You are on page 1of 13

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 - GAYA HIDUP SIHAT ( BALANCE DIET )

Disediakan oleh : Cikgu Rasida Abdul Wahab

PEMAKANAN SEIMBANG

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan bertujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien pada kadar yang betul seperti : 1. karbohidrat 2. protein 3. lemak 4. vitamin 5. garam galian

Kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang

Mencegah penyakit berbahaya kanser,serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, obesiti, osteoporosis Fizikal yang cantik dan sihat Minda yang cerdas

Piramid Makanan

Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Piramid Makanan Malaysia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat

PIRAMID MAKANAN

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/pemakanan/PIRAMIDMAKANAN.php

ARAS 1 - KARBOHIDRAT
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Makanan yang mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks Merupakan sumber tenaga yang utama untuk badan. Perlu diambil paling banyak. Contoh : nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2 - VITAMIN
Sayur-sayuran dan Buah-buahan
* Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. * Makanlah buah-buahan dan sayur -sayuran dengan banyak * Contoh : epal, anggur, buahan tempatan, kubis, terung, tomato

ARAS 3 - Protin
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang dan Hasil Tenusu
* Fungsi : Membentuk bagian tubuh, pertumbuhan, membentuk sel

darah,

membentuk hormon, enzym, memberi tenaga dann haba * Diambil dengan kadar yang banyak * Contoh : ikan, daging, telur,udang

ARAS 4 - Lemak, Minyak, Gula

Hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan. Contoh : gula, minyak, mentega, santan

Indeks Jisim Badan (BMI)


1. Indeks Jisim Badan merupakan formula untuk menilai berat badan serta perkaitannya dengan ketinggian seseorang itu. 2. Ia merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat di dalam badan kebanyakan individu.

INDEKS JISIM BADAN

PENGIRAAN BERAT BADAN UNGGUL

JADUAL BERAT BADAN UNGGUL BAGI KANAK-KANAK ( mengikut umur dan jantina )

KESIMPULAN
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan (Surah al-Araf, ayat 31). Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud: Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolaholah dunia ini miliknya.

You might also like