You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT RUMAH SUKAN KUNING KELAB OLAHRAGA / UNIT KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

Tarikh Masa Tempat

: : :

12 November 2010 5 Petang Kafetaria IPGM

HADIR: 1. Sritha 2. Batma Sujendran 3. Puspa Muniandy 4. Subhasini Priya Palanisamy 5. Loh Min Chek 6. Palanisamy Maniam 7. Kalaerasu 8. Gobinath Govindasamy 9. Kogilah Thanabala 10. Kancana (Ketua Rumah) (Penolong) (Setiausaha) ( Bendahari) 11. Siti farah Azuah Nasir 12. Norhayati Abd Rasyid 13. Wong Wang Ying 14. Raja kumar 15. Chin Ngiong Lee 16. Sooh Chee Yeong 17. Yap Soon Li 18. Goh Seng Ann 19. Toh Ting Yin 20. Moh Nguk Ling

AGENDA MESYUARAT 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 2.0 PERLANTIKAN AJK RUMAH SUKAN 3.0 PENGAGIHAN ACARA 4.0 HAL-HAL LAIN 5.0 PENUTUP

Bil 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

PERKARA

TINDAKAN

Cik Sritha selaku Ketua Rumah Kuning merangkap pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke mesyuarat rumah sukan kuning kali pertama selepas mesyuarat Agung yang lalu. Pengerusi juga memaklumkan, bahawa tujuan diadakan mesyuarat adalah untuk : Memilih AJK rumah sukan Membahagikan acara sukan kepada ahli

2.0 2.1

PEMILIHAN AJK RUMAH SUKAN Pengerusi mencadangkan agar Ahli Jawatankuasa Rumah sukan dilantik supaya memudahkan pelaksanaan tugas dan kelancaran aktiviti. Pengerusi seterusnya mengumumkan perlantikan AJK berikut untuk Rumah Sukan Kuning. Berikut dinyatakan butir-butirnya: Nama Batmasujendran Puspa Muniandy Subhasini Priya Palanisamy Jawatan Penolong Rumah Sukan Setiausaha Bendahari Makluman

2.2

2.3

2.4

Pengerusi meminta agar semua AJK yang dilantik memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan acra sukan ini. Beliau mengarahkan Bendahari untuk merancang dan menetapkan kutipan yuran daripada ahli bagi tujuan perhiasan khemah dan persembahan rumah sukan. PENGAGIHAN ACARA SUKAN Ahli rumah telah memilih acara sukan mengikut kebolehan dan kredibiliti sendiri. Acara-acara yang dipertandingkan adalah: Acara balapan: 100 Meter, 200 Meter, 400, 800, 4x100, 4x400 Meter Acara padang: Lompat jauh, lontar peluru HAL-HAL LAIN Setiausaha meminta tiga orang ahli untuk menyertai kumpulan persembahan bagi memberi sokongan kepada para peserta pada hari sukan. Pengerusi meminta supaya semua ahli memberi kerjasama dan bersemangat dalam menjayakan sukan pada kali ini.

2.5

3.0

4.0

5.0 5.1

Penutup Tuan pengerusi membangkitkan semula isu-isu penting yang dibangkitkan dalam mesyuarat seperti; 1. Penyediaan Minit Mesyuarat Agung kali Pertama dan kedua dan penyerahan laporan kepada Setiausaha Sukan . 2. Setiap ahli perlu mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya dua acara sukan. 3. Menyelesaikan urusan kutipan untuk perhiasan dan persembahan rumah sukan.

5.2

Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi. Beliau berharap agar segala aktiviti yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6 petang.

Disediakan oleh,

.......................................... (PUSPA A/P MUNIANDY) Setiausaha Rumah Sukan Kuning Tarikh: 30 Oktober 2010

You might also like