You are on page 1of 26

01

Buku (ebook) ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai jurugambar perkahwinan . Segala tips dan teknik adalah hasil dari pemerhatian, percubaan dan pembelajaran saya sepanjang berkecimpung di dalam bidang ini. Apa yang ditulis dalam buku ini adalah sebagai panduan semata-mata. Ianya bukanlah satu undang-undang yang perlu anda ikut atau pertahankan. Jadikanlah ia sebab titik permulaan untuk anda mencipta atau memperbaiki cara anda sendiri. Perkongsian ilmu di dalam ebook ini adalah dibenarkan tetapi pemberian ebook ini secara percuma kepada mana-mana pihak tanpa izin dari saya atau pihak Romantis Studio adalah di larang sama sekali. -azizan aziz www.romantis-studio.com

www.romantis-studio.com

02

03

Azizan Aziz Diterbitkan oleh: Romantis-Studio No 31, first floor, Persiaran Mahsuri 1/3, Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang Versi 1.1, Ogos 2011 Hakcipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian dalam buku (ebook) ini boleh diterbitkan semula atau dipindahkan ke dalam apa-apa bentuk atau melalui apaapa cara sekalipun, elektronik atau mekanikal, termasuk fotostat, rekod atau apa-apa sistem penyimpanan dan pengeluaran maklumat, tanpa kebenaran bertulis dari penerbit.

untuk ibu-bapa yang berdoa untuk keluarga tercinta

untuk rakan-rakan seperjuangan

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

04

KANDUNGAN

KANDUNGAN
PENDAHULUAN JENIS GAMBAR TEKNIK & TIPS SENARAI GAMBAR PENTING: MAJLIS AKAD NIKAH SENARAI GAMBAR PENTING: MAJLIS PERKAHWINAN

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

PENDAHULUAN

07

PENDAHULUAN

Bahagian ini menerangkan secara menyeluruh mengenai perkembangan fotografi perkahwinan sejak bermulanya era kamera digital (DSLR). Keperluan asas yang mesti dimiliki oleh setiap jurugambar yang ingin menceburi bidang ini diterangkan dengan terperinci. Apakah senarai senarai penting sebelum seseorang jurugambar itu melangkah keluar melakukan tugasan, juga diterangkan di bahagian ini. Akhir sekali, senarai perjalanan majlis di masukkan juga untuk memastikan jurugambar tidak ketinggalan saat-saat penting di dalam sesuatu majlis.

Keperluan Asas (10) Keperluan Asas Di Lokasi (10) Keperluan Asas Di Luar Lokasi (13) Checklist sebelum sesuatu tugasan (14) Perjalanan Majlis (workflow) (16)

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

08

PENDAHULUAN

09

PENDAHULUAN
Fotografi perkahwinan adalah suatu bidang atau kerjaya yang makin mendapat sambutan dikalangan peminat-peminat seni fotografi dimasa kini. Pertambahan jumlah jurugambar perkahwinan yang mendadak dapat dilihat melalui bertambahnya website jurugambar perkahwinan dan juga bertambahnya iklan-iklan di majalah perkahwinan seperti Pesona Pengantin. Faktor utama penyumbang kepada situasi ini adalah kerana bertambahnya kamera-kamera digital DSLR di pasaran. Berbanding dengan kamera analog yang menggunakan filem, kamera digital mempunyai kelebihan dari segi penjimatan (kos per imej) dan juga masa yang diambil untuk memahirkan diri (learning curve). Kemudahan pencetakan (printing) dan membuat custom album yang kini lebih terbuka membolehkan ramai jurugambar baru lebih cenderung menceburi bidang fotografi perkahwinan ini. Bukan itu saja, kemudian membuat photobook secara online juga memudahkan sesiapa saja yang mempunyai DSLR untuk membuat album perkahwinan. Kemudahan pembelajaran secara formal dan tidak formal yang boleh diperolehi secara percuma seperti video tutorial di You tube dan Vimeo, tutorial websites, forum fotografi dan sebagainya memudahkan proses pembelajaran yang mana mungkin mengambil masa bertahun-tahun dengan kos ribuan ringgit pada suatu ketika dahulu. Pembinaan blog secara percuma dan pengiklanan di portal-portal perkahwinan dengan kadar yang berpatutan juga merupakan faktorfaktor penyumbang kepada pertambahan jurugambar-jurugambar perkahwinan. Dengan melihat faktor-faktor luaran di atas, sudahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri mengapa anda menceburi bidang fotografi perkahwinan ini? Jawapan yang anda berikan merupakan antara faktorfaktor dalaman yang menjadikan fotografi perkahwinan sebagai bidang yang semakin popular. Ebook ini diterbitkan untuk memberi panduan dari segi selok belok dan teknik teknik yang boleh diguna-pakai untuk anda yang ingin menjadi Jurugambar Perkahwinan.

