kognitif, dan teori konstruktivisme.
FIKIR-FIKIR
Bagaimanakah teori pembelajaran dapat menentukan aktivitiyang bersesuaian dengan perkembangan teknologipengajaran?
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • More From This User

    Notes
    Load more