You are on page 1of 233

Areila Sahimi

bab 1
LUNAN suara Rihanna menyanyikan lagu Umbrella bergema memecahkan kesunyian malam. Potong stim betul! Gangguan teknologi dari sapesape entah tengah-tengah malam buta macam ni. Baru nak masuk apa yang dibaca, terus hilang entah ke mana. Skrin telefon bimbit dilihat. Kak Ana. Ada apa hal akak sorang ni call aku memalam buta macam ni? Mesti ada hal urgent yang memerlukan perhatian dengan segera. Kalau tidak, jangan harap Kak Ana nak call adik terchenta. Setakat main missed call memang selalu, setiap kali bila dia tak ada kerja yang nak kena buat. Konon-konon katanya missed call itu tandanya rindu. Rindu dekat adik akak yang sorang ni... Ye la tu, Kak Ana.... Alunan suara Rihanna berhenti. Selang sesaat, Rihanna menyanyi kembali. Sah. Ini mesti Urusan Seri Paduka Baginda yang penting, minta diambil tindakan sertamerta. Panggilan dijawab. Leeya, apa kamu buat lambat bebenor jawab

Baju Pengantin Mak Andam

telefon ni? Dah start cuti semester, kan? Minggu ni balik Ipoh. Akak ada job nak kasi dekat kamu ni. Balik Leeya. Jangan tak balik! Senafas Kak Ana mengeluarkan kata-kata. Kemudian, terdengar suara tercungap-cungap macam orang mengah disuruh menyanyi lagu Ziana Zain berkey tinggi pulak. Apa ke halnya akak aku yang sorang ni, Aleeya berkata di dalam hati. Kalau iya pun ada perkara yang penting sangat, cakaplah pelan-pelan. Ini sudah sama laju dengan ERL KL Sentral ke KLIA, apa cerita! Apa yang sudah terjadi? Kak Ana. Assalamualaikum. Mana ni kak? Kalau iya pun nak kasi job tergolek dekat adikmu ini, kasilah salam dulu. Ni main redah aje. Apa kes ni Kak Ana? Call orang memalam buta ni? Mengganggu konsentrasi orang mau studi aje ni. Turn Aleeya pula bukak mulut. Kak Ana menarik nafas terlebih dahulu. Ye la Leeya. Kamu nak jawab telefon pun punyalah lama bebenor akak ni tunggu. Akak ni dah la tengah kelibangkelibut nak cari orang tolong cover kerja akak. Tetiba terlintas kamu dalam kotak fikiran akak ni. Apalagi, teruslah akak dail nombor kamu. Assalamualaikum adikku, kata Kak Ana lagi. Bila sudah berada di dalam keadaan terdesak sebegini, sesiapa sahaja yang terlintas, tak perlu ambil masa nak fikir panjang. Main belasah ajelah! Cittt! Apa punya akak entah. Dah berjela-jela mukadimah baru nak kasi salam. Ye kak. Waalaikumussalam. Job apa akak nak suruh orang cover ni kak? Jangan-jangan nak suruh orang jadi bidan terjun. Jadi mak andam. Aleeya cuba meneka. Tangannya menyelak-nyelak

Areila Sahimi

nota yang berwarna-warni di tangan. Mana tahu, ada yang boleh masuk. Sekurang-kurangnya tidaklah sia-sia sahaja bersengkang mata sampai ke tengah malam. Kak Ana yang aku kenali adalah bekas majikanku di tempat kerja dahulu. Selepas habis SPM, di sinilah aku mula bekerja sebagai pembantu kedai di butik pengantin milik Kak Ana. Butik Seri Pengantin yang terletak di bangunan kompleks membeli-belah Megoplex Ipoh. Selepas gagal menempatkan diri di mana-mana institusi pengajian tinggi awam yang ada di Malaysia, aku terus mengambil keputusan untuk bekerja. Siapa yang tidak kecewa apabila semua permohonan untuk menyambung pelajaran di universiti tidak diterima. Kecewa beb!!! Sangatsangat kecewa. Terasa macam sudah gelap masa hadapan. Ikutkan memang result SPM aku tidak adalah gempak mana pun. Tapi kira okeylah. Lebih dari cukupcukup makan. Time tu rasanya terlalu banyak persaingan. Result yang macam ni dia orang main pandang sebelah mata aje kut. Ataupun pandang tak pakai mata. Tapi ada jugak member-member sekolah yang result lebih kurang dengan aku boleh pulak diterima masuk. Itu apa cerita? Siapa mahu jawab kalau dibawa ke tengah? Macam manalah aku tak kuciwa bangat. Tapi berbalik kepada takdir Tuhan, mungkin bukan rezeki. Aku cuba positifkan diri sendiri. Nak sambung studi tingkatan enam ambik STPM, aku pulak tak nak. Bukan aku tak cuba belajar tingkatan enam. Sudah dicuba sedaya upaya. Tapi belajar tingkatan enam dalam aliran sains hayat memang tak boleh blah. Orang kata, boleh pecah kapla. Memang semasa SPM aku belajar aliran sains. Result subjek sains pun takat-takat lepas aje. Sipi-sipi aje boleh lulus. Sudah jelas aku memang tak boleh nak bawak subjek sains semasa di tingkatan enam itu. Silap

Baju Pengantin Mak Andam

hari bulan, boleh kerinting rambut akibat terlalu stres dengan subjek yang aku belajar di sekolah. Anak abah yang seorang ni memang kaya dengan alasan. Kalau nak seribu daya. Kalau dah tak nak itulah, seribu alasan pun dia boleh bagi. Tak pernah pun abah tengok doktor-doktor kat hospital tu semuanya berambut kerinting sebab stres belajar subjek sains. Tak ada pulak yang sakit jiwa pun belajar sains. Itu yang abah pernah kata pada aku ketika aku menyampaikan hajat di hati untuk berhenti sekolah. Anak abah yang degillah katakan. Semedang membantah bila terasa tidak puas hati. Abah, abah... Selalu sahaja menyuruh aku mengikut setiap kemahuannya. Sehingga aku sendiri tidak boleh membuat pilihan di dalam hidup ini. Ini Malaysia, negara yang mengamalkan prinsip demokrasi. Sepatutnya aku boleh pilih untuk jadi apa yang aku nak. Bukan sekadar menurut membabi buta. Macam anak kecil yang setiap apa yang ingin dilakukan perlu ditentukan oleh orang tua. Aku memang sudah tidak berminat mahu menyambung pelajaran di tingkatan enam. Lagipun alamalam sains ini bukan minat aku. Langsung tidak cenderung ke arah itu. Jika diikutkan benda yang paling aku minat adalah untuk menjadi seorang wartawan surat khabar di Malaysia. Pada aku pena wartawan itu mampu juga membuat perubahan, baik di dalam masyarakat mahupun negara. Itu yang aku inginkan. Tapi apakan daya. Itu cuma keinginan yang seakan susah sahaja untuk aku capai. Untuk masuk ke aliran sastera, mentah-mentah borang pertukaran jurusan telah ditolak. Akhirnya aku ambik keputusan untuk cabut dari tingkatan enam. Abah dengan mak tak tau. Aku main cabut

Areila Sahimi

aje dari tingkatan enam tanpa pengetahuan sape-sape pun. Dari rumah, complete aku pakai baju seragam sekolah. Kain biru turquoise dengan baju kurung putih. Tak lupa kasut Pallas Jazz putih. Keluar rumah dengan penuh gaya kembang hidung, ala-ala student cemerlang nak pergi menuntut ilmu, tapi padahal aku jadi minah temberang yang melencong ke tempat lain. On time pukul dua petang baru aku balik rumah. Muka macam tak boleh blah, langsung tak rasa bersalah! Konon-konon penat studi dalam kelas. Rupa-rupanya penat tawaf satu shopping complex yang ada dekat Ipoh tu. Mana shopping complex aku tak pernah jejak. Boleh dikatakan semua shopping complex kat Ipoh tu aku sudah masuk. JJ, Yik Fong, GM, Ipoh Parade. Itu semua lubuk tempat aku melepakkan diri sementara nak tunggu tamat waktu persekolahan. Bapak segala jahat aku dulu. Memang kurang asam betullah! Dan nak dijadikan cerita, aku terkantoi dengan abah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Ingat lagi dalam memori otak ni macam mana abah mengamuk sakan bila dapat tau yang selama ini anak dara dia tak pergi sekolah, tapi pergi melepak entah kat mana-mana. Apa yang aku masih ingat: Abah tak sangka Leeya boleh tipu abah sampai macam ni. Abah bagi Leeya duit suruh pergi sekolah. Tapi Leeya tergamak tipu abah hidup-hidup. Abah kecewa sangat dengan perangai Leeya ni tau! Leeya tak nak pergi sekolah, abah. Memang Leeya tak boleh bawak subjek sains tu. Leeya nak kerja, abah. Kerja apa yang kamu nak buat? Cakap Leeya, cakap!!! Tak pergi sekolah satu hal. Kamu melepak kat pekan Ipoh tu dengan mana-mana jantan. Tak tau malu ke?

Baju Pengantin Mak Andam

Kalau nak tahu ini memang kes bawak fitnah. Memang aku tak pergi sekolah. Memang aku melepak kat pekan Ipoh. Tapi aku melepak kat pekan Ipoh tu sensorang. Jadi lone ranger. Takde mana-mana jantan pun yang escort aku. Sialan betullah mulut orang yang bawak cite ni. Mana ada Leeya melepak dengan jantan, abah. Diam!!! Kamu pergi masuk dalam bilik kamu sekarang. Pergi... sebelum abah hilang sabar. Tragis! Tragis peristiwa malam itu. Dek kerana tembelang yang sudah pecah, akibatnya berbirat-birat sana sini badan aku kena pelupuh dengan rotan. Tak cukup rotan, tali pinggang pun turut sama hinggap ke belakang badan. Nasib bukan tali pinggang The Rock. Bisa memang berbisa. Sebotol minyak gamat Langkawi habis aku sapu kat badan aku ni. Air mata dah habis aku keluarkan. Tak ada siapa pun yang datang menghulurkan simpati. Sedihnya... Lebih sedih daripada cerita sinetron Ratapan Anak Tiri. Sebenarnya bukan tak ada yang bersimpati. Mak nak tolong. Tapi faham-faham ajelah. Abah tengah mengamuk besar masa tu. Angin ribut taufan tengah melanda satu badan. Tak ada siapa pun yang berani. Adik-adik, lagilah! Semua duduk diam menikus tengok abah yang tengah berapi tu. Ini semua Si Din Mercun punya angkara. Mulut cabul. Aku dapat mandat, suka-suka hati bagi kurnia dekat orang. Memang kena aku labelkan mamat yang seorang ini dengan gelaran Din Mercun. Sekali bercakap, berdentamdentum macam bunyi mercun Gong Xi Fa Chai aje. Aku yang tak tahan, Din Mercun kalau bercakap bukan main lagi. Banyak yang auta dari fakta. Suka-suka hati mak ayah dia aje cakap yang bukan-bukan. Sepuluh patah dia cakap, sebelas
6

Areila Sahimi

tak boleh pakai. Kata aku melepak dengan jantan la, masuk kelab malam la... Apa-apalah! Segala-gala yang keluar dari mulut mamat yang seorang ni memang tak boleh pakai. Abah pulak sewenang-wenangnya tanpa usul periksa main percaya aje bulat-bulat. Lepas kantoi dengan abah hari tu, aku hanya duduk dekat rumah aje. Memang aku dah berhenti sekolah secara rasmi. Abah tak tau nak kata apa. Aku nekad. Dekat tiga bulan jugaklah abah boikot, tak nak layan aku. Tak nak bercakap dengan aku. Tiga bulan tu jugaklah aku jadi penganggur terhormat. Menambahkan bilangan belia menganggur di kawasan perumahan aku. Nak buat projek tanam anggur kat belakang rumah pun, tanah tak berapa nak ada. Masa tu rasa diri dah jadi macam burung hantu aje. Siang-siang aku tidur. Malam tolong abah dengan mak dekat kedai makan. Kerja aku kat kedai cuma ambil oder, hantar oder dengan cuci pinggan. Abah sengaja pakai cara kejam nak mengajar aku. Satu sen pun dia tak bagi. Susahnya hidup jadi orang yang papa kedana ni. Memanglah duit tak boleh menjanjikan kebahagiaan. Tapi kena ingat jugak, yang duitlah boleh buat kita kenyang. Yang boleh buat kita mendapatkan apa yang kita inginkan. Sempit fikiran kalau duit tak ada dalam tangan. Nak jolly frog dengan kawan-kawan pun tak boleh. Bila angin ribut taufan abah tu dah surut, aku beranikan diri minta kebenaran untuk mencari kerja. Aku tak boleh hiduplah kalau tak ada sen dalam purse. Fuh nasib baik abah kasi. Dan... akhirnya, aku diterima bekerja di butik pengantin milik Kak Ana, itu pun setelah direkomenkan oleh jiran sebelah rumah aku yang mengatakan ada sebuah butik di Megoplex nak cari pekerja.

Baju Pengantin Mak Andam

Kerja dengan Kak Ana best. Kepala dia pun best. Di sini, macam-macam aku belajar daripada Kak Ana. Dari kerja angkat mengangkat, menggubah hantaran, berjumpa pelanggan, sehinggalah membantu Kak Ana mana yang patut semasa majlis perkahwinan yang dikendalikan oleh Butik Seri Pengantin. Pengalaman yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Setahun aku bekerja di butik Kak Ana sebelum melanjutkan pelajaran di Politeknik Sultan Idris Shah. Inilah kerja pertama yang aku lakukan dan aku enjoy sangat kerja di butik pengantin Kak Ana. Ikutkan hati, aku malas mahu sambung belajar lagi. Dengan jurusan yang langsung aku tak minat dan tak pernah terfikir di kepala. Tetapi aku terpaksa akur, tunduk mengalah bila emak menggunakan taktik air mata memujuk aku untuk terus menyambung pelajaran. Sampai bila nak jadi kuli orang? Dengan berat hati, aku pun mengikut keputusan yang emak dan abah dah tentukan. Aku positifkan dalam kepala yang emak dengan abah buat itu semua untuk kebahagiaan aku dan bukannya untuk menghancurkan hidup aku. Aleeya Aleeya Kamu dah tidur ke Cik Nurul Aleeya oit? Terdengar suara ngomelan dari talian sebelah sana. Aku tersentak. Lamunan pun terhenti. Apa keslah aku ni? Tengah on the line pun boleh mengelamun sampai ke langit. Memanglah aku ni dah penat sangat-sangat sampai apa yang akak sorang ni cakap, masuk telinga kanan keluar telinga kiri aje. Nota di tangan diletakkan di atas meja. Terus aku merebahkan badan di atas toto yang sudah siap terbentang. Hujung bantal dipintal-pintal. Ye Kak Ana. Orang ada, lah. Apa Kak Ana cakap tadi? I beg your pardon?

Areila Sahimi

He he he he Habislah aku lepas ni kena sembur dengan Kak Ana. Dah la kakak sorang ni paling pantang dengan frasa I beg your pordon, repeat please, apa dia kak Ngeee Katanya macam mana nak berjaya kalau setiap arahan tu tak pernah nak diberi perhatian dengan sebaiknya. Ye la tu, kakakku. Banyaknya perkara dapat belajar daripada Kak Ana. Sehingga perkara yang dirasakan remehtemeh sebegini pun Kak Ana ambil kira jugak, Aleeya hanya berkata di dalam hati. Kamu ni Leeya... Apa tadi akak menceceh sorangsorang aje ke? Akak nak suruh kamu tolong cover akak ni. Akak kena jadi mak andam dekat rumah orang kahwin di tempat lain. Tolong ye, Leeya, usul Kak Ana. Itu tujuan utama Aleeya dihubungi malam-malam buta begini. Tak nak la kak. Orang tak pro. Karang customer akak complaint. Tak mau. Tak mau. Aleeya cuba mengelak. Menolak sehabis mungkin. Ada satu wayar dalam kepala Kak Ana dah tercabut ke? hati Aleeya berkata-kata. Tak patut betul tolak kerja dia dekat aku. Lagi malapetaka sebab aku langsung tak pernah buat kerja yang disuruh itu. Alah Aleeya. Tolong la. Akak dah tak ada sape nak mintak tolong ni...! Aleeya terfikir-fikir. Mencari-cari gerangan namanama yang boleh diguna pakai untuk melakukan kerja Kak Ana ini. Siapa lagi calon yang paling sesuai untuk menolong Kak Ana yang tengah terdesak itu. Rozy? Itu dia! Sekali petik sahaja. Rozylah yang paling sesuai. Mamat kepit yang kadang-kadang berperangai macam akak-akak jugak.

Baju Pengantin Mak Andam

Rozy kena cover majlis yang lain. Itu jawapan Kak Ana. Tercekik rasanya Aleeya apabila mendengar jawapan Kak Ana. Hamboi!!! Semua majlis orang kahwin dekat Ipoh tu akak rembat sorang ke? Sampai Rozy pun kena cover kerja akak jugak ni! getus Aleeya. Business Leeya. Selagi boleh sapu, kita sapu bersihlah. Tolong ek. Kebetulan pulak hari tu akak ada kerja dekat Pulau Pangkor, ujar Kak Ana sambil ketawa. Apalah adik aku ni. Inilah namanya strategi orang business. Sapu... jangan tak sapu! Haiseh... sampai ke tengah pulau pun akak belasah jugak ke kak? Akak yang sapu bersih. Sekali dengan orang dengan Rozy pun kena habuk ni apa kes, kak? Tak ada kes la. Akak kasi job pun nak bising. Nanti akak bayar la. Boleh buat top up duit belanja bulan ni, umpan Kak Ana. Semalam pun dengan Rozy jenuh kawtim pasal bayaran, baru Rozy boleh angguk kepala. Itu pun termasuk elaun makan minum, duit minyak semua Kak Ana yang kena tanggung. Berapa? Mata sudah mula bersinar-sinar. Masuk soal bayaran ini yang tiba-tiba rasa bersemangat chayok-chayok nak mula kerja ni, walaupun tau diri tak berapa nak mahir. He he he he Sungguh bermata duitan! Cittt! Boleh tak buat kerja dulu baru tanya upah? marah Kak Ana. Rozy dengan Aleeya dua-dua sama! Kalau pasal duit, memanglah tak menyempat-nyempat.
10

Areila Sahimi

Akak ni... Kenalah tau jugak. Jauh kak! Nak drive dari Putrajaya balik Ipoh semata-mata nak tolong cover kerja akak. Dah la tu, start dari majlis nikah, sanding, bertandang bagai... semua kena cover. Upah pun kena sedap, Kak Ana. Demand sikit tak apa. Bukan Kak Ana tak mampu nak bayar. Business butik pengantin diakan terkenal. Sekali masuk beribu-ribu tu! Ni sejak bila pandai demand soal upah ni? Jangan risau. Buat kerja dulu. Siap keje akak kasilah upah dia nanti. Tolong ek. Kalau Leeya tak tolong akak, siapa lagi akak nak mintak tolong, kata Kak Ana bernada sayu sedih pilu. Dia dah mula dah! Kak Ana ni memanglah drama queen. Suka buat sinetron sedih-sedih bagi aku simpati, lepas tu terus setuju dengan cadangan dia tadi. Itulah akibatnya kalau suka sangat tengok sinetron-sinetron dari seberang. Cakap ajelah cerita apa pun yang ada kat dalam Astro Aruna tu. Confirm. Kak Ana mesti tau. Siap boleh cerita balik. Mana tidaknya, sambil attend customer, sambil sketch design baju pengantin, sambil ambil measurement pun, dia boleh pandang-pandang, jeling-jeling kat TV sematamata tak nak terlepas tengok sinetron yang berlambaklambak dalam Astro Aruna tu. Nasib baik tak pernah jadi kes salah ambik measurement badan customer, tak pernah salah design. Kalau tidak... wassalamu la Butik Seri Pengantin ni. Okeylah. Janji Kak Ana kena bayar best punya, ek? Nasib baik orang tengah cuti semester. Dan-dan pulak secara tak sengaja Jumaat tu cuti umum. Orang memang nak balik Ipoh pun. Kalau tak sebab job yang Kak Ana nak kasi tu pun memang orang nak balik Ipoh. Lama tak jumpa mak, abah, adik-adik semua. Isnin orang cuti. Cun sangatlah tu adikku.

11

Baju Pengantin Mak Andam

Girang kedengaran suara Kak Ana apabila Aleeya bersetuju untuk membantunya. Alat-alat solek semua macam mana, kak? Pakai Leeya punya. Gila! Apa Kak Ana fikir aku ni tauke butik pengantin macam dia jugak ke? Yang simpan berlambak-lambak alatan mekap. Aku ni kerja sebagai setiausaha. Pembantu peribadi. Orang gomen. Bukan mak andam. Kes jadi mak andam ni pun terpaksa merelakan sahaja. Bidan terjun. Niat nak tolong Kak Ana. Agak-agak la sikit Kak Ana oiii! Orang mana ada semua tu? Macam ni orang tak nak tolonglah! Ececeh Sejak bila pulak adik akak yang sorang ni cepat merajuk ni? Cepat sangat melatah. Guna Kak Ana punyalah sayang. Leeya balik malam Jumaat, kan? Nanti, sebelum balik rumah, singgah butik akak. Ambil semua alatan mekap yang rasa nak guna, baju pengantin, aksesori semuanya. Sebab hari Sabtu dengan hari Ahad akak dah tutup kedai. Akak dah ada kat Pulau Pangkor, menguruskan majlis resepsi tepi pantai ala-ala cerita omputeh tu. Okeylah. Orang tau. Macam-macam la Kak Ana ni. Dah la bagi tau last minute. Hari ni dah Rabu. Kena start studi nak hias wajah pengantin start malam nilah jawabnya. Alamatnya nak buat revision semester akan datang kena postpone lagilah.... He he he he he. Terdengar suara Kak Ana ketawa. Hatoiii!!! Ini yang tak berapa nak paham I am not understand ni. Sejak bilalah cik adik sorang ni dah pandai membebel macam mak cik-mak cik ahli mesyuarat tingkap.

12

Areila Sahimi

Apa gelak-gelak? Sukalah tu orang dah setuju nak tolong dia! Bukan tolong aje tau. Akak bayar tau. Bukan kerja free tau. Semua ada upah tau! Ye. Tau. Sedia maklum. Kalau sedia maklum, bagus! Pergi studi. Majalah Pengantin banyak kat dalam rak buku Leeya, kan? Studi sikitsikit. Lepas tu suruh house-mate jadi model sekejap. Pinjam muka dia orang jadi bahan eksperimen. Try mekap kat muka dia orang. Bagi refresh balik kepala tu. Basic nak pakai foundation macam mana, nak sapu blusher macam mana, nak matchkan eye shadow macam mana, segala macam akak dah pernah ajar dulu, kan? Yang lain just use your creativity aje. Okey? Ye, ye. Tau. Okey. Set Kak Ana. Line clear punya.... Good. Okeylah. Akak nak tidur ni. Penat kerja di butik tadi. Nanti jangan lupa singgah butik akak. Ambik barang-barang tu semua. Okey. Jumpa malam Jumaat nanti. Dalam pukul lapan malam orang sampailah. Orang bertolak dari Putrajaya after office hours. Deal! Babai baby. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Talian dimatikan. Haru blue jadinya. Kak Ana mintak aku tolong cover kerja dia pulak dah... Dah lama aku tak buat kerja yang dia suruh buat ni. Adoyaai Sah-sah nak plan buat revision untuk modul semester depan kena postpone. Kena studi majalah Pengantin yang dah tersimpan elok dalam kotak bawah katil ini. Husy punya haru!

13

Baju Pengantin Mak Andam

Isnin sampai Jumaat start dari pukul lapan pagi sampai pukul lima petang. Itu pun kalau bos tak ada dekat office baru boleh balik on time, tapi kalau bos ada alamatnya pukul enam setengah petanglah baru boleh punch card keluar office. Kerja... kerja kerja.... Sabtu Ahad, orang sibuk beristirahat bercanda di tepian pantai dengan famili menghiburkan hati, aku sibuk masuk kuliah start dari pukul lapan setengah pagi sampai ke petang ikut suka pensyarah terakhir nak bersyarah, baru boleh balik rumah. Lepas tu, confirm penat. Confirm tak larat. Layan TV sekejap. Lepas tu masuk bilik terus tidur. Nak studi pun biasanya weekdays after office hourslah baru berpeluang pegang buku. Itu pun kalau keadaan mengizinkan. Buat kerja banyak berlambak-lambak kena diselesaikan, alamatnya tak mengulang kajilah aku. Inilah yang kena tanggung bila terpaksa jadi pekerja and at the same time terpaksa jadi student. Baru masuk tahun kedua bergelar part-time student Universiti Kebangsaan Malaysia, hidup dah jadi kacau-bilau. Tapi sekali dah melangkah, takkan nak patah balik? Biar bersusah dahulu, senangnya kemudian. Ingat kata orang bijak pandai. Orang yang berjaya adalah orang biasa, yang berusaha dengan cara yang luar biasa untuk mencapai apa yang dicita-citakannya. Manusia yang gagal itu adalah apabila dia berhenti mencuba. Aku tak nak jadi orang yang gagal dalam hidup. Cukup dulu sekali. Jangan biar sejarah dulu berulang lagi. Tapi, ini kes lain. Kak Ana buat spoil kasi haru. Baru ingat nak bercuti honeymoon bersempena dengan cuti semester, dah ada kerja kena buat. Cittt!!! Dah boleh dengar Juruhebah Radio Taman Temara bersuara. Biasanya macam inilah

14

Areila Sahimi

Ate, balik kampung tak pernah melekat kat rumah. Hari ni jumpa orang ni. Esok jumpa orang ni pulak. Hari ni jumpa Nana, esok Julia, lusa Kak Ana, tulat Abab. Dah macam Senah Senator yang hidupnya sibuk semedang... Bla... bla... bla... bla.... Siapa lagi juruhebah radio di rumah aku tu... Emak akulah! Abah relaks aje. Cuma kalau balik lambat tu, berdesinglah telinga kena sound. Boleh cair tahi telinga kalau dengar syarahan percuma daripada abah. Biasanya Ushhh dari orang dah jadi burung hantu ajer ropernyer. Malam baru ingat nak balik rumah. Keluor tak nampak matahari, balik pun tak jumpa matahari jugak. Nama ajer bercuti nak balik rumah mak abah, sampai sini Kinta City tu jugak ler yang dah jadi macam rumah nombor satu. Rumah mak abah jadi rumah nombor dua kamu. Tadah ajelah telinga. Dah sendiri cari pasal. Buat macam biasalah. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Janji keluar rumah tak buat benda yang bukan-bukan. Cukup time masuk waktu sembahyang, cepat-cepat pergi masjid atau surau. Alah... shopping complex sekarang ni semua ada surau. So, soal sembahyang memang tak ada hal punyalah. Ayat biasa mak abah macam tu la. Adinda-adindaku yang berdua tu pulak, dia orang tak cakap banyak. Cuma sebelum keluar, dia orang akan sampaikan amanat. Lebih kurang macam ni Along nanti balik jangan lupa tapaukan apa-apa aje ye KFC ke, McD ke, Pizza Hut ke.... Bila balik dah setia menanti macam satu hari tak makan nasi kat rumah. Itu cerita ahli keluarga aku. Hal Kak Ana ni tak settle lagi ni. Ngeee Nak

15

Baju Pengantin Mak Andam

mekap macam manalah nanti ni! Segala majalah dah habis selak ni. Majalah Pengantin, Wanita, Remaja semua dah habis selak. Tapi idea tak masuk jugak ni. Nak mekap ala-ala masa Datuk Siti kahwin, hmmm... Wah gitu!!! Advance extravaganza. Ha hah ha... Belasah ajelah! Macam Kak Ana cakap tadi. Semua yang basic dia dah ajar. Just use your creativity. Hentam sajalah laboo Janji nampak cantik. Walaupun aku tak mungkin dapat ubah muka pengantin tu nanti jadi macam Datuk Siti ke, Maya Karin ke... tapi kalau berjaya ubah dari wajah yang biasa-biasa jadi lain daripada yang biasa, kira okey la tu.... Tunggu dan lihat ajelah apa akan jadi nanti.

16

Areila Sahimi

bab 2
EEYA, cek semua dulu, ya. Jangan sampai ada yang tertinggal. Pastikan semua cukup. Nanti kelam-kabut, ngomel Kak Ana sorang-sorang. Aleeya buat tak tau. Entah dengar entah tidak. Matanya dari tadi bulat memandang selonggok baju pengantin, aksesori hiasan diri, beg peralatan mekap, payung, kipas untuk majlis esok dan hari-hari berikutnya. Fuhhh Ini betul-betul kerja berat namanya ni! Okey. Betul. Memang aku kena andamkan pengantin esok. Tapi... Kak Ana tak cakap pun sampai nak pakaikan baju-baju ini semua pun aku jugak yang kena buat. Kak Ana hantar aku seorang diri. Tak ada sesiapa pun yang escort. Assistant pun tak ada. Setakat songket gaun ni okey lagi. Main seluk aje. Ini sari, ceongsam, baju Jawa, baju Korea, segala jenis baju yang ada kat jajahan Asia Tenggara ni pun aku jugak ke yang kena hiaskan, kena pakaikan? Adoyaii... Besar punya bala Kak Ana letak kat bahu aku ni....

17

Baju Pengantin Mak Andam

Akak ni biar betul, kak. Takkan semua baju-baju ni nak kena bawak! Aku mula tak puas hati dengan Kak Ana. Katanya aku hanya ditugaskan untuk menjadi mak andam. Kalau dari gaya peralatan yang nak kena bawak ni, nampak macam nak naik takhta aje... Ini bukan kerja mak andam, tapi ini kerja wedding planner pulak ni! Ye la adikku. Semua tu kena bawak. Baju-baju solo tu pengantin perempuan nak pakai lepas majlis berinai besar. Akak dah siapkan dah. Leeya cuma perlu cek semua aksesori complete ke tak. Nanti kalau ada yang tertinggal, jenuh pulak akak nak cari feri dari Pulau Pangkor nak ke Lumut balik ke butik ni. Jangan dibuat Aleeya! Tak cukup tanah akak terkejar-kejar nanti. Majlis kat sana harap akak sorang aje handle. Panjang lebar penjelasan Kak Ana. Harap adik aku yang sorang ini boleh paham bahasa sebab dalam saat genting macam ni, bukan ada banyak masa nak bagi penerangan panjang lebar. Habis semua ni, oranglah yang kena pakaikan... kena siapkan? Kak Ana kata jadi mak andam aje. Ini dah melanggar perjanjian ni kak. Apa kes ni! Aleeya bersuara lagi. Dia masih tidak berpuas hati. Kak Ana memang saja nak kenakan aku. Dah aku setuju nak tolong dia, macam-macam pulak yang dia suruh buat. Diberi betis mahu paha pulak. Ini yang buat beta hangin ni! Lor betullah mak andam kena buat semua tu. Takkan nak suruh pengantin perempuan tu buat sendiri. Jangan kasi malu Butik Seri Pengantin, Aleeya. Macam tak pernah buat pulak. Dulu masa kerja kat butik ni selalukan ikut akak pergi andamkan orang kahwin. Baju-baju ni main

18

Areila Sahimi

seluk pakai aje. Aleeya tolong pengantin tu pakaikan kat badan dia. Siap. Semudah ABC, 123. Kak Ana membilang-bilang jarinya di hadapan muka Aleeya tanda semua itu senang untuk dibereskan. Aleeya masih tidak berpuas hati. ABC, 123 konon! Macamlah aku budak tadika. Kalau iya pun baju-baju ini semua main seluk pakai aje, tapi hiasan-hiasan ni pulak macam mana? Tak ke haru? Aku dah la tak pernah pakai segala jenis hiasan ni semua. Setakat tengok Kak Ana pakaikan pada pengantin pernahlah. Itu pun setahun yang lepas. Yang sekarang ini entah ingat entah tidak. Aleeya, kau memang mencari bala sendiri! Hiasan kepala yang macam-macam ni macam mana? Selamba Aleeya bertanya dengan wajah yang tidak beriak. Takkan itu pun akak nak ajar. Ni kalau pakai sari, hiasan dia yang ini. Kalau ceongsam, yang ni. Dan seterusnya. Kak Ana mula menjawab dengan nada geram apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut Aleeya itu sambil tangannya ligat meletakkan aksesori hiasan itu sepadan dengan pakaian yang hendak dipakai oleh pengantin pada malam berinai besar itu nanti. Soalan yang tidak patut dan tidak wajar diajukan. Aleeya mendengus. Kak Ana ni memang! Ingat dia aje ke yang boleh naik angin? Aku tengah hangin ada dia kisah? Dah suruh orang tolong, tapi bila orang bertanya jawab macam nak telan orang aje. Dah memang aku blur tak tau nak buat macam mana! Tapi orang tak pernah buat semua ni, kak. Aleeya sudah sedikit merajuk.

19

Baju Pengantin Mak Andam

Memang tak pernah buat, tapi pernah tengok filem Hindustan, kan? Pernah tengok filem Korea, kan? Cerita Indonesia pun selalu tengok jugak, kan? Hantu cerita Cina dalam majalah pernah baca, pernah tengok, kan? So sekaranglah masanya praktikkan. Jangan bagi alasan tak tau. Alasan tak tau tu tak diterima pakai time-time sesak macam ni, cik adik oii! Jenuh betui nak terangkan kat adik yang sorang ni. Dah berbuih bercakap dia buat dont know aje. Aleeya menggetap bibir. Tapi No tapi-tapi. Akak percaya kat Aleeya. Dah lupa ke apa yang akak pernah cakap dulu? Orang yang gagal adalah apabila dia berhenti mencuba. Akak tau adik akak bukan orang yang gagal, kan? potong Kak Ana pantas. Kak Ana cuba memberi semangat kepada Aleeya. Bukan senang nak cairkan budak yang sorang ni. Kalau Rozy senang aje. Aku cakap lembut, berhemah, ayu-ayu manja pun dia dah boleh cair. Ini Aleeya... bukan Rozy. Si kepala batu yang kadang-kadang mak abah dia pun boleh mati kutu dengan fiil dia yang satu ni. Isy... akak ni! Psycho orang la tu. Okeylah. Try my best la. Aleeya mengalah jua akhirnya. Masakan mahu bertekak dengan Kak Ana malam-malam begini? Sudahlah badan penat akibat memandu jauh tadi.... Akak tau Aleeya boleh buat. Jangan malukan nama Butik Seri Pengantin. Chayok... chayok. Alah Aleeya... Zie tau Aleeya mesti boleh punyalah. Aleeya bukan ke bersemangat kental, pantang menyerah kalah sebelum berjuang. Kerja kecik aje ni. Bukan Aleeya tak berpengalaman. Setahun Aleeya kerja dengan Ana.

20

Areila Sahimi

Aleeya dongak kepala. Memandang sekilas kepada gerangan yang disangkakan sakit tekak tak boleh bercakap itu. Rozy yang sedari tadi senyap kerana malas mahu masuk campur hal Ana dengan Aleeya, tiba-tiba bersuara. Rozy a.k.a Ridzuan Malek ini boleh bercakap rupanya. Ingatkan bisu tadi. Lemas betul aku dengan si lembut yang sorang ni. Rozy ni member aku masa aku kerja di butik Kak Ana ini. Dia business partner Kak Ana. Kira shareholder dalam Butik Seri Pengantin inilah. Apa-apa pun Kak Ana tetap pemegang syer paling besar dalam butik ni. Itu yang agak berkuasa tu! Lady boss Butik Seri Pengantin. Walaupun Rozy lebih tua bertahun-tahun daripada aku, lebih tua daripada Kak Ana yang aku panggil kakak tu, tapi dia lebih senang kalau aku bahasakan diri dia dengan Rozy aje. Kadang-kadang dia bahasakan diri dia Zie sahaja. No abangabang. Rozy ni special. Tak macam lelaki lain. Aku pun tak tau sejarah dia sampai boleh jadi macam ni. Katanya pengaruh daripada adik-beradik dia yang semuanya perempuan. Maklumlah dia lelaki tunggal dalam famili. Apa-apa pun Rozy ni cuma lembut-lembut macam tu aje. Tapi masih lelaki lagi. Cuma minat dia tu aje lebih cenderung pada kerja-kerja yang perempuan selalu buat. Yelah. Dia suka memasak. Kerja kat butik pengantin. Jadi pak andam. Dulu Rozy belajar fesyen di UiTM, Shah Alam. Cakap aje fesyen apa yang customer inginkan, pasti semuanya menjadi. Itu Rozy. Mantan pelajar dalam bidang fesyen. Kak Ana pulak belajar business. Itu sebab kepala dia, kepala orang business. Semua yang dibuat mesti kena dapat untung. Kalau difikir-fikirkan, mana ada orang business nak rugi, betul tak? Dalam kepala mesti fikir untung aje.

21

Baju Pengantin Mak Andam

Hari-hari cari jalan, cari idea macam mana nak buat business untung banyak. Orang tak pernah buatlah semua kerja ni... Lagipun sampai sekarang ni orang macam tak percaya yang Kak Ana suruh orang buat semua kerja ni. Dahlah tu, kena buat sensorang pulak. Dulu tu Kak Ana ada. Orang cuma jadi pemerhati terhormat aje bila Kak Ana andamkan pengantin. Kali ni semua kena buat sendiri. Macam tak berapa nak confident, lah. Sungguh! Memang aku tak confident. Takut sangat kalau pengantin yang hendak diandam itu sepatutnya menjadi secantik puteri dari kayangan tiba-tiba berubah rupa menjadi badut sarkas pulak. Kemungkinan-kemungkinan tu pun patut diambil kira juga. Jangan sampai merosakkan majlis orang. Rozy kerut dahi. Ana di sebelah dipandang sekilas. Susahnya nak yakinkan budak kecik yang bernama Nurul Aleeya ini. Tiba-tiba terlintas idea yang tidak disangka-sangka masuk ke dalam kepala. Idea yang agak-agak nakal tapi macam bernas dan boleh dipakai. Sekali-sekala kenakan Ana pun best jugak. Inilah masanya nak kenakan lady boss yang kadang-kadang ikut suka mengarahkan orang buat itu ini. Aku business partner pun dia suka-suka arahkan itu ini. Nak buat apa-apa pun kenalah ada condifen. Nope! I meant confident. Tengok! Sampai cakap pun tersasul-sasul. Ana hanya ketawa melihat Rozy yang yo yo o aje memberi nasihat buat Aleeya. Kepala yang tidak gatal digaru. Semangat sungguh mamat ini memberi kata-kata perangsang buat Nurul Aleeya. Susah memang susah nak kasi nasihat dekat adik yang seorang itu. Kalau batu bata orang buat rumah tu dikatakan keras, rasa-rasanya kepala budak Aleeya

22

Areila Sahimi

ini lagi keras daripada itu. Tapi biasanya perempuan yang keras hati, keras kepala ini macam kerak nasi dan bukannya batu bata. Sekeras-keras kerak nasi pasti akan lembut jugak akhirnya kalau direndam dalam air. Apa-apa ajelah Rozy. Belasah aje. Rozy hanya memandang Ana yang ketawa. Faham. Mesti dalam hati berbakul-bakul dia kutuk aku. Tak apa. Siaplah kau nanti.... Rozy sambung bertitah, untuk meyakinkan diri Aleeya, apa kata kita buat sesi amali praktikal bersama-sama. Ana jadi model, Aleeya jadi mak andam. Aku macam biasa jadi pemerhati terhormat. Bolehkan Cik Ana Fariha? Aleeya memandang ke wajah Kak Ana. Kak Ana tersentak. Matanya bulat memandang Rozy yang berdiri di sebelahnya. Amenda punya idea entah. Ini apa kes tiba-tiba nama aku naik pulak ni. Kenapa aku pulak yang kena jadi model tetiba ni? Belum sempat dia hendak bersuara, Aleeya sudah mula potong bicara mengeluarkan patah kata, brilliant! Great idea. Wah!!! Kepala otak kau memang bergeligalah Zie. Boleh buat batu cincin. Kenapalah aku tak terfikir macam yang kau fikirkan ni.... Berseri-seri wajah Aleeya apabila mendengar idea yang keluar dari mulut Rozy itu. Sungguh tak disangkasangka. Dalam kepala duk sesak nak fikir apa malapetaka yang akan jadi pada esok hari, tiba-tiba Rozy mengeluarkan buah fikiran yang agak bernas itu. Kak Ana kerut dahi. Wah! Pakatan besar-besaran nampak antara dia orang berdua ini. Hampeh punya Rozy. Sengaja nak kenakan aku. Suka-suka hati aje suruh aku jadi model. Ingat dalam cerita American Next Top Model ke apa!

23

Baju Pengantin Mak Andam

Dia orang ni lupa ke yang aku big boss kat butik ni? Apa kes main arah-arah bos besar pulak ni? Cup cup cup. Ni apa kes akak pulak yang kena jadi model ni? Zie ni apa kes ko naikkan nama aku jadi calon model untuk amali praktikal budak Aleeya ni? Aku bos tau! Suka-suka hati sepupu sepapat engkau aje nak suruh aku jadi model Aleeya pulak! Nyaring suara Kak Ana meluahkan ketidakpuasan hatinya pada pakatan berdua itu. Kes naya. Aku tak nak! Kak Ana ni, entah apa-apa entah. Kira okey la tu Kak Ana jadi model orang kejap. Tau la bos besar. Aleeya buat muncung sedepa. Ingat dia nak tolong support kita, tapi boleh pulak awal-awal tarik diri. Ni yang aku tak berapa nak paham ni! Ana, awak just duduk diam-diam atas bangku ni. Bukan suruh buat kerja berat pun. Biar Aleeya solekkan muka awak tu. Lepas siap kita tengok hasilnya. At least esok budak Aleeya ni tak ada la terkial-kial macam mana nak mulakan langkah pertama nak solek menyolek orang kahwin ni. Rozy bersuara. Bibir tak lekang dengan senyuman. Suka tengok muka Ana yang masam mencuka itu. Cute and sweet. Bolehlah Kak Ana. Bolehlah.... Aleeya cuba memujuk Kak Ana. Merengek-rengek macam budak umur tiga tahun mintak susu aje gayanya. Bab pujuk memujuk ni kena pakai skil yang boleh buat orang cair. Yelah. Yelah. Janji solek cantik-cantik. Jangan sampai muka akak jadi macam hantu momok sudah. Budak Aleeya ni bukan betul. Memang aku yakin dia boleh buat. Tapi, kalau niat di hati dia sengaja nak kenakan aku, maunya aku yang tak ada persis macam sesape ni secara tiba-tiba boleh bertukar rupa seiras wajah hantu

24

Areila Sahimi

dalam DVD cerita hantu Indonesia yang berlambak-lambak jual di pasar malam. Tambah-tambah lagi dengan pakatan hebat Rozy - Aleeya memang tak boleh pakai, tak boleh percaya. Akhirnya Kak Ana merelakan mukanya menjadi bahan uji bakat Aleeya. Reda dan pasrah ajelah macam mana rupa muka aku lepas ni. Menggeletar tangan Aleeya masa mula-mula memegang botol foundation untuk disapukan pada muka Kak Ana. Nyaris-nyaris terlepas. Kalau terlepaslah, pecah berderai, macam mana nak solekkan pengantin esok? Sudahlah tu, bukannya murah. M.A.C cosmetic. Orang-orang popular aje pakai. Kalau pergi cek beg alatan mekap Nurul Syukor, Rizalman, jurumekap-jurumekap artis-artis fofular tu, mesti dia orang pun pakat ramai-ramai guna M.A.C. Tak berapa nak rata ni. Guna span tu. Sapu pelanpelan, ngomel Kak Ana. Yes boss!!! kata Aleeya. Seketika Aleeya memalingkan badan ke belakang. Memandang Rozy yang sedang memeluk tubuh. Diajuk gaya Kak Ana bercakap di hadapan Rozy. Macamlah aku tak tau macam mana nak letak benda alah ni kat muka dia. Rozy yang bertindak selaku pemerhati, hanya mendiamkan diri. Ketawa ditahan selagi mampu apabila melihat gelagat Aleeya mengherot-herotkan mulutnya mengajuk cara Ana bercakap tadi. Ana... Ana. Sabar-sabarlah. Budak Aleeya ini pun baru nak mencuba. Sapu tu betul-betul. Silap hari bulan boleh masuk dalam biji mata kalau tak hati-hati masa sapu eye liner ni, ngomel Kak Ana lagi ketika Aleeya ingin menyapu cecair penggaris mata di alis matanya.

25

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya menggetap bibir. Banyak komen ek Terus tangan Aleeya memusing kerusi yang boleh laras itu ke belakang. Membelakangkan cermin besar. Kalau tak ada cermin di depan muka barulah Kak Ana boleh duduk diamdiam. Tak boleh nak kompelin itu tak kena, ini tak kena. Melancarkan lagi kerja aku. Macam mana nak tengok ni? rungut Kak Ana. Tak payah nak tengok. Selamba Aleeya menjawab. Zie pergi belikan aku burger. Aku lapar gila ni! arah Aleeya kepada Rozy pula. Dari Rozy jadi maskot kat tepi pintu kedai, lebih baik pergi belikan aku apa-apa yang boleh dimakan. Perut sudah berkeroncong. Itu isyarat minta segera diisi. Apa hal aku pulak yang kena pergi beli. Budak kecik, jangan lupa tau. Aku ni pun bos kat butik ni jugak. Pergilah Zie. Aku pun lapar ni, sampuk Kak Ana pula. Bila Kak Ana yang sudah memberi arahan, siapa lagi mampu melawan. Bos besarlah katakan. Susah betullah dengan dua orang perempuan ni. Mentang-mentang aku macam ni. Suka-suka hati ajer dia orang buli aku. Tanda protes, Rozy berjalan menghentak kaki. Mencapai sling bag dan berlalu pergi. Eleh, marahlah tu...! jerit Aleeya. Serentak Aleeya dan Kak Ana ketawa melihat Rozy yang sudah berjalan sambil terkepit-kepit macam menahan kencing itu. Inilah perkara yang aku dan Kak Ana boleh sama-sama buat. Ha ha ha Mengenakan Si Rozy yang lemah gemalai, sotong masak gulai. Segera Rozy memalingkan kepala ke belakang.