Fotografi perkahwinan telah menjadi salah satu kerjaya yang paling digemari pada masa sekarang

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

14

PENDAHULUAN

15
vi) Kaji dan selidik lokasi majlis terlebih dahulu Penggunaan GPS banyak membantu untuk mencari lokasi majlis pada masa sekarang. Jika anda tidak mempunyai unit GPS, carian alamat lokasi majlis boleh di lakukan melalui Google Maps dan Wikimapia. Jangan bergantung 100% pada peta di dalam kad perkahwinan. vii) Pastikan betul-betul waktu bermula majlis ataupun waktu bermula penggambaran Pastikan anda menghubungi / berjumpa dan berbincang dengan pengantin seminggu sebelum tarikh majlis untuk memastikan waktu bermulanya majlis, terutamnya jika majlis tersebut adalah majlis akad nikah. Beri pesanan kepada pengantin supaya menghubungi anda serta merta jika terdapat sebarang perubahan di saat-saat akhir. viii) Dapatkan aturcara majlis dari pengantin jika ada

CHECKLIST SEBELUM SESUATU TUGASAN


i) Kesemua set bateri flash dan DSLR di cas sepenuhnya. Seelok-eloknya dilakukan sehari sebelum hari penggambaran. Ini adalah kerana proses mengecas mengambil masa yang agak lama. Jika dilakukan disaat-saat akhir dikhuatiri anda akan kesuntukan masa dan persediaan anda untuk penggambaran akan terganggu dan tumpuan anda akan terjejas. Salah satu amalan yang patut dilakukan adalah mengecas semua bateri sebaik sahaja habis sesuatu tugasan. Ini membolehkan anda bersedia pada bila-bila masa jika ada tugasan disaat-saat akhir. ii) Semua kad memori di format sepenuhnya. Sebelum proses format dilakukan, pastikan anda membuat sekurangkurangnya 2 back-up yang berasingan dan berlainan jenis. Sebagai contoh, semua gambar master di simpan di komputer anda, 1 back-up dalam external hard disk dan 1 lagi back-up di dalam dvd-r. Setelah memastikan kesemua master copy dan back-up copies mempunyai fail yang tidak rosak (corrupted) barulah anda bebas untuk membuat format ke atas kad-kad memori tadi. iii) Pastikan lensa anda dalam keadaan bersih iv) Pastikan anda melakukan proses zero-out pada kamera Proses zero-out adalah proses di mana anda mengambalikan setting asal kamera yang anda selalu gunakan untuk mengambil gambar perkahwinan. Katakan selepas mengambil gambar majlis perkahwinan anda duduk minum-minum bersama rakan anda. Pada ketika ini mungkin rakan tersebut ada mencuba kamera anda. Mungkin beberapa setting yang biasa anda pakai telah diubah oleh rakan anda tadi. Jadi jika anda tidak membuat zero-out sebelum mengambil gambar di majlis pada keesokan harinya, anda mungkin menggunakan setting yang salah dan ini akan memberi kesan kepada gambar yang anda ambil. Setting seperti white-balance, saiz imej dan resolution, ISO, jenis imej (RAW, jpeg atau RAW+jpeg) hendaklah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu tugasan yang baru. v) Pastikan anda mempunyai nombor henpon kedua-dua pengantin, ahli keluarga terdekat ataupun wedding planner Jangan hanya mendapat satu nombor telefon saja kerana jika nombor tersebut tidak dapat dihubungi, anda mungkin tidak dapat memaklumkan perkara-perkara emergency seperti tersesat jalan ataupun lewat sampai ke tempat majlis.
Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

