You are on page 1of 44

Bil.

1/2007

ISSN 1823-0962

Tuan Haji Alimuddin bersalaman dengan staf Jemaah Nazir Sekolah selepas Majlis Seharum Kasih Sejambak Budi meraikan kenaikan pangkat beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah) di Putrajaya pada 16 Mac 2007. Di sebelah kanannya ialah Puan Jariah Napiah.

PEJABAT TUAN HAJI ALIMUDDIN SENTIASA TERBUKA


Oleh: Ghulam Sarver Mobarak Ali BANDAR BARU BANGI, 15 Mac 2007 Timbalan Nazir Sekolah (Dasar), Jemaah Nazir Sekolah (JNS), Puan Jariah Napiah berkata, Tuan Haji Alimuddin Mohd Dom akan dikenang sebagai ketua jabatan yang amat prihatin sehingga beliau akan memastikan pintu pejabatnya sentiasa terbuka untuk dikunjungi pelanggan. Pintu pejabatnya tidak pernah ditutup sekiranya beliau berada di pejabat. Nazir sekolah atau staf sokongan boleh masuk ke pejabatnya pada bila-bila masa untuk perbincangan, tegas Puan Jariah ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Seikhlas Kasih Secebis Kenangan meraikan Ketua Nazir Sekolah,Tuan Haji Alimuddin yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah) mulai 1 Mac 2007, di Hotel Equatorial di sini hari ini. Mengulas lanjut mengenai Tuan Haji Alimuddin, Puan Jariah berkata, beliau akan dikenang sebagai ketua jabatan yang banyak idea dan cepat bertindak.
>> Bersambung di muka 8

h t t p : / / w w w. m o e . g o v. m y / ~ j n s

Foto: Ghulam Sarver Mobarak Ali

WACANA KETUA NAZIR SEKOLAH


Buletin Canang Nazir - Bil. 1/2007
Penasihat Tuan Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom Ketua Nazir Sekolah Puan Hajah Jariah binti Napiah Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar) Tuan Haji Mokhy bin Saidon Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi) Pengerusi Puan Hajah Misiam binti Rusdi Ketua Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan (PKIP) Ketua Pengarang Ghulam Sarver bin Mobarak Ali Pengarang Jamilah binti Yusof Ishak bin Arif Salbiah binti Baba Haji Mohd. Haliza bin Mohd. Adnan Siti Salbiah binti Zahari Rohana binti Mat Yassim Nurlida binti Ahmad Ozlan bin Abdullah Muhammad Rosli bin Abd. Mohim Wan Azahari bin Wan Mohamad Pembantu Penerbitan Kamariah binti Ibrahim Sumbangan Sidang Redaksi Buletin Canang Nazir mengalualukan sumbangan hasil penulisan untuk dimuatkan dalam buletin ini bagi tatapan warga Kementerian Pelajaran Malaysia. BULETIN CANANG NAZIR JEMAAH NAZIR SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 3 - 5, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tel : 03-8884 4161 Faks : 03-8888 6869 / 6867

Saya berharap, buletin JNS pada masa hadapan akan turut memuatkan rencana yang ditulis oleh nazir sekolah berkaitan usaha meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kita. Nazir sekolah berupaya menghasilkan rencana seumpama itu sebab mereka berkesempatan melawat dan memeriksa banyak sekolah. Amalan-amalan baik yang dilaksanakan oleh guru-guru kita tentulah dapat dikongsi bersama dengan para pendidik yang lain. Selain itu, hasil tulisan berkaitan semangat dan pengorbanan guruguru di kawasan pedalaman negara kita dapat dipaparkan untuk bacaan warga pendidik dan orang ramai.

AYA mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sidang Pengarang Buletin Canang Nazir atas usaha rakaman berita pelbagai program dan peristiwa yang melibatkan Jemaah Nazir Sekolah (JNS) khasnya. Buletin ini akan menjadi rujukan penting pada masa akan datang apabila pelbagai pihak menilai sumbangan dan peranan JNS dalam memartabatkan dunia pendidikan negara. Saya turut melahirkan perasaan gembira kerana JNS terus merancang latihan penulisan berita format akhbar kepada Nazir Sekolah dan staf sokongan. Mulai 2004, JNS berupaya melatih 50 wartawan setiap tahun dalam usaha memantapkan mutu penerbitan buletin.
MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI IBRAHIM HASHIM DATO NOH OMAR LANCAR BUKU STRATEGI PENGAJARAN GURU CEMERLANG KPPM HARGAI SUMBANGAN JNS

Walaupun mulai 1 Mac 2007 saya meninggalkan JNS sebagai Ketua Nazir Sekolah, saya berharap usaha penerbitan buletin ini akan diteruskan dan kualiti penerbitan terus dipertingkatkan. Salam hormat,

HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM Ketua Nazir sekolah Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
EMAS JNS (1956-2006) DI HOTEL EASTIN, PETALING JAYA 15 OGOS 2006 OLEH TIMBALAN PERDANA MENTERI DATO SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK ROAD SHOW SEKOLAH BESTARI PUAN JARIAH NAPIAH DILANTIK TKNS (DASAR)

KANDUNGAN
JEMAAH NAZIR BEBAS MENYAMPAIKAN PANDANGAN HAJI MOKHY BIN SAIDON - SERIUS, TEGAS, KARISMATIK KMK JEMAAH NAZIR SEKOLAH MENERIMA ANUGERAH KETUA PENGARAH PELAJARAN JEMAAH NAZIR BADAN PENENTU KUALITI JNS PENTING DALAM MENENTUKAN AGENDA PENDIDIKAN NEGARA MEMARTABATKAN MATA PELAJARAN GEOGRAFI DAN SEJARAH SEBELUM TERLAMBAT PEMERIKSAAN KOLABORATIF SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU JEMAAH NAZIR SEKOLAH MESTI BERETIKA DAN BERKEMAHIRAN DIRGAHAYU JNS DATO SRI MOHD NAJIB SAMPAIKAN ANUGERAH NAZIR SK SRI SURIA 3 TANAH MERAH JOHAN ANUGERAH KUALITI ENCIK HASAN BERSARA SETELAH BERKHIDMAT 34 TAHUN

KENDERAAN JNS BANTU PEMBELAJARAN AMALI PEMILIHAN NAZIR DIBUAT DENGAN TELITI KUDA KEPANG ALA SELAT TEBRAU BULETIN NAZIR JASAMU TETAP DIKENANG MAJLIS PENTAULIAHAN NAZIR BARU SEMINAR PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN DIMANAFAAT GURU SANDAKAN PENGALAMAN BERKURSUS ADVANCED LEADERSHIP & MANAGEMENT PROGRAMME PEMERIKSAAN BERTEMA J-QAF 2006 PERANAN JNS SANGAT SIGINIFIKAN PENGIKUT BAIK SEDIA MEMIKUL AMANAH GURU CEMERLANG PENYULUH PROFESION KEGURUAN PEMANTAUAN KOLABORATIF SEKOLAH KAWASAN SEMBRONG SELAMAT BERSARA KNN KELANTAN PROGRAM PEMERIKSAAN PERSEDIAAN SEKOLAH AWAL TAHUN (PPSAT) 2007 JEMAAH NAZIR SEKOLAH BEKAS KETUA PENGARAH PELAJARAN MENINGGAL DUNIA JNS DALAM AKHBAR KEMASUKAN, PERTUKARAN, PERSARAAN DAN KENAIKAN PANGKAT STAF JEMAAH NAZIR SEKOLAH (JNS), KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MULAI BULAN JUN HINGGA DISEMBER 2006 LAPORAN RINGKAS JEMAAH NAZIR SEKOLAH 2006 JNS AKUR ARAHAN PEKELILING LABUAN DESTINASI KNS

PERASMIAN PERSIDANGAN SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

JEMAAH NAZIR BEBAS MENYAMPAIKAN PANDANGAN


Oleh: Ghulam Sarver Mobarak Ali PETALING JAYA, 15 Ogos 2006 Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) boleh diberi kebebasan sepenuhnya untuk menyampaikan pandangan dan teguran terhadap kemajuan sesebuah sekolah dalam usaha membaiki sistem pendidikan negara. Sebagai mata dan telinga Menteri Pelajaran, ujar Dato Sri Mohd Najib, JNS memainkan peranan komprehensif memberi input dan maklum balas kepada Kementerian Pelajaran dalam pelbagai perkara berhubung soal pendidikan. Harapan yang tinggi diletakkan kepada JNS untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara, tegasnya semasa merasmikan Persidangan Sambutan Perayaan Jubli Emas JNS (1956-2006) di Hotel Eastin di sini yang bertemakan Penaziran Berkualiti Pemangkin Pendidikan Cemerlang. Saya masih ingat semasa menjadi Menteri Pendidikan, betapa rapatnya hubungan saya dengan Jemaah Nazir pada masa itu. undangan Oleh itu, walaupun tugas saya agak berat, tetapi apabila menerima undangan untuk majlis hari ini, saya terima, kata Dato Sri Mohd Najib dengan tepukan gemuruh daripada lebih 300 Nazir Sekolah dan jemputan yang hadir pada majlis itu. Katanya, Saya mempunyai sedikit saham dalam memartabatkan Bahagian Naziran. Kalau ayahanda saya arkitek kepada Laporan Razak yang telah mewujudkan JNS maka saya sebagai Menteri Pendidikan dengan Akta Pendidikan 1996 meletakkan JNS sebagai satu bahagian yang melapor terus kepada Menteri. Dato Sri Mohd Najib seterusnya menegaskan, JNS mestilah Menyentuh tentang aspek pendidikan di Malaysia selanjutnya, beliau menegaskan sistem pendidikan negara perlu melahirkan individu yang baik dalam pencapaian akademik dan sebagai insan yang mempunyai kemampuan menyeluruh, iaitu berfikiran kreatif, inovatif, dan kritis. Ini bagi memastikan sistem pendidikan sentiasa relevan dan dapat membantu mencapai visi nasional, ujarnya. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Noh Haji Omar, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Puan P. Komala Devi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Dato Dr. Zulkurnain Hj. Awang, dan Ketua Pengarah Pelajaran Dato Dr. Ahamad Sipon. Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mempunyai kualiti, iaitu integriti apabila membuat laporan. Laporan JNS tidak boleh dipersoalkan. Hadir sama ialah Timbalan Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Ibrahim Hashim, Ketua Nazir Pejabat Standard Pendidikan United Kingdom, Encik Maurice Smith, dan Ketua Nazir Pejabat Pendidikan Indonesia, Profesor Dr. Ir. Soeparna M.S. tokoh pendidikan Sepanjang persidangan selama tiga hari bermula pada 14 Ogos, beberapa tokoh pendidikan telah dijemput membentangkan kertas kerja. Antaranya ialah bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin; Dekan Fakulti Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial, Profesor Dato Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Her Majestys Chief Inspector dari United Kingdom, Encik Maurice Smith, dan Pengarah Pusat Pengajian Asas dan Pendidikan Lanjutan Universiti Multimedia, Cyberjaya, Encik Mohd Rahim Yusoff.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