26

Areila Sahimi

Diberi jelingan buat Aleeya dan Ana yang masih lagi mentertawakan dirinya. Hampir dua jam berlalu. Akhirnya tamat sudah amali praktikal Aleeya. Kerusi dipusing menghadap cermin semula. Aleeya tersenyum puas. Boleh tahan jugak, Aleeya memuji diri sendiri di dalam hati. Kak Ana begitu lagut menilik setiap inci mukanya di cermin. Aleeya mencebik. Eleh... Tu bukan apa tu. Saja nak cari poin nak menghentam akulah tu. Maklumlah, pengkritik profesionallah katakan. Naik menyampah juga Aleeya melihat Kak Ana menilik mukanya di hadapan cermin. Andai cermin itu boleh berkata-kata macam cermin sakti di dalam cerita dongeng Snow White itu, pasti dia akan cakap pada Kak Ana: Sudah-sudahlah. Naik muak aku asyik duk tengok muka kau aje. Seketika kemudian terukir senyuman indah di bibir Kak Ana. Okey. Not bad. Tak sia-sia Aleeya jadi protege aku. Nasiblah tak bertukar jadi hantu Mak Lampir. Masih lagi Cik Ana Fariha yang manis. Alahai kau Ana Perasan lebih pulak, kata hati Kak Ana. Rozy yang baru pulang dari membeli burger amatamat terkejut dengan perubahan pada wajah Ana. Magic touch sungguh. Tidak berkelip mata Rozy memandang Ana. Cantik sangat Ana bila dah disolek. Rozy berkata sendiri. Jika Ana tidak bersolek sedemikian rupa pun, hatinya sudah cukup terpaut. Hallooo. Aleeya melambai-lambaikan tangan di hadapan

27

Baju Pengantin Mak Andam

Rozy. Amboi mata Si Rozy ini. Tahan benar tidak berkelip. Tak takut masuk habuk ke? Itu namanya zina mata, Encik Rozy oiii... Aleeya ketawa. Kak Ana di sebelah disiku lembut. Tersipu-sipu Kak Ana menahan malu kerana pandangan mata Rozy itu. Ketawa Aleeya menyedarkan Rozy dari terus berkhayal tentang Ana yang ada di hadapan mata. Terus Rozy berlalu untuk meletakkan burger yang dibeli tadi di atas meja. Aleeya yang mengikut belakang Rozy masih lagi dengan ketawa yang bersisa. Lucu. Lucu. Bernaluri lelaki jugak Si Rozy ini. Pandang Kak Ana bukan main lagi. Macam nak terkeluar anak mata. Burger di dalam plastik segera dibuka dan dimasukkan ke dalam mulut. Macam mana Zie? tanya Aleeya. Okey, jawab Rozy sepatah. Okey aje? Kak Ana serasa tidak puas hati. Banyaklah okey! Tadi aku tengok macam apa entah mata dia memandang. Okey aje dia kata? Aleeya lulus. Esok tak payah nak takut-takut. Balas Rozy tanpa menjawab soalan Kak Ana. Kak Ana hanya mencebik. Eleh tahan malulah tu....!

28

Areila Sahimi

bab 3
AD berwarna merah jambu yang hampir lunyai itu dibelek sekali lagi. Lakaran peta ke rumah pengantin perempuan cuba diamati dan diteliti untuk kesekian kalinya. Masuk kali ini, sudah tiga kali kad itu dikaji, diamati dan diteliti untuk mencari lokasi sebenar tempat yang ingin dituju. Tetapi sampai sekarang masih tidak jumpajumpa lagi. Jangankan rumah pengantin, satu khemah orang kahwin pun masih tidak nampak lagi. Sah! Nampak sangat sudah lama tidak balik kampung sampai hendak mencari sebuah rumah dekat Kampung Sri Kinta ini pun boleh jadi sesat larat. Sebijik macam masa mula-mula masuk Kuala Lumpur dengan memandu kereta sendiri. Masa itu kereta pun masih bau kilang lagi. Biasa kalau turun KL dari rumah naik Bas Nadiputra turun kat Putrajaya Sentral, naik ERL turun Bandar Tasik Selatan, ambil LRT lepas tu turun la kat manamana rasa nak turun. Nak turun kat Masjid Jamek boleh. Nak turun kat Hang Tuah boleh. KL Sentral pun boleh. Aleeya mengingati semula keadaan yang pernah

29

Baju Pengantin Mak Andam

dialami semasa mula-mula masuk Kuala Lumpur dengan tangan sendiri yang duk pusing-pusing stereng kereta sendiri. First time drive kat bandar metropolitan itu memang kecoh. Kecoh sekampung dibuatnya dengan temanteman serumah aku yang sedia maklum kekecohannya itu. Yang menumpang, mulut tak berhenti-henti membebel mengomel itu ini macam mak nenek. Konon nak suruh aku try pandu uji kereta baru dekat jalan-jalan Kuala Lumpur. Lepas tu bising-bising kata naik tren lagi senang daripada drive sendiri. Memanglah senang kalau mau turun KL naik tren. Tak payah bersusah payah menempuh jam. Cit!!! Ni semua idea Cik Anis yang mau shopping kat Jalan TAR. Sebelum pergi sorang-sorang muka confident bajet master jalan-jalan area KL. Bila dah sesat larat semua tuju dekat cik driver yang bawa kereta. Aku la tu. Mengata aku drive macam kura-kura kena sakit asma yang buat telinga ni naik berdesing dengar. Itu cerita lama. Sekarang cakap aje mana tempat, mana lubuk, mana area KL mahu pergi. Pendek kata semua jalan-jalan KL ni aku dah master. Itu pun lepas dua tiga kali ambik risiko cuba masuk KL lagi. Tetapi itu KL. Bukan tanah tempat lahir diri sendiri. Aleeya garu kepala yang sebenarnya tidak terasa gatal pun. Adat la tersesat kalau first time masuk. Tetapi kali ini tersesat kat tempat sendiri. Kata anak jati Kampung Pasir Puteh tempat asal suku-sakat famili sendiri. Walaupun rumah mak abah dekat Taman Temara, apalah sangat jauhnya Kampung Pasir Puteh tu dengan Taman Temara. Kampung Pasir Puteh berjiran dengan Kampung Sri Kinta. Kampung Sri Kinta kalau dikira pakai jari kaki jari tangan tak payah susah payah tekan-tekan kalkulator, dalam sepuluh langkah sudah boleh sampai ke Taman Temara.

30

Areila Sahimi

Adoyai macam tak biasa naik basikal jalan-jalan round-round kampung masa muda-muda dulu dengan Ecah, Salwa, Norma, Yin semua. Penat round singgah warung Mak Uda kat tepi lombong pekena ais kepal gula merah atau ais katuk dengan laksa. Pergh Masa tu memang tak hengat menghirup kuah laksa Mak Uda. Best gila! Sekarang mana nak jumpa lagi ais kepal, ais katuk lagi. Budak-budak sekarang semua layan ais blended aje. Rindunya saat-saat tu.... Myvi SE berwarna merah cili itu sudah tersadai berhampiran Kedai Runcit Che Mat. Stres stres sungguh kalau terus-menerus keadaan macam ini. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas. Sudah hampir pukul enam petang. Apa kes ni... Majlis akad nikah lepas solat isyak nanti tapi sampai sekarang bayang rumah pengantin pun aku tak nampak. Aleeya melepaskan keluhan. Macam mana ni? Ingat senang ke nak solekkan bakal pengantin. Aku ni bukan bertaraf pro macam Kak Ana. Mahunya dua jam pun belum tentu pengantin perempuan boleh siap. Pening... pening. Terasa time-time sekarang ni macam nak telan Panadol ActiFast aje. Biar kepala ni dapat berfungsi balik secara normal supaya tau apa yang patut, apa yang tak patut dibuat dalam keadaan yang genting dan serabut macam sekarang ni. Kali keempat kad kahwin itu dibelek lagi. Dahi sudah berkerut-kerut. Perut sudah mula berkeroncong tak tau irama lagu rentak apa. Haru punya hal. Jalan terakhir yang nampak adalah ringan-ringankan mulut pergi tanya pada sesape yang ada kat sini. Aleeya keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke Kedai Che Mat. Kalau tak tau buat cara orang tak tau. Malu bertanya sesat jalan. Ni yang jadi kes sesat jalan ni sebab malu sangat nak tanya orang kampung mana tempat yang nak dituju. Sekarang, rasakan!

31

Baju Pengantin Mak Andam

Assalamualaikum Che Mat. Salam dihulurkan kepada lelaki yang hampir seusia dengan abah itu. Lama tak masuk kedai Che Mat ni. Banyak yang dah berubah. Dulu-dulu time kecik-kecik selalu ikut mak shopping barang dapur kat sini. Yelah, dulu mana ada Tesco, mana ada Giant dekat Ipoh ni. Kalau datang kedai Che Mat tak sah kalau tak beli biskut kapal terbang yang rasa pedaspedas tu singgit. Makin tua Che Mat sekarang. Isy, ye la... Mana ada orang dalam dunia ni makin muda. Semuanya makin tua. Dah lumrah alam. Yang tua berjiwa muda, miang-miang keladi tua tak sedar diri tu ramai. Makin ramai. Cuba aje tengok dekat Mutiara Dangdut. Confirm yang spesies rumah kata pergi, kubur kata mari berlambak-lambak bergelek di tengah-tengah lantai tari. Waalaikumussalam. Lelaki yang dikenali dengan nama Che Mat itu menjawab salam yang diberikan. Cermin mata yang tadinya terletak elok di atas buku log tebal dipakai semula. Mahu mengecam wajah gerangan yang tiba-tiba datang memberi salam. Ingat-ingat lupa. Muka macam kenal tetapi tidak ingat siapa. Aleeya tersenyum melihat gaya Che Mat yang berada di hadapannya itu. Lawak betul la Che Mat ni. Ia-ia aje dia nak cam muka aku ni. Che Mat, ini Leeya la. Anak Sahimi yang berniaga kedai makan kat tepi lombong Taman Temara tu dulu. Che Mat garu kepala. Barangkali cuba mengingati siapa budak yang datang dari ceruk mana memperkenalkan diri sebagai Leeya ini.

32

Areila Sahimi

Leeya mana pulak ni? Che Mat bertanya sekali lagi. Ditenung Aleeya dekat-dekat. Hampir terkebelakang Aleeya merenungnya dekat-dekat sebegitu. bila Che Mat

Che Mat nak buat pengecaman ke atas muka aku ataupun nak ambil kesempatan ni? getus hati Aleeya. Tidaklah sampai mahu mengata di depan-depan. Aku masih punya nilai moral yang tinggi. Tahu bagaimana caranya untuk menghormati orang tua. Aiseyh Che Mat ni. Leeya pun boleh lupa. Ni Leeya. Aleeya. A-L-E-E-Y-A. Sengaja Aleeya menekankan sebutan namanya itu dan mengeja seketul-seketul. Anak Sahimi yang dulu berniaga kedai makan kat tepi lombong Taman Temara tu. Yang kecik-kecik dulu selalu beli biskut kapal terbang pedas-pedas. Masih mengulangi dialog yang sama macam tadi cuma kali ini dengan lebih terperinci dengan gaya yang bersungguh-sungguh. Bukan senang nak mengingatkan golongan veteran macam Che Mat ni yang confirm memori dah berkarat. Che Mat masih cuba mengingati siapa budak perempuan yang tiba-tiba datang ke kedainya ini. Dahinya berkerut-kerut. Ketika itu, masuk seorang pemuda ke dalam kedai runcit Che Mat. Aleeya sekadar memandang sekilas. Pak cik, ubat nyamuk kat mana? Pemuda itu bertanya. Dekat belakang tu.

33

Baju Pengantin Mak Andam

Jari telunjuk Che Mat dihalakan ke satu rak di bahagian belakang tempat ubat nyamuk diletakkan. Pemuda itu hanya menuruti. Che Mat hanya menghantar pemuda itu ke rak di belakang dengan pandangan mata sahaja. Kemudian matanya kembali ditala ke arah Aleeya. Dia tersenyum. Ooo ni Leela anak Abang Mie yang dulu tu berniaga kat kedai makan tepi lombong Taman Temara tu ye? kata Che Mat. Akhirnya! Ingat juga Che Mat ni dekat aku. Dah berapa kali dibetulkan. Nama aku Leeya. Bukan Leela. LEEYA. LEEYA... LEEYA... Tapi nak buat macam mana, dah dari aku kecik lagi lidah Che Mat ni panggil aku Leela. Dah macam nama anak aci mana entah! Ye la tu Che Mat oiii! Aku pun tak tau macam mana boleh terkeluar nama Leela ni. Kalau asal usul nama Nurul Aleeya tu aku tau la. Mak pernah bagi tau dekat aku dulu. Itu pun lepas aku tanya kat mak macam mana boleh letak nama aku jadi Nurul Aleeya. Aku tanya pun lepas kawan-kawan dekat sekolah tanya mana datangnya nama Nurul Aleeya sebab diorang kata nama aku lari jauh sangat dengan nama adik-adik aku yang lain. Lari jauh sampai tak boleh nak kejar sebab dah termaktub dalam surat beranak. Nama adik-adik aku Anis Fatiha, Aizat Fahmi dan yang bongsu sekali Ain Farhana. Kenapa aku seorang aje Nurul Aleeya sedangkan yang lain semua pakat konon-konon generasi AF. Mak kata nama tu arwah opah belah abah yang kasi. Keluar-keluar aje dari dalam perut terus arwah opah tabalkan aku dengan nama Nurul Aleeya. Kebetulan masa tu mak dengan abah pun masih tercari-cari nama apa yang nak diletakkan pada puteri sulung dia orang. Jadi bila arwah opah

34

Areila Sahimi

beria-ia benar mahu letak nama Nurul Aleeya tu, mak dengan abah terus setuju. Sampai sekarang aku bawak nama Nurul Aleeya. Tapi biasa orang panggil Leeya sahaja. Ini memang Leeya anak Mie yang berniaga kat kedai makan tepi lombong Taman Temara. Ni tak tau dah berapa kali repeat dialog yang sama, Aleeya berkata di dalam hati. Pemuda tadi datang ke kaunter hadapan tempat Che Mat dan Aleeya bersembang. Diletakkan ubat nyamuk, berus gigi dan ubat gigi di atas meja kaunter. Berapa pak cik? tanya pemuda itu. Sempat bermain mata dengan Aleeya yang berdiri di sebelah. Aleeya berlagak selamba. Eleh! Nak mengurat la tu. Aleeya sudah perasan diri. Che Mat mengira harga satu per satu barang-barang yang dibeli oleh pemuda itu. Sambil mengira mulutnya masih lancar mahu bersembang dengan Aleeya. Lor Leela dah besor panjang kamu sekarang ni. Dulu-dulu ni encik, Si Leela ni selalu datang kedai pak cik ni dengan mak dia. Muka masa tu selekeh, selenga, selebet semacam aje. Maklumlah masa tu kecik aje lagi. Hingus pun tak kering lagi. Kalau datang kedai pak cik mesti mintak biskut kapal terbang singgit kat mak dia. Lancar mulut Che Mat bercerita kepada pemuda yang dia sendiri tak kenal. Siap buat lakonan semula flashback balik macam mana aku merengek mintak mak belikan biskut favourite aku tu. Muka pemuda itu pada mulanya nampak macam blur sebab tidak tahu hujung pangkal cerita terus ikut sama gelak apabila mendengar cerita Che Mat tentang gadis di sebelahnya itu.

35

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya naik geram. Apa kena Che Mat ni... boleh pulak bukak cerita sejarah aku kecik-kecik kat mamat ni! Adoyaiii... Dah la bagi aku tiga SE sekali gus. Bukan special edition. Tapi selekeh, selenga, selebet. Ngeee geramnya aku! Aleeya menggetap bibir. Tiba-tiba terasa panas pulak. Apa Che Mat ni cakap orang macam tu. Itu dulu la.... Semua sebelas ringgit dua posen, encik. Che Mat memberitahu harga kesemua barang yang dibeli oleh pemuda itu. Kata-kata Aleeya dibiarkan sebentar. Pelanggan mesti diutamakan dahulu. Ini dia duitnya, pak cik. Selepas membayar pemuda itu terus berlalu pergi. Sebelum berlalu, sempat dia menoleh dan tersenyum ke arah Aleeya. Aleeya yang terperasan dengan reaksi pemuda itu terus membulatkan mata menahan marah dengan senyuman sinis yang sah-sah nak mengejek lepas dengar cerita sensasi Che Mat itu tadi. Apa Leela cakap tadi? Che Mat menyambung kembali perbualan yang tertangguh sebentar tadi. Leela... Leela... Leeya la Che Mat. Berapa kali nak dibetulkan lidah Che Mat supaya sebut nama orang betulbetul. Sekali lagi Aleeya menggetap bibir. Bengang pun ada. Dah la kena gelak dengan mamat entah mana-mana tadi. Harap-harap lepas ni tak jumpa lagi mamat yang tadi tu. Kalau tak, mahunya aku kena gelak lagi. Che Mat senyum sumbing melihat gadis di hadapannya itu membebel pot pet-pot pet. Dulu masa kecil jika disakat pasti meleleh air mata, air hidung semua keluar. Bila sudah besar kena sakat, sudah pandai menjawab balik.

36

Areila Sahimi

Alah Leela... Che Mat gurau aje la tadi. Sekarang Che Mat tengok dah lawa, makin manis. Tu yang Che Mat tak perasan tadi tu. Che Mat membetulkan keadaan. Aleeya dah naik boring bersembang dengan Che Mat. Tengok tu! Memanglah... Lidah Che Mat ni dah keras sebut nama aku Leela. Dah tak boleh dipinda dari Leela jadi Leeya. Belasah ajelah. Che Mat ni bukan boleh dilayan sangat. Aku pun ada kerja nak kena buat ni. Camni la Che Mat. Aleeya cari rumah ni. Che Mat mesti tau punya. Mesti kenal dengan orang ni. Aleeya menunjukkan kad yang sudah hampir lunyai itu kepada Che Mat. Sebenarnya itulah tujuan Aleeya berjumpa si tuan empunya kedai runcit ini. Untuk bertanya di manakah lokasi sebenar tempat yang sedari tadi dicari tetapi tidak jumpa-jumpa. Macam mana entah boleh bersembang panjang dengan Che Mat pun Aleeya tidak tahu. Ooo... ini rumah Pak Azit. Kamu jalan terus aje. Lepas tu belok kiri. Dah jumpa. Anak perempuan dia nak bernikah malam ni. Esok makan kenduri la Che Mat, kata Che Mat kepada Aleeya. Tangannya turut sama-sama menunjukkan arah tempat yang ingin dituju oleh Aleeya. Aleeya mengerutkan dahi. Muka nampak macam dah confuse. Nak confuse apa lagi ni...! Bukankah tadi Che Mat dah bagi tau. Ini rumah Pak Azit. Pak Azit mana, aku pun tak tau. Bukan kenal sangat dengan pak cik-pak cik Kampung Sri Kinta ini. Pak cik-pak cik Taman Temara tu pun tak habis beramah mesra lagi. Macam ada yang tak kena la dengan peta dalam wedding card ni! Hmmm. Tapi Che Mat, peta dalam kad ni kata jalan terus jumpa simpang lepas tu masuk kanan. Bukan kona kiri. Aleeya cuba membetulkan pandu arah Che Mat tadi yang

37

Baju Pengantin Mak Andam

dirasakan tidak berapa nak betul kalau mengikut lakaran peta asal yang terdapat pada muka surat akhir kad jemputan di tangan. La... kamu ni Leela. Kalau dah jalan terus tu mana nak jumpa simpang ke kanan. Kalau kamu ke kanan jugak jawabnya masuk dalam lombonglah. Kalau kamu terus jalan ke depan nak cari simpang kanan alamatnya sampai bebila la tak jumpa simpang kanan kamu tu. Kalau jalan terus, terus jumpa jalan mati. Che Mat menerangkan satu per satu arah jalan kepada Aleeya. Geleng kepala Che Mat dengan Aleeya. Ye tak ye jugak cakap Che Mat ni. Nak mampus apa belok ke kanan. Memang ke lombong la jawabnya. Adoyai sah. Ni mesti ada error kat peta dalam wedding card ni. Nasib la buat orang jauh macam aku nak datang kenduri ke rumah Pak Azit ni. Jenuh semua masuk lombong nanti. Aleeya tersenyum. Okeylah Che Mat. Dah tau dah nak ikut jalan yang mana satu. Jumpa lagi ek. Terima kasih. Aleeya terus berlalu keluar dari kedai Che Mat. Sebelum keluar matanya tertancap pada balang-balang biskut yang elok teratur di hadapan kedai. Salah satu daripada balang-balang biskut itu menarik perhatiannya. Che Mat, kasi biskut kapal terbang pedas-pedas ni singgit, pinta Aleeya kepada Che Mat. Che Mat yang berada di dalam kedai terus keluar. Menyenduk biskut yang diminta ke dalam plastik kecil dan memberinya kepada Aleeya. Bungkusan biskut beralih tangan. Not satu ringgit dihulurkan dan Aleeya terus berlalu menuju ke keretanya yang tersadai di tepi jalan.

38

Areila Sahimi

Di dalam perut kereta, Aleeya tersenyum sendiri melihat bungkusan biskut di tangan. Dulu masa aku kecikkecik, kalau beli biskut kapal terbang ni singgit, boleh dapat penuh satu beg plastik. Sekarang ni, nak kata separuh plastik pun tak sampai. Tak sangka... wujud lagi rupanya biskut ni. Memang nampak klasik. Sekarang nak cari kat mana lagi biskut seklasik macam ni. Pusing satu Malaya pun belum tentu boleh jumpa kalau tak kat kedai Che Mat. Enjin kereta dihidupkan. Tanpa berlengah kereta terus menuju ke rumah pengantin perempuan.

39

Baju Pengantin Mak Andam

bab 4
YVI SE berwarna merah perlahan-lahan membelok ke kiri simpang. Itu dia! Khemah kanopi berwarna putih elok tersergam. Agak besar juga kenduri Pak Azit yang dikatakan oleh Che Mat tadi. Makan free la orang Kampung Sri Kinta esok. Kelihatan orang kampung sedang sibuk menyediakan juadah makanan untuk kenduri esok. Walaupun sudah masuk dunia Internet, dunia handphone 3G, dunia wireless tanpa sempadan, adat gotongroyong tidak pernah dilupakan. Sini kampung. Memang patut dikekalkan adat bergotong-royong ini. Kalau di bandar, mana ada orang nak bergotong-royong macam ini. Semua orang sibuk membina masa depan, membina kerjaya, mencari duit semata. Kalau nak buat kenduri-kendara tak payah susahsusah nak masak, tempah aje dengan catering service. Jemputan cuma perlu datang makan sahaja. Mungkin kerana itu orang-orang kota lebih suka buat hal mereka sendirisendiri. Kadang-kadang tu jiran sebelah-menyebelah pun boleh buat tak kenal. Nasib aku kenal baik dengan Kak

40

Areila Sahimi

Hasmah sekeluarga yang tinggal di depan rumah sewa aku di Putra Damai itu. Itu pun secara tak sengaja, malam-malam buta pergi ketuk pintu rumah Kak Hasmah sebab nak mintak suami dia tolong ajarkan macam mana nak pasangkan DVD player yang baru beli, dekat TV. Dah berserabut wayar kuning, hijau, merah, putih. Manual dah naik lunyai, tetapi skrin TV tetap hitam legam. Malam tu pulak masing-masing nak tunjuk bakat jadi Mac Gyver. Sampai ke sudah, DVD yang baru dibeli tetap jugak tak boleh berfungsi. Dan dengan bantuan yang diberikan oleh Kak Hasmah dan suaminya, maka pada malam itu jugaklah aku, Anis, Iwa dan Aida melayan Harry Potter sampai ke pagi. Nasib esoknya hari Sabtu. Dari tahun pertama Harry masuk belajar di Sekolah Hogwarts sampai la dia masuk ke tahun kelima. Cerita budak-budak yang ditonton oleh budak-budak perempuan yang dah boleh nak jadi mak budak pun. Itulah penangan siri Harry Potter ni. Peminat tak kira usia. Tengah hari, pakat ramai-ramai, tutup semua tingkap, bentang toto masing-masing, semua qada tidur. Cittt!!! Baik punya aktiviti di hujung minggu. Nasib hari tu aku punya kuliah satu hari dibatalkan. Kalau tak, aku terpaksa jadi halimunan, ghaib dari kelas sebab nak qada tidur. Kereta diparkir di tepi jalan berhampiran rumah pengantin. Dengan dua tangan yang ada, Aleeya membawa segala peralatan dan pakaian pengantin. Dia menuju ke rumah pengantin perempuan itu. Semua mata memandang ke arah Aleeya. Apa aku tertinggal batang hidung di dalam kereta ke tadi? Semua orang kat sini pandang aku macam aku tak berhidung aje gayanya. Dup... dap dup... dap... Bunyi jantung berdegup kencang macam bunyi enjin motobot. Belum sempat memberi salam, ahli keluarga si pengantin perempuan terus menyerbu ke arah Aleeya. Ni apa

41

Baju Pengantin Mak Andam

hal ni? Dah rasa nak patah balik buat larian pecut seratus meter bila kena serbu ramai-ramai macam ni. Aleeya ditarik masuk ke dalam rumah. Ya Allah! Selamatkanlah hamba-Mu ini. Sungguh aku tidak bersalah di dalam hal ini. Apesal mak andam lambat sangat sampainya ni? Bakal pengantin kat dalam bilik dah tak senang duduk. Mana ke gayanya pun? Majlis akadnya lepas isyak. Ni nak dekat pukul tujuh malam, pengantin tak siap lagi. Suara seorang mak cik yang Aleeya tak sempat nak berkenalan terus menerjah tanpa sempat memberi salam mukadimah mesra-mesra terlebih dahulu. Terkulat-kulat Aleeya. Mintak maaf, mak cik. Saya sesat tadi. Nak tak nak kena mintak maaf jugaklah. Dah salah aku. Datang lambat. Tapi, bukan salah aku. Wedding card ni yang salah. Tapi nak salahkan wedding card buat apa. Bukan wedding card ni boleh mintak maaf pada tuan rumah pun! Patut salahkan orang yang design wedding card ni. Lepas tu jangan lupa salahkan tauke kedai printing yang tak hati-hati bila buat kerja. Sebab dia aku dapat susah. Dah sampai ke mak ngah? Datang satu suara dari arah belakang. Dah sampai dah ni. Seorang perempuan muda seusia dengan Kak Ana terus menarik aku masuk ke dalam bilik. Kesian dia. Termengah-mengah. Nafasnya turun naik. Aku tegak berdiri memerhati perempuan muda tersebut. Dik, tunggu apa lagi. Cepatlah. Akak dah lambat ni! Segera dia memberi arahan titah berdaulat menjunjung kasih kepada Aleeya.

42

Areila Sahimi

Alamak, mak andam mana pulak Ana hantar kat rumah aku ni? Gaya blur tak tau apa-apa aje. Sudahlah nampak budak sangat. Boleh buat ke tak ni? Aleeya tersentak. Ini ke pengantin perempuan yang perlu dia solekkan? Macam mana aku boleh berdiri tegak gaya ala tiang bendera Dataran Merdeka kat dalam bilik ni, sedangkan orang semua tengah kalut sebab pengantin perempuan tak siap lagi! Ye... ye, kak. Gagap Aleeya berkata. Memanglah aku tak boleh disergah macam tu. Kalau disergah terus jadi gagap, nak bercakap pun terkeluar sepatah-sepatah. Panggil Kak Lina aje. Ini Aleeya, kan? Jenuh call tadi. Kenapa tak jawab? Sempat wanita yang memperkenalkan diri sebagai Kak Lina itu berkenalan dengan Aleeya. Aleeya mengeluarkan handphone dari dalam kocek seluar jean yang dipakai. Alamak!!! Macam mana boleh tak perasan bateri handphone boleh kong terus ni. Kong sekongkongnya. Bateri kong la Kak Lina. Aleeya berkata sambil menunjukkan handphone yang sememangnya telah pun habis baterinya. Tak apa la Aleeya. Aleeya tau kan nak buat apa. Tunggu apa lagi... cepatlah! gesa Kak Lina. Harap-harap sempatlah untuk dia bersiap. Aleeya mengangguk. Beg berbentuk sebuah kotak itu dibuka. Tu dia... Segala macam alatan solek menyolek terdapat di dalamnya. Semua berjenama M.A.C. Ni M.A.C original, bukan yang jual berlambak-lambak tiga sepuluh ringgit di Gerbang Malam. Tak pun yang dijual di Uptown Damansara.

43

Baju Pengantin Mak Andam

Tanpa membuang masa, Aleeya terus menjalankan kerja yang telah diamanahkan oleh Kak Ana kepadanya. Mulamula muka pengantin dibersihkan. Krim muka disapukan terlebih dahulu agar memberi kesan yang lebih cantik apabila terkena flash kamera. Itu petua yang Kak Ana turunkan. Bukan suka-suka hati ambik petua yang turun dari langit. Kemudian muka bakal pengantin disapu dengan sejenis krim yang dipanggil concealer. Concealer berfungsi untuk menutup segala macam parut atau kesan-kesan jagat di muka. Diikuti pula dengan foundation. Untuk muka Kak Lina yang tak banyak sangat masalah, Aleeya menggunakan foundation berbentuk cecair. Foundation tadi disapu rata dengan menggunakan span. Bedak diratakan ke seluruh muka. Okey, yang asas-asas dah settle. Sekarang masuk part nak matchkan warna pembayang mata dengan blusher pulak. Aleeya mahu mata Kak Lina kelihatan lebih dramatik dan segar pada malam dia diijabkabulkan. Jadi untuk itu, teknik solekan mata smokey eyes paling sesuai digunakan. Lagipun majlis akad nikah Kak Lina berlangsung pada waktu malam. Jadi memang sesuai sangat. Pipi yang telah pun elok disapu blusher mengikut kesesuaian warna kulit Kak Lina itu kelihatan cukup sempurna bak pauh dilayang. Akhir sekali, pemerah bibir pelengkap solekan. Siap satu kerja. Sekarang turn untuk siapkan bakal pengantin dengan segala jenis hiasan yang Kak Ana dah sediakan ini. Mula-mula dengan cermat Aleeya membantu Kak Lina mengenakan baju untuk majlis akad nikahnya. Sepasang persalinan lace dengan potongan kebaya Indonesia dipadankan dengan kain batik lepas bersusun tingkat di hadapan menambahkan keayuan kepada si pemakai. Rambut paras bahu Kak Lina disanggul rapi kemudian ditutup dengan

44

Areila Sahimi

anak tudung yang siap dijahit dengan manik-manik Swarovski. Sehelai selendang panjang berwarna senada dikenakan di kepala. Lilit kanan, lilit kiri, tarik depan, tarik belakang. Lepas lilit-lilit, lepas tarik-tarik, pinkan sekemaskemasnya. Veil panjang had pinggang dipinkan di atas kepala yang telah sedia cantik bertudung. Veil dipasang kemaskemas agar tidak terjatuh. Sebuah tiara berwarna perak dengan hiasan batu dan mutiara diletakkan sebagai pelengkap hiasan di bahagian kepala pengantin perempuan. Tiara tadi disepit agar kedudukannya teguh dan kemas. Akhir sekali, seutas rantai panjang dipakaikan di leher bakal pengantin. Siap! Aleeya memandang sekali lagi wajah Kak Lina yang sudah siap disolek. Sentuhan terakhir diberikan ke atas wajah Kak Lina agar solekan tadi nampak lebih sempurna. Setelah berpuas hati, Aleeya menyuruh Kak Lina melihat wajahnya di cermin. Kak Lina tersenyum. Not bad. Tak sia-sia Leeya jadi protege Ana. Betul cakap Ana, Leeya pun ada magic touch macam dia yang boleh buat sape-sape terkena sentuhan magic you berdua boleh berubah rupa. Ikhlas pujian yang diberikan oleh Kak Lina kepada Aleeya. Sungguh. Nampak cantik. Memang dah jadi lain daripada yang biasa. Aleeya hanya tersenyum mendengar pujian yang diberikan. Bangga wei bila orang puji hasil kerja kita. Dia sendiri tidak menyangka kurang dari dua jam, si bakal pengantin siap didandan dan disolek dengan sempurna. Aleeya, nanti teman akak pergi masjid ek? pinta Kak Lina. Aleeya membuntangkan biji mata. Ah, sudah!!!

45

Baju Pengantin Mak Andam

Dikatakan aku cuma berfungsi menjadi mak andam yang tolong andamkan pengantin aje kat sini. Ni apa kes sampai mahu pergi ke masjid pun aku kena ikut sekali? Ada dalam senarai tugas seorang mak andam ke? Tak nak la kak. Segan la. Dah la pakai T sama jean aje ni. Malu la nak masuk masjid pakai macam ni. Sungguh tak bersopan santun punya anak dara.... Aleeya menolak. Betul apa! Ada ke dengan pakai Levis skinny jeans dengan T nak masuk dalam masjid. Buat malu keturunan aje! Alah okey apa! Leeya pakai tudung. T pun lengan panjang. Kira dah okey dah tu. Akak tak ada kawan nak teman pergi masjid ni. Tolonglah ye. Kak Lina seakan merayu. Dahi Aleeya sudah berkerut seribu. Tangan kiri dipicit-picit ke dahi. Sungguh la... Aku dah pening tapi dipaksa buat macam-macam. Kes merayu-rayu yang aku lemah ni... Macam mana ni? Takkan nak cakap dekat Kak Lina yang baru aku kenal ni aku tak boleh pergi! Aku segan nak masuk masjid dengan pakaian macam ni. Nanti apa orang kata. Tak pasal-pasal aku dituduh sebagai anak Melayu yang tak tau etika berpakaian ketika masuk ke masjid. Malu la kalau kena tegur pasal benda-benda macam ni. Kelentong aje. Anggap aku tipu sunat. Leeya tak boleh masuk masjid, kak. Sekarang ni bendera Jepun tengah cantik berkibar. Baik punya alasan. Itu aje alasan yang rasa-rasanya boleh diterima pakai oleh semua orang. Padahal baru minggu lepas aku habis period. He he he Belasah ajelah. La... ye ke? Kak Lina mengeluh panjang. Macam bunyi orang kecewa pun ya jugak. Tak apalah. Tak dapat teman sampai dalam masjid, Leeya ikut akak sampai luar masjid pun tak apa. Tunggu kat

46

Areila Sahimi

luar. Akak nervous ni dik. Sekali lagi Kak Lina cuba memujuk rayu Aleeya. Apalah Kak Lina. Selalu orang kata dah dapat betis nak paha, tapi akak yang sorang ni pulak tak dapat paha, kaki ayam pun jadi. Tapi boleh diterima pakai jugak dengan logik akal. Sekurang-kurangnya kaki ayam kalau dibuat sup memang sedap. Kalau di restoran Thai mahunya sampai sepuluh ringgit sepinggan kecil kerabu kaki ayam. Kalau dalam tak boleh masuk, siapa berani halang aku tunggu pengantin dekat luar masjid. Kena pergi jugak ke ni? Okeylah akak. Nak tak nak Aleeya terpaksa menurut. Mencinya aku kena paksa-paksa ni, di dalam hati, Aleeya merungut sendiri. Good. Naik satu kereta dengan akak ye. Eh, tak apa la kak. Leeya boleh drive sendiri. Aleeya cuba menolak. Apa ni? Dah la tak kenal dengan suku sakat ahli keluarga bakal pengantin ni, takkanlah nak duduk menumpang dalam satu kereta padahal kereta sendiri elok tersadai kat tepi jalan tu. Naik sekali dengan akak la. Senang. Lepas tu Aleeya tunggu aje dekat kereta. Dahi Aleeya berkerut seribu. Aku tak suka diaraharahkan orang macam ni. Bila la semua ini nak berakhir? Terasa saat-saat macam ni nak balik rumah, mandi, terus tidur. Tak payah nak fikir apa-apa pun. Tapi nak buat macam mana? Aku datang sini atas arahan bos besar Butik Seri Pengantin. Karang tak pasal-pasal Kak Lina pergi mengadu dekat Kak Ana. Tak pasal-pasal jugak bayaran dipotong.

47

Baju Pengantin Mak Andam

Kak Ana bukan boleh jangka apa dia nak buat. Dari apa yang Kak Lina duk sibuk bercerita dengan aku semasa aku sibuk-sibuk duk solekkan dia tadi, dia orang berdua dulu satu kroni masa studi dekat UiTM. Patutlah Kak Ana beria-ia benar menyuruh aku tolong coverkan kerja dia kat sini. Member satu kroni mahu kahwin. Tapi dia tak dapat datang. Terpaksa aku mewakilkan diri. Keluhan dilepaskan. Okey. Ringkas jawapan Aleeya. Walaupun ringkas, tetapi bernada lemah. Hah, macam tu la adik akak... Jom cepat. Semua orang dah tunggu dekat luar tu. Dalam kepala Aleeya sempat berfikir-fikir. Patutlah kakak-kakak berdua ni boleh jadi satu kroni. Kepala dua-dua sama. Macam mana aku boleh termasuk di tengah-tengah kepala gila-gila ini pun aku tak tau. Sedar diri. Memang aku pun kepala boleh tahan gila-gila jugak, tapi aku gila-gila dengan golongan seusia aku aje. Aku golongan adik-adik, diorang golongan kakak-kakak, nasib tak masuk grup mak cik-mak cik ahli mesyuarat tingkap. Tiba di pekarangan masjid, kelihatan rombongan pihak pengantin lelaki telah sampai terlebih dahulu. Mengikut kata Kak Lina, rombongan pengantin lelaki bertanggak di rumah mak long Kak Lina yang tinggal tidak jauh dari masjid ini. Boleh tahan segak bakal pengantin lelaki Kak Lina ini. Sementara menunggu majlis akad nikah berlangsung di dalam masjid, Aleeya hanya duduk di dalam kereta. Seperti yang dia harapkan. Di dalam kereta, Aleeya bersandar kepenatan. Aku pun tak paham kenapalah aku kena berada di

48

Areila Sahimi

sini. Aku kalau tak disebabkan dipujuk rayu Kak Lina tadi, rasanya tak kuasa nak turut serta dalam upacara ini. Lebih baik duduk diam-diam di rumah pengantin. Dah tentu-tentu boleh makan nasi. Macam lepas ni dah tak ada kerja. Padahal lepas majlis ini, ada pulak majlis malam berinai besar. Lepas majlis malam berinai besar pulak, ada acara tangkap gambar pengantin dalam pakaian pelbagai bangsa pulak. Pukul berapalah semua ini akan berakhir. Sungguh. Aku memang dah penat sangat ni. Rasa-rasanya ini yang pertama dan terakhir aku ambil kerja Kak Ana ini. Nampak senang. Tapi sebenarnya azab wei. Sedang asyik Aleeya melayan perasaan, melayan blues seorang diri, kelihatan jurukamera keluar dari masjid sambil merakamkan detik-detik manis pasangan yang baru sah bergelar suami isteri itu. Lalu, Aleeya keluar dari perut kereta apabila melihatkan semua orang sudah keluar dari dalam masjid. Aleeya hanya berdiri menyandar di pintu kereta yang tertutup sambil memerhati Kak Lina dengan suami tercinta mengabadikan detik-detik manis di dalam hidup mereka ke dalam lensa kamera. Jelas terpancar kebahagiaan bila cinta yang suci itu direstui oleh kedua-dua keluarga dan diakhiri dengan ikatan pernikahan. Aleeya!!! Lamunan Aleeya tiba-tiba terhenti apabila terdengar suatu suara memanggil namanya. Aleeya memandang ke arah dari mana datangnya suara itu. Kelihatan Kak Lina sedang melambai-lambaikan tangan ke arah Aleeya dan memberi isyarat agar datang kepadanya. Aleeya dengan segera datang ke arah Kak Lina. Tisu peket yang telah sedia di tangan dikeluarkan sehelai, lalu ditekan-tekan perlahan-lahan ke wajah Kak Lina yang sudah berpeluh itu. Berapa kali abang Kak Lina baru lepas tadi? tanya

49

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya seakan berbisik di telinga Kak Lina. Sengaja diajukan soalan yang agak nakal itu kepada Kak Lina. Sekali aje, dik, jawab Kak Lina dengan senyuman mekar di bibir. Wahh!!! Terror la abang akak. Ini mesti dah praktis banyak kali ni.... Kali ini volume suara Aleeya sedikit kuat. Serentak itu, hinggap satu cubitan di lengan kanan Aleeya. Adui!!! Sakit la kak. Aleeya mengerang perlahan. Melebih nampak kakak sorang ni. Main cubit-cubit pulak! Cover sikit, dik. Aleeya terus tergelak kecil mendengar jawapan yang keluar dari mulut Kak Lina itu. Nak cover mendenya? Yang jadi pengantin Kak Lina, bukan aku! Yang kena cover-cover, kena kontrol ayu, Kak Lina. Bukan aku! Aleeya, jom ambik gambar sekali, usul Kak Lina sambil menarik tangan Aleeya. Eh, tak apa la kak. Aleeya menolak. Tak biasa. Kak Lina dengan aku bukan ada apa-apa ikatan persaudaraan pun. Menjadi sahabat pun bukan. Kenapa mesti jadi minah enter frame pulak ni? Jom la. Meh sini akak kenalkan. Ini suami akak. Muhammad Khairul Irfan. Aleeya panggil Abang Irfan aje. Kak Lina memperkenalkan suami tercinta. Aleeya mengangguk sambil tangannya dilambai ke arah Abang Irfan. Haa... hai bang. Abang, kita ambil gambar dengan mak andam yang ditempah khas ni sekali ek? Okey. Idea yang dipersetujui oleh si suami.

50

Areila Sahimi

Tak payah la kak. Kepala Aleeya mula berpusing-pusing mencari alasan. Hmmm... hah! Mak Leeya kata tak baik kalau ambik gambar bertiga, kak. Hentam sajalah. Dah itu aje yang terlintas dekat kepala masa ni. Kalau tak boleh bertiga, kita ambik berempat. Abang Irfan pula mencelah. Aleeya membulatkan mata. Kalau aku minah enter frame. Siapa pulak yang nak jadi mamat enter frame gambar? Zain, sini jap. Suami Kak Lina memanggil seorang lelaki yang sedang bersembang-sembang dengan pihak pengantin perempuan. Barangkali adik ataupun saudara-mara suami Kak Lina. Aleeya memalingkan muka ke tepi. Dah tak tau macam mana bentuk muka aku sekarang ini. Dahi dah berkerut-kerut. Muka dah berminyak. Lesu campur penat. Macam mana nak ambil gambar dengan mempelai? Aleeya! Aleeya tersentak. Kenapalah Kak Lina ni suka sangat main kejut-kejut orang. Kalau ada sakit jantung dah lama dah jadi arwah. Akak ni! Suka kejut-kejutkan orang. Kalau Leeya ada sakit jantung, alamatnya wassalmulah kat sini. Selamba Aleeya menuturkannya. Kak Lina ketawa mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Aleeya. Sembang apa lagi ni? Hah, Leeya ni kawan abang,

51

Baju Pengantin Mak Andam

Zain. Zain, ini Aleeya. Tadi Leeya kata mak Leeya cakap tak elok, kan ambik gambar bertiga. Sekarang dah berempat. Bagus betul budak ni. Anak yang mendengar cakap mak dia. Abang Irfan berkata sambil tangan kiri menepuk bahu pemuda di sebelahnya. Aleeya mula mengerutkan dahinya apabila memandang wajah pemuda yang segak berbaju Melayu cekak musang berwarna putih lengkap bersamping tenunan Terengganu berserta songkok hitam di kepala. Macam pernah kulihat muka ini... tapi di mana ya? Mengulang kembali dialog Yassin Senario dalam filem Senario Lagi. Macam kenal. Argh Kenapa kepala susah sangat nak ingat siapa dia? Macamlah satu jam tadi pergi telan dua biji pil pelupa sampai boleh jadi lupa dengan semua benda. Pemuda itu tersenyum kepada Aleeya. Aleeya membuntangkan biji mata. Mulut ternganga luas. Tetapi cepat-cepat ditutup kembali sebelum ada lalat yang berani masuk. Memanglah aku macam ingat-ingat lupa dengan muka mamat ni. Ini mamat yang aku jumpa dekat kedai Che Mat petang tadi. Apa punya petaka datang menimpa ni! Sungguh. Dunia ini bulat. Dunia ini kecil. Pusing-pusing pasti kita akan terjumpa dengan orang yang sama. Baru tadi berdoa supaya tak terjumpa lagi mamat ini. Sekarang, dia dah berdiri betul-betul depan mata. Kalaulah aku ada magic power, nak aje aku menghilangkan diri balik rumah sekarang jugak. Tak pun kalau aku ada selimut yang boleh buat diri jadi halimunan macam dalam filem Harry Potter tu, memanglah sekarang jugak aku selimutkan diri aku ni. Okey. Sekarang semua ready ye? Berdiri rapatrapat. Yang cik adik sebelah tu apesal jauh sangat tu? Rapat sikit. Nanti nampak separuh badan aje dalam gambar.

52

Areila Sahimi

Jurukamera bertugas memberi arahan kepada kami agar shoot yang akan diambil nanti nampak cantik. Aleeya menggetap bibir. Sengaja betullah si cameraman ni. Ngeee! Okey. Ready for take. One, two, three cheessee. Aleeya hanya tersenyum bersahaja. Tak tau nak ditafsirkan macam mana rupa senyuman tadi. Macam kerang busuk, lala busuk, tiram busuk yang mana satu aku pun tak berapa pasti. Mula-mula sekeping. Lepas tu sekeping lagi. Lagi lagi dan lagi. Dalam malu-malu tadi, rasa-rasanya dekat sepuluh keping la gambar Aleeya tersesat dalam album kahwin Kak Lina. Selesai sesi bergambar beramai-ramai bersamasama ahli keluarga, kedua-dua mempelai mula bergerak ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. Kak Lina dan suaminya naik satu kereta. Entah macam mana Aleeya boleh tercampak naik satu kereta dengan Zain. Nak buat macam mana? Nak naik kereta dengan pengantin baru, Aleeya segan. Takkan nak berhimpit-himpit. Nasib baik Si Zain tu kasi offer baik punya tumpang Chevrolet Optra dia. Walaupun rasa macam malu nak tumpang sekali, tapi dah tak ada pilihan. Takkan nak buat keras kepala buat acara maraton, jalan kaki malam-malam buta ini. Memang jarak tak berapa nak jauh dengan rumah pengantin. Tapi malam-malam macam ni takut kalau-kalau terserempak dengan H.A.N.T.U. Mintak simpang. Nauzubillahiminzalik! Di dalam kereta, yang dikasi tumpang dengan yang baik sangat memberi tumpang masing-masing diam sahaja. Bukan Aleeya malas mahu beramah mesra. Tetapi

53

Baju Pengantin Mak Andam

takkanlah dia yang nak mulakan dulu. Buat malu muka aje. Dah la petang tadi punya kes pun belum hilang lagi kesan malunya. Jangan nak buat hal. Jangan suka-suka nak kasi malu diri sendiri, hatinya berperi. Sampai di rumah pengantin, Aleeya terus keluar dari Chevrolet Optra milik orang yang kasi tumpang itu. Thanks. Sepatah perkataan yang terkeluar dari mulut Aleeya sebelum dia berlalu pergi. Hmmm... Meenachi Leela Ji. Nice to meet you! Tiba-tiba datang suara dari belakang. Mendengar sahaja kata-kata dari belakang itu, Aleeya terus berpaling pusing kepala lipat maut. Dilihatnya Encik Chevvy itu sedang tersenyum sambil menahan ketawa. Kening Aleeya naik sebelah ala-ala penyanyi lentik Ziana Zain. Mata dibulatkan. Dia mendengus geram. Terus berpusing dan berjalan laju-laju menuju ke rumah pengantin.

