You are on page 1of 15

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

LOKALISASI ZAKAT: SATU CADANGAN TEORITIS1 Muhammad Syukri Salleh2 Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP) Universiti Sains Malaysia

Abstrak Kertaskerja ini cuba mengemukakan satu kaedah memanfaatkan zakat untuk asnaf-asnafnya secara maksima. Kaedah tersebut dinamakan kaedah lokalisasi zakat (localization of zakat). Kaedah lokalisasi zakat di sini bermaksud melokalisasikan pungutan dan pengagihan zakat, dengan memungut dan mengagihkan zakat di kawasan itu sendiri. Lebihannya boleh diagihkan ke kawasan-kawasan lain apabila keperluan asnaf di tempat tersebut telah dipenuhi. Kaedah ini melibatkan proses desentralisasi kerana dalam merealisasikannya, pusat pengurusan zakat harus mengagihkan kuasa memungut dan mengagih seperlunya kepada kakitangannya di peringkat tempatan.Cadangan ini berbentuk cadangan teoritis. Buat sementara ini ia mengenepikan dahulu persoalan praktikaliti yang bersangkutan dengan hal-hal perundangan, teknikaliti, persekitaran, sub-budaya dan sebagainya. Yang hendak dibentangkan melalui kertaskerja ini hanyalah pemikiran yang lebih bersifat idealistik. PENGENALAN Dengan wujudnya pusat-pusat pengurusan zakat di kebanyakan negeri di Malaysia sekarang, pengurusan zakat boleh dikatakan menjadi semakin berkesan. Secara umum, kebanyakan pusat-pusat pengurusan zakat di negeri-negeri di Malaysia telah mempamirkan prestasi yang semakin baik. Namun begitu, keberkesanan dan prestasi yang baik ini pasti sekali sentiasa mahu dipertingkatkan. Kertaskerja ini cuba mengemukakan satu cadangan yang difikirkan boleh mempertingkatkan lagi keberkesanan dan prestasi pengurusan zakat di Malaysia. Cadangan ini bersangkutan dengan kaedah pungutan dan pengagihan zakat. Ia dinamakan kaedah lokalisasi zakat (localization of zakat).

Kertaskerja yang dibentangkan di Muzakarah Pakar Zakat anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 21-22 Disember 2002.
1

Muhammad Syukri Salleh ialah Profesor Pengajian Pembangunan dan Ketua Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
2

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

Cadangan ini, walaubagaimana pun, adalah berbentuk cadangan teoritis. Buat sementara ini ia mengenepikan dahulu persoalan praktikaliti yang bersangkutan dengan hal-hal perundangan, teknikaliti, persekitaran, sub-budaya dan sebagainya. Yang hendak dibentangkan di sini hanyalah pemikiran yang lebih bersifat idealistik. MASALAH YANG BELUM SELESAI Di kebanyakan negeri di Malaysia, pungutan zakat secara puratanya telah meningkat dari setahun ke setahun. Keberkesanan agihan zakat kepada asnaf-asnaf pula cuba ditingkatkan dari masa ke semasa3. Di ibu negara misalnya, pungutan zakat telah meningkat sebanyak 25 peratus, dari RM56 juta pada tahun 2000 kepada RM70 juta pada tahun 2001. Di Pulau Pinang, pungutan zakat meningkat dari lebih kurang RM8 juta sejak tahun-tahun sebelum ini kepada RM15 juta pada tahun 2001 (Utusan Malaysia, 12 Disember 2002, dipetik dari Laporan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Di Selangor pula, zakat fitrah pada tahun 2002 ini sahaja dijangka dipungut sebanyak RM7 juta (Utusan Online, 28 November 2002), manakala zakatzakat lain yang dipungut pada tahun 2001 berjumlah RM61 juta. Selangor sebenarnya mencatatkan pungutan zakat kedua tertinggi selepas Wilayah Persekutuan bagi tahun 2001. Ini dikuti oleh Johor (RM31 juta), Terengganu (RM28 juta), Perak (RM20 juta), Kelantan (RM16 juta), Pulau Pinang (RM15 juta), Negeri Sembilan (RM13 juta), Pahang, Kedah dan Melaka (masing-masing RM12 juta), Sarawak (RM8 juta), Sabah (RM5 juta), dan Perlis (RM3 juta). Keseluruhannya, mengikut Laporan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), jumlah pungutan zakat di seluruh negara pada tahun 2001 ialah RM320 juta 4 (Utusan Malaysia, 12 Disember 20025). Bagi agihan pula, Wilayah Persekutuan turut mencatatkan angka tertinggi pada tahun 2001, yakni sejumlah RM71 juta, diikuti oleh Selangor (RM50 juta), Johor (RM22 juta), Terengganu (RM18 juta), Perak (RM 15 juta), Pulau Pinang (RM11 juta), Kelantan (RM10 juta), Kedah (RM9 juta), Pahang dan Negeri Sembilan (masingmasing RM8 juta), Melaka (RM7 juta) dan Sabah (RM1 juta) (Ibid)6. Namun begitu, perangkaan pungutan dan agihan zakat di atas mempamirkan satu fenomena yang agak menghairankan. Di semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan, zakat yang dipungut tidak diagihkan kesemuanya kepada asnaf-asnaf. Negeri
Di kebanyakan negeri, pusat pengurusan zakat hanya diberi tangungjawab memungut zakat sahaja. Tugas mengagihkannya dibuat oleh Majlis Agama Islam. Majlis Agama Islam Pulau Pinang misalnya hanya menyerahkan tugas pengagihan zakat kepada Pusat Urus Zakatnya pada 1 Januari 1999.
3

Angka ini agak berbeza jika kesemua jumlah pungutan zakat dari kesemua negeri ini dicampurkan. Jumlahnya ialah RM306 juta, bukan RM320 juta.
4

Kesemua angka ini dipetik oleh Utusan Malaysia dari Laporan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
5

Agihan zakat bagi Negeri Perlis dan Sarawak tidak disebutkan di dalam laporan ini.
6