Haji Mokhy bin Saidon Serius, Tegas, Karismatik


Oleh: Ozlan Abdullah pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketika berusia 14 tahun, saya telah berjaya menawan Gunung Ledang. Sewaktu menunggu keputusan SPM pula, saya telah berjaya berbasikal dari Muar ke Pulau Pinang. Pengalaman ini menjadikan saya seorang yang sentiasa tabah dan berani. Saya suka kembara, katanya yang memulakan karier sebagai pendidik di SM Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati, Muar pada 30 Mei 1976. Selepas empat tahun mengajar, beliau dilantik sebagai nazir sekolah, Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan pada 1 Disember 1980. Beliau kemudian ditukarkan ke SM Dato Sri Amar DiRaja, Muar sebagai Penolong Kanan pada 16 Mac 1989. Seterusnya, beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Lenga, Muar (1.12.1989) dan Pengetua SMK Parit Bunga, Muar (16.4.1990). Pada 16 Mei 1994 beliau menyandang jawatan Ketua Zon, JNS Persekutuan Zon Kulim hingga dilantik sebagai Nazir Kanan JNS Kedah pada 1 Oktober 1995. Pada 1 Mac 1997 beliau telah ditukarkan ke JNS ibu pejabat sebagai Ketua Penolong Pengarah Teknikal. Haji Mokhy kemudian ditukarkan ke Melaka pada 16 Disember 1996 sebagai Ketua Nazir Negeri Melaka dan kembali ke ibu pejabat JNS sebagai Ketua Sektor Penaziran Hal Ehwal Murid pada 16 Julai 2005. Pada 16 September 2005 beliau telah dinaikan pangkat menjadi Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi) JNS. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Siti Rumjah binti Banaji dan dikurniakan lima orang anak. Pengalaman semasa kecil amat mempengaruhi kehidupan saya hingga kini. Bapa saya seorang yang keras hati dan tegas. Sejak zaman kanak-kanak, saya sentiasa dibangunkan tidur pada awal pagi untuk membuat pelbagai pekerjaan, seperti mengembala kambing, menanam sayur, mengangkat air, meracun pokok, dan membuat parit. Saya disuruh menjual hasil tanaman, seperti kacang di estet. Sehubungan dengan pengalaman itu, bercucuk tanam merupakan hobi saya. Di samping itu, mengembara juga amat saya minati, tegasnya yang pernah mengikuti Kursus InService Training for Teacher di Hiroshima University, Jepun tahun 1983. Ditanya tentang impian yang belum dicapai, Haji Mokhy menyebut bahawa beliau mahukan JNS menjadi satu Bahagian yang mantap, berprestij, dan tersohor dengan pegawainya berketrampilan dan dihormati oleh semua pihak. Adalah menjadi harapan saya agar JNS pada suatu hari nanti akan lebih maju dan cemerlang. Saya mahu JNS sentiasa dihormati dan dipercayai oleh masyarakat sekolah, ujarnya. Katanya, untuk mencapai impian itu, beliau mengharapkan semua pegawai dan kakitangan JNS bersikap profesional, mantap, dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain termasuk dengan pihak luar semasa menjalankan tugas. Dalam kebanyakan hal, Haji Mokhy menyebut bahawa keyakinan beliau menjalankan tugas datang daripada moto yang diamalkan, iaitu kerja cepat, tepat, selamat, dan senyum selalu. Be prepared before you are caught unprepared. - Tun Dr. Mahathir Mohamad Dont put off until tomorrow what you can do today. - Pepatah Sepanyol

RAUT wajah Haji Mokhy Saidon menampakkan beliau seorang yang serius, tegas, dan karismatik. Ketika bercakap atau berucap, nada Timbalan Ketua Nazir (Operasi) ini seolah-olah dalam keadaan berdiplomasi. Setiap kata yang dilafazkan Haji Mokhy begitu bersungguh-sungguh dan bermakna, terutama menyentuh isu penaziran. Namun, hakikatnya, Haji Mokhy seorang yang peramah, periang, dan senang didekati. Beliau merupakan seorang ketua dan rakan yang tidak asing lagi di Jemaah Nazir Sekolah (JNS). Beliau dilahirkan di Muar, Johor pada 10 Mac 1952. Haji Mokhy berasal dari keluarga kampung. Bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga sebelah ibunya juga sebagai petani. Beliau merupakan anak ketujuh kepada Encik Saidon @ Md. Sidek bin Rahim. Beliau telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan sentiasa mendapat keistimewaan seperti saudaranya yang lain daripada keluarga. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Sengkang pada tahun 1959 hingga 1961. Kemudian, beliau berpindah ke SK Binjai, Meru pada tahun 1962 hingga 1964. Beliau mendapat pendidikan menengah di SMK Bukit Gambir, Muar (1964 hingga 1969) dan SMK Dato Sri Amar DiRaja, Muar (1970 hingga 1971). Walaupun mendapat pendidikan secara formal, beliau juga mendapat pendidikan agama di kampungnya. Pada tahun 1972 hingga 1976 beliau melanjutkan

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

KMK JNS MENERIMA ANUGERAH KETUA PENGARAH PELAJARAN

Ahli-Ahli Kumpulan Meningkat Mutu Kerja JNS (dari kiri): Encik Ow Yong Kean Guan, Tuan Hj Md. Tah Talib, Encik Abdul Latif Zahari, Encik Kamaruddin Abu Bakar, Puan Limah Ahmad, Encik Abd Munir Abd Rashid, Puan Nabihah Mohd Salleh, Cik Wee Mek Giat dan Encik Zakaria Mahzan.

KUMPULAN Meningkat Mutu Kerja (KMK), Jemaah Nazir Sekolah (JNS) yang diketuai oleh Cik Wee Mek Giat menerima Anugerah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tahun 2006 pada Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2006 yang diadakan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor pada 26 Julai 2006. JNS menyertai konvensyen kali ini dengan projek yang bertemakan Pembestarian Penaziran dan telah berjaya membentangkan keberkesanan penggunaan e-Nazir dalam meningkat mutu kerja JNS. Encik Mohd Anuar Abd. Karim dari Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) amat tertarik dengan teknik penanda aras (benchmarking) yang telah digunakan oleh kumpulan JNS yang menjadikan Education Review Office (ERO), New Zealand sebagai penanda aras dalam mengumpul, menganalisis dan mencapai data pemeriksaan secara online dan realtime. Ini adalah hasil lawatan pegawai JNS ke ERO pada akhir tahun 2005.

Kumpulan JNS yang ditubuhkan pada tahun 2005 dikenali dengan nama Kumpulan Lebah. Kumpulan ini telah menunjukkan kehebatannya pada Konvensyen KMK Kementerian Pelajaran Malaysia Zon Timur di Kota Bharu pada Jun 2005 dengan muncul sebagai Juara Zon. Berbekalkan hasil pengalaman pada tahun 2005, kumpulan baru dengan gabungan ahli lama diwujudkan dengan nama Cyber Bee. Cyber Bee telah berjaya mengenal pasti masalah Data Pemeriksaan Terkini Sukar Diperolehi sebagai masalah yang perlu ditangani segera dan mendapati penggunaan e-Nazir adalah sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut serta amat relevan dengan perkembangan semasa. Encik Mohd Tahir Abdul Kapi dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menyatakan rasa bangga beliau memandangkan kumpulan JNS telah menunjukkan banyak peningkatan dalam pelaksanaan projek berbanding tahun sebelumnya. Beliau merupakan Panel Penilai Konvensyen KMK pada

kedua-dua tahun. Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin Mohd Dom telah menyampaikan sekalung tahniah dan terima kasih kepada pasukan JNS setelah dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) oleh Penasihat Kumpulan Cyber Bee, Puan Limah Ahmad, Ketua Sektor Kualiti dan Penyelidikan JNS sebaik saja keputusan diumumkan. Orang yang paling gagal dalam hidup ialah orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apabila disuruh - Luqman Al-Hakim We need to see the problems before we can create the solutions - Symposium on Quality Schools, Ontario Institute for Studies in Education.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

JEMAAH NAZIR BADAN PENENTU KUALITI


Oleh: Ghulam Sarver Mobarak Ali PETALING JAYA, 15 Ogos 2006 Jemaah Nazir Sekolah (JNS) berperanan sebagai badan penentu kualiti institusi pendidikan sejak penubuhannya 50 tahun yang lalu. JNS perlu memastikan proses kemenjadian murid dapat direalisasikan menepati standard dan kualiti yang ditetapkan supaya tidak berlaku keadaan interaksi di sekolah yang menghalang tumbesaran dan perkembangan modal insan negara kerana a child miseducated is a child lost, tegas Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin dalam ucapan dasar sempena Persidangan Sambutan Jubli Emas JNS di Hotel Eastin di sini. Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi) JNS, Tuan Haji Ibrahim Hashim. Seramai 300 Nazir Sekolah hadir pada majlis itu. Tema persidangan JNS kali ini ialah Penaziran Berkualiti Pemangkin Pendidikan Cemerlang. Keperluan JNS, ujar Tuan Haji Alimuddin, telah diakui sejak setengah abad yang lalu dan masih dilihat relevan pada masa ini dan akan datang. Sesuai dengan tuntutan zaman, pendekatan penaziran telah banyak mengalami perubahan. Pendekatan yang digunakan kini lebih mesra pelanggan; Nazir Sekolah bekerjasama secara kolaborasi dengan guru melalui strategi terancang dan berkesan dalam membimbing sekolah mencapai kecemerlangan. Katanya, berdasarkan saranan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran, untuk menjadikan semua sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, JNS melaksanakan pendekatan baru dalam memeriksa sekolah melalui pemeriksaan berkumpulan. Pemeriksaan ini melibatkan sekurang-kurangnya empat orang nazir yang akan memeriksa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pengurusan sekolah, disiplin, budaya, dan iklim sekolah. Selepas pemeriksaan, semua guru akan dikumpulkan untuk menjelaskan tahap piawaian dan kualiti sekolah mereka dan mencadangkan aspek-aspek penambahbaikan yang perlu dilaksanakan, tegas Tuan Haji Alimuddin. Selain itu, katanya, JNS mengorak langkah yang lebih bermakna dalam usaha mendampingi sekolah melalui Program Sekolah Angkat yang mencetus hubungan profesional antara pegawai nazir dengan sekolah, iaitu memberi bimbingan dan konsultasi. Tuan Haji Alimuddin turut menegaskan untuk mencapai kecemerlangan, JNS perlu meneliti dan melaksanakan empat dimensi, iaitu kecemerlangan sumber manusia, kecemerlangan dasar, kecemerlangan proses, dan kecemerlangan pengurusan.

JNS Penting dalam Menentukan Agenda Pendidikan Negara


Oleh: Ozlan Abdullah negara, terutama dalam aspek pembangunan pendidikan. JNS merupakan badan penentu yang memastikan apa yang dirancang dan diputuskan oleh KPM dilaksanakan di sekolah, katanya semasa merasmikan majlis Pentauliahan Nazir Sekolah 2006 di Hotel Quality, Shah Alam.
Datuk Dr. Zulkurnain Awang (dua dari kiri) berjalan pulang setelah menyampaikan tauliah kepada Nazir Sekolah baru di Shah Alam pada 31 Mei 2006.

Foto: Ghulam Sarver Mobarak Ali

Datuk Dr. Zulkurnain berkata, pemimpin yang berjaya mengolah sumber yang terhad akan berupaya untuk menambah baik dan mengubah persekitaran sekolah menjadi cemerlang. Sehubungan dengan itu, katanya, KPM akan berusaha mewujudkan satu sistem latihan yang kukuh untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang. Sebagai contoh, katanya, sekarang ini telah ada ramai Pengetua Cemerlang dan KPM berhasrat mewujudkan lebih ramai Pengetua Cemerlang pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, Nazir Sekolah mesti mempunyai imej, kebolehan, kemahiran dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menunjuk ajar sekolah agar bersedia membawa perubahan untuk mencapai satu tahap pendidikan yang berkualiti, ujarnya.

