You are on page 1of 17

Buletin Pendidikan Khas

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

Tarikh: Mac 2009

Jilid 1, Bil. 1/2009

J A S A M U D I K E N A N G

ms 7

Tahukah anda di mana bilik Pendidikan Khas berada? Bilik Pendidikan Khas adalah salah satu infrastruktur yang disediakan oleh PPIP untuk kemudahan para pelajar program pendidikan khas di sini. m/s 10

ms 11

ms 12

ms 13

ms 14

Buletin Pendidikan Khas

B E R S A T U
Dari Meja Pengarang

B E R J U A N G

B E R J A Y A

Segala puji-pujian hanya untuk Allah swt, penguasa semesta alam . Sekolah cacat budak cacatcikgu cacat itu antara ungkapan yang sinonim dengan pendidikan khas sekarang. Kenapakah kita sebagai manusia yang bertamadun memiliki minda seumpama itu?. Sebagai makhluk Allah yang paling mulia, kita sepatutnya melakukan anjakan paradigma dalam menerima kepelbagaian sebagai satu keunikan yang perlu disyukuri bersama. Kemunculan Buletin Pendidikan Khas ini bertujuan untuk mencelikkan mereka yang sememangnya telah celik dan menerangkan kepada mereka yang telah terang tetapi terkapai dalam kekaburan. Semoga keluaran sulung Buletin ini dapat dimanfaatkan

untuk semua. Harapan kami, mestilah kita bersama-sama memartabatkan hak dan peluang golongan berkeperluan khas untuk mereka menikmati erti kehidupan. Usah dirindu pada lautan, Kerana ombak tetap ke pantai, Usah dirayu pada suratan, Bukannya bangsa bijak dan pandai. . Fikir-fikirkanlah. Musa

Perutusan

pengar ah

bpk,KPM

endidikan Khas adalah satu bidang yang berkembang pesat seiring dengan peredaran Pangarah, masa dan perkembangan teknologi. Guru menjadi faktor penentu dalam peningkatan pencapaian Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. kualiti pendidikan murid berkeperluan khas. Oleh itu, usaha Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM untuk menghasilkan Buletin Pendidikan Khas merupakan langkah murni yang perlu disokong oleh semua pihak. Buletin ini menjadi satu landasan yang sesuai untuk guru pelatih berkongsi maklumat hasil penyelidikan atau pengalaman dan idea dengan rakan seperjuangan dan juga pihak yang berminat dalam pendidikan khas. Bahan ini juga boleh dijadikan sumber literatur dalam bidang SIDANG PENGARANG pendidikan khas bagi peristiwa tertentu mengikut konteks yang bersesuaian.

En. Bong Muk Shin

PENASIHAT Profesor Dr. Abdul Rashid Mohamed KETUA EDITOR Dr. Lee Lay Wah SIDANG EDITOR En. Musa bin Eden (Ketua AJK) Cik Shakila bt. Basri (Setiausaha) Cik Yusniyanti bt. Yunos Cik Sabrinna bt. Amat Dusin En. Muhammad Nurillhaffizs b. Othman PAKAR PERUNDING BAHASA MELAYU JEMPUTAN Profesor Madya Dr. Ishak Ramly

Melalui penerbitan Buletin Pendidikan Khas ini diharapkan akan memberi inspirasi kepada bakal guru pendidikan khas khususnya keluaran USM, untuk menjadikan penulisan sebagai satu budaya yang bakal dipraktikkan secara berterusan. Usaha sedemikian bakal menyumbangkan kepada warga pendidikan yang berkualiti di masa hadapan. Hasrat ini bertepatan dengan keperluan KPM yang sentiasa memberi rangsangan dan dorongan kepada guru-guru menghasilkan penulisan dalam bentuk perkongsian pengalaman untuk kesejahteraan bersama. Pada masa kini didapati tidak begitu ramai guru yang tampil menghasilkan bahan penulisan untuk dikongsikan sama ada dalam bentuk laporan ataupun buku. Buletin ini juga secara tidak langsung menjadi rekod aktiviti pra-perkhidmatan dan penglibatan pelajar USM dalam bidang pendidikan khas. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada USM khususnya Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan di atas usaha menghasilkan Buletin Pendidikan Khas ini. Sekian, terima kasih.