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

Selangor hanya mengagihkan RM50 juta dari RM61 juta yang dipungutnya, manakala Johor mengagihkan hanya RM22 juta dari RM31 juta, Terengganu hanya RM18 juta dari RM28 juta, Perak hanya RM15 juta dari RM20 juta, Kelantan hanya RM10 juta dari RM16 juta, Pulau Pinang hanya RM11 juta dari RM15 juta, Negeri Sembilan hanya RM8 juta dari RM13 juta, Pahang hanya RM8 juta dari RM12 juta, Kedah hanya RM9 juta dari RM12 juta, Melaka hanya RM7 juta dari RM12 juta, dan Sabah hanya RM1 juta dari RM5 juta yang dipungutnya. Keseluruhannya, dari sejumlah RM306 juta zakat yang dipungut di seluruh negara, hanya sejumlah RM230 juta, atau 75.2 peratus sahaja yang diagihkan kepada asnaf-asnaf (Jadual 1). Jadual 1: Pungutan dan Agihan Zakat di Negeri-Negeri Malaysia, 2001 (RM Juta) Negeri Wilayah Persekutuan Selangor Johor Terengganu Perak Kelantan Pulau Pinang Negeri Sembilan Kedah Pahang Melaka Sarawak Sabah Perlis Jumlah Pungutan 70 61 31 28 20 16 15 13 12 12 12 8 5 3 306 Agihan 71 50 22 18 15 10 11 8 9 8 7 Tiada maklumat 1 Tiada Maklumat 230

Sumber: Diolah dari Utusan Malaysia, 12 Disember 2002, yang memetiknya dari Laporan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sebab-sebab wujudnya fenomena sebegini tentulah berbagai. Salah satunya ialah kerana terdapatnya jurang perhubungan antara pusat-pusat pengurusan zakat dengan asnaf-asnafnya. Dalam banyak kes, pihak pengurusan zakat tidak dapat mengenalpasti asnaf-asnafnya secara tepat, terutamanya fakir miskin. Ini diakui sendiri oleh Pegawai Perhubungan Awam Pusat Zakat Selangor (PZS), Akhtar Sahari. Beliau mengakui pihaknya tidak dapat mengenalpasti jumlah keseluruhan fakir miskin dengan tepat kerana sukar mendapat maklumat lengkap, terutamanya tentang mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Pada tahun 2002, pihaknya telah mengagihkan zakat kepada 7,834 orang fakir miskin, tetapi pada jangkaannya, jumlah ini hanyalah merupakan 80 peratus sahaja dari seluruh fakir miskin yang berada di Selangor. Untuk mengatasi

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

masalah ini, Akhtar Sahari meminta orang ramai memberikan maklumat tentang fakir miskin di kawasan masing-masing secepat mungkin (Utusan Online, 28 November 2002). Masalah jurang perhubungan antara pusat pengurusan zakat dengan asnaf-asnaf ini juga dihadapi oleh Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ). Pihak PUZ tidak mengetahui sama ada asnaf fakir miskin yang pernah menerima zakat darinya masih berada di dalam kategori berkenaan atau sebaliknya. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Dr Hilmi Yahaya oleh itu mengarahkan pegawai-pegawai PUZ menemui semula fakir miskin tersebut. Arahan ini dibuat ekoran meningkatnya bilangan fakir miskin yang berdaftar di Pulau Pinang. Pada tahun 2001, bilangannya ialah 9,600 orang, tetapi pada Jun 2002, ianya meningkat kepada 9,800 orang. Datuk Dr Hilmi Yahaya menyalahkan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid yang tidak memotong nama penerima zakat yang tidak layak lagi menerimanya kerana takut kepada asnaf-asnaf tersebut (Berita Harian, 25 November 2002). Keadaan yang lebih kurang sama juga berlaku di Kedah. Pada tahun 1999, Pengerusi Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Shafie telah meminta Pegawai Daerah dan Penghulu-penghulu mengenalpasti mereka yang layak menerima bantuan zakat di kawasan masing-masing. Permintaan ini dilakukan ekoran dari berlakunya penjualan borang-borang permohonan zakat kepada fakir miskin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab (Utusan Malaysia, 30 Januari 1999). Wujudnya jurang perhubungan antara pusat-pusat pengurusan zakat dengan asnafasnaf ini pastinya membawa kesan yang tidak memberangsangkan. Antara kesan yang ketara ialah tidak sampainya zakat kepada asnaf-asnaf tersebut. Dalam tahun 1996, di Jajahan Bachok, Kelantan, misalnya, hanya 95 orang (20.1%) sahaja dari 473 orang miskin, yang pernah menerima zakat7. 376 orang (79.5%) lagi tidak pernah menerimanya8 (Muhammad Syukri Salleh, et.al. 1996:65; Jadual 3.29; Carta 3.11). Dari 95 orang yang menerima zakat ini pula, hanya 6 orang (6.3%) sahaja yang menerimanya dari Majlis Agama Islam, manakala 77 orang (81.1%) menerimanya dari orang perseorangan dan 12 orang (12.6%) lagi dari amil (Muhammad Syukri Salleh, et.al. 1996:69-70; Jadual 3.34; Carta 3.14). Itu pun, bentuk zakat yang paling banyak diterima adalah berbentuk zakat fitrah (48.4%). Yang menerimanya dalam bentuk zakat harta hanyalah 45.3% manakala dalam bentuk zakat pertanian hanyalah 6.3% sahaja. Fenomena pengagihan zakat seperti di Kelantan ini mempamirkan dua gambaran yang jelas. Pertama, orang perseorangan nampaknya lebih gemar mengeluarkan zakat terus kepada mereka yang dianggap tergolong ke dalam asnaf, dalam kes ini asnaf fakir dan miskin; dan kedua, zakat dari Majlis Agama Islam adalah sangat kurang diterima oleh orang-orang ini. Kedua-dua gambaran ini menimbulkan dua persoalan besar. Pertama,
Bilangan 473 orang miskin ini dipilih dari senarai Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang didapati dari Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.
7 8

2 orang (0.4%) tidak memberikan jawapan.