54

Areila Sahimi

bab 5
EEYA bangun. Bangun! Bangun...!!! Nak jadi apa anak dara tidor sampai matahari dah naik ni. Aleeya... bangun! Suara emak bergema satu rumah untuk mengejutkan si dara yang sedang lena di tempat beradunya. Kalau hendak diikutkan, suara emak ini sudah macam hendak kejutkan orang dalam semua rumah di lorong nombor sepuluh ini. Aleeya yang sedap tidur di atas katil sedikit pun tidak terkesan dengan alunan suara emak tidak tahu irama apa sedang memekik di luar pintu bilik. Aleeya bangunnn...!!! Naik lagi frekuensi suara emak. Arrrggghhh!!! Radio Taman Temara dah berbunyi dah... Serak-serak basah suara orang yang baru bangun tidur itu. Kemudian, mata dipejamkan kembali. Krohhh... krohhh.

55

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya...!!! Kali ini frekuensi suara emak bertambah lagi. Bergegar satu bilik dengan suara emak. Aleeya terkejut. Mata disental-sental dengan tangan. Cuba dipaksa untuk dibuka luas-luas. Apa mak? Kacau orang tidurlah. Ngantuk lagi ni. Malas-malas Aleeya bersuara. Kemudian, matanya dipejamkan semula. Memang. Aku mengantuk sangat ni. Semalam dekat pukul tiga pagi baru balik rumah. Bayangkanlah. Nak siapkan Kak Lina si pengantin perempuan dengan tujuh pasang persalinan. Buat sorang-sorang tanpa ada yang membantu. Memanglah meletihkan. Macam nak tercabut semua skru dalam badan ni. Emak macam sudah nak naik angin. Hangin dengan perangai anak dara yang seorang itu. Dari budak sampai sudah boleh jadi mak budak, perangai tidak pernah nak ubah. Aleeya memang. Kalau dia tengah tidur, bom meletup sebelah telinga dia pun dia boleh buat dek aje. Emak masuk ke dalam bilik yang tidak berkunci itu. Emak ambil sebiji bantal di atas katil lalu dipukul ke badan Aleeya. Bedebuk... bedebuk!!! Ooo... mak engkau! Gempa bumi gempa bumi!!! Bertabur Aleeya melatah. Emak Aleeya ketawa. Apa mak ni? Kejut orang macam tu. Nak wrestling ke pagi-pagi ni? Ingat gempa bumi tadi! Tak ada maknanya gempa bumi. Bangun! Dah

56

Areila Sahimi

pukul sepuluh setengah ni. Kata nak pergi mengandam pengantin. Ni mak andam pun elok berbungkus lagi dengan selimut, arah emak. Aleeya yang masih mamai bertanya kembali, dah pukul berapa sekarang ni mak? Mata cuba dibuka luas-luas, besar-besar. Emak mendengus geram. Sebiji bantal dicampak ke muka Aleeya. Biar budak ni sedar sikit. Dah pukul sepuluh setengah pagi. Emak bersuara kuat sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah jam loceng di tepi katil. Aleeya segera menoleh. Melihat ke arah jam loceng. Hah!!! Sepuluh setengah? Dah lambat ni! Alamak... kenapa mak tak kejutkan orang awal-awal? Janji dengan pengantin pukul sebelas pagi. Macam mana ni? Sepantas kilat Aleeya mencapai tuala yang elok tersangkut. Segera menuju ke bilik air. Mandi. Kurang dari sepuluh minit Aleeya mandi. Selalunya kalau tak lebih dari setengah jam bertapa di dalam bilik air, memang tak sah. Hari ni kurang dari sepuluh minit catatan masa tak rasmi. Boleh cipta rekod baru ni. Aleeya segera mencapai sehelai T lengan panjang dan jean. Tudung yang sudah sedia bergosok dipakai. Semua kelengkapan untuk menyolekkan pengantin hari ini sudah tersedia di dalam kereta. Semalam semua kelengkapan itu dibiarkan sahaja di dalam boot kereta. Setibanya di rumah pengantin, Aleeya segera ke bilik Kak Lina. Youre late, kata Kak Lina sambil menunjukkan jam di dinding.

57

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya memandang ke arah jam. Lewat lima minit daripada masa sebenar yang dijanjikan. Ek ena cik kak sorang ni. Apa lima minit pun nak berkira jugak ke? Semalam Leeya lupa nak bagi tau dekat akak yang jam dinding dalam bilik akak ni cepat lima minit. So rasanya Leeya datang on time pukul sebelas kalau mengikut jam di tangan Leeya ni. Selamba jawapan yang diberikan kepada Kak Lina. Sengaja digoyang-goyangkan jam tangan sporty jenama Adidas ke muka Kak Lina. Betullah kata Anis. Aku kalau bab mau cipta alasan memang juara, hatinya berkata. Aleeya tersenyum. Oiii cik kak. Senyum apa lagi tu? Cepatlah! He he heh sorry kak. Sorry-sorry naik lori la.

OKEY. Siap. Cun. Kak Lina dah siap berdandan cantik. Untuk majlis persandingan tengah hari ini, Kak Lina mengenakan sepasang songket tenunan asli dari Terengganu berwarna maroon. Top to toe semua sudah settle. Bolehlah aku rehat lepas ni. Tinggal untuk majlis potong kek malam ini sahaja lagi. Lepas tu, semua kerja siap. Untuk kenduri pihak lelaki minggu hadapan, Kak Ana akan mengambil balik tugas dia semula. Aku dah tak payah bersusah payah lagi duk sibuksibuk nak jadi mak andam bidan terjun untuk Kak Ana. Lina, pinjam mak andam awak kejap. Datang satu suara dari tingkap bilik Kak Lina. Aleeya yang sedang sibuk berkemas-kemas turut

58

Areila Sahimi

menoleh. Ini apa ke hal? Macam baru lepas masuk acara lari berpagar untuk Sukan Olimpik aje tengok gayanya. Tercungap-cungap. Problem. Kat rumah tu tak ada sape tau pakaikan samping kat pengantin lelaki. Habis tu tak siap lagi la ni? Atlet lari berpagar itu menggelengkan kepala. Mencuri nafas sebelum meneruskan kata, itu yang saya datang nak pinjam mak andam ni. Tolong settlekan problem kita orang kat sana. Aleeya ikut Zain pergi tolong settlekan problem dia orang ni! Hah? Aleeya terpinga-pinga. Cepatlah! Arahan tegas diberikan oleh si pengantin. Okey... okey.

DI DALAM kereta... Aleeya: Macam manalah dalam ramai-ramai lelaki kat rumah tu tak ada sorang pun yang tau macam mana nak pakaikan samping. Habis selama ini korang pakai samping teknik macam mana? Zain: Mak cik sebelah aku ni membebel pulak. Plaster mulut tu dengan plaster luka karang baru tau. (Di dalam hati). Zain: Bisinglah awak ni. Pengantin kena la pakai teknik yang jarang orang buat. Kalau setakat macam pagi

59

Baju Pengantin Mak Andam

raya tu, petik jari boleh siap. Ni nak berbunga-bunga pintallah, apalah, mana ada sape yang tau! Aleeya: Husy... (Bunyi dengusan yang macammacam orang nak lepas geram tapi tak jadi). Setibanya di rumah tempat pengantin lelaki bertarak, Aleeya segera mendapatkan Abang Irfan. Samping dipakaikan sepertimana yang pernah Kak Ana ajar kepadanya dulu. Keris disemat di pinggang. Tanjak dipakai di kepala. Fuh! Settle babe. Thanks ya Leeya. Okey. Tarak hal bang. Hey bro... kau dah siap ke? Aku pinjam budak kecik ni kejap. Tolong pakaikan samping kat aku pulak. Aleeya menoleh kepada gerangan yang bersuara itu. Ini apa hal pulak ni. Trick nak cari pasal atau trick nak kena penggal? Eh, kenapa pulak saya kena pakaikan samping awak. Tak reti pakai sendiri ke? Sape pengantin ni. Encik... hmmm encik... Jari telunjuk ditunjuk ke muka lelaki yang pandaipandai bersuara itu. Zain. Hah... Encik Zain ke atau Abang Irfan? Ayat tergantung tadi disambung semula. Budak kecik Meenachi Leela Ji, abang ni telah dilantik oleh Abang Irfan, suami Kak Lina awak tu untuk menjadi pengapit kepada pengantin lelaki. Aleeya buat muka. Sungguh menjengkelkan. Rasa nak baling aje dengan selipar Jepun yang bukan made in Japan ni ke batang hidung Zain. Uwek!

60

Areila Sahimi

Ye la. Setakat pengapit aje. Yang nak melebih-lebih ni apa kes? Tak ada kes. Ingat dalam court ke? High court. Badminton court.... Habis tu, nak ada keris pakai tanjak semua ke ni? Sengaja Aleeya bertanya. Boleh. Kalau ada bawak lebih. Lagi selamba Zain menjawab. Argh! Poyo... Poyo... Ikut hati memang tak nak. Tapi disebabkan sikap profesional, aku buat jugaklah macam mana mamat ni nak. Meenachi Leela Ji, nama betul apa? Sengaja Zain buat-buat tanya. Padahal bukan dia tidak tahu siapa nama mak andam ini. Aleeya buat tak tau. Sungguh tak berhemah betul dia ni. Aku tengah buat kerja lagi diajak bersembang. Cucuk dengan jarum pin ni karang baru tau! Kalau tak bagi tau nama, nanti abang panggil awak Meenachi Leela Ji nanti macam pak cik kedai tu panggil, boleh ke? Soalan bodoh! Permintaan bodoh yang tak patut dilayan. Pin yang digunakan untuk mengemaskan lagi kedudukan samping sengaja dicucuk ke badan orang yang banyak mulut menyakitkan hati orang tu. Adoiii!!! Aleeya tersenyum. Dilihat muka si banyak mulut itu berkerut menahan sakit. Sorry. Tak sengaja. Sepatah-sepatah Aleeya berkata. Hatinya turut sama ketawa. Padan muka! Ambik kau....

61

Baju Pengantin Mak Andam

Wah, main kasar tu! Cakap la. Nama sape? tanya si banyak mulut itu lagi. Aleeya menjulingkan anak mata ke atas. Memandang wajah pemuda itu yang masih lagi berlagak selamba. Barangkali sakit akibat kena cucuk dengan pin tadi sudah hilang gamaknya, fikir Aleeya. Aleeyalah. Malas-malas Aleeya menjawab sebab dia dah tak kuasa hendak melayan kerenah Zain. Ooo... Aleeya Lah. Nama abang Mohd. Zain. Panggil Abang Zain aje. Zain memperkenalkan diri dengan caranya yang tersendiri. Suka benar Zain melihat muka budak perempuan ini berkerut-kerut. Alah dik... bergurau aje, apa salahnya? Bukan luak pun... Zain bersuara nakal di dalam hati. Mendengar si jahat mulut itu membahasakan dirinya sebagai Abang Zain, Aleeya sudah mula naik loya. Ini kalau loya betul-betul kat sini nanti, mahu terkeluar semula roti canai yang dijamah semasa sarapan pagi tadi. Ah, sudah! Ini apa hal pulak ni? Sejak bila kau jadi abang aku ni? Sejak bila kita berkongsi mak abah ni? Sungguh tidak faham. Cik Abang Zain, tak ada maknanya! Huh! Apa-apa ajelah! Eleh... eksen budak kecik ni, Zain berkata di dalam hati melihat Aleeya terus berlalu pergi tanpa menghiraukan dirinya.

ALUNAN lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Allahyarhamah Puan Sri Saloma memeriahkan lagi acara persandingan di antara Kak Lina dan pasangannya, Abang

62

Areila Sahimi

Irfan. Bagai pinang dibelah dua, kedua-dua mempelai yang sedang duduk bersanding di atas singgahsana. Sama cantik, sama padan. Hai! tegur Zain dengan senyuman manis tak lekang di bibir. Hai. Ditegur sepatah. Jawab pun sepatah. Tersenyum... Tersenyum... Tak sakit ke tulang pipi Zain ini? Dari atas pelamin tadi mempamerkan gigi sebaris. Macamlah dia tu model iklan ubat gigi Colgate. Gigi saya dilindungi dari kaviti.... Dah makan? Zain bertanya. Aleeya sekadar mengangguk. Masih tidak menghiraukan Zain di sebelah. Mata Aleeya buat-buat melilau melihat suasana majlis yang masih meriah lagi ini. Aleeya Lah dah lama ke buat kerja ni? tanya Zain lagi. Angin mana pulak yang bawak Mat Zain ni terbang datang duduk dekat-dekat dengan aku. Apa hal entah. Tibatiba Mat Zain nak beramah mesra ala-ala duta kedai Mesra Petronas dengan Cik Aleeya. Bukan Cik Aleeya Lah. Aku ganti Kak Ana la. Dia ada kerja kat tempat lain. So aku tolong cover dia kat sini, jawab Aleeya dengan bahasa yang boleh tahan kerek jugaklah. Biar kerek sikit. Biar Mat Zain berfikir sepuluh, dua puluh, tiga puluh kali sebelum kepala dia terlintas nak ketuk-ketuk aku. Mahu jual minyaklah...! Zain pandang Aleeya. Aleeya tetap buat muka tak bersalah. Wah!!! Dahsyat aje budak Aleeya Lah ini berbahasa.

63

Baju Pengantin Mak Andam

Muka kerek semacam aje. Siapa Kak Ana tu? Jiran sebelah rumah aku ke? Ataupun jiran rumah Aleeya Lah ini... First time rasanya aku dilayan sekerek ini oleh seorang perempuan. Corrections. Oleh seorang budak perempuan. Jatuh maruahku kalau ada yang tau. Habis tu, Aleeya kerja kat mana? Zain bertanya lembut. Sebutan nama pun sudah dibetulkan. Aku pun satu. Ada ke pergi layan perempuan yang baru kenal macam tu! Berbahasalah baik-baik sikit! Zain menasihati diri sendiri. Patutlah budak ni pun balas kerek juga. Kau ni sibuk mengalahkan perempuan. Aku kerja kat mana-mana pun biar la. Aiseh... serabut ar mamat ni.... Erk! Tersekat air liur Zain sebentar. Amat-amat terasanya aku dikata sebegitu. Aku dikatanya serabut? Aku tengok budak kecik ni yang berserabut. Sejak pertama kali jumpa dekat kedai runcit kelmarin, dia ni dah nampak serabut. Hari ni dia kata aku pulak yang serabut, Zain berkata. Tetapi semua itu hanya di dalam hati. Eh... sat ek. Aleeya bersuara tiba-tiba sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangan Adidas yang setia dibawa ke mana-mana sahaja dia pergi, kecuali ke pejabat. Mana ada Cik PA masuk office dengan beg tangan Adidas yang agak sporty ni! Boleh kena gelak selama hayat berada di dalam bangunan tu, selagi tak ada arahan kena tukar atau dah pencen. Nah. Aleeya menghulurkan sekeping kad kepada Zain. Pandangan mata Zain terarah kepada sekeping kad yang baru diterima tadi. Business card. Kemudian, dia

64

Areila Sahimi

merenung semula ke arah Aleeya. Minta difahamkan sekarang juga apa kena-mengena kad ini dengan aku. Kalau kad nama Aleeya lain cerita la. Itu maknanya Aleeya mahu berkawan dengan aku. Jangan perasan dirilah Mohd. Zain! Nanti kalau kau nak kahwin, kau contact la tauke butik ni. Dia boleh kasi offer baik punya. Servis pun bagus. Seakan-akan faham dengan renungan Zain tadi, tanpa diminta Aleeya menerangkan sebab-musabab kad itu diberikan kepada Zain. Kak Ana yang suruh. Trick orang business. Mana-mana pergi business card jangan lupa bawak. Dah alang-alang aku jadi mak andam kat rumah pengantin ni, dengan aku-aku sekali kena jadi distributor, tukang edar business card tauke Butik Seri Pengantin. Okey la aku nak cau dulu. Malam karang aku ada kerja lagi kat sini. Daaa.... Aleeya terus berlalu dan menuju ke kereta. Sampai di kereta dia terus masuk ke dalam. Enjin dihidupkan. Baru masuk gear undur, tiba-tiba.... Aleeya... Aleeya! jerit Zain. Apa kena la Mat Zain ni. Apa lagi la yang dia nak... rungut hati kecil Aleeya. Sungguh betullah mamat ni serabut. Zain memberi isyarat tangan menurunkan cermin tingkap keretanya. Apa lagi? tanya Aleeya agak kasar. Nombor handphone? Zain angkat kening dengan sengih nakal. Dalam kad tu la, jawab Aleeya selamba. Apa kena mamat ni? Dah cantik tertulis di atas kad itu pun masih lagi mahu tanya ke? Ini tengok pakai mata ke agar Aleeya

65

Baju Pengantin Mak Andam

pakai apa ni? Jengkel sungguh Aleeya dengan kelakuan Zain itu tadi. Zain tepuk dahi. Tak faham betullah budak ni! Siapa nak nombor tauke kedai ni? Yang aku maksudkan nombor telefon dia. Bukan nombor telefon tauke butik ni. Nombor telefon kau la. Berlagak kerek sikit. Sape suruh dia kerek dengan aku dulu? Ada pen? Ada. Zain berkata sambil menunjukkan pen di tangan. Aleeya tersenyum sumbing. Heheh Suka-suka hati nak ketuk-ketuk aku ye? Macamlah aku tak tau trick orang lelaki ni. Datang idea nakal tapi best dalam kepala. Kosong, satu, dua... Kosong, satu, dua... Zain cuba mengikut apa yang keluar dari mulut Aleeya sambil menulis di belakang business card tadi. Lima, sembilan, empat... Lima, sembilan, empat... Tekan-tekan tak dapat. Babai. Satu nafas sahaja Aleeya berkata. Terus kereta diundur ke belakang dan dia terus meluncur laju. Ha ha ha ha Yes... Berjaya!!! Selamat jalan romeo.... Zain terpinga-pinga sambil memerhatikan Myvi SE merah itu meluncur laju hilang dari pandangan mata. Hampeh punya budak perempuan! Berani main-mainkan aku. Macamlah susah sangat nak dapatkan nombor telefon kau tu! Zain geleng kepala dan tersenyum sendirian. Perkenalan yang cukup manis dirasakan ketika ini.

66

Areila Sahimi

bab 6
OKIA 6500 SLIDE beralun irama Umbrella nyanyian Rihanna menandakan ada panggilan masuk minta segera dijawab. Skrin telefon bimbit dilihat. Kak Ana. Holla kak. Aleeya menjawab malas. Mengganggu sungguh Kak Ana ini. Tak bolehlah tengok orang nak bersenang-lenang duduk relaks sekejap. Ate tengah duduk berehat ada sahaja gangguan yang datang. Amboi... penat sangat ke? tanya Kak Ana sedikit sinis. Penat la. Ni pun baru balik rumah. Baru nak golek-golek atas katil dah terima gangguan teknologi. Macam tak paham Kak Ana ni. Buat-buat tak tahu. Mestilah penat, orang baru balik siapkan kerja dia dekat rumah orang kenduri tu. Itu pun lagi mahu tanya! Di hujung talian terdengar suara Kak Ana mengekek ketawa. Golek-golek jangan sampai jatuh tergolek. Ni

67

Baju Pengantin Mak Andam

mesti kes makan ayam golek kat rumah kenduri tadi ni, gurau Kak Ana. Aleeya... Aleeya. Manja sungguh! Baru buat kerja banyak itu sudah merungut penat. Itu baru disuruh mengurus untuk majlis yang tidak berapa besar. Kalau diminta untuk menguruskan majlis Wedding of The Year, tak bangun seminggu gamaknya budak yang seorang ini. Kak Ana geleng kepala. Ha ha ha ha... gelaklah lagi! Aleeya mengajuk Kak Ana ketawa. Ngeee akak sorang ni memang mengacau kedamaian orang sungguh. Mengganggu ketenteraman awam. Memecah masuk privasi orang. Kak Lina call akak tadi. Dia kata you did very well. Kira dah passlah kalau nak bukak satu lagi cawangan Butik Seri Pengantin dekat Putrajaya nanti. Kak Ana memuji. Well you know me. See the leg la kak. Riak semacam bahasa yang dipakai. Aleeya senyum. Senyum bangga. Alamak seyh aku dipujilah! Tak salah nak jadi riak kejap. Hidung dah kembang semacam ni dengar kena puji. Ni kalau Kak Ana berdiri depan aku ni, mesti kepala kena luku sebab berlagak riak kerek semacam depan mentor sendiri. Poyo. Akak tak habis ayat lagi tadi tu. Kerja okey. Tapi kenapa lambat datang rumah customer? Nak kena ni! Bagi reputasi buruk dekat Butik Seri Pengantin. Nasib Lina tu member kamceng akak dulu. Boleh kawtim-kawtim, tegur Kak Ana. Kalau iya pun kerja bagus, tapi janganlah sampai hilang disiplin. Aku sendiri tidak pernah terlewat ke rumah pelanggan. Aleeya ketawa.

68

Areila Sahimi

Masalah yang tak dapat nak dielakkanlah Kak Ana. Nak buat macam mana? Tapikan kak, sorry to saylah, orang memang tak berminat nak bukak satu lagi cawangan Butik Seri Pengantin dekat Putrajaya tu. Tak laratlah. Nak buat kerja macam ni. Terkejar sana. Terkejar sini. Lagipun orang bukan berotak business macam Kak Ana. Kak Ana yelah, ada otak putar alam yang first class. Lagipun ini lastlah orang jadi bidan terjun untuk akak. Lepas ni tak nak la, kata Aleeya dengan tangan turut sama menari-nari seperti mami jarum menunjuk barang kemasnya. Membuat gaya lakonan semula situasi siang tadi. Tolonglah! Memang sudah tidak sanggup rasanya buat kerja sebegini. Penatnya tidak terkata. Eh... eh... Budak Aleeya ni. Suka-suka hati masak cabai bubuh daun bawang aje mengata aku ada otak putar alam first class. Itu namanya kes buat-buat tak perasan terkutuk Kak Ana dia ni secara halus. Lor kenapa seyh? tanya Kak Ana. Tidak faham dengan Aleeya. Setahunya businesslah boleh buat jadi kaya. Malaslah nak melayan kerenah orang ni, balas Aleeya. Macam tu pulak! Balik bila? Isnin. Lepas makan tengah hari. Esok buat apa? Apalah akak ni. Esok Ahad. Orang nak lepak-lepak kat rumah. Nama aje balik kampung, tapi tak melekat kat rumah. Mak pun dah bising. Jom keluar makan esok, usul Kak Ana. Sape belanja? Aleeya bertanya pantas. Ek eleh... kerek pulak. Kak Ana bagi sebijik.

69

Baju Pengantin Mak Andam

Ye la. Karang tak pasal-pasal Kak Ana paw orang, suruh belanja pulak. Aleeya tersenyum. Masih segar di dalam ingatan macam mana Kak Ana telah bersekongkol dengan Rozy nak kenakan aku masa aku mula-mula dapat gaji dulu. Tak berhati perut dia orang tinggalkan aku sorang diri di kaunter McDonalds lepas order apa yang dia orang berdua mahu makan. Menggigil tangan nak keluar duit masa tu. Cess!!! Selalu Leeya paw Kak Ana, akak tak bising pun! getus Kak Ana. Amboi takut sangat Aleeya jika diminta tolong payungkan aku dan Rozy makan dekat mana-mana. Akak lain. Big boss. Orang kuli aje.... Nada Aleeya sudah merendah. Sedang buat drama kekononnya dia seorang gadis yang amat-amat innocent dan merendah diri. Cairlah wahai kakakku. Aleeya dengan Rozy sama aje. Tau nak paw bos besar aje. Nada suara Kak Ana diubah sikit. Bunyi macam orang dah dekat nak merajuk. Aleeya ketawa. Lawak la ayat Kak Ana ni. Boleh pulak buat nada suara ala-ala budak kecil merajuk dengan emak abah dia sebab tak dibelikan lollypop. Langsung tak menunjukkan umur dah dua puluh tujuh tahun. Bersembang dengan dia macam bersembang dengan member-member sebaya aku aje. Kak Ana, panggil Aleeya. Hmmm.... Orang tengokkan, akak dengan Rozy tu macam ada something goes wrong somewhere aje.

70

Areila Sahimi

Sengaja Aleeya mengusik Kak Ana. Memanglah Kak Ana dengan Rozy tengah cuba sedaya upaya bekerja keras nak menyorok sesuatu dari pengetahuan aku. Macamlah aku tak tau. Ingat mata aku ini dah rabun ke? Tak nampak babakbabak romantik dia orang itu semasa di butik. Ni apa kes ciplak dialog Mak Cik Mary, mak tiri Zoela ni? Tau la minat sangat tengok drama Sindarela tu. Kreatif la sikit. Guna ayat sendiri. Nak kona la tu! Akak ni ada apa-apa ek dengan Rozy tu? sakat Aleeya lagi. Jangan berhenti! Biar Kak Ana menggelabah macam labah-labah sebab takut tembelang dia dah pecah. Mengarutlah! nafi Kak Ana. Siapa yang mengarut? Lain macam aje mata orang ni tengok akak dengan Rozy. Dekat butik boleh pulak guraugurau manja, main pukul-pukul. Eleh, lagi mau kata orang mengarut. Aleeya masih tidak puas lagi mahu menyakat Kak Ana. Pasti sekarang ini Kak Ana sudah masuk menyorok di dalam selimut kerana tidak tahan menanggung malu. Muka pasti sudah jadi merah padam. Ni sejak bila dah jadi pandai main tuduh-tuduh akak ada skandal dengan Rozy ni? Sungguh tak berasas tuduhan yang dilemparkan itu. Dahlah. Malas akak nak layan kamu ni. Pergi tidur. Esok jangan lupa. Kita jumpa dekat Restoran Maxwell. Barang-barang akak tu jangan lupa bawak jugak. Jangan nak buat harta sendiri pulak. Wah! Bestnya ada orang nak belanja dekat Restoran Maxwell esok. Akak, orang nak makan ikan siakap tiga rasa, udang goreng tepung, sup ekor, sayur campur dengan daging masak merah. Nasi putih nak dua pinggan. Alang-alang orang

71

Baju Pengantin Mak Andam

dah bermurah hati, baik kita balun sampai lebam, kata Aleeya dengan gumbiranya. Hore!!! Ada orang mahu belanja. Hebat aje. Badan kecik makan banyak! perli Kak Ana. Aleeya hanya membalas dengan ketawa. Okeylah, Leeya. Jangan lupa esok, tau. Babai. Assalamualaikum. Babai. Waalaikumussalam. Talian dimatikan. Aleeya menengadah ke siling memandang kipas angin yang sedang berpusing laju. Nasib tadi tak jumpa dengan Mat Zain lagi. Kalau tak he he he he Aleeya tersenyum sendiri. Confuse aku dengan mamat sorang ni. Tapi Mat Zain ni kira okey jugak aku tengok. Not bad. Walaupun tak mirip dengan mana-mana selebriti, tapi boleh tahan jugak. Tinggi. Encem pun ye jugak. Ha ha ha. Ini apa kes tiba-tiba duk terfikir, terbayang Mat Zain yang baru kenal tu? Kes apa lagi, kes satu wayar dah tercabut sebab penat sangat. Nyaris-nyaris tak short. Bahasa senang, penat gila tahap gaban Perwira Satria Perkasa Hitam. Baru dua hari pegang profesion jadi mak andam tak terlatih, kepala dah macam tak berapa nak betul.

72

Areila Sahimi

bab 7
Aleeya tersenyum.

AMBAT. Mukadimah Kak Ana dengan muka seposennya.

Tetapi riak muka Kak Ana tidak berubah lagi. Masih dengan muka seposennya tadi. Tapi rasanya mungkin dah jadi muka satu sen. Kak Ana satu sen... Kak Ana satu sen (tolong nyanyi pakai tune lagu Esah Lima Puluh Sen) sebab muka Kak Ana dah naik merah-merah tembaga macam duit satu sen sahaja kerana tahan geram dengan perangai Aleeya. Sorry. Biasalah. Susahlah nak lepaskan diri dari rumah tu. Alasan diberi. Mintak-mintak kesalahan patik yang tidak disengajakan ini dapat diampunkan. Habis tu, macam mana boleh bolos pulak ni? Rozy ambik turn bertanya. Bersedia atau tidak bolos saja dinding itu. Aleeya tiru gaya Zizan dalam game show Bolos di Astro Ria.

73

Baju Pengantin Mak Andam

Kak Ana buat muka bengang. Tadi buat muka seposen tak laku. Aku rasa macam nak tukar jadi Incredible Hulk aje, biar Aleeya jadi takut sikit. Melihat muka Kak Ana yang sedari tadi tidak berubah, Aleeya tunduk ke bawah. Dia kemudian bersuara sedikit kendur, alah Kak Ana ni. Orang main-mainlah. Itu pun nak bengang. Main-main! Main-main!!! Kecik-kecik dulu tak puas main-main ke? Aleeya buat tak tahu. Apa kena akak aku ni? Angin apa yang datang melanda? Aku cuma lewat... hmmm... hmmm... satu jam aje. Satu jam aje? hatinya bertanya sendiri. Nak buat macam mana, dah susah nak lepaskan diri tadi. Ni pun sebelum datang dah kena tadah telinga dengar ceramah daripada penceramah tak bertauliah. Come on girl. Be matured. Dah dua puluh dua tahun. Dewasa sikit, tegur Kak Ana sedikit keras. Relakslah kak. Orang muda lagi. Baru dua puluh dua tahun. Sengaja Aleeya menjawab selamba. Macamlah aku tidak tahu yang aku ini sudah besar panjang. Sebab tu Zul tinggalkan Aleeya tau! Tak pernah nak jadi dewasa. Semua benda nak buat main-main. Sekali Aleeya kena sembur dengan Kak Ana da. Berdesing telinga Aleeya mendengar nama itu. Zul. Nama sebenar Azizul Izlan bin Mohd. Rahim. Ini yang buat aku hangin ni. Tiba-tiba nama itu disebut di depan aku. Kak Ana macam tak tau yang aku alergi dengar nama mamat tu. Temperature dah naik. Terangkat kening Aleeya sebelah memandang Kak Ana.

74

Areila Sahimi

Akak kalau bengang dekat orang just marah orang sorang ajelah. Ni apa hal pulak nak ungkit-ungkit nama mamat tu depan meja makan? Dahlah alergi dengar nama dia tu. Buat patah selera. Nada dah macam merajuk sikit tu. Nak pergi ladies sat. Terus Aleeya bangun dan menuju ke tandas restoran. Kenapa awak cakap macam tu? tanya Rozy. Tak patut juga Ana tiba-tiba membangkitkan soal Azizul di hadapan Aleeya. Kak Ana yang menyedari keterlanjuran bicaranya tadi mengeluh perlahan. Mulutnya dipukul-pukul perlahan. Kerana mulut cabulnya tadi, Aleeya sudah merajuk. Bukan tidak tahu, Aleeya masuk ke tandas itu bukannya apa, mahu cover perasaan sedihnya. Saya bukan sengaja. Terlepas cakap tadi. Kak Ana mengakui kesilapan diri sendiri. Tu la... Kalau bercakap, main ikut sedap sendiri aje, tegur Rozy. Macam mana ni? Kak Ana bertanya. Karang lepas budak tu balik dari tandas, awak pergi mintak maaf. Macam mana nak pujuk tu, awak fikirlah sendiri. Kata Rozy.

ALEEYA yang baru pulang dari tandas terus kembali ke tempat duduknya. Sedikit merah mata Aleeya seperti baru lepas menangis. Wajahnya kelihatan sugul tidak semenamena. Tidak seceria ketika Aleeya baru sampai tadi.

75

Baju Pengantin Mak Andam

Rozy memberi isyarat mata kepada Ana agar memujuk kembali adik kecil yang sedang merajuk itu. Sorrylah Leeya. Akak nak nasihat Leeya. Jangan selalu main-main. Leeya dah besar. Yelah. Nasihat tu nasihat ajelah. Dah memang Kak Ana ni penasihat kiri kanan depan belakang orang. Ni sampai terkeluar nama mamat tu apa hal? Ni yang buat beta hangin ni. Tak kira! Aku nak merajuk lama sikit. Bagi gelabah akak sorang ni cari akal macam mana nak pujuk aku. Ye la. Akak mintak maaf. Anggap aje yang tadi tu akak main-main aje. Main-main... main-main. Masa kecik-kecik dulu tak puas main-main ke? Aleeya fired Kak Ana dengan sebijik-sebijik word yang Kak Ana hentam dia tadi. Tiru ayat akak tu... mana aci! Uwekkk... Aleeya menjelirkan lidah. Kemudian datang pelayan restoran membawa hidangan yang telah siap dipesan. Eh, bila masa order? Aleeya buat muka yang konon-kononnya macam pelik. Peliklah sangat! Ikutkan dia baru sahaja sampai, tetapi hidangan sudah siap tersedia lebih cepat daripada biasa. Keadaan di restoran ini memang macam kebiasaannya. Penuh dengan orang yang ingin datang menjamu selera. Rata-rata bersama ahli keluarga. Hidangan paling spesial sudah tentu ikan siakap masak tiga rasa dan juga sup ekor istimewa.

76

Areila Sahimi

Nak order tak payah tunggu Leeya. Kita orang dah hafal dah menu Aleeya, kata Rozy sambil tangannya sibuk membantu pelayan restoran memindahkan hidangan yang dipesan dari talam ke meja. Wah... baguslah! Dah hafal makanan favourite orang kat sini. Aleeya bersuara girang. Macam kanak-kanak riang. Hilang sudah rasa sedih yang menghambat jiwanya tadi. Ye la. Macam mana tak hafal kalau setiap kali kita makan kat sini semua menu sama aje. Dah la tu, dia sorang aje diberi mandat diraja buat pilihan menu apa nak makan. Ni dia! Ikan siakap masak tiga rasa, sayur campur, udang goreng tepung, daging masak merah and last but not least, sup ekor spesial baik punya... Cukup? perli Rozy. Aleeya mencebik bibir apabila kena perli bertubitubi tanpa henti dengan Rozy. Kemudian bibirnya kembali mengukir senyuman segaris. Perfect! Ni yang buat aku sayang kau lebih la, Rozy. Rozy tersengih. Memang kaki mengampu. Kaki kipas orang. Rozy tukang order aje. Yang bayar Kak Ana tau! sampuk Kak Ana. Ada ke patut Aleeya sayang Rozy sorang aje. Aku yang tukang keluar duit dia buat tak nampak aje. Aleeya dengan Rozy sama-sama ketawa mendengar luahan rasa ketidakpuasan hati Kak Ana tadi. Doa dibaca sebelum semua menjamu selera. Aleeya, tadi kata hilang selera nak makan, giat Kak Ana, sengaja ingin mengusik adik kesayangan yang sudah hilang rajuknya itu. Ah! Pedulikan dengan semua itu. Orang tak kira.

77

Baju Pengantin Mak Andam

Dah lama orang mengidam nak makan kat sini. Dah dapat peluang ni, biar orang balun sampai lebam. Kak Ana menggeleng. Ek ena... Cam iya-iya aje tadi dia naik angin bila aku mention nama Zul depan dia. Banyak agenda dalam kepala budak ni. Pandai betul dia buat drama. Drama queen!!! Aleeya ambik ni. Kak Ana menghulurkan sekeping sampul surat berwarna coklat kepada Aleeya. Sampul surat beralih tangan. Aleeya tersengih memandang sampul surat tersebut. Kali ini pasti dia tersengih macam kerang busuk. Sebab dah masyukkk. Apa ni kak? Sengaja Aleeya mengutarakan soalan bodoh. Padahal awal-awal lagi dah tau isi di dalamnya. Cuma berapa keping tu aje yang tak dapat nak dipastikan lagi. Budak kecik main belon, buat tak tau konon! Piiirahhh... balas Kak Ana. Aleeya membuka sampul surat tersebut. Mulutnya terkumat-kamit mengira not-not lima puluh ringgit. Kemudian mukanya menguntum senyuman mekar. Thanks kak. I lap youlah kak. Tau... Leeya memang hari-hari lap akak sampai berkilat. Tapi ingat tau, Leeya. Kena jugak cari someone untuk kamu cakap I love you satu hari nanti. Takkan sampai bila-bila nak pegang title Miss Single and Available? Kak Ana tersenyum puas. Puas jugak dapat kenakan budak Aleeya ni. Ke situ pulak akak ni. Aleeya mencebik. Tetapi dia tetap berselera makan.

78

Areila Sahimi

Leeya, apa kes dengan pengapit lelaki tu yang namanya... errr... hmmm.... Dahi Kak Ana berkerut-kerut cuba mengingati nama yang disebut oleh Harlina malam tadi. Katanya pengapit lelaki dengan mak andam diraja berantakan pasal kes nak pakai samping. Lawak apa pulak ni? Samping punya hal sampai boleh bertikam lidah pulak! Hampir tersedak Aleeya apabila Kak Ana bertanya mengenai pengapit lelaki itu. Siapa lagi... Mat Zainlah! Rozy yang duduk bertentangan dengan Aleeya segera menghulurkan air. Nasib tidak tersedak tadi. Zain, gumam Aleeya rendah. Hah! Betullah tu. Zain. Baru Kak Ana teringat dengan nama itu selepas diberitahu oleh Aleeya tadi walaupun suara macam orang berbisik di dalam kelambu. Tak ada apa la kak. Mat Zain tu la! Menci orang tengok. Poyo semacam. Ada ke patut kak, dia pun sibuk-sibuk nak pakai samping berbunga-bunga pintal macam pengantin. Orang tanyalah balik. Keris dengan tanjak pun nak jugak ke? Dia selamba aje jawab kalau ada bawak lebih apa salahnya. Ek ena... macam apa aje. Lepas tu masa orang tengah sibuk pakaikan dia samping, orang sengaja cucukkan pin kat perut dia. Padan muka! Panjang lebar Aleeya bercerita. Mengingati kembali bagaimana muka Zain yang menjerit kesakitan akibat kena cucuk dengan pin membuatkan Aleeya ketawa. Lawak sungguh muka dia. Berkerut-kerut menahan sakit. Macam budak baru masuk jawi. Lina kata Zain tu bujang lagi tau. Baru dua puluh

79

Baju Pengantin Mak Andam

lima tahun. Belum masuk kategori bujang trang tang-tang lagi. So? Ada orang kisah ker...? Eksen, balas Kak Ana sepatah. Nasi di dalam pinggan disudu dan dibawa ke mulut. Dari tadi asyik sangat bersembang. Ingat nak cucuk-cucuk budak Aleeya suruh diceritakan mengenai lelaki yang hanya dikenali dengan nama Zain itu. Menurut laporan yang diterima daripada Harlina malam tadi, Zain macam suka kat Aleeya. Tapi Aleeya jual mahal sangat. Itu pun lepas Zain senyum-senyum masa mintak nombor telefon Aleeya daripada Harlina. Tapi Harlina tidak beri. Kalau betul anak jantan konon gentleman, mintak sendirilah! Daripada apa yang diberitahu oleh Harlina, Zain adalah junior suaminya semasa studi di UTM Skudai dulu. Sekarang menjawat jawatan sebagai jurutera di sebuah syarikat pembinaan beribu pejabat di Bangi. Dah dekat sangat la tu. Zain di Bangi. Aleeya kat Putrajaya. Ikut gate belakang Presint 4 dalam sepuluh minit dah boleh sampai ke Bangi. Sabtu Ahad dah tentu-tentulah Cik Aleeya sama ada nak atau tak nak kena turun ke Bangi jugak. Dah nama pun part-time student dekat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Aleeya pun pernah cerita, dia selalu berlatih futsal di Bangi dengan budak-budak pejabat dia setiap hari Rabu. Sejak bila minat futsal, itu masih lagi menjadi tanda tanya. Penyokong nombor satu Skuad Seladang, itu sudah sedia maklum. Tapi pasal futsal-futsal ni aku pun tak berapa nak pasti macam mana Aleeya boleh terjebak. Mungkin terpengaruh dengan siri Gol Dan Gincu kut. Itu cerita pasal futsal. Kalau bukak cerita pasal hobi baru dia ni, memang

80

Areila Sahimi

interested habis. Bukak cerita pasal Zain, Aleeya macam malas ambik port pulak. Suasana sunyi sepi seketika. Semua menikmati hidangan yang tersedia di atas meja. sibuk

Aleeya makan dengan penuh berselera. Rasanya sudah lama tidak merasa makanan di restoran ini. Lepas ni lepak dataran, jom! Rozy mengeluarkan usul selepas mereka selesai makan. Good idea. Kak Ana menyokong sambil memetik jari. Sorry, orang tak boleh join. Aleeya menarik diri. Kenapa? Tidak puas hati, Rozy dan Kak Ana bertanya serentak. Memandang Aleeya. Esok orang dah nak gerak balik. Nak rehatlah. Lagipun orang dah janji dengan mak balik awal hari ni. Tak tahanlah kalau kena tadah telinga lagi nanti. Alasan lengkap yang bukan dibuat-buat macam kebiasaannya. Memang kenyataan. Mahu emak mengamuk sakan kalau malam ini pun aku balik lewat lagi. Lagipun orang malas la nak kacau daun pasangan bahagia mau karang ayat-ayat cinta atas kerusi batu tepi Dataran Ipoh tu, sambung Aleeya sambil tersengih-sengih kerana puas hati dapat usik dua orang di hadapannya itu. Sebelah Rozy kelihatannya tenang tak berkocak. Buat-buat tak dengar la tu. Padahal menahan perasaan... Kih kih kih.... Kak Ana pulak muka dah naik merah macam baru kena tonyoh dengan blusher jenama LOreal - macam Maya

81

Baju Pengantin Mak Andam

Karin selalu pakai tu... Aleeya di hadapan ditenung macam nak telan hidup-hidup. Macam-macam budak kecik ni.... Rozy buat ayat pelindung diri sendiri. Orang yang macam-macam ke atau dua orang budak besar ni yang macam-macam? Muka Kak Ana dah merah semacam macam pakai blusher brand LOreal Kerana dirimu begitu berharga, tu apa kes? Aleeya bersuara selamba sambil mulut dijuih-juihkan ke arah Kak Ana. Kak Ana segera menunduk muka menghadap meja. Kemudian dia menegakkan kepala semula memandang tepat ke arah Aleeya. Tak ada keslah! Dah tu, jom balik. Kak Ana berkata geram. Sengal pun ada dengan budak Aleeya ni. Boleh pulak buat serangan hendap jerangkap samar dirinya dengan Rozy. Nasib baru lepas makan. Kalau tak, mau ditelannya Aleeya hidup-hidup macam anaconda. Ngeee.

82

Areila Sahimi

bab 8
Sampai di rumah sewa, Aleeya terus masuk ke dalam bilik dan merebahkan badan di atas toto yang sudah sedia elok terbentang. Barang-barang yang dibawa dari kampung hanya dilonggokkan di tengah-tengah ruang tamu rumah pangsa yang tidak berapa besar itu. Ikan masin, belacan, taucu, kicap sehingga cili jeruk semua diangkut ke Putrajaya. Buah jambu Tapah yang dibeli di Hentian Rehat dan Rawat tadi juga turut dilonggokkan bersama. Ikutkan hati, malas nak mengangkut segala macam benda itu, tetapi setelah emak membebel di tepi telinga, terpaksa juga diturutkan. Kat sana tu bukan senang nak dapatkan ikan masin, belacan, taucu yang sedap macam kat Ipoh ni. Bawak ajelah. Simpan dalam peti sejuk. Kalau nak masak, senang. Tak payah nak tercari-cari. Aleeya tersenyum sendiri mengingat kata-kata

ERJALANAN hampir tiga jam dari Ipoh ke Putrajaya terasa amat memenatkan.

83

Baju Pengantin Mak Andam

emak pagi tadi sebelum berangkat pulang. Memanglah. Telinga aku dah tahan kebal, kalis maki dengan suara emak. Sampai nak balik pun, kena tadah telinga lagi. Itu cerita di rumah sebelum bertolak pulang. Dalam perjalanan pulang melalui Lebuh Raya Utara Selatan lain pulak kisahnya. Niat di hati mahu berhenti sekejap di Hentian Rehat dan Rawat Tapah, hanyalah untuk membuang hajat yang ditahan sejak kereta yang dipandu mula masuk melepasi pintu tol Simpang Pulai tadi. Tapi hati macam terpanggil nak beli buah jambu Tapah yang sememangnya cukup popular di sini. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan... alang-alang dah sampai, baik beli aje takut nanti menyesal. Ketika mahu membayar harga buah jambu yang dibeli, tiba-tiba ada suara yang menegur dari arah belakang. Aleeya, panggil seseorang dari arah belakang. Automatik leher Aleeya terpusing melihat gerangan si empunya suara yang memanggil namanya itu. Zain??? Zain angkat kening. Buat apa kat sini? Apa punya soalan bodoh yang aku tanya. Dah terjumpa dekat R&R. Mestilah datang nak makan, tak pun nak melepaskan hajat atau macam apa yang aku tengah buat sekarang ni. Beli buah jambu yang dah cukup femes satu Malaysia. Rehat kejap. Nak makan. Kau? Zain bertanya kembali. Aku beli ni. Aleeya menjawab sambil menunjukkan beg plastik buah jambu yang sudah pun dibayar harganya. Jom makan sekali. Teman aku. Bosanlah kalau

84

Areila Sahimi

duduk makan sensorang, pelawa Zain. Ikhlas. Tak ada makna apa-apa pun. Aleeya menimbang-nimbang. Okey. Dia terus berjalan ke deretan kedai-kedai makan yang ada di hentian itu. Zain mengikut jejak dari belakang. Angin apa pulak yang melanda mak cik sorang ni? Terus agree cakap okey aje? Aleeya dan Zain duduk di satu meja kosong bahagian kanan tepi gerai. Minum adik manis? Zain bertanya sambil buat gaya pelayan dekat mapley tengah ambil order. Aleeya menekup mulut menahan tawa. Bos, kasi Milo suam. Tak nak Milo, tak nak susu. Letak air suam aje, pinta Aleeya. Zain angkat kening. Dahinya berkerut. Pening memikirkan jenis air Milo yang baru diminta oleh Aleeya. Air Milo pesen baru ke ni? Kemudian dia memandang Aleeya yang sedang ketawa. Cist! Baru dia terperasan. Cakap la nak minum air suam. Ayat sikit la punya panjang. Milo suam la. Tak nak Milolah. Tak nak susulah. Poin penting cuma nak minum air suam aje. Mangkuk tingkat cap Kuda Belang betul la budak Aleeya ni! Air suam aje? Zain bertanya kembali. Dilihatnya Aleeya masih mengekek ketawa. Dapat kau tangkap ye? tanya Aleeya. Aku memang pantas bab tangkap menangkap ni. Zain membalas. Ye la tu! Yo yo o aje. Aku tengok dahi kau tu

85

Baju Pengantin Mak Andam

berkerut-kerut nak memikirkan mende apa yang aku mintak tadi. Aleeya membalas balik. Zain diam. Tercari-cari patah perkataan untuk membalas balik ayat-ayat Aleeya. Akhirnya yang keluar cuma, banyaklah kau! Hilang kata? Atau dah tak tau nak kata apa lagi? duga Aleeya sambil tersenyum sinis. Zain diam. Aleeya sambung ketawa. Yes!!! Aku menang...! Kasi can, balas Zain dan terus berlalu menuju ke gerai yang menjual air. Air suam satu siap! Zain datang membawa dulang yang berisi segelas air suam, teh O ais dan semangkuk bihun sup. Gelas berisi air suam tadi diletakkan di hadapan Aleeya. Betul tak nak makan ni? Dia bertanya kembali. Aleeya menggeleng tanda tidak mahu. Aku on diet. Eleh... badan kurus cekeding macam anak cicak lagi mau diet! Aleeya membulatkan biji mata. Kurang asam jawa, asam boi, tempoyak masam punya mamat. Berani sungguh mengata aku depan-depan yang aku ni macam anak cicak! Sungguh tak berinsurans mulut dia itu... Wei!!! Aku anak oranglah, bukan spesies cicak! Aleeya cuma mendiamkan diri. Malas mahu bertikam lidah dengan orang yang tengah sedap-sedap menikmati bihun sup di dalam mangkuk itu. Kalau tercekik nanti, tak pasal-pasal aku dituduh cuba mengapa-apakan Mat Zain ini pulak. Kau nak balik mana? Zain bertanya.