Buletin Pendidikan Khas

P E R U T U S A N

D E K A N

P P I P

pendidikan khas. Selaras dengan itu, Universiti Sains Malaysia di bawah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan telah mengambil langkah bijak dengan menjadikan pendidikan khas sebagai bidang keutamaan kita. Keperadaban manusia terletak pada kekuatan ilmu. Semakin tinggi penguasaan ilmu ssalamualaikum dan seseorang, semakin mudah untuk salam sejahtera mereka bersaing dalam dunia globalisasi ini. Bagaimana pula Terima kasih saya dengan golongan kelainan upaya? ucapkan kepada jawatankuasa Atas dasar demokrasi pendidikan Buletin Pendidikan Khas atas maka USM telah mengambil kesudian pihak anda memberi langkah dengan memulakan kesempatan kepada saya untuk program pendidikan khas sebagai merakamkan sepatah dua kata program yang ditawarkan bermula dalam Buletin Pendidikan Khas pada sidang akademik 2003/2004. sesi 2008/2009 edisi pertama ini. Tahniah dan syabas diucapkan Seperti yang kita semua atas kejayaan warga kerja maklum, pendidikan khas di penerbitan buletin kerana berjaya negara kita masih ketinggalan. menghasilkan Buletin Pendidikan Lantaran itu, USM berusaha Khas, Pusat Pengajian Ilmu untuk melahirkan lebih ramai Pendidikan ,Universiti Sains guru yang berkebolehan dan Malaysia. Saya berasa amat berkelayakan dalam bidang ini bangga di atas usaha yang kita untuk membantu anak-anak lakukan untuk mencelikkan dunia bangsa kita dari golongan mengenai pendidikan khas ini. kelainan upaya dapat meneruskan tradisi dan budaya hidup sihat dan Kekuatan bangsa dan negara meyakinkan. terletak kepada generasi muda hari ini. Inilah antara sebab USM adalah sebuah kerajaan memberi tumpuan utama Universiti Penyayang. Slogan kepada pendidikan untuk ini menjadikan USM dikenali oleh memungkinkan generasi kini khalayak ramai. Atas kesedaran kebal bagi menghadapi sebarang itu, USM telah menyediakan cabaran pada masa hadapan. Hal segala kemudahan infrastuktur ini harus sama-sama untuk golongan ini. Segala usaha diperjuangkan oleh tokoh-tokoh yang digembelingkan itu
Profesor Dr. Abdul Rashid Mohamed. Dekan, Pusat Pengajian Ilmu

merupakan satu kerugian seandainya PPIP tidak mengambil kesempatan infrastruktur yang ada untuk melaksanakan program pendidikan khas. Usaha-usaha ini akan membantu memudahkan pelajar berkeperluan khas dalam menjalani pembelajaran mereka. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, atas dasar demokrasi pendidikan, program pendidikan khas di USM telah membuka peluang kepada golongan berkeperluan khas untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tinggi. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa graduan pendidikan khas USM umpama pisang goreng panas dalam pasaran pendidikan masa kini. Berlakunya keadaan ini kerana kemantapan program pendidikan yang dilaksanakan oleh PPIP. Sebagai mengakhiri ucapan saya... renungkanlah, anda sebagai guru pendidikan khas bukan sahaja mendapat keistimewaan di dunia tetapi anda juga diberi tempat yang istimewa di akhirat nanti...insyaallah. Sekian, terima kasih.

Buletin Pendidikan Khas

P E R U T U S A N P E N G E R U S I R A N C A N G A N yang dilaksanakan pada tahun 2009 adalah penyediaan bilik pendidikan khas yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. amat berharap agar semua guru pelatih pendidikan khas akan memanfaatkan segala ilmu yang diperoleh melalui program ini. Kepada semua guru pelatih yang akan tamat pengajian pada tahun ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah. Diharapkan apa yang telah dipelajari di sini dijadikan batu loncatan dalam menyemai dan memupuk kematangan diri sebagai pendidik. Kepada semua guru pelatih yang masih bersama kami, teruskan usaha anda untuk menimba ilmu dan kemahiran yang akan membolehkan anda menyumbang kepada komuniti pendidikan khas kelak. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah, AJK Buletin Pendidikan Khas, AJK Kerja Bilik Pendidikan Khas dan AJK Sukan OKU serta semua guru pelatih yang telah bekerjasama untuk menjayakan program pendidikan khas di PPIP. Padi pulut si padi bentan, Tanam secupak tumbuh segantang, Ilmu dituntut penuh di badan, Bekalan kita masa berjuang. Sekian, terima kasih.

Di samping itu, Buletin Pendidikan Khas PPIP mula diterbitkan pada tahun ini dengan objektif menyebarkan ilmu dalam bidang pendidikan khas serta atlamat utama program mendekatkan lagi kolaborasi antara warga PPIP dengan komuniti Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) PPIP adalah untuk pendidikan khas. Dari segi teknologi, ePKhas, iaitu repositori multimedia membentuk guru pendidikan khas juga telah dibangunkan untuk guruyang mempunyai pengetahuan serta guru pendidikan khas di Malaysia kemahiran yang mendalam dalam teori dan amalan bidang pendidikan bagi tujuan perkongsian ilmu dengan masyarakat sejagat. Pada tahun ini khas dan inklusif. PPIP mampu juga, sukan OKU turut diperkenalkan memikul tanggungjawab mendidik di USM. Justeru, warga pendidik guru-guru pendidikan khas dengan dalam atau luar kampus dipelawa serius kerana guru-guru lepasan untuk merebut segala peluang yang program ini akan menjadi tunggak kepada komuniti pendidikan khas di ada. Malaysia. Program Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas) mod campuran Semenjak program ini dimulakan pada tahun 2003, pelbagai telah dirancang pada tahun ini dan diharapkan bahawa program ini akan agenda telah dilaksanakan untuk dapat ditawarkan pada masa depan mengekalkan kualiti program ini. Penambahbaikan dari segi kurikulum, yang singkat. perkaedahan pengajaran serta Sebagai pengasas program kelengkapan dan sumber sentiasa pendidikan khas di PPIP dan selaku berterusan. Antara penambahbaikan pengerusi rancangan semasa, saya

Dr Lee Lay Wah Pengerusi Rancangan (Pendidikan Khas) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM.

Larilah Jika Boleh ~ . Kau sekarang sudah dihujungkan Semua sudut sudah mengepungmu Semua jalan sudah melurumu. Kau sekarang sudah terdorong Semua pintu sudah menutupmu Semua langkah sudah menguncimu. Apakah kau memencak kegilaan Apakah kau menggeram kegigilan Apakah kau meraung kehibaan!