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

kenapakah orang-orang perseorangan tidak membayar zakat kepada Majlis Agama Islam; dan kedua, kenapa Majlis Agama Islam sendiri kurang mengagihkan zakat? Jawapan kepada kedua-dua persoalan ini pastinya juga berkait rapat dengan masalah jurang perhubungan antara pusat pengurusan zakat dengan bukan sahaja asnafasnafnya, tetapi juga dengan pembayar-pembayar zakat. Asnaf-asnaf tidak diagihkan zakat mungkin kerana tidak dapat dikenalpasti oleh Majlis Agama Islam. Pembayarpembayar zakat pula tidak membayar zakat kepada Majlis Agama Islam mungkin kerana jauh jaraknya atau kurang berkeyakinan dengan keberkesanan pentadbiran Majlis tersebut. Akibatnya, sebahagian besar (86.3%) orang-orang fakir dan miskin di Jajahan Bachok ini merasakan pelaksanaan zakat di kawasan mereka tidak memberi kesan dalam meringankan beban hidup mereka, manakala 99.6% mengatakan zakat sebagaimana yang diuruskan sekarang tidak boleh melepaskan diri mereka dari kemiskinan (Muhammad Syukri Salleh, et.al. 1996:71; Jadual 3.35; Carta 3.15). Keadaan ini diburukkan lagi dengan sekurang-kurangnya tiga masalah yang berkaitan. Pertama ialah masalah birokrasi. Di kebanyakan negeri di Malaysia, asnaf-asnaf zakat terpaksa memohon zakat dengan mengisi borang. Dalam proses ini, pelbagai dugaan terpaksa dilalui oleh asnaf-asnaf berkenaan. Di Kedah pada awal tahun 1999, misalnya, golongan miskin yang berhasrat memohon zakat terpaksa membayar RM10 kepada pihak-pihak tertentu. Mengikut Pengerusi Jawatankuasa Zakat Negeri yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Shafie, bayaran RM10 itu diminta sebagai syarat jika seseorang itu ingin dibawa menerima bantuan zakat, tanpa mengira pemohon tersebut benar-benar layak atau tidak (Utusan Malaysia, 30 Januari 1999). Datuk Ismail Shafie yang mewakili Jabatan Zakat Negeri Kedah menyelar perbuatan ini, tetapi beliau tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia dilakukan oleh kakitangan Jabatan Zakat sendiri atau oleh orang luar. Walau apa pun, wujudnya keadaan tersebut pastinya mempamirkan satu bentuk birokrasi yang perlu diperbaiki. Kedua, amaun zakat yang diberikan kepada asnaf-asnaf, terutamanya kepada asnaf fakir dan miskin, secara realatifnya adalah agak kecil. Pada tahun 2002, Pusat Urus Zakat Pulau Pinang memberikan hanya RM180 kepada fakir dan miskin, di samping kain batik dan kain pelikat (Berita Harian, 25 November 2002). Pusat Zakat Selangor pula memberikan lebih banyak sedikit, yakni antara RM700 hingga RM1,000 di samping kain pelikat, kain batik, tudung kepala, kain untuk membuat pakaian, beg dan buah kurma (Utusan Online, 28 November 2002). Fasal amaun zakat ini, para ulamak sebenarnya bersepakat bahawa asnaf fakir dan miskin patut diberi zakat dengan tanpa had amaunnya, asal saja mereka berpuashati. Sayyidina Umar al-Khattab misalnya pernah mengarahkan petugas zakatnya dengan berkata: Apabila mengagihkan zakat kepada orang-orang miskin, berilah dengan berlebihan agar mereka berpuashati; ulangi memberikannya kepada mereka walaupun mereka mendapat seratus ekor unta (Abu Ubaid, 1981:502). Imam Nawawi pula berkata:

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

Orang-orang faqir dan miskin patut diberi apa yang membolehkan mereka keluar dari kemiskinan kepada kecukupan secara kekal, dan inilah apa yang al-Shafi`i hukumkan (Abu Zakariya al-Nawawi, t.t.:193). Tidak dapat dinafikan bahawa amaun zakat yang sepatutnya diagihkan ini pastinya bergantung kepada berapa banyak hasil kutipan zakat. Besar kutipan zakat maka boleh besar pulalah pengagihan zakat itu. Di Pakistan, berdasarkan kepada perkiraan sebegini, Majlis Pusat Zakatnya menetapkan tidak lebih dari 45 peratus dari dana zakat perlu diberikan kepada orang-orang miskin dalam bentuk geran bantuan bulanan (monthly subsistence grant). Di samping itu, tidak kurang dari 45 peratus dari dana zakat juga mesti diberikan sekali kepada orang-orang miskin sebagai geran pemulihan kekal (permanent rehabilitation grant). Majlis tempatan mereka pula mesti menggunakan 40 peratus dari dana zakat untuk pelajar-pelajar miskin di universitiuniversiti, sekolah-sekolah agama dan pusat-pusat latihan (N.S. Shirazi 1993:6). Sudan pula mengagihkan 65 peratus dari bahagian faqir dan miskin sebagai bantuan segera kepada orang-orang miskin, dan 35 peratus selebihnya adalah untuk membeli alat-alat pengeluaran seperti mesin jahit, biri-biri, peralatan kerja kecil-kecilan dan sebagainya dan memindahkan hakmilik peralatan-peralatan tersebut kepada orangorang miskin. Zakat House di Kuwait dan Nasir Bank di Mesir juga melakukan amalan yang serupa (Al-Tayib Zein Al-Abdin 1997:74). Ketiga, penggunaan agihan zakat di kalangan asnaf, terutamanya di kalangan asnaf fakir dan miskin, adalah lebih berbentuk saradiri dan kepenggunaan segera, bukan berbentuk pelaburan jangka masa panjang. Dengan amaun yang kecil, zakat itu hanya mampu digunakan oleh asnaf-asnaf tersebut untuk memenuhi keperluan seharian, bukan untuk berusaha mengeluarkan diri mereka dari menjadi asnaf zakat, apatah lagi menjadikan mereka sebagai pembayar zakat. Walaupun ada pusat-pusat pengurusan zakat yang mengagihkan zakat kepada asnaf fakir dan miskin dalam bentuk peralatan kerja seperti mesin jahit, enjin bot dan sebagainya, namun hasilnya kebanyakannya adalah tidak menggembirakan. LOKALISASI ZAKAT Dari perbincangan di atas, ternampak bahawa jurang perhubungan antara pusat-pusat pengurusan zakat dengan pembayar dan penerima zakat telah membawa kesan negatif yang mesti diperbaiki. Salah satu sebab timbulnya jurang perhubungan tersebut ialah kerana terlalu luasnya kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada sesuatu pusat pengurusan zakat tersebut. Semakin besar kawasan yang dipertanggungjawabkan, semakin luaslah jurang perhubungan antara pusat pengurusan zakat dengan pembayar dan penerima zakat. Ini menjadi lebih bermasalah sekiranya pengurusan zakat itu sendiri diurus secara pemusatan (centralization). Pengurusan zakat yang berpusat di satu tempat, misalnya di ibu-ibu negeri atau di bandar-bandar besar, tentulah sukar menyebar turun ke kawasan-kawasan tanggungjawabnya, tambah lagi sekiranya kawasan tanggungjawabnya adalah terlalu luas. Begitulah juga, adalah sukar bagi pembayar

