You are on page 1of 7

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN PERANCANGAN PENGAJARAN SEMESTER I SIDANG AKADEMIK 2011/2012

A. MAKLUMAT KURSUS Kod Kursus : Tajuk Kursus : 2) Hari Kuliah : Masa : Tempat : Penyelaras/Pensyara h : Sabtu 8.00 pagi-10.00 malam (Tertakluk pada Jadual Kursus) Tertakluk kepada Pengumuman Dr. Azidah bt. Abu Ziden (azidah@usm.my ) Pengurus Kursus Dr. Fadzilah Amzah (fadzilahamzah@usm.my ) Dr. Amelia bt. Abdullah (amelia@usm.my ) Dr. Ahmad Zamri Khairani (ahmadzamri@usm.my) KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 (INSTRUCTION, TECHNOLOGY AND ASSESSMENT

Dr. Salmiza bt.Saleh (salmiza@usm.my)


Dr. Abang Hut b. Abang Engkeh (drabghud@gmail.com)

Pensyarah Jemputan :
KPD3026 2011 AAZ

Bilangan Pelajar : Nilai Unit : B. OBJEKTIF KURSUS

1100 orang 3

Kursus ini merupakan lanjutan kursus KPD3016. Ia bertujuan mengukuhkan lagi kemahiran pelajar merancang dan melaksanakan pengajaran melalui pembentangan mikrodan makropengajaran dalam aspek utama pengajaran berikut: (a) menyatakan hasil pembelajaran, (b) memilih dan merancang bahan dan urutan pengajaran, (c) memilih dan melaksana kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, (d) menyedia dan mengguna media dan teknologi pengajaran yang sesuai, dan (e) menyedia, memilih dan mengguna alat dan kaedah penaksiran yang sesuai untuk menilai hasil pembelajaran. HASIL PEMBELAJARAN:

1. Menjelaskan pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan pentaksiran


(K6). 2. Menyusun atur perlakuan selaras dengan pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan penaksiran yang dirancang (P3) 3. Mempertahankan pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan pentaksiran yang dirancang. (A3) 4. Berkebolehan mengenalpasti masalah dalam pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan penaksiran, serta mencari penyelesaian alternatif (KBKM)

C. MAKLUMAT KULIAH
Minggu/T arikh Tajuk Pensyarah Catatan

Unit Pengajaran Dan Rancangan Pengajaran Harian Unit ini menghuraikan maksud Unit Pengajaran dan Rancangan Mengajar Harian dan bagaimana menulisnya dengan mengambil kira beberapa teori pembelajaran supaya dapat menghasilkan satu perancangan mengajar yang baik.

Dr. Azidah Abu Ziden Dr. Fadzillah Amzah Dr. Amelia Abdullah Dr. Ahmad Zamri Khairani Dr. Salmiza

KPD3026 2011 AAZ

Saleh

Pembelajaran Berasaskan Masalah Unit ini menghuraikan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah dengan menunjukkan langkah demi langkah pelaksanaannya bagi membolehkan anda melaksanakannya di bilik darjah. PBM didasari Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Pembelajaran Inkuiri.
2

Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Unit ini membincangkan prinsipprinsip komunikasi visual dalam memilih elemen-elemen yang sesuai untuk reka bentuk pengajaran yang berkesan. Turut dibincangkan ialah kelas-kelas media serta kelebihannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Unit ini membincangkan maksud teknologi maklumat dan komunikasi, peranannya dalam pendidikan dan kemahirankemahiran yang perlu untuk mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dr. Azidah Abu Ziden Dr. Fadzillah Amzah Dr. Amelia Abdullah Dr. Ahmad Zamri Khairani Dr. Salmiza Saleh

Pembelajaran Berasaskan Projek Unit ini membincangkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek yang menunjukkan banyak persamaan dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah. Contoh khusus ditunjukkan supaya anda dapat mengaplikasinya dalam pengajaran di bilik darjah anda.

Dr. Azidah Abu Ziden Dr. Fadzillah Amzah Dr. Amelia Abdullah Dr. Ahmad Zamri Khairani Dr. Salmiza Saleh Dr. Abang Hud

KPD3026 2011 AAZ

Engkeh

Pembelajaran Berasaskan Kes Unit ini mendedahkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Kes yang jarang digunakan di sekolah. Pembelajaran Berasaskan Kes juga merupakan salah satu kaedah yang menyokong Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang mementingkan penglibatan aktif pelajar. Persamaan dan perbezaaan antara ketiga-tiga kaedah pembelajaran Unit 2, 3, dan 4 dihuraikan dalam unit ini.
4

Pembelajaran Kooperatif: Pendekatan Berstruktur Unit ini menghuraikan Pembelajaran Kooperatif melalui pendekatan berstruktur. Prinsip utama pendekatan berstruktur dan beberapa struktur Kagan dihuraikan termasuklah Numbered Heads Together, RoundRobin, RoundTable, Think-Pair-Share, Three Step Interview, dan Corners. Pembelajaran Kooperatif: Pendekatan Kurikulum Unit ini menghuraikan Pembelajaran Kooperatif melalui pendekatan kurikulum. Pendekatan kurikulum yang dihuraikan termasuklah Bahagian Pencapaian Pasukan Murid atau Student Teams Achievement Divisions (STAD), Pertandingan-PermainanPasukan atau TeamsGames- Tournaments (TGT), dan Jigsaw.