Jantanmu sekarang di mana? Kelmarin bicaramu yang mengaung benua Didihkan sendiri api yang kau bara. Larilah jika boleh Hendak kulihat jantan sikapmu Segala tembok telah kualih. Masuri S.N.

Buletin Pendidikan Khas

Sejarah Penubuhan Program Pendidikan Khas di Universiti Sains Malaysia

enubuhan Program Pendidikan Khas di Universiti Sains Malaysia adalah bagi memenuhi hasrat kerajaan Tahun 2003/2004 2004/2005 2005/2006 2006/2007 2007/2008 Justeru, dalam menyahut seruan kerajaan untuk 2008/2009 2009/2010 Bilangan pelajar 38 orang 42 orang 52 orang 24 orang (PKPG) 31 orang 50 orang (PKPG) 51 orang 72 orang Dijangka seramai 90

untuk memenuhi keperluan pelajar berkeperluan khas. Dalam pada itu, usaha murni ini bertumpuan untuk memenuhi keperluan di sekolah-sekolah pendidikan khas yang kini semakin banyak diwujudkan tetapi mengalami kekangan kurangnya profesional dalam bidang ini.

mengatasi kekangan yang wujud dalam bidang pendidikan khas ini, pihak PPIP telah mengorak langkah untuk menubuhkan program sarjana muda pendidikan khas. Maka, pada tahun 2001, perancangan yang jitu telah dibuat oleh Dr. Lee Lay Wah yang bertanggungjawab untuk membina dan mengimplementasi program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) di USM.

orang akan mengambil program pendidikan

khas di USM.

Matlamat

Usaha serta kesungguhan Dr. Lee Lay Wah untuk mengenegahkan program Pendidikan Khas di USM telah mendapat sokongan daripada semua pihak. Buktinya, corak pengambilan dan kemasukan pelajar bertambah dari semasa ke semasa.

Rancangan Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) bertujuan untuk menyediakan pendidik yang mampu menangani keperluan murid-murid yang mempunyai keperluan khas. Pendidikan khas yang dirancang adalah bagi murid-murid yang berketidakupayaan sensori (iaitu bermasalah pendengaran atau penglihatan), murid-murid

Kemasukan sesi pertama program pendidikan khas bermula pada sidang akademik 2003/04, dengan jumlah pelajar seramai 38 orang. Bilangan pelajar telah bertambah dari semasa ke semasa. Program pendidikan khas ini juga dibuka bagi guru-guru dalam perkhidmatan untuk menyambung pelajaran pada peringkat ijazah. Program untuk guru-guru ini dinamakan Program Khas Pengijazahan Guru (PKPG). Statistik pengambilan pelajar mengikut tahun adalah seperti berikut:

dalam pelbagai kategori masalah pembelajaran, murid-murid yang berketidakupayaan mental serta murid-murid pintar cerdas.

Melalui program ini, peserta akan mendapat pengetahuan yang mendalam tentang teori-teori dan amalan pengajaran pendidikan khas. Di samping itu, peserta juga akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran merancang dan menjalankan penyelidikan dalam bidang pendidikan khas.

Buletin Pendidikan Khas

Objektif Program: 1. Membina pengetahuan dan kemahiran ikhtisas dalam bidang pendidikan khas bagi menangani masalah murid-murid yang mempunyai pelbagai keperluan. 2. Membina pengetahuan dan kemahiran asas dalam penilaian murid-murid berkeperluan khas. 3. Membina pengetahuan dan kemahiran asas dalam merancang, mengurus dan melaksanakan kurikulum dan program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran pedagogi melalui penguasaan dan aplikasi teori dan teknik mengajar muridmurid berkeperluan khas di sekolah rendah dan menengah. 5. Membina pengetahuan dan kemahiran pedagogi dalam subjek akademik agar peserta boleh mengajar murid-murid berkeperluan khas dan juga murid-murid biasa dalam subjek akademik tertentu. 6. Membina kemahiran asas dalam teknologi bantuan dan suaian supaya dapat membantu murid-murid berkeperluan khas. 7. Membina pengetahuan dan kemahiran asas dalam penyelidikan bidang pendidikan khas.

Struktur Kursus Komponen Pendidikan Khas: Kursus Wajib KOD PPK 101/3 PPK 102/3 PPK 201/3 PPK 221/4 PPK 222/4 PPK 223/4 PPK 290/2 PPK 331E/4 PPK 332/4 PPK 334/4 PPK 335/3 PPK 490/10 TAJUK KURSUS Pengantar Pendidikan Khas Perkembangan dan Pembelajaran Insan Pengesanan, Diagnosis dan Penilaian Kanak-Kanak Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira dalam Pendidikan Khas Kemahiran Vokasional dalam Pendidikan Khas Kemahiran Hidup dalam Pendidikan Khas Internship Technology and Innovation for Special Education Pendidikan Khas Peringkat Awal KanakKanak Pengurusan Masalah Emosi dan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Masalah Bahasa dan Komunikasi Praktikum Pendidikan Khas Kursus Tumpuan Pengkhususan KOD PPK 211/4 PPK 212/4 PPK 213/4 PPK 311/3 PPK 312/3 PPK 313/3 TAJUK KURSUS Masalah Pembelajaran Masalah Pendengaran Masalah Penglihatan Pendekatan Pengajaran Pelajar Bermasalah Pembelajaran Pendekatan Pengajaran Pelajar Bermasalah Pendengaran Pendekatan Pengajaran Pelajar Bermasalah Penglihatan Kursus Pilihan KOD PPK 333E/3 PPK 431/4 PPK 432/3 PPK 433/3 PPK 434/3 PPK 435/4 TAJUK KURSUS Music, Art and Physical Education Therapy Masalah Disleksia Kanak-kanak Terencat Akal Teruk Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat Masalah Fizikal dan Keperluan Kesihatan Kaunseling Keluarga Kanak-kanak Khas Seminar Isu-isu Pendidikan Khas

***

...Shakila...