BANYAK LAGI MAKLUMAT-MAKLUMAT SEPERTI KEPERLUAN ASAS DI LOKASI DAN DI LUAR LOKASI, PERJALANAN ATURCARA (WORKFLOW) MAJLIS DAPAT ANDA IKUTI DALAM EBOOK SEBENAR

www.romantis-studio.com

JENIS GAMBAR

19

JENIS GAMBAR

Dengan mengetahui gambar-gambar apa yang patut di ambil akan memudahkan lagi tugasan anda. Perancangan boleh dibuat dengan teliti dan teratur. Walaupun pada dasarnya anda mungkin cenderung ke arah satu jenis gambar, tetapi pada hakikatnya anda memerlukan gambar-gambar yang berbagai jenis untuk memastikan pihak pengantin dan ahli-ahli keluarga yang lain berpuas hati dengan hasil kerja anda. Disamping itu pembahagian tugas juga akan menjadi mudah jika anda bekerja secara berkumpulan semasa tugasan.

Gambar Wajib (20) Gambar Selamat (22) Gambar Moment (26) Gambar Artistic / Details (28) Berapa Banyak Gambar Untuk Setiap Jenis? (30)

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

20

JENIS GAMBAR

21

GAMBAR WAJIB
Gambar wajib adalah gambar-gambar yang sepatutnya ada di dalam setiap majlis, tidak kira samada pengantin mahu ataupun tidak. Sebagai contoh: i) Gambar hantaran ii) Gambar ibu / bapa / ahli keluarga / adik beradik iii) Gambar pelamin, bilik tidur iv) Gambar suasana kenduri secara keseluruhan v) Gambar hidangan makan beradab Gambar-gambar wajib selalunya tidak perlu terlalu berseni atau mempunyai moment. Cukup sekadar jelas dan tidak blur. Kebanyakan gambar adalah direct shot. Gambar wajib juga boleh dikatakan sebagai gambar-gambar yang dikehendaki oleh ahli keluarga yang agak berusia di mana gambargambar jenis classical menjadi pilihan mereka. `` ``

Gambar keseluruhan meja makan

Gambar hantaran di ambil secara berasingan setiap satu.

Gambar pelamin (tanpa pengantin) adalah gambar pertama yang perlu anda ambil apabila tiba di majlis. Gambar pelamin perlu di ambil seawal mungkin kerana pada waktu ini keadaan pelamin masih teratur dan segar.

Di antara gambar wajib terpenting adalah gambar bersama ibu-bapa dan juga adik beradik terdekat untuk kedua-dua pihak pengantin. Jurugambar dinasihat mengambil lebih dari 2 shots bagi setiap gambar untuk mengelakkan sindrom terpejam mata.

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

30

JENIS GAMBAR

31

BERAPA BANYAK GAMBAR UNTUK SETIAP JENIS?


i) Jenis pakej yang diambil oleh pengantin Pakej classical mementingkan gambar-gambar wajib dan selamat, manakala pakej contemporary / custom album mementing lebih kepada gambar moment dan artistic. Jadi jika pengantin memilih untuk mengambil pakej classical pastikan anda tahu had anda untuk mengambil gambar moment dan artistic. ii) Jenis konsep yang anda bawa Perbincangan awal dengan pihak pengantin adalah perlu untuk mengetahui kehendak sebenar pengantin. Di sinilah terletaknya tugas anda sebagai jurugambar untuk mendidik pengantin mengenai cara anda menjalankan tugas dan konsep yang anda bawa. Pengantin mungkin mahukan sentuhan kandid / moment anda tetapi mereka juga inginkan lebih kepada gambar-gambar selamat dan wajib. Di sini anda perlulah terangkan kepada mereka cara-cara untuk mendapatkan gambar moment / kandid supaya mereka faham proses yang sebenarnya. Melalui penjelasan yang tepat , anda boleh menjual konsep anda kepada pelanggan tanpa perlu memaksa diri melakukan konsep yang berlainan. iii) Jumlah jurugambar untuk sesuatu tugasan Dengan membawa jurugambar tambahan, anda boleh membahagikan tugasan untuk setiap jurugambar supaya mereka mengambil gambar jenis-jenis tertentu. Sebagai contoh, seorang jurugambar dikhaskan untuk mengambil gambar-gambar wajib & selamat, manakala seorang lagi untuk gambar-gambar artistic / details dan anda sebagai jurugambar utama untuk merakamkan aksi-aksi moment / kandid. Melalui pembahagian sebegini jumlah gambar yang patut diambil untuk setiap jenis bukan lagi satu isu yang besar.