Dr. Azidah Abu Ziden Dr. Fadzillah Amzah Dr. Amelia Abdullah Dr. Ahmad Zamri Khairani Dr. Salmiza Saleh

Teknik Merangsang Dan Membina Kemahiran Analitikal Dan Kreatif Unit ini membincangkan beberapa teori pemikiran serta teknik merangsang dan membina

Dr. Azidah Abu Ziden Dr. Fadzillah Amzah Dr. Amelia

KPD3026 2011 AAZ

kemahiran analitikal dan kreatif. Beberapa teknik yang dihuraikan termasuklah Peta Minda, Pengurusan Grafik, Peta Konsep, Analogi, Pemikiran Lateral, dan Kecerdasan Pelbagai.

Abdullah Dr. Ahmad Zamri Khairani Dr. Salmiza Saleh

Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 1 Unit ini membincangkan konsep dan definisi teknologi dan media serta kepentingan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga menjelaskan kepentingan komunikasi visual dalam menyediakan bahan bantu mengajar, membincangkan Model ASSURE dan pemilihan media pengajaran.
6 Peperiksaan Akhir (Serentak di kempat-empat pusat)

D. RUJUKAN Rujukan Wajib


Borko, H., & Putnam, R. T. (1996). Learning to teach. In D. C. Berliner & R. C. Calfee (Eds.), Handbook of Educational Psychology, 673-708. New York: Simon & Schuster Macmillan. Bruner, J. (1960). The process of education. New York: Vintage. Carl, R. (1994). Freedom to learn (3rd ed.) New Jersey: Prentice Hall, Inc. Committee on Development of an Addendum to the National Science Education Standards on Scientific (2000). Inquiry and the National Science Education Standards: A Guide for Teaching and Learning. Inquiry Center for Science, Mathematics, and Engineering Education National Research Council. Washington, D.C: National Academy Press. Delors, J. (1996) Learning: the treasure within: The Report of Commission on Education for the Twenty First Century, UNESCO. Gagne R., Briggs L. & Wager, W. (1992). Principles of Instructional Design, 4th. edition, Harcourt, Brace, Javanovich, Orlando. Neill A.S. (1960), Summerhill: a radical approach. New York: Hart Publication Co. KPD3026 2011 AAZ

Shulman L. S. (2000). Teacher Development: Roles of Domain Expertise and Pedagogical Knowledge. Journal of Applied Developmental Psychology Shulman, L. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review, 57, 1-22. Tyler, R. W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: University of Chicago Press. Vygotsky, L.S. (1978). Minds in society. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Rujukan Tambahan:

_
Laman web http://www.instructionaldesign.org F. Penilaian Kursus Penilaian Kerja Kursus Mod ( 100 % ) Pemberata n 50% 30 % 20 % Tarikh Serahan Perjumpaan terakhir Perjumpaan terakhir Minggu ke 5 & ke 9

Projek Berkumpulan (Embed Video di P&P atas talian) Interaktif PowerPoint untu P&P (Individu) Kuiz (Individu)

Catatan: Penerangan kerja kursus 1. Video untuk Modul Atas Talian (Projek Berkumpulan 5 org ) (50%) a. Pelajar dikehendaki menyediakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi satu topik pengajaran selama satu masa pengajaran (30 minit). Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut hendaklah dirakam dengan menggunakan video kamera yang menggabungkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh setiap ahli kumpulan. Ini bermakna video tersebut perlu dirakam dan disunting supaya ianya dapat dilihat secara terus oleh penonton. b. Pelajar perlu menyediakan story board tentang penghasilan video tersebut. Video tersebut kemudiannya perlu diletakkan (di embed) ke dalam modul atas talian yang telah dibangunkan dalam kursus KPD3016. Penilaian akan dilakukan oleh pensyarah secara atas talian terhadap video tersebut. Story board juga perlu diletakkan di dalam modul atas talian yang
KPD3026 2011 AAZ

telah dilaksanakan pada semester lepas. d. Ahli kumpulan perlu menyatakan secara terperinci bahan yang disediakan oleh setiap ahli kumpulan supaya tidak terjadinya ahli yang tidak bekerjasama dalam menghasilkan projek ini. 2. Interaktif PowerPoint untuk P&P (Individu) 30% Pelajar dikehendaki memyediakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Aktiviti ini mestilah dilakukan secara interaktif dan tidak hanya menggunakan ciri-ciri biasa dalam Microsoft Powerpoint tersebut. Jangka masa persembahan powerpoint tersebut adalah selama 10-15 minit. 3. Kuiz Individu (20 %)

a. Kuiz akan diadakan sebanyak 2 kali dan dihantar melalui SMS kepada pelajar. b. Pensyarah akan memberikan masa untuk pelajar menjalankan kuiz tersebut. Contohnya sekiranya waktu yang diberi untuk menjalankan kuiz adalah pada pukul 5ptg hingga 10mlm, pelajar boleh memulakan kuiz tersebut pada bila-bila masa antara pukul 5ptg hingga 10mlm dengan menghantar kod tertentu (akan diberikan nanti) untuk memulakan kuiz. Pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman akan dikenalpasti untuk membolehkan mereka melakukan kuiz pada hari Sabtu atau Ahad. c. Pensyarah akan menyediakan bank soalan kuiz dan kuiz yang dihantar kepada pelajar adalah dipilih secara random oleh server untuk dihantar kepada pelajar pada masa yang ditentukan. Peperiksaan Akhir (0 % )

KPD3026 2011 AAZ

You might also like