You are on page 1of 3

Faedah Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung. Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu. Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain. Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

KEBURUKAN MAKANAN RINGAN KEPADA KANAK-KANAK


Makanan ringan sangat mudah didapati di kedai runcit. Makanan ringan seperti kentang goreng, keropok, dan biskut bersalut coklat sangat digemari oleh kanak-kanak. Terdapat banyak keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak. Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Makanan ini banyak mengandungi bahan pengawet, pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini tidak mempunyai zat untuk membantu pembesaran kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mengetahuinya kerana tidak dinyatakan pada label pembungkus makanan tersebut. Makanan ringan juga boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Pewarna makanan ringan ini melekat pada gigi dan lidah kanak-kanak. Lebihan gula dalam makanan ini juga berbahaya kepada gigi. Kelalaian memberus gigi memburukkan lagi masalah ini kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak hari ini lebih terdedeh kepada pelbagai jenis penyakit yang dihadapi oleh orang dewasa. Kanak-kanak mudah diserang penyakit darah tinggi dan kencing manis.Ada juga yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. Hal ini kerana,pengambilan makana ringan yang berlebihan tanpa mengira masa dan tempat. Makanan ringan berjaya mempengaruhi berjimat cermat kanak-kanak. Meraka sering menghabiskan duit saku untuk membeli makanan ringan. Hal ini kerana, mereka terpengaruh dengan iklan makanan ringan di televisyen. Baki duit saku sekolah yang sepatutnha disimpan, digunakan untuk membeli makanan ringan. Sesungguhnya, makanan ringan ringan banyak keburukannya. Ibu bapa perlu memantau tabiat makan anak-anak agar meraka tidak ketagihan makanan ringan. Sebaik-baiknya, galakkan anak-anak memakan buah-buahan daripada makanan ringan.

CARA-CARA BERJAYA DALAM PELAJARAN


Setiap murid ingin berjaya di dalam pelajaran. Murid yang berjaya di dalam akdemik akan mempunyai pekerjaan yang baik pada masa hadapan. Terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam pelajaran. Jika ingin berjaya dalam pelajaran, murid mestilah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Murid juga perlu ada jadual pembelajaran di rumah. Semasa di dalam kelas, beri sepenuh tumpuan kepadada pengajaran guru. Selain itu sikap suka bertanya juga penting dalam proses pembelajaran. Murid akan berjaya dalam pelajaran jika sentiasa mendapat sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak dirumah. Bantulah anak-anak memahami pelajarannya dan pastikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Selain itu ibu bapa juga digalakkan untuk memberi hadiah dan kata-kata perangsang pada setiap pencapaian anak-anak dalam pelajaran. Murid yang berjaya juga selalu mempunyai kawan yang baik. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya sangat besar kepada mereka. Pilihlah kawan yang inginkan kecemerlangan, bukannya kawan yang yang hanya inginkan keseronokan. Murid akan berjaya dalam pelajaran jika mempunyai cita-cita yang jelas. Cita-cita yang dipilih akan menjadi satu cabaran kepada mereka untuk mencapainya. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita tersebut. Selain itu, murid juga boleh menjadikan seseorang yang telah berjaya sebagai idola mereka. Sesungguhnya, terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam pelajaran. Namun begitu, usaha dan kesungguhan perlu ada dalam diri murid jika mahu berjaya. Jangan mudah putus asa jika gagal, sebaliknya terus berusaha dengan gigih.

Tajuk: Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri. Contoh Jawapan: Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik. Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik. Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu. Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

You might also like