PPK 436/3

Buletin Pendidikan Khas

J A S A M U

D I K E N A N G

E n s a r i p s e l a m a t ( 2 0 0 3 - J U L A I 2 0 0 8 )

Nama : En. Sarib bin Selamat Seorang pensyarah yang dedikasi dan disayangi oleh semua pelajar. Beliau dikenali sebagai Abah dalam kalangan pelajar pendidikan khas.

Setelah tamat belajar pada akhir tahun 1977 beliau ditempatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Haji Mohd Sharif, Alor Star, Kedah, dalam program integrasi. Pada tahun 1985 beliau terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda dan sarjana di Northern Illinois Universiti, De Kalb, USA dalam bidang pendidikan khas. Pulang semula ke tanah air setelah tamat pengajian pada bulan Mei 1989 beliau telah mengajar di Sekolah Menengah Syed Mohamed Al Bukharu, Alor Setar di program integrasi masalah pendengaran. Beliau telah mengajar di IPTA setelah dipelawa oleh Institut Perguruan Darulaman Jitra dan bertugas sebagai pensyarah di Unit Pendidikan Khas Pemulihan mulai tahun 1992. Semasa bertugas di sana , beliau berpeluang mengikuti kursus pendek di Christchurch, New Zealand selama 4 bulan pada tahun 1994. Mulai tahun 1996 beliau telah dilantik menjadi Ketua Unit Pendidikan Khas, merangkap penyelaras program KDPK/KPLI sehingga bersara pada April 2003. Beliau mula bertugas di USM pada Julai 2003 sebagai pensyarah di program pendidikan khas dan bersara dari USM pada Julai 2008. Semasa di USM, beliau telah terlibat dalam kajian yang diketuai oleh Prof. Aminah Ayub bartajuk Kajian Keberkesanan Program Pendidikan Khas Intergasi-Inklusif di Malaysia dan telah membentangkan hasil kerja ini di Seminar Pendidkan Khas Kebangsaan ke -7 di Johor Bahru pada April 2008. Kini beliau menjadi pensyarah pendidikan di IUCTT (International Unversity Collage Of Twintech) Bangi, dan pensyarah sambilan di UPSI Tanjung Malim, Perak, dan sehingga kini tetap bersemangat mengajar dalam bidang pendidikan khas.

eliau mula bersekolah di Sekolah Melayu di pekan Parit Raja Batu Pahat, Johor. Ketika di darjah 4 terpilih ke Special Malay Class di Lim Poon Primary Boys School, Batu Pahat. Seterusnya beliau telah menerima pendidikan menengah di High School Batu Pahat sehingga tamat tingkatan Lima. Seterusnya, beliau telah mengikuti kursus perguruan, di Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru. Beliau pernah bertugas di beberapa buah sekolah rendah di Kedah dan Johor, juga di sebuah sekolah menengah di Kedah sebelum bertugas di Institut Perguruan Darulaman pada tahun 1992 hingga 2003. Selepas itu bertugas di USM sehingga Julai 2008. Beliau pakar dalam masalah pendengaran dan kerap menjadi jurubahasa isyarat di mahkamah Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan pengerusi penyediaan kurikulum pendidikan khas bagi Maktab-Maktab Perguruan di Malaysia mula dari tahun 1996-2003 dan juga bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Khas dalam penyediaan buku ujian diagnostik yang diguna pakai oleh guru-guru Pemulihan Khas seluruh Malaysia ketika ini.

Dari darat ke padang kota, Hendak membeli si kain sari, Tuan ibarat batu permata, Bersalut emas manis di jari. ...Sabrina...

P e n g l i b a t a n p e n d i d i k a n

d a l a m k h a s

Beliau mula terlibat dalam dunia pendidikan khas secara tidak sengaja. Mulanya, beliau hanya ingin berjumpa dengan rakan yang ketika itu sedang mengikuti Kursus Pendidikan Khas masalah pendengaran di MPIK, KL. Oleh kerana kursus yang dijalankan itu masih kekurangan pelajar, beliau dipelawa oleh pensyarah di situ untuk mengikutinya. Itulah detik mula beliau terlibat dalam dunia pendidikan khas dan terus jatuh cinta dengan bidang ini.

Buletin Pendidikan Khas

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM

Bersatu, berkerjasama dalam mencapai matlamat program pendidikan khas.

