You are on page 1of 21

Tamadun India

Masyarakat dan Budaya

Sistem Keluarga

joint family dipelihara oleh ashrama dharma dan purusartha ashrama dharma:
Brahmacharya, Grihasta, Vanaprastya, Sannyasa

Purusartha:
Aram/dharma, Porul/Artha, Inbam/kama, Moksha/Vidu

Kedudukan Kaum Wanita


1. Masyarakat Indo-Arya Zmn Veda Awal (1500SM-1000SM), wanita dihormati dan diberi kebebasan spt kaum lelaki. Menjadi pertapa dan membawa mazmur-mazmur suci. Zaman Vedik Kemudian (1000SM-500SM) dan selepasnya kaum wanita dikenakan byk sekatan. Peranan dan tanggunjawab dlm lingkungan rumahtangga. Kedatangan British, pergerakan reformasi spt Brahmo Samaj, Prarthana Samaj dan sbgnya tlh membawa masalah kaum wanita kpd British. Dipulihkan pada kurun ke-19 dan 20.

2. Masyarakat Dravida
Zaman Sangam (kurun ke-3SM kurun ke 3M), kedudukanyg tinggi dlm masy. India Selatan. Sifat keibuan suatu nilai yg mulia. Pujangga wanita mencipta puisi dan ada juga yg menjadi pertapa. Selepas zmn Sangam berlaku kemerosotan, dipulihkan semula selepas kedatangan kuasa British.

Sistem Kasta

dikenali sbg sistem jati salah satu aspek ajaran agama Hindu

1. Sistem Varna

Pembahagian kelas sosial yg tetap hierarkinya. 5 kategori = Brahmin, Kshatriya, Vaishya, Shudra, dan Panchama/Chandala

2. Sistem Jati
Merupakan kumpulan yg berfungsi berdasarkan pekerjaan yg mempunyai identiti sosial dan kepentingan ekonomi. Jati yg tdk blh disentuh (untouchables) = Harijan (anak-anak Tuhan) atau Dalit. Sistem keadilan bg jati dikendalikan oleh jawatankuasa lima org iaitu Panchayat.

Bahasa dan Kesusasteraan

Kumpulan Bahasa dan Skrip Bahasa

Terdapat 325 bahasa & 750 loghat, ttpi hanya 14 bahasa utama diperakui menurut perlembagaan iaitu Hindi, Telugu, Bengali, Marathi, Tamil, Urdu, Gujarati, Kannada, Malayalam, Punjabi, Assam, Oriya, Kashmiri dan lain-lain. Bahasa dibahagikan kpd dua rumpun keluarga bahasa iaitu Indo Arya dan Dravida. Bahasa Sanskrit- Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastani dan Sindhi. Bahasa Dravida- Tamil, Malayalam, Kannada, Telugu, Gondi, Brahui, Kaudh. Terdapat kumpulan bahasa Munda digunakan di kwsn pgunungan, iaitu Ladakhi, Tripura Naga dan Kuku Chin. Dokumen bertulis tertua ialah inskripsi-inskripsi zaman Asoka (kurun ke-3 SM) menggunakan skrip Kharosthi. Skrip Parsi-Arab digunakan dalam bahasa Urdu moden. Skrip Brahmi merupakan asal usul kebanyakan skrip-skrip India. Skrip Devanagari digunakan oleh bahasa Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan sebagainya.

Kesusasteraan

Kesusasteraan di India dibahagikan kpd dua bhgn iaitu Kesusasteraan Indo Arya dan Kesusasteraan Dravida.

1. Kesusasteraan Indo Arya Lebih menonjol sbg kesusasteraan tertua dan terkemuka di India. Dihasilkan dlm bahasa Sanskrit.

Kesusasteraan Vedik

Berlangsung antara tahun 1500SM hingga 500SM. Perkataan Veda (Vid) bererti melihat dan mengetahui. Kitab-kitab suci zaman Veda dibhgikan kpd dua bhgn : Shruti - ajaran-ajaran yg diwahyukan atau ajaran-ajaran yg didengarkan oleh tuhan kpd para maharesi. Isi kandungan tidak pernah diubah atau tidak boleh diubah. Smriti - ulasan-ulasan dan tafsiran-tafsiran. Isi kandungan boleh diubah dr masa ke masa.

Empat kitab suci Veda iaitu Rig Veda (kitab tertua), Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Vedanga- anggota kitab-kitab Veda dan terdpt enam bidang pengajian yg dpt membantu memahami kitab-kitab Veda dgn tepat, iaitu:

Siksa- fonetik Chanda- prosodi Nirukta- etimologi Kalpa Vyakarana Jyotisa

Kesusasteraan Epik
1.