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

BANYAK LAGI JENIS JENIS GAMBAR YANG SEPATUTNYA ANDA RAKAM SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG. ANTARA JENIS-JENIS GAMBAR TERSEBUT ADALAH GAMBAR WAJIB, GAMBAR SELAMAT, GAMBAR MOMENT & GAMBAR DETAILS. KETAHUI SEMUNYA DALAM EBOOK SEBENAR.

TEKNIK & TIPS

33

TEKNIK&TIPS

Untuk setiap jenis gambar, ada teknik-teknik tertentu yang anda perlu mahirkan diri. Setiap jenis teknik akan memberi impak yang berlainan. Teknik yang berlainan memerlukan peralatan (lensa) dan pendekatan yang berbeza. Kesemuanya akan diterangkan pada bahagian ini. Setelah mengetahui teknik yang betul dan bersesuaian, anda akan diterangkan dengan tips tips yang berguna untuk memantapkan lagi tugasan anda.

Teknik Pemburu (Hunter) (34) Teknik Serang (Attack) (36) Teknik Low Angle (38) Tips Penting Semasa Hari Tugasan (41) Etika Jurugambar Semasa Majlis (44) Post Wedding Workflow (46)

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

34

TEKNIK & TIPS

35

TEKNIK PEMBURU (HUNTER)


Teknik ini sesuai dilakukan dengan lensa tele (200mm dan ke atas). Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana jurugambar akan mengamalkan konsep tunggu dan lihat. Dengan menggunakan lensa tele, subjek tidak akan dapat melihat jurugambar secara terus (berdepan). Jurugambar selalunya mencari target / mangsa yang mempunyai potensi untuk mendapat gambar kandid atau moment. Ini dapat diperolehi dengan melihat dan mengkaji perilaku subjek terlebih dahulu. Perkara-perkara seperti background, komposisi dan pencahayaan haruslah diteliti dahulu oleh jurugambar. Teknik ini sesuai dilakukan ketika waktu santai (sebelum ketibaan pengantin, ketika pengantin berehat dan sebagainya) di mana jurugambar mempunyai banyak masa untuk mengatur strategi dan memilih subjek. Keutamaan subjek hendaklah diberikan kepada ahli keluarga / saudara mara pengantin yang terdekat. Ini adalah kerana, walaupun sehebat mana gambar moment / kandid yang anda perolehi jika subjek tersebut tiada kaitan dengan pengantin, gambar anda akan kurang di hargai.

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

40

TEKNIK & TIPS

41
TIPS PENTING SEMASA HARI TUGASAN
i) Tiba awal di tempat majlis Seelok-eloknya tiba di tempat majlis 15 30 minit lebih awal daripada masa yang dijanjikan. Ini memberi banyak masa untuk anda menyiapkan kelengkapan dan melihat persekitaran sekiranya tempat tersebut baru bagi anda . Anda juga mempunyai banyak masa untuk memeriksa kembali jadual aturcara jika ada perubahan di saat akhir. Jika tugasan out-station, tiba ditempat tugasan sehari / semalam lebih awal. Sebagai contoh, jika akad nikah 9 pagi di Kuala Lumpur, anda hendaklah tiba dari Penang semalam lebih awal. Rancang perjalanan dari tempat anda ke tempat majlis. Ambil kira masa tambahan untuk kesesakan lalulintas dan tersesat jalan. Guna kemudahan GPS jika anda memilikinya. Teknologi GPS banyak membantu dari segi merancang perjalanan ke tempat tugasan anda. Jika anda tidak mempunyai kemudahan GPS, kemudahan internet seperti Google Maps sebenarnya dapat menolong anda dari segi mencari lokasi majlis. ii) Beritahu kepada pengantin (melalui berjumpa, telefon atau sms) setelah anda tiba di tempat majlis. Ini adalah sebagai bukti bahawa anda tiba tepat pada masa yang dipersetujui dan pada masa yang sama akan mengurangkan kebimbangan pihak pengantin kalau-kalau anda tiba lewat dari masa yang dijanjikan. iii) Pastikan anda tidak berada dalam keadaan lapar Sebelum memulakan sesuatu tugas, amalkan tabiat mengisi perut terlebih dahulu. Kerjaya jurugambar perkahwinan memerlukan tenaga yang banyak kerana anda akan bekerja selama 4-7 jam tanpa berhenti atau mungkin dengan hanya rehat yang pendek. iv) Kenalpasti ahli keluarga terdekat pengantin Kenal pasti ahli keluarga terdekat pengantin (ibu-bapa, adik beradik). Kenal pasti juga ahli keluarga / kawan-kawan lain yang gambarnya penting untuk pengantin. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda juga perlu mengenal pasti orang-orang yang mungkin tidak digemari atau tidak mahu diambil gambarnya oleh pengantin (jika ada). Ini untuk mengelakkan anda mengambil gambar individu-individu tersebut secara berlebihan kerana ingin mendapatkan gambar moment, kandid dan sebagainya.
Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz www.romantis-studio.com