SHAH ALAM, 31 Mei 2006 - Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Zulkurnain Awang mengatakan bahawa Jemaah Nazir Sekolah (JNS) merupakan bahagian yang penting dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menentukan kejayaan agenda pendidikan

Pada masa yang sama, Nazir Sekolah menjalankan tugas yang sukar dan berat kerana bertindak sebagai neraca yang menentukan seseorang pendidik menjalankan tugas dengan sempurna malah memastikan sekolah diurus dengan baik, katanya lagi. Dengan itu, katanya, kejayaan sesuatu sekolah adalah ditentukan oleh kepemimpinan yang cemerlang, walaupun dalam sesuatu keadaan sumber yang ada amat terhad.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

Memartabatkan Mata Pelajaran Geografi dan Sejarah


Oleh: Nurlida Ahmad Hasil seminar, perbengkelan, pembentangan kertas kerja dan forum selama tiga hari dua malam, peserta wacana telah merumuskan sembilan resolusi untuk memartabatkan mata pelajaran sains sosial antaranya: Mata pelajaran Geografi dijadikan mata pelajaran teras; Mata pelajaran Kajian Tempatan diberi perhatian sebagai wadah pengenalan Sains Sosial; Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) diguna pakai sepenuhnya; Kandungan Kurikulum Sejarah Menengah Atas dikaji semula; dan Menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dan mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Timbalan Ketua Nazir (Dasar), Puan Jariah Napiah turut diundang pada majlis penutupan seminar tersebut. Peserta seminar melahirkan rasa puas hati dengan program perkongsian ilmu ini dan berazam meningkatkan mutu pendidikan kedua-dua mata pelajaran apabila kembali ke sekolah.

Puan Jariah Napiah

Wacana ini merupakan platform perkongsian idea, pengalaman dan permuafakatan di kalangan ahli akademik, guru cemerlang, guruguru sekitar zon tengah, wakil Bahagian Kementerian Pelajaran dan pertubuhan bukan kerajaan. Timbalan Ketua Nazir (Operasi), Tuan Haji Ibrahim Hashim dalam ucap utamanya telah menekankan hasrat Kementerian Pelajaran (KPM) melahirkan tenaga manusia lepasan sekolah yang seimbang dalam penguasaan sains, teknologi, kemanusiaan dan keagamaan. Usaha memartabatkan kedua-dua mata pelajaran tersebut dari segi substance dan pendekatan pedagogi berkesan mampu meningkat nilai tambah terhadap mata pelajaran tersebut. Justeru, hasrat KPM merealisasikan pembinaan jati diri bangsa Malaysia akan menjadi kenyataan.

Sebahagian peserta Wacana Pendidikan Mata Pelajaran Geografi dan Sejarah di Hotel Pearl International di Kuala Lumpur.

Sebahagian peserta Wacana Pendidikan Mata Pelajaran Geografi dan Sejarah mengikuti ucapan Puan Jariah Napiah di Hotel Pearl International di Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2006.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

Foto: Ghulam Sarver Mobarak Ali

Foto: Ghulam Sarver Mobarak Ali

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2006 Seminar Wacana Pendidikan anjuran Cawangan Sains Sosial Jemaah Nazir Sekolah diadakan untuk memartabatkan mata pelajaran Geografi dan Sejarah.

Foto: Ghulam Sarver Mobarak Ali

PEMERIKSAAN KOLABORATIF SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU


Oleh: Ghani Ismail KUALA TERENGGANU, 30 Ogos 2006 - Pemeriksaan Kolaboratif antara Nazir Sekolah JNS Terengganu dan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah diadakan di empat buah Sekolah Menengah Agama (SMA) di bawah pentadbiran kerajaan negeri pada 28 dan 29 Ogos. Sekolah yang terlibat ialah SMA Ittifakiah, SMA Sultan Ismail, SMA Mahmudiah, dan SMA Setiu. Setiap sekolah telah dilawati oleh sekumpulan pegawai yang terdiri daripada dua orang nazir sekolah dan dua orang pegawai JHEAT. Program ini dijalankan setelah mendapat kebenaran Ketua Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebelum pemeriksaan dijalankan, mesyuarat penyelarasan
>> Bersambung dari muka depan

pemeriksaan telah diadakan diketuai oleh Ketua Nazir Negeri Terengganu, Tuan Haji Yusoff Hasan dan Pegawai JHEAT. Menurut Haji Yusoff, pihak JNS Terengganu sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri demi kemajuan pendidikan di Terengganu. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penaziran Pendidikan JHEAT, Encik Abdul Aziz Wahid, program anjuran bersama JNS Terengganu dan JHEAT ini sangat penting bagi pegawai JHEAT menimba pengalaman untuk melaksanakan penaziran yang bermutu seperti yang telah diamalkan oleh JNS. Penggunaan Instrumen Pemastian Standard, iaitu

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia pula didapati amat sesuai untuk menentukan tahap SMA negeri dalam segala aspek pendidikan. Nazir JHEAT, Tuan Haji Salleh @ Abdul Latif bin Ismail pula melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Ketua Nazir Sekolah kerana program yang dirancang sejak 2005 telah diluluskan dan berharap program ini akan diteruskan untuk menjamin kualiti SMA di negeri ini. Selanjutnya, beliau berterima kasih kepada semua Nazir Sekolah yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut kerana telah memberikan bimbingan yang sewajarnya kepada pegawai JHEAT.

Kata Puan Jariah, Tuan Haji Alimuddin banyak idea sebab beliau suka membaca dan telah melawat banyak negara. Dalam mesyuarat-mesyuarat di JNS, beliau memberikan peluang pegawai dan staf memberikan pandangan sebelum membuat keputusan, ujar beliau lagi. Semasa menyampaikan ucapan balas, Tuan Haji Alimuddin menyatakan beliau dinaikkan pangkat hasil kerjasama semua pegawai dan staf JNS. Anda semua adalah kekuatan JNS; saya ibarat menumpang kejayaan dan peluang saya ke jawatan baru ini sebab anda telah menjadikan saya kuat. Kini saya akan perhatikan JNS dari jauh dengan harapan organisasi ini akan lebih maju lagi, ujarnya. Majlis itu turut dihadiri oleh isterinya, Puan Mazlilah Ahmad Mansur, Ketua Sektor JNS, Ketua Nazir Negeri, Ketua Penolong Pengarah dan Ketua Cawangan Negeri.

Semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Seharum Kasih Sejambak Budi di Putrajaya pada 16 Mac 2007 pula, Tuan Haji Alimuddin berkata, walaupun beliau dilantik Ketua Nazir Sekolah hampir dua tahun yang lalu, tetapi kemesraan yang dirasainya seolah-olah telah 10 tahun berada di JNS. Tuan Haji Alimuddin menyampaikan penghargaan atas sokongan padu semua staf JNS semasa beliau menerajui JNS sejak 1 Mei 2005 yang lalu. Tuan Haji Alimuddin dilantik Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah) pada 1 Mac 2007 menggantikan Dato Salleh Hussein yang bersara pada 16 Februari 2007. Beliau dilahirkan di Ayer Tawar, Perak. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ijazah sarjana dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau memulakan kerjaya keguruannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak pada 30 Mei 1976. Beliau kemudian bertugas

sebagai pengetua di lima buah sekolah iaitu SMK Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut (1989), SMK Gunung Rapat, Ipoh (1993-95), Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (1995-1996), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh (1996-1997) dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 1999-2003. Tuan Haji Alimuddin merupakan pengadil bola sepak kelas 1, Persatuan Bola Sepak Malaysia. Kecemerlangan beliau sebagai Pengetua diiktiraf apabila pada 1 Februari 2001, beliau dilantik memegang jawatan Pengetua Kanan di MCKK. Antara jawatan penting yang pernah disandang Tuan Haji Alimuddin ialah Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM), Pegawai Sukan Persatuan Amatur Olahraga Malaysia dan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Kadet Bersatu Malaysia. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Puan Mazlilah Ahmad Mansur, kini bertugas sebagai Pengetua di SMK Taman Seraya, Ampang, Selangor.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

Jemaah Nazir Sekolah Mesti Beretika dan Berkemahiran


Oleh: Ozlan Abdullah SHAH ALAM, 1 Jun 2006 Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi), Kementerian P e l a j a r a n , Tu a n H a j i I b r a h i m Hashim mengatakan bahawa Nazir Sekolah yang baru ditauliah mesti beretika dan berkemahiran. Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Majlis Pentauliahan Nazir Baru yang diadakan di Quality Hotel, Shah Alam. Tuan Haji Ibrahim mengucapkan tahniah dan syabas kepada 67 orang nazir yang baru ditauliahkan kerana berjaya menjalani kursus nazir baru dan program mentor mentee sebelum dilantik sebagai Nazir Sekolah. Menurut beliau, walaupun sudah ditauliahkan dan diberi kad kuasa, nazir sekolah perlu meningkatkan ilmu pengetahuan penaziran, terutama semasa mengadakan lawatan dan pemeriksaan di sekolah. Untuk menjadi nazir yang berkemahiran, setiap nazir perlu mahir tentang Instrumen Pemastian Standard, iaitu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). JNS perlu menggunakan SKPM, bukan sahaja sebagai alat bantu dan bahan sokongan semasa memeriksa tetapi berperanan untuk menjadikan SKPM diterima pakai secara meluas di sekolah-sekolah, katanya lagi. Katanya, kesediaan sekolah menerima SKPM sebagai alat pemastian standard merupakan satu kejayaan bagi JNS. Mengulas tentang nazir baru, beliau menasihatkan mereka agar pandai menyesuaikan diri di sekolah, tidak lupa bahawa nazir asalnya ialah seorang guru. Dalam pada itu, beliau meminta Ketua Nazir Negeri memastikan dapatan pemeriksaan yang dihasilkan adalah berkualiti. Kawalan kualiti perlu diadakan untuk meneliti bahawa aspek ejaan, ayat, dan fakta adalah betul di samping mematuhi panduan pemeriksaan agar selaras sama ada dari aspek penulisan, surat iringan, dan dapatan pemeriksaan.

DIRGAHAYU JNS
Oleh: Ozlan Abdullah JEMAAH Nazir Sekolah (JNS) ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai satu organisasi yang bebas dan bertanggungjawab terus kepada Menteri Pelajaran. Laporan Rahman Talib (1960) mentafsirkan maksud dasar kebebasan itu terhad kepada memeriksa institusi pendidikan dan melaporkan dapatan-dapatan kepakaran dari satu pendirian yang bebas mengenai keadaan sekolah. Laporan JNS tersebut dihantar terus kepada Menteri Pendidikan. Laporan Rahman Talib juga memperakukan bahawa JNS ialah satu bahagian dalam pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehingga 1971, JNS masih lagi diuruskan sebagai perkhidmatan tertutup, tetapi mengikut perakuan Laporan Aziz, mulai tahun tersebut, JNS menjadi perkhidmatan terbuka, dan dengan itu nazir-nazir tidak lagi dipilih dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Nazir-nazir diambil mengikut proses pertukaran biasa dari pegawai-pegawai perkhidmatan pelajaran yang berpengalaman luas, khususnya mereka yang mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang serta ilmu dan kepakaran yang tinggi dalam bidang penkhususan masingmasing. Oktober tahun 2006, genaplah 50 tahun usia JNS. Sepanjang tempoh tersebut, JNS telah berperanan mengupayakan sekolah dan institusi pendidikan mencapai kecemerlangan serta standard kualiti pendidikan yang tinggi. Untuk mencapai hasrat itu, JNS telah melakukan penaziran sekolah serta institusi pendidikan dengan cermat, teliti dan profesional bagi memastikan pendidikan yang diberikan mencapai standard kualiti yang tinggi. Sempena meraikan usia JNS yang ke50 tahun, satu sambutan Jubli Emas JNS telah diadakan di Hotel Eastin, Petaling Jaya. Sambutan bermula pada malam 14 Ogos 2006 dengan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Staf Profesional JNS. Pada 15 Ogos 2006, majlis sambutan Jubli Emas ini dimulai dengan ucap utama oleh Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin Mohd Dom. Teks ucapannya dibacakan oleh Tuan Haji Ibrahim Hashim, Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi). Doa kemudiannya dibaca oleh Ustaz Zainuddin Abd Rahman, Penolong Pengarah Cawangan Pendidikan Islam, JNS Putrajaya. Ucapan alualuan oleh Wakil Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Ibrahim Hashim menyusul kemudian dan diikuti oleh kata alu-aluan Menteri Pelajaran Malaysia yang disempurnakan oleh Dato Noh Omar selaku wakil kepada Dato Sri Hishammudin Tun Hussein. Kemuncak sambutan ialah ucapan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kemudiannya menyempurnakan majlis perasmian. Turut hadir dalam majlis bersejarah tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Dato Dr. Hj. Ahamad Sipon, Timbalan Menteri Pelajaran, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, dan Ketua Setiausaha
>> Bersambung di muka 10