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

dan asnaf-asnaf zakat naik berurusan dengan pusat-pusat pengurusan zakat yang jaraknya jauh dari tempat tinggal mereka. Oleh kerana punca masalah adalah luasnya kawasan tanggungjawab dan kurangnya keberkesanan sistem pemusatan, maka penyelesaiannya tentulah mesti berkisar kepada penyelesaian masalah keluasan kawasan dan pemusatan ini. Salah satu caranya ialah dengan mengecilkan kawasan tanggungjawab dan mengendurkan pemusatan tersebut. Kaedah penyelesaian inilah yang membawa kepada satu kaedah yang dinamakan kaedah lokalisasi zakat (localization of zakat). Kaedah lokalisasi zakat di sini bermaksud melokalisasikan pungutan dan pengagihan zakat, dengan memungut zakat dari orang-orang tempatan yang berada dan mengagihkannya kepada asnaf-asnaf zakat di lokaliti itu sendiri. Ertinya, pungutan dan pengagihan zakat tertumpu kepada lokaliti tempatan yang secara relatifnya adalah lebih kecil. Ia boleh jadi dalam bentuk daerah, mukim, kampong atau pun qariyah. Semakin kecil entiti lokaliti ini, semakin mudahlah zakat dipungut dan diagihkan. Pungutan dan pengagihan zakat ini, dengan penyelarasan pusat pengurusan zakat di pusat, boleh dilakukan oleh cawangan pusat pengurusan zakat di lokaliti tersebut, dengan kakitangan penuh masanya yang terdiri dari orang-orang tempatan sendiri. Dengan ini, sistem pungutan zakat bukan sahaja menjadi lebih mudah, malah sistem pengagihan juga menjadi lebih tepat dan merata. Mereka yang ingin membayar zakat tidak payah bersusah-susah ke pusat negeri, manakala asnaf-asnaf pula dapat dikenalpasti dengan lebih tepat dan lengkap. Apabila keperluan kesemua asnaf di kawasan tersebut dipenuhi, lebihan zakat, jika ada, bolehlah di salurkan kepada kawasan-kawasan lain yang memerlukan, untuk membantu asnaf-asnaf di sana pula. Penglibatan orang tempatan sendiri di dalam pungutan, pengagihan dan penyaluran keluar zakat ini tentulah lebih berkesan dari sekiranya dilakukan oleh hiraki pentadbiran sedia ada seperti Pejabat Daerah, Penghulu, Ketua Kampong, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK), Jawatankuasa Qariyah Masjid, dan sebagainya. Setakat ini hiraki pentadbiran yang sedia ada ini belum terbukti dapat memberikan khidmat sampingan yang cemerlang kepada pengurusan zakat. Mereka mempunyai kerja lain yang lebih utama, di samping perkhidmatan sesetengah mereka yang seringnya bercampur-aduk dengan ideologi politik. Kaedah lokalisasi zakat ini pastinya melibatkan proses desentralisasi. Dalam merealisasikan kaedah ini, pusat pengurusan zakat mesti mengagihkan kuasa memungut dan mengagih seperlunya kepada kakitanganya di lokaliti tempatan. Ertinya, kuasa pusat-pusat pengurusan zakat perlu diagihkan ke bawah, ke unit-unit lokaliti yang lebih kecil, seperti daerah, mukim, kampong atau pun qariyah. Semakin kecil entiti lokaliti, semakin tinggilah tahap desentralisasi, semakin menguncuplah jurang perhubungan antara pusat-pusat pengurusan zakat dengan pembayar dan penerima zakat, dan dijangka semakin berkesanlah proses pengurusan zakat di lokaliti tersebut. NAS-NAS SOKONGAN Cadangan terhadap kaedah lokasisasi zakat ini boleh dilandaskan kepada hujah dan nas-nas yang telah dikemukakan oleh Yusuf Qardawi (1996). Menurut Yusuf

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

Qardawi (1996:798-802), Islam memerintahkan para penguasa membahagikan zakat ke daerah mana zakat itu dipungut, khususnya bagi zakat ternakan, tanam-tanaman dan buah-buahan. Menurut beliau lagi, para ulama juga bersepakat bahawa zakat fitrah juga mesti dibahagikan di tempat orang yang wajib mengeluarkan zakat fitrah itu berada. Ulama hanya berbeza pendapat tentang mata wang, sama ada zakat dibahagikan di tempat harta itu atau di tempat beradanya pemilik. Walaubagaimana pun, menurut Yusuf Qardawi (1996:799), pendapat paling masyhur yang diikuti kebanyakan ulama ialah bahawa zakat itu mengikuti harta, bukan mengikuti pemilik. Beliau menghuraikan dalilnya seperti berikut: Ketika Rasul s.a.w. menugaskan petugas dan pengurus zakat pergi ke negaranegara dan ke daerah-daerah untuk mengumpulkan zakat, maka ia (Baginda) memerintahkan mereka untuk mengambil zakat dari orang kaya suatu negara, untuk kemudian diberikan kepada mereka yang fakir. Telah berlalu kepada kita hadis Mu`az yang telah disepakati kesahihannya, bahawa Nabi s.a.w. telah mengutusnya ke Yaman dan memerintahkannya untuk mengambil zakat dari orang kaya Yaman untuk diberikan kepada orang fakirnya. Demikian pula Mu`az melaksanakan wasiat Nabi itu. Ia membagikan zakat penduduk Yaman pada mustahiknya dari kalangan mereka, bahkan ia membagikan zakat tiap daerah pada orang daerah tersebut yang memerlukannya saja. Ia menulis sebuah surat kepada mereka: Barangsiapa yang pindah dari daerah keluarganya, di mana terdapat tanah dan hartanya, maka sedekahnya dan sepersepuluhnya itu adalah daerah keluarganya itu.9 Selain itu, Yusuf Qardawi (1996:799-801) menguatkan hujahnya dengan sebelas dalil berikut:
1-