SELAIN DARIPADA TEKNIK PEMBURU, BANYAK LAGI TEKNIK-TEKNIK YANG AKAN DITERANGKAN BESERTA DENGAN GAMBAR-GAMBAR CONTOH SUPAYA ANDA MUDAH FAHAM. LEBIH BANYAK TIPS PENTING SEMASA HARI TUGASAN AKAN DIDEDAHKAN DAN JUGA ETIKA JURUGAMBAR SEMASA HARI MAJLIS JUGA AKAN DIBINCANGKAN. DAPATKAN EBOOK YANG SEBENARNYA HARI INI!

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

SENARAI GAMBAR PENTING

49

SENARAI GAMBAR P E N T I N G:
MAJLIS AKAD NIKAH
Senarai gambar yang ditunjukkan di sini boleh dijadikan panduan untuk anda mencipta gambar-gambar anda sendiri, berdasarkan konsep dan gaya yang anda pilih. Kebanyakan gambar yang ditunjukkan diambil menggunakan lensa 50mm yang mana merupakan lensa kegemaran saya, bersama-sama dengan lensa wide angle 10-20mm. Anda bebas menggunakan lensa kegemaran anda untuk tujuan yang sama. Apa yang penting anda mestilah tahu gambar apa yang perlu diambil, di mana untuk mendapatkannya dan apakah cara sesuai yang patut digunakan.

Gambar Pengantin Lelaki dan Perempuan Sebelum Akad Nikah (50) Gambar Pengantin Lelaki dan Perempuan Semasa Lafaz Akad Nikah (54) Gambar Pengantin Lelaki dan Perempuan Selepas Akad Nikah (58) Gambar Bersalaman Dengan Ahli Keluarga (60) Gambar Menyarung Cincin dan Lain-lain (61) Gambar Posing (optional) (64)

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

50

SENARAI GAMBAR PENTING: MAJLIS AKAD NIKAH

51

GAMBAR PENGANTIN LELAKI DAN PEREMPUAN SEBELUM AKAD NIKAH


Elakkan gambar kaku, tiada ekspresi, memandang ke bawah dan sebagainya.

Pengantin lelaki selalunya akan ketawa jika ada orang membuat lawak jenaka dan sebagainya. Tugas anda sebagai jurugambar adalah untuk menunggu saat-saat sebegini.

Serlahkan kegembiraan pengantin lelaki walaupun pada ketika ini mereka selalunya berasa gementar, gemuruh dan selalu memandang ke bawah. Di sinilah pentingnya kemahiran jurugambar untuk mengambil aksi ini sepantas yang mungkin. Gunakan teknik pemburu dan low angle untuk mengambil gambar-gambar seperti ini.
Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz www.romantis-studio.com

56

SENARAI GAMBAR PENTING: MAJLIS AKAD NIKAH

57

Kenal pasti sebelum majlis akad berlangsung samada bapa kepada pengantin perempuan atau Kadi yang akan mengijab kabulkan pengantin lelaki. Ini penting bagi merancang posisi anda untuk mendapat gambar dengan angle yang terbaik .