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

>> Bersambung dari muka 9

Kementerian Pelajaran. Pada sebelah petangnya, dua kertas kerja telah disempurnakan pembentangan dengan jayanya, iaitu Memantapkan Penaziran dalam Menghadapi Perubahan Pendidikan oleh Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin, mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Peranan Penaziran dalam Instalasi Kualiti Pendidikan oleh Encik Mohd Rahimi Yusoff dari Universiti Multimedia. Sebelah malamnya diadakan Malam Apresiasi Syahdu. Majlis malam itu diserikan dengan ucapan Puan Hajah Fouziah Abdul Majid, Ketua Sektor Kurikulum sebagai wakil warga JNS yang akan bersara dan ucapan Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi), Tuan Haji Ibrahim Hashim. Dalam majlis yang sama juga, Encik Hasan Mahmud, mantan Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar) telah berkongsi idea dan pandangan tentang masa hadapan JNS dalam slot Dinner Talk. Pembentangan kertas kerja disambung pada hari ketiga dengan pembentangan oleh Her Majestys Chief Inspector, Encik Maurice Smith dengan tajuk Towards Inspection of Schools of Tomorrow diikuti oleh Penaziran untuk Pembangunan Modal Insan oleh Profesor Dato Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid. Majlis penutupan sambutan Jublis Emas JNS kemudiannya telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Dato Dr. Hj. Ahamad Sipon. Harapkan pagar, pagar memakan padi, harapkan sokongan, sokong membawa rebah. - Pepatah Melayu The greatest motivational act one person can do for another is to listen. - Pepatah Inggeris

DATO SRI MOHD NAJIB SAMPAIKAN ANUGERAH NAZIR


TIMBALAN Perdana Menteri, Dato Sri Mohd. Najib Tun Razak menyampaikan enam anugerah Jemaah Nazir Sekolah (JNS) kepada staf profesional dan sokongan yang telah menyumbangkan khidmat bakti cemerlang kepada organisasi JNS pada 15 Ogos 2006 sempena Sambutan Jubli Emas JNS di Hotel Eastin, Petaling Jaya. Ketua Nazir Negeri Kedah, Puan Rokiah Ismail menerima Anugerah Perkhidmatan Lestari, Ketua Nazir Negeri Perlis, Tuan Haji Yusof Hamid menerima Anugerah Khidmat Cemerlang, dan Dr. Shafie Haji Ligom dari JNS Sarawak menerima Anugerah Sumbangan Profesional. Puan Zurina Tan Abdullah @ Tan Mui Khuang, nazir dari JNS Cawangan Kuching, Sarawak terpilih untuk Anugerah Penglibatan Aktif, sementara Tuan Haji Jumali Haji Sidek dari JNS Melaka menerima Anugerah Inovasi Penaziran. Anugerah Staf Cemerlang pula diterima oleh Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) JNS, Puan Timah Mustam.

Dato Sri Mohd Najib menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Lestari kepada Puan Rokiah Ismail di Hotel Eastin, Petaling Jaya pada 15 Ogos 2006.

Puan Zurina Tan Abdullah menerima Anugerah Penglibatan Aktif.

Ketua Nazir Negeri Perlis, Tuan Haji Yusof Hamid (kanan) menerima Anugerah Khidmat Cemerlang.

Dato Sri Mohd Najib menyampaikan Anugerah Inovasi Penaziran kepada Tuan Hj Jumali Sidek.

Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) JNS, Puan Timah Mustam (kanan) menerima Anugerah Staf Cemerlang daripada Dato Sri Mohd Najib.

10

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

SK Sri Suria 3 Tanah Merah Johan Anugerah Kualiti


Oleh: Ghulam Sarver Mobarak Ali SEKOLAH Kebangsaan Sri Suria 3, Tanah Merah, Kelantan muncul johan dalam pertandingan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran (AKMP) Tahun 2006. Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin Mohd Dom berkata, SK Sri Suria 3 telah memenangi tempat tertinggi dalam kategori Sekolah Rendah Luar Bandar. Pemenang-pemenang tempat pertama yang lain, ujar Tuan Haji Alimuddin ialah SJKC Tung Hua, Sibu (Kategori Sekolah Rendah Bandar), SMK Sultan Badlishah, Kulim (Kategori Sekolah Menengah Bandar), SMK Tambunan, Sabah (Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar) dan SK Ulu Lubai, Limbang, Sarawak (Kategori Sekolah Pedalaman). Pemenang johan yang lain ialah SM Teknik Kudat, Sabah (Kategori Sekolah Menengah Teknik) dan SM Sains Kota Kinabalu, Sabah (Kategori Sekolah Berasrama Penuh). Tuan Haji Alimuddin seterusnya menjelaskan, tiada pemenang tempat pertama bagi Kategori Sekolah Pendidikan Khas. Bagi kategori ini, Sekolah Pendidikan Khas Alma Pulau Pinang dipilih menduduki tempat kedua, ujarnya. Bercakap lebih lanjut mengenai AKMP, Tuan Haji Alimuddin berkata, pada tahun ini sebanyak 46 sekolah yang mewakili lapan kategori sekolah telah diperakukan oleh Jemaah Nazir Negeri dengan kerjasama Jabatan-Jabatan Pelajaran Negeri untuk dinilai pada peringkat kebangsaan. Daripada jumlah itu, sebanyak 21 sekolah telah diperakukan layak diberi anugerah tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori. AKMP, ujarnya, bertujuan memberi penghargaan kepada sekolah-

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah adalah antara aspek yang diperhatikan semasa penilaian Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran (AKMP) dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah (JNS). Gambar di atas dirakam pada Julai 2006 di salah sebuah sekolah yang dinilai di Sarawak. - Gambar hiasan.

Jadual 1: Pemenang AKMP 2006


Kedudukan Kategori Pertama Sekolah Rendah Bandar SJKC Tung Hua Jalan Tun Openg 96000 Sibu Sarawak SK Sri Suria 3 Tanah Merah Kelantan SMK Sultan Badlishah Kulim Kedah SMK Tambunan Tambunan Sabah SK Ulu Lubai Kampung Ulu Lubai Limbang Sarawak SM Teknik Kudat Kudat Sabah SM Sains Kota Kinabalu, Kota Kinabalu Sabah (Tiada Pemenang) Kedua SK Desa Pandan Jalan 4/76 Desa Pandan Kuala Lumpur SK Bakri Batu 5, Muar, Johor SMK (P) St. George Pulau Pinang SMK Bukit Saujana Port Dickson Negeri Sembilan (Tiada Pemenang) Ketiga SK St. Annes Convent Kulim Kedah SK Kedawang Langkawi Kedah SMK Puteri Seremban Negeri Sembilan SMK Bakong Miri Sarawak (Tiada Pemenang)

Sekolah Rendah Luar Bandar Sekolah Menengah Bandar Sekolah Menengah Luar Bandar Sekolah Pedalaman

Sekolah Menengah Teknik Sekolah Berasrama Penuh/SMAP/SMKA/ Kawalan JPN Sekolah Pendidikan Khas

SM Teknik Pengkalan Chepa Kelantan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar Perak SPK Alma Pulau Pinang

SM Teknik Sibu Sibu Sarawak SMK Agama LATI Pasir Mas Kelantan SPK Princess Elizabeth Johor Bharu Johor

sekolah yang mengamalkan pengurusan berkualiti yang menyeluruh ke tahap cemerlang dan menggalakkan persaingan yang sihat antara sekolahsekolah. Pada keseluruhannya, sekolah-sekolah yang terpilih untuk bertanding dalam AKMP Tahun 2006 telah membuktikan daya usaha dan kegigihan kepimpinan dan warga sekolah membangunkan kecemerlangan dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah, kata Tuan Haji Alimuddin.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

11

Foto: Ghulam Sarver Mobarak Ali

Encik Hasan Bersara Setelah Berkhidmat 34 Tahun


ucapannya berkata, Encik Hasan berpengalaman luas, kreatif dan mempunyai banyak idea. Walaupun akan bersara, JNS akan sentiasa berhubung dengan Encik Hasan untuk mendapatkan pandangan beliau dalam pelbagai perkara, ujarnya. Encik Hasan dalam ucapan balas menyatakan, beliau bertuah berkhidmat dengan Tuan Haji Alimuddin yang dikenalinya semasa mengikuti kursus di United Kingdom pada pertengahan tahun 2002. Saya melihat suatu keistimewaan di JNS dengan kehadiran Tuan Haji Alimuddin. JNS kini menjadi sangat dikenali dan terus dihormati, ujarnya. Beliau gembira para nazir dapat memberikan perkhidmatan terbaik dengan bekerja secara satu pasukan. Encik Hasan dilahirkan pada 7 Julai 1950 di Pasir Puteh, Kelantan. Beliau
Encik Hasan Mahmud

TIMBALAN Ketua Nazir Sekolah (Dasar), Encik Hasan Mahmud yang berkhidmat hampir 34 tahun dalam perkhidmatan awam diraikan dalam majlis perpisahan Jasamu Dikenang pada 6 Julai 2006 di Aras 5, Blok E15, Putrajaya. Hampir 200 warga Jemaah Nazir dari Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor hadir pada majlis tersebut. Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin Mohd Dom dalam

belajar di SK Lelaki Pasir Puteh (1957 - 1962). Pada 1963 - 1967, Encik Hasan menuntut di SM Kamil, Pasir Puteh, Kelantan sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur dalam Tingkatan 6 (1968 - 1969). Beliau lulus dari Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Melayu pada 1972. Encik Hasan telah berkhidmat di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur dan Pahang. Beliau turut berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia, Washington DC pada 1 April 1990 hingga 30 Julai 1993. Beliau berkahwin dengan Puan Maimun Baba pada 14 April 1974. Mereka dianugerahi tiga orang anak lelaki, Hasmul Fadhly, 30, Hasnul Hadzree, 26 dan Hasnul Hadzreen, 14.
Encik Hasan menerima cenderamata berupa pokok orkid daripada Ketua Nazir WP Kuala Lumpur, Puan Ee Hong semasa majlis Jasamu Dikenang pada 6 Julai 2006 di Putrajaya.

12 BULETIN CANANG NAZIR BIL 1/2007 12 BULETIN CANANG NAZIR - - BIL 1/2007

Foto: Ghulam Sarver Mobarak Ali

Foto: Ghulam Sarver Mobarak Ali

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI IBRAHIM HASHIM


PUTRAJAYA, 12 September 2006 Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi), Tuan Haji Ibrahim Hashim diraikan dalam majlis khas sempena persaraan beliau daripada perkhidmatan awam di bilik Mesyuarat Alamanda, JNS di sini. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin Mohd. Dom, staf profesional dan sokongan. Isterinya Puan Azizah Hashim turut hadir. Tuan Haji Ibrahim yang dilahirkan pada tahun 1950 berasal dari keluarga petani. Anak kelima daripada enam adik beradik, beliau merupakan satu-satunya anak yang mendapat pendidikan tinggi. Pendidikan awalnya diperoleh di Sekolah Kebangsaan Kodiang dan pendidikan menengah di SMK Sultan Abdul Halim, Jitra. Seterusnya, beliau berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Isterinya, Puan Azizah binti Hashim, sekarang bertugas sebagai guru di SMK Seri Indah, Serdang. Beliau adalah lulusan Universiti Malaya pada tahun 1975 dalam bidang ekonomi. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, anak pertama

Tuan Haji Ibrahim menerima cenderamata kenangan daripada Ketua Sektor Teknologi Maklumat, Tuan Haji Mohd. Lazim Idris.

