Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Skema Johor Sejarah 1 2011

Skema Johor Sejarah 1 2011

Ratings: (0)|Views: 521|Likes:
Published by Muhd Amirul

More info:

Published by: Muhd Amirul on Oct 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

10/22/2011

pdf

text

original

 
SULIT 
 JPNJ Pep.Percubaan STPM 2011 Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)
1
http://sejarahstpm.blogspot.com/
Bahagian A
1. Bincangkan konsep tamadun serta ciri-ciri umum pembentukan tamadun awalmanusia
.
Pendahuluan (3 markah)
1. Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniah,tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Munculnya masyarakatbertamadun adalah berasaskan faktor alam persekitaran dan perkembangan teknologi padatahap Neolitik telah memberi sumbangan kepada pembentukan masyarakat bertamadun.2. Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M. dan diikuti oleh tamadun Mesir Purbapada 3300 S.M, tamadun Indus dan diikuti tamadun Hwang Ho.3. Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat4. Tamadun-tamadun awal manusia.
Isi – isi Jawapan (21 markah)
a.
Konsep Tamadun (3 markah)
-
Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu Mudun, Madain dan Madana.Perkataan Madana membawa maksud “tinggi budi bahasa atau pembukaan Bandar”.
-
Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang sinonim dengan tamadun ialah civilizationberasal daripada perkataan Greek Civitas yang bermaksud “bandar”
-
Bagi masyarakat Barat, tamadun ialah pencapaian lahiriah dalam hal pentadbiran,penulisan, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisandan adapt resam.
-
Menurut Colin Renfew, terdapat tiga ciri yang menjadi pemangkin kepada lahiriahtamadun, iaitu kemunculan Bandar, tempat ibadat dan sistem tulisan
-
Gordon Childe berpendapat revolusi urban meletakkan asas bagi perkembangantamadun khususnya dari segi perkembangan budaya material, intelektual dan kesenian.
-
Arnold J.Tonybee mentakrifkan tamadun sebagai suatu pemikiran dan gaya kebudayaanyang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama danakhlak.
-
Sarjana-sarjana Islam pula berpendapat tamadun merangkumi pembangunan dari segilahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahaptatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
-
Dapat dirumuskan bahawa tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian lahiriahtetapi juga diiringi dengan pencapaian dalam aspek kerohanianb.
Ciri-ciri umum pembentukan tamadun awal manusia ( 6 isi x 3 markah = 18 markah
)1. Petempatan kekal
-
Petempatan awal terdiri daripada kampung yang didirikan berhampiran sungai.Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi Bandar yang berperanan sebagaipusat tamadun awal
-
Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah tamadunIndus (lembah sungai Indus), tamadun Mesir (lembah Sungai Nil), tamadun
 
SULIT 
 JPNJ Pep.Percubaan STPM 2011 Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)
2
http://sejarahstpm.blogspot.com/
Mesopotamia (lembah Sungai Tigris dan Euphrates) dan tamadun Hwang Ho (LembahSungai Hwang Ho / Sungai Kuning)2. Pembandaran
-
pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampungberkembang menjadi Bandar. Antara Bandar penting dalam tamadun awal ialahMohenjo Daro dan Harappa di Lembah Sungai Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chowdi lembah Sungai Kuning serta Thinis, Thebes dan Memphis di Mesir 
-
Bandar memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusatkeagamaan, pusat pendidkan dan pusat perindustrian
-
Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish,Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia3. Organisasi sosial- Cara kehidupan bandar mewujudkan sistem sosial bersusun lapis terutamanya golonganmemerintah dengan golongan yang diperintah.Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan paling atasterdiri daripada golongan pemerintah yang diketuai oleh raja, lapisan kedua ialahgolongan pembesar yang terdiri daripada golongan pendeta, kumpulan pentadbir dangolongan cendikiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalamaktiviti pertanian dan perdagangan dan lapisan terakhir ialah golongan hamba yangbergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya
-
Struktur masyarakat terbukti di Lagash, Ur dan Sumer di tamadun Sumeria danMemphis di tamadun Mesir.4. Sistem pemerintahan dan pentadbiran
-
Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankanpentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan di dalam negara.Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanansesebuah tamadun
-
Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawaikerajaan5. Agama dan kepercayaan- Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme,kepercayaan dewa, dan pemujaan roh nenek moyang. Secara evolusi kepercayaananimisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih darpada satutuhan. Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India,Mesir, Mesopotamia dan China6. Pengkhususan kerja
-
Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian,perdagangan, pertukangan dan pembuatan. Perkembangan ini melahirkan golonganpedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaranmasing-masing.
-
Golongan wanita terlibat dalam bidang pertanian manakala golongan lelaki berkhidmatsebagai tentera dan tukang-tukang mahir.
-
Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar bagimempertahankan negara daripada serangan musuh
 
SULIT 
 JPNJ Pep.Percubaan STPM 2011 Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)
3
http://sejarahstpm.blogspot.com/
7. Bahasa dan tulisan
-
Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit
-
Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Tulisan yang digunakandalam tamadun awal membentuk gambar, simbol dan pepaku
-
Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaranilmu pengetahuan, alat perhubungan dalam sesebuah masyarakat dan antara satumasyarakat dengan masyarakat lain untuk menyampaikan, memperkembangkan danmencatatkan idea dan pemikiran manusia8. Kemajuan Ekonomi9. Kemajuan sains dan teknologi10. Kemajuan undang-undang
Kesimpulan
(1 markah)
-
Secara keseluruhannya, kemajuan sesebuah tamadun itu menunjukkan bentukkehidupan yang formal, berorganisasi dan lebih kompleks berbanding zamansebelumnya.- Apa sahaja yang berkaitan.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->