86

Areila Sahimi

Putrajaya. Presint? 11. Ooo. Zain menyambung kembali menghirup kuah sup di dalam mangkuk. Kau? Turn Aleeya pulak bertanyakan soalan. Zain mengangkat muka memandang wajah Aleeya yang tak beriak itu. Bandar Baru Bangi, jawabnya. Ooo... aku selalu jugak pergi Bangi. Training futsal dengan budak-budak office, beritahu Aleeya tanpa diminta. Memang itulah aktivitinya setiap malam Rabu. Buat latihan futsal dengan teman-teman satu pejabat. Aleeya mula bermain futsal selepas menonton filem Gol dan Gincu dulu. Masa di kampung dulu, Aleeya memang sudah ada pasukannya sendiri yang terdiri daripada kawan-kawannya sendiri dan juga kawan-kawan adiknya, angah. Selalu jugaklah pergi main dekat Sport Planet di Ipoh dulu. Mulamula memanglah nampak macam susah. Nak sepak bola, tersepak tulang kering orang pun ada. Nak buat sepakan maut sampai tercabut kasut pun ada. Tapi bila sudah cuba bermain, dah jadi tahap separuh pro, memang best. Hilang stres. Selain futsal, Aleeya juga amat meminati sukan bola jaring. Setiap kali ada perlawanan, pasti dia akan turut sama menyertai. Itu juga merupakan salah satu cara dia mengekalkan kesihatan badan. Lagipun memang seronok main beramai-ramai. Kat mana? Zain bertanya. Tidak sangka, Aleeya boleh berminat dengan futsal.

87

Baju Pengantin Mak Andam

Sama seperti dirinya. Kalau di zaman uni dulu, Zain memang bermain bola sepak untuk pasukan kolejnya. Tetapi kini dia sendiri sudah jatuh minat pada futsal. Tidaklah mengah sangat kalau bermain futsal dari bermain bola sepak yang keluasan padangnya dua kali ganda daripada padang futsal. Active futsal. Aleeya menjawab. Aku selalu jugak training futsal kat situ, beritahu Zain. Dah lama kau join team futsal? Kalau dengan team budak office aku, ni kira baru lagilah. Itu pun lepas kena paksa join team department aku untuk tournament futsal antara department. Nak tak nak aku memang kena join la. Kira macam paksa relalah. Tapi aku memang dah lama main futsal ni. Since lepas habis sekolah dulu pun aku dah main. Kalau team bola, kau sokong mana? tanya Zain. Kejor Yop Kejor. Sungguh bersemangat kenegerian. Mestilah. Aku seorang Silverian yang amat-amat sayangkan negeri dia. Aleeya ketawa. Maklumlah, ahli Kelab Anak-Anak Perak di dalam Friendsterlah katakan.... Kalau luar negara? Zain bertanya lagi. Seronok bersembang pasal sukan dengan orang yang boleh masuk kepala. Biasa kalau pasal-pasal bola ini, harapkan dengan member satu jenis ajelah boleh masuk pun. Ini kira kali pertama bercakap pasal bola dengan seorang perempuan. M.U, jawab Aleeya bersahaja. Zain mencebik. Ini sah sebab Christiano Ronaldo.

88

Areila Sahimi

Eh, mana tau ni? Aleeya buat-buat tanya sambil ketawa. Perempuan.... jawab Zain pendek. Alah! Kalau dah namanya perempuan tu, perempuan jugaklah. Bukan betul-betul nak tengok game pun sebenarnya. Tapi nak tengok player pujaan hati aje.... bisik Zain di dalam hati. Dari sesi perkenalan bertukar menjadi sesi sembang-sembang sukan hari ini. Semua cerita yang ada kena-mengena dengan bola sepak mahupun futsal semua terkeluar. Dari cerita skuad tempatan sampai masuk international, dua-dua layan aje. Sampai licin kuah sup di dalam mangkuk, kering air di dalam gelas. Melihat mangkuk di hadapan Zain sudah licin berkilat, Aleeya angkat punggung mahu pulang. Eh, nak pergi mana? soal Zain, tergesa-gesa. Baliklah. Jauh lagi perjalanan ni. Naik apa? Aku ni budak perempuan besar yang ada lesen bawak kereta tau! Naik kereta la. Takkan kereta lembu kut. Zain tersengih. Memanglah naik kereta. Kalau naik kereta lembu sampai hari Ahad bulan Januari tahun depan pun takkan sampai. Parking kat mana? Sana tu, jawab Aleeya sambil mulutnya menjuih ke arah keretanya diparkir. Aku kat sana! Zain menudingkan jari telunjuknya. So? Okeylah. Zain bangun dari kerusi. Dia berjalan menyaingi Aleeya.

89

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya mula menukar haluan ke arah kanan menuju tempat parking kereta manakala Zain pula menuju ke arah kiri. Aleeya! Aleeya menoleh ke belakang. Kelihatan Zain berlarilari anak ke arahnya. What? Kau ada hutang dengan aku! Aleeya mengerut dahi. Mak aiii... duit air suam tadi pun nak kena bayar balik ke? Aleeya yang macam tak berapa nak paham terus mengeluarkan wang kertas satu ringgit dan dihulurkan kepada Zain. Keep the change. Apa ni? Dah tak kenal dengan kepala Agong ni lagi ke? Duit la. Takkan tisu tandas. Untuk apa? Air suam tadi. Zain ketawa. Hatoiii... sakit kepala aku! Mau aku kena cepuk dengan Badri kalau dia tau aku claim balik duit air awek ni tadi. Buat malu kaum sejenis aje. Aku maksudkan nombor telefon kau la mak cik. Bukan duit Milo suam, tak nak Milo, tak nak susu, letak air suam aje tadi. Not satu ringgit tadi dikembalikan semula ke tangan Aleeya. Tangan sebelah sudah menyeluk ke dalam poket seluar. Telefon bimbit Nokia N81 sudah tersedia di tangan. Aleeya menimbang-nimbang di kotak fikiran sama ada wajar atau tidak nombor telefonnya diberikan kepada Zain. Takut juga kalau kena terima gangguan teknologi setiap malam. Lama dia terdiam.

90

Areila Sahimi

Leeya, kita kawankan? Zain separuh merayu. Dia buat muka seposen... dan lima sen dan satu sen.... Aleeya 0125844411. menghembus keluhan perlahan.

Tangan Zain pantas menari-nari di atas keypad menaip nombor-nombor yang baru keluar dari mulut Aleeya. Kemudian dia menekan butang call. Bunyi deringan telefon bimbit dari beg tangan Aleeya membuatkan Zain tersenyum senang. Aleeya mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjuk kepada Zain nombor yang sedia tertera di skrin. Jangan lupa save nombor aku tu. Nombor exclusive milik lelaki terhangat di pasaran. Pesan Zain dan terus berlalu pergi. Cittt!!! Aleeya juga terus menuju ke keretanya.

WAH!!! Leeya banyak bawak balik bekalan dari kampung. Tengok ni. Macam-macam ada. Mulut Iwa pot pet-pot pet sambil tangan sibuk mengemas barang-barang yang dibawa oleh Aleeya dari kampung tadi. Apa punya anak dara entah, main longgok aje dekat tengah-tengah rumah segala macam ikan masin, belacan ini semua. Lepas tu boleh sedap landing atas toto. Mak aku kata tu untuk bekalan dunia akhirat. Selamba Aleeya bersuara dari dalam bilik air. Mengekek dia ketawa mendengar Iwa yang sibuk membebel di dapur. Habislah aku... ketua rumah dah bising.

91

Baju Pengantin Mak Andam

Leeya, lambat lagi ke? Anis sudah bising di luar pintu bilik air. Aku nak mandi ni. Kau buat apa lama sangat kat dalam tu? Aleeya hanya buat tak tahu. Tetapi dari luar pintu bilik boleh dengar jelas suara dia ketawa, gelakkan Anis yang berada di luar pintu bilik air. Anis di luar dah panas berasap. Badan dah melengas semacam ni. Aleeya kat dalam bilik air boleh pulak bersiram lama-lama. Bukan apa tu... sebenarnya mak cik tu dah lama siap mandi. Tapi sebab nak sangat sakitkan hati aku, saja je dia duduk lama-lama kat dalam bilik air tu. Gila apa kalau sejam tak habis mandi lagi? Nak kena ye kau Leeya dengan aku? Melintas idea nakal di dalam kepala Anis. Lalu dia masuk ke toilet di sebelah bilik air. Secebok air dibaling ke dalam bilik air. Aleeya yang tengah sedap-sedap mandi bersiram air, rasa macam nak terlompat sampai terhantuk siling bilik air dengan serangan yang tak disangka-sangka itu. Wei main kasar ek? jerit Aleeya dari dalam bilik air. Tiada sebarang jeritan balas dari tandas di sebelah. Selang beberapa saat... bushhh!!! Secebok lagi air dari tandas sebelah masuk ke dalam bilik air. Wah!!! Main kasar ek? Nak main-main sangat... kata Aleeya di dalam hati. Kali ini dia hanya membatukan diri. Nak lawan perang mesti kena atur strategi. Aleeya dapat mendengar dengan jelas suara Anis yang bukan main lagi mengekek ketawa. Lalu, baldi yang berisi separuh air itu, ditimbang-timbang terlebih dahulu, sebelum lontaran dibuat. Satu, dua, tiga gedebushhh!!!

92

Areila Sahimi

Arrrggghhh!!! Bergema suara jeritan Anis. Wah! Kau kasi lebih nampak? Anis mula membalas balik. Aleeya dengan Anis main perang air berbentengkan dinding sebagai penghadang. Bingit dapur rumah dengan suara budak berdua ini. Iwa yang sedang sibuk memasak untuk makan malam hanya buat tak tahu. Dia cuma menggeleng kepala mengenangkan perangai dua orang teman serumah yang tak ubah macam kanak-kanak Ribena ini. Hoi orang depan rumah!!! Tak tau duduk diam ke? Memekak aje. Mengganggu ketenteraman awam sungguh! laung suara dari rumah hadapan yang cukup dikenali. Aleeya dan Anis terus diam menikus. Terjengketjengket Aleeya keluar dari bilik air dengan berkemban sahaja. Anis juga. Mereka berdua ketawa bersama-sama apabila tidak pasal-pasal kena sound dengan jiran depan rumah. Confirm orang depan rumah musti tengah emo lebih sekarang ini. Wei, kenapa Encik Izzat tu? Anis berbisik kepada Aleeya. Aleeya geleng kepala. Tak tau. Kau tanyalah orang yang duduk sepejabat dengan Encik Izzat depan rumah kita tu.... Mulut menuturkan sambil telunjuk dituding ke arah Iwa yang sedang mengupas kulit ubi kentang. Nape dengan dia tu Iwa? Anis mengajukan soalan kepada Iwa. Entah! Sepatah perkataan yang keluar dari mulut Iwa.

93

Baju Pengantin Mak Andam

Malas mahu melayan dua orang yang masuk air di dalam rumah ini. Encik Izzat tu bukan apa tu, stres la tu. Jiwa kacau wei... sebab tak berjaya nak ajak mak cik tu keluar dating. Aleeya bersuara kuat kepada Anis. Serentak mereka berdua ketawa. Mak cik yang mendengar sudah mula merengus geram. Ubi kentang di tangan dibaling ke arah budak berdua yang sibuk bermesyuarat depan pintu bilik air. Mencicit kedua-duanya berlari masuk ke dalam bilik.

94

Areila Sahimi

bab 9
UNYI alarm yang bingit dari telefon bimbit mengejutkan Aleeya dari terus dibuai lena. Jam digital yang tertera di skrin telefon bimbit sudah menunjukkan tepat pukul lima tiga puluh minit pagi. Kenapalah hari ini hari Selasa, bukannya hari Sabtu ke Ahad ke... Malasnya nak pergi kerja kalau dah berehat sakan di kampung. Berehat ke? hati mula bertanya sendiri. Aleeya menggolekkan badan ke kiri dan ke kanan. Senaman baru bangun tidur yang sudah lama menjadi tabiat yang susah nak dibuang. Aleeya bangun dari toto tempat tuan puteri beradu. Seperti biasa, selimut dilipat. Toto juga dilipat dan diletakkan di tepi penjuru bilik. Bantal untuk membuat alas kepala diletakkan sekali. Begitu juga dengan bantal bucuk yang sudah berusia hampir sepuluh tahun itu diletakkan sekali di atas bantal kepala. Kemudian dia menuju ke cermin yang elok tergantung di dinding bilik. Membelek-belek wajah yang baru

95

Baju Pengantin Mak Andam

bangun tidur itu terlebih dahulu sebelum mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Sempat dia mengetuk pintu bilik sebelah dan juga bilik belakang supaya penghuni di dalamnya sedar dari lamunan indah mimpi masing-masing. Macam warden asrama budak sekolah menengah lagak gaya Aleeya mengejutkan teman-teman serumah yang masih sedap tidur di atas toto masing-masing. Pang! Pang! Pang!!! Macam nak kasi pelempang pintu bilik diketuk. Bangun! Bangun!!! jeritnya dari luar dan terus berlalu menuju ke bilik mandi. Selesai mandi, Iwa terus ambil turn masuk ke bilik mandi. Yang dua orang lagi masih sedap tidur. Aleeya terus masuk ke dalam bilik. Sejadah dibentangkan menghadap kiblat, telekung dipakai sempurna. Berdiri tegak menghadap kiblat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Selesai solat, Aleeya terus bersiap sedia untuk ke pejabat. Baju kurung Johor berwarna merah jambu itu cantik terletak di badan Nurul Aleeya yang mempunyai ketinggian lima kaki lapan inci itu. Bekerja sebagai pembantu peribadi di jabatan kerajaan tidaklah sama seperti mana-mana pembantu peribadi di syarikat-syarikat swasta. Kebanyakan PA di syarikat swasta lebih bergaya sofistikated up-to-date dengan skirt atau slack yang dipadankan dengan kemeja pelbagai warna lengkap dengan blazer. Almaklumlah, ikon syarikat. Penampilan kena jaga. Tak boleh main redah belasah aje. Kebiasaannya Aleeya lebih selesa ke pejabat dengan memakai baju kurung sahaja. Adakala kalau ingin mengubah

96

Areila Sahimi

selera, haluan fesyen, dia memakai kebaya. Tidak kiralah sama ada kebaya labuh, kebaya nyonya ataupun kebaya pendek berkain pario ke semua jalan aje. Manakala setiap hari Khamis, kena pakai baju batik sepertimana yang telah tertulis pada pekeliling perkhidmatan awam bilangan satu tahun 2008 yang menekankan bahawa setiap hari Khamis adalah hari pemakaian batik bagi kakitangan awam. Masih segar di dalam kotak ingatan semasa belajar di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam dulu. Menjadi pelajar jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan atau singkatannya DSK. Tapi, ada golongan pelajar dari jabatan lain yang menggelar DSK itu sebagai Diploma Seni Kecantikan. Cesss!!! Jabatan mana tu? Mana lagi... dah tentutentu dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan juga Jabatan Kejuruteraan Awam. Suka-suka hati dia orang sahaja. Teringat semasa belajar kelas grooming Cik Aznira. Ha ha hah... Macam manalah budak-budak DSK tak kena kutuk berlori-lori kontena dengan budak-budak TNB sama budak JKR, kalau nak pergi ke kelas tengah-tengah hari rembang pakai bedak tebal seinci, blazer plus slack hitam, tak lupa kemeja dan tudung putih complete dengan sepasang sepatu high heel berwarna hitam. Jalan ramai-ramai dah macam sekumpulan pramugari MAS nak masuk dalam badan pesawat yang membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci Mekah aje gayanya. Aleeya mengukir senyum sendiri menghadap cermin. Tak dinafikan jugak. Aleeya pun pernah kena kutuk kaw-kaw baik punya depan-depan masa belajar dulu. Dah nama student DSK, tak akan ada seorang pun boleh dapat mandat diraja terkecuali dari kena kutuk dengan budak TNB dan budak JKR. Jangan harap dia orang semua nak hormat kita punya daulat. Belum ada dalam sejarah! Macamlah lawak

97

Baju Pengantin Mak Andam

sangat lawak Tenaga Nasional campur lawak Jabatan Kerja Raya yang budak-budak ini buat bila ada gurl DSK yang lalu depan dia orang. Tapi dibuat-buat telinga ni pekak seolaholah tak dengar apa-apa, macam letak suatu alat yang kalis bunyi dalam lubang telinga. Bukan apa, masa tu kepala ni dah boleh fikir sikit yang mungkin semua itu balasan yang kena terima sebab masa sekolah menengah dulu lancar sangat mulut tu mengata budak-budak kelas janda yang duduk berjiran dengan kelas Aleeya semasa sekolah menengah dulu. Kelas Janda??? He he heh Aleeya tersengih sumbing. Kelas Sains Rumah Tangga yang kesemua pelajarnya adalah perempuan. Semua budak-budak kelas Aleeya yang konon-konon masa tu semua tanam impian mahu jadi Mr. and Mrs. Ir. letak gelaran awek-awek kelas sebelah tu dengan gelaran Kelas Janda. Aleeya cuma ikut aje. Habis tu, kalau orang suruh terjun lombong pangkalan tu kau pun ikut sama terjun ke, Cik Aleeya? Yang tak baik, yang tak elok tu cepat aje ikut. Cepat aje terpengaruh. Dengan rela hati jadi followers, kutuk hati Aleeya pada dirinya sendiri. Tapi sekarang memang dah menyesal selepas aku juga terasa seperti berada di kelas janda semasa di poli dulu. Kalau jumpa Isma, Ina, Liza benda pertama aku nak buat adalah mintak maaf secara terang-terangan, berdiri depan-depan. Three Stooges dalam badan budak perempuan yang selalu kena kutuk dengan Aleeya and the gang. Bukan apa. Kena kutuk pun sebab dia orang punya gen gediks yang melampau semacam. Aku dahlah cukup lemas dengan manamana girl yang gediks dan suka melebih-lebih ni. Tapi, at least Aleeya sudah pun mintak maaf dengan dia orang semua melalui Friendster. Post dekat comment profile masing-

98

Areila Sahimi

masing. Setakat ni feedback yang diberi okey. Semua kata benda lama, tak ada hal punya!!! Alahhh...!!! Masing-masing dah besar, kan? Takkan cerita lama nak ungkit balik. Janji sekarang semua dah happy dengan life masing-masing. Samalah macam aku. Jam di dinding bilik dipandang sekilas. Ya Allah!!! Nilah masalahnya kalau sesekali memusing masa ke belakang, menyusuri lorong-lorong kenangan zaman dulu-dulu, pasti diri akan terleka. Aleeya segera bersiap. Cermin dipandang. White Perfect Re-Lighting Whitening Toner dititiskan di atas kapas muka dan disapukan ke bahagian muka secara perlahanlahan dan diikuti pula dengan SK-II Facial Treatment Essence yang bertujuan untuk melahirkan sel kulit baharu. Bagi perlindungan di bawah pancaran cahaya matahari, White Perfect Re-Lighting Whitening Gentle Moisturizing Day Cream disapukan ke atas kulit muka. Sebelum memakai bedak, LOreal True Match Super-Blendable Foundation disapu rata ke seluruh muka sebagai asas setiap teknik solekan. Selepas itu barulah bedak padat warna senada disapukan. Kebiasaannya, jika mahu ke pejabat, Aleeya hanya mengenakan solekan yang nipis sahaja. Cukup sekadar sedikit pemerah bibir, pelembap bibir dan maskara di mata. Takut nanti jika melebih-melebih dikata perasan diva pula. Lagipun mana ada orang mahu ke pejabat dengan solekan tebal seinci macam nak pergi buat show atas pentas. Gilalah aku. Macam manalah masa raya tahun lepas ex-students 5 Sains 2 SMK Kampung Pasir Puteh tak ternganga tengok aku! Aleeya berbisik di dalam hati. Sampaikan Apeh yang masa sekolah dulu, pandang

99

Baju Pengantin Mak Andam

aku sebelah mata pun macam tak kuasa, boleh bagi offer baik punya jadi kekasih gelap: part-time lover dia. Nasib dia buat propose maut tu dalam telefon selepas balik beraya. Kalau dia buat gaya gentleman, lelaki kasanova, pencinta setia, pemusnah hati wanita kelas pertama, propose aku jadi parttime lover dia secara berdepan-depan, face to face, mata bertentang mata, mahunya melayang telapak tangan aku ini naik ke muka dia yang konon perasan diri tu handsome. Handsome la sangat. Suka-suka hati aje. Tak pernah berubah! Bila nak bertaubat aku pun tak tau. Eee... meremang bulu roma bila mengingatkan saat diri dilamar oleh Hafiz Zulkarnain untuk menjadi kekasih gelap lelaki itu. Memang dulu Aleeya pernah meminati Hafiz Zulkarnain di zaman bergelar pelajar sekolah. Alah Minatminat yang gitu-gitu aje. Tapi itu dulu. Zaman orang kata cinta monyet. Zaman terasa nak admire pada someone yang konon-konon perasan diri tu cute. Sekarang tidak lagi. Apeh... Siapa tak kenal? Pemain hati wanita yang paling tersohor namanya semasa di alam persekolahan dulu. Pang! Pang...! Panggg!!! Pintu bilik Aleeya diketuk kuat. Cepat Leeya. Buat apa lagi tu? Nak tumpang ke tak nak ni? Iwa bersuara dari luar bilik. Bingit telinga mendengar suara cik kak yang seorang ni menjerit pagi-pagi buta. Ini gaya macam nak kejut satu Blok E ni bangun, bagi amaran suruh pergi ke pejabat dengan segera aje. Tas tangan di atas meja kecil dicapai, pas keselamatan dipakai dan terus pintu bilik dibuka. Iwa dan Anis sudah sedia menanti di ruang tamu rumah sambil bersarapan pagi. Macam biasalah Nescafe tiga

100

Areila Sahimi

dalam satu dibancuh dengan air panas dan dicecah dengan biskut empat segi Hup Seng cap Pingpong. Cuma Aida yang tidak kelihatan. Mungkin sudah ke pejabat. Minggu ini giliran Cik Anis Fadzdia jadi driver. Menyahut seruan kerajaan dengan berkongsi kereta adalah satu langkah terbaik untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas selain dapat menjimatkan wang. Tang-tang zaman sekarang semua barang harga dah naik, lagilah kena beringat-ingat.

FAIL di atas meja sudah menggunung tingginya minta segera dikemas kini. Baru cuti tak sampai seminggu, fail sudah tinggi. Nasib tak sama tinggi dengan Gunung Kinabalu. Aleeya melepaskan keluhan. Belum buat kerja sudah terasa penat bila memandang fail yang banyak itu. Sahlah. Matahari dah tenggelam baru aku boleh balik rumah hari ini. Fail diselak satu per satu dengan lemah. Argh Semangat Aleeya. Semangat!!! Kalau tak buat kerja sekarang, bila nak siap? Takkan hari ini nak buat rekod peribadi menginap di office sendiri satu hari satu malam yang tak pernah-pernah dibuat orang. Mood cuti dah habis. Sekarang masa untuk bekerja. Aleeya cuba melawan rasa malas yang menyerang. Segera melakukan kerja seperti sediakala. Dalam pada sibuk menyiapkan kerja yang berlambak-lambak di depan mata, datang gangguan teknologi yang tidak diundang tiba di telefon bimbit miliknya. Rancak bunyi alunan irama Umbrella dendangan Rihanna.

101

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya mengerut dahi apabila melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbit. Zain calling. Ini apa kes tak ada ribut, tak ada angin taufan segala malapetaka tak datang menimpa, tiba-tiba Zain calling? Apa dia tak ada kerja yang nak kena dibuat ke pagi-pagi macam ni? Butang answer ditekan. Helo. Helo. Morning. Assalamualaikum. Kedengaran suara orang mengekek ketawa dari talian di hujung sana. Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh. Complete dan padat. Tak perlu diperbetulkan lagi. Aleeya menggetap bibir. Sengaja nak melebih-lebih dengan aku. Nasib dia jauh, tak nampak depan mata. Ini apa hal ni? Kau tak ada kerja ke, Zain. Mengganggu hidup orang pagi-pagi ni! Tak tau ke aku ni nak buat kerja? Alah kau ni. Bajet macam besar aje. Apa ajelah kerja yang kau buat dekat office tu. Meh sini. Teman aku dekat site. Tolong jadi inang diraja pegang payung untuk aku. Matahari dah mula naik ni. Aku panas la. Hampa gas punya Zain! Sungguh tak berasas tuduhan dia tu yang kata aku tak ada kerja nak kena buat. Meh sini. Tengok. Betapa berlambaknya beban kat atas meja aku ni. Dia boleh buat ayat selamba tak pakai filter kata aku tak buat apa. Cesss!!! Lagi tak boleh blah hantar utusan suruh jadi inang dia, tolong pegang payung untuk dia yang tengah sibuk buat kerja di tengah-tengah site yang sedia maklum tahap kepanasannya tu. Banyaklah kau! Dahlah, aku banyak kerja ni. Kau suruh orang lainlah jadi inang kau tu. Talian dimatikan. Aleeya mendengus geram.

102

Areila Sahimi

Alunan Umbrella berirama kembali yang datangnya dari orang yang sama. Ngeee... apa lagilah dia ni! Terasa menyesal pulak bagi nombor handphone pada Zain. Dengan kerelaan hati sendiri pulak tu... time lelaki itu datang merayu di R&R Tapah semalam. Sekali lagi telefon itu diangkat. Nak apa lagi ni? Suara dah mula bertukar intonasi. Frekuensi sedikit tinggi. Tak ada masa nak berbasa-basi. Tolonglah straight to the point nak cakap apa ni? Ek eleh mak cik sorang ni. Berlagak kerek pulak. Cakap elok-elok tak boleh ke? Zain di hujung talian buat suara macam budak kecik merajuk sebab tak dapat beli remote control car dekat Toys r Us. Ek enaaa... Sesedap rasa seindah bahasa kau mengata aku mak cik, Aleeya bercakap sendiri di dalam hati. Zain tersayang, cik abang manis yang encem bergaya, call adik sayang dalam waktu office ni nak apa? Tak tau ke yang sekarang ni adik sayang tengah sibuk nak buat kerja. Nak cakap, cakaplah cepat. Menggedik aje gaya Aleeya menyusun ayat bermain kata dengan Zain di hujung talian sana. Aleeya mula rasa tidak sedap hati. Apa punya etika kerja aku ikut. Time-time orang sibuk buat kerja, aku boleh pulak bermain-main ayat power dengan Mat Zain ni. Jelas juga di pendengaran Aleeya yang orang di hujung talian sedang seronok ketawa. Zain! Nak cakap, cakaplah cepat! Kali ini suara dah bertukar jadi macam Siti Tanjung Perak dalam cerita zaman TV hitam putih. Tengah hari karang kita lunch sama-sama.

103

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya ternganga. Apa? Dia bertanya kembali untuk memastikan sama ada Zain tersalah cakap atau dia yang sound trouble. Tengah hari karang kita lunch samasama. Sepatah-sepatah Zain mengeluarkan perkataan supaya jelas di telinga Aleeya yang dia telah mendapat jemputan VIP keluar makan bersama lelaki idaman Malaya. Gila! Nak suruh aku pergi Bangi semata-mata nak lunch dengan kau? Sepinggan setengah nasi campur aku boleh habis sementara nak sampai Bangi tu! kata Aleeya. Zain terdiam. Hmmm... sebelah tangan sibuk menggaru-garu dagu mencari idea dan jalan lain. Okey. Kalau macam tu biar aku pergi office kau, kita sama-sama lunch dekat situ. Menganga Aleeya mendengar idea Zain itu. Ush... sudah! Kalau tadi aku kata dia gila sebab bagi idea yang entah apa-apa, sekarang ni aku rasa aku patut bagi dia double dan triple. Gila... Gila Gila...! Kenapa pulak? Aku dah nak mencemar duli turun ke office kau pun kau boleh kata aku gila? Sungguh tidak patut.... Aleeya menggigit bibir. Zain ni tak paham bahasa ke? Kau jangan nak kasi spoil. Satu building ni tahu aku still pegang title Miss Single and Available tau! Nanti tak pasal-pasal kalau ada yang terbekenan dekat aku yang baru masuk gear satu nak memulakan sesi suai kenal beramah mesra, terus tukar gear reverse, patah balik tak jadi nak mengurat aku bila nampak kau duduk semeja dengan aku.

104

Areila Sahimi

Mahunya aku tak kata dia gila... gila... gila. Ada pulak dia volunteer nak datang sini makan sekali di kafe office tempat aku kerja. Duduk semeja pulak tu! Berduaduaan lagi! Dah beberapa tahun kerja kat sini, tak pernah dibuat aku makan minum duduk semeja dengan mana-mana lelaki. Biasa kalau makan minum duduk semeja pun cuma dengan Miera aje. Hanya Miera. Miera perempuan bukan lelaki. Tapi Zain lelaki! Semalam masa kat R&R boleh aje? Zain tak nak mengalah. Itu R&R. Bukan kafe office aku. Tolonglah paham. Tolonglah paham! Takpelah kalau tak sudi. Jelas Zain sudah bersuara kehampaan. Aleeya mengeluh perlahan. Aku dengan Zain baru aje kenal. Kenapalah dia boleh buat suara merajuk manja dengan aku sebab aku tak nak keluar lunch sama-sama dia hari ni. Sungguhlah aku tak paham dengan dia ni. Tapi jelas sekali, aku lagi tak paham dengan diri aku sendiri sebab boleh melayan Zain sampai macam ni. Lain kalilah. Aku janji. Hatoiii!!! Rasa macam nak tonyoh mulut sendiri dengan cabai burung sebab pandai-pandai atur ayat berjanji yang bukan-bukan. Ye ke? Wah! Wah! Wah! Seronok habis dia bersuara. Sunat sekali lagi karang baru tahu. Sungguh berdrama. Drama king yang boleh bertanding untuk dapat gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin.

105

Baju Pengantin Mak Andam

bab 10
AU tumisan cili kisar membuat hidung terasa hendak bersin dan mata pula pedih sudah mula nak berair. Hasheeemmm!!! Aleeya menutup hidung dengan telapak tangan. Alhamdulillah. Alat kawalan ditala ke arah decoder Astro yang elok terletak di atas rak TV itu. Tercari-cari siaran yang boleh dilayan sebelum Aleeya dengan hormatnya dijemput makan. Memang betul telahan yang aku buat pagi tadi, hari ini matahari sudah terbenam baru aku boleh balik ke rumah. Aleeya mengeluh kepenatan. Nasib jugaklah Anis dengan rela hati sudi datang menjemput Aleeya dari pejabat tadi. Itu pun setelah puas Aleeya pujuk rayu baru dia bersetuju. Kalau tidak mahunya lepas isyak pun belum tentu boleh sampai ke rumah. Fahamfaham sahajalah kalau nak balik naik bas dalam waktu sebegini. Kelihatan Anis sedang sibuk mengangkat pinggan dan gelas ke meja makan. Sibuk nampaknya Anis yang tengah setting meja untuk makan malam.

106

Areila Sahimi

Aleeya bangun, langkah dihala menuju ke dapur. Iwa sedang memasak sayur kangkung goreng belacan. Mesti malatop!!! Ayam goreng kunyit yang sudah siap terletak di atas kabinet dapur dibawa ke meja makan. Hari ini makan bertiga ajelah. Aida selepas maghrib tadi sudah keluar. Katanya mahu makan malam dengan buah hati pengarang jantung pisang. Siap!!! Makan time. Iwa bersuara sambil perlahan-lahan dia menatang mangkuk berisi sayur kangkung goreng belacan ke meja. Aroma dari sayur kangkung goreng belacan itu sahaja sudah mencucuk-cucuk lubang hidung. Itu tandanya sudah pasti ianya malatop pedas berapi. Amboi... dua-dua macam mem besar. Iwa berkata tatkala melihat muka seorang-seorang berlagak macam Cik Puan Besar sahaja. Aleeya dan Anis saling berpandangan. Kemudian mereka sama-sama ketawa. Sedia! Angkat tangan! Up! Aiseyh Sekali Anis bagi arahan macam zaman PLKN dulu-dulu la pulak. Doa makan dibaca. Bismillahirrahmanirrahim.... Masing-masing menjamu selera dengan hidangan yang tersedia di depan mata. Seperti yang telah dijangka, penangan sayur kangkung goreng belacan Iwa buat masingmasing terasa sayu sehingga mengalirkan air mata. Bukan buat drama sedih tak dapat makan, tapi air mata keluar sebab tahap kepedasan sayur kangkung goreng belacan Iwa memang malatop!!! Tapi best!!! Kira okeylah dapat makan

107

Baju Pengantin Mak Andam

ayam goreng dengan sayur kangkung goreng belacan hari ini. Kalau tak, layan mi segera ajalah. Dalam seminggu macam tak lengkap hidup jika tidak makan mi segera. Sampai Cik Anis Fadzdia itu berjaya membawa gelaran sebagai Duta Mi Sedap kerana mi Sedap tak pernah terputus dalam simpanan dia. Dari asrama bawak ke rumah sewa. Mi Sedap dah jadi macam sebahagian makanan ruji buat Cik Anis Fadzdia. Mi Sedap goreng, mi Sedap rebus, martabak mi Sedap, semua dah rasa. Yalah... kalau balik kerja, masingmasing dah penat tak larat nak masuk dapur. Kalau dah lapar, bedal sahajalah mi segera yang senang, cepat, mudah dan enak dimakan. Tapi tak tipu, tekak masing-masing sebenarnya dah naik muak telan mi segera. Kalau sudah darurat nak buat macam mana, terpaksa belasah sahajalah apa yang ada. Biskut kering dengan air suam pun jalan aje.

LEEYA, tadi lunch kau pergi mana? Anis bersuara dari arah belakang. Aleeya yang sedang mencuci pinggan mangkuk berpaling menghadap Anis di belakang. Dilihatnya Anis sedang tersengih-sengih sambil menyandarkan dirinya pada kabinet dapur. Kemudian dia berpusing balik menghabiskan basuhannya tadi. Tak pergi mana-mana. Lancar mulut mengarang ayat menipu sebab takut terkantoi dengan Anis. Anis mengerut dahi. Kemudian dia tersenyum.

108

Areila Sahimi

Ooo cik kak ni nak ketuk aku konon! Macamlah aku tak kenal kau. Habis tu, yang aku nampak dekat McD Alamanda tu siapa? Cawan yang dibasuh diletakkan di atas rak pinggan. Segera Aleeya berlalu ke hadapan. Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Iwa sedang elok bersila di atas karpet sambil menyelak-nyelak majalah Wanita. Anis terasa macam nak baling sahaja kuali yang elok-elok tergantung di tepi tingkap dekat Aleeya sebab membiarkan soalannya tadi tidak berjawab. Dia terus ikut Aleeya ke hadapan lalu duduk bersebelahan dengan Aleeya di atas sofa. Dia membetulkan duduk menghadap Aleeya yang masih dengan muka yang selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku. Leeya, baik kau cakap dengan aku cepat. Kau keluar dengan siapa tengah hari tadi? Sekali lagi Anis cuba bertanya. Iwa yang elok-elok tengah menyelak majalah Wanita tadi terus menutup kalam lalu menghadap Aleeya dan Anis seperti ada sesuatu yang menarik buat dia tertarik untuk mendengar sekali. Keluar McD Alamanda lunch tadi? Apa kau cakap ni? Confuse aku! Aleeya masih lagi cuba berlagak bersahaja. Cuba lagi berselindung. Alat kawalan ditekan. Saluran AXN menjadi pilihan. Isy!!! Anis mendengus geram. Sekejap. Mencicit dia berlari masuk ke dalam bilik. Selang beberapa saat Anis keluar semula dengan telefon bimbit di

109

Baju Pengantin Mak Andam

tangan. Dia duduk di atas lantai bertentangan dengan Iwa. Telefon bimbit di tangan ditekan-tekan. Kemudian dia menunjukkan sesuatu yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu kepada Iwa. Iwa ternganga dengan mata tidak berkelip-kelip. Telefon bimbit itu ditala ke muka Aleeya dekatdekat. Terbeliak mata Aleeya melihat gambar yang elok terpampang pada skrin telefon bimbit milik Anis itu. Sudah terang-benderang dengan cahaya spotlight, lagi mahu disuluh guna lampu torchlight. Dah terang-terang yang dalam gambar itu aku tengah makan berdua, takkan nak kata itu mungkin pelanduk dua serupa. Haru! Aleeya menggetap bibir. Sejak bila kau tukar profesion jadi mamarazi pulak ni? Sejak bila aku tukar profesion itu bukan masalahnya. Sejak bila kau pandai keluar makan berdua-dua tak bagi tau kita orang, tu yang aku nak tau sebenarnya. Siapa mamat tu? Anis mengukir senyum segaris di pinggir bibir. Sungguh siang tadi rasa macam nak terkeluar biji mata bila ternampak Aleeya boleh duduk berdua dengan seorang lelaki di Restoran Mc Donalds Alamanda. Sebab sesaja nak bukak cerita pada malam Rabu yang boring ini, sengaja dia mengambil gambar Aleeya yang pada waktu itu sedang sibuk bersembang dengan teman barunya, sehingga Aleeya tidak perasan kehadirannya di situ. Rasanya itu bukan teman sepejabat Aleeya kerana Aleeya pernah cakap dulu yang dia sentiasa berpegang pada satu prinsip bahawa dia tidak akan menjalinkan hubungan hati dan perasaan dengan teman satu pejabat. Katanya untuk

110

Areila Sahimi

mengelakkan menjadi skandal dalam office yang boleh menjadi topik hangat bahan gosip. Memang kena dielakkan. Itu semua pada Aleeya hanyalah publisiti murahan semata-mata. Jika Aleeya masih lagi berpegang teguh pada prinsip yang satu itu, siapakah lelaki yang makan semeja elok bersembang dengan Nurul Aleeya tengah hari tadi? Itu yang timbul big question mark di dalam kepala ini. Zain, jawab Aleeya pendek. Anis mengerut dahi. Zain? Anis bertanya kembali. Siapa itu Zain? Ayah kepada Ziana Zain, Anuar Zain atau Nora Zain. Zain mana pulak ni? Belum sempat Aleeya menjawab soalan Anis tadi, Iwa terlebih dahulu memotong. Mohd. Zain. Aku terkenal dia masa aku jadi mak andam dekat rumah pengantin hari tu. Sengaja Aleeya menekankan imbuhan ter itu supaya Anis dan Iwa tahu yang perkenalan di antara dirinya dengan Zain itu adalah secara tidak sengaja. Lepas tu? Anis bertanya lagi. Lepas tu kita orang kenallah. Tapi mula-mula tegang sikit sebab dia berlagak poyo control macho depan aku. Lepas tu? Iwa sudah mula tunjuk minat hendak mendengar cerita yang seterusnya. Lepas tu masa nak balik sini, aku terserempak dengan dia dekat R&R Tapah masa nak beli buah jambu. Sekali lagi perkataan ter itu ditekan kuat. Anis sudah menongkat dagu.

111

Baju Pengantin Mak Andam

Lepas tu? Dia tanya lagi. Lepas tu dia ajak makan sekali. Aku pun joinlah semeja dengan dia. Lepas tu? tanya mak cik ni lagi. Lepas tu nak balik, dia mintak nombor telefon aku. Aku pun bagi ajelah. Belum sempat Anis bertanya lagi, Iwa sudah terlebih dahulu memotong, lepas tu? Lepas tu pagi tadi dia call ajak lunch sama-sama. Aku tolak sebab aku banyak kerja. Lepas tu? Anis macam dah tak sabar nak tahu apa yang jadi seterusnya. Excited semacam. Lepas tu Kak Wahida yang jaga kaunter lobi call aku. Kata ada orang cari aku. Aku pun turun, sekali tengok mamat tu dah tegak berdiri. Dia paksa jugak aku temankan dia lunch. Lepas tu? Soalan yang sama juga keluar dari mulut Anis. Lepas two, three... lepas three, four. Banyaklah kau punya lepas tu, lepas tu, lepas tu. Kusyen kecil dibaling ke muka Anis. Terus Aleeya angkat punggung dari sofa dan berlalu masuk ke dalam biliknya. Aku nak tidur. Good night.

LEEYA turun. Ada orang nak jumpa. Suara Kak Wahida di hujung talian bergema di gegendang telinga. Sudah secara azalinya sejak aku menjejakkan kaki masuk ke dalam Jabatan Peguam ni, suara

112

Areila Sahimi

dia memang macam tu. Kuat semacam kalau bercakap dengan orang. Berkerut dahi Aleeya. Siapa pulak yang nak jumpa aku time-time orang tengah sibuk nak pergi lunch ni? hatinya berdetik. Takkan Anis datang sini guna protokol, ikut etika hantar pesan pada Kak Wahida? Biasanya mak cik tu kalau datang office aku, buat muka selamba macamlah dia itu ahli keluarga AGC sedangkan pejabat dia elok tersergam indah berhadapan dengan bangunan pejabat aku ini. Bukankah MOSTI berjiran dengan AGC? Biasanya kalau Anis datang ke sini, dia main tinggal IC, ambil pas pelawat, terus redah masuk pejabat aku. Mana tau nak telefon dulu sebelum masuk. Memanglah dia ikut peraturan tinggal IC, ambil pas pelawat... tapi yang selamba redah masuk pejabat aku tu yang buat aku tak berapa selesa. Tapi kalau iya pun Anis yang datang, dah tentu dengan jelas-jelas Kak Wahida akan sebut nama Anis, sebab Kak Wahida memang kenal sangat dengan minah MOSTI yang seorang itu. Aleeya masih berteka-teki ketika kaki sedang menapak menuju ke lobi. Siapakah gerangan yang datang ke pejabat time macam ini? Tiba di lobi, Kak Wahida menjuihkan bibirnya ke arah gerangan orang yang masih setia menanti. Macam nak terkeluar biji mata bila orang yang menunggu ketibaan tuan puteri turun berpaling menunjuk muka. Zain! Gulp! Aleeya menelan air liur yang terasa sedikit kelat apabila Zain perlahan-lahan mengatur langkah menghampirinya. Aleeya membulatkan matanya tatkala

113

Baju Pengantin Mak Andam

melihat Zain tersenyum meleret, senyuman yang tidak dapat ditafsirkan apa maksudnya itu. Dia ni memang teringin nak kena baling dengan sepatu high heel warna hitam jenama Vincci yang aku pakai. Buat muka toya macam tak tau apa yang dibuat ini namanya salah walaupun tak akan ditangkap dengan pak polisi. Main serbu office aku tak bagi tahu dulu. Zain, apa kau buat kat sini? Rendah Aleeya menuturkannya. Takut jika ada yang mendengar perbualan di antara mereka berdua. Lagi menakutkan, sampai buat bulu roma semua berdiri tegak jika ada office-mate yang nampak dia bersama dengan seorang lelaki yang entah dari mana-mana datangnya. Nak jumpa kaulah. Pagi tadikan dah cakap nak lunch together-gether. Selamba - macam tak ada apa-apa sahaja lagak gaya Zain menuturkannya. Aleeya rasa seperti mahu bertukar menjadi anaconda. Mahu ditelan Zain hidup-hidup. Rasa-rasanya pagi tadi dengan jelas, terang dan nyata aku cakap dekat dia lain kali. Lain kali. Aku cakap lain kali, kan? Suara Aleeya sedikit menekan tetapi alunan suara masih dalam keadaan terkawal. Zain hanya tersenyum. Lucu melihat muka Aleeya yang tegang kerana menahan geram. Memang dia sengaja membuat last minute plan. Alang-alang dia ada kerja di Putrajaya, lebih baik singgah sebentar di Jabatan Peguam Negara. Singgah sebentar berjumpa Cik Nurul Aleeya. Bukan dia punya masalah sound trouble tak dengar apa yang Aleeya katakan di dalam telefon pagi tadi. Jomlah cepat. Orang dah ramai serbu kafe tu.