Farahida, seorang doktor perubatan lulusan Lancaster University, United Kingdom. Anak kedua Mohd Azrai, jurutera lulusan UiTM dan ketiga Yasmin, jurutera mekanikal yang mendapat pendidikan di Kolej Univeristi Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Anak bongsunya, Thuraya masih belajar dalam Tingkatan 4 di SMK Seri Indah, Serdang. Tuan Haji Ibrahim bertugas sebagai Guru Penolong pada tahun 19741983. Antara tahun 1984-1992 beliau bertugas sebagai Guru Penolong Kanan dan antara tahun 1993-2000 dilantik menjadi Pengetua. Seterusnya, beliau dilantik sebagai Ketua Nazir Negeri Kedah pada tahun 2001 sebelum berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi) mulai Julai 2005. Tuan Haji Ibrahim amat mengagumi kepimpinan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antara kata-katanya yang tidak dapat dilupakan ialah jangan terlalu mengharap kepada orang lain dalam memimpin sesuatu organisasi, tetapi berfikir dan melaksanakannya sendiri adalah

lebih baik. Selain itu, beliau turut mengagumi kepimpinan bekas Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew. Tahun-tahun paling indah bagi Tuan Haji Ibrahim adalah ketika menjadi guru biasa. Ditanya mengenai kaedah berkesan mengubah sikap negatif staf dan murid, Tuan Haji Ibrahim mengatakan, beliau cuba mengasuh mereka dan melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Tuan Haji Ibrahim amat menyayangi guru Matematik yang mengajarnya semasa di Tingkatan 4. Guru berkenaan amat mesra, memberi layanan yang adil kepada semua pelajar, dan pengajarannya mudah difahami. Apabila ditanya mengenai lawatan beliau ke sekolah-sekolah sebagai nazir, Tuan Haji Ibrahim berkata, pemimpin sekolah (Pengetua dan Guru Besar) yang gagal menjalankan tugas ialah mereka yang kurang ilmu dan kurang mendapat pendedahan

Tuan Haji Ibrahim Hashim mengetip kad perakam waktu terakhir diperhatikan oleh Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin Mohd Dom.

>> Bersambung di muka 25

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

13

DATO NOH OMAR LANCAR BUKU STRATEGI PENGAJARAN GURU CEMERLANG


bertemakan Guru Cemerlang Penyuluh Profesion Keguruan. Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin Mohd Dom berkata, kejayaan JNS membukukan hasil penulisan 14 Guru Cemerlang DG48DG54 adalah hasil Bengkel Penulisan Guru Cemerlang yang diadakan oleh JNS pada 12-15 Jun lalu. Strategi pengajaran mereka telah didokumentasikan untuk membantu guru mengatasi masalah pembelajaran dalam subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Pendidikan Moral, Perdagangan, Biologi, Kimia, dan Pengajian Am, ujarnya. Kata Haji Alimuddin, Saya mengagumi semangat dan keprihatinan guru cemerlang mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar. Gurulah penyumbang besar kemajuan pendidikan kerana mereka terlibat secara langsung mendidik pelajar di kelas, jelasnya lagi. Usaha murni dan kreativiti guru cemerlang menjana idea untuk membantu dan memudahkan pelajar menguasai ilmu amat disanjung. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan (PKIP) JNS, Encik Ghulam Sarver Mobarak Ali yang juga Ketua Editor buku tersebut berkata, inspirasi menganjurkan bengkel penulisan itu datang daripada Tuan Haji Alimuddin sendiri. Beliaulah yang memberikan pandangan supaya hasil perbengkelan itu diterbitkan agar khazanah ilmu dapat disebarkan dengan lebih meluas lagi, khususnya di kalangan guru, ujarnya. Kata Encik Ghulam Sarver, pesertapeserta bengkel telah diberikan input aspek penghasilan penulisan bermutu oleh beberapa orang penceramah yang diundang dari JNS dan pihak lain untuk memantapkan penulisan guru cemerlang. Penulisan yang menggabungkan pelbagai teori pembelajaran dan motivasi akan dapat membantu pembaca mengaplikasikan kaedah dan strategi dengan lebih berkesan lagi, jelasnya.

SEREMBAN, 29 November 2006 Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Noh Omar melancarkan buku Strategi Pengajaran Guru Cemerlang yang diterbitkan oleh Jemaah Nazir Sekolah (JNS). Buku setebal 180 muka surat itu dilancarkan ketika beliau merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Tahun 2006 di Hotel Royal Adelphi, yang

KPPM HARGAI SUMBANGAN JNS


PETALING JAYA, 16 Ogos 2006 Ketua Pengarah Pelajaran Dato Dr. Ahamad Sipon melahirkan penghargaan kepada Jemaah Nazir Sekolah (JNS) yang sentiasa menyumbang kepakaran sepanjang 50 tahun lalu untuk menjamin kecemerlangan institusi pendidikan negara. Sesungguhnya, Kementerian Pelajaran menyampaikan penghargaan dan syabas terhadap komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua Nazir Sekolah semasa menjalankan tugas. Dalam menempuh perubahan dan cabaran sepanjang tempoh tersebut segala kepakaran yang dijana telah menjadikan JNS sebuah badan Oleh: Ghulam Sarver Mobarak Ali pemastian kualiti yang unggul dan diyakini, ujar beliau ketika menyampaikan ucapan penutupan Persidangan Sambutan Jubli Emas (1956 - 2006) JNS di Hotel Eastin di sini hari ini. Saya amat yakin dengan rekod pencapaian JNS sepanjang 50 tahun dalam penaziran. Sudah pasti penghasilan dapatan dan laporan berkualiti yang dikemukakan mampu memberi impak terhadap pencapaian sekolah dan institusi yang diperiksa, ujarnya. Walau bagaimanapun, Dato Dr. Ahamad Sipon mengingatkan, dalam meniti pencapaian yang lalu, Nazir Sekolah perlu membuat muhasabah diri serta meneliti setiap kejayaan, kelemahan, atau kegagalan program. Keperluan mengukuhkan kekuatan serta mengatasi kelemahan kendiri amat perlu. Nazir tidak boleh rasa selesa dengan kompetensi yang ada, ujar beliau lagi. Hampir 300 orang nazir dari seluruh negara berhimpun di sini selama tiga hari bermula 14 Ogos lalu. Sebelum itu, perasmian persidangan telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak pada 15 Ogos.

14

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

KENDERAAN JNS BANTU PEMBELAJARAN AMALI


Oleh: Dr. Ghani Ismail KUALA TERENGGANU 16 Januari 2007- Majlis ringkas penyerahan kenderaan JNS Terengganu (Pajero) yang telah dihapus kira kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu telah diadakan di Jabatan Pelajaran Terengganu (JPT) pada 15 Januari 2007, pukul 3.00 petang. Dalam majlis tersebut, kunci kenderaan pacuan empat roda (Pajero) dengan nombor pendaftaran WCA 6658 telah diserahkan oleh nazir sekolah, Encik Ramli bin Abdullah sebagai mewakili Ketua Nazir Negeri bagi pihak JNS, kepada Tuan Hj. Alias bin Sembok, Pengetua SMK Sungai Tong dengan disaksikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPT, Tuan Hj. Wan Hussin bin Hj. Wan Awang yang mewakili Pengarah Pelajaran Terengganu.

Pihak SMK Sungai Tong telah memohon secara rasmi kenderaan tersebut untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran amali mata pelajaran vokasional (MPV) yang ditawarkan di sekolah tersebut.

Encik Ramli Abdullah (kanan) menyerahkan kunci kenderaan pacuan empat roda kepada Tuan Hj. Alias bin Sembok, Pengetua SMK Sungai Tong dengan disaksikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPT, Tuan Hj. Wan Hussin Hj. Wan Awang.

KUDA KEPANG ALA SELAT TEBRAU


kepada versi kontemporari mengikut kesesuaian situasi dan rentak muzik yang digunakan sebagai latar persembahan. Tarian ini menceritakan kisah hidup seorang puteri raja yang diganggu oleh kuasa jahat. Seorang pahlawan Jawa telah ditugaskan untuk mengawal keselamatan puteri dan istana bersama-sama empat orang pengawal istana. Persembahan ini diadakan bagi memeriahkan lagi Sambutan Jubli Emas Jemaah Nazir Sekolah selain mencungkil bakat di kalangan Nazir Sekolah yang selama ini begitu sibuk dengan tugas penaziran.
Persembahan kuda kepang dari Jemaah Nazir Sekolah Negeri Johor.

PETALING JAYA, 15 0gos 2006 Jemaah Nazir Negeri Johor telah mengadakan persembahan Tarian Kuda Kepang sempena Sambutan Jubli Emas yang diadakan di Eastin Hotel, Petaling Jaya bermula dari 13

Ogos hingga 16 Ogos 2006. Seramai tujuh orang Nazir Sekolah terlibat dalam mempersembahkan tarian tersebut. Tarian Kuda Kepang ini telah diubah suai dari versi asal

Prasyarat utama bagi memastikan kejayaan kepemimpinan berwawasan tercapai adalah dengan mewujudkan elemen KEYAKINAN. - Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

15

JASAMU TETAP DIKENANG


JOHOR BAHRU, 15 Julai 2006 Jemaah Nazir Sekolah Negeri Johor kehilangan seorang kakitangan yang berdedikasi berikutan bersaranya Puan Rubiah Salehan setelah bertugas hampir 30 tahun bermula daripada 1 Disember 1976 hingga tahun 2006. Jamuan perpisahan ringkas telah diadakan di New York Hotel, Johor bagi mengenang jasa dan khidmat beliau dalam membantu melicinkan urusan di Jemaah Nazir Sekolah Negeri Johor sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Ketua Negeri Johor, Tuan Haji Mortadza Alop dalam ucapan penghargaannya mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan Puan Rubiah.

Gunakan peluang dan kelapangan untuk menanam budi supaya menjadi simpanan semasa kita memerlukannya. - Hukama

Ketua Nazir Negeri Johor, Tuan Haji Mortadza Alop sedang menyampaikan cenderahati kepada Puan Rubiah bt Salehan.