Dari Abu Juhaifah, ia berkata: Telah datang kepada kami petugas zakat Rasulullah s.a.w. kemudian ia mengambil sedekah dari orang kaya kami, dan diberikan pada orang-orang fakir kami. Aku adalah seorang anak yatim, dan petugas itu memberi zakat kepadaku seekor unta.10

2- Dalam hadis sahih dikemukakan bahawa seorang dusun bertanya kepada Rasulullah s.a.w. berbagai macam pertanyaan, di antaranya: Demi Allah, Zat yang telah mengutus engkau. Apakah Allah memerintahmu untuk mengambil sedekah dari orang kaya kami untuk kemudian dibagikan pada orang-orang fakir kami? Rasul menjawab: Ya.
3-

Telah meriwayatkan Abu Ubaid dari Umar semoga Allah meredhainya bahawa ia telah berkata dalam wasiatnya: Khalifah sesudahku berwasiat dengan anu, dan aku berwasiat dengan anu, dan berwasiat kepadanya untuk berlaku baik pada penduduk dusun, kerana mereka adalah nenek moyang

Yusuf Qardawi (1996:799, notakaki 2) memetiknya dari riwayat Thawus dengan sanad sahih. Menurut Qardawi, hadis ini dikeluarkan pula oleh Said bin Manshur, manakala Ustrum pula meriwayatkan hadis yang sejenis dengan itu, seperti terdapat dalam Nail al-Authar, Jilid 2,hal.161.
9 10

Hadis riwayat Imam Tarmizi, yang berkata hadis ini adalah hadis hasan.

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

orang Arab dan asal Islam. Hendaklah ia mengambil sekitar harta mereka, untuk kemudian dibagikan kepada orang-orang fakirnya.11
4-

Dari Said bin Musayyib: Bahawa Umar telah mengutus Mu`az sebagai petugas zakat pada Banu Kilab atau pada Banu Sa`ad bin Ribyan, ia membagikannya di kalangan mereka, sehingga tidak tersisa sedikit pun juga, sampai ia datang kembali ke tempatnya semula, di mana ia meninggalkan budaknya.12 Berkata Sa`ad, salah seorang sahabat Ya`la bin Umayyah, dan salah seorang petugas zakat Umar: Kami semua keluar untuk mengambil sedekah, dan kami tidak pulang kecuali dengan kesederhanaan kami (sebagaimana semula, penterjemah).13 Umar ditanya tentang sedekah yang diambil dari penduduk Arab: Bagaimana kita memperlakukannya? Umar menjawab: Demi Allah, aku akan kembalikan kepada mereka, sehingga datang dari salah seorang di antara mereka, seratus ekor unta.14 Dari Imran bin Hushain, semoga Allah meredhainya, ia telah ditugaskan untuk menjadi petugas sedekah dari Ziad bin Abihi atau sebagian penguasa pada masa Bani Umayyah. Ketika ia pulang, ia ditanya: Di mana harta itu? Ia menjawab: Harta yang kau utus aku untuk mengambilnya. Aku mengambilnya sebagaimana Rasulullah s.a.w. mengambilnya dan aku menempatkannya, di tempat aku mengambilnya.15 Muhammad Yusuf as-Saqafi telah menugaskan Thawus, ahli fikih Yaman sebagai petugas sedekah pada suatu daerah, lalu ia mengambil sedekah dari orang-orang kaya dan memberikannya pada orang-orang fakir. Ketika sudah selesai tugasnya, Muhammad bin Yusuf berkata kepada Thawus: Perlihatkan catatanmu. Ia menjawab: Aku tidak mempunyai catatan, kerana aku mengambilnya dari orang kaya, lalu ku berikan kepada orang miskin.16 Dari Farqad as-Sabkhi, ia berkata: Aku membawa zakat hartaku untuk ku bagikan di Makkah, kemudian aku bertemu dengan Said bin Zubair, lalu ia berkata: Bawa kembali hartamu itu, bagikanlah di negerimu.17

5-

6-

7-

8-

9-

11

Dipetik dari Abu Ubaid,1981:595. Ibid. Ibid. Al-Mushannif, Jilid 3, hal. 205, cetakan Haiderabad. Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah. Lihat Nail al-Authar, jilid 4, hal.161. Abu Ubaid 1981:595. Ibid.

12

13

14

15

16

17

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis
10-

10

Dari Sufyan ats-Tsauri: Bahawa zakat dibawa dari Ray ke Kufah, kemudian Umar bin Abdul Aziz mengembalikannya ke Ray.18

11- Berkata Abu Ubaid: Ulama-ulama masa sekarang telah sepakat terhadap semua atsar ini, bahawa penduduk setiap negara dari negara-negara yang ada atau setiap mata air dari air-air yang ada (dengan melihat lembah-lembah), lebih berhak terhadap sedekahnya, selama ada orang yang memerlukannya, satu orang atau lebih, dari kalangan mereka sendiri, walaupun dengan itu menghabiskan semua sedekah, sehingga petugas kembali, tanpa membawa sesuatu apa pun juga. Dari dalil-dalil di atas Yusuf Qardawi (1996:801-802) merumuskan seperti berikut: 1- Seperti kata Abu Ubaid (1981), semua kaum lebih berhak terhadap sedekahnya, sehingga mereka merasa berkecukupan dengannya.
2-