114

Areila Sahimi

Aleeya menggetap bibir. Mata dijulingkan ke atas. Aleeya masih mendiamkan diri. Jari telunjuk dihalakan ke arah kafe. Zain mengangguk. Otak Aleeya ligat berfikir. Hah!!! Alamanda. Tunggu kejap aku pergi ambil beg dekat atas. Satu nafas tanpa henti Aleeya mengeluarkan katakata berbau seperti satu arahan yang wajib dipatuhi. Pantas Aleeya terus menuju ke pintu lif untuk naik ke atas. Memanglah Zain ini suka buat ikut rentak kepala dia aje. Aleeya mendengus geram. Ngeee. Senyum tak lekang di bibir Zain tatkala mengekori langkah Nurul Aleeya ke pintu lif. Budak perempuan keras kepala macam ini jangan diikutkan sangat kerenahnya. Dia tak nak, aku paksa! Zain berkata-kata di dalam hati. Di dalam kereta dua-dua hanya diam membisu membatukan diri. Sesekali Zain menjeling dengan ekor mata penumpang di sebelah. Monyok semacam. Nasib tak bertukar jadi momok. Muncung pun dah panjang sedepa. Bukan. Tapi dah panjang dua depa. Mesti tak puas hati pasal tadi. Zain mengukir senyum di pinggir bibir. Ini apa hal tiba-tiba senyum sorang-sorang ni? Aleeya bertanya. Entah apa yang Zain tengah fikir sekarang ini pun Aleeya tidak tahu. Mendengar soalan yang tiba-tiba terkeluar itu, segera senyuman tadi dimatikan. Mana ada! Oho kau curicuri tengok aku ek? Huh! Tak ada sebab aku nak curi-curi tengok muka kau tu!

115

Baju Pengantin Mak Andam

Geram Aleeya dengan Zain. Tak pasal-pasal aku dituduhnya cuba curi-curi pandang wajah dia. Eleh, dia ingat muka dia encem sangat apa? getus Aleeya di dalam hati. Pecah ketawa Zain melihat muka Aleeya yang sudah mula merona merah. Lawak betul. Lagak macam batu brutal, rock kapak, heavy metal... tapi baru kena usik sikit macam tu, muka dah naik merah. Alah, aku tak kisah kalau kau nak tengok muka aku selalu pun. Tengoklah tengoklah.... Lagi galak Zain ketawa sambil mukanya ditala ke arah Aleeya. Aleeya mendengus geram. Ngeee... Aku debik karang baru tau! Zain, tengok jalanlah. Kau ni tengah drive pun lagi boleh buat lawak bodoh. Sakit jiwa kerana terpaksa naik satu kereta dengan orang macam ni. Tak tau ke yang dia tu tengah bawak anak dara orang? Hati-hatilah sikit. Cubalah ingat, yang aku ni belum kahwin lagi. Zain buat dek aje dan dia terus tersenyum.

NAK makan kat mana ni? soal Zain sambil matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling. Fast food ajelah, cadang Aleeya. Wah!!! Tekak mat salih, gurau Zain. Apa mat salih-mat salih? Aleeya angkat kening. Gurau sikit pun tak boleh, kata Zain bersahaja. Aleeya malas mahu melayan merapu Zain. Perut

116

Areila Sahimi

sudah lapar. Fast food paling senang. Biasa time lunch macam ni food court penuh. Okey. Aleeya dan Zain menuju ke Restoran McDonalds. Makan maam? Zain bertanya. Aku nak makan Big Mac. Tapi aku tak nak kecil, tak nak medium, aku nak large set punya sebab kau bermurah hati sangat nak belanja aku makan hari nikan? Huish... badan cekeding, tapi kuat makan, perli Zain sebelum ke kaunter untuk membuat pesanan. Seketika kemudian Zain datang sambil menatang dulang yang berisi makanan. Nah. Kau punya. Zain menyuakan burger Big Mac kepada Aleeya. Big Mac telah pun bertukar tangan. Zain, lain kali janganlah buat macam ni. Malu aku, tutur Aleeya rendah sebelum burger di tangan masuk ke dalam mulut. Zain terdiam sejenak. Kemudian dia mengunyah burger di dalam mulut. Coke di depan disedut. Kenapa pulak? Susahnya nak fahamkan Mat Zain ini. Dah guna bahasa Melayu standard pun dia tak boleh nak pick up lagi ke? Karang kalau kata slow keterlaluan pulak. Padahal dah jadi engineer pun. Kau ni tak faham ke atau buat-buat tak faham? Frekuensi suara dinaikkan sedikit. Tak eloklah kalau kau datang office aku macam tadi. Nanti apa orang kata.... Kali ini nada suara sudah direndahkan sedikit. Dari

117

Baju Pengantin Mak Andam

high key kepada low key. Harap-harap dengan taktik berlembut ini bolehlah Zain faham. Akukan kawan kau, balas Zain. Jelas sekali Zain masih tidak faham. Aleeya mengeluh. Kalau kawan aku, tolonglah dengar cakap aku. Jangan buat lagi ek? Aleeya separuh merayu. Yelah... yelah. Okey bos. Aleeya tersenyum. Akhirnya dia paham jugak bahasa Melayu yang aku guna ini. Aleeya sendiri tidak faham mengapa dia boleh dengan rela hati pergi makan tengah hari dengan Zain hari ini. Mereka berdua kenal belum sampai seminggu, tetapi sudah pandai makan bersama, duduk semeja, bercerita entah apa-apa. Kawan. Ya. Aku keluar dengan Zain atas dasar kawan. Kawan??? hati Aleeya terdetik. Ya... kawan. Aleeya berkata sendiri menjawab soalan dari hati. Atau...? hatinya berdetik kembali. Stop Aleeya. Berhenti berfikir tentang dia. Kenangan lama hanya buat hidup kau kembali terseksa. Nampaknya aku memang kena tidur. Cepat Nurul Aleeya. Kira satu sampai seratus. Kalau sampai seratus pun masih tidak boleh lena lagi, kira satu sampai dua ratus, tiga ratus dan bla... bla... bla... Get. Set. Go!!! Satu, dua, tiga, empat, lima krohhh krohhh.

118

Areila Sahimi

bab 11
LEEYA merebahkan badan di atas toto yang sedia terbentang. Penatnya, Tuhan sahaja yang tahu. Semester baru telah pun bermula. Modul untuk semester ketiga nampaknya semakin tough dan macam susah gila. Harap-harap, semester ini janganlah ada subjek yang terkantoi. Mahu naya jadinya kalau ada satu subjek yang tak lepas. Tak pasal-pasal semester yang berikutnya terpaksa repeat balik subjek yang kantoi. Itu belum kira kena sembur dengan emak sebab tak mahu belajar betul-betul. Nauzubillahiminzalik! Hari pertama semester baru pun dah start dengan kuliah. Dah tak ada masa nak lepak-lepak, enjoy-enjoy lagi. Jangan buat-buat terkejut kalau dapat message daripada lecturer jika kena datang kuliah pada hari biasa selepas office hours. Walaupun untuk para pelajar separuh masa, kuliah hanyalah diadakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Alunan irama Umbrella bergema. Segera Aleeya mengeluarkan Nokia 6500 Slide dari dalam beg. Dia melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon bimbit.

119

Baju Pengantin Mak Andam

Chikgu Chentaku. Ini sudah masuk panggilan ketiga yang Aleeya terima daripada orang yang sama sepanjang hari ini. Semuanya Aleeya buat tidak tahu. Aleeya mengeluh lemah. Panggilan itu dibiarkan sahaja tanpa bersambut. Bingit mendengar lagu Umbrella tersebut, telefon bimbit kemudian dimatikan. Lantas Aleeya terus mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Lagipun maghrib semakin menghampiri. Selesai mandi, Aleeya menunaikan solat maghrib. Usai solat dia mencapai surah Yasin yang terletak di atas rak buku meja belajar. Ayat-ayat Yasin dibaca sementara menunggu masuk waktu isyak. Selesai solat isyak, Aleeya terus berteleku di meja studi. Bekerja sambil belajar memanglah memerlukan pengorbanan. Orang lain, malam minggu sebegini sibuk bersuka ria bergumbira, aku terpaksa menghadap buku. Tapi nak buat macam mana? Dah ini jalan yang aku pilih. At least jalan yang aku pilih ini jalan yang lurus, bukan jalan yang bengkang-bengkok, hatinya berkata-kata. Biasa malam-malam minggu memang akan menjadi sunyi sepi. begini, rumah

Anis akan balik ke rumah emak abah dia di Sungai Buloh. Untunglah dia, rumah emak abah dia dekat. Aida pula tak tau mana lesapnya. Cuma dia bagi tahu tadi dia keluar dengan rakan sepejabatnya. Mungkin malam ini dia tidak balik rumah. Dan seperti kebiasaannya, Aleeya dan Iwa setia menjadi penunggu rumah. Eleh... yelah tu Cik Nurul Aleeya, Cik Mar Rozaiwa. Dua-dua sama aje. Dua kali lima sepuluh. Lima kali dua sepuluh. Lapan campur dua sepuluh. Dua campur lapan sepuluh, hati Aleeya berkata.

120

Areila Sahimi

Sebab pagi esok ada kuliah, kerana itu terpaksa berteleku, duduk dekat rumah buat ulang kaji. Kalau tak, kita orang pun tak akan lekat dekat rumah. Paling-paling tidak pun lepas solat isyak terus pergi lepak dekat mapley Presint 9 ataupun tengok midnight movie di Alamanda. Aleeya masih lagi setia di meja belajar. Memanglah kalau nak buat benda yang baik ada sahaja yang datang mengganggu. Mata macam dah kena letak dengan batu sungai aje. Berat semacam. Aleeya mengangkat punggung dari kerusi lalu menuju ke dapur. Buat apa? Iwa menegur dari belakang. Terkejut Aleeya apabila tiba-tiba ditegur oleh Iwa sedemikian rupa. Sudahlah keadaan malam-malam macam ni senyap sunyi sahaja. Ya Allah... Nasiblah aku tak ada penyakit lemah jantung. Kalau tidak kat sini jugak aku kojol. Botol Nescafe di tangan nasib tidak terlepas. Kalau tidak mahunya aku kempunan malam ini nak minum air Nescafe. Buat air. Kau nak ke? Aleeya bertanya. Bagai orang mengantuk dihulurkan bantal, Iwa terus mengangguk laju apabila Aleeya dengan sukarela tanpa dipaksa-paksa mahu membuat air untuknya sekali. Nak... nak.... Iwa mengangguk laju. Pantang dipelawa, cepat aje mengangguk, Aleeya berkata di dalam hati. Aleeya mengeluarkan sebiji mug lagi dari dalam kabinet dapur. Serbuk Nescafe dibubuh di dalam mug. Pasangan sehati sejiwa Nescafe, Coffemate pula dimasukkan. Air panas dari cerek elektrik dituang ke dalam kedua-dua mug di hadapannya. Air Nescafe dikacau perlahan-lahan. Siap. Aroma harum air Nescafe panas yang berasap nipis itu benar-benar membuatkan mata terasa segar semula.

121

Baju Pengantin Mak Andam

Leeya, nanti tolong hantar ke bilik aku ye, arah Iwa. Amboi, selamba sungguh Mar Rozaiwa berkata-kata. Siap minta tolong dihantar sampai ke dalam bilik. Ingat dia puteri raja dari kayangan ke, nak dilayan sampai macam tu sekali. Terlupa diri ke yang sekarang ini dia dengan aku dekat rumah, bukan sedap-sedap duduk melepak dekat mapley. Kau ingat aku anei dekat mapley Presint 9 tu ke? balas Aleeya kemudian. Iwa yang terasa nak melangkah ke dalam bilik terus tak jadi menghayun langkah, sebaliknya dia ketawa melihat Cik Aleeya pot pet-pot pet merungut seperti itu. Teringat pulak iklan U Mobile. Nei. Teh tarik satu. Boley.... Nei, nak setengah gelas. Tak boley! Kenapa??? Hmmm.... Adalah sesuatu yang cukup melawakkan kalau Aleeya macam anei dalam iklan itu. Yelah, yelah. Aku temankan kau kat sini. Tangan Iwa tidak henti-henti mengetuk-ngetuk kabinet dapur tak tau berirama lagu apa, sambil mata melilau mencari sesuatu yang boleh dibuat kudap-kudapan sementara menunggu Nescafe yang dipesan siap dibancuh. Twisties paket besar dicapai. Iwa berdiri di balkoni dapur sambil makan Twisties.

122

Areila Sahimi

Nah. Aleeya menyuakan mug berisi air Nescafe panas berasap nipis kepada Iwa. Iwa menyambut huluran tersebut dengan senyuman memekar di bibir. Mekacih. Aleeya mengambil tempat di sebelah Iwa. Dua-dua melayan perasaan menghadap ke langit yang nampak cantik dengan taburan bintang-bintang. Leeya. Iwa memecah tembok kesunyian. Yup. Aleeya menjawab ringkas. Nanti aku pinjam buku-buku masa kau semester dua dulu ek? Aleeya tersenyum. Ambiklah. Tapi pinjam aje tau! Habis sem. make sure pulangkan balik sebelum aku start mensumbangkan lagu Pulangkan. Aku sayang buku-buku tu semua. Tapi nak pinjam mesti kena ikut syarat yang telah ditetapkan. Tau... Jangan terkelepek, jangan terkoyak, jangan terkemik. Iwa memotong sebelum sempat Aleeya meneruskan kata. Sudah faham sangat dengan perangai Aleeya yang satu itu. Jika ingin meminjam buku-buku kepunyaan Aleeya, jangan sesekali diapa-apakan buku-buku itu. Jangan ada yang berani gatal tangan. Pasti mengamuk besar Aleeya jika ada yang mengingkari arahan. Bukan setakat buku pelajaran, koleksi novel kesayangan, kamus-kamus yang bermacammacam bahasa, bahkan sehinggakan majalah Remaja yang dibeli dua kali sebulan itu juga jangan cuba diapa-apakan. Di dalam setiap helaian pertama buku-buku, novel dan majalah milik Aleeya sudah sedia bertanda dengan kertas berwarna merah cili yang tertulis:

123

Baju Pengantin Mak Andam

BUKU INI ALEEYA PUNYA!!! TOLONG BUAT MACAM HARTA ORANG LAIN. JANGAN BUAT MACAM HARTA BENDA SENDIRI. INGAT!!! INI ALEEYA PUNYA. ALEEYA YANG PUNYA! Janganlah berani bagi alasan mata rabun kalau tulisan sudah font saiz enam belas bold ini pun tidak perasan. Macam-macam perangai house-mate yang seorang ini. Pandai pun. Tak payah aku sibuk buat ulang siaran cakap benda yang sama, kata Aleeya bersahaja. Yelah. Dah berapa lama pun kita berkawan. Dari poli lagi aku dah kenal kau sampai dah kerja, buat PJJ samasama pulak tu. Yelah adik juniorku. Memang kita buat PJJ bersama-sama dekat UKM uni tercinta, tapi kau tu tetap junior aku. Jadi kau kenalah respect senior lebih. Aleeya membalas dengan gelak tawa. Kata-kata yang penuh dengan nada kebanggaan tahap melampau. Iwa mencebikkan bibir. Ek... ena... Ini apa hal riak semacam aje gayanya. Baru senior terlebih satu semester dah berlagak tak agak-agak. Senior terlampau betul! Eleh poyo betul kakak super duper senior aku ni.... Iwa menyiku kakak seniornya di sebelah. Pecah ketawa budak berdua ini. Aleeya meneguk perlahan Nescafe yang berasap nipis. Iwa. Hmmm. Pendek Iwa menjawab. Acuh tak acuh. Kenapa kau tak suka dekat Encik Izzat jiran depan rumah kita tu? Aleeya bertanya.

124

Areila Sahimi

Terukir senyuman nakal mengiringi soalan tadi. Soalan cepumas. Biar Iwa tak senang duduk nak jawab soalan aku ini. Tak sabar nak mendengar apa ayat dia mahu goreng aku kali ini. Goreng Iwa. Jangan tak goreng! Iwa menahan rasa malu mendengar soalan Aleeya tadi. Darah terasa sudah menyerbu naik ke muka. Apa punya soalan tengah-tengah malam Aleeya kasi dekat aku ni? Entahlah. Malaslah aku dengan dia tu. Slow. Tak pahampaham. Itu sahaja jawapan yang mampu Iwa berikan untuk menjawab soalan Aleeya itu tadi. Yelah tu. Dah kau pun tak pernah nak bagi dia can. Aleeya masih tidak mahu mengalah. Sebolehnya mahu dikorek sampai dapat jawapan dari mulut Iwa. Can amenda? Ada ke patut dia bagi bunga tahi ayam dekat aku. Kau pun satu, macam tak tau nak bezakan carnation dengan bunga tahi ayam tepi jalan nak masuk Presint 11 ni. Main bagi aje kat aku, marah Iwa. Memang geram yang teramat mengenangkan peristiwa bunga tahi ayam itu. Aleeya ketawa. Teringat kembali macam mana Encik Izzat boleh buat muka straight face mintak Aleeya tolong sampaikan bunga untuk Iwa. Macam gentleman dengan jambangan bunga diletakkan di belakang. Sekali bila jambangan tadi dibawa ke hadapan, alangkah terperanjatnya Aleeya apabila melihat sejambak bunga tahi ayam! Aleeya yang macam kena pukau terus ambik dan bagi pada Iwa. Mengamuk besar Iwa malam tu. Katanya Aleeya tak bermata tak berhidung, bunga tahi ayam disangka carnation pink colour. Aku ni masih sihat walafiat, Aleeya berkata di dalam

125

Baju Pengantin Mak Andam

hatinya. Tak ada masalah deria melihat dan menghidu. Cuma saja nak buat jahat. Kenakan kawan sendiri, itu yang secara sukarela bersetuju menjadi mak cik posto-posto untuk Encik Izzat. Encik Izzat tu pun satu. Kalau nak buat ala-ala cerita romantik komedi, janganlah teruk sangat. Mana taman dia pergi rembat bunga tahi ayam tu, Aleeya sendiri tak tau. Kau pulak? Iwa pula bertanya kepada Aleeya apabila melihatkan Aleeya dari tadi tidak berhenti-henti tersenyum melihat dirinya. Kalau bab nak mengenakan orang, memang serahkan pada dia, gumam Iwa di dalam hati. Gulp! Aleeya menelan air liur yang sedikit kelat. Aku tak tahu. Aleeya menjawab perlahan. Iwa mencebik. Macam tu pulak! Iwa buat muka tidak puas hati. Cubalah bagi jawapan yang bagus sikit. Ini tidak tahu. Tidak tahu. Tidak tahu. Susahkan nak lupakan orang yang kita pernah sayang. Jujur Aleeya meluahkan mengenai apa yang sedang dihadapinya ketika ini. Berkecamuk di dalam kepala apabila perkara ini dibangkitkan semula. Iwa hanya mengangguk lemah. Betul. Tapi kita kena kuat ke arah itu. Kena belajar untuk melupakan kenangan silam. Kalau tak sampai bila-bila pun kita akan terseksa. Jiwa merana. Hidup jadi kacau-bilau. Takut nanti jadi sasau. Bersahaja Iwa berkata. Ada nasihat yang terselindung di dalam kata-kata Iwa itu. Aleeya menggaru kepala laju. Kalau tengok dari

126

Areila Sahimi

gaya dia menggaru, seperti ada satu pasukan kutu sedang berkawad di atas kepalanya. Ngeee! Aku tau. Aku pun tengah berusaha. Tapi aku tak tau kenapa payah sangat, marah Aleeya pada dirinya sendiri. Marah kerana terlalu lemah dengan lelaki yang seorang itu. Sepatutnya, pada hari kena tinggal itu, Aleeya perlu melupakannya. Lupakan sepenuhnya. Tak payah nak diingat-ingat. Tapi apakan daya, mengakui itu kelemahan dirinya. Cuba. Aku tau, kau boleh. Kau kuat. Iwa memberi kata-kata semangat. Benar. Bukan senang untuk melupakan insan yang pernah bertakhta di dalam hati. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula orang yang kita sayang. Aleeya memandang Iwa. Chayok!!! Chayok!!! Serentak mereka bersuara menyebut perkataan yang sama. Pecah ketawa kedua-duanya. Hantu cerita Korea yang sudah dialih bahasa ke bahasa Mandarin. Leeya, cerita dekat aku pasal Zain. Sengaja Iwa mahu membuka cerita mengenai lelaki yang dia sendiri tidak kenal itu. Tiba-tiba ketawa Aleeya mati macam itu sahaja. Sah! Ini soalan untuk memerangkap dirinya. Okey. Enough. Times up. Sesi layan jiwa-jiwa dah tamat. Jom masuk bilik sambung balik sesi pembelajaran sendirian berhad kita tadi. Kalau ada yang kau tak tau, tak paham, ketuk pintu bilik aku. Jangan main redah aje. Aleeya terus berlalu meninggalkan Iwa yang

127

Baju Pengantin Mak Andam

terpinga-pinga. Soalan Iwa dibiarkan tergantung begitu sahaja tanpa ada jawapan yang diberikan. Iwa hanya memandang Aleeya yang sudah berlalu masuk ke dalam biliknya. Pandai sungguh Aleeya melarikan diri dari soalannya tadi. Hampeh!!! Kalau aku pun buat gaya macam yang dia buat ni, mau pecah pintu bilik aku dia ketuk sebab tak dapat jawapan yang dia inginkan tu...! Tiba time batang hidung sendiri terkena, main pergi macam tu aje. Ceh!!! Aleeya masuk ke dalam bilik dan kembali duduk berteleku di meja belajar. Mug Nescafe tadi diletakkan di sisi kanan meja belajar. Buku setebal satu inci setengah dibuka. Telefon bimbit yang sedari tadi diam membisu dicapai. Telefon yang tadinya mati tidak bernyawa dihidupkan semula. Aleeya melihat senarai panggilan yang tidak berjawab. Dia mengeluh. Kemudian melihat mesej yang masuk. Sekali lagi Aleeya melepas keluhan lemah. Arrrgghhh.... Kalau sekarang aku buat keputusan nak baca buku, memang confirm tak akan ada satu benda pun yang akan masuk melekat dalam kepala. Adalah lebih baik aku buat nota yang meriah dengan macam-macam warna, Aleeya bermonolog sendiri di dalam hati. Itu adalah yang terbaik.

AZIZUL sekadar memandang kosong telefon bimbitnya. Keras benar hati Aleeya. Sepuluh kali buat panggilan pun langsung dia tidak mahu jawab. Seketika kemudian, Azizul menyambung semula tugas-tugas menyemak buku-buku latihan matematik para pelajarnya. Pening kepala dengan jawapan untuk tugasan matematik yang diberikan oleh para pelajarnya. Di dalam kelas tadi, sudah berbuih mulut dia cuba

128

Areila Sahimi

menjawab soalan-soalan matematik yang ditanya oleh para pelajarnya. Soalan-soalan yang mereka tidak faham. Jenuh juga mahu menerangkan bagaimana jalan penyelesaian yang harus mereka buat. Selama hayat dia bergelar seorang pendidik yang mengajar mata pelajaran matematik, ada satu soalan yang pernah diajukan oleh seorang pelajarnya, yang dia sendiri tidak dapat lupakan. Sehingga sekarang, tidak ada seorang pun para pelajarnya mampu memecah rekod mengajukan soalan seperti bekas pelajarnya yang seorang itu. Yang agak mencabar akal fikirannya mencari penyelesaian untuk soalan itu. Nurul Aleeya punya soalan. Paling diingati sehingga kini. Kerana dengan soalan itulah, Azizul mula memberi perhatian buat pelajar yang bernama Nurul Aleeya. Cikgu, saya ada satu soalan nak tanya. Tak faham sangat ni, luah Aleeya dengan muka yang berkerut-kerut. Beria-ia benar rupanya. Semua yang ada di dalam kelas memberi tumpuan sepenuhnya kepada Aleeya. Ingin mendengar soalan apakah yang dahsyat sangat bunyinya kalau diikutkan dari tune suara Aleeya itu. Apa dia? Tapi kalau saya tanya, cikgu jangan marah, kata Aleeya lagi. Yalah. Tanya pun belum lagi. Pernah ke saya marah pelajar saya kalau ada yang tak faham mahu bertanyakan soalan? Aleeya tersengih ala-ala kerang busuk. Okey. Camni... KRU + (A2Z) 4U2C, apa jawapan dia ek? Aleeya bertanya selamba.

129

Baju Pengantin Mak Andam

Riuh satu kelas mendengar soalan tak tau spesies apa yang Aleeya kasi pada Cikgu Azizul. Azizul sekadar memandang Aleeya yang bukan main sakan gelaknya. Berjaya si gadis ini mengenakan gurunya sendiri. Berfikir-fikir Azizul sejenak mencari jawapan yang terbaik untuk Nurul Aleeya. Dengan bersahaja Azizul menjawab, AWAS ITEK GEMBO-GEMBO FIONA. Bergegar kelas mendengar jawapan yang kreatif daripada Cikgu Azizul. Tepukan gemuruh diberikan buat Azizul yang berjaya menyelesaikan soalan daripada Nurul Aleeya yang susah sangat itu. Kopi panas. Suara Hazlily mengejutkan lamunan Azizul pada kisah silamnya. Terjatuh pen merah di tangan. Hmmm.... balasnya acuh tak acuh. Pen yang jatuh diambil kembali dan menyambung semula kerja-kerja menyemak buku para pelajarnya. Teringat bekas kekasih ke? tanya Hazlily. Jengkel Hazlily melihat suaminya mengelamun mengingatkan bekas kekasihnya dulu. Azizul mengangkat kepala memandang Hazlily. Kenapa dengan awak ni? Jangan tanya saya kenapa. Patut tanya soalan tu pada diri awak sendiri. Hazlily membalas kembali. Sudah tidak tahan rasanya terpaksa hidup sebegini. Di hadapan keluarga, mereka berdua terpaksa berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Aman bahagia. Sedangkan, di hatinya merintih akibat sikap Azizul yang semakin hari semakin jelas perubahannya. Azizul harus ingat, sabarnya juga ada had. Jangan diduga yang dia tidak berani membuat perkara yang bukan-bukan satu hari nanti.

130

Areila Sahimi

bab 12
Sorry cikgu. Hari ini saya terbangun lambat. Orang yang bersalah memang pandai bagi alasan yang bermacam-macam bunyi. Bangun lambat tak sembahyang subuh la pagi tadi? Cikgu Azizul bagi sebijik. Alamak kantoi. Apa alasan mahu kasi ni? Aleeya terfikir-fikir mencari jalan. Saya tengah... tuuuttt. Aleeya cuba mengelak ke tepi. Gamat satu kelas 5 Sains 2 mendengar jawapan dari mulut Aleeya. Jawapan yang tidak disangka-sangka. Kroni sehati sejiwa Aleeya, masing-masing tepuk dahi. Bad, Yas, Haikal, Mail tekan perut menahan ketawa. Berapa kena hari ni? Cikgu Azizul bertanya

AMBAT. Sepatah Cikgu Azizul berkata kepada pelajar yang datang lewat itu.

131

Baju Pengantin Mak Andam

kembali. Masak sangat dengan perangai Aleeya yang cukup pandai mereka alasan. Tujuh kupang cikgu. Aleeya selamba menjawab dengan muka tidak beriak macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Tujuh kupang? soal Cikgu Azizul, memandang muka yang langsung tidak berperasaan itu. Aleeya mengangguk. Malas berbicara dengan cikgu muda encem bergaya menambat hati ini. Cikgu Azizul melepaskan keluhan lemah. Apa nak jadi dengan pelajar yang seorang ini. Awak ni... memanglah tak sayang duit. Buang macam tu aje. Duit tu parents awak bagi suruh buat belanja makan, awak dengan bermurah hati buat bayar kompaun datang lambat. Aleeya mula buat muka bosan. Buat amal jariah pun salah jugak ke? Sekurang-kurangnya bertambah juga duit dalam tabung kebajikan di sekolah ini. Dah peraturan siapa datang lambat kena bayar kompaun. Nak buat macam mana! Nasib badanlah.... Aleeya masih punya modal untuk menepis soalansoalan Cikgu Azizul itu tadi. Apalah sangat dengan ayat-ayat Cikgu Azizul ini. Small the pieces la semua tu. Keadaan di dalam kelas 5 Sains 2 masih lagi bising dengan suara para pelajar yang menjadi pendengar setia sesi soal jawab Cikgu Azizul Izlan dengan seorang pelajar yang bernama Nurul Aleeya itu. Class senyap!!! Satu arahan keluar dari mulut Cikgu Azizul. Sungguhlah budak-budak 5 Sains 2 ini... tak makan saman punya student. Tak ada law betul! Dah ditegur berkali-kali

132

Areila Sahimi

pun perangai masih tak berubah. Apalah nasib aku terpaksa menjadi ibu bapa student yang keras kepala, tak mendengar kata, suka-suka hati nak buat apa saja ni.... Aleeya terus menuju ke tempat duduknya di belakang kelas apabila Cikgu Azizul memberikan kebenaran untuknya berbuat demikian. Dia menarik nafas lega seperti baru selesai menjalani tempoh perbicaraan sahaja lagak gayanya. Dada diurut perlahan. Selamat. Cik, apa kes lambat? bersebelahan dengan Aleeya bertanya. Nana yang duduk

Abab dengan Julia yang duduk di hadapan mereka berdua segera menoleh ke belakang untuk sama-sama join semangkuk. Hajat di hati untuk sama-sama buat ketupat daun palas di dalam kelas matematik Cikgu Azizul. Aleeya memandang Nana. Aku kantoi lagi. menjawab soalan Nana itu tadi. Nana mengerut dahi. Abab dan Julia masih menjadi pendengar setia. Tiap-tiap hari kau kantoi, cik. Tapi sebelum cikgu masuk kelas, kau dah tersedia duduk diam-diam dekat bangku kau ni. Tapi hari ni sampai setengah jam kau terlewat, apa kes? Abab pulak ambil turn bertanya pada pesalah yang hari-hari melakukan kesalahan yang sama itu. Aleeya mengeluh perlahan. Buku matematik diletakkan di atas meja. Pen mula menari di atas helaian buku tulis menyalin soalan yang tertera di papan hitam. Kemudian dia kembali memandang wajah teman-temannya yang tidak sabar-sabar ingin mengetahui cerita yang seterusnya. Separuh berbisik Aleeya

133

Baju Pengantin Mak Andam

Kedai tutup lambat semalam. Habis tu, penat punya pasal, aku pun terlajak tidur. Sampai pintu pagar sekolah, pengetua punya cun dah stand-by macam tiang bendera. Kalau setakat dengan pengawas, bolehlah aku goreng. Ini dengan Tuan Haji Syed Izzudin. Ketar lutut aku ni. Perlahan Aleeya menceritakan apa yang telah terjadi dengan dirinya pada pagi tadi. Bersungguh-sungguh dia menggayakan cara Tuan Haji Syed Izzudin di depan pintu pagar tadi. Tangannya memegang kepala lutut yang sengaja digerak-gerakkan macam orang yang tiba-tiba terkena penyakit Parkinson akibat terserempak dengan hantu Mak Lampir. Tak tau apa punya malang nasib diri, kena denda berganda-ganda daripada hari biasa. Baik punya denda Tuan Haji Izzudin bagi pada sesiapa yang datang lewat pagi ini. Set happy meal Tuan Haji bagi setiap seorang. Kompaun tujuh kupang plus jalan itik dua puluh pusingan mengelilingi Dataran Kejat SMK Kampung Pasir Puteh. Macam nak tercabut skru lutut terpaksa berjalan macam itik sekali siap dengan bunyi kuek!!! kuek!!! kuek!!! lagi. Maunya tak malu? Pulak tu aku ni itik betina tunggal dalam grup tu! Yang belakang tu ada apa-apa yang menarik ke nak dikongsi dengan semua? Suara Cikgu Azizul muncul tiba-tiba. Bertanya soalan direct to the point buat pakatan berempat yang duduk di belakang kelas itu. Amboi-amboi... Sedap nampaknya budak berempat ini buat ketupat daun palas dalam kelas aku. Macam tak ada kerja yang kena buat. Makin nak dekat exam, makin mainmain. Entah bila dia orang boleh jadi serius dalam pelajaran.

134

Areila Sahimi

Takkan nak tunggu esok nak periksa, malam ini baru nak bukak buku, Cikgu Azizul bermonolog di dalam hati sendiri. Abab dan Julia cepat-cepat buat lipat maut, menoleh ke hadapan semula. Serentak mereka berdua menggeleng. Tak ada apa-apa, cikgu. Alah cikgu, tu bukan apa tu. Sibuk bercerita la tu. Pagi tadi bukan ke ada anak itik sesat terlepas kat Dataran Kejat. Din Mercun yang duduk di bahagian hadapan kelas tiba-tiba buka mulut bagi ayat berapi terkena tepat pada batang hidung, masuk ke dalam lubang telinga Aleeya. Satu kelas bersorak. Gamat jadinya keadaan di dalam kelas 5 Sains 2 itu. Memang berasap telinga orang yang kena tuju dengan ayat berapi kari berasap itu tadi. Aleeya mengangkat kening sebelah. Itu tanda temperature dah mula naik. Hot. Hot. Hot. Hot. Sabar. Sabar. Bersabar itu separuh daripada iman. Tapi rasanya, angkara Din Mercun ini, tahap kesabaran iman aku dah mula kurang dari separuh ini. Ngeee. Kelas! Bertenang semua. Cikgu Azizul cuba menenangkan keadaan kelas yang sudah jadi seperti Pasar Besar Ipoh itu. Muka Aleeya masih masam mencuka menahan rasa geram pada Din Mercun. Matanya tidak lepas dari memandang Din Mercun yang duduk di hadapan. Masuk toilet pergi melepas, tunggulah sikit lagi aku balas, Aleeya buat pantun dua kerat di dalam hati. Tangan Aleeya meraba-raba mencari sesuatu dari dalam beg sekolah Adidas berwarna hijau miliknya. Satu plastik kecil yang mengandungi seekor lipas sudah siap sedia

135

Baju Pengantin Mak Andam

di atas telapak tangan. Aleeya memandang Nana di sebelah sambil menunjukkan lipas yang tengah bergerak-gerak untuk melepaskan diri di telapak tangan. Nana hanya tersenyum sambil mengangguk. Dua pasang mata milik Aleeya dan Nana tertumpu pada Din Mercun yang masih lagi tersenyum sumbing macam anak kambing baru lepas menyusu. Macamlah aku tak berani nak buat kerja-kerja jahat ini semua, Aleeya berkata di dalam hati. Langkah pertama nak menjalankan misi yang tak berapa nak mustahil ini adalah angkat tangan. Cikgu saya tak faham soalan nombor dua. Baru Cikgu Azizul mahu membuka mulut untuk menjawab soalan daripada Aleeya, tiba-tiba Julia pula mengangkat tangan. Saya pun tak paham, cikgu. Semangat Julia berkata. Berhasil-berhasil... Good job Julia, puji Aleeya di dalam hati. Yes!!! Langkah kedua selesai. Kita orang pun tak paham jugak. Yas dengan Bad berkata serentak selepas mendapat isyarat mata daripada Nana. Ini yang tak berapa nak faham. Macam mana extra dua orang boleh masuk dalam ini mission impossible? Apaapa ajelah. Janji jangan bagi spoil programme. Cikgu Azizul mengerut dahi. Kalau ramai yang tak faham, saya akan terangkan di atas papan hitam. Tolong beri perhatian.

136

Areila Sahimi

Ha ha ha ha ha chantek!!! Kita ke langkah yang seterusnya. Cikgu. Ya saya. Aleeya tersenyum penuh makna. Papan hitam tu dah penuh bertulis. Saya tolong bersihkan dulu ek. Aleeya sukarela tanpa perlu dipaksa menjadi pembersih papan hitam. Okey. Ringkas Cikgu Azizul menjawab. Semuanya berjalan seperti dalam perancangan. Next step. Perlahan-lahan Aleeya berjalan ke hadapan kelas. Sampai di sebelah kerusi Din Mercun, Aleeya mematikan langkah untuk mengikat semula tali kasut yang sengaja dileraikan tadi. Din Mercun hanya memandang dengan senyuman sinis yang memekar di bibir. Ooo... senyum ek. Kau tunggulah turn kau nanti, Aleeya berkata di dalam hati. Akhir sekali.... Dengan perlahan-lahan Aleeya meletakkan lipas tadi di dalam kasut kanvas Din Mercun itu. Aleeya berdiri dan terus berjalan ke hadapan. Tangan mula ligat memadam papan hitam. Dan tiba-tiba. Yess!!! Berjaya! Misi selesai. Hu hu hu hu.

137

Baju Pengantin Mak Andam

bab 13
EMALAM punya hal rasa macam nak bergegar bangunan Blok A SMKKPPI itu dengan jeritan Din Mercun. Ek eleh mulut cabul tapi takut dengan lipas. Tak tau berapa frekuensi jeritan Din Mercun semalam. Rasanya, Ning Baizura pun boleh menangis bila dengar suara Din Mercun menjerit semalam. Janji, memang Aleeya puas hati sangat. Tak balik lagi? Sapaan dari belakang mematikan lamunan Aleeya pada peristiwa yang berlaku semalam. Aiseyyyhhh. Cikgu encem tegur la. Ni rasa macam nak kasi gegar satu sekolah. Kasi heboh sekampung. Sekejap lagi. Saya tengah tunggu Abab dengan Julia. Aleeya menjawab dengan penuh keayuan. Amboi... Lemah lembut tak bertempat! Cikgu Azizul Izlan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Aleeya. Dua-dua berdiam diri sahaja.

138

Areila Sahimi

Ya Allah! Kenapa jantung ni berdegup kencang semacam aje ni? Dag dig dug... dag dig dug... Sekali macam enjin motobot nak habis minyak daaa. Seronok semalam awak ketawakan Din. Cikgu Azizul memecah tembok kesunyian di antara mereka. Membuka semula cerita semalam. Aleeya hanya tersengih. Memang benar. Semalam, dialah manusia yang ketawa tak ingat dunia melihat aksi luar biasa Din Mercun melompat-lompat sambil menjerit bahana lipas yang dia masukkan ke dalam kasut Din Mercun telah merayap naik ke dalam seluar. Tak sangka, manusia bermulut cabul itu punya kelemahan takut dengan lipas. Nasib anu Din Mercun tidak digigit lipas. Kalau tidak, aku taja bunga telur untuk majlis berkhatan kali kedua Din Mercun. Cikgu Azizul memandang Aleeya yang masih dengan gaya bersahajanya. Tak baik buat orang macam tu. Cikgu Azizul menyambung bicara. Cuba menasihati selagi boleh. Apa yang telah berlaku semalam, dia tahu siapa punya angkara. Aleeya and the gang yang bersepakat untuk mengenakan Hafizzudin. Konon-konon mereka semua buat pakatan bersepakat membawa berkat. Sebagai seorang guru yang tahu hujung pangkal jalan cerita apa yang telah terjadi, sengaja dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Memang Hafizzudin terlebih dahulu mencari pasal dengan Aleeya di dalam kelas. Cuma tidak disangka-sangka cempedak menjadi nangka apabila gadis itu dengan berani mengenakan Hafizzudin dengan cara sebegitu. Aleeya mendengus perlahan. Agak tidak puas hati dengan Cikgu Azizul yang menyokong Si Din Mercun itu.

139

Baju Pengantin Mak Andam

Cikgu ni double standard, rungut Aleeya perlahan. Aselehe punya cikgu. Mentang-mentang Din Mercun itu lelaki macam dia. Menyokong atas dasar kepentingan kaum sejenis. Sangat-sangat tidak relevan. Terang-terang Din Mercun yang bersalah semalam. Double standard apa pulak ni? Cikgu Azizul bertanya kembali. Tumis tauge dengan tauhu. Ini apesal pulak buatbuat tak tahu? Ye la. Cikgu tu... yang backing Din Mercun melebih-lebih tu apa hal? Dia yang mulakan dulu. Aleeya meluahkan ketidakpuasan yang bersarang di hati kepada Cikgu Azizul. Cikgu Azizul mengukir senyuman segaris tatkala mendengar rungutan tak puas hati gadis manis di sebelahnya itu. Ya ar auw la awak ni. Saya tak cakap apa pun. Saya cuma cakap tak baik gelakkan orang macam tu. Ini yang terasa lebih apa sebab ni? Buat tuduhan tak berasas kata saya mengamalkan prinsip double standard. Tak pernah saya bezabezakan student saya. Semua sama aje. Ini mesti kes siapa makan petai mulut dia yang berbau busuk nikan? Entahentah awak yang jadi mastermind pasal kes dalam kelas semalam kut? Cikgu Azizul cuba main serkap jarang dengan Aleeya. Padahal awal-awal lagi dia dah tau dah pun.... Aleeya menggaru kepala yang tidak terasa gatal itu. Dia tersenyum sendiri. Terkantoi dengan cikgu sendiri. Ye la tu. Saya janji tak buat lagi. Ek? Cikgu Azizul mengangkat kening sambil tersenyum. Manisnya senyuman Cikgu Azizul ni. Malam ni

140

Areila Sahimi

confirm dengan pasti aku tak boleh tidur sebab asyik teringat senyuman semanis aiskrim Buskin Robbins. Ye cikgu. Saya janji. Aleeya menegaskan sekali lagi. Confident. Confident. Lagi sekali Cikgu Azizul mengangkat kening. Betul ni? Cikgu Azizul bertanya kembali untuk mendapatkan kepastian. Ini tak faham ataupun buat-buat tak faham? Aleeya mengangguk laju. Buat tangan macam ni... Cikgu Azizul memberi arahan kepada Aleeya. Tangan disuruh angkat seperti orang mahu membaca ikrar. Aleeya mengerut dahi seribu. Ini apa sakit? Tibatiba disuruh buat gaya macam nak baca ikrar. Hari sukan dah lepas. 31 Ogos pun dah lama berlalu. Amat-amat tak faham apa yang cikgu seorang ini mahu buat. Cepat Aleeya, arah Cikgu Azizul. Hah!!! Okey. Macam ni ek? Aleeya mengangkat tangan seperti yang diarahkan. Okey. Sekarang awak ikut apa yang saya cakap. Apa-apa ajelah. Okey. Aleeya berkata dengan kepala mengangguk. Cikgu Azizul Bahawasanya saya... mengambil nafas dalam-dalam.

Hah!!! Aleeya memang pening, tak faham apa yang sedang berlaku ini. Cepat ikut, tekan Cikgu Azizul sekali lagi. Ada ketegasan di sebalik suaranya itu. Okey, okey. Bahawasanya saya.

141

Baju Pengantin Mak Andam

Malas-malas Aleeya menyebut patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Mulut yang menguap luas segera ditutup dengan telapak tangan. Ini apa hal macam orang tak makan seminggu aje ni? Cergas! Cergas!!! Cikgu Azizul dah jadi sebijik macam mejar bersara la pulak. Aleeya menelan air liur yang terasa kelat. Bahawasanya saya... Kali ini lebih bersemangat selepas kena sound dengan Cikgu Azizul sebentar tadi. Cikgu Azizul nak buat sound check ke dengan peti suara aku ni? ngomel Aleeya di dalam hati. Tidak akan... sambung Cikgu Azizul lagi. Tidak akan... Aleeya ikut. Datang lewat dan... Bicara Cikgu Azizul belum berhenti lagi. Datang lewat dan... Hmmm. Buat nakal. Ditekan sedikit suaranya. Buat nakal. Ikutkan ajelah. Saya juga akan berjanji... Ada lagi. Saya juga akan berjanji... Belum habis lagi ke...? Akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi manusia yang berjaya. Baris terakhir. Akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi manusia yang berjaya. Amin Habis jugak. Ingat kena sambung hari Isnin minggu depan pulak. Macam-macam la Cikgu Azizul ni, desis hati Aleeya. Mata Aleeya ligat menari-nari, mencari kelibat kroninya. Dari jauh kelihatan Abab dan Julia sudah pun

142

Areila Sahimi

melambai-lambai tangan mengisyaratkan agar Aleeya segera ke pintu pagar sekolah. Hu hu. Masa untuk melarikan diri. Okey, cikgu. Balik dulu. Daadaaa. Aleeya terus menggalas beg sekolah dan berlari menuju ke pintu pagar sekolah. Cikgu Azizul menguntum senyuman yang sukar ditafsirkan makna yang tersembunyi di sebalik senyuman itu tatkala mata melihat tingkah laku pelajarnya yang bernama Nurul Aleeya itu. Abab dan Julia sama-sama buat muka senyuman tak ikhlas di depan Aleeya. Aleeya mengerutkan dahi. Mata dikecilkan sedikit. Ini apa hal senyum semacam ni? Aleeya bertanya kepada Abab dan Julia. Wah...! Duduk dating dengan cikgu pujaan hati nampak? Terlebih advance kau, cik. Julia berkata. Tengok oranglah.... Aleeya angkat kening. Angkuh semacam sahaja gayanya. Dia mengukir senyuman segaris dan terus berjalan laju ke hadapan meninggalkan Julia dan Abab di belakang. Julia dan Abab berpandangan sesama sendiri. Sebabkan angau dengan Cikgu Azizul, Aleeya terus jadi macam orang sasau. Kasihan dia. Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Aleeya pada kisah lalu. Zaman diri masih di alam persekolahan yang penuh dengan warna-warni. Tanpa Aleeya sedari, tubir matanya mula beranak sungai. Aleeya menangis sendiri. Skrin telefon bimbit dilihat untuk mengetahui gerangan pemanggil dari talian di hujung sana. Zain.

143

Baju Pengantin Mak Andam

Sorry Zain. Mood aku tak baik nak layan panggilan kau malam ni. Esok-esok ajelah kau kacau ganggu hidup aku. Itu pun kalau mood aku dah okey. Aleeya berkata dengan dirinya sendiri. Telefon bimbit dimatikan agar dia dapat tidur dengan tenang. Jam loceng diletakkan di sebelah toto agar pagi esok tidak akan terlewat bangun. Walaupun esok adalah hari Ahad, dalam kepala kena ingat, yang kuliah bermula pukul lapan tiga puluh minit pagi. Jangan cuba masuk lewat macam zaman sekolah dulu. Nanti tak pasal-pasal kena demerit pula.