5 jalur putih bermaksud lima komponen perkembangan dalam pendidikan khas iaitu komponen intelek, komponen bahasa dan komunikasi, komponen sosial dan emosi, komponen jasmani, dan komponen rohani . Ia juga merupakan sinar harapan untuk golongan berkeperluan khas. Di samping itu jalur-jalur juga melambangkan hala tuju perkembangan program pendidikan khas. Jalur-jalur ini membawa harapan seluruh warga USM dalam memperkembangkan program pendidikan khas ke seluruh dunia. Pemilihan warna ungu: warna rasmi untuk USM kuning: warna rasmi untuk program pendidikan khas.

Pendidikan Khas adalah di bawah USM. Isyarat tangan melambangkan bahagian Masalah Pendengaran dalam program pendidikan khas di USM Gambar mata melambangkan bahagian masalah penglihatan dalam program pendidikan khas di USM. Gambar otak melambangkan bahagian masalah pembelajaran dan juga bahagian pintar cerdas dalam program pendidikan khas di USM

Logo ini telah dicipta oleh Shakila, Musa, Haffiz, Yusniyanti dan Sabrina. Hak milik Pendidikan Khas USM

saat aku rasa gembira......... aku rasa derita, kerana aku bahagia atas penderitaan aku terlalu rendahtetapi, kisah hidupku panjang orang lain...... aku yang bernama X panjang seperti sukar berakhir.. aku yang terlalu kecil... aku sangat simple..tetapi, kisah hidupku sangat tetapi mencipta sesuatu yang terlalu besar dan rumit sangat sukar......... aku tidak suka mencari masalah namun yang pasti kini, aku tak akan kembali dalam tak sedar aku membuat masalah... aku selalu fikirkan kebahagiaan, tetapi aku berikan mencipta sesuatu yang sukar... pasang surut kehidupan... kekecewaan yang dahsyat kepada orang lain.... masih dapat diatasi dengan satu perhitungan aku sendiripun tidak ingin jadi insan yang yg mesti aku lakukan.. kehidupannya punya kisah pasang dan surut yang sukar berakhir.... Shakila USM 09

Pasang surut kehidupan

Buletin Pendidikan Khas

Infrastruktur Bilik Pendidikan Khas

Rashid Mohamed, Dekan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) menegaskan bahawa program pendidikan khas adalah merupakan satu bidang keutamaan PPIP. Lantaran itu sehingga 2009, PPIP telah menyediakan pelbagai infrastruktur untuk pelajar program pendidikan khas. Antaranya ialah menyediakan bilik pendidikan khas, bilik kedap bunyi, bilik sensori, alatan teknologi bantuan, ePKhas USM (repositori sumber multimedia untuk pendidikan khas), serta alatan penilaian murid berkeperluan khas. Pada masa ini, semua kemudahan yang disediakan itu berada dalam proses kemaskini dan

Pada masa sekarang, bilik

Co-Writer, BoardMaker dan suis.

Pendidikan Khas sedang dilengkapi Alatan walker dan kerusi roda rofesor Dr. Abdul dengan bahan teknologi canggih untuk P&P. Contohnya TV LCD, projektor dan skrin, serta Smartboard. Selain itu, terdapat juga BBM seperti model mata, telinga dan otak, serta alatan untuk melatih kemahiran motor, dan kemahiran manipulatif. juga disediakan.

Di samping itu, bilik ini juga dilengkapi dengan alatan teknologi bantuan dan perisian

penambahbaikan. Mengikut Dr. Lee untuk pengendalian proses P & P. Lay Wah, usaha sedang giat dijalankan agar kesemua kemudahan tersebut dapat Antaranya mesin braille, mesin embossor, perisian JAWS dan Duxbury untuk mengikuti P & P

digunakan sepenuhnya pada semesta dalam bidang masalah akan datang. penglihatan. Bagi bidang masalah pendengaran pula, alatan seperti kit pendengaran (hearing kit), mesin audiometer, serta alat tala bunyi disediakan. Bahan untuk bidang masalah pembelajaran termasuk Intellitools, SOLO

Buletin Pendidikan Khas

Bilik Pendidikan Khas juga dilengkapi dengan buku-buku, jurnal-jurnal serta bahan cetak terbitan KPM dan organisasi pendidikan khas lain. Buku-buku serta artikel-artikel daripada pensyarah-pensyarah pendidikan khas dari USM juga disediakan sebagai rujukan untuk pelajar. Hasil kerja kursus pelajar yang baik juga disediakan sebagai contoh. PPIP berharap agar bilik Pendidikan Khas dapat digunakan

Selain itu, PPIP juga berharap agar bilik ini boleh dijadikan sebagai pusat pengedaran maklumat mengenai pendidikan khas kepada pelawat. Bilik Pendidikan Khas ini juga boleh

dijadikan sebagai tempat tumpuan khidmat masyarakat setempat. Hal ini kerana bilik ini direka supaya mesra OKU berasasakan konsep
Universal Design. Pelajar-pelajar

yang ingin menggunakan bilik ini untuk tujuan aktiviti pendidikan khas boleh menghubungi AJK semaksima yang mungkin untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pada masa sekarang, kelas braille dikendalikan dalam bilik ini. PPIP juga berharap bilik ini dijadikan Pusat Sumber Pendidikan Khas untuk pensyarah dan juga pelajar. Bilik Pendidikan Khas juga boleh dijadikan sebagai bilik interaksi pelajar pendidikan khas, tempat mesyuarat untuk pensyarah dan pelajar, tempat bengkel, tempat kerja serta tempat perbincangan pelajar. Kerja Bilik Pendidikan Khas yang diketuai oleh Sdr. Harith. ...Musa....

