Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
falsafah_pendidikan_negara

falsafah_pendidikan_negara

Ratings: (0)|Views: 2 |Likes:
Published by rahimah_azman

More info:

Published by: rahimah_azman on Oct 27, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/27/2014

pdf

text

original

 
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
1.
 
Latar Belakang
Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asaskepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan sepertitermaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen inimenegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping ituusaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspekpembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomidan politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan untukmempercepat serta memperkukuhkan cita-cita ke arah mewujudkanperpaduan negara.Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesakapabila berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Kerajaan telah membentuk DasarEkonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan danpengenalan kaum mengikut pekerjaan. Di samping itu digubalRukunnegara yang menggariskan lima rukun sebagai asas pegangan danpanduan setiap rakyat di negara ini.Di bidang pendidikan, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan padatahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan.Dalam Laporan jawatankuasa ini matlamat perpaduan ditegaskan semula.Di samping itu Laporan ini juga meluaskan lagi matlamat pendidikannegara meliputi:“ …… matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu,berdisiplin dan terlatih”. ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, hal. 1).Ringkasnya, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegarayang baik yang memiliki cirri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.Lebih lanjut lagi Laporan tersebut menghuraikan ciri-ciri seorang warganegara yang baik. Ciri-ciri tersebut ialah:(a)
 
keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersamadengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadiandan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia;(b)
 
menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan,bersedia bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna,menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkahlaku yangbaik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormatidan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina,dan bersedia berkhidmat untuk negara;(c)
 
boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunannegara.
 
Untuk menjayakan pembentukan warganegara yang berdisiplin danbertatasusila, Laporan Jawatankuasa Kabinet memperakukan supayamurid-murid bukan Islam diajar Pendidikan Moral dan Etika.Pengajaran Pendidikan Islam pula diperbaiki serta diperkukuhkan.Ubahsuaian-ubahsuaian juga dilakukan dalam kurikulum untuk menemuidan memenuhi hasrat menghasilkan warganegara yang dapat memberisumbangan kepada negara.Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Justeruitu sistem pendidikan harus menerima cabaran tersebut kerana prosesperkembangan sesuatu masyarakat sentiasa dikaitkan secara langsungdengan sistem pemdidikan. Dalam konteks ini Laporan JawatankuasaKabinet menjelaskan:“Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukanbukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dankemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplinyang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka jujur dan dedikasi terhadapkerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir danbertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secaraberamai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yangmulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negaraperlu selaras dengan tujuan pembanguan kemanusiaan.”Dengan mengambilkira pernyataan dan perakuan di atas, sistempendidikan negara mesti digerakkan untuk menemui serta memenuhicita-cita tersebut.
2.
 
Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara
Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafahpedidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasratdan matlamat pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak,Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan JawatankuasaKabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikankebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara.Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurattelah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-citadan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini.Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negaradipernyatakan seperti berikut:“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis darisegi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
 
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negaramemberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik,berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Inibermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan insanyang berpegang teguh kepada agama.Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikanialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baikiani secara automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka inihendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri yang berikut:
 
percaya dan patuh kepada Tuhan;
 
berilmu pengetahuan;
 
berakhlak mulia;
 
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
 
berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara;dan
 
memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
3.
 
Huraian Falsafah Pendidikan Negara
Memperkembangkan Potensi IndividuPotensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorangindividu semenjak ia dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini meliputiaspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yang merupakananugerah Tuhan. Bakat-bakat ini perlu dicungkil, diperkembangkan dandipertingkatkan secara berterusan.Menyeluruh dan BersepaduKesemua bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklahdikembangkan secara optimum. Pengembangan itu pula hendaklahdilakukan zecara tergabung dan saling berkaitan di antara satu sama lain.Insan yang Seimbang dan HarmonisManusia yang semiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinyadikembangkan secara selaras, menyeluruhdan harmonis.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->