144

Areila Sahimi

bab 14
EEYA, malam tadi kau tidur pukul berapa? Aku pergi bilik air, tengok lampu bilik kau terang-benderang lagi. Iwa bertanya kepada Aleeya yang duduk membonceng di belakang EX5 miliknya. Nak jimat punya pasal, sanggup aje mereka berdua meredah hujan panas menaiki motosikal untuk ke UKM. Macam biasa, kalau dah buat keputusan nak pergi UKM dengan menaiki motosikal, Iwalah yang akan menjadi penunggang setia. Aleeya akan sentiasa menjadi pembonceng yang hanya duduk di belakang. Bukan apa. Aleeya punya rasa fobia, takut hendak menunggang motosikal selepas peristiwa dia terjatuh motosikal seminggu sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia berlangsung. Bukan main lagi mak melenting, marahkan Aleeya. Nasib tidak ada kecederaan serius. Cuma badan luka-luka dan sengal-sengal sahaja. Abah malas nak bising-bising. Selagi tak patah riuk

145

Baju Pengantin Mak Andam

badan anak dara yang seorang itu, dibiarkan sahaja. Cakap banyak pun bukan Aleeya mahu mendengar kata. Tetapi selepas kejadian itu, memang Aleeya fobia habis nak menunggang motosikal. Setakat menjadi pembonceng, digagahkan jua. Ajal maut itu di tangan Tuhan. Apa-apa pun, tawakal ajelah kalau dah ada di tengah jalan raya. Apa dia? Aleeya bertanya kembali kerana kurang jelas butir percakapan Iwa tadi. Tengah-tengah jalan raya dia diajak bercerita dengan suara romantik macam tu! Pakai mikrofon pun belum tentu boleh dengar kalau dah ada lori besar lalu dekat sebelah. Aku tanya, malam tadi kau tidur pukul berapa? Iwa menaikkan frekuensi suaranya lagi. Macam nak terkeluar anak tekak. Kalau Aleeya tak dengar jugak, memanglah sah dah sebulan tak korek telinga. Aku tidur lewat sikit dari engkau. Aleeya jugak tak mahu kalah dengan Iwa. Macam pertandingan suara siapa paling kuat pulak. Ek...? Iwa tersenyum. Ini apa kes senyum sorang-sorang ni? Aleeya bertanya apabila anak matanya melihat Iwa menguntum senyuman segaris melalui cermin sisi motosikal. Concentrate la wei. Kau ni.... Aleeya mendengus geram. Ada ke tengah-tengah jalan raya yang sesak ini diajaknya bergurau senda. Sekeh karang baru tau! Iwa hanya membiarkan kata-kata Aleeya itu terbang di angin lalu. Suka hati akulah nak senyum ke nak menangis

146

Areila Sahimi

ke. Aku senyum pun nak dijadikan isu. Motosikal dihala masuk ke pintu pagar utama UKM. Setelah motosikal diparkir di tempatnya, Aleeya dan Iwa berjalan beriringan menuju ke blok akademik. Kalau aku lambat nanti, kau tunggu aku dekat kafe ek? Sempat Iwa berpesan kepada Aleeya sebelum keduaduanya membawa haluan sendiri masuk ke bilik kuliah masing-masing. Lambat sangat ke? Aleeya bertanya. Berapa jam kena tunggu mak cik yang seorang ini habis kuliah? Janganlah sampai senja aku kena jadi penunggu setia dekat kafe UKM ni. Tunggu ajelah. Kalau boring dengarlah MP3. Apa susah? Tak pun pergilah SMS, main ayat power dengan member-member lama kau. Iwa terus berlalu meninggalkan Aleeya yang masih terpinga-pinga.

ALEEYA masih setia menanti Iwa di kafeteria UKM. Sudah masuk dua jam dia menjadi penunggu di situ. Tetapi orang yang ditunggu masih belum menampakkan batang hidungnya lagi. Kalau Presint 11 tu sebelah aje dengan UKM ni, dah lama dah aku balik jalan kaki sendiri. Dah tentu penat. Tapi, tak adalah penat menunggu orang macam sekarang ni, Aleeya merungut di dalam hati. Assalamualaikum.

147

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya mengangkat kepala memandang ke wajah orang yang memberi salam. Seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan Aleeya sedang tersenyum. Salam yang dihulurkan disambut berserta senyuman terukir di bibir. Waalaikumussalam, jawabnya sepatah. Boleh saya duduk di sini? Sopan tutur kata lelaki itu bertanya. Aleeya hanya mengangguk. Awak tak kisah ke? Dia bertanya lagi. Aleeya tersenyum tatkala melihat raut wajah lelaki itu yang kelihatan serba salah untuk berkongsi meja dengannya. Meja lain sudah penuhi dengan mahasiswa mahasiswi lain yang sibuk menelaah pelajaran di dalam kawasan kafeteria. Duduklah. Kan ke sini tempat awam? Awak bebas nak duduk kat mana yang awak suka, balas Aleeya. Lelaki tersebut duduk berhadapan dengan Aleeya. Buku dari dalam beg galas yang disandang tadi dikeluarkan. Pen di tangan mula menari, menulis nota-nota ringkas tentang isi penting yang terdapat di dalam buku setebal hampir dua inci itu. Sesekali matanya melirik nakal melihat gelagat Aleeya. Leka benar gadis itu melayan MP3nya. Sesekali terdengar juga gadis ini menyanyi kecil, mengikut irama lagu yang sedang didengarinya. Halo Lelaki itu melambai-lambaikan tangannya ke muka Aleeya. Ini apa hal pulak ni? Kalau tercucuk biji mata aku dengan jari mamat ni tadi, mahu aku saman satu juta. MP3 segera dimatikan.

148

Areila Sahimi

Ada apa? Aleeya bertanya. Awak tak studi ke? Biasa yang datang melepak dekat kafe ni semua pakat buat revision ramai-ramai. Aleeya mengerut dahi. Apa masalah mamat ni? Aku punya pasallah nak studi ke tak. Saya ganggu awak studi ke? Aleeya tidak menjawab soalan lelaki itu, sebaliknya diberi balik soalan untuk lelaki itu jawab. Lelaki itu menggeleng. Actually, nama saya Adam Mikail. Awak student baru ke kat sini? Saya Aleeya. Nurul Aleeya. Saya student tahun dua di sini. Hmmm... Tak pernah nampak pun awak sebelum ni. Duduk di kolej atau luar? Banyaknya soalan kena jawab. Terasa diri macam kena soal siasat dengan polis dekat Bukit Aman aje. Saya PJJ student. Tu sebab jarang nampak kut. Adam tersenyum. Owwwhhh... So awak ni dah kerja la ek? Aleeya hanya mengangguk. Best la macam tu. Muda-muda dah kerja. Bolehlah. Aleeya menjawab malas. Tapi awak nampak muda. Umur berapa? Adam bertanya lagi. Terasa seronok pulak bersembang dengan awek yang baru dikenali ini. Sweet. Lain daripada yang lain. Twenty two going on twenty three. Aleeya menjawab ringkas. Saya twenty three going on twenty four. Tanpa ditanya Adam memberitahu umurnya kepada Aleeya.

149

Baju Pengantin Mak Andam

Tak tanya pun. Aleeya berkata sambil ketawa. Memang pun aku tak tanya. Yang sibuk-sibuk, susah payah nak bagi tau umur dia tu kenapa? Ada aku kisah ke? Adam tersenyum. Pandai juga gadis yang memperkenalkan diri sebagai Aleeya ini kenakan Bang-BangBoom dekat aku. Awak ambik course apa kat sini? Adam masih lagi meneruskan sesi beramah mesra, suai kenal dengan Aleeya. Kosmetik, kosinus, Bas Ekspres Konsortium... Aleeya ketawa lagi. Padan muka! Nak jual ayat la tu dengan aku. Adam mencebik. Dia mengeluh perlahan. Komunikasi dan Dasar Awamlah. Owwwhhh... Patutlah skil komunikasi awak amat dahsyat, kata Adam sambil tersenyum. Awak? Tiba giliran Aleeya pula bertanya soalan yang sama kepada Adam. Kosmetik, kosinus, Bas Ekspres Konsortium... Adam bagi balik sebijik-sebijik ayat yang sama macam Aleeya bagi pada dia tadi. Ngeee Aleeya menahan geram. Hampa gas tak ada gas punya budak! Buat siaran ulangan, ulang balik ayat aku bagi dia tadi apa hal? Ek ena... Ni main cedok ayat orang ni apa kes? Aleeya mencebik. Pecah ketawa Adam melihat Aleeya buat mulut itik panjang sedepa. Agak lucu juga awek yang seorang ini. Saya buat engineering.

150

Areila Sahimi

Owwwhhh.... Bulat mulut Aleeya. Siapa sangka aku boleh kenal dengan dua orang mat engineer. Seorang memang dah selamat jadi engineer pun. Yang sorang lagi ni, engineer-in the making. Engineer-wanna-be. Eh... mana ghaibnya Encik Engineer Mohd. Zain anak Pak Brahim ni? Tiba-tiba hatinya tertanya-tanya sendiri. Apa kena dengan hati aku ni? Semalam Zain call, siapa suruh matikan handphone? Biarlah. Kalau tiba aura Zain nak mengganggu hidup aku, taulah dia buat missed call. Leeya!!! Satu jeritan dari arah belakang membuatkan Aleeya segera berpaling. Kelihatan Iwa sedang berlari-lari anak menuju ke kawasan kafeteria sambil melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Turun naik nafas Iwa akibat buat maraton dari bilik kuliah ke kafe kerana diri sendiri tau yang dia sudah terlewat tiga jam. Boleh dijangka mulut Aleeya akan bising pot pet-pot pet sepanjang perjalanan dari UKM balik ke Presint 11 nanti. Sorry. Iwa tersengih memandang muka Aleeya. Hai. Sapaan buat lelaki yang dia sendiri tidak kenali itu. Adam hanya mengangguk. Hai, balasnya sepatah. Leeya, siapa ni? bisik Iwa di telinga Aleeya, bertanyakan siapakah gerangannya anak muda yang samasama duduk semeja dengan Aleeya ini. Aleeya menjeling mata ke arah Iwa. Iwa, ni Adam. Budak engineering dekat uni ni. Adam ini Iwa. House-mate saya. PJJ student Komunikasi dan

151

Baju Pengantin Mak Andam

Dasar Awam jugak. Sama macam saya, tapi dia ni terlewat satu semester aje. Aleeya bertindak sebagai orang tengah, menjadi link perkenalan di antara Iwa dan Adam. Iwa hanya mengangguk dan tersenyum. Dia bukan tersenyum sebab melihatkan wajah Adam yang ala pelakon lelaki idaman Malaya, Rosyam Nor itu, tetapi tersenyum sebab terpaksa menahan geli hati, kembang tekak mendengarkan Aleeya berbahasa saya - awak dengan Adam. Bukan ke selalunya minah yang seorang ini guna pakai ganti diri aku - kau aje. Leeya, jom balik. Takkan nak berkampung kat sini lagi. Aku dah penat ni. Iwa berkata. Nafasnya masih tercungap-cungap. Macamlah jauh sangat maraton yang dia buat tadi. Banyaklah kau nak berkampung kat sini. Aku dah tiga jam duduk kat kafe ni menunggu kau. Sampai mak cik kafe ni pun dah boring tengok muka aku ni tau! balas Aleeya. Iwa tersengih macam kerang busuk. Aduhai... bakal tadah telingalah kejap lagi ni jawabnya. Okeylah Adam. Saya balik dulu. Chow chin chow.... Aleeya berkata seraya tangan menggalas tote bag ke bahu. Okey. Bila kita boleh lepak-lepak lagi? tanya Adam. Aleeya dan Iwa saling berpandangan. Ingatkan semuanya akan berakhir di sini sahaja tadi. Kena buat followup ke? Follow-up okey lagi. Jangan you torai-torai follow me sudahlah. Hari biasa kita orang kerja. Kalau nak lepak macam ni kena tunggu Sabtu Ahadlah. Kan Leeya, kan? Iwa

152

Areila Sahimi

terlebih dahulu menjawab soalan yang keluar dari mulut Adam itu. Ngeee... Katok dengan botol air ni karang baru tau! Suka-suki aje Iwa buat janji dengan Adam tanpa berbincang terlebih dahulu dengannya. Okey. Adam membalas pendek bersama senyuman terukir di pinggir bibir. Okey. Babai.... Terus Aleeya menarik tangan Iwa dan berjalan laju menuju ke tempat parkir motosikal.

TAK sangka aku Leeya, taste kau rupa-rupanya anak ikan. Iwa membuka butir bicara tatkala masing-masing tengah sibuk melayan filem P.Ramlee - Masam-Masam Manis di saluran Astro Prima. Aleeya mengerutkan dahi. Anis dan Aida malas ambil pusing. Anak ikan mendenya ni? Aleeya bertanya kembali kepada Iwa. Iwa mencebik. Tu hah. Budak Adam tadi tu. Anak ikan la tu. Pecah ketawa Aleeya mendengar Iwa memanggil Adam yang baru dikenali semasa di kafeteria tadi sebagai anak ikan barunya. Anis dan Aida melirik dengan ekor mata. Shussshhh! Aida meletakkan jari telunjuk di bibir tanda isyarat mintak tolong diturunkan sedikit volume suara

153

Baju Pengantin Mak Andam

agar tidak mengganggu konsentrasi orang lain menonton televisyen. Ek ena dia ni! Aleeya menjuihkan bibir ke arah Aida. Pandai-pandai aje kau ni mengata Adam tu anak ikan aku. Dia tu tua setahun dari kita tau. Tak ada maknanya nak jadi anak ikan aku. Jumpa pun secara tak sengaja. Aleeya menyambung kembali perbualan dengan Iwa tadi. Iwa mengerutkan dahi. Ek? Kening diangkat meminta kepastian. Aleeya hanya mengangguk perlahan. Matanya kini tertumpu pada skrin LCD Sony Bravia, menonton MasamMasam Manis. Part gaduh-gaduh dengan orang sebelah ni yang paling Aleeya suka. Sesekali terdengar Aleeya ketawa melihat adegan yang mencuit hati. Iwa seperti tidak puas hati dengan kenyataan Aleeya tadi. Tangannya menarik lengan Aleeya sedikit dekat dengannya apabila Aleeya pun sudah join sekali menonton Masam-Masam Manis dengan Anis dan Aida. Apa dia? tanya Aleeya sedikit kuat. Kemudian ditekup telapak tangan ke mulut apabila Anis dan Aida samasama melemparkan jelingan maut ke arahnya. Ops... sorry. Out of control. Aleeya tersengih. Apa dia? tanya Aleeya lagi sekali. Tune suara sudah direndahkan sedikit. Mengiring sedikit ke arah Iwa. Iwa tersenyum sumbing. Betul ke mamat tu tua dari kita? Aku tengok muka macam jambu semacam aje. Sekali pandang macam Rosyam Nor time dia muda-muda dulu. Tidak semena-mena Aleeya terasa macam nak

154

Areila Sahimi

termuntah pulak bila Iwa mengatakan muka Adam itu persis hero Malaya pujaan hati wanita seluruh bumi Malaysia negaraku tercinta. Macamlah Rosyam Nor itu jiran sebelah rumah Iwa. Sampai wajah Rosyam Nor masa mudanya dulu pun Iwa masih cam. Kau dulu sekampung dengan Rosyam Nor ke? Rosyam Nor tu dulu jiran sebelah rumah kau ke? Tak tau macam mana soalan gred B.O.D.O.H ini boleh terpacul keluar dari mulut Aleeya. Iwa sekadar tersengih kerang busuk aje mendengar soalan Aleeya itu. Lantas dia menjawab, aku tengok Rosyam Nor muda-muda dulu dalam filem Gila-Gila Remaja la.... Sah! Rosyamaniac, Aleeya berkata di dalam hati. Kalau muka dia jambu sekalipun, apa yang kau susahkan? Entah-entah kau dah terbekenan dengan mamat tu kut? Aleeya cuba serkap jarang. Cepat-cepat Iwa menggeleng. Eh!!! Mana ada. Pantas dia menjawab. Mukanya sudah jelas naik merah macam kena blusher cap ayam sahaja rupanya. Eleh... Engkau yang berselera anak ikan mengata aku pulak. Lagi galak Aleeya mengenakan Iwa. Aleeya!!! jerit Iwa kecil. Iwa!!! Aleeya tidak mahu mengalah. Gedebuk...!!! Iwa baling kusyen Pooh ke muka Aleeya. Aleeya bagi balik kusyen Pooh tadi ke muka Iwa. Tepat. Kena sebijik. Iwa tak puas hati. Kusyen Pooh tadi melayang

155

Baju Pengantin Mak Andam

menuju ke muka Aleeya dan Aleeya menepis dengan tangan dan tersalah sasar terkena batang hidung Anis pula. Wei! Apa ni!!! jerit Anis. Aleeya dan Iwa saling berpandangan. Kemudian pecah ketawa mereka berdua melihat hidung Anis sudah kembang menahan marah. Alunan irama Umbrella bergema. Tiga pasang mata tertala kepada tuan empunya telefon bimbit yang sedang menjerit minta diangkat itu. Ye la. Ye la. Aku cakap dalam bilik. Segera Aleeya berlalu meninggalkan mereka bertiga yang masih lagi setia menonton Masam-Masam Manis.

156

Areila Sahimi

bab 15
AIN menengadah ke siling bilik melihat kipas angin yang sedang ligat berpusing. Bibir mengukir senyuman segaris. Dekat dua minggu dia tidak menghubungi Aleeya. Terasa rindu pulak tidak berborak dengan gadis itu. Rindu dengan bahasa kerek, ayat selamba, main cakap tak pakai filter Nurul Aleeya. Sikap dingin gadis itu, membuatkan Zain amat berminat untuk mengenali tuan empunya nama Nurul Aleeya itu. Malam semalam dia telah cuba menghubungi Aleeya, tetapi panggilannya itu dibiarkan tidak bersambut. Pada malam ini, dicubanya lagi. Pantang menyerah sebelum mencuba. Itu prinsip yang dipegangnya selama ini. Dari dulu sampai sekarang. Sampaikan nak memikat anak gadis orang pun, prinsip itu masih lagi dipegang kuat, buat perangsang diri agar berjaya mencapai matlamat yang diingini. Dan... usahanya itu berjaya. Panggilan malam ini elok bersambut oleh Aleeya walaupun macam biasa bahasa kerek menerjah masuk ke dalam lubang telinga. Tetapi ditadahkan juga. Janji dapat bersembang dengan Aleeya.

157

Baju Pengantin Mak Andam

Helo. Whuzzup. Apa cer? Long time no story morry, naik lori, emak kat rumah masak kari. Suara dari talian di sebelah sana mula masuk ke dalam telinga. Macam nak tersembur tahi telinga mendengar suara Aleeya. Kenapa? Kau rindu aku ke? Zain bertanya soalan nakal. Sengaja dia ingin mengusik jiwa Aleeya. Aleeya mencebik. Dibuat muka yang entah macam mana gaya rupanya. Tak ada sebab aku nak rindu kat kau. Kenal pun tak sampai sebulan, nak rindu plak. Apa kes? Zain tersengih sumbing mendengar suara Aleeya yang seperti orang tengah merungut itu. Dapat dibayangkan muka Aleeya tengah menahan geram pada dirinya. Ternyata soalan nakalnya tadi sedikit pun tidak berbekas di hati Aleeya. Ingatkan trick masuk jarum tadi boleh berjaya. Semalam kenapa kau tak jawab panggilan aku? Zain bertanya. Aleeya terfikir-fikir apa jawapan yang patut diberikan. Tibai ajelah. Aku penat. Pagi ada kuliah. Hari ni pun aku ada kuliah jugak. Zain mengerut dahi. Tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Aleeya tadi. Kuliah? soalnya lagi. Ye la. Aku buat PJJ dekat UKM. Pantas Aleeya menjawab. Eh... apasal aku tak tau pun? Zain bertanya lagi. Kau tak tanya. Takkanlah semua benda aku nak kasi tau kau! balas Aleeya.

158

Areila Sahimi

Owwwhhhh... Tak penat ke? Isnin sampai Jumaat kerja. Sabtu Ahad kuliah pulak. Zain masih punya modal untuk bersembang dengan Aleeya lagi. Aleeya mengeluh perlahan. Dah ini yang aku pilih. Buat ajelah yang terbaik untuk diri sendiri. Aku suka cara kau. Berdikari untuk memajukan diri. Bagus betul! Ikhlas pujian yang diberikan. Dari hujung mengekek ketawa. talian terdengar suara Aleeya

Ni puji-puji ni mesti ada makna lain? Aleeya masih lagi mengekek ketawa. Zain bukan boleh diduga. Pasti ada agenda tersembunyi di dalam kepala dia tu. Zain pula ketawa mengekek mendengar ayat yang keluar dari mulut Aleeya. Macam tau-tau aje. Aleeya mendengus geram. Tu dah gelak tak pasal-pasal tu, betul la ada makna lain dalam kepala kau tu. Aleeya bersuara, cuba meneka apabila mendengar Zain sedang seronok mengekek ketawa. Ketawa Zain makin galak. Pasti sekarang ini muka Aleeya sedang berkerut-kerut menahan geram dengan aku. Entah-entah gadis itu sudah bertukar rupa menjadi Incredible Hulk agaknya. Nasib aku berada jauh dari dia. Bukan di depan mata. Kalau tidak Tapi itu yang aku suka. Itu yang buat Aleeya begitu istimewa berbanding gadis lain yang pernah dikenali selepas pemergian Aisyah Syuhada. Esok jom lunch sama-sama, pelawa Zain ikhlas. Malaslah, jawab Aleeya. Kalau esok malas, lusa kita lunch sama-sama. Zain tidak putus asa lagi. Aleeya tarik nafas dalam-dalam.

159

Baju Pengantin Mak Andam

Lusa sibuklah. Aleeya memberi alasan. Kalau lusa sibuk, tulat kita lunch sama-sama. Zain usaha lagi. Usaha tangga kejayaan. Chayok!!! Chayok!!! Zain, panggil Aleeya. Aleeya, panggil Zain pula. Aleeya melepaskan keluhan lemah. Kenapa dengan Zain ni? Aku dah hilang modal nak bercakap ni. Zain tetap macam tak berapa nak faham lagi. Dah aku kata dulu, semasa pertama kali keluar makan dengan Zain. Sudah dipesan agar jangan pandai-pandai mahu mengatur rancangan makan tengah hari bersama kalau hari bekerja. Masa tu Zain lupa nak korek telinga ke? Atau saja buat-buat macam sebulan tak buang tahi telinga sampai tak dengar apa orang kata. Dibuatnya kata-kata aku dulu seperti masuk telinga kanan, keluar ikut telinga kiri. Zain, kau tak ingat ke aku pernah bagi tahu kau dulu? Aku tak selesalah keluar makan dengan kau. Terkeluar juga bicara Aleeya setelah agak lama dia berfikir. Zain pula melepaskan keluhan lemah. Apalah minah sorang ni? Macamlah aku nak buat mende yang tak elok dengan dia kalau keluar makan dengan aku. Macam aku ni tak ada otak nak fikir. Tak ada didikan agama. Punya cukup didikan agama mak dan ayah kasi. Bekas pelajar sekolah agama lagi. Masa studi dekat UTM dulu pun aku pegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa surau di kolej. Stok masjid lagi tu. Macam-macamlah Nurul Aleeya ni...! Tak selesa amendanya? Bukan kau keluar makan dengan Anuar Zain. Kau keluar dengan Zain. Z-A-I-N. Zain mula menekan sedikit nada suaranya. Nama

160

Areila Sahimi

yang dibawa sejak dari lahir dieja satu-satu. Tak dinafikan juga, di dalam hati terasa geram dengan sikap Aleeya yang suka mengelak. Terlampau jual mahal. Mengalahkan mahu keluar dengan bintang terkenal dan fofular aje. Aleeya menggaru kepala. Kepala yang tidak terasa gatal itu digaru laju-laju. Semoga bila ada sedikit rasa sedap naik atas kepala, otak pun boleh ligat berfikir apa ayat nak bagi dekat Zain ini. Aleeya tahu, pasti lelaki itu terasa dengan sikap dinginnya itu. Sudah dilatih di dalam diri agar jangan bersikap terlalu lembut dengan lelaki. Apa yang boleh dibuat lagi. Itu yang Aleeya cuba latih di dalam dirinya agar berbuat demikian selepas putus cinta separuh jalan dengan Azizul. Setakat ini, belum terbuka lagi pintu hati untuk membenarkan sesiapa cuba masuk menakluki hati wanitanya. Bukan Aleeya anti pada lelaki. Abah juga seorang lelaki. Aleeya juga punya seorang adik lelaki. Cuma, biarlah dia begini. Bagi Aleeya, dia lebih seronok berkawan dari menjalinkan hubungan perasaan. Aleeya tidak mahu perkara yang sama berulang sekali lagi. Sungguh dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan perkara yang sama. Bukan senang ingin merawat luka di hati. Sekali terluka, parutnya masih berbekas sampai bila-bila. Parut di hati, bukannya boleh disapu dengan krim Mederma mahupun minyak Bio-Oil untuk menghilangkan kesannya. Ini kes lain. Bukan parut yang nampak di tangan. Biar dia ketawa setiap hari, bergurau senda suka-suki tetapi luka di hati tak ada siapa yang tahu. Biar Aleeya pendam semua ini seorang diri. Itu lebih baik. Buat apa mahu ditunjuk rasa sedih hanya kerana seorang lelaki. Tetapi, ada ketika Aleeya tertewas pada perasaannya sendiri. Kali ini, apa yang boleh dibuat adalah berhati-hati. Ah!!! Zain cuma mahu berkawan. Tak ada salahnya berkawan. Mak sendiri pernah cakap, berkawan biar beribu,

161

Baju Pengantin Mak Andam

tapi bila nak bercinta, jujurlah pada pasangan yang satu itu. Jangan sesekali memainkan perasaan orang, hati kecil Aleeya berperi. Betul ke? Ya Allah! Kenapa ni? Ingat nak cakap dalam hati. Tapi boleh pulak buat loud speaker keluar ikut mulut pulak ni. Sudahlah kuat pulak tu! Betullah. Kau ingat aku main-main ke? tutur Zain sedikit lembut. Macam-macam taktik mengayat aku dah pakai ni. Bila nak jalan, masih menjadi tanda tanya. Aleeya tak tau nak cakap apa dah. Tak apalah. Anggap saja keluar dengan kawan. Selepas putus dengan Azizul, mana pernah dia keluar dengan lelaki lain lagi. Kiranya Zain adalah lelaki pertama yang berjaya keluar dengan Aleeya semenjak dia memegang title Miss Single and Available. Zain berjaya pun, sebab dia main kotor. Main serang sampai ke office terus. Nak mengelak pun tak boleh. Harap-harap jangan ada feeling. Sama ada aku atau Zain. Walaupun rasanya tindak-tanduk lelaki itu semacam aje gayanya. Bukan perasan. Tapi itu namanya instinct. Pengalaman lalu, banyak mengajar Aleeya tentang lelaki. Azizul juga dulu begitu. Walaupun hakikatnya Aleeya yang terlebih expose menarik perhatian untuk masuk ke dalam hati lelaki itu. Tapi, bila dah dapat positive feedback daripada Azizul, nak kata apa lagi? Kira on ajelah. Walaupun masa itu hidup masih ditanggung mak abah lagi. Orang kalau nak menggatal bukan kira umur. Yelah... time tengah suka. Tengah sayang. Tengah tangkap cintan. Semua indah. Kentut pun mengaku wangi. Tapi bila hati dah hilang rasa cinta, mulalah! Bau dari Issey-Miyaki dikatanya bau badan orang tak mandi pagi. Semuanya salah. Semuanya tidak kena.

162

Areila Sahimi

Semasa Azizul minta untuk memutuskan perhubungan yang dibina atas alasan lelaki itu tersepit dengan permintaan kedua-dua orang tuanya untuk menjodohkan dirinya dengan wanita pilihan mereka, ditabahkan juga hati ini untuk menerimanya. Siapa Aleeya untuk memberontak memarahi Azizul. Azizul punya alasan yang kukuh untuk menjaga hati kedua-dua orang tuanya. Aleeya tidak mahu Azizul menjadi anak derhaka hanya kerana dirinya. Nak dijadikan cerita, yang membuatkan sampai sekarang Aleeya tidak berani meletakkan kepercayaan kepada orang lelaki adalah apabila Azizul terkantoi di depan matanya sendiri. Disangka lelaki itu bersama wanita pilihan orang tuanya, rupa-rupanya dalam senyap menjalinkan hubungan dengan Cikgu Hazlily. Bekas guru bahasa Melayu sekolahnya merangkap bekas kekasih Azizul semasa mereka berdua belajar di USM dulu. Mereka sama-sama buat praktikal di sekolah Aleeya. Terasa macam nak tembak sahaja Azizul dengan senapang gajah masa itu. Pandai betul dia mereka cerita kononnya Aleeya bukan calon menantu pilihan. Pada hal, dia yang dah curang, berpaling arah pada bekas kekasihnya semula. Dia menerima Aleeya sebagai kekasihnya ketika itu hanyalah untuk membuat Cikgu Hazlily tidak senang duduk dan berasa cemburu. Terasa perasaan menyesal menguasai diri apabila merasakan diri telah ditipu hidup-hidup dan dipermainkan sewenang-wenangnya. Tetapi Aleeya terpaksa mengakui, rasa sayang untuk lelaki yang bernama Azizul itu masih kuat sehingga kini. Masakan mampu dia melupakan lelaki itu semudah ABC, 123 sahaja. Azizul adalah cinta pertama Aleeya. Bukan mudah mahu melupakannya melainkan ada pil pelupa yang boleh

163

Baju Pengantin Mak Andam

dibeli di farmasi di Malaysia negaraku tercinta ini. Telan dua biji pil setiap hari mungkin mampu membuatkan Aleeya lupa pada Azizul. Leeya, panggil Zain apabila Aleeya sudah senyap sepi. Nak kata sudah meletakkan telefon, panggilannya masih lagi bersambung. Hah!!! Aleeya tersentak. Automatik lamunannya terhenti. Kau dah tertidur ke? soal Zain. Tanpa sedar, bibir mengukir senyuman tatkala mendengar soalan Zain. Belum lagilah. Habis tu, apasal tetiba jadi senyap. Sunyi sepi. Aleeya mengekek ketawa. Sahlah kau kena makan ubat. Biar kasi betul sikit kepala kau tu. Dah senget menghala ke kiri atau ke kanan? perli Zain. Aleeya menggetap bibir. Ada aje modal nak ketukketuk aku. Banyaklah kau! Jadi ke tak jadi ni? Jawapan tak bagi lagi. Jomlah. Bukan buat apa pun. Nak beramah mesra pun salah ke? Zain sudah separuh merayu berharap Aleeya akan sudi untuk keluar makan dengannya. Aleeya menimbang-nimbang tentang pelawaan Zain itu tadi. Susah kalau Zain sudah buat gimmick merayu-rayu macam ni. Aku pun satu. Yang senang sangat jatuh layu apa hal? Hmmm... okey. Tapi bukan lunch. Dinner boleh tak? Aku sekarang banyak kerjalah kat office. Sekarang ini memang jelas Zain sudah tersenyum riang. Dinner pun dinnerlah. Janji jalan, hatinya berkata. Okey aje. Bolehlah. Pantas dia menjawab.

164

Areila Sahimi

Kau nak aku ambil kau di rumah pukul berapa? sambung Zain lagi. Eh, tak payah susah-susahkan diri. Aku ada kereta. Boleh pergi sendiri. Kau set aje mana tempat nak pergi. Nanti aku datang, balas Aleeya cepat-cepat. Tak selesa rasanya. Apa kata jiran-jiran nanti. Elok sangatlah tu. Anak dara keluar malam-malam dengan lelaki. Kalau nak keluar pun pandai-pandailah cover. Kalau terangterangan lelaki datang ambil nak cover macam mana? Drive aje kereta sendiri. Itu selamat. Boleh pergi ikut suka. Balik pun aku punya suka. Kalau dah menumpang orang, takkan nak buat mengada-ada ikut suka hati sendiri nak balik pukul berapa. Zain mendengus. Kenapa pulak? Ngeee... Aku dah setuju nak keluar, banyak tanya pulak! Kau nak keluar ke tak ni? Apa-apalah. Macam-macamlah kau ni. Zain malas dah nak bertekak, bertegang urat dengan Aleeya. Karang, elok-elok Aleeya dah setuju nak keluar dinner bersama, terus dia cancel. Kalau Aleeya kata aku tak boleh diduga nak buat apa, dia pun sama. Aleeya mengekek ketawa. Nampak kemenangan berada di pihaknya. Good boy. sangat

Apa kau ingat aku ni kanak-kanak riang Alam Ria Disney ke? Di hujung talian sana, tersembur ketawa Aleeya. Elelele... Sukanya my baby girl ni. Ketawa yang rancak tadi mati tiba-tiba. Aleeya menelan air liur yang terasa pahit. Apa ni Zain? Kau ingat aku budak kecik ke panggil macam tu?

165

Baju Pengantin Mak Andam

Eh, salah ke? usik Zain. Darah panas dah mula naik ke muka. Saat-saat macam ni, bersyukur sangat yang dia tengah bercakap di dalam telefon dengan Zain. Bukan secara berdepan-depan atau buat video conference. Kalau tak, mana nak diletakkan muka yang terasa macam udang galah kena bakar aje ni. Hanya sebab telinga menangkap jelas my baby girl, Aleeya dah mula jadi gelabah. Salahlah, kata Aleeya geram. Aku bukan baby girl siapa-siapa. Aku baby girl mak dan abah. Eh, baby lagi ke? Kes tak dapat terima kenyataan diri dah tua la tu.... Zain masih mengekek ketawakan Aleeya. Aleeya mendengus geram. Apalah yang suka sangat tu? Sampai tak tau nak berhenti ketawakan orang. Plaster mulut tu dengan plaster luka nanti baru tau! Dah la Zain. Aku nak tidur ni. Kau ingat aku burung hantu ke? Bersengkang mata layan kau malammalam buta macam ni. Okeylah. Aku pun nak tidur. Orait. Apa-apa hal, kau roger aku nanti. Good night. Assalamualaikum. Orait. Good night my baby girl. Zain!!! Jerit Aleeya, tetapi Zain terlebih dahulu telah mematikan talian.

166

Areila Sahimi

bab 16
IAPA bilang gadis Melayu tak menawan. Tak menarik hati tiada memikat. Kalaulah sungguh tak mungkin aku tertarik. Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh. Zain berlagu riang sambil tangan sibuk menyikat rambutnya yang sudah dipotong pendek petang semalam. Untuk menjadi pekerja cemerlang, pekerja contoh, kenalah jaga attitude dan penampilan diri. Bila perasan rambut sudah mencecah ke kolar baju, pandai-pandailah pergi kedai gunting rambut. Sendiri mahu ingat. Gel disapu ke atas rambut biar nampak terpacak sikit. Macam iklan Brylcream, barulah stylo. Memegang jawatan sebagai seorang jurutera di syarikat pembinaan yang agak terkenal itu memaksa dirinya untuk kelihatan segak selalu walaupun skop kerjanya adakala menuntut dia untuk selalu ke tapak projek yang sedia maklum tahap kepanasan sinaran mentari. Lagipun, sudah lumrah, jika menjadi seorang ketua, perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja yang lain. Mana boleh ikut

167

Baju Pengantin Mak Andam

suka sahaja. Kepimpinan melalui tauladan. Kalau ketua senget, anak buah lintang-pukanglah jadinya. Happy nampak? Sejak bila Akademi Fantasia buat audition tengah-tengah malam ni? Badri mengejutkan teman serumahnya yang kelihatan seperti baru menang loteri itu dari arah belakang. Badri menggaru kepala yang tidak gatal. Apa kena dengan mamat ni? Dua tiga menjak ni lain benar perangai dan tingkah lakunya. Dah lama Badri tidak melihat Zain seronok seperti sekarang ini. Apa fenomena yang telah melanda? Kalau dulu, Badri sudah sedia maklum. Tentu-tentu sahaja temannya itu sedang hidup berbahagia dengan insan tersayang bergelar kekasih hati walaupun semasa itu Zain hanya menyanyi lagulagu cinta versi nasyid seperti Nur Kasih, Impian Kasih dan macam-macam lagilah. Walaupun Zain berjiwa rock kapak parang kontot, diikutkan juga mendengar lagu-lagu nasyid. Maklumlah kekasih hatinya itu bakal ustazah. Nak mengurat bakal ustazah, kenalah belajar dengar lagu nasyid. Dendangkan lagu-lagu nasyid yang indah itu buat halwa telinga insan tersayang. Tetapi itu cerita dua tahun lepas. Semasa itu ada Aisyah Syuhada di sisinya. Sekarang, amboi, amboi, amboi, amboi Sudah pandai menyanyi lagu Gadis Melayu nyanyian asal Othman Hamzah dipopularkan kembali oleh Jamal Abdillah yang mendapat aura apabila Mawi, hero Felda Taib Andak menyanyikannya di malam Konsert Akademi Fantasia 3. Zain menarik nafas dalam-dalam. Kus semangat! Boleh luruh jantung aku tadi dibuatnya dengan Si Badri ni. Masuk bilik orang main terjah aje. Tak tau bagi salam!

168

Areila Sahimi

Kau ni datang dari mana? Tiba-tiba muncul masuk dalam bilik aku tak bagi salam? Zain merungut-rungut memarahi Badri. Setahunya, tadi Badri tiada di rumah. Katanya ingin keluar dengan buah hati pengarang jantung pisang emas dibawa belayar. Ini tiba-tiba dah elok berdiri tegak di depan mata, apa cerita? Kata nak keluar dengan Zahira? sambung Zain lagi apabila melihat Badri hanya memerhatikan dirinya yang sedang bersiap. Asyik sangat Badri memerhati Zain. Zain rasa tak sedap hati. Apa kena dengan housemate aku yang sorang ni? Sudahlah dia sorang saja teman serumah yang tinggal lepas Farhan berpindah rumah kerana telah berumah tangga. Jangan nak buat hal, Bad... Aku ni masih teruna lagi, hati Zain berkata. Ya Allah! Apa yang aku melalut ni? Minta dijauhkan benda-benda ini semua. Geli tengkuk bila mengingatkan tentang hubungan sejenis yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Apa mereka ini sudah tidak tahu untuk membezakan yang halal dan haram? Aku teruna sejati. Bukan kategori lelaki suka lelaki. Apa kau pandang-pandang aku macam ni, Bad? tanya Zain sambil memukul bahu Bad. Pukulan itu membuatkan Bad tersentak. Sakit. Apa ni Zain? Nak buat macam WWF ke? Bad menahan geram. Penumbuk ditala dekat ke muka Zain. Sebelah lagi tangannya menggosok-gosok bahu yang sakit tadi bahana kena pukul dengan tangan Zain. Zain mengekek ketawa melihat muka Badri berkerut-kerut menahan sakit. Penumbuk Badri yang sipisipi mahu kena hidungnya ditolak ke tepi.

169

Baju Pengantin Mak Andam

Sorrylah. Malam ni tak boleh. Aku bz. Kau duduklah rumah layan WWF sorang-sorang. Aku nak keluar, kata Zain. Tangannya masih lagi mengemaskan duri landak di atas kepalanya. Separuh tiub gel sudah diletakkan di atas rambut. Boleh berdarah tangan kalau tercucuk rambut Zain yang sudah tercacak-cacak ini. Badri mencebikkan bibirnya. Ek ena... Kerek semacam aje gayanya. Zain nak keluar malam ni dengan siapa? Timbul persoalan di hati. Kau nak keluar dengan siapa? Badri menyoal. Hajat di hati nak korek rahsia teman baiknya itu. Tidak pernah mereka berdua merahsiakan apa-apa. Maklumlah, mereka berdua sudah membuat perjanjian untuk memegang jawatan tambahan sebagai penasihat kiri kanan depan belakang masing-masing. Ini tuan penasihat dua puluh lima persen pun tak tau apa yang dah terjadi, apa kes? Zain mengukir senyuman yang tak tau macam mana rupanya. Adalah. Itu sahaja jawapan yang diberikan buat soalan Badri tadi. Cakaplah kau nak keluar dengan siapa? Badri bertanya lagi. Tidak puas hati dengan jawapan yang diterima. Nanti aku ceritalah. Aku dah lambat ni. Aku pergi dulu. Zain terus keluar dari bilik menuruni anak tangga. Dibiarkan Badri yang terpinga-pinga duduk di atas katil. Enjin kereta dihidupkan. Mapley time!!!

170

Areila Sahimi

SEKALI lagi Aleeya melihat jam di pergelangan tangan. Ini yang paling aku pantang nih! Janji pukul sembilan tapi ni dah pukul sembilan setengah masih tak nampak bayang lagi. Dia terlupa ke? Tak mungkin. Sebelum maghrib tadi Zain dah roger, confirmkan pasal rancangan nak keluar dinner kat mapley An Nazmaju Presint 9 malam ini on. Aleeya menyelak-nyelak buku menu yang ada di atas meja. Sudah sepuluh kali dia melihat senarai menu yang tercetak di dalam buku itu. Rasanya sudah dihafal semua menu yang disediakan di restoran mapley ini. Lagipun, sudah acap kali Aleeya makan di sini, sehinggakan anei tukang ambil order pun dari jauh sudah melambai tangan tanda Aleeya pelanggan setia yang tak jemu-jemu datang. Sorry, Im late darling. Selamba Zain berkata dengan riak muka tak bersalah. Aleeya mencebik bibir. Ini apa hal speaking London tak tentu pasal pulak ni? Muka macam tak berperasaan aje, atau Zain tak perasan yang dia dah terlewat hampir empat puluh lima minit? Apa hal lambat? Aleeya bersuara keras. Zain dijeling sekilas. Zain hanya tersengih. Tangannya melambai-lambai ke arah anei yang tengah elok berdiri di tepi kaunter pembayaran. Segera anei tadi datang ke meja Zain dan Aleeya untuk mengambil pesanan. Kau nak makan apa? Zain bertanya. Anei, kasi saya cheese nan sama itu ayam tandoori. Minum saya mau teh tarik, tarik panjang-panjang, kasi besar punya gelas. Okey?

171

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya menggenyitkan mata ke arah anei yang sedang mengambil pesanan itu. Bukan sengaja mahu menggatal dengan anei itu, tetapi dia sendiri sudah kenal sangat dengan pekerja-pekerja di Restoran An Nazmaju ini. Sudah terbiasa bergurau macam itu. Accha!!! jawab anei. Anei tersebut mengalihkan pandangan matanya ke arah Zain pula. Sama. Pantas Zain menjawab. Aleeya mengetuk-ngetuk meja dengan jari. Sebelah tangannya menongkat dagu. Nak borak apa ni? Mati kutu aku. Pandangannya ditala ke muka Zain pula. Lantas dia hanya mengukirkan senyuman sumbing. Kepala yang tidak gatal digaru. Apa hal rambut mamat ni dah macam duri landak aje aku tengok? Entah gel apa yang dia pergi sapu. Macam duri durian pun ada jugak, hati Aleeya berbisik nakal. Zain di hadapan hanya memerhati tingkah laku Aleeya itu. Pasti gadis itu tidak selesa bersamanya. Sudah seperti cacing kepanasan sahaja gayanya. Gelisah semacam. Kalau kau lambat lagi lima minit tadi, confirm aku balik terus. Akhirnya Aleeya memecahkan tembok kesunyian yang melanda mereka berdua. Zain tidak memberikan sebarang respons. Dia ralit memerhatikan Aleeya. Timbul juga rasa tidak faham di dalam diri. Masakan Aleeya yang selalu buat kerja part-time sebagai mak andam akan keluar dari rumah tanpa mengenakan sebarang solekan di mukanya. Ketika Zain pergi buat serang hendap ke pejabat Aleeya dulu pun, Aleeya tidak mengenakan sebarang solekan.

172

Areila Sahimi

Cukup sekadar mengenakan bedak muka dan pelembap bibir sahaja. Tapi malam ini, jangankan pelembap bibir, bedak pun dia tak sempat pakai agaknya. Muka pun nampak pucat semacam. Inilah akibatnya kalau selalu sangat mengenakan solekan. Habis hilang serinya. Nasib kulit muka dia bersih tanpa sebarang cela. Tapi, hati Zain turut mengakui, tanpa sebarang solekan pun, gadis itu tetap kelihatan manis. Tambah-tambah lagi apabila dia ketawa. Timbul lesung pipit yang melekuk di kedua-dua belah pipinya. Aleeya mengerutkan dahi. Apa aku tengah bercakap dengan kerusi dan meja ke? Zain boleh buat tak tau aje ni. Sejak bila dia jadi OKU ni? Tangan dilambai-lambaikan ke arah muka Zain. Halo... tegurnya. Ternyata tindakan Aleeya tadi membuatkan Zain tersentak. Kemudian dia mengukirkan segaris senyuman. Apa kau tanya aku tadi? Zain bertanya kembali. Aleeya mendengus geram. Planet mana Zain dah jejak tadi? Sampai aku cakap pun dia tak dengar. Aku cakap, kalau kau lambat lagi lima minit tadi, confirm aku terus balik, ulang Aleeya satu per satu. Zain tersengih. Mana aku tau kau datang on time. Biasa kalau orang perempuan ni... pantang diajak keluar. Bersiap punyalah lama. Aku saja bagi kredit time kat kau tadi tu. Tu yang aku lambat sikit. Takut nanti aku yang terpaksa menunggu kau lama. Tapi aku tetap terharu sebab kau terlebih excited nak jumpa aku sampai sanggup tunggu lama.

173

Baju Pengantin Mak Andam

Zain tersengih nakal. Aleeya menghadiahkan jelingan maut buat Zain. Zain ni... memanglah. Ada aje modal nak kenakan aku! Aku ni berpegang pada janji. Bukan macam kau. Cepat sangat lupa. Ini mesti kategori Melayu mudah lupa. Sekali Aleeya sound Zain dengan ayat berapi. Perbualan mereka terhenti memberi laluan kepada pesanan penaja. seketika kerana

Anei yang mengambil pesanan tadi datang dengan menatang dulang yang berisi dua gelas teh tarik gelas besar dan dua pinggan besi berisi cheese nan dan ayam tandoori. Setelah anei tadi pergi, Aleeya sudah mula mahu membelasah cheese nan dan ayam tandoori yang sudah elok terhidang di depan mata. Laju dia memerah limau kasturi di atas ayam tandoori yang masih panas berasap. Baru dia hendak sapede (makan), Zain berdeham memberi isyarat untuk menadah tangan. Ya Allah, malunya aku! Ni sah-sah sikit lagi Zain akan mengata aku gelojoh sangat sampai tak ingat nak baca doa sebelum makan. Bukan gelojoh, tapi lapar sangat. Punyalah jual mahal tadi dengan Iwa, Anis dan Aida menolak pelawaan untuk makan malam bersama di rumah. Bukan apa, kalau awal-awal dah bedal nasi, macam mana nak pekena cheese nan dan ayam tandoori. Dari petang tadi sudah teringin sangat nak makan makanan favourite aku ni.... Lapar sangat ke? tanya Zain lembut. Timbul pula rasa kasihan pada Aleeya. Pasti Aleeya tidak makan apa-apa lagi sejak dari tadi. Aleeya hanya mengangguk. Terasa wajah sudah mula membahang kerana menahan rasa malu. Biarlah. Dah memang aku kelaparan.