Epik Mahabharata
Dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400SM dan 400M. Mengandungi lebih kurang 10 000 seloka (puisi). Kisah pemerintahan kerajaan Kurukshetra di India Utara. Ajaran agama dan moral. Dianggap sbg sejarah bheda (konflik), rajyavinasa (kehilangan negara) dan jaya (kekayaan). Ithisa- membincangkan 9 jenis emosi dan matlamat kehidupan. Purana- cerita tentang dewa-dewi. Akhyana- lagenda dan mitos. Dharmasastra- kerajaan dan pemerintahan. Kamasastra- percintaan. Nitisastra- idea-idea etika. Moksasastra- cara-cara membebaskan diri drp kelahiran semula. mmm

2. Bhagavadgita

Mengajar manusia ttg svadharma atau kewajipan mencapai kebenaran. Mengesyorkan raja yoga (disiplin badan dan minda), Karma yoga (jalan tindakan), Bhakti yoga (melalui kebaktian kpd Tuhan) dan Jnana yoga (melalui pengetahuan yg benar).

3. Epik Ramayana

Dicipta dan dihasilkan oleh Valmiki antara 200SM 200M). Mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya. Menggambarkan kehidupan seorang manusia iaitu Rama yg merupakan pendukung watak yg harus diteladani. Merupakan dharmasastra yg mengajar perihal keadilan, menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatana dharma) & menjelaskan sifat-sifat ideal.

4. Drama

Natya Sastra adalah buku teks drama, muzik dan tarian. Ia membincangkan seni teater, pentas, teknik produksi, persembahan dan artis. Drama sanskrit dicipta utk menghiburkan para hadirin dgn menyampaikan rasa melalui lapan emosi (sthayibhava). Cth drama ialah Sakuntala (menggambarkan cinta dan belas kasihan), mudraraksasa (heroisme) dan Mrcchakatika (kama).

5. Karya Linguistik Asthadhyayi ciptaan Panini tlh disusun pd kurun ke 4 SM. Mengandungi lebih kurang 4 000 peraturan tatabahasa. 6. Sastera Cerita Sastera sekular. Antara sastera cerita yg penting ialah cerita dongeng spt Pancatantra, Brhatkatha, Dasakumaracarita dan Kadambari.

2. Kesusasteraan Dravida

Empat bahasa utama iaitu Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada. Bahasa Tamil merupakan kesusasteraan terawal dlm keluarga bahasa Dravida.

1. Tolkapiyyam Karya nahu bertarikh 300SM, bahan bertulis yg tertua dlm bahasa Tamil. Mengandungi tiga bhgn iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis dan konvensi konvensi puisi.
2. Kesusasteraan Sangam Sangam merujuk kpd akademi penyair-penyair agung yg menghasilkan puisi pada Zaman Sangam dari kurun ke 3SM - ke 2M. Disusun kpd dua koleksi iaitu Pattupattu dan Ettuttokai. Tema-tema puisi boleh dibahagikan kpd dua jenis iaitu aham dan puram.

3. Puisi Aham Cinta dlm puisi ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu cinta yg sepadan dan cinta yg tidak sepadan. Terdapat lima uripporul (tema khusus) iaitu pertemuan, penantian, kecurangan suami/isteri merajuk, penantian cemas dan perpisahan sementara waktu. Kelima-lima tema ini dikenali sbg disiplin aintinai (lima jenis bentuk muka bumi).
4. Puisi Puram Merangkumi segala-galanya kecuali Aham (cinta). Meliputi masyarakat, raja, negara, kumpulan pekerja, kekayaan, kemiskinan, pendidikan dan berbagai-bagai cita-cita.

5. Tirukkural Dicipta oleh Tiruvalluvar (Valluvar). Mengandungi tiga bhgn utama dgn 1330 kuplat dlm 133 bab iaitu Aram (etika/kebenaran) yg mengandungi 38 bab, Porul (kebendaan/politik) yg mengandungi 70 bab dan Inbam (cinta) yg dibincangkan dlm 25 bab. 6. Kesusasteraan Bhakti Angkatan bhakti disertai oleh wali-wali Hindu yg dikategorikan kpd dua iaitu Nayanmar yg mempelopori aliran mazhab Saivisme dan alvar yg beraliran mazhab Vainavisme. Lagu-lagu suci yg dpt dinyanyikan dgn iringan muzik dicipta oleh mereka. Koleksi lagu-lagu mereka dibahagikan kpd dua kategori iaitu Tirumurai bg mazhab Saivisme dan Nalayirat Pirapantam bg mazhab Vaisnavisme. Koleksi lagu-lagu ini bertarikh antara kurun ke-6M hingga kurun ke-11M.

7. Karya-karya Bahasa

Tatabahasa, gaya bahasa (retorik) dan perkamusan (leksikografi) bidang yg berkembang pada zaman Chola. Yapparungalam dan Yapparngalakkaarigai karya-karya yg disusun oleh Amitasagara pada akhir kurun ke 10. Virasoliyam pula ialah karya ttg sejarah tatabahasa Tamil.

You might also like