Seminar Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Dimanfaat Guru Sandakan


Oleh: Khamis Jasman JEMAAH Nazir Sekolah Cawangan Sandakan, Sabah menganjurkan Seminar Pengurusan Panitia Mata Pelajaran daerah Sandakan pada 1 November 2006 di Sabah Hotel, Sandakan. Seminar sehari itu telah dihadiri oleh seramai 68 guru daripada 65 buah sekolah daerah Sandakan. Perasmian penutupan disempurnakan oleh Ketua Nazir Negeri Sabah, Puan Hajah Aminah Mursally. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil Pegawai Pelajaran Gabungan Sandakan, Puan Munah Masri, Pengetua-Pengetua, Guru-Guru Besar Sekolah Angkat Jemaah Nazir Sekolah, dan GuruGuru Besar dari Sekolah Harapan Negara 2006. Menurut penyelaras seminar, Puan Rina Jasmi yang juga nazir Cawangan Sandakan, antara objektif utama seminar tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru-guru kanan panitia mata pelajaran tentang pengurusan Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan maklumat pengurusan panitia di sekolah. Puan Hajah Aminah Mursally pula dalam ucapannya berharap guru
Puan Hajah Aminah Mursally menyampaikan ucapan perasmian penutupan seminar sehari itu.

yang telah mengikuti seminar ini dapat menguruskan panitia mata pelajaran yang berkesan di sekolah mereka. Beliau berharap agar pengetua dan guru besar dapat menjalankan pengurusan sekolah berpandukan SKPM. Pegawai-pegawai Jemaah Nazir Cawangan Sandakan, iaitu Encik Yap Kok Yam, Encik Michael Tan, dan Puan Rina Jasmi turut

menyampaikan ceramah dalam seminar ini. Luck is what happens when preparation meets opportunity - Elmer Letterman The world is divided into people who do things and people who get the credit. - Dwight Morrow

16

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

Pengalaman Berkursus Advanced Leadership & Management Programme


Oleh: Haji Alimuddin Haji Mohd Dom HATI saya berdebar apabila menerima surat daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang menyatakan saya telah terpilih untuk mengikuti kursus Advanced Leadership & Management Programme selama hampir sebulan, iaitu mulai 14 Ogos hingga 8 September 2006. Perasaan berdebar bercampur rasa gembira kerana saya difahamkan oleh rakan-rakan yang pernah mengikuti kursus ini bahawa kursus ini sangat mencabar dan merupakan kursus yang disesuaikan khas untuk pegawai-pegawai kanan Perkhidmatan Awam di Negara kita. Perasaan gembira pula terasa kerana sebagai pegawai kanan, kursus ini perlu dihadiri bagi melengkapkan salah satu syarat bagi pengesahan jawatan JUSA. Langkah awal yang diambil adalah untuk membuat persiapan bagi menghadiri kursus dari segi pakaian dan kelengkapan harian. Saya juga mencari bahan-bahan bacaan dan rujukan yang berkaitan dengan perkhidmatan awam, tugas harian dan bacaan umum kerana daripada maklumat awal yang disampaikan peserta kursus dikehendaki menyediakan beberapa esei secara individu dan berkumpulan. Latihan Jasmani dan Kembara Hutan Isnin, 14 Ogos 2006 jam 11 pagi, saya menjejakkan kaki kali pertama di INTAN Cawangan Utara, Sungai Petani (INTURA). Kedatangan kami disambut oleh Pengarah dan pegawai-pegawai INTURA. Selepas diberikan taklimat, kami seramai 30 orang peserta terus dibawa ke makmal komputer untuk menjalani ujian psikologi dan kepimpinan melalui Taylor-Johnson Temperament Analysis (TIJA) Questionnaire. Ujian tersebut dijalankan melalui sistem komputer yang dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA. Kami dijanjikan untuk diberikan analisis ujian, iaitu untuk melihat apakah bentuk sikap dan kepimpinan setiap peserta. Bentuk kursus selama empat hari di INTURA ini diisi dengan aktiviti ice breaking iaitu berkenalan sesama peserta dan latihan jasmani. Pada hari Rabu, 16 Ogos 2006 kami semua mengikuti aktiviti yang mencabar, iaitu kembara hutan di Pengkalan Hulu, Perak. Kembara ini bermula dengan menempuh kawasan belukar dan hutan. Paling mencabar ialah memasuki Gua Telinga; peserta mengharungi anak sungai di dalam gua yang kecil dan gelap. Semua peserta telah berjaya dan kelihatan gembira mengikut aktiviti tersebut walaupun ramai yang melecet kaki dan sangat keletihan kerana tidak biasa dengan kembara tersebut. Aktiviti di Intan Bukit Kiara Pada hari Khamis, 17 Ogos 2006 kami semua menaiki bas ke INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan mendaftar di Asrama Anggerik. Jumaat 18 Ogos 2006 kursus dimulakan dengan ceramah oleh Prof. Quinn Mills dari Universiti Darvard dengan tajuk Leadership in Challenging Times. Setiap pagi peserta dikehendaki membincangkan bahan yang terkandung dalam buku The World is Flat oleh Thomas L. Friedman selama 10 minit setiap orang. Aktiviti harian dipenuhi dengan ceramah oleh pakar-pakar dari pelbagai bidang antaranya ialah Puan Lee Meng Foon bertajuk Case Study Analysis, Datuk Rafiah Salim (Universiti Malaya) Leading Organisational Change, Dr. Muhammad Uthman El Muhammady, Integrity in Work Ethics, Prof Dr. Muhammad Naquib Al Attas Ethics and Morality dan Dr. K. Govindan (JPM) bertajuk Economic Challenges and Solution. Selain itu, peserta kursus juga berpeluang mendengar ceramah oleh Dato Prof. Shamsul Amri, Dato Johan Jaafar, Tan Sri Amrin Buang dan Tan Sri Nuraizah. Selain itu, Pegawai-Pegawai JPA juga turut memberikan ceramah, iaitu Tan Sri

Haji Alimuddin Mohd Dom

Ismail Adam, Dr. Haji Ismail Alias dan Encik Mohd Zain Mohd Dom. Semua ceramah yang diberikan telah dapat memberikan input dan pengetahuan baru kepada peserta. Kursus ini dikatakan mencabar kerana setiap peserta dikehendaki menyediakan lima buah esei, iaitu dua secara individu dan tiga lagi secara berkumpulan. Peserta juga dikehendaki terlibat dalam public speaking selama 15 minit dengan tajuk-tajuk yang telah ditetapkan oleh penganjur kursus. Terdapat juga tiga persembahan berkumpulan yang memerlukan persediaan rapi, iaitu persembahan kertas projek yang mengambil masa selama satu jam bagi setiap kumpulan. Semua aktiviti termasuk esei menggunakan Bahasa Inggeris. Lawatan Korporat ke Finland Seperti kumpulan-kumpulan sebelumnya, kursus ini melibatkan juga lawatan ke luar negara bagi meluaskan pengetahuan di samping sebahagian daripada kerja kursus. Kumpulan ini dianggap bertuah kerana lawatan kerja kali ini adalah sebuah negara yang jauh, iaitu Finland. Lawatan selama lima hari ini bermula pada 26 Ogos hingga 1 September 2006. Perjalanan sangat meletihkan, iaitu 13 jam dari Kuala Lumpur ke London dan disambung selama tiga jam lagi
>> Bersambung di muka 18

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

17

Foto: Ghulam Sarver Mobarak Ali

>> Bersambung dari muka 17

ke Helsinki, Finland. Di kota Helsinki, kami dibawa melawat ke beberapa jabatan dan kementerian, iaitu Ministry of Justice; taklimat yang disampaikan menekankan tentang integriti, transparensi dan korupsi, Association of Finnish Local and Regional Authorities dan VVT Technical Research. Banyak ilmu dan pengetahuan baru yang diperoleh melalui lawatan tersebut kerana Finland merupakan antara negara yang termaju di dunia. Lawatan ke Finland dianggap tidak lengkap sekiranya tidak melawat ke Ibu Pejabat NOKIA, iaitu pengeluar sistem telekomunikasi yang terbesar di dunia. Kami diberikan taklimat tentang sejarah, perkembangan ciptaan terkini keluaran NOKIA dan diberi peluang melihat pameran peralatan telekomunikasi lama hingga terkini serta serba canggih itu. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah menyambut hari kemerdekaan di kediaman rasmi Duta Malaysia di Helsinki. Jemputan yang hadir terdiri daripada kakitangan kedutaan, ahli perniagaan, pelajar dan wakil kedutaan asing. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti acara menaikkan bendera Jalur Gemilang. TYT Syed Sultan Idris, Duta Malaysia di Finland memberikan ucapan alu-aluan dan menerangkan perkembangan terkini tentang Malaysia kepada jemputan asing kemudian diikuti dengan jamuan makan. Kesimpulan Pada pandangan saya, kursus hampir sebulan ini merupakan kursus yang paling menarik dan mencabar yang pernah saya ikuti. Cabaran yang dimaksudkan ialah aktiviti padat yang disediakan oleh pihak penganjur menyebabkan peserta perlu mengikutinya sepanjang masa dengan perancangan yang rapi dan sepenuh hati. Banyak ilmu dan pengalaman baru diperoleh di samping dapat berkenalan dengan peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang perkhidmatan. Sesungguhnya kursus sebegini perlu juga diberikan kepada pegawai-pegawai awam lain kerana didapati sangat berfaedah dan berkesan. Terima kasih kepada INTAN.

PEMERIKSAAN BERTEMA j-QAF 2006


Oleh: Wan Azhari Mohamad

Guru j-QAF Mohd Fauzi Sarip membuat penilaian amali wuduk dalam Program Kem Bestari Solat.

KUCHING, 2 Oktober 2006 - Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pendidikan Islam, Jemaah Nazir Sekolah (JNS), Tuan Haji Abdullah Salleh menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua nazir Pendidikan Islam kerana berjaya menjalankan pemeriksaan bagi pelaksanaan Program j-Qaf 2006 pada 17 Julai sehingga 8 September 2006. Bermula Januari 2005, Program jQAF telah dilaksanakan meliputi 1221 buah sekolah rendah di seluruh negara menggunakan kurikulum dan model-model pengajaran yang merangkumi Model Kelas Pemulihan Jawi, Model Enam Bulan Khatam Al Quran, Model Tasmik, Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi, dan Model Kem Bestari Solat. Saya dapati pemeriksaan ini berjalan dengan lancar dan baik, malah kerjasama dan komitmen daripada pihak pengurusan sekolah dan guru j-QAF adalah tinggi, ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Mesyuarat Penyatuan Data Dan Draf Penyediaan Laporan

Pemeriksaan Pengurusan Program jQAF 2006 di sini. Mesyuarat yang diadakan pada 2 hingga 5 Oktober 2006 di Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak turut dihadiri oleh Ketua Sektor Kurikulum JNS, Puan Fouziah Abd. Majid dan nazir Pendidikan Islam dari JNS Ibu Pejabat, Kedah, Terengganu, Cawangan Raub, Sarawak, dan Sabah. Sebanyak 87 buah sekolah yang terlibat dengan program j-QAF bagi Kohort Pertama telah diperiksa. Pemeriksaan ini meliputi sekolah bandar dan luar bandar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Setiap orang berfikir untuk mengubah masyarakat tetapi tidak siapa berfikir untuk mengubah dirinya. - Leo Tolstoy Life is short, but its long enough to ruin any man who wants to be ruined. - Josh Billings

18

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

PERANAN JNS SANGAT SIGINIFIKAN


Oleh: Ghulam Sarver Mobarak Ali PETALING JAYA, 15 Ogos 2006 Jemaah Nazir Sekolah (JNS) mempunyai peranan yang sangat signifikan bagi memastikan kualiti dan standard sistem pendidikan negara terus mantap, terjamin, dan terpelihara. Demikian dinyatakan oleh Menteri Pelajaran, Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein dalam ucapan sempena Majlis Perasmian Persidangan Sambutan Jubli Emas, Jemaah Nazir Sekolah di Hotel Eastin di sini. Teks ucapan itu dibacakan oleh Timbalannya, Dato Noh Haji Omar. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Puan P. Komala Devi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Dato Dr. Zulkurnain Haji Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Dr. Ahamad Sipon. Hari ini peranan JNS bukan sahaja sekadar memeriksa bagaimana guru melaksanakan proses pengajaran di dalam kelas, tetapi turut melihat bagaimana kepimpinan sekolah dan guru-guru melaksanakan tanggungjawab mendidik pelajar di luar kelas serta cara mereka mentadbir dan mengurus sekolah; termasuklah mengendalikan permintaan dan kerenah ibu bapa, ujarnya. Beliau menegaskan, pemeriksaan JNS dapat membantu Kementerian Pelajaran menilai tahap keupayaan guru dan pentadbir sekolah. Melalui maklum balas JNS, Kementerian Pelajaran boleh mengenal pasti sejauh mana tindakan-tindakan susulan seperti latihan, penguatkuasaan, hukuman, ganjaran dan pelbagai perubahan di dalam pengajaran, pembelajaran serta pentadbiran dapat dibuat, kata Dato Sri Hishammuddin. Tegas Dato Sri Hishammuddin, cabaran dan peranan yang perlu dimainkan oleh JNS akan menjadi semakin besar pada sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Tempoh RMK-9 merupakan tempoh untuk kita membuat segala persiapan, menambah baik segala pendekatan dan meletakkan asas yang cukup untuk reformasi pendidikan sepenuhnya menjelang tahun 2020. Saya yakin dengan pengalaman selama 50 tahun, JNS sebagai guardian of educational standards akan dapat membimbing dan membentuk para guru dan pentadbir sekolah melaksanakan tanggungjawab dan peranan mereka untuk melonjakkan sistem pendidikan ke tahap dunia, tegas Dato Sri Hishammuddin.