174

Areila Sahimi

Melihat pinggan besi Aleeya yang hampir licin itu, Zain memulakan sesi suai kenal, beramah mesra. Leeya, kenapa kau tak bersolek malam ni? tanya Zain. Kemudian dia tersengih sendiri. Apa soalan aku tanya entah. Hentam sajalah Labuuu. Aleeya mengangkat muka memandang tepat ke muka Zain. Kenapa? Kau ada masalah ke kalau aku macam ni? Aleeya tidak menjawab soalan Zain itu tadi, sebaliknya diberi soalan lain pula untuk lelaki itu jawab. Zain tersenyum. Susah sangat ke nak jawab soalan aku tadi? Aku bagi dia soalan, dia pulak bagi balik soalan pada aku. Sah-sah tak faham dengan kehendak soalan aku tadi. Saja tanya. Kalau saja tanya, tak payahlah aku susah-susah nak jawab, kata Aleeya. Cebisan cheese nan terakhir masuk ke dalam mulut. Zain membulatkan mata. Aleeya. Zain. Aleeya. Zain. Tersembur ketawa kedua-duanya. Kadang-kadang aku pelik tengok kau ni, sambung Zain dengan ketawa yang masih bersisa. Aleeya mengerutkan dahi. Aku macam alien ke? Tak pun macam Shrek? Rasa aku sama aje macam kau. Ada mata, ada telinga, ada hidung, ada mulut. Kalau aku macam alien, kau pun alien jugaklah kan? Zain menggetap bibir. Loyar buruk punya budak!

175

Baju Pengantin Mak Andam

Ada aje nak menjawab cakap orang. Tak adalah. Kau buat part-time jadi mak andam. Tapi kau sendiri tak bersolek. Kadang-kadang aku tengok kau terlebih mesra alam sampai anei ambil order pun kau boleh main kenyit-kenyit mata. Kadang-kadang kau jadi dingin macam air botol dalam freezer. Aleeya ketawa melihat Zain sudah menarik muka, berkerut-kerut menahan geram. Itu yang kau pelikkan? Apalah kau ni Zain. Aku malaslah nak pakai mekap hari-hari. Aku kalau pakai mekap, rasa macam bintang melekat kat muka aku ni. Tapi kalau nak pergi mengandam orang tu, nak tak nak aku pakai jugaklah. Nanti, kalau aku pergi mengandam dengan muka pucat lesi, orang pun tak yakin yang aku ni mak andam. Walaupun jadi mak andam terjun. Kena la buat pelanggan yakin. Panjang lebar penjelasan yang diberikan. Aleeya menarik nafas. Teh tarik diteguk lagi. Ek...? Zain angkat kening. Habis tu, yang kadang mesra kadang dingin tu kenapa pulak? Aku jealous tau kau kenyit-kenyit mata dengan anei tadi tu. Bukan main lagi. Ketumbit mata tu karang, baru padan muka. Dengan aku punyalah kau kerek semacam! Nada suara Zain sengaja dibuat macam orang tengah merajuk minta segera dipujuk. Tersembur ketawa Aleeya mendengarnya. Apalah Zain ni. Ada ke dengan anei yang datang dari Madras itu pun dia nak jealous. Sah! Ada satu wayar sudah short dalam kepala dia tu. Aku ini bercita rasa lelaki Melayu yang faham bahasa. Mana ada aku dingin dengan kau. Kalau aku dingin dengan kau, tak ada maknanya aku keluar dengan kau malam

176

Areila Sahimi

ni tau. Kau buat tuduhan tak berasas tau dekat aku, jelas Aleeya. Zain tersenyum. Jadi kau keluar dengan aku malam ni apa maknanya? Atas alasan apa? Zain kembali menyoal. Bagi soalan berbelit-belit sikit. Biar Aleeya pening kepala nak bagi jawapan yang paling kreatif untuk soalan aku ini. Aleeya menjulingkan mata ke atas kemudian ditenung wajah Zain yang tenang tidak berkocak itu. Betul nak tahu ni? Aleeya bertanya. Zain mengangguk. Aleeya mengetuk-ngetuk meja. Mencari alasan yang boleh dia berikan pada Zain. Seketika kemudian dia tersengih penuh makna pada Zain. Jari telunjuk dinaikkan ke atas. Alasan nombor satu. Sebab kau nak belanja aku makan. Mana boleh tolak rezeki yang datang bergolek. Dua jari dinaikkan. Tanda peace. Alasan nombor dua. Sebab kau yang beria-ia sangat nak ajak aku keluar. Aku tak reti nak hampakan harapan orang. Jadi aku ikutkan jugak. Tiga jari sudah dinaikkan. Alasan nombor tiga. Sebab kau kawan aku. Apa salahnya keluar dengan kawan sendiri. Puas? Macam bertih jagung mulut Aleeya memberi penjelasan sekali gus menjawab pertanyaan daripada Zain tadi. Apa Zain ingat dia seorang aje boleh reka soalan KBKK untuk aku? Macam aku tak boleh nak berfikir secara kritis dan kreatif. Ini Nurul Aleeyalah. Small the pieces la soalan Zain tadi.

177

Baju Pengantin Mak Andam

Kawan? Zain bertanya kembali. Aleeya mengangguk. Ya. Kawanlah! Kau tau apa sebab aku beria-ia sangat nak keluar dengan kau? soal Zain lagi. Teh tarik diteguk perlahan. Aleeya memandang kembali Zain di hadapannya. Kening diangkat. Sebab aku nak kenal kau dengan lebih rapat lagi. Sebab aku rasa. Kata-kata Zain mati di situ. Aleeya mengerut dahi. Kau rasa apa? Aleeya menyoal Zain apabila katakata lelaki itu tadi mati di separuh jalan. Rasa teh tarik, cheese nan ataupun ayam tandoori? Aleeya menyambung lagi. Sebab aku rasa aku suka kau. Rendah nada suara Zain menuturkan kata-katanya itu. Aleeya menelan air liur. Wajah sudah mula membahang. Darah panas sudah menyerbu naik ke muka. Sudah aku jangkakan. Aleeya terfikir-fikir, jawapan apakah yang patut diberikan kepada Zain ketika ini. Zain terlalu drastik. Terlalu cepat seperti KLIA Express. Masakan baru dua kali berjumpa secara berdua-duaan, SMS kadangkala, telefon ikut mana dan, Zain sudah mula menyukai aku? Kalau suka berkawan, aku boleh terima. Memang aku juga menyukai dia sebagai seorang kawan yang baik walaupun baru sahaja berkenalan. Tapi, daripada nada Zain menuturkan kata sukanya itu tadi menimbulkan syak wasangka. Tentu suka Zain itu membawa makna lebih daripada sekadar suka sebagai kawan. Tetapi lebih kepada suka sebagai. Suka? Aleeya sekadar berpura-pura bertanya. Zain menggetap bibir. Dia tahu, Aleeya faham

178

Areila Sahimi

maksud kata-katanya tadi. Tapi, Aleeya... Biasalah. Gadis itu pasti punya macam-macam alasan untuk mengelak. Lu pikirlah sendiri. Aleeya hanya tersenyum nipis. Senyuman plastik yang sengaja dibuat untuk menyembunyikan rasa getar di dalam hati. Zain, tuturnya sedikit lembut. Apa-apa pun, biarlah kita berkawan dulu. Aku lebih selesa kalau kita jadi kawan. Itu lagi seronok. Aku tak ready lagi dengan sebarang komitmen pada relationship. Aku harap kau faham. Lagipun kita baru kenal, kan? terang Aleeya satu per satu. Besar harapannya agar Zain dapat faham dan tidak terlalu menaruh harap. Zain hanya mengangguk lemah. Aleeya tersenyum. Baguslah Zain boleh faham. Tapi aku takkan putus asa. Selagi boleh aku akan cuba. Cuma aku harap kau boleh bagi aku peluang. Jangan nanti kau boikot tak nak keluar dengan aku lagi, dahlah. Aku baru nak mulakan langkah pertama nak tackle kau ni. Zain kembali bersuara ceria. Aleeya ketawa apabila kata-kata Zain itu tadi menerjah masuk ke dalam telinga. Zain memang pandai buat trick untuk menjadi pencuri hati wanita. Tentu dia player terbaik dalam permainan hati dan perasaan. Pasti dia sudah punya pengalaman sebegini semasa belajar di UTM dulu. Patutlah gaya expert aja. Tidak macam seorang amatur yang baru mula mahu belajar bercinta. Kau nak tackle aku? soal Aleeya. Zain mengangguk. Kenapa? Tak percaya? duganya.

179

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya tersenyum. Tengoklah macam mana nanti. Kalau kena caranya. Cara? Aleeya mengangguk. Nak pakai kapak? Parang kontot? Senapang patah? M16? Meriam buluh? Bom tangan? Bazooka? Aleeya mendengus geram. Ada sahaja modal Zain untuk buat lawak bodoh peringkat antarabangsa dengannya. Takde macam gaya orang tengah frust langsung. Kau ingat aku awek Taliban ke sampai nak siap sedia dengan semua jenis senjata tu? kata Aleeya geram. Zain hanya tersengih. Habis tu macam mana? Dah itu aje cara yang aku rasa boleh pakai. Kalau aku pakai ayat jiwa-jiwa, berbunga-bunga nanti, kau kata aku mat jiwang karat pulak. Aleeya mencebik bibir. Apa-apa ajelah. Malas Aleeya mahu melayan Zain. Zain bukannya boleh dilayan sangat. Makin dilayan, makin menjadi-jadi. Siang jadi engineer, malam buat part-time jadi pelawak antarabangsa yang tidak dibayar gaji. Dahlah tu. Jom balik. Dah pukul sebelas dah ni. Tak baik anak dara berembun malam-malam. Aleeya tersengih. Tau takpe. Okey. Aleeya dan Zain terus bangun dari kerusi setelah selesai membayar semuanya. Mereka jalan beriringan menuju ke kereta masing-masing. Berkilat kereta, tegur Zain apabila melihat kereta Myvi SE merah cili milik Aleeya itu berkilat seperti baru keluar dari kilang.

180

Areila Sahimi

Aleeya mengangkat kening. Mestilah. Ini boyfriend aku tau! tutur Aleeya sambil tangan mengusap-usap badan Myvi SE kesayangannya itu. Owhhh. Kalau aku, ini isteri nombor dua aku, balas Zain sambil tangan mengetuk perlahan Chevrolet Optranya. Aleeya menggetap bibir. Tak habis-habis nak menunjuk. Habis, isteri nombor satu kau siapa pulak? Wife-in-the-making. Adalah.... Zain menjeling kepada Aleeya sambil tangan membuka pintu kereta. Sempat dia menghadiahkan senyuman nakal buat Aleeya. Aleeya sudah hilang modal untuk membalas balik. Okeylah aku balik dulu. Terus Aleeya masuk ke dalam perut kereta. Sebelum Aleeya masuk gear undur, telefon bimbitnya berbunyi. Mesej daripada seseorang. Pg esok bgn awal. Jgn lupa sembahyang subuh. Mesej penutup daripada Zain untuk malam ini. Aleeya memandang Zain di dalam kereta di sebelah. Zain hanya melambaikan tangannya dan tersenyum. Terus mengundur ke belakang dan meluncur laju. Mesej yang diterima daripada Zain tadi amat-amat mengusik jiwa wanitanya. Mesej yang hampir sama bunyinya yang pernah diterima dulu ketika memadu kasih bersama Azizul. Selalu sahaja lelaki itu menghantar mesej peringatan

181

Baju Pengantin Mak Andam

agar bangun awal dan jangan lupa untuk solat subuh sebelum pulang dari dating. Kehadiran Azizul di dalam hidup Aleeya dahulu, benar-benar membawa perubahan yang besar ke atas dirinya. Kalau dulu sampai naik berbuih mulut emak menyuruh, sampai abah kena guna kekerasan untuk menyuruh anak dara yang seorang ini sembahyang menyembah Allah yang Maha Esa, tetapi hadirnya Azizul telah mengubah setiap inci tingkah laku Aleeya. Sudah mula membuka semula al-Quran yang telah lama ditinggalkan semenjak khatam ketika darjah empat. Paling ketara adalah Aleeya mula mengenakan tudung di dalam kehidupan sehariannya. Tiada lagi gaya rambut panjang mengurai macam puntianak. Aleeya berubah semata-mata untuk insan yang paling disayangi. Aleeya meraup muka dengan kedua-dua telapak tangannya. Ya Allah... Kenapa dia yang aku ingatkan? Aku pohon, kau jauhkanlah dia dari hati dan ingatanku ini, doa Aleeya di dalam hati. Terselit juga rasa bersyukur yang teramat, walaupun tiada jodoh di antara dia dan Azizul, Aleeya tetap tidak berpaling pada gaya Nurul Aleeya yang dahulu. Inilah yang terbaik. Kalau dulu, perubahan dilakukan atas sebab untuk nampak elok di hadapan Azizul, tetapi kini semuanya ikhlas kerana Allah. Bukankah pujangga Islam pernah berkata: Wanita adalah hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. Aku bukanlah tergolong dalam golongan wanita solehah. Tapi akan kucuba ke arah itu. Insya-Allah. Kalau sudah pasang niat yang baik di dalam hati,

182

Areila Sahimi

pasti Allah akan memberi jalan, permudahkan cara untuk ke arah itu. Bila Aleeya sudah pandai berfikir secara rasional seperti ini, itu tandanya Aleeya sudah mula menjadi anak gadis yang dewasa. Mungkin. Padanlah dengan umur yang bakal menginjak ke angka dua puluh tiga tahun dalam beberapa bulan lagi. Cuma untuk menjadi wanita yang dewasa dan matang itu hmmm... wallahualam.

183

Baju Pengantin Mak Andam

bab 17
UKU setebal dua inci itu dipandang sepi. Kepala sudah dilabuhkan di atas meja belajar. Pen di tangan dipusing-pusing seperti kipas helikopter. Memang sejak dari pejabat lagi, terasa virus M.A.L.A.S menyerang masuk ke dalam badan. Pukul sepuluh pagi simptom-simptom virus tersebut sudah kelihatan. Mata stim, rasa mengantuk, tak ada mood dan rasa bosan tahap gaban. Hari ini, satu kerja pun tak jalan dan satu hari jugaklah aku makan gaji buta. Macam mana duit gaji nak berkat, kalau makan gaji buta aje, terdetik di dalam hati. Alah, bukan hari-hari buat perangai macam ni. Esok-esok cover baliklah. Buat overtime tak payah claim. Aleeya berkata pada diri sendiri.

ALUNAN irama Umbrella dari Nokia 6500 Slide bergema kuat

184

Areila Sahimi

membuatkan Aleeya terbangun dari lenanya. Ya Allah! Sampai boleh tertidur dekat meja belajar. Macam buat kerja berat sahaja gayanya siang tadi. Skrin telefon bimbit dilihat sekilas. Nana calling. Aleeya tersenyum. Butang answer ditekan. Assalamualaikum. Aleeya memberi salam buat pemanggil di hujung talian sana. Orang di sebelah sana mula mengekek ketawa. Waalaikumussalam. Amboi! Anak sapa la ni? Anak Cik Mah dengan anak Cik Mi la. Aleeya turut sama menyaingi ketawa orang di sana. Kenapa suara rock semacam aje ni? Kau demam ke? Ketawa Aleeya masih lagi bersisa. Aku baru bangun tidurlah. Mulut Aleeya menguap luas. Segera ditutup dengan telapak tangan. Sebelah tangannya menggosok-gosok mata agar boleh terbuka luas. Baru bangun tidur? Tak studi ke cik kak oiii...? Aku tengah studi tadi. Tiba-tiba boleh tertidur la pulak. Nana ketawa lagi. Macam-macam ajelah dengan Aleeya ini. Studi - tidur. Tak pernah berubah. Cik, I miss you. Lama tak jumpa kau. Apa cer sekarang? Nana bertanya kembali setelah dua-dua menyepi seketika. Tak ada cer la. Biasa aje. Aleeya menjawab lemah. Dah memang tak ada cerita nak dikongsi bersama. Takkan nak bukak cerita orang lain pulak. Itu mengumpat namanya. Buat ketupat malam-malam menambahkan dosa sahaja. Tiba-tiba Nana melepaskan keluhan lemah.

185

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya. Nana merendahkan sedikit nada suaranya. Aleeya mengerut dahi. Ini apa hal tiba-tiba Nana jadi macam orang dah habis bateri sahaja? Entah-entah tengah bergaduh dengan Syah agaknya. Tu yang tiba-tiba, tak ada angin, tak ada ribut Nana call aku malam-malam buta macam ni. Nana ni pun sama jugak macam Kak Ana. Call jarang. Missed call selalu. Nak pekena aku la tu. Suruh buat call back. Ini apa hal ni? Kau gaduh dengan Syah ek? Aleeya menduga. Nana mengeluh lagi. Terfikir-fikir macam mana nak bagi tau teman yang seorang ini. Takut pulak nanti akan merosakkan mood Aleeya. Aku dengan Syah okeylah. Bukan pasal kita orang tapi. Ayat Nana tergantung di separuh jalan. Tidak semena-mena, Aleeya mula menjadi gelisah. Apa kena dengan Nana ni? Lain macam benar dia malam ini. Apa yang tak kena? Aleeya mula berteka-teki sendiri. Tapi apa Nana? Aleeya menyoal kembali. Nana masih membisu. Menyusun kata untuk dijadikan ayat. Bukan dia tidak boleh cakap. Boleh. Memang boleh. Bukan Nana tiba-tiba jadi bisu. Tetapi dia takut apa yang akan disampaikan nanti bakal mengembalikan semula Aleeya kepada kenangan lamanya. Nana tidak mahu Aleeya menangis sekali lagi. Nana cukup kenal siapa Nurul Aleeya. Nampak keras di luar, tetapi di dalam, Aleeya punya hati yang cukup lembut. Masakan tidak. Sewaktu dia berpisah dengan Azizul dulu, ditabahkan jua hati untuk gelak ketawa bersama teman-teman sedangkan di dalam hati, dia menangis sendiri. Nak dijadikan cerita, Aleeya terkantoi apabila dia menangis ketika bercakap dengan Nana di dalam telefon.

186

Areila Sahimi

Semasa itu, Aleeya masih belajar di Politeknik Sabak Bernam. Katanya, dia mengalami batuk yang teruk akibat cuaca yang tidak menentu apabila Nana bertanya mengapa suaranya serak-serak basah. Tetapi, Nana cepat menghidu. Dan, pada malam itu Aleeya menceritakan segala-galanya. Tentang perpisahannya dengan Azizul. Kasihan Aleeya. Pasti bengkak mata Aleeya ketika itu. Apa tidaknya, dia menangis teresakesak akibat terlalu lama memendam perasaan. Rasa simpati menghambat diri buat sahabat yang amat disayangi itu. Rasa macam nak marah pun ye jugak. Ada ke dah sebulan clash dengan Azizul baru malam itu Aleeya bagi tahu. Tetapi Nana, Abab dengan Julia memang bengang gilalah dengan Azizul. Mereka buat pakatan bertiga tanpa pengetahuan Aleeya buat serangan ke atas lelaki durjana itu. Teruk Azizul kena hentam dengan kata-kata makian sebab dengan sewenang-wenangnya lelaki itu berjaya membuat Aleeya terluka. Dengan muka tidak bersalah Azizul boleh buat kenyataan... Aleeya tu masih budak lagi. Tak mampu nak berfikir secara rasional. Dia tak matang. Saya perlukan seorang wanita yang matang. Yang boleh berfikir baik dan buruk. Bukan budak perempuan yang akan buat tindakan ikut suka tanpa boleh berfikir panjang. Macam mana dia nak jadi isteri yang baik, isteri yang sempurna. Diri sendiri pun terkontang-kanting, lintang- pukang, haru-biru. Berasap tiga pasang telinga mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Azizul itu. Sebagai bekas guru yang pernah menumpahkan ilmu pada mereka dahulu, masih punya sedikit rasa hormat untuk itu. Tetapi sebagai seorang lelaki, rasa hormat itu sudah bertukar menjadi zero. Azizul memberi alasan bodoh, macamlah Aleeya itu budak kecil berumur lima tahun.

187

Baju Pengantin Mak Andam

Ada betulnya cakap Aleeya ketika dia cuba menenangkan dirinya sendiri akibat perpisahan itu. Kalau dah tak suka, macam-macam alasan akan diberi. Sepatutnya Azizul mengaku yang dia sendiri tidak mampu untuk bersikap setia menjadi pencinta wanita sejati. Semudah itu dia berpaling pada perempuan lain. Itu pun dengan bekas teman wanitanya dahulu. Kalau boleh Nana memang mahu merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Aleeya. Tetapi rasanya dia tidak mampu lagi. Hati Syah perlu dijaga jugak. Sudah hampir sebulan Azizul mengganggu hidupnya. Itu pun selepas terserempak dengan Azizul di Kinta City ketika sedang berbaris menunggu mi sizzling siap dimasak. Punyalah baik ayat, mamat tu bagi. Merayu-rayu suruh aku pujuk Aleeya jawab panggilan telefonnya. Sampai Syah mula hilang sabar apabila hampir setiap hari Azizul menghubungi Nana untuk meminta pertolongan agar memberitahu Aleeya supaya menjawab panggilannya. Disebabkan Azizul, Syah pula yang memboikot dirinya. Diajak dating tak mahu. Diajak bersembang di talian telefon dikatanya tengah sibuk. Tetapi yang pelik bila dioffer belanja makan, tau pulak boyfriend tersayang ini mengangguk kepala tanda setuju. Tapi apa Nana? Sekali lagi Aleeya menyoal keras. Frekuensi suara sudah naik. Aleeya mula naik angin apabila Nana mendiamkan diri terlalu lama untuk memberitahu perkara apa yang ingin disampaikan tadi. Memang Aleeya betul-betul tengah hangin dengan Nana sekarang ini. Bukan lagi co... ba an Kalau Nana ada depan mata, dah lama aku curah dia dengan air paip. Apa yang difikirkannya lama sangat ni?

188

Areila Sahimi

Nana yang terkejut dengan sergahan Aleeya itu terus menjawab laju, Azizul cari kau. Dia suruh kau jawab panggilan telefon dia. Senafas Nana menjawab soalan Aleeya tadi yang dirasakan mampu membuatkan gegendang telinganya rosak andai lagi dua kali Aleeya menggunakan frekuensi suara yang sama macam tadi. Kali ini, telefon dihalakan jauh sedikit dari telinga. Takut, mana tau nanti jika Aleeya mengamuk besar, menjerit-jerit mendengar perkhabaran yang dibawanya sebentar tadi. Sekurang-kurangnya kalau Aleeya menjerit nanti, gegendang telinganya masih boleh diselamatkan lagi. Aleeya mendengus geram tatkala nama Azizul dibangkitkan semula oleh Nana. Sejak bila kau jadi orang suruhan dia ni? Sejak bila pulak kau boleh jadi back up besar untuk mamat tu? getus Aleeya. Suara sudah mula bertukar serius. Tiada lagi gelak ketawa seperti di awal perbualan tadi. Nana melepas keluhan perlahan. Ditarik nafas dalam-dalam. Seperti yang dijangkakan, pasti Aleeya tengah mengamuk besar sekarang ini. Harap-harap semua barang di dalam bilik Aleeya masih berada di posisi asal. Takut jugak. Bila Aleeya tengah melenting, habis semua barang boleh terpelanting. Jangan salah faham, Leeya. Aku bukan jadi back up besar mamat tu. Ikutkan aku pun sama bengang jugak kat dia. Yang jadi masalahnya sekarang ni, dia tak habis-habis mengganggu hidup aku. Syah pun dah mula hangin dengan dia. Aku tak nak nanti tak pasal-pasal dia orang bergaduh. Tu satu hal. Kes Syah boikot aku sebab dia duk asyik telefon, SMS aku merayu-rayu nak tahu pasal kau, belum ambil kira lagi. Aku harap kau faham, terang Nana satu per satu

189

Baju Pengantin Mak Andam

membetulkan keadaan. Aleeya pasti tengah serabut dengan perkara ini, fikir Nana lagi. Sorry la. Aku tak tau pulak sebab gila Azizul tu, boleh buat hubungan korang tegang, balas Aleeya, cuba berlagak tenang walaupun nada suaranya sudah bergetar. Namun, dia tidak mampu menahan air mata yang sudah mengalir. Kenapalah setiap kali bila timbul soal Azizul, empangan air matanya mudah sahaja pecah? Air mata diseka dengan belakang telapak tangan. Leeya kau okey? Nana bertanya lembut. Aku okeylah. Aleeya berpura-pura ketawa. Hajat di hati jelas untuk menyembunyikan perasaan sedih yang datang menghambat jiwa. Nana mengeluh lagi. Ye la tu Aleeya okey. Kalau dah ketawa macam bunyi kura-kura ketawa besar selepas menang perlumbaan dengan Sang Arnab, macamlah aku tak tau yang sekarang ini pasti sudah habis separuh tisu dalam kotak. Mengesat air mata yang sudah mengalir deras. Aleeya Aleeya... Suka sangat buat gaya, konon-konon diri tu kuat sangat. Kalau suruh Aleeya buat 3G sekarang ini, pasti terang-terangan Aleeya akan kantoi dengan Nana sekali lagi. Menangis sebab lelaki yang sama. Leeya, kau punya pilihan sama ada nak jawab panggilan mamat tu ke tak. Tapi, kalau boleh kau fikirkanlah pasal aku dengan Syah jugak ye. Aku bukan apa, Syah kalau dah merajuk, susah aku nak pujuk. Kadang-kadang merajuk dia lagi teruk daripada aku merajuk, tau, tutur Nana lembut. Malas mahu menekan Aleeya lagi mengenai perkara ini. Kalau tidak kerana perangai Syah yang mengada-ada merajuk macam budak umur lima tahun hanya kerana

190

Areila Sahimi

perkara kecil ini, tak kuasa jugak Nana nak menimbulkan isu ini dengan Aleeya. Bukan dia tidak tahu yang Azizul itu bekas pakwe Aleeya. Lagipun sudah acap kali diceritakan mengenai kisah silam Aleeya dan Azizul. Tapi Syah tetap jugak nak jealous tak tentu pasal. Nak buat macam mana, dah si mummy boy ini yang aku pilih untuk dijadikan teman lelaki dan insya-Allah jika ada jodoh sebagai calon suami sehidup semati. Okeylah. Nanti aku call mamat tu suruh jangan kacau hidup kau lagi, putus Aleeya. Leeya. Hmmm.... Esok aku buat Pos Laju sepuluh kotak tisu kat rumah kau ek. Mesti stok tisu kau dah habis, kan? gurau Nana. Hampeh! Kau perli aku ye? Suara Aleeya mula ceria sedikit. Nana memang pandai memujuk. Patutlah dalam hubungannya dengan Syah, semedang dia sahaja yang kena jadi tukang pujuk. Nasib kaulah Nana, berkawan dengan mummy boy yang jambu dan manja itu. Nana hanya tersengih seorang diri. Aleeya terasa dengan sindirannya tadi. Kan betul yang Aleeya sedang menangis tadi! Nana, panggil Aleeya lembut. Apa dia? Macam mana ek, aku nak bina empangan yang kuat dan teguh kat kelopak mata aku ni supaya dapat menampung air mata dari mengalir. Nak pakai simen cap apa? Kapur nak letak banyak mana? Air nak guna berapa

191

Baju Pengantin Mak Andam

baldi? Terpacul soalan bengong dari mulut Aleeya. Soalan suka-suka, buat pengubat jiwa yang sedang berduka. Tersembur ketawa Nana mendengar soalan Aleeya itu. Leeya bengong. Kau patut tanya pada tuan engineer. Bukan pada aku. Aku nama empangan kat Malaysia ni pun aku fail tau, lagi kau nak tanya macam mana nak membinanya pulak. Dari kau buat projek bina empangan, baik kau buat projek bina masjid. Tu aku boleh tolong, balas Nana. Senyuman memekar di bibir. Sudahlah kau! Aku nak tidur ni. Tak kuasa Aleeya mahu melayan Nana lagi. Nana masih ketawa. Nak lari dari isu bina masjid la tu. Tadi kata nak studi? tanya Nana. Dah tak ada mood, balas Aleeya pendek. Mengekek Nana ketawa. Okeylah. Good night. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Talian dimatikan. Aleeya memandang jam di atas meja belajar. Sudah menginjak ke dua pagi rupanya. Nak bukak buku, rasanya mood sudah hilang. Nak tidur, mata masih lagi segar-bugar. Mana tidaknya, selepas maghrib tadi tertidur sampai pukul sepuluh tadi baru tersedar. Itu pun tersedar sebab gangguan bunyi telefon. Astaghfirullahalazim! Baru teringat. Belum solat isyak lagi. Aleeya segera ke bilik air untuk berwuduk. Menunaikan solat isyak, kemudian dia membuat solat hajat dua rakaat. Semoga hajatnya itu akan dipermudahkan-Nya. Selesai melipat telekung dan sejadah, Aleeya

192

Areila Sahimi

melabuhkan kepala di atas bantal. Novel di tepi bantal dicapai. Menyambung pembacaan yang tertangguh semalam. Semoga cepat sedikit mata ini boleh terlelap. Baru ingin masuk ke bab yang seterusnya, telefon bimbitnya mula menjerit sekali lagi. Skrin telefon diperhatikan. Ngeee! Gila apa pukul tiga pagi telefon anak dara orang ni? getus Aleeya. Nak dimatikan telefon, tak boleh. Aku bukan jenis yang boleh bangun secara automatik tanpa bantuan alarm. Idea!!! Aleeya petik jari. Panggilan dijawab. Harap maaf. Orang yang anda cuba hubungi tidak dapat dikesan. Esok-esok cuba lagi. Semoga anda berjaya. Chayok!!! Chayok!!! Nampak sangat gaya operator tak terlatih menjawab panggilan. Talian terus dimatikan.

ZAIN memandang telefon di tangan. Terasa macam nak terputus urat kentut mendengarkan ayat kelakar Aleeya tadi. Pukul tiga pagi, Aleeya boleh buat lawak Maxis dengan aku. Ada ke operator Maxis boleh cakap macam tu? Siap ada chayok!!! chayok!!! Baiknya cik operator. Boleh pulak suruh esok-esok cuba lagi. Itu yang tak boleh tahan. Zain geleng kepala. Gadis ini memang istimewa, hatinya berperi.

193

Baju Pengantin Mak Andam

bab 18
Aleeya hanya merenung sahaja telefon bimbit yang menjerit minta segera diangkat. Ini sudah masuk kali ketiga telefon bimbitnya itu menjerit. Kenapalah orang yang menelefonnya di saat ini tidak faham bahasa? Jika tiada orang yang sudi menjawab panggilannya, buat-buatlah sedar diri. Ini lagi dicuba. Dan cuba. Dan cuba. Tak terasa cramp ke anak jari mendail nombor yang sama itu? Sejak bila Azizul jadi macam ini, Aleeya tidak faham. Sejak bila Azizul mula meroyan dengan Aleeya balik, Aleeya tidak faham. Memang banyak perkara yang Aleeya tidak faham pasal lelaki itu kini. Terasa ringan sahaja tangan ini ingin mencampak telefon yang sedang menjerit ke luar tingkap. Biar pecah berderai. Biar terus bisu tak boleh bersuara lagi. Tapi, nasib baik dapat dikawal dari buat kerja gila itu. Rasa macam tadi aku terlupa yang aku beli telefon ini pakai duit dan bukan

LUNAN irama Umbrella dari Nokia 6500 Slide bergema lagi.

194

Areila Sahimi

pakai daun pokok mempelam yang abah tanam di hadapan pintu pagar rumah. Yang boleh dipetik bila-bila masa sahaja. Macam sudah kaya sangat, bila terasa hangin, habis semua benda mahu dijahanamkan. Takkan sebab dia, aku perlu menjahanamkan harta bendaku sendiri! Telefon bimbitnya senyap. Beberapa saat kemudian, menjerit kembali. Aleeya mengambil telefon yang terletak di atas meja belajar. Ditimbang-timbang telefon bimbit di tangan. Di dalam kepala Aleeya pula mula menimbangmenimbang sama ada dia akan menjawab panggilan itu atau dibiarkan sahaja seperti selalu. Nak jawab. Tak jawab. Nak jawab. Tak jawab, katanya seakan dengar atau tidak. Aleeya mengeluh perlahan. Teringat pula pada panggilan Nana malam kelmarin. Nana kata, aku punya pilihan sama ada mahu menjawab panggilan itu atau biarkan sahaja. Tapi, Nana pun ada kata jugak, seboleh-bolehnya fikirkanlah tentang dirinya dan Syah. Apa aku nak buat ni? Akhirnya butang answer ditekan juga setelah lama berfikir. Assalamualaikum, Aleeya. Jelas di pendengaran suara pemanggil di sebelah sana. Terasa lemah segala sendi apabila mendengar suara orang di sana. Kenapa tiba-tiba jantung berdegup laju? Sungguh aku tidak faham. Rindukah aku pada dia? Tak! Jangan nak buat gila, Nurul Aleeya. Yang sudah tu, sudahlah, hati Aleeya berperi. Aleeya menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengumpul segala kudrat untuk berdepan dengan semua ini. Bertahan Aleeya... bertahan. Chayok!!! Chayok!!! Waalaikumussalam, jawab Aleeya sepatah. Leeya...

195

Baju Pengantin Mak Andam

Aku tak nak kau kacau Nana lagi. Enough. Its over. Kita dah tak ada apa-apa lagi. Aku pun tak nak kau kacau aku lagi. Pantas Aleeya memotong. Malas Aleeya ingin memanjang-manjangkan perbualannya dengan Azizul dengan mukadimah yang panjang berjela. Biar straight to the point. Tak ada masa nak berbasa-basi, guna ayat berbunga-bunga lagi. Mendengar suara Azizul itu sahaja, sudah cukup buat dia terseksa kerana sakit hatinya pada lelaki itu datang kembali. Tapi Leeya, takkan tak ada peluang untuk saya lagi? kata Azizul seakan sedang merayu pada Aleeya. Aleeya memejamkan mata rapat-rapat. Dicuba sedaya upaya untuk bersikap tenang. Memanglah dia mudah lemah pada rayuan orang. Tidak kira siapa. Peluang apa? Leeya saya sayang awak. Saya rindu pada awak, kata Azizul lagi. Aleeya mendengus geram. Terasa bagai hatinya sedang terbakar dengan kata-kata Azizul itu tadi. Kalau rumah terbakar, bolehlah dipanggil bomba. Bomba datang berlumba-lumba. Tapi kalau hati yang terbakar, nak padam pakai apa? Lelaki memang pandai berkata-kata. Dasar lelaki, memang pandai membuat projek pertanian menanam tebu di pinggir bibir secara besar-besaran. Sayang? Rindu? Aleeya bersuara sinis. Berani kau kata kau sayang aku. Kau rindu aku, sedangkan kau dah ada isteri! sambung Aleeya lagi. Ternyata, dia sudah mula bersuara kasar. Rasa sabar di dalam hati juga nampaknya sudah semakin menipis. Biadab sungguh lelaki itu mengatakan sayang dan rindunya pada aku. Tidak cukupkah punya isteri seorang di rumah? Aleeya tidak tahu mengapa tidak semena-mena dia

196

Areila Sahimi

rasa begitu menjengkelkan apabila Azizul berkata sedemikian, atau adakah Aleeya sengaja bersikap sebegitu kerana takut dia akan jatuh lemah kerana Azizul? Leeya, awak tak faham, balas Azizul. Memang aku tak faham. Aku tak faham dengan kau! Aleeya bersuara keras. Lantas panggilan tadi segera diputuskan. Biarlah. Lagi lama aku melayan Azizul itu, boleh jadi biul kepala aku. Sudahlah aku ini kadang-kadang bersifat gila-gila miring. Nanti tak pasal-pasal terpaksa mendaftar diri di Tanjung Rambutan pula. Aleeya meraup muka dengan telapak tangan. Rambut yang panjang separas bahu itu diikat tinggi seperti perempuan baru lepas bersalin. Agak serabut Aleeya malam ini. Kusut- masai. Kenapalah aku macam ni? Susah sangat ke nak kawal perasaan sendiri? Susah sangat ke? Kenapalah bila tiba bab hati dan perasaan ini aku jadi macam orang bodoh tak tau apa-apa? Bertubi-tubi soalan diajukan untuk diri sendiri. Air mata yang sudah sedia mengalir itu dilap dengan tisu. Ini lagi satu hal. Sejak putus kasih dengan Azizul, mudah sahaja air mata ini mengalir tatkala ada berita yang diterima mengenai lelaki itu dan malam ini dapat mendengar secara langsung suara Azizul terasa seperti luka lama berdarah kembali. Kalau luka di jari boleh disapu dengan ubat gamat Langkawi, ini luka di hati. Aleeya melepaskan keluhan lemah. Aku memang memerlukan seseorang sekarang ini untuk sesi luahan hati. Tapi pada siapa? Jam di meja belajar dipandang sekilas. Mahu dua lori kontena tambah satu bas ekspres aku kena maki sebab mengganggu privasi orang di malam hari. Dah pukul

197

Baju Pengantin Mak Andam

satu setengah pagi, mana ada orang yang matanya masih tercelik. Aida, Iwa dan Anis semua sudah masuk tidur. Saja tempah tiket nak kena marahlah kalau aku berani kejutkan mereka dari tidur tapi, tak mungkin mereka akan marah jika aku mengejutkan mereka bertiga jika aku ditimpa masalah sebegini. Lainlah kalau aku kejutkan mereka semata-mata minta temankan aku tengok cerita hantu Mak Lampir macam dua minggu lepas. Aida macam nak kurung aku dalam jamban sebab kacau dia tidur semata-mata sebab si hantu Mak Lampir itu. Aku nak buat macam mana. Dah aku takut tengok sorang diri. Tapi sekarang ni aku betul-betul perlukan seseorang.... Zain!!! Terlintas satu nama di dalam kepala. Aleeya mengukir senyuman kelat. Pasti Zain tidak tidur lagi di waktu ini. Bukankah dia pekerja contoh yang rajin bekerja sehingga lewat malam. Segera nombor lelaki itu dicari di dalam direktori telefon bimbit. Kalau Zain berani marah aku sebab telefon dia malam-malam buta macam ni, aku akan boikot tak nak kawan dengan dia lagi. Helo. Zain bersuara. Aleeya urut dada mendengar suara Zain yang masih cergas itu. Nasib mamat yang seorang ini belum tidur lagi. Helo. Kau tengah buat apa? Aleeya sekadar bertanya. Mukadimah awal sebelum meneruskan bicara. Takkan nak terus bagi Zain dengar segala macam masalah yang datang melanda. Zain tersenyum sendiri. Mimpi apa pulak Aleeya malam ini? Telefon aku pada waktu begini? Memang di luar pemikiranlah kalau Aleeya buat macam ini. Tak pernah terfikir pun. Selalunya kalau aku telefon dalam-dalam waktu

198

Areila Sahimi

sebegini, pasti panggilan itu dibiarkan sahaja. Paling tidak pun terdengar suara operator tidak terlatih itu menjawab panggilan bagi pihak Aleeya. Tetapi kali ini, memang Aleeya yang telefon. Aku tengah siapkan plan bangunan rumah kedai ni, jawab Zain. Hmmm... Aleeya terdiam sebentar. Terasa malu pulak jika ingin menceritakan masalah ini kepada Zain. Kenapa kau telefon aku malam-malam ni? Zain bertanya apabila Aleeya hanya membisu. Zain, jom pergi mapley. Hah??? Zain terkejut. Jam dinding dipandang. Husy, biar betul ni!!! Dah pukul dua pagi ajak aku keluar? Rezeki namanya ni, hatinya berkata sendiri. Tak ada maknanya rezeki. Dah pukul dua pagi lagi mahu keluar dengan anak dara orang ke? Sebelah hatinya pula berkata. Zain hanya tersenyum sendiri. Entah apalah yang aku fikirkan ini. Leeya, kau tahu tak sekarang ni dah pukul berapa? Pukul dua. Aleeya menjawab tenang. Dua petang ke dua pagi? Zain bertanya lagi. Dua pagi. Berkerut dahi Zain. Apa yang tidak kena pada Aleeya ini? Nak kata Aleeya sedang mengigau telefon aku, tak mungkin. Semua soalan yang ditanya tadi dijawab dengan tepat sekali. Sepuluh markah untuk Aleeya bagi dua jawapan yang betul. Pasti ada sesuatu. Kau ada masalah ke? Zain cuba meneka.

199

Baju Pengantin Mak Andam

Tak apalah kalau kau tak nak keluar. Okey. Sorry ganggu. Aleeya terus mematikan talian. Bodohnya aku telefon Zain time-time camni, ajak minum teh tarik kat mapley. Gila pun iya jugak. Pukul dua pagi ajak dia lepak kat mapley! Sungguh tak senonoh punya perangai. Telefon bimbit yang masih dipegang di tangan berbunyi. Segera panggilan itu disambut. Nak apa? Aleeya bersuara sedikit keras. Zain geleng kepala. Ni apa hal tiba-tiba merajuk manja pulak ni? desis hatinya. Leeya, bukan aku tak nak keluar dengan kau. Tapi sekarang dah pukul dua pagi. Agak-agaklah sikit. Kau tu perempuan. Buatnya terserempak dengan pocong tengah jalan nanti macam mana? tutur Zain lembut. Aleeya mendengus geram. Apa hal pulak cerita pocong dibangkitkan di waktu sebegini? Naik tegak bulu roma. Yelah. Aku tau. Apa masalahnya? Ceritalah. Tak semestinya kalau nak bukak cerita kat mapley aje. Kat telefon pun boleh, tutur Zain lagi. Memang pasti, Aleeya itu sedang bermasalah. Jika tidak, takkan rancangan gila boleh keluar dari mulut dia. Aleeya jadi malu sendiri. Tidak pernah sekalipun dia membuka cerita mengenai masalah yang sedang dihadapi, Zain terlebih dahulu dapat menghidu. Sejak bila Zain jadi Nujum Pak Belalang? Masalah apa? Aleeya pura-pura bertanya. Kau punya masalah, manalah aku tau. Bukan kau berumah bertangga dengan aku sekali. Aleeya menggetapkan bibirnya. Zain kalau sekarang

200

Areila Sahimi

ada depan muka aku, dah lama aku sekeh. Sejak bila jadi kerek macam ni? Ngeee. Leeya, kau ni nak cerita masalah kau ke tak ni? Atau kau dah nak tidur? Cepatlah.... Zain berkata seakan mendesak. Jika ingin diceritakan masalah yang melanda di dalam hati, silakan. Aku sedia mendengarnya. Mana tahu aku dapat tolong. Tapi kalau dah diam seribu bahasa begini, apa yang dapat aku tolong? Tak apalah Zain. Malaslah aku kacau kau sekarang ni. Lagipun kau tengah buat kerja kau. Esok-esoklah aku cerita pasal masalah aku tu, kata Aleeya. Malas ingin menyesakkan kepala Zain dengan masalah yang tidak pernah nak selesai ini. Zain melepaskan keluhan lemah. Pulak! Esoklah ek? Sorrylah kacau kau. Apa-apalah. Esok aku ambil kau kat pejabat. Kita keluar makan. Lepas tu kau cerita dengan aku dari A sampai Z apa yang dah jadi sebenarnya, cadang Zain. Kereta aku macam mana? Aleeya menyoal. Rasa macam tak selesa pulak jika perlu keluar dengan menaiki kereta Zain. Mengada-adalah kau ni. Macamlah patah kaki tu kalau naik bas, balas Zain. Bibirnya mencebik. Macam tuan puteri pulak Cik Aleeya ini. Aleeya mendengus geram. Aku tengah bermasalah sekarang ni, sengaja dia nak menambahkan lagi masalah. Zain ini memang teringin agaknya makan selipar Jepun cecah dengan sos tomato. Sesedap Chocolate Indulgence aje dia mengata aku mengada-ada. Ni apa hal cakap ikut sedap mulut aje ni?

201

Baju Pengantin Mak Andam

Zain sudah mula ketawa. Pasti Aleeya tengah bengkek dengan aku sekarang ini. Dapat dibayangkan hidung Aleeya sudah kembang kuncup menahan geram. Geram tahap gaban Satria Perkasa Hitam dengan aku. Terasa ke? Zain buat-buat tanya dengan ketawa yang masih bersisa. Tak ada sebab nak terasa dengan kau. Jumpa esoklah. Lepas maghrib. Tak ada maknanya nak keluar lepas office hours, balas Aleeya. Okeylah. Aku ambil kau kat rumah. Hmmm. Tak payah nak bagi banyak alasan. Aku ambil kau esok. Titik. Zain memberi titah perintah harap ada orang yang sudi menurut perintah. Okeylah, jawab Aleeya sepatah. Malas rasanya ingin bertegang urat pasal sebab ambil mengambil, hantar menghantar ni. Aku nak tidurlah. Good night. Assalamualaikum.... sambung Aleeya lagi. Talian dimatikan sebelum Zain sempat menjawab salam. Seperti kebiasaannya sebelum tidur, pasti novel di tepi tilam dicapai dan dibaca barang satu dua bab. Waktuwaktu sebelum tidur inilah Aleeya punya masa untuk membaca novel. Jadi tidak hairanlah kalau sebuah novel memakan masa sehingga dua bulan baru dapat dihabiskan. Nasib-nasib juga Aleeya bukan jenis melekat satu hari suntuk menghadap novel. Kalau tidak, pasti satu kerja tidak akan menjadi. Buku-buku ilmiah yang patut kena studi diletak ke tepi. Telefon bimbit di tepi bantal berbunyi. Ada mesej

202

Areila Sahimi

masuk. Kalau dah dapat SMS penutup untuk hari ini, tentu datangnya daripada Ustaz Zain. Bangun awal. Jangan lupa solat subuh. Seperti sudah dihafal SMS terakhir yang diterima daripada lelaki itu setiap hari. Barangkali Zain sudah menyimpan SMS ini sebagai draf. Dan setiap hari perlu ditekan butang send sahaja. Dan aku pun terima. Dan aku pun terasa bermotivasi untuk bangun awal dan menunaikan solat subuh. Dan... Banyaknya dan dalam ayat aku ini. Tanpa sedar Aleeya tersenyum sendiri. Kalaulah aku tidak pernah berjanji dengan Encik Izzat jiran di hadapan rumah ini untuk menjadi matchmaker antara dia dan Iwa, pasti awal-awal lagi akan aku perkenalkan Mohd. Zain Ibrahim dengan Iwa. Encik Izzat itu baik. Zain pun baik jugak. Tak apalah. Yang mana dahulu, didahulukan. Lagipun Encik Izzat itu yang beria-ia benar sukakan Iwa. Apalah salahnya aku jadi tukang urus untuk mereka berdua. Zain simpan dahulu. Mana tau jika ada teman yang masih single, boleh aku rekomenkan. Kenapa tidak disimpan sahaja Zain yang baik itu di dalam hati kau, Aleeya, suara hatinya berkata. Aleeya terus menarik selimut. Malas untuk berfikir apa-apa sekarang ini. Masalah dengan Azizul tadi pun masih belum selesai. Jangan cuba ingin menambah masalah dengan berfikir yang bukan-bukan. Sudah aku perjelaskan di hati ini, bahawa Zain itu adalah seorang teman. Barangkali teman sejati. Yang boleh berkongsi suka dan duka di dalam hidup ini. Titik. Jangan minta aku berfikir soal perasaan dengan lelaki itu. Aku takut. Cukuplah sekali dengan Azizul dahulu.