Orang tempatan lebih berhak ke atas zakat kerana untuk menghormati ketetanggaan, dan kerana dekatnya tempat tinggal mereka dengan tempat tinggal orang-orang kaya.19 Sekiranya petugas tidak mengetahui sehingga ia membawa sedekah ke tempat lain, padahal penduduk asal memerlukannya, maka si penguasa harus mengembalikan kepada mereka, seperti yang dilakukan Umar bin Abdul Aziz, dan sebagaimana difatwakan oleh Said bin Jubair.20

3-

Dengan perkataan lain, zakat itu adalah untuk orang tempatan. Seperti kata Yusuf Qardawi (1996:805), ia mesti dibahagikan di tempat dikumpulkan, untuk memelihara kehormatan tetangga, menyusun aturan untuk membasmi dan membenteras kefakiran, mendidik tiap daerah agar mencukupi dirinya sendiri serta mengatasi masalah yang dihadapinya. Hak orang-orang fakir di daerah itu sendiri mesti didahulukan daripada hak orang lain. Setelah keperluan orang tempatan itu dipenuhi barulah ianya boleh disalurkan keluar ke tempat-tempat lain yang memerlukan. Kisah tentang Mu`az bin Jabal dan Sayyidina Umar al-Khattab menguatkan hujah ini. Yusuf Qardawi (1996:802, dipetik dari Abu Ubaid 1981:596) menceritakan kisah ini begini: Telah meriwayatkan Abu Ubaid, bahawa Mu`az bin Jabal senantiasa berada di Janad pada waktu Rasulullah s.a.w. mengutusnya ke Yaman, sampai dengan wafatnya Nabi s.a.w. dan Abu Bakar. Kemudian dia membawa harta zakat kepada Umar, akan tetapi Umar mengembalikan apa yang ada padanya. Kemudian Mu`az mengirim kembali sepertiga sedekah mereka, akan tetapi Umar tetap tidak mau
18

Ibid. Ibid.

19

Ibid. Mengikut Yusuf Qardawi (1996:801-802), hanya Ibrahim an-Nakha`i dan Hasan Basri saja yang memberi keringanan pada orang yang mendahulukan mengeluarkan zakat untuk kerabatnya. Beliau memetik kata-kata Abu Ubaid: Sesungguhnya hal ini diperbolehkan bagi seseorang khusus bagi dia dan hartanya. Sedangkan zakat umat yang dikelola oleh penguasa, tidak boleh.
20

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

11

menerima, sambil berkata: Aku tidak mengutus kepadamu untuk mengumpulkan dan mengambil upeti, akan tetapi aku mengutusmu untuk mengambil zakat dari golongan orang kaya suatu penduduk, lalu kau berikan kepada orang-orang fakirnya. Berkata Mu`az: Aku tidak pernah mengirim sesuatu kepadamu dalam keadaan aku mendapatkan seseorang yang akan mengambilnya daripadaku. Ketika masuk tahun kedua, Mu`az mengirim separuh sedekah kepada Umar, lalu dikembalikan lagi seperti sediakala, dan pada tahun ketiga, Mu`az mengirimkan seluruh harta sedekah, lalu dikembalikan lagi oleh Umar seperti sediakala. Mu`az berkata: Aku tidak mendapatkan seorang pun yang mengambil zakat dariku. Peristiwa ini mempamirkan bahawa zakat itu mesti diagih di tempat di mana ia dipungut. Ia hanya boleh disalurkan ke luar apabila keperluan di tempat dipungut itu telah dipenuhi. Tambah-tambah lagi sekiranya orang-orang di daerah luar itu memang sangat memerlukannya, melebihi dari keperluan orang tempatan itu sendiri. Kedua, seperti pendapat Yusuf Qardawi (1996:805), zakat ini juga boleh disalurkan keluar apabila penguasa yang adil bermusyawarah dengan ahli-ahlinya dan ada kemaslahatan bagi kaum Muslimin dan lebih baik bagi Islam. Yusuf Qardawi bersandarkan kepada riwayat Sahnun yang berkata: Apabila sampai berita kepada penguasa bahawa di sebahagian daerah terdapat keperluan yang luarbiasa, maka boleh baginya memindahkan sebahagian sedekah yang merupakan hak orang lain, bagi daerah itu, kerana apabila terdapat sesuatu keperluan maka wajib mendahulukannya dari orang yang belum memerlukan.21 Ertinya, penyaluran itu dibenar berlaku kerana daerah luar itu sangat-sangat memerlukannya dan orang-orang tempatan pula tidak memerlukannya lagi. Hal ini selari dengan pendapat ulamak Syafii dan Hanbali. Mereka berpendapat zakat yang dipungut mesti digunakan di daerah di mana zakat itu dipungut kecuali daerah tersebut sudah tidak ada lagi mustahiknya. Kalau disalurkan juga keluar sedangkan orang-orang di daerahnya masih memerlukan, hukumnya adalah berdosa (Yusuf Qardawi 1996:803)22.
21

Tafsir al-Qurtubi, Jilid 8, hal. 175.

Ulamak Hanafi walaubagaimana pun meletakkan hukum makruh ke atas soal memindahkan zakat dari tempat yang dipungutnya kepada daerah luar, kecuali kerana lapan keadaan berikut: (i) dipindahkan kepada kerabat yang memerlukan kerana dengan itu dapat menghubungkan silaturrahim; (ii) dipindahkan kepada mereka yang lebih memerlukan daripada penduduk setempat; (iii) dengan memindahkan itu akan lebih maslahat bagi kaum Muslimin; (iv) dipindahkan dari daerah musuh ke daerah Islam kerana golongan fakir kaum Muslimin yang tinggal di daerah Islam adalah lebih utama dan lebih tepat untuk ditolong daripada golongan fakir di daerah musuh; (v) kepada alim ulamak; (vi) kepada pencari ilmu kerana dengan hal itu bererti menolongnya untuk menuntutnya; (vii) memindahkannya kepada orang yang lebih soleh, atau lebih maslahat atau lebih bermanfaat bagi kaum Muslimin; dan (viii) zakat itu dipercepat pengeluarannya sebelum sempurna satu tahun (Yusuf Qardawi 1996:803, dipetik dari Ad-Dur alMukhtar, dan Hasyiah Ibnu Abidin, Jilid 2, hal. 93-94). Bagi ulama Maliki pula, zakat wajib dibahagikan di daerah zakat itu dipungut atau daerah berdekatan yang kurang dari jarak qashar solat. Bagi mereka daerah berdekatan itu boleh dianggap sebagai daerah yang sama dengan daerah wajib zakat. Jika kedua-dua
22