Buletin Pendidikan Khas

10

ePKhas: Repositori Sumber Multimedia untuk Pendidikan Khas


ePKhas merupakan projek kajian pendidik yang lain. Hasrat ini selaras Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia yang ditaja oleh Geran Penyelidikan USM bertajuk Design, development and evaluation of an online multimedia objects-repository for special education. ePKhas boleh dicapai di http://epkhas.ses.usm.my Tujuan utama ePKhas adalah untuk membina dan menyebarkan sumber pengajaran digital untuk kegunaan semua pendidik dalam bidang pendidikan khas di Malaysia. Sumber-sumber digital dalam ePKhas merangkumi rancangan mengajar serta artikel ringkas. Hasil kerja sumber pengajaran digital guru-guru pelatih program pendidikan khas PPIP akan disimpan dalam repositori ini untuk tujuan dikongsi bersama dengan para Di samping menggunakan sumber Guru-guru pendidikan khas serta semua warga yang terlibat dengan perkhidmatan pendidikan khas di Malaysia digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli ePKhas. Individu yang mendaftar sebagai ahli boleh mengakses sumber tersebut secara percuma dan menggunakan sumber tersebut, tertakluk kepada syaratsyarat penggunaan yang ditetapkan. Sebagai ahli, guru boleh mencari sumber multimedia, pratonton sumber tersebut serta muat turun
...Dr. Lee Lay Wah...

ePKhas telah dibina untuk rancangan mengajar mereka tersendiri. Repositori ePKhas ini bersifat dinamik dan akan senantiasa ditambahbaik dengan sumber-sumber yang baru, oleh itu semua guru digalakkan untuk melawati repositori ini dari semasa ke semasa. Selamat melayari ePKhas.

dengan moto USM iaitu Memastikan membimbing guru menghasilkan Kelestarian Hari Esok.

harian, objek pembelajaran multimedia sumber yang dikehendaki. Ketua Projek dan Perekabentuk ePKhas: Dr. Lee Lay Wah

ePKhas, ahli ePKhas juga digalakkan Ahli projek ePKhas: Profesor Dr. Abdul Rashid Mohamed, untuk menjadi penyumbang ilmu. Dr. Ong Saw Lan, Prof. Madya Dr. Sharifah Norhaidah Satu templat Rancangan Mengajar

Buletin Pendidikan Khas

11

HARI TO NGKAT PUTIH SEDUN IA


Hari Tongkat Putih Sedunia disambut pada 15 Oktober setiap tahun di seluruh dunia. Di
Pulau Pinang, Hari Tongkat Putih dianjurkan oleh St. Nicholas Home. Hari tersebut telah diraikan oleh 200 peserta dengan mencuba akses kemudahan pengangkutan awam. Pada tahun lepas, program pendidikan khas, PPIP juga telah turut serta meraikan HTP Sedunia bersama pihak St Nicholas. Program pendidikan khas, PPIP telah menghulurkan sedikit sumbangan kewangan dan juga sukarelawan. Seramai 100 orang golongan istimewa bersama 100 orang sukarelawan termasuk 20 orang pelajar USM, terlibat dalam program tersebut. Semua peserta berkumpul di St Nicholas Home, Pulau Pinang. Pada hari tersebut, sukarelawan telah bersama golongan celik hati ini untuk menerokai persekitaran menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya kemudahan awam bagi komuniti OKU. Komuniti masalah penglihatan juga berhak menikmati kehidupan sama seperti orang lain. Mereka dibawa menaiki bas Rapid Penang ke terminal Feri di Weld Quay, kemudian mereka menaiki feri ke Butterworh menuju ke stesen Kereta api Tanah Melayu (KTM). Mereka diberi taklimat dan makan tengah hari sebelum majlis bersurai. Setelah semuanya selesai, peserta telah berpatah balik ke St. Nicholas. Penglibatan pelajar program pendidikan khas USM sebagai sukarelawan membuka mata mereka dalam mengenali insan berkeperluan khas. Hari tersebut diraikan dengan penuh kegembiraan. ..Sabrina...

Peserta-Peserta

Al-Fatihah Berita yang sukar untuk diterima oleh semua pelajar program pendidikan khas pengambilan tahun 2007 apabila seorang daripada rakan mereka telah kembali ke rahmatullah menghadap Tuhan yang Esa pada 23Feb-2009. Beliau ialah Ramly bin Mohd Hanafiah. Anak kelahiran negeri Kedah ini dilahirkan pada 15-12-1978. Beliau sebelum ini mengajar selama 6 tahun di SK Desa Baiduri, Cheras dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di USM pada Jun 2007. Namun, Allah lebih menyayangi allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham.
AMIN.

Ramly Mohd Hanafiah

Buletin Pendidikan Khas

12

Bengkel Latihan Orientasi dan Mobiliti Program Bermasalah Penglihatan USM

Penganjuran

Bengkel Orientasi

penglihatan di dalam menjalani kehidupan seharian. Objektif utama sepanjang bengkel ini dilaksanakan adalah untuk menyedari dan mengaplikasikan peraturan-peraturan bersopan apabila bertemu dengan individu yang bermasalah penglihatan, menguasai kemahiran memandu seseorang bermasalah penglihatan dengan menggunakan Teknik Pemandu Nampak dan memberi latihan asas sebagai sukarelawan bersama St. Nicholas Home, Penang sempena World White Cane Day. ...Yusniyanti...

dan Mobiliti, program bermasalah penglihatan julung kali diadakan dan dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dengan bimbingan Dr. Lee Lay Wah. Bengkel ini diadakan dengan hasrat untuk mengalami keadaan masalah penglihatan melalui proses simulasi. Hasrat ini seiring dengan hasrat pendidikan khas di Malaysia, terutamanya pendidikan kanakkanak istimewa bermasalah penglihatan yang telah mendapat tempat pada mata masyarakat. Masyarakat sekarang lebih sedar akan kepentingan pendidikan untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan.