Pengikut Baik Sedia Memikul Amanah


Oleh: Ghulam Sarver Mobarak Ali PUTRAJAYA, 6 Oktober 2006 - Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin Mohd Dom berkata, pengikut yang baik sentiasa mempercayai bahawa semua tugas adalah penting dan bersedia memikul amanah dan tanggungjawab tanpa memperkecil atau menganggapnya tidak penting. Pengikut yang baik ini akan bersikap positif dan seronok dengan kerja mereka, ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada perhimpunan bulan Oktober 2006 yang dihadiri oleh lebih 200 orang staf profesional dan sokongan Jemaah Nazir Sekolah (JNS), di sini. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Nazir Sekolah, Puan Jariah Napiah dan Tuan Haji Mokhy Saidon. Kata Tuan Haji Alimuddin, pengikut yang bersifat negatif apabila diberikan sesuatu tugasan lebih cenderung untuk tidak bersetuju dan memikirkan kegagalan projek. Sebaliknya, pengikut yang baik sentiasa optimis. Pengikut yang baik bukan sahaja memikirkan kemungkinankemungkinan yang ada tetapi turut disertai dengan jalan penyelesaian yang boleh diguna, tegasnya. Beliau selanjutnya berkata, yang membezakan antara pengikut yang baik dengan yang tidak baik ialah aspek penerimaan situasi yang bermasalah. Pengikut yang baik menganggap masalah sebagai peluang; yang tidak baik cenderung untuk menerima masalah sebagai membantutkan tindakan, ujarnya. Tuan Haji Alimuddin selanjutnya menyatakan kajian berkaitan dengan aspek kepengikutan amat kurang dikaji. Kajian-kajian lebih bertumpu kepada pemimpin dan kepimpinan. Bidang kepimpinan telah dikaji selama 2,500 tahun yang lalu dan lebih 10,000 kajian telah ditulis mengenainya. Tetapi kajian-kajian tentang kepengikutan baru sahaja bermula, katanya. Tanpa pengikut yang baik tidak banyak yang boleh dilakukan oleh seseorang pemimpin, biar betapa hebat sekalipun dirinya, tegas Tuan Haji Alimuddin.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

19

GURU CEMERLANG PENYULUH PROFESION KEGURUAN


Oleh: Ghulam Sarver Mobarak Ali PADA 27 - 30 November 2006 seramai 300 orang Guru Cemerlang dari seluruh negara berhimpun di Seremban, Negeri Sembilan bagi menghadiri Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Tahun 2006 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Noh Haji Omar. Persidangan yang bertemakan Guru Cemerlang Penyuluh Profesion Keguruan amat bertepatan dengan usaha kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Dato Noh dalam kata alu-aluannya pada buku cenderamata persidangan ini berharap semua Guru Cemerlang yang telah diperakukan kecemerlangan mereka benar-benar menjadi penyuluh dan penyinar yang menerangi dunia pendidikan negara. Dalam persidangan inilah, semua Guru Cemerlang diharapkan dapat menyumbang idea dan memperkembangkan ilmu dalam usaha menambah baik kualiti pendidikan negara, ujarnya. Dato Noh berharap agar Guru-guru Cemerlang dapat menabur bakti dengan penuh amanah dan bertangggungjawab membimbing rakan-rakan guru yang lain agar mereka juga turut serta dalam angkatan kecemerlangan lantas memantapkan profesion keguruan. Kepelbagaian kepakaran yang dimiliki oleh Guru Cemerlang dalam bidang masing-masing hendaklah sentiasa digilap agar dapat menangani pelbagai masalah dan cabaran dalam usaha ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, tegasnya. Ketua Pengarah Pelajaran, Dato Dr. Ahamad Sipon dalam buku yang sama mengatakan, persidangan selama empat hari itu akan membuka ruang kepada Guru Cemerlang dan tokoh pendidikan dalam dan luar negara untuk berkongsi pengetahuan pengalaman. dan mengendalikan aktiviti-aktiviti yang dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan profesionalisme Guru Cemerlang. Menyentuh mengenai Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia di Seremban, beliau berharap program ini akan mengangkat martabat profesion keguruan dalam usaha merealisasikan misi negara melahirkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kreativiti, dan inovasi serta minda kelas pertama. Persidangan kali ini menjanjikan input yang cukup tinggi pengisiannya kerana disertai oleh beberapa orang cendekiawan luar negara, seperti Dr. David Crabbe dari Universiti Wellington, New Zealand dan Profesor Madya Bob Elliot dari Universiti Queensland, Brisbane, Australia. Selain itu, 50 orang Guru Cemerlang turut membentangkan kertas kerja daripada hasil kajian serta penyelidikan mengikut kepakaran bidang mata pelajaran masingmasing. Antara Guru Cemerlang yang membentangkan kertas kerja ialah Noor Ishak Mohd Salleh tentang Easy Math: Pendekatan Baru Teknik Pembelajaran Matematik; Lim Chin Tong, Insights on Teaching the Two Most Difficult Morphemes in the Natural Acquisition Sequence of Morphames; Rani Kurumal mengenai Writing Simple Gramatically Correct Sentences in English, dan Wong Teck Sing, I Can Achieve What I Want To. Guru Cemerlang Suhaimi Yusof memperkatakan tentang Mempertingkatkan Prestasi Fizik; Wong See Lee mengenai Kaedah Pendaraban Cepat dan Tan Khau Ann menyentuh Kaedah Using Cooperative Learning Structures to Teach Mathematics. Perkongsian ini seharusnya menjana cetusan minda yang lebih bermutu kepada diskusi intelektual dalam membina ilmu berkaitan amalan pengajaran dan pembelajaran yang segar dan berkualiti. Medan diskusi akan membolehkan Guru Cemerlang menyaring maklumat serta input kritikal dalam membina tabung ilmu, ujar Dato Dr Ahamad Sipon.

Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin Mohd Dom pula berkata, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan penilaian calon Guru Cemerlang terhadap guru yang menepati kriteria kecemerlangan yang telah ditetapkan. Proses pemilihan yang adil dan berkualiti yang dijalankan sejak tahun 1994 telah mengeluarkan Guru Cemerlang yang terdiri daripada guru yang dinaikkan pangkat ke DGA32 (KUP) hingga ke Gred Khas C (KUP), jelasnya. Tuan Haji Alimuddin menegaskan, di samping menjalankan penilaian calon Guru Cemerlang, JNS turut diberi kepercayaan untuk

20

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

PEMANTAUAN KOLABORATIF SEKOLAH KAWASAN SEMBRONG


Oleh: Ishak Arif KLUANG, 22 September 2006 - Satu pemantauan kolaboratif pelaksanaan program PPSMI dan aspek lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dilaksnakan di sekolah-sekolah dalam kawasan Sembrong, Johor mulai 18-22 September 2006. Selain Jemaah Nazir Sekolah, pemantauan ini turut melibatkan bahagianbahagian lain di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, serta Pejabat Pelajaran Daerah Kluang. Pemantauan yang mendapat kerjasama menggalakkan semua pihak, adalah hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 13 Jun yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein. Dalam mesyuarat tersebut, beliau telah memutuskan agar Jemaah Nazir Sekolah melaksanakan pemantauan di sekolah-sekolah kawasan Sembrong. Selain pegawai-pegawai JNS cawangan Sains dan Matematik, pegawai-pegawai JNS dari cawangan lain juga turut terlibat dalam pemantauan tersebut. Pemantauan ini telah melibatkan pegawai-pegawai JNS ibu pejabat serta pegawai-pegawai JNS dari negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur, dan Perak. Turut serta dalam pemantauan ini ialah Tuan Haji Mokhy Saidon, Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi) serta Puan Hajah Fouziah Abdul Majid, Ketua Sektor Kurikulum. Sementara itu, pegawai-pegawai bahagian lain yang turut serta adalah daripada Bahagian Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Buku Teks, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Pembangunan dan Perolehan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru serta Institut Aminuddin Baki. Kesemua pegawai JNS yang terlibat dalam pemantauan tersebut telah menggunakan Instrumen PPSMI/JNS (A-E) 2006 ataupun Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), manakala pegawai-pegawai dari bahagian yang lain menggunakan instrumen lain yang relevan. Dapatan awal pemantauan yang meliputi pelbagai sampel data sekolah di kawasan Sembrong telah dibentangkan oleh KPP cawangan Sains dan Matematik, Encik Shamsuri Sujak kepada pegawai-pegawai PPD Kluang dan JPN Johor pada hari terakhir pemantauan. Keseluruhannya, pemantauan kolaboratif sekolah kawasan Sembrong ini boleh dianggap berjaya mencapai matlamatnya. Pegawai-pegawai yang menyertai pemantauan kolaboratif ini amat berpuas hati kerana selain dapat bertugas dengan penuh dedikasi mereka juga memperoleh pengalaman menaiki kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman murid orang asli dan menikmati roti bakar istimewa di stesen kereta api Kluang.

Selamat Bersara KNN Kelantan


TIDAK pernah terlintas di fikirannya bahawa pada suatu hari beliau akan menjadi seorang nazir sekolah apatah lagi memegang jawatan Ketua Nazir Negeri. Namun, itulah ketetapan Tuhan terhadap hambanya yang bernama Annuar bin Hashim. Tuan Haji Annuar dilahirkan pada 1950 di Gopeng, Perak. Beliau berasal daripada keluarga petani yang besar serta mempunyai sembilan adik beradik, lima daripadanya lelaki. Meskipun dibelenggu kemiskinan, ibu bapanya mempunyai semangat yang kental dan mahu memastikan anak-anak mereka tidak mewarisi pekerjaan dan cara hidup mereka. Tuan Haji Annuar berjaya memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru sebagai guru pelatih dalam opsyen Sains Pertanian dan Matematik pada tahun 1971. Pada 1977, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan meneruskan pelajaran di peringkat sarjana pada 1992 hingga 1994 secara sepenuh masa dalam Bidang Pengurusan Perniagaan. Tamat sahaja kursus perguruan, Tuan Haji Annuar telah ditempatkan mengajar di SMK Badak, Bachok mulai 1973 hingga 1976 dan

Tuan Haji Annuar bin Hashim >> Bersambung di muka 24

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

21

PERASMIAN PERSIDANGAN SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS JNS (1956-2006) DI HOTEL EASTIN, PETALING JAYA 15 OGOS 2006 OLEH TIMBALAN PERDANA MENTERI DATO SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK

DATO SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK (kiri) disambut mesra oleh Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi), Tuan Haji Ibrahim Hashim setibanya beliau untuk merasmikan Persidangan Sambutan Perayaan Jubli Emas JNS di Petaling Jaya pada 15 Ogos 2006. Turut kelihatan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Zulkurnain Hj. Awang (kanan) dan Ketua Pengarah Pelajaran, Dato Dr. Ahamad Sipon (tengah).