Gambar di atas menunjukkan ruang yang tidak mencukupi untuk penggunaan lensa 50mm sebagai lensa utama. Dalam situasi sebegini anda terpaksa menggunakan lensa wide angle atau kit lens sebagai lensa utama. Jika keadaan mengizinkan (setelah anda mendapat gambar yang diinginkan dan mungkin semasa pengantin lelaki melafaz akad nikah beberapa kali) anda boleh bertukar kepada lensa 50mm untuk mengambil shot-shot tertentu (moment/ artistic / details).

iii) Dapatkan gambar moments pengantin lelaki dan Kadi (tersenyum, ketawa, bergurau dan sebagainya jika ada) iv) Semasa majlis ijab kabul dilangsungkan, ambil gambar sebanyak yang mungkin (gambar moment, gambar selamat dan juga gambar wajib). Dalam rekabentuk custom album, gambar-gambar inilah yang akan menjadi main picture untuk layout album nanti. v) Guna lensa wide angle jika keadaan tempat tersebut tidak mengizinkan (seperti di dalam rumah yang sempit dan ruang tidak mencukupi)

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

BANYAK LAGI CONTOH-CONTOH GAMBAR YANG PERLU ADA SEMASA MAJLIS AKAD NIKAH DAPAT DILIHAT DALAM EBOOK SEBENAR. SEMUANYA AKAN DITERANGKAN DENGAN TELITI DAN JUGA TIPS UNTUK MENDAPATKAN GAMBAR-GAMBAR TERSEBUT AKAN DIDEDAHKAN MENGGUNAKAN TEKNIK-TEKNIK YANG TELAH DIBINCANGKAN.

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

SENARAI GAMBAR PENTING: MAJLIS PERKAHWINAN

67

SENARAI GAMBAR P E N T I N G:
MAJLIS PERKAHWINAN
Senarai gambar yang ditunjukkan di sini boleh dijadikan panduan untuk anda mencipta gambar-gambar anda sendiri, berdasarkan konsep dan gaya yang anda pilih. Kebanyakan gambar yang ditunjukkan diambil menggunakan lensa 50mm yang mana merupakan lensa kegemaran saya, bersama-sama dengan lensa wide angle 10-20mm. Anda bebas menggunakan lensa kegemaran anda untuk tujuan yang sama. Apa yang penting anda mestilah tahu gambar apa yang perlu diambil, di mana untuk mendapatkannya dan apakah cara sesuai yang patut digunakan.

Gambar Semasa Persiapan (Make-up) (68) Gambar Semasa Ketibaan (Arrival) (71) Gambar Semasa Bersanding / Di atas Pelamin (74) Gambar Semasa Merenjis / Menepung Tawar (76) Gambar Semasa Santapan Beradab (78) Gambar Semasa Memotong Kek (82) Gambar Formal Posing Di Pelamin (84) Gambar Posing Di Bilik Pengantin (86) Gambar Berkumpulan (Group Photo) (88) Gambar Outdoor (90)
Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz www.romantis-studio.com

70

SENARAI GAMBAR PENTING

71
GAMBAR SEMASA KETIBAAN (ARRIVAL)
i) Pastikan jurugambar sampai dahulu ditempat majlis sebelum pengantin tiba (jika jurugambar mengikut pengantin). Jurugambar hendaklah berada ditempat pengantin akan tiba seelok-eloknya 5 minit lebih awal dan bersedia. ii) Guna lensa wide angle untuk gambar-gambar seperti pengantin keluar dari kereta dan gambar keseluruhan rombongan.

GAMBAR SEMASA PERSIAPAN (MAKE-UP)


v) Anda tidak perlu mengambil terlalu banyak gambar ketika sesi persiapan. Anda boleh bertanya kepada pihak pengantin dulu samada gambar-gambar semasa sesi persiapan hendak dimasukkan ke dalam custom album atau tidak. Ini adalah penting untuk anda merancang cara kerja dan masa yang di perlukan. vi) Kebiasaannya anda tidak terus mengambil gambar sebaik saja sesi make-up bermula kerana pada ketika ini tidak banyak aksi / details yang dapat dirakamkan. Tunggu sehingga 30 minit selepas sesi bermula dan anda boleh memulakan penggambaran ketika itu. Perlu diingatkan ada jurusolek yang melakukan kerja dengan cepat (kurang dari satu jam). Dapatkan kepastian dari pihak pengantin mengenai perkara ini supaya anda dapat merancang masa anda dengan baik.