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

12

Persoalannya, apakah definisi unit sesuatu daerah tersebut, apakah sebuah negara, sebuah negeri, sebuah daerah, sebuah kampong, atau sebuah qariyah? Ulama Syafii dan Maliki memakai ukuran salat qasar sebagai daerah luar. Ertinya mana-mana tempat jaraknya dari tempat zakat dipungut itu dibolehkan sembahyang qasar, maka itu sudah dikira daerah luar (Yusuf Qardawi 1996:803-804). Dalam keadaan di Malaysia, ia boleh jadi di luar sebuah negeri sekiranya negeri tersebut kecil seperti Perlis atau Pulau Pinang. Ia juga boleh jadi sebuah daerah sekiranya negeri daerah tersebut besar seperti Terengganu, Pahang, Selangor dan sebagainya. RUMUSAN Di Malaysia sekarang ini pengurusan zakat boleh dikatakan antara terkehadapan berbanding dengan negara-negara Islam yang lain. Hasil dari keamanan dan pembangunan negara, terdapat ramai hartawan Muslim yang layak mengeluarkan zakat. Hasil dari kebangkitan dan kesedaran Islam pula, terdapat sebahagian besar dari mereka ini terdorong mengeluarkan zakat. Sistem pengurusan zakat yang dikendalikan pusat-pusat pengurusan zakat pula memudahkan mereka menunaikan rukun Islam yang ketiga ini. Keberkesanan pengurusan zakat ini, kalau dapat ditingkatkan dengan memanfaatkan asnaf-asnaf secara nampak di mata, pastinya akan menarik lebih ramai pembayarpembayar zakat. Kalau tidak, akan timbul nanti masalah pembayaran zakat melalui saluran tidak rasmi (Aidit Ghazali 1988:ix; Muhammad Syukri Salleh, et.al. 1996). Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, di Jajahan Bachok, Kelantan dalam tahun 1996, orang-orang perseorangan merupakan golongan dominan yang memberikan zakat terus kepada asnaf-asnaf fakir dan miskin. 77 orang (81.1%) dari 95 responden yang menerima zakat menerimanya dari orang-orang perseorangan begini (Muhammad Syukri Salleh, et.al. 1996:69-70; Jadual 3.34; Carta 3.14). Pembayarpembayar zakat lebih rasa puas memberi zakat terus kepada asnaf dan bukan melalui pihak berkuasa. Mereka kurang yakin dengan pihak berkuasa kerana tidak nampak di mata hasil dari pemberian zakat mereka itu. Untuk mengatasi masalah inilah antaranya maka dikemukakan dalam kertaskerja ini kaedah lokalisasi zakat. Lokalisasi zakat cuba melahirkan satu sistem pungutan dan pengagihan zakat yang lebih berkesan. Ia mempunyai ciri-ciri berikut: iMengadakan pemungutan dan pengagihan zakat di kalangan masyarakat tempatan;

daerah ini tidak ada mustahiknya, zakat mesti dipindahkan ke tempat yang ada mustahik, walaupun jaraknya melebihi jarak yang dibenarkan solat qasar. Jika di daerah zakat dipungut atau di daerah sekitarnya terdapat mustahik, wajib membahagikannya di daerah-daerah tersebut. Ia tidak dibenarkan memindahkan zakat dari daerah sejarak qashar tersebut, kecuali mereka lebih fakir dan lebih memerlukan. Dalam keadaan lebih memerlukan begini, kata ulamak Maliki, memindahkan sebahagian besar dari zakat tersebut adalah lebih baik (Yusuf Qardawi 1996:803-804, dipetik dari Hasyiah ad-Dasuqi dlm. Syarah al-Kabir, Jilid 2, hal. 501).

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

13

iiiiiivvvi-

Partisipasi orang tempatan dalam pemungutan dan pengagihan zakat; Melaksanakannya melalui proses desentralisasi; Menyelesaikan masalah tempatan; Membantu menyelesaikan permasalahan kawasan lain yang kurang bernasib baik dan oleh itu melahirkan keseimbangan antara kawasan; dan Mengurangkan karenah birokrasi.

Lokalisasi zakat ini penting kerana seperti kata Yusuf Qardawi (1996:800), pemindahan zakat dari satu daerah ke daerah lain, dalam keadaan penduduknya memerlukan, adalah menodai hikmat zakat yang diwajibkan kerananya. Beliau memetik kata-kata pengarang kitab al-Mughni yang berkata: Tujuan zakat adalah memberi kecukupan kepada orang-orang fakir; maka apabila kita memperbolehkan memindahkan zakat, bererti kita membiarkan golongan fakir di daerah itu tetap berada dalam keadaan memerlukan.23 Atas sebab ini jugalah cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memusatkan zakat melalui Lembaga Urusan Zakat Malaysia (LUZAM) di peringkat negara adalah tidak munasabah. Walaupun ada pendapat ulamak seperti Ibnu Qasim, Sahnun, Ibnu Taimiyyah24 dan Yusuf Qardawi (1996:805-806) yang membenarkan pemindahan zakat dari daerah zakat dipungut kepada daerah-daerah yang memerlukannya berdasarkan ijtihad pemerintah, namun mereka bersandarkan kebenaran tersebut atas sebab keperluan dan kemaslahatan syariah oleh kerana darurat dan malapetaka seperti kelaparan, kebakaran, wabak penyakit dan sebagainya, atau kerana membiayai ongkos jihad fiisabilillah yang tidak mencukupi25. Berdasarkan kepada sebab-sebab yang sedemikian jugalah Rasulullah s.a.w. membahagikan zakat dari dusun kepada fakir dari golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah, Sayyidina Abu Bakar menerima zakat yang dibawa `Addi bin Hatim dari kaumnya, Sayyidina Umar mengarahkan Ibnu Abu Zubab mengambil zakat dan dibahagikan di tempat tersebut sebahagian manakala sebahagian yang lain dibawa kepada Sayyidina Umar26, dan Mu`az memerintah penduduk Yaman memberikan baju
23

Al-Mughni, Jilid 2, hal. 672. Al-Ikhtiyarat, hal. 59.