Bengkel ini telah diadakan pada 10 Oktober 2008 dengan mensasarkan kepada semua pelajar tahun satu Sarjana Muda Pendidikan Khas dan seramai 14 orang peserta telah melibatkan diri.

Bengkel ini diadakan bagi mendedahkan bakal pendidik dengan persekitaran sebenar alam perguruan yang menjurus kepada pendidikan bermasalah penglihatan. Dalam bengkel ini, aktiviti simulasi diberikan agar bakal pendidik dapat merasai situasi sebagai seorang yang bermasalah

Buletin Pendidikan Khas

13

Hari Interaksi Sukan Bersama Orang Kelainan Upaya Universiti Sains Malaysia 2009

Perasmian oleh TNC BHEPP

Sabtu- 28 Februari , satu aktiviti interaksi sukan Orang Kelainan Upaya, Universiti Sains Malaysia telah diadakan di Kompleks Sukan Badminton USM. Aktiviti tersebut dianjurkan oleh Unit Sukan USM dan disokong oleh Program Pendidikan Khas, PPIP. Majlis yang bermula pada pukul 0900 pagi dan berakhir pada 1200 tengahari telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Omar bin Osman, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan dan Pelajar (TNC HEPP) Universiti Sains Malaysia. Dalam majlis tersebut, beliau menegaskan aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk memperkenalkan sukan OKU kepada masyarakat umum khususnya kepada warga USM. Warga USM dipertanggungjawabkan untuk mengetengahkan sukan warga OKU ini supaya mereka dapat merasakan kehidupan yang sama seperti individu yang lain. Beliau menyeru agar warga USM tidak melepaskan peluang untuk mencuba permainan tersebut. Justeru, bagi merealisasikan impian ini, pelajar program pendidikan khas PPIP yang diketuai oleh Nazirah dan Firdaus telah mendemontrasikan permainan goalball yang masih belum dikenali itu.

Pelajar tahun kedua dan ketiga program pendidikan khas telah mencuba permainan goalball dan mengalami sendiri suasana tersebut. Selain daripada permainan goalball, Unit Sukan USM dengan kerjasama persatuan Bola Tampar Duduk Malaysia telah mendemontrasikan permainan bola tampar duduk. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Profesor Madya Dr. Omar bin Osman (TNC HEPP USM), Prof. Madya Dr. Tiun Ling Ta (Presiden Persatuan Orang Cacat Anggota, Malaysia), Dr. Lee Lay Wah (Pengerusi Rancangan Program Pendidikan Khas, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM), En. Mohamad B. Mohd Hanif (Ketua Unit Sukan USM), Mohd Ramlan bin Syed Mohamad (Ydp Kelab Penyayang USM), En. Alphonso (Wakil Persatuan Olahraga Amatur Malaysia), Yuhaizam Yahya (Wakil Pelajar OKU USM), ahli Persatuan Bola Tampar Duduk Malaysia, pemain goalball dari St. Nicholas Home, warga OKU USM dan pelajar-pelajar program pendidikan khas PPIP. ...Shakila & Haffizs...

Bola Tampar Duduk (Masalah Fizikal)

Permainan Goalball (Masalah Penglihatan)

Buletin Pendidikan Khas

14

Adeela bt. Rashidi Annie Magaret a/p A. Lourusamy Asmak bt. Asaari@Kamaluddin Bavani a/p Ganason Che Rahmah bt. Ahmad Fauzi Faizura bt. Mohammed Nayan Fuziah bt. Muhammaddin

Tiada Maklumat ann7margaret@yahoo.co m.my alesa_amanda@hotmail.c om bganason_03@yahoo.co m crafzaidi@yahoo.com ahpai2003@yahoo.com Noryusnida bt. Salleh butterfly_gurlz2003@yahoo.co m dahmia_amie@yahoo.co m pakk_do@yahoo.com.my il85_maya@yahoo.com iiyn_aries@yahoo.com.m y jiejah30@yahoo.com linkess84_usm@yahoo.c om Tiada Maklumat questpang@yahoo.com aman_ 010303@yahoo.com alexsonhaziq@yahoo.co m Tiada Maklumat mutashar_mmn@yahoo.com Tiada maklumat lynn_lielit@yahoo.co.uk clah_cgrock@yahoo.com .my Tiadak Maklumat Tiada Maklumat ...Shakila &Haffizs... Nur Aimie Fazirah bt. Abdul Rahman Nur Azimah bt. Ahmad@Anuar Nur Azniwati bt. Mohd Azemi Nur Ifadah bt. Halil Nurul Wahidah bt. Taslim Punitha a/p Kanvidi Siti Aishah bt. Mohd Salim Siti Aminah bt. Mat Sarif Siti Maizura bt. Mansor Tg. Nur Akmarini bt. Tengku Chek Wan Mohamad Arif b. Wan Bakhri Wan Sharifah Mastura bt. Wan Mahmud Yusni bt. Isa Zalena bt. Abdul Rahman Tan Tiada Maklumat Tiada Maklumat nurazzie@yahoo.com nurazni1810@yahoo.com lily_ifa@yahoo.com muo_jawe@yahoo.com nitha_tt@yahoo.com ecah_3rd@yahoo.com.my amysa_2808@yahoo.com maizura1811@yahoo.com tg_akmarini@yahoo.com my_zone609@yahoo.com mutashar_wsmwm@yahoo.co m Tiada Maklumat Tiada Maklumat Nor Saadah bt. Mohamed Masri Norbayzura bt. Senik Norihan bt. Md. Jamil nur_muslimah82@yahoo. com.my bye_azhanis85@yahoo.co m norihanjamil@yahoo.com