203

Baju Pengantin Mak Andam

bab 19
AIN sekadar memandang Aleeya yang duduk di sebelah. Dapat dilihat gadis itu berwajah sugul seperti sedang berhadapan dengan masalah yang besar. Dari mula masuk ke dalam kereta, Aleeya hanya mendiamkan diri. Pandangannya hanya dihalakan ke arah luar cermin tingkap kereta. Stereng kereta dipusingkan membelok ke arah kiri. Kini, kereta telah pun masuk ke tempat letak kereta Alamanda, Putrajaya. Kalau Aleeya yang buat rancangan, pasti pusing-pusing balik tetap dalam kawasan Putrajaya. Macam manalah minda mahu berkembang kalau hanya di satu tempat itu sahaja yang dia tahu. Dari rumah tadi Zain sudah terbayangkan ingin mengajak Aleeya makan di Warung William. Sesekali pekena western food di Warung William pun best jugak. Nasi goreng ketam yang sememangnya lazat itu pun sudah lama dia tidak rasa. Baru ingin dicadangkan kepada Aleeya tentang atur cara malam ini, terlebih dahulu gadis itu telah memberikan buah cadangannya.

204

Areila Sahimi

Alamanda sudah. Esok kerja. Masih terngiang-ngiang suara Aleeya di dalam telefon tadi. Itulah Aleeya. Agak-agaknya, selain jalan balik ke Ipoh, dia hanya tahu jalan ke UKM, Bangi, Alamanda dan mapley Presint 9 sahaja. Orang Melayu kata macam katak bawah tempurung. Kalau guna bahasa lain, Aleeya ini sudah seperti frog underground. Setelah kereta diparkir, mereka keluar dan jalan beriringan. Aleeya masih macam tadi. Diam seribu bahasa. Tiada lagi mulut pot pet-pot pet seperti kebiasaannya. Parah kawan aku yang sorang ni. Apa dah jadi? Kalau macam ini gayanya, bukan setakat nak bergurau, nak tegur pun aku tak berani. Silap hari bulan, aku dijadikan tempat melepaskan rasa marah dan tak puas hati dia. Zain, kita makan piza, ujar Aleeya perlahan. Akhirnya bersuara jugak Aleeya ini walaupun tidak seperti kebiasaannya. Perlahan dan lemah. Zain mengangguk. Jadi Italianlah aku malam ni. Walaupun tidak berapa gemar dengan piza, tetapi diikutkan juga selera gadis itu. Pantas Zain mengekor Aleeya dari belakang apabila gadis itu sudah jauh ke hadapan meninggalkan dirinya. Dilihatnya Aleeya menuju ke kaunter take away. Ah, sudah! Agenda apa pulak yang bakal berlaku seterusnya ini? Kenapa mesti dibawa balik? Bukankah piza paling sedap, paling nikmat jika dimakan panas-panas di dalam restoran yang dingin seperti ini? Apa Aleeya mahu buat? Tak nak makan kat sini ke? Zain menyoal perlahan tatkala Aleeya sudah mula menyelak-nyelak kad menu di hadapannya.

205

Baju Pengantin Mak Andam

Pekerja Pizza Hut di hadapan mereka hanya menjadi pemerhati. Aleeya menggeleng perlahan. Kemudian dia beralih ke arah pelayan yang telah bersiap sedia untuk mengambil pesanan. Piza Hawaiian Chicken. Large. Setelah selesai membuat pesanan, Aleeya terus berlalu. Duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu pesanan tadi siap. Zain di sebelah sedikit pun tidak dihiraukan. Zain geleng kepala melihat tingkah laku Aleeya kali ini. Nak jemput aku makan kat rumah dia ke ni? Bagus jugak. Boleh buat kenduri doa selamat sekali. Kita nak makan kat mana ni? Zain bertanya lagi. Pergi beli air, Zain, arah Aleeya tanpa menjawab soalan Zain tadi. Ececehhh... Dah jadi maam besar pulak dia ni. Mengarah-arahkan orang tak tentu pasal! rungut Zain di dalam hati, tetapi diturutkan jugak arahan maam besar itu tadi. Pertama kali terasa boring keluar dengan Aleeya. Macam nak balik tidur aje rasanya. Zain datang menghampiri Aleeya dengan dua tin Pepsi di tangan. Aleeya yang sudah bersiap sedia dengan piza kotak besar di tangan terus menyaingi Zain. Mereka berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Kita nak makan kat mana? Sekali lagi Zain bertanya. Dah masuk dalam kereta, kalau Aleeya tak bagi tahu jugak kat mana dia nak makan, aku bawak balik rumah aku. Sebab dah tak tau mana tempat nak tuju sekarang ini. Jam pada dashboard kereta dipandang. Baru pukul lapan suku malam.

206

Areila Sahimi

Tepi jambatan. Aleeya menjawab bersahaja. Boleh lagi ke? Zain bertanya. Apa yang dia tahu, apabila hari sudah menginjak ke malam hari adalah menjadi satu kesalahan untuk duduk di kawasan jambatan berdekatan dengan Masjid Putra walaupun suasana di malam hari di situ amat cantik bertemankan cahaya lampu yang gilanggemilang. Kalau teringin nak kena halau dengan polis peronda, bolehlah cuba. Bolehlah. Baru pukul berapa ni. Kalau kita datang pukul sepuluh, yelah kena halau, balas Aleeya. Apa tunggu lagi? Jomlah cepat, sambungnya lagi. Seperti dipukau, Zain terus menghidupkan enjin kereta. Pedal minyak ditekan. Kereta dipandu menuju ke tempat yang telah ditetapkan oleh maam besar yang duduk di sebelah. Aleeya dan Zain melabuhkan punggung di atas tembok jalan raya. Zain memerhati keadaan di sekeliling. Masih ramai orang di sini. Kereta pun masih banyak lagi menuju ke kawasan Masjid Putra. Pasti Aleeya sudah biasa melepak di sini. Patutlah jadual bertugas polis peronda dia sudah hafal. Agak-agaknya setiap seorang anggota polis peronda yang selalu buat rondaan di sini dia kenal. Aleeya itu mesra alam orangnya. Kotak piza dibuka. Terbit aroma Hawaiian Chicken menusuk ke dalam rongga hidung. Wallah!!! Masa untuk makan. Aleeya terus mengambil sepotong piza dan dimasukkan ke dalam mulut. Sempat dia membaca bismillah sebelum piza itu masuk ke dalam mulut. Zain hanya menggelengkan kepala. Apa nak jadi dengan Aleeya ini....

207

Baju Pengantin Mak Andam

Zain membuka tin Pepsi di tangan. Segera tin itu dirapatkan ke mulut dan diteguk perlahan. Terasa nyaman seketika. Lantas Aleeya dipandang sekilas. Masih macam tadi. Dengan piza yang rasanya sudah dua keping dia baham sambil memerhati cahaya lampu yang menerangi Putrajaya. Apa masalah kau sebenarnya ni? Zain cuba bertanya. Aleeya melihat Zain dengan ekor mata. Kemudian meneguk Pepsi yang awal-awal tadi sudah dibuka. Ditarik nafas dalam-dalam sebelum membuka cerita yang dipendam sejak malam semalam. Dia call aku semalam, katanya pendek. Dia??? Siapa dia yang Aleeya maksudkan itu? Timbul tanda soal besar di dalam hati. Siapa? Zain kembali bertanya. Ex-boyfriend aku. Aleeya menjawab. Agak tersentak jugak di hati ini ketika mendengar jawapan Aleeya tadi. Aleeya punya ex-boyfriend? Kenapa tidak pernah sekalipun dia bercerita kepada aku mengenai exboyfriendnya itu? Aleeya punya hak untuk menceritakannya atau tidak. Siapa aku? Hanya kawan. Itu yang selalu Aleeya tegaskan. Apa dia nak? soal Zain. Dia mintak aku bagi dia peluang. So? Kau gila? Kau nak mak aku pancung kepala aku sebab menggatal dengan suami orang? Aleeya bersuara tegas sambil menggeleng laju. Nauzubillahiminzalik! Zain tersenyum. Nasib Aleeya masih punya pertimbangan akal fikiran. Masakan sanggup meruntuhkan

208

Areila Sahimi

masjid yang telah elok terbina. Tetapi di hati timbul keraguan. Masih adakah barang sedikit rasa sayang dan cinta buat lelaki yang pernah bertakhta di hatinya dulu? Kau suka dia lagi? Zain cuba bertanya soal perasaan Aleeya kini. Sememangnya dia ingin tahu apa yang pernah terjadi dahulu. Selama dia menjalinkan hubungan persahabatan dengan Aleeya, tidak pernah sedikit pun Aleeya menceritakan mengenai kisah cintanya. Disangkakan Aleeya memang jenis yang dingin dengan lelaki disangkal ke tepi. Rupa-rupanya ada sesuatu yang pernah terjadi di dalam sejarah cinta Aleeya yang membuatkan dia takut untuk jatuh cinta sekali lagi. Itu cuma hipotesis awal yang aku buat sendiri. Tak tau. Aleeya menjawab. Kau sayang dia lagi? Tak tau. Kau cinta dia lagi? Tak tau. Zain menghela nafas berat. Kalau macam inilah gayanya, sampai bila masalah nak selesai? Semua benda dia tak tau. Perkara yang melibatkan hati dan perasaan sendiri pun dia tak tau. Ini sudah masuk kes parah. Terasa nak aje aku korek-korek apa yang ada di dalam kepala Aleeya ini. Ada benda boleh dibuat main-main. Tapi apabila tiba perkara yang memerlukan perhatian serius, tolonglah jadi matang sikit. Takkan semua benda dalam hidup nak dibuat main-main. Takkan perkara melibatkan hati sendiri pun tak tau jugak? Zain bertanya. Dilembutkan tutur kata. Di saat begini, jangan sesakkan lagi fikiran Aleeya.

209

Baju Pengantin Mak Andam

Mata Aleeya masih lagi merenung lampu-lampu yang cantik menghiasi Putrajaya. Inilah kebiasaan yang Aleeya sering lakukan jika fikirannya kusut. Tidak kiralah kusut pasal kerja, studi ataupun ketika kekusutan perasaan datang melanda. Di sinilah tempatnya. Biasanya dia ke sini bertemankan Iwa. Aleeya juga adalah pengunjung yang selalu dihalau balik akibat melepak sehingga melebihi masa yang telah ditetapkan. Dibuat pekak telinga ini. Esok-esok dia tetap datang lagi. Dan, pasti akan dihalau lagi. Sikit pun tak terasa muka sudah tebal seinci. Aku keliru. Keliru dengan perasaan aku sendiri. Akhirnya Aleeya menggumam rendah. Zain tidak menjawab. merenung tepat ke arah Aleeya. Sekadar mata hanya

Aku rasa kau sendiri yang buat diri kau tu keliru. Sengaja biarkan diri sendiri teringatkan kenangan semalam. Kau kena ingat, dia cuma kenangan masa lalu, bagi peluang untuk diri sendiri untuk hidup bahagia. Masa depan kau, kau yang patut tentukan. Sudah terang di depan mata, siapa dia yang sebenarnya. Panjang lebar Encik Zain berhujah. Kau tak faham. Kalau aku tak faham, tolong perjelaskan dengan sejelas-jelasnya pada aku sekarang. Mana sudut yang kau kata aku tak faham tu? Dia tu... hmmm... dia tu first love aku. Kau tau, kan? Cinta pertama, Zain. Susah nak dilupakan. Zain ketawa perlahan. Itu yang dikatakan aku tidak faham. Aleeya... Aleeya. Pada firasatnya, Aleeya yang masih tidak faham perihal diri sendiri. Masih belum matang. Masakan dia tidak mampu melawan perasaannya itu, apabila

210

Areila Sahimi

jelas diri sudah tidak bererti lagi pada lelaki itu. Kenapa perempuan semua begini? Mungkin itu lumrahnya fitrah ciptaan Tuhan yang bernama perempuan. Selagi namanya perempuan, sekeras mana pun luarannya, zahir tetap selembut kapas. Aleeya melihat Zain melalui ekor mata. Kurang asam betul! Aku tengah buat plot cerita sedih tangkap leleh, Zain boleh pulak buat aksi ketawa kontrol macho macam gitu. Zain dijeling. Ketawa Zain mati serta-merta apabila menerima hadiah jelingan maut daripada Aleeya. Relaks la. Kalau ye pun jiwa tengah kacau, janganlah aku dijadikan mangsa, tutur Zain lembut. Seakan mahu memujuk Aleeya yang sudah jelas bengkeknya terhadap Zain. Apa kata kau buat sesuatu yang enjoyable. Yang have fun. Supaya kau dapat lupakan dia. Zain memberikan buah cadangan. Mana tahu, dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan, Aleeya boleh bebas dari semua masalah ini. Zain, aku bencilah kalau terus-menerus berkeadaan macam ni. Bukan aku tak pernah buat semua tu. Dah tiga tahun, Zain. Tiga tahun aku terseksa dengan semua ni. Hati aku hancur. Kau tahu tak hancurnya hati aku ni sampai habuk pun tak ada. Air mata sudah mula merembes keluar. Memanglah. Apabila tiba sahaja bab yang ada kena-mengena dengan Azizul, secara automatik tanpa perlu dipaksa air mata akan mudah meleleh keluar. Aku benci dia. Tapi aku tak tau, kenapa setiap kenangan aku dengan dia dulu sentiasa mengawal perasaan

211

Baju Pengantin Mak Andam

aku pada dia. Sampaikan aku sendiri tak faham sama ada aku benci, sayang atau cintakan dia lagi, Zain. Yang pasti aku tak suka dengan semua ni. Aleeya menutup muka dengan kedua-dua belah telapak tangan. Jelas di pendengaran yang dia sekarang ini sedang menangis. Bahunya terhinggut-hinggut menahan sendu. Zain sudah hilang modal ingin berkata-kata. Bukan boleh dilihat seorang perempuan menangis teresak-esak begini. Kalau kanak-kanak Ribena bolehlah dipujuk dengan gula-gula ataupun belon. Tapi ini bukan tahap kanak-kanak bawah umur. Umur sudah mahu menginjak dua puluh tiga tahun, boleh jalan lagikah umpan gula-gula dengan belon itu? Segera Zain menuju ke kereta. Dikeluarkan sekotak tisu dari dalam kereta. Kotak tisu itu dihulurkan kepada Aleeya. Aleeya menyambut huluran kotak tisu itu dari tangan Zain. Air mata dikesat perlahan. Ditariknya lagi tisu dari kotak, kemudian dikesat air yang keluar dari hidung. Terasa berhingus pula. Ditariknya lagi tisu, ditekupkan ke hidung dan Aleeya melepaskan satu hembusan kuat dari hidungnya. Ah... lega sedikit rasanya. Zain hanya menjadi pemerhati terhormat. Melihat Aleeya menangis seperti itu, terasa lucu jugak. Macam budak kecil sahaja gayanya. Tisu yang bersepah ni siapa mahu kutip? Cukupkah sekotak tisu ini? Melihat pada gaya Aleeya menangis ini, rasanya akan berlarutan lagi. Zain segera kembali ke kereta semula. Dibukanya boot kereta. Kemudian dia kembali ke tempat mereka duduk tadi membawa dua kotak tisu dan sehelai plastik sampah berwarna hitam. Dihulurkan kepada Aleeya. Bukan apa. Persediaan awal. Kalau tisu yang sekotak tadi tidak cukup,

212

Areila Sahimi

masih ada dua kotak lagi di dalam stok. Sebagai kesedaran sivik supaya menjaga kebersihan di tempat awam, plastik hitam disediakan supaya Aleeya boleh membuang tisu yang telah digunakan ke dalamnya. Tidaklah sesak pemandangan dengan tisu yang berterabur ini. Bukan setakat sesak, nanti tak pasal-pasal ada yang terkena jangkitan virus SSH Aleeya ini. Virus Selesema Sedih Hati. Aleeya merenung muka Zain yang tidak beriak itu. Nak kena Zain ni. Aku tengah kena sindrom sentimental kusut-masai banjir sekampung ni dia boleh pulak buat lawak yang tak berapa nak menjadi dengan aku. Kau perli aku ye Zain? getus Aleeya. Keras. Errkkk Zain angkat kening. Aku buat preparation. Takut sekotak tisu tadi tak cukup. Aku stand by lagi dua kotak ni hah! kata Zain sambil menunjukkan dua kotak tisu di hadapannya. Lagi satu, kau ni mencemar pemandanganlah. Ambil plastik sampah ni. Kutip balik sampah sarap yang kau buat tadi. Selamba sahaja Zain berkata. Aleeya mendengus geram. Secara halus dia memerli aku. Segera plastik sampah tadi dirampas dari tangan Zain. Tisu-tisu yang bertaburan dikutip. Kau ingat aku duta tisu Premier ke? Aleeya berkata tanpa mengangkat muka. Tangan masih ligat mengutip sampah yang dibuat sendiri tadi. Zain hanya ketawa. Kalau syarikat tisu Premier nak cari duta untuk tisu keluaran syarikat mereka, kau adalah calon yang paling layak dan sesuai. Tidak syak lagi, tukas Zain. Kau la jadi duta tisu. Jadi duta tisu tandas. Aku

213

Baju Pengantin Mak Andam

kalau boleh nak jadi duta LOreal. Kerana dirimu begitu berharga. Macam Maya Karin, Gong Li, Aishwarya Rai, Penelope Cruz. Aleeya bagi balik. Zain kena smash sebijik. Pot pet-pot pet mulut mak nenek yang sorang ni bercakap. Nampaknya Aleeya sudah kembali kepada paksi asal. Tapi mulut dia tak agak-agaklah tadi. Dikatanya aku jadi duta tisu tandas. Yang dia dengan bangga bermegah diri nak letakkan diri sendiri sebaris dengan duta LOreal yang sedia ada tu. Nasib sekarang Aleeya masih lagi berada di dalam keadaan berirama sentimental jiwang paku karat. Kalau tak, aku balas balik dengan statement yang lebih berbisa. Yang lebih hangit daripada biasa, gumam Zain di dalam hati. Apa-apa pun, Aleeya sudah kembali kepada yang asal. Walaupun untuk berapa lama Aleeya mampu bertahan, aku tak pasti. Yang nyata, Aleeya perlu berusaha sendiri untuk membetulkan keadaan, membetulkan perasaan. Aku yang dianggap sebagai kawan ini, hanya mampu memberi sokongan dari belakang. Menyokong setiap apa yang dilakukan. Menasihati apa yang perlu. Zain, jom balik, pinta Aleeya. Suara masih lagi serak-serak basah akibat menangis tadi. Zain angkat kening. Nak balik dah? Aleeya hanya mengangguk perlahan. Jam di tangan ditala ke muka Zain. Dah pukul sebelas ni. Aku malaslah nak pecahkan rekod peribadi, kena halau untuk kali ketujuh bulan ni. Setakat ni, setiap bulan aku kena halau enam kali aje dengan pak polisi yang buat rondaan. Mak ai... Hebat betul budak sorang ni! Dasat tu... siap ada pola yang setara berapa kali dia dihalau sebab tak reti-reti nak balik rumah. Zain menggelengkan kepalanya.

214

Areila Sahimi

Selalu ke buat macam ni? Zain bertanya. Kalau dah duduk, tengok lampu, sembangsembang... lekalah jadinya. Lagipun bukan aku sorang kena halau. Semua kat sini kena halaulah, balas Aleeya perlahan. Macam-macamlah kau ni. Jomlah balik. Aku pulak naik segan nak hantar anak dara orang tengah-tengah malam macam ni. Nasib kau duduk dengan house-mate. Agak-agak kalau aku hantar rumah emak abah kau, mau abah kau tunggu aku dengan parangnya. Ketawa Aleeya berderai. Tau tak apa. Jangan nak buat berani dengan abah. Tak cukup tanah nak lari nanti! Aleeya, panggil Zain lembut sebelum masuk ke dalam kereta. Hmmm.... Aleeya merenung wajah Zain. Kau cantik bila ketawa macam ni. Jangan sedihsedih lagi tau, tutur Zain. Ikhlas. Aleeya hanya mengangguk perlahan. Segera dia masuk ke dalam kereta. Di dalam suasana malam yang samarsamar, terasa darah panas sudah naik ke muka. Pasti muka sudah merah seperti baru kena tonyoh dengan blusher cap ayam sahaja. Ada ke aku pergi menangis depan Zain? Buat rekod peribadi, masuk dalam Buku Catatan Harian Rasmi hak milik Nurul Aleeya Ahmad Sahimi. Pertama kali aku menangis di hadapan seorang lelaki. Itu pun menangis pasal lelaki lain. Cukup tak berapa nak cukup akal aku tadi? Mujur Zain seorang teman yang sempoi dan sporting. Dilayan jugak aku yang sedang sentimental. Betul cakap Zain. Aku kena kuat. Kena berusaha sendiri untuk melawan perasaan aku. Jangan biar kenangan yang menyakitkan itu menghambat seumur hidup sehingga terlupa perancangan masa hadapan sendiri.

215

Baju Pengantin Mak Andam

KERETA Zain terus meluncur laju menuju ke kawasan rumah flat Aleeya. Di bawah Blok E, kereta diberhentikan. Aleeya terus keluar. Zain turut keluar bersama. Betul tak nak aku hantar sampai kat atas? tanya Zain. Mana tahu barangkali Aleeya yang gila-gila bahasa ini penakut orangnya. Aleeya hanya menggeleng. Thanks. Kau buat aku selesa balik, tutur Aleeya rendah. Dihadiahkan sebuah senyuman buat Zain. Alah, small matter aje tu. Okey. Babai. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Aleeya terus menaiki anak tangga ke tingkat dua. Sebaik masuk ke dalam rumah, telefon di dalam beg tangan berbunyi. SMS penutup daripada Ustaz Zain. Aleeya meneka, pastinya bangun awal dan jangan lupa solat subuh. Pesanan itu sudah biasa bermain di dalam kepala. Peti mesej dibuka. SMS yang diterima dibaca. Kali ini tekaannya tersasar jauh. SMS malam ini lain bunyinya. Tidak seperti kebiasaan. Andai tangisan itu mampu menenangkan perasaan, menangislah. Semoga ia mampu menjadi terapi pengubat duka. Tapi jangan terlalu kerap menggunakan air mata sebagai senjata pertahanan. Takut nanti air mata itu tiada valuenya. Tiada powernya. Tiada auranya. Nurul Aleeya yang kuat pasti dapat menghadapinya. Go Aleeya... go!!! Chayok!!! Chayok!!!

216

Areila Sahimi

Segera Aleeya berlari menuju ke cermin tingkap. Kelihatan Zain masih belum berlalu pergi. Dia melambaikan tangan. Dan sejurus kemudian, Chevrolet Optranya terus meluncur laju. Aleeya hanya tersenyum. Ayat power tak hengat.... guman Aleeya rendah. Sekali lagi telefon berbunyi. Satu lagi SMS masuk ke dalam peti mesej. Zain lagi. Kali ini Aleeya ketawa kecil. Ini barulah SMS penutup.... Bangun awal. Jangan lupa solat subuh. Ingat Zain lupa tadi. Serba-serbi Zain ini boleh buat. Engineer Pelawak Antarabangsa Ustaz Zain Mat Motivasi. Segera Aleeya menapak perlahan masuk ke dalam bilik kerana bimbang akan mengganggu teman-teman serumah yang sudah lena diulit mimpi.

217

Baju Pengantin Mak Andam

bab 20
EJAK kebelakangan ini, Aleeya begitu kerap keluar dengan Zain. Zain itu kawan yang baik. Terasa seronok apabila bersama. Kepala yang sempoi, ayat gila-gila, lawak bodoh yang entah apa-apa itu sering membuatkan Aleeya rasa terhibur. Zain ada kata, itu sebagai terapi diri, semoga aku boleh melupakan sejarah lama. Lagi penting, Zain pun ada cakap juga, kalau boleh diberi peluang untuk dia mengisi ruang kosong untuk bertakhta di dalam hati aku ini. Perkara itu tidak berani untuk aku janjikan. Biarlah aku dan Zain berkawan dulu. Andai sudah tertulis yang dia jodoh aku, siapa aku untuk menolak. Yang penting sekarang ini, aku dan dia gembira dengan persahabatan yang dibina. Sejak kes malam itu, Azizul sudah tidak lagi menghubungi Aleeya. Apa tidaknya, nombor telefon sudah ditukar ke nombor lain. Itu pun setelah menerima nasihat daripada Zain. Jika sudah bertekad untuk melupakan sejarah silam, perlulah mulakan dengan langkah pertama. Pandainya Zain menasihati orang. Kalau aku punya banyak duit, sudah

218

Areila Sahimi

pasti aku gajikan engineer muda itu untuk menjadi penasihat peribadi aku. Macam-macamlah kau, Aleeya. Tak disuruh pun, Encik Engineer itu dah jadi penasihat peribadi kau, hati Aleeya berperi. Amboi... Dah masuk ke seratus dua puluh kali kau keluar dengan mamat tu. Ada apa-apa ke? Anis bersuara sarkastik ketika Aleeya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mengukir senyum segaris. Korang dah makan ke? tanya Aleeya tanpa menjawab soalan Anis tadi. Ni ada roti john aku beli kat Taman Warisan tadi, sambung Aleeya lagi sambil meletakan bungkusan roti john berinti daging ke atas meja makan. Terus dia berlalu masuk ke dalam bilik. Aleeya menyalin pakaiannya. Sepasang pijama satin berwarna biru gelap sudah tersarung di badan. Rambut diikat tinggi. Tuala kecil di atas penyangkut dicapai. Segera dia ke bilik air untuk mencuci muka. Keluar dari bilik air, Aleeya masuk semula ke dalam bilik. Seketika kemudian, dia keluar untuk bersamasama Iwa dan Anis menonton televisyen. Sengaja dia mahu menyempit, mengecilkan diri untuk duduk di antara Iwa dan Anis di atas sofa berhadapan dengan LCD Sony Bravia itu. Di atas meja kopi sudah siap terhidang roti john yang dibelinya ketika makan dengan Zain tadi dengan dua mug Nescafe panas. Mana aku punya Nescafe? Aleeya menjeling nakal ke arah dua orang teman yang masih setia menonton televisyen. Dahsyat betullah dia orang ini kalau tengok TV. Dengan perlahan, Aleeya mengambil satu mug di hadapan dan segera dirapatkan ke mulut. Baru hendak meneguk air Nescafe yang

219

Baju Pengantin Mak Andam

sudah menjadi suam-suam kuku itu, Anis sudah bersuara keras. Tu aku punya! Anis memberitahu. Aleeya mencebik. Ada aku kisah? Selamba Aleeya meneguk air Nescafe tadi. Sedapnya. Mug tadi diletakkan semula di atas meja kopi. Anis buat muka sepuluh sen. Pemalas punya budak! Nak bancuh air sendiri pun malas. Main rembat aje. Cukai aku punya air Nescafe pulak. Aleeya mengekek ketawa melihat Anis yang muncung sudah sedepa dengan muka sepuluh sennya itu. Gaya nak buat sequel Esah Lima Puluh Sen sahaja menggunakan tajuk baru Anis Sepuluh Sen. Aleeya menyiku Iwa di sebelah kirinya. Asyik sangat mak cik ini menonton TV. Macam mana kuiz tadi? tanya Aleeya. Kasihan Iwa. Semalam Iwa merungut-rungut sebab terpaksa menduduki kuiz di hari bekerja. Mungkin Iwa tidak biasa. Kalau aku, sudah lali dengan semua ini. Maklumlah, bukankah aku senior terlebih satu semester dari Iwa? Sampai di dalam kereta Iwa sibuk membaca nota kecilnya. Dari riak muka yang tenang itu, pasti Iwa boleh menjawab soalan kuiz tadi. Okey, balas Iwa. Seperti yang dijangkakan. Kalau muka monyok macam ayam berak kapur, aku pun tak berani nak tanya. Adam kirim salam. Iwa menyambung lagi. Pantas Aleeya menghala pandangan mata ke wajah Iwa yang masih melekat pada skrin TV. Tetapi dapat dilihat dengan jelas, yang Iwa sekarang ini sedang tersenyum

220

Areila Sahimi

sumbing. Senyum sebab siaran di televisyen atau pasal budak Adam itu? Mesti pasal Adam. Shortlah Iwa, kalau iklan ubat gigi ini pun boleh buat dia tersenyum. Tak jawab dosa, sambung Iwa lagi apabila Aleeya tidak berkata apa-apa. Aleeya menggeleng kepala. Mata dijulingkan ke atas. Waalaikumussalam, balasnya. Kalau jawab gatal. Pantas Iwa berkata. Automatik kepala Iwa diketuk dengan kusyen kecil. Adoiii! Iwa menjerit kecil. Ingat tak bayar fitrah ke ni? sambungnya lagi sambil membetulkan rambut yang sudah sedikit kusut itu. Aleeya hanya ketawa. Padan muka! Jahat mulut. Terimalah balasannya. Aida mana? tanya Aleeya lagi apabila tidak nampak kelibat penghuni rumah yang seorang lagi itu. Rasanya sebelum keluar tadi, Aida masih berada di rumah. Sekarang ini mana lesapnya? Tu la kau. Sibuk memanjang. Aida tak ada pun kau tak perasan. Anis berkata. Aleeya mengerut dahi. Bila masa pulak aku sibuk? Tadi ada. Sekarang tak ada. Macam biskut. Dia pergi rumah kakak dia kat Rawang. Esokkan public holiday. Sambung cuti la tu, balas Anis. Teruklah Aleeya ni. Fail jadi member kamceng. Sorang hilang pun, dia tak perasan. Esok cuti ke? Aleeya bertanya seperti orang bodoh. Aku punya

221

Baju Pengantin Mak Andam

kelemahan untuk mengingati hari bulan. Setiap hari terpaksa melihat kalendar yang statik di atas meja di pejabat. Kalau tidak mesti tak tahu pada hari itu, berapa hari bulan. Teruknya kau, Aleeya. Macam mak nenek sudah tua, gigi tinggal dua sahaja. Hari bulan pun tak ingat! Yelah. Kan ke esok cuti am? Cuti sebab apa, kau tengoklah kalendar sendiri. Aku pun tak ingat. Yang aku tau esok cuti, jawab Iwa. Aleeya mencebik. Ada juga yang seangkatan dengan aku. Iwa pun dua kali lima jugak. Hari cuti sahaja dia tahu. Tapi sebab apa cuti, dia tak pernah ambil tahu. Janji cuti. Bila dah cuti, macam-macam benda boleh buat. Kalaulah Sabtu Ahad ini tiada kuliah, sekarang juga aku drive balik Ipoh. Rindu sangat dengan semua yang ada kat Ipoh tu. Rasa macam dah lama gila tak balik ke Ipoh. Sejak masuk semester baru, mana pernah jejak kaki, balik Ipoh. Dah Sabtu Ahad sibuk dengan kuliah. Nak balik macam mana? Takkan nak buat selamba tak bertempat ponteng kuliah dengan alasan balik kampung. Tak pasal-pasal nanti kena tuduh anak emak. Sikit-sikit balik kampung. Nasib baiklah emak dengan abah boleh faham dengan semua ini. Tapi, bila sesekali emak menelefon, boleh berasap juga telinga. Ada ke patut, mak kata aku ni nak jadi Si Tanggang moden. Dah tak ingat jalan balik ke rumah. Mak... mak... Itu bukannya apa. Kes rindulah tu. Dan tentu sahaja itu tandanya sayang. Memanglah aku pun rindu dekat dia orang jugak. Kat emak, abah, angah, Ijat dan Adeq. Tak apalah, lagi sebulan aje cuti semester nak start. Boleh cuti lama sikit. Bukan aku selalu apply cuti pun. Bibir mengukir senyuman segaris tanpa sedar. Ini apa hal tiba-tiba senyum sorang-sorang ni? tanya Anis. Dipandangnya wajah Aleeya di sebelah.

222

Areila Sahimi

Terus Aleeya mematikan senyumannya tadi dan diganti dengan sengih kerang busuk. Patutlah Zain ajak aku keluar esok. Cuti rupanya. Dua pasang mata sudah mula memandang ke wajah Aleeya yang tenang itu. Lagi? tanya Iwa dan Anis serentak. Aleeya hanya tersenyum melihat aksi Iwa dan Anis. Apalah dia orang ni. Baru tadi kata sudah ke seratus dua puluh kali aku keluar dengan Zain. Takkan mahu keluar untuk ke seratus dua puluh satu kali pun dia orang berdua masih boleh buat muka blur pelik macam tu? Aleeya hanya mengangguk. Tapi aku malas. Aku cakap aku ada kerja. Tak tau pulak esok cuti. Habis tu, kalau kau tau esok cuti, kau keluar jugaklah dengan dia? soal Anis. Aleeya menarik nafas perlahan. Mug Nescafe Iwa diambil dan meneguk isi dalamnya. Iwa hanya menggelengkan kepala. Tak jugak. Aku ingat, nak studi. Exam pun dah nak dekat, jawab Aleeya. Yelah tu.... Anis mencebik. Yelah mak cik, kata Aleeya sambil tangannya memicit-micit tengkuk Anis. Gelilah! balas Anis dengan kepala dan badan digerak-gerakkan akibat rasa geli kena picit dengan Aleeya tadi. Apa kau nak maknakan relationship kau dengan dia? Iwa bertanya. Kali ini nadanya sudah bertukar sedikit serius.

223

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya mengerut dahi. Tercari-cari jawapan yang paling sesuai untuk soalan Iwa tadi. Kawan. Zain tu kawan yang baik. Macam korang. Jawapan yang paling tepat buat masa ini. Tapi kita orang kawan yang spesial, kan? selar Anis kemudian. Aleeya mengukir senyuman tatkala mendengar statement Anis tadi. Of course darling, katanya lagi. Tangan Anis dirangkul erat. Kepala dilentokkan di bahu Anis. Memang pun dia orang ini kawan yang spesial. Sama juga seperti Abab, Julia dan Nana. Ngeee... Kau ni. Suka buat aku geli, rungut Anis. Segera dilepaskan tangan Aleeya yang merangkul tangannya. Apalah mak cik ni! Ngeee... Geli-geleman aku dibuatnya. Ketawa Aleeya berderai. Dilepaskan jugak rangkulan tangannya tadi. Tak senang duduk Anis dibuatnya. Aku pegang tangan kau tak apa babe. Sesama muhrim. Kalau Didi yang pegang macam tadi tu, sengaja tempah tiket nak kena libas la tu. Sesuka hati pegang anak dara orang, balas Aleeya. Sinis. Anis mencebik. Terkena aku sebijik. Tak pasal-pasal nama Didi masuk dalam cerita ini malam. Tapi Zain lagi spesial, kan? Iwa bertanya lagi. Bukan apa. Dua tiga menjak ini, mesra semacam pulak Aleeya dengan Zain. Zain yang hanya dikenali melalui nama yang selalu disebut-sebut oleh Aleeya. Bagaimana rupa orangnya, Iwa tidak tahu. Aleeya tidak pernah pula menunjukkan foto Zain pada Iwa.

224

Areila Sahimi

Kalau Anis, mungkin masih ingat lagi wajah pemuda yang bernama Zain itu. Bukankah Anis pernah terserempak dengan Aleeya dan Zain di Alamanda beberapa bulan lalu? Melalui apa yang Anis katakan, Zain itu tinggi orangnya. Sesuai dengan Aleeya. Boleh tahan. Tetapi pada pandangan mata Anis, Azizul mungkin lebih kacak sedikit daripada Zain. Rasanya kacak banyak kut. Anis kata, Azizul itu sekilas pandang ada iras-iras muka pelakon Thailand, kap khun kap, sawadikap, masuk ikut pintu keluar ikut tingkap. Tik Jesedaphone Pholdi, pelakon dalam drama bersiri: Soda and Ice Tea. Yang memegang watak Doktor Pattaya tu. Anis pun keliru kut semasa itu. Azizul pun dia tak pernah jumpa, bertentang mata. Hanya melihat melalui foto Azizul yang terdapat di dalam album gambar milik Aleeya. Aleeya menggeleng perlahan. Tak habis-habis Iwa nak psycho aku pakai soalan yang berbelit-belit macam ni. Dia sama macam koranglah. Jangan nak buat hipotesis yang bukan-bukan, jawab Aleeya. Boleh ke seorang lelaki dengan seorang perempuan jadi kawan yang rapat? Share everything tanpa ada sedikit pun perasaan sayang? Iwa masih ingin bersoal jawab dengan Aleeya lagi. Siaran televisyen di hadapan tidak lagi menarik minatnya. Sesekali tidur lewat macam ni, seronok jugak bersembangsembang kosong di malam hari. Boleh. Selagi hubungan persahabatan itu dijalinkan atas dasar kejujuran. Cinta tanpa kesetiaan pun tak ada gunanya. Aku malaslah nak cinta-cinta ni semua. Tegas Aleeya berkata. Hmmm.... Belum sempat Iwa hendak meneruskan ke soalan

225

Baju Pengantin Mak Andam

yang seterusnya, Aleeya terlebih dahulu sudah memotong, stop cerita pasal Zainlah. Iwa hanya tersenyum. Okey. Stop pasal Zain, bukak pasal Adam pulak. Aleeya mengerut dahi. Apa hal mamat engine tu? tanya Aleeya. Tiba-tiba sahaja nama Adam turut naik malam ini. Kali ini Anis malas ambil port. Siapa Adam itu, dia pun tidak kenal. Baik belasah roti john yang terhidang di depan mata sambil layan DVD. Segera dia mengeluarkan Harry Potter and The Order of Phoenix dari rak DVD di tepi TV. Tak tau kali keberapa DVD yang sama itu ditonton. Belasah ajelah. Siaran TV pun sudah tidak ada yang dapat menarik minat. Esokkan cuti? Layan DVD sampai ke pagi pun seronok jugak. Tadi aku jumpa dia kat kafe. Dia suruh aku sampaikan salam dekat kau dan. Ayat Iwa tergantung di pertengahan jalan. Dan what? tanya Aleeya. Mata sudah beralih pada skrin LCD. Iwa hanya memerhati Aleeya dan Anis yang asyik menonton watak utama: Harry Potter. Tak tau apa yang ajaibnya filem Harry Potter yang diadaptasi dari novel tulisan J.K Rowling itu sehinggakan budak berdua ini menonton macam nak tembus skrin TV di hadapan. Yo yo o aje. Macam baru first time tengok, padahal ini entah kali keberapa filem itu diulang tonton semula. Dan...? tanya Aleeya lagi apabila Iwa membisu. Dia mintak phone number kau, jawab Iwa bersahaja.

226

Areila Sahimi

Segera Aleeya buat lipat maut. Dipandang Iwa yang berwajah tenang itu. Kau bagi ke tak? tanya Aleeya. Jari telunjuk dihalakan naik ke muka Iwa. Ditenung Iwa dalam-dalam. Iwa mengukir senyuman segaris. Luculah Aleeya buat gaya mafia tali rafia tu. Dia mintak. Aku bagilah, jawab Iwa selamba. Iwa!!! Kau ni tak patutlah jual nombor aku kat orang lain. Aleeya mendengus geram. Dia memeluk tubuh. Apa dia bagi kat kau, lepas kau jual nombor aku tu? sambung Aleeya lagi. Iwa hanya menggeleng perlahan. Aleeya melepaskan keluhan geram. Geram pada Iwa yang suka-suka sahaja menjual nombor telefonnya pada orang lain. Tapi dia... belanja... aku... makan nasi goreng dengan teh O ais kat kafe tadi, sambung Iwa seketul-seketul. Iwa!!! Aleeya menjerit kecil. Sudah diagak tadi. Mesti ada habuan yang menanti. Sebab itu Iwa menjual nombor telefonnya. Mana ada benda free dalam dunia sekarang ini. Jual nombor telefon orang lain pun sudah boleh dipayungkan dengan nasi goreng dan teh O ais. Aku tak mintaklah. Dia yang janji nak belanja aku makan. Aku cuma tuntut balik apa yang dia janji tu, terang Iwa. Kau ni tak patutlah. Kau bagi nombor baru ke nombor lama aku? tanya Aleeya mendatar. Iwa hanya tersenyum. Masih lagi berlagak tenang dengan riak muka macam tak bersalah aje rupanya.

227

Baju Pengantin Mak Andam

Kau ni Leeya. Dah terang-terang minggu lepas kau patahkan sim card lama kau tu depan mata aku. Dah tentutentulah aku bagi nombor bar.... Aleeya sudah melepaskan keluhan berat. Nak kena betullah Iwa ni tau. Ngeee. Ceng... ceng... ceng. Nombor lamalah! Iwa menyambung laju. Segera dengan itu, kusyen kecil dibaling ke muka Aleeya. Iwa!!! Kusyen tadi dibaling semula ke muka Iwa. Kau ni. Buat aku suspender aje tadi tau! Akhirnya berderai juga ketawa Iwa. Jenuh ditahan tadi. Anda terkena Bang Bang Boom!!! Yes! Berjaya...!!! Amat dengan Azahari boleh pencen la dari jadi pengacara Bang Bang Boom kat TV3. Biar aku take over. Ingat Aleeya seorang saja berkebolehan buat lawak Bang Bang Boom dengan orang lain. Aku pun boleh jugak. Aleeya turut sama menyaingi ketawa Iwa. Niat nak marah tadi terbantut terus jadinya. Cis!!! Lawak Bang Bang Boom rupanya. Sejak bila Iwa belajar buat lawak Bang Bang Boom ni? Menjadi. Pandai dia berlakon. Terkena aku! Tapi Wa, tak patut kau paw budak tu tau! Terpaksa belanja kau makan pakai duit biasiswa. Aleeya geleng kepala. Amat tidak beretika betul member yang seorang ini. Diketuknya budak yang masih belajar itu untuk payungkan dia dengan nasi goreng dan teh O ais di kafe UKM. Iwa masih lagi dengan ketawanya. Gatal budak tu, Leeya. Dah ada awek pun still nak mengurat kau lagi. Sebelum dia ketuk aku, aku pun ketuklah dia dulu!

228

Areila Sahimi

Aleeya masih belum terasa mahu berhenti ketawa mendengar cerita Iwa. Dia dah ada awek ke? Aleeya sekadar bertanya. Dah. Anita. Course-mate dia, jawab Iwa. Anita??? Alah... budak perempuan yang kita jumpa dekat kafe hari tu. Yang derrr. Aleeya terfikir-fikir gerangan yang dimaksudkan oleh Iwa itu tadi. Kemudian, pecah ketawanya sekali lagi. Terasa macam hari ni Hari Ketawa Sedunia pulak. Budak perempuan yang sekali dalam geng beg Prada Jalan TAR tu? Aleeya sekadar bertanya untuk memastikannya. Iwa menekan perut menahan tawa. Dia mengangguk laju. Aleeya memang pandai meletak nama pada orang. Pandai-pandai sahaja dia menggelar Anita and the gang sebagai ahli persatuan beg Prada Jalan TAR kerana setiap seorang ahli geng tersebut sibuk menjinjit beg berjenama Prada ciplak yang berlambak-lambak terdapat di Jalan TAR. Hebat dia orang ni, bukan setakat Prada, Dolce and Gabbana, Christian Dior, Bonia, Louis Vuitton pun dia orang ni pakai jugak. Dahsyat. Dahsyat. Yuhhuuu. Iwa dan Aleeya berkata serentak. Kali ini mereka ketawa macam tak ingat dunia. Ini kalau bakal mak mertua dengar ni, mau kena reject jadi calon menantu. Give me five, babe. Kau memang member yang best, kata Aleeya sambil menghulurkan tangan. Iwa mengesat air mata yang bertakung di tubir mata akibat ketawa terlalu galak tadi.

229

Baju Pengantin Mak Andam

No hallah. Lagipun, better kau kawan dengan Zain tu ajelah. Dari nak cari penyakit berkawan dengan budak engine tu, balas Iwa. Gulppp... Aleeya menelan air liur yang terasa sedikit kelat. Zain lagi. Sekarang ni apa-apa ayat yang ada kenamengena dengan aku, perlu ke dimasukkan nama Zain sekali? Aleeya tidak faham. Segera dia angkat punggung. Masuk bilik. Dan tidur. Iwa tersengih. Ceh! Taktik nak larikan diri le tu....

230

No. ISBN: 978-967-5067-29-7 Jumlah muka surat: 540 Harga Runcit: Semenanjung Malaysia: RM18 Sabah/Sarawak: RM21 Harga Ahli: Semenanjung Malaysia: RM14 Sabah/Sarawak: RM17 Sinopsis: Aleeya yang secara tiba-tiba terpaksa menjadi mak andam terjun telah bertemu dengan Zain (pengapit pengantin

lelaki) di majlis perkahwinan kawan Kak Ana. Keikhlasan Zain untuk berkawan dengan Aleeya telah membuatkan mereka ngam walaupun Aleeya jual mahal pada mulanya. Zain senang berkawan dengan Aleeya kerana Aleeya tak pernah control ayu. Lepak kat mapley pun okey saje... takde masalah. Pekena teh tarik? No problem. Cuma... bila Zain nak melangkah setapak lebih daripada berkawan, Aleeya mula menjadi gabra. Ada peristiwa pahit yang masih bersarang di sanubarinya, membuatkan Aleeya 'seram' untuk bercinta. Tetapi Zain tak mudah mengalah. Dia cuba lagi dan lagi dan lagi sehingga Aleeya membuka pintu hatinya untuk bercinta semula. Ingatkan dah happy ending dah, tapi rupa-rupanya ada ujian yang mendatang hinggakan Aleeya dan Zain menjadi seteru pula. Dalam elok-elok bercinta, datang pula 'virus' pengacau, mengganggu gugat cinta mereka. Siapa 'virus' tu? Siapa yang boleh tolong Zain hapuskan 'virus' tu? Kak Ana? Rozy? Atau pun Aleeya sendiri? Hmmm....? "Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh mamak sekalipun, pada aku dia tetap istimewa." ~ Zain. "Zain, sekeras-keras aku, seselamba mana pun aku, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba bab nak luahkan isi hati." ~ Aleeya. Untuk mengetahui merasa atau tidak Aleeya mengenakan baju pengantin, jangan lupa dapatkan BAJU

PENGANTIN MAK ANDAM di rangkaian kedai-kedai buku Popular dan MPH serta kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh melanggan terus dengan Kaki Novel Enterprise sama ada melalui pos atau online. Jika anda ingin melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com untuk keterangan lanjut. Manakala bagi anda yang ingin melanggan secara pos dengan kami, sila tuliskan nama penuh anda, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel dan jumlah naskhah yang ingin dilanggan di atas sekeping kertas dan poskan bersama wang pos/money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D'Wangsa, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. No. tel:- 03-4149 0096 No. faks:- 03-4149 1196

You might also like