24

Itu pun, menurut sebahagian pendapat ulama sebagaimana dikemukakan oleh Imam Qurtubi, bahagian fakir dan miskin tetap mesti dibahagikan di tempat harta. Hanya bahagian lain selain dari itu yang dibenarkan disalurkan ke daerahdaerah yang memerlukan tersebut. Yusuf Qardawi juga bersependapat dengan pendapat ini. Baginya, tidak boleh dipindahkan keseluruhan zakat kecuali secara mutlak zakat itu tidak diperlukan lagi di tempat ianya dipungut (Yusuf Qardawi 1996:807-808). Untuk perbincangan lanjut berkenaan dengan bolehnya pemindahan zakat dari daerah pungutan kepada daerah lain kerana ijtihad pemerintah ini, lihat Yusuf Qardawi 1996:805-809.
25

Sayyidina Umar diriwayatkan berkata kepada Ibnu Abu Zubab yang diutusnya pada musim kepayahan: Ambillah dari mereka, sedekah selama dua tahun,
26

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

14

dan pakaian kepadanya untuk dibahagikan kepada kaum Muhajirin di Madinah27. Menurut Abu Ubaid (1981:600), semua ini dilakukan kerana zakat itu lebih diperlukan di luar daerah pungutan, manakala di daerah pungutan sendiri ianya sudah mencukupi. Hal sedemikian tidak berlaku di Malaysia. RUJUKAN Abdullah Ibrahim, Prof Madya Dr., 1997. Zakat: Beberapa Masalah Semasa dan Penyelesaiannya, Kelantan Darul Naim: Pustaka Reka. Abdul Rashid Dail, 1979. Zakat Gaji dan Pendapatan Bebas dlm. Islamiyyat, Jilid 2, hlm.1-20. Abu Ubaid, 1981. Al-Amwal, Cairo. Abu Yusuf, 1352(H). Kitab al-Kharaj, Kaherah: Al-Matbaah al-Salafiah. Abu Zakariya al-Nawawi, t.t., Al-Majmu: Sharh al-Tahdhib, Dar al-Fikr, Vol.6. Aidit Ghazali, 1988. Zakat Satu Tinjauan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: IBS Buku Sdn. Bhd. Ali Akbar Osman, 1996. Mengapa Perlu Membayar Zakat, Kuala Lumpur: AlHidayah. Al-Qurtubi, 1981. Bidayat al-Mujtahid wa Nihayat al-Muqtasid, Juz.1 (cet.5), Kaherah: Syarikat Maktabah wa Matbaah Mustaffa al-Babi al-Halabi wa Aulahu. Al-Tayib Zein Al-Abdin, Dr., 1997, Zakat and the Alleviation of Poverty in the Muslim World, Hamdard Islamicus, Vol.XX, No.2, April-Jun, hal. 65-82. Badawi Ali Abdul Latif Awad, 1973. Al-Mizaniah al-Ula fi al-Islami, Beirut: Jamiah Beirut al-Arabiah. Berita Harian, Pegawai PUZ Temui Semula Fakir Miskin, 25 November 2002. Hakimi Ibrahim, 1999. Zakat Kini Turut Dispekulasikan, Utusan Malaysia, 19 Mac. Ibn Abd al-Hakam 1960. Futuh Misr wa Akhbaruha, Leiden: E.J. Brill. Ibrahim al-Tahawi, Dr. 1973. Al-Iqtisad al-Islami Madhaba wa Nizama: Dirasat Muqaranah. Juz.1, Kaherah: Al-Haiah-Aamanah al-Syuuan al-Matabi alAmiriah. Muhammad Syukri Salleh, Osman Md. Yusoff dan Zakaria Bahari, 1996. Persepsi Orang-Orang Miskin Terhadap Kemiskinan - Laporan Akhir, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia dan Kota Bharu, Kelantan: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Oktober. N.S. Shirazi, 1993. An Analysis of Pakistans Poverty and Its Alleviation Through Infaq, Disertasi Ph.D, International Islamic University, Islamabad, Pakistan. Syeikh Muhammad al-Ghazali, 1981. Islam Dengan Status-Status Ekonomi, terjemahan Ismail bin Mohamad Hassan, Kuala Terengganu: Penerbit Yayasan Islam Terengganu.
bagikan kepada mereka salah satunya dan datangkan kepadaku, lainnya (Abu Ubaid 1981:600). Mu`az diriwayatkan berkata kepada penduduk Yaman: Datangkanlah oleh kamu sekelian kepadaku baju atau pakaian, yang ku ambil dari kamu, menggantikan kedudukan sedekah, kerana hal itu lebih mudah bagi kamu dan lebih bermanfaat buat kaum Muhajirin di Madinah (Abu Ubaid 1981:600).
27

Muhammad Syukri Salleh, Lokalisasi dan Kolektivisi Zakat: Satu Cadangan Teoritis

15

Utusan Malaysia, Kutipan Zakat Wilayah Persekutuan Tertinggi dan Kutipan Zakat di Ibu Negara Meningkat 25%, 12 Disember 2002. Utusan Online, Beri Maklumat Fakir Miskin Ke Pusat Zakat, 28 November 2002, http://www.utusan.com.my/, diakses pada 28 November 2002. Yusuf Qardawi, Dr., 1996. Hukum Zakat Studi Komparatif Mengenai Status dan Filsafat Zakat Berdasarkan Qur`an dan Hadis, terj. Salman Harun, Didin Hafidhuddin dan Hasanuddin, Bogor, Indonesia: Pustaka Litera AntarNusa dan Bandung, Indonesia: Penerbit Mizan, cetakan keempat. Zulkornain bin Yusof, 1994. Percukaian Negara Islam Perbandingan Percukaian Moden Dengan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like