You are on page 1of 2

LATAR BELAKANG

teknologi pendidikan dalam pembelajaran dan pengajaran 2.3 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran literasi serta inovasi teknologi pendidikan yang berteraskan ICT supaya dapat digabung jalin dalam P&P 2.4 Menyediakan platform bagi perkongsian maklumat dan idea dalam perancangan dan pelaksanaan P&P berasaskan literasi dan inovasi teknologi pendidikan.

Sistem pendidikan Malaysia perlu melakukan transformasi yang bersifat kuantum bagi memastikan hasrat sebagai negara maju tercapai menjelang 2020. Antara perubahan drastik yang perlu dilaksanakan ialah cara berfikir (mind set) rakyat Malaysia dan ekonomi yang berasaskan pengetahuan (k-economy)serta kemahiran tinggi. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dipertanggungjawabkan untuk menerajui transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan, perlu menterjemahkan hasrat negara melalui perlaksanaan program dan aktiviti dalam bidang fungsi yang telah ditetapkan. Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan guru sekolah merupakan pemangkin kepada transformasi dalam bidang pendidikan. Justeru itu, seminar ini diadakan bagi memberikan pendedahan dan kefahaman berkaitan teknologi pendidikan dan gabung jalin kemahiran tersebut dalam perancangan dan pelaksanaan reka bentuk pembelajaran dan pengajaran (P&P). Oleh yang demikian, misi BTP dalam pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan akan tercapai.

PENGHARGAAN
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama semua pihak khasnya Pengarah Pelajaran Johor Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor Pegawai Pelajaran Daerah Pegawai dan Staf Pusat Kegiatan Guru Negeri Johor

OBJEKTIF SEMINAR
2.1 Meningkatkan kefahaman Guru Penyelaras Media sekolah berkaitan Pelan Strategik Pembestarian BTP 2011-2015 dan peranan BTP dalam memastikan kejayaan pelaksanaan 1BestaariNet 2.2 Memberi kesedaran kepada Guru Penyelaras Media sekolah berkaitan literasi dan inovasi
Anjuran Pusat Kegiatan Guru dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

SINOPSIS PEMBENTANGAN
1. 1BestariNet 1BestariNet akan dilaksanakan di semua sekolah Malaysia mulai 2011. Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pedalaman, akan dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10. 1BestariNet menjadi platform utama pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan berasaskan teknologi. 2. Aplikasi Web 2.0 & EduwebTV Web 2.0 ialah aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat, penyertaan, saling boleh-kendali dan reka bentuk berpusatkan pengguna. Aplikasi Web 2.0 membolehkan pengguna berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pencipta kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya. Antara aplikasi Web 2.0 ialah laman rangkaian sosial, blog, wiki, dan perkongsian video. EduwebTV ialah saluran TV Pendidikan yang boleh diakses melalui Internet melalui url http://eduwebtv.com/. EduwebTV mempunyai empat saluran iaitu Berita, Rancangan Khas, Kurikulum dan Panduan. 3. Pengurusan Perubahan Pengurusan Perubahan atau Change Management merupakan pengurusan terhadap perubahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi untuk mencapai peningkatan prestasi. Terdapat empat kategori utama perubahan iaitu: Perubahan struktur organisasi yang melibatkan pertukaran struktur formal yang berkaitan dengan tugas dan hubungan autoriti; Perubahan dalam

produk dan perkhidmatan termasuklah pembangunan produk atau perkhidmatan baru serta pengubahsuaian dan pembaikan kepada produk dan perkhidmatan yang sedia ada; Perubahan teknologi yang berkait rapat dengan pengeluaran dan kaedah-kaedah inovatif untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada bentuk produk atau perkhidmatan; dan Perubahan manusia yang merujuk kepada gelagat individu, sikap, kepercayaan atau pegangan, persepsi, kemahiran, asasasas ilmu, keupayaan dan jangkaan kerja mereka. 4. Kemahiran Abad Ke-21 Dan Amalan Terbaik & Pedagogi Teknologi Pendidikan Dalam P&P Abad Ke-21 Kemahiran Abad Ke-21 merangkumi kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi dan kemahiran hidup dan kerjaya. Antara elemen-elemen yang terkandung di dalam Kemahiran Abad Ke-21 ialah kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dan komunikasi dan kolaborasi. Dalam mengoptimumkan potensi ICT dalam P&P, adalah menjadi tanggungjawab BTP untuk memberi pendedahan kepada warga pendidik kaedah membudayakan ICT dan kemahiran menggunakan ICT. Proses pengintegrasian ini adalah penting bagi memastikan sebarang perubahan persekitaran ICT dapat berkembang dengan teratur dan tersusun. 5. Pengenalan Kepada E Bahan Pembangunan e-Bahan dalam menghasilkan bahan P&P adalah mengikut perkembangan teknologi terkini. Ianya memenuhi keperluan pendidikan sebagai bahan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui perspektif baru dengan cara menggabung jalin penggunaan teknologi ICT dan multimedia seperti audio, video, grafik, ilustrasi dan animasi.

6. Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) & Pengurusan Maklumat Digital Pengurusan Maklumat Digital merangkumi keupayaan mengenal pasti, mencari, memahami, menilai dan menganalisis dan mengguna maklumat melalui teknologi digital. Perkembangan pesat berbilion-bilion maklumat dan Sumber Pendidikan di internet menyukarkan carian dan penilaian Sumber Pendidikan yang berkualiti dan sesuai dengan murid. Pengurusan maklumat perlu dilaksanakan secara cekap dan berkesan.

You might also like