Hamidah bt. Jaafar Ibrahim b. Zakaria Jamilah bt. Lajuma Juliana bt. Jamrin@Zamzuri Khadijah bt. Awat Linkeswaran s/o Durasamy Mohamad Naim bt. Abd Shukor Mohd Ridzuan b. Mohd Arshad Mohd Zaiham b. Masri Muhammad Haziq b. Abdullah Muhammad Naim b. Abd Shukor Mutalib b. Mohd Noor Nik Kamarudin b. Nik Man Noorhaslinda bt. Zainal Abidin Nor Asilah bt. Abdillah@Mohamad Nor Haslinda bt. Abu Bakar Nor Hazarise bt. Baharom

Buletin Pendidikan Khas

15

Ulasan Buku

Tajuk Buku: Pengajaran Terancang Bahasa Malaysia untuk Pendidikan Khas Penulis: Hashim Othman. Ilustrasi : Nor Afzan Yahya. 348 m.s / ilusrtasi berwarna Saiz buku : 21 cm(p)x 29.7 cm(l)

Pengajaran Terancang Bahasa Malaysia untuk Pendidikan Khas ialah buku yang ditulis khas untuk panduan guru Bahasa Malaysia kelas Pendidikan Khas. Sebagai panduan lengkap, buku ini menerapkan teori pembelajaran bahasa kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak kurang keupayaan mental. Buku yang mengandungi 60 contoh rancangan pelajaran dalam tiga aras pembelajaran mengikut kebolehan kanak-kanak ini mendapat maklum balas yang positif daripada guru pendidikan khas kerana kesesuaian isi kandungannya dengan kanakkanak berkenaan. Isi dalam setiap contoh rancangan pelajaran disusun secara sistematik berdasarkan empat tema utama iaitu topik, peranan sosial, tempat dan peranan psikologikal yang merangkumi empat tahap pemahaman, iaitu pengalaman ingatan, pemikiran kritikal, kemahiran integratif dan kemahiran evaluatif. Buku yang menepati kehendak Kurikulum Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ini bukan sahaja sesuai untuk kegunaan guru pendidikan khas, malah ia juga sesuai untuk ibu bapa atau ahli keluarga kanak-kanak istimewa berkenaan yang prihatin dengan perkembangan kemahiran bahasa mereka. ...Haffizs

Sawan Dalam Kalangan Kanak-kanak Kadangkala, ia juga dikenali sebagai kekejangan, ia biasa berlaku kerana kenaikan suhu badan yang dikaitkan dengan kerongkong, @ radang telinga, @ jangkitan penyakit yang lain. Berikut merupakan saranan langkah yang boleh dilakukan ketika berhadap dengan kanak-kanak yang mengalami sawan: 1. Letakkan bantal @ kain di keliling kanak-kanak agar pergerakan yang keterlaluan tidak akan menyebabkan kecederaan. 2. Alihkan pakaian, tetapi harus pastikan kanak-kanak tidak kesejukkan. Pastikan terdapat aliran udara yang baik. 3. Basahkan tuala dengan air yang suam (suhu sederhana) dan lapkan badan kanak-kanak agar dapat menurunkan suhu badan. Mulakan dengan kepala dan kemudian sehingga ke keseluruhan badan. 4. Biarkan kanak-kanak berehat seketika jika sawan telah berhenti. 5. Jika perlu, hantar kanak-kanak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

First Aid Manual (2002)


Lee Bee Hiang (Pendidikan Khas Tahun 3)

Buletin Pendidikan Khas

16

Dr. Lee Lay Wah (Pengerusi Rancangan)

Dr. Aznan Che Ahmad

Dr. Mohd. Zuri Ghani

Dr. Zainuddin Mohd. Isa

AJK Buletin Pendidikan Khas Mac 2009

Musa

Haffizs

Shakila

Yusniyanti

Sabrina

AJK Sukan OKU 2009


Haffizs Firdaus Nazirah

Harith

Zulihi

Kiing Pei Nee

Nurul

AJK Kerja Bilik Pendidikan Khas 2009

Nuridayah

Norazilawati

Nazirah

Lim Lead Ching

Sebarang komen, cadangan dan pertanyaan serta sumbangan artikel yang berbentuk rencana, puisi dan bahan-bahan lain, bolehlah dihantar ke emel berikut: buletinpkhas.usm@gmail.com

Salinan digital buletin boleh dimuat turun dari http://epkhas.ses.usm.my

Buletin Pendidikan Khas

17

You might also like