You are on page 1of 10

Menambah Nombor Dua Digit dengan Nombor Satu Digit tanpa Mengumpul Semula

Menggunakan Dekak-dekak Mudah

Langkah 1 - Guru mengemukakan


masalah berikut kepada murid:
Fadzlan mempunyai 12 buah gitar. Dia membeli 6 buah gitar lagi. Berapakah jumlah gitar Fadzlan?

Langkah 2

Murid dibimbing mengenal pasti ayat matematik untuk menyelesaikan masalah.

12 + 6 =

Langkah 3

Murid menulis ayat matematik ini dalam bentuk lazim.

12 + 6
_________

Langkah 4

Murid diminta menggunakan manik untuk melambangkan gitar.


6 manik diletakkan pada dawai sa untuk melambangkan 6 buah gitar, manakala 1 biji manik diletakkan pada dawai puluh dan 2 manik pada dawai sa untuk melambangkan 12 buah gitar. 2 biji manik pada dawai sa diasingkan daripada 6 biji manik yang pertama dengan penyepit baju.

12

Pu

Sa

Langkah 5 - Kemudian murid diminta menurunkan 2


biji manik di atas penyepit pada dawai sa untuk bergabung dengan 6 manik tadi dan seterusnya menentukan jumlahnya.

Pu

Sa

Langkah 6 - Guru bertanya : Berapakah bilangan manik pada dawai sa ? Jawapan : 8

Pu

Sa

Langkah 7 - Murid diminta menurunkan 1


biji manik di atas penyepit pada dawai puluh pula.

1 pu

Pu

Sa

Langkah 8 - Guru bertanya lagi:

- Berapakah bilangan manik pada dawai puluh ? Jawapan: 1 - Apakah hasil tambah untuk 12 + 6 ? Jawapan : 1 puluh dan 8 sa atau 18.

Pu

Sa

Aktiviti diulang dengan kombinasi nombor yang berlainan. Tamat

You might also like