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-tudio.com

76

SENARAI GAMBAR PENTING

77

GAMBAR SEMASA MERENJIS / MENEPUNG TAWAR


i) Posisikan diri anda supaya semasa upacara merenjis, muka pengantin dan muka individu yang merenjis akan kelihatan di dalam gambar. Posisi yang sesuai adalah di kiri atau kanan sebelah pengantin. Susunan pelamin juga memainkan peranan penting dalam menentukan posisi anda kerana terdapat rekabentuk pelamin yang menghalang anda untuk berada di posisi-posisi tertentu. Lakukan sedikit kajian diawal majlis sebelum ketibaan pengantin. ii) Beri arahan kepada pengapit supaya tidak mengipas atau rendahkan / kurangkan kipasan kepada pengantin semasa upacara merenjis kerana kipas tersebut boleh memberi halangan kepada jurugambar untuk mendapat komposisi yang baik. iii) Cari angle dan jika perlu minta pengapit mengubah sedikit kedudukan mereka atau pun jika perlu anda boleh menguubah bahagian tertentu pelamin (pastikan anda tidak membuat kerosakan). iv) Lensa wide digunakan untuk keadaan tertentu di mana anda mempunyai masalah ruang atau mungkin keadaan pelamin tidak mengizinkan untuk anda menggunakan lensa tele atau 50mm.

Dapatkan gambar terbaik anda semasa kedua-dua ibu-bapa pengantin (ataupun ahli keluarga terdekat) menepung tawar. Gambar - gambar yang lain boleh diambil sebagai gambar wajib sahaja. Bersedia untuk merakamkan aksi-aksi emosi ketika merenjis (semasa bersalaman contohnya).

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

APA YANG ANDA LIHAT SETAKAT INI HANYALAH SEBAHAGIAN YANG ADA DALAM EBOOK SEBENAR. WALAUPUN DALAM EBOOK SEBENAR BANYAK LAGI INFO-INFO YANG TIDAK PERNAH DIDEDAHKAN SEBELUM INI, NAMUN UNTUK MASA AKAN DATANG AKAN LEBIH BANYAK INFO-INFO TERKINI AKAN DIMASUKKAN. SEMUA UPDATES / KEMASKINI EDISI TERBARU ADALAH PERCUMA KEPADA PEMBELI-PEMBELI EBOOK.

ANTARA-ANTARA TOPIK LAIN YANG BAKAL DI MASUKKAN UNTUK EDISI AKAN DATANG: i) Langkah pertama anda sebagai jurugambar perkahwinan ii) Penerangan jenis-jenis pakej fotografi perkahwinan iii) Penetapan harga pakej fotografi perkahwinan iv) Konsep dan panduan tag along v) Gambar-gambar sekitar majlis pertunangan vi) Checklist perbincangan awal dengan pelanggan vii) Tips penggunaan flash DAN BANYAK LAGI !! DAPATKAN SEKARANG! HARGA MUNGKIN AKAN DINAIKKAN DARI SEMASA KE SEMASA.

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

94

BIODATA

95

Azizan Abul Aziz mendapat pendidikan formal di dalam jurusan Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dari universiti Imperial College, London. Namun oleh kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang fotografi, beliau mengambil keputusan untuk menjadi jurugambar sepenuh masa. Bermula sebagai jurugambar perkahwinan kini beliau melebarkan sayap dengan memberi latihan dan seminar berkaitan fotografi digital, pencahayaan dan juga editing. Mempunyai studio fotografi sendiri yang bertempat di No.31, 1st floor, Persiaran Mahsuri 1/3, Sunway Tunas, Bayan Baru, P.Pinang. Beliau merupakan pengasas Romantis-Studio, sebuah studio fotografi beserta butik kelengkapan perkahwinan yang beroperasi sejak tahun 2005. Segala hasil kerja beliau boleh dilihat dengan melayari: www.romantis-studio.com

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

96

LAMPIRAN: TIPS

97

(Antara tips yang baleh diberikan kepada bakal pengantin anda )

10 TIPS UNTUK PENGANTIN BAGI MENDAPATKAN GAMBAR TERBAIK SEMASA HARI MAJLIS
(diterbitkan di ruangan tips di website www.romantis-studio.com) Semasa majlis akad nikah: 1) Pengantin perempuan jangan duduk terlalu jauh ke belakang dari pengantin lelaki semasa majlis akad nikah. Ini adalah untuk memastikan jurugambar dapat memasukkan gambar kedua-dua pengantin di dalam satu gambar untuk shotshot tertentu. Jika tidak pasti kedudukan yang sebenar untuk pengantin perempuan, sila bertanya dengan jurugambar terlebih dahulu.

2) Bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan, kurangkan memandang ke bawah atau terlalu menunjukkan muka yang serious. Perasaan gementar, gemuruh dan sebagainya adalah perkara biasa dalam majlis pernikahan. Kadang-kadang sedikit lakonan yang menunjukkan kegembiraan sebenarnya dapat mengurangkan perasaan gemuruh ini. Disamping gambar-gambar yang menarik, perasaan gemuruh anda mungkin akan hilang sedikit demi sedikit. 3) Pastikan anda sampai awal di masjid, sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan. Pastikan juga semua dokumen yang diperlukan diperiksa terlebih dahulu. Kekalutan akibat tiba lewat atau tertinggal dokumen penting akan memberi kesan kepada gambar-gambar anda nanti. Disamping perasaan gemuruh yang sedia ada, anda mungkin akan merasa down dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada jurugambar yang bertugas dari segi interaksi anda dengan jurugambar. 4) Cara terbaik untuk kelihatan ceria semasa majlis akad nikah adalah dengan membawa 3 atau 4 orang rakan yang betul-betul rapat dengan anda. Percaya atau tidak perasan gemuruh anda akan hilang tanpa anda sedari. Pastikan rakan-rakan anda ini sentiasa bersama anda dari mula hingga akhir majlis.
Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz www.romantis-studio.com

98

LAMPIRAN: TIPS

99
8) Kedua-dua pengantin dinasihatkan supaya mempunyai lebih eye-contact dengan orang-orang sekeliling semasa majlis berlangsung. Ini bermaksud pengantin tidak selalu tunduk dan memandang ke bawah sepanjang masa (sama seperti perkara 2 di atas). Saat-saat seperti berjalan ke pelamin,semasa bersanding di pelamin dan semasa berada di meja makan beradab adalah saat terbaik untuk jurugambar merakamkan keceriaan dan kegembiraan anda semasa hari majlis.

Semasa Majlis Persandingan 5) Pastikan jurugambar anda diberitahu terlebih dahulu tentang aturcara majlis. Ini adalah amat penting jika majlis anda terdapat acara-acara tambahan seperti pertunjukkan silat, tarian dan sebagainya yang mungkin penting bagi jurugambar untuk membuat persediaan dari segi shooting angle dan sebagainya. 6) Sila beritahu jurugambar anda jika terdapat jurugambar lain atau pun anda ada menempah juruvideo berasingan. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda bekerjasama dengan jurugambar / juruvideo tersebut. Cara kerja dan style yang berlainan kadang-kadang boleh menyusahkan kedua-dua pihak. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu dahulu nama-nama jurugambar / juruvideo yang turut bertugas di hari majlis anda. Perbincangan awal mungkin boleh diadakan untuk memastikan proses merakam hari bahagia anda berjalan lancar. 7) Di samping jurugambar / juruvideo tambahan, kehadiran jurugambarjurugambar lain dikalangan saudara-mara dan rakan-rakan pihak pengantin jugak kadang-kadang boleh mendatangkan masalah kepada jurugambar yang bertugas. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu mereka terlebih dahulu supaya memberi laluan kepada jurugambar utama dalam apa-apa situasi pun supaya tiada gambar atau moments yang terlepas. 9) Jika jurugambar anda menetapkan had masa untuk sesuatu sesi atau majlis, pastikan anda peka mengenai perkara ini. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda membahagikan masa untuk sesi-sesi tertentu seperti posing di atas pelamin, dalam bilik pengantin dan sebagainya. Pengurusan masa yang tidak cekap akan membuatkan jurugambar tergesa-gesa mengejar masa dan ini akan memberi kesan kepada kualiti gambar yang dihasilkan. Melengahlengahkan aturcara majlis, leka bersembang dengan rakan-rakan adalah antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan kesuntukan masa. Sila berbincang dengan jurugambar anda jika tambahan masa diperlukan. 10) Jika terdapat sesi outdoor untuk hari yang sama selepas majlis, sila pastikan tempat pilihan untuk penggambaran tidak terlalu jauh dari lokasi majlis sehingga mengambil masa berjam-jam perjalanan. Ini adalah penting untuk memastikan apa yang dirancang oleh jurugambar dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Perjalanan yang jauh mungkin menyebabkan kesuntukan masa dan juga boleh menambah keletihan kepada kedua-dua pihak pengantin dan jurugambar.

Panduan Lengkap Fotografi Perkahwinan oleh Azizan Aziz

www.romantis-studio.com

You might also like