NAZIR sekolah bersalaman dengan Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Kelihatan (dari kanan): Encik Shamsuri Sujak, Tuan Haji Yusof Hamid, Tuan Haji Ahmad Foaad Hashim dan Encik Abdul Razak Che Ngah.

DATO SRI MOHD NAJIB bersalaman dengan para nazir sekolah. Kelihatan (dari kanan): Tuan Haji Kamarudin Abu Bakar, Tuan Haji Md. Hasan Abd. Kadir, Tuan Haji Wan Shuaib Wan Mohd, Puan Norhayati Alias dan Puan Hawa Said.

DATO SRI MOHD NAJIB diiringi oleh pasukan bunga manggar ketika masuk ke dewan Hotel Eastin, Petaling Jaya.

22

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

TIMBALAN PERDANA MENTERI, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak melancarkan Sambutan Jubli Emas (1956-2006) Jemaah Nazir Sekolah (JNS) pada 15 Ogos 2006 di Hotel Eastin, Petaling Jaya. Sebelah kirinya ialah Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi), Tuan Haji Ibrahim Hashim.

PENGARAH Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Tuan Haji Ab. Razak Salim (kanan) menyampaikan Sijil MS ISO 9001 Versi 2000 kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Noh Haji Omar. Dato Noh kemudian menyerahkan sijil tersebut kepada JNS yang diwakili oleh Timbalan Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Ibrahim Hashim.

DATO SRI MOHD NAJIB mengatakan sesuatu kepada Pembantu Tadbir Kanan JNS, Puan Norasiah Ahmad Sauki (kiri) ketika menurunkan tanda tangan pada potretnya semasa merasmikan Pameran 50 Tahun JNS di Hotel Eastin, Petaling Jaya 15 Ogos 2006.

SEBAHAGIAN warga Jemaah Nazir Sekolah (JNS) mengikuti ucapan perasmian Sambutan Jubli Emas JNS di Hotel Eastin, Petaling Jaya 15 Ogos 2006.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

23

>> Bersambung dari muka 23

seterusnya ditukarkan ke SMK Rantau Panjang dari 1976 hingga 1977. Selepas menyambung pelajaran pada peringkat ijazah di UKM, beliau ditempatkan di SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas sehingga tahun 1988. Tuan Haji Annuar menjadi Nazir Sekolah pada 16 Julai 1988 di JNS Pahang dan di JNS Kelantan pada tahun 1994 hingga 2003. Beliau dilantik sebagai Ketua Nazir Negeri Terengganu pada tahun 2003 hingga April 2005 dan ditukarkan ke JNS Kelantan pada April 2005. Tuan Haji Annuar menerima Anugerah Khidmat Cemerlang tahun 2005. Tuan Haji Annuar bersara pada 25 Disember 2006. Kenangan manis Tuan Haji Annuar adalah semasa memeriksa sekolah, terutamanya sekolah yang terletak di kawasan pedalaman. Pengalaman bermalam di asrama sekolah yang dilawati amat bermakna dan berharga. Beliau dapat menghayati dan memahami betapa sukarnya guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Beliau selalu mempunyai tanggapan positif terhadap fenomena yang dilaluinya. Tuan Haji Annuar ialah seorang ketua yang berhemah dan tekun bekerja. Beliau merupakan orang pertama yang sampai di pejabat setiap pagi dan merupakan orang terakhir meninggalkan pejabat. Beliau mengamalkan komunikasi pelbagai hala. Beliau gemar akan majlis-majlis ilmu dan sering membuka ruang untuk perkongsian ilmu serta kepakaran. Tuan Haji Annuar suka bergurau dan bersikap mesra terhadap semua kakitangan bawahan dan tetamu yang mengunjungi JNSK. Beliau seorang yang berbakat besar dan mempunyai pelbagai minat. Selain membaca, beliau juga suka akan muzik dan boleh bermain alat muzik dan menyanyi. Tuan Haji Annuar mendirikan rumah tangga dengan Puan Fatimah @ Noriah Yaacob, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong dan dikurniakan empat orang anak serta tiga orang cucu.

ROAD SHOW SEKOLAH BESTARI


Oleh: Ishak Arif

Para Nazir Sekolah yang diketuai oleh Ketua Cawangan Sains dan Matematik, Encik Shamsuri Sujak (dua dari kiri) bergambar kenangan semasa menjalankan program PPSMI di daerah Cameron Highlands, Pahang pada April 2006.

SUBANG JAYA, 14 September 2006 Nazir-nazir Cawangan Sains dan Matematik telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Perancangan Strategik Pelaksanaan PPSMI kepada guru-guru daripada 88 buah Sekolah Bestari di sini. Daripada jumlah tersebut, empat buah Sekolah Bestari terdiri daripada sekolah rendah. Guru-guru yang hadir bermesyuarat ini terdiri daripada Guru Penolong Kanan, Ketua Bidang Sains dan Matematik, Ketua Panitia, dan Guru Penyelaras PPSMI. Mesyuarat ini dianggap berjaya kerana rata-rata peserta berpuas hati dengan kertas-kertas kerja yang dibentangkan serta perbincangan yang dijalankan semasa menjalankan sesi bengkel perancangan strategik. Pesertapeserta mesyuarat telah didedahkan dengan pelbagai maklumat PPSMI melalui sesi pembentangan tujuh kertas kerja yang disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Buku Teks, Lembaga Peperiksaan Malaysia di samping Jemaah Nazir Sekolah sendiri. Peserta-peserta mesyuarat

juga aktif mengemukakan soalan dan pandangan semasa membincangkan isu-isu berkenaan PPSMI. Bagi para nazir dari Cawangan Sains dan Matematik, road show seumpama ini merupakan kali yang kesebelas dilaksanakan dan julung kalinya diadakan untuk Sekolah Bestari. Pada tahun ini, road show yang sama telah diadakan untuk pengetua-pengetua sekolah di Sabah, Kelantan, Pahang, dan Terengganu. Ekoran mesyuarat yang dijalankan ini, suatu pemantauan dan bimbingan pelaksanaan program PPSMI khusus untuk sekolah-sekolah Bestari akan diadakan mulai 15 Ogos hingga 15 November 2006. Pemantauan ini dibuat hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan PPSMI Bil.1/2006 yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran yang memutuskan agar Jemaah Nazir Sekolah menjalankan Pemantauan dan Bimbingan Pelaksanaan Program PPSMI ke semua 88 buah Sekolah Bestari di seluruh negara.

24

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

PUAN JARIAH NAPIAH DILANTIK TKNS (DASAR)


KETUA Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan (PKIP), Jemaah Nazir sekolah, Puan Jariah Napiah dilantik Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar) berkuatkuasa 1 Ogos 2006. Beliau menggantikan Encik Hasan Mahmud yang bersara wajib pada 6 Julai 2006. Puan Jariah dilahirkan pada 11 November 1951 di Selangor. Beliau berkelulusan Sarjana Muda dan Diploma Pendidikan dari UKM pada 1976. Beliau memulakan kerjaya keguruan di SMK Tengku Idris Shah, Kapar pada Jun 1976 - Disember 1980. Pada Januari 1981-1986 beliau berkhidmat pula di SMK (P) Bukit Kuda, Klang sebelum ke SMK Raja Mahadi, Klang (Januari 1987 - April 1988).
Puan Jariah Napiah

memegang jawatan Pengetua di lima buah sekolah: SMK Convent, Klang; SMK Sultan Abdul Samad, Banting, SMK Panglima Garang, Kuala Langat; SMK Dato Hamzah, Pelabuhan Klang dan kembali ke SMK Convent, Klang buat kali kedua. Sebelum berkhidmat di JNS pada 1 Jun 2005, Puan Jariah berkhidmat sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat dan Daerah Klang.
Foto: Rohana Mat Yassin

Puan Jariah berbakat sebagai penulis lirik lagu. Beliau pernah menulis lirik lagu SMK (P) Bukit Kuda, Klang yang masih digunakan sehingga kini. Atas kegigihan beliau, Puan Jariah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 1993, 1999 dan 2005.

Beliau turut berkhidmat di SMK (P) Methodist Klang (1988-1994). Mulai 1 September 1994 hinggalah 31 Oktober 2003, Puan Jariah

PEMILIHAN NAZIR DIBUAT DENGAN TELITI


SHAH ALAM, 31 Mei 2006 - Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom menegaskan pemilihan seseorang untuk menjadi nazir dibuat dengan begitu teliti agar Jemaah Nazir Sekolah (JNS) mempunyai nazir yang berkualiti. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Majlis Pentauliahan Nazir Baru di sini hari ini. Tapisan Permohonan sebagai nazir perlu melalui pelbagai proses tapisan, iaitu sesi temu duga, penilaian pengajaran dan pembelajaran (P&P), kursus orientasi dan program mentor-mentee, jelasnya lagi. Haji Alimuddin menambah, Di JNS, setiap nazir perlu melalui proses orientasi agar mereka tahu hala tuju dan tugas-tugas nazir. Kemudian, mereka perlu menjalani proses mentor-mentee semasa membuat pemeriksaan ke beberapa buah sekolah. Setelah lulus dan betulbetul berpuas hati baharulah mereka layak memperoleh tauliah dan diberi kad kuasa. Seterusnya, mereka boleh pergi ke sekolah untuk membuat pemeriksaan bersendirian. Jemaah Nazir Sekolah (JNS) memerlukan 410 nazir dan kini 350 nazir telah dilantik. Antara Penglibatan JNS dalam agenda pendidikan negara ialah Kelas Intevensi Awalan (KIA2M), Pemeriksaan Kumpulan Amanah Pelajar Miskin (KUAPM), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), menyediakan kertas konsep Sistem Semester untuk dibentangkan di Kementerian Pelajaran Malaysia dan laporanlaporan pemeriksaan. JNS juga telah memperoleh sijil ISO pada 19 Mei 2006 daripada pihak SIRIM.

>> Bersambung dari muka 13

dalam aspek kepimpinan dan pengurusan. Mereka tidak berupaya meraih sokongan orang bawahan, lemah dalam aspek pemantauan dan

penyeliaan serta tidak mengamalkan prinsip utamakan yang lebih utama, tegasnya. Mengenai harapan beliau sebagai pegawai yang bersara pada 8 September, Tuan Haji Ibrahim

mengatakan, beliau berdoa agar sentiasa sihat agar dapat memberikan masa kepada keluarga, termasuk sanak saudara yang jauh.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

25

BULETIN NAZIR
meningkatkan semangat juang dan yakin dengan diri sendiri kerana kedua-dua faktor ini merupakan asas kepada kejayaan. Nazir merupakan seorang individu yang hebat, dihormati dan berkebolehan. Justeru, mereka berperanan membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada para guru. Perkongsian pengetahuan dan kemahiran serta pendekatan berdamping dengan pihak sekolah perlu diamalkan, ujar beliau. Tuan Haji Alimuddin juga memberitahu bahawa beliau menerima maklum balas yang positif tentang Program Sekolah Angkat (PSA) kerana kehadiran nazir ke sekolah telah menjadi pendorong kepada pihak sekolah untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Sebanyak 320 buah sekolah seluruh negara dijadikan sekolah angkat JNS yang bertujuan membantu sekolah menjana kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah.

Tuan Haji Alimuddin Mohd Dom (berkot) bersama-sama peserta Bengkel Penulisan Berita melawat syarikat Utusan Melayu di Kuala Lumpur pada 25 Mei 2006.

SALAK TINGGI, 25 Mei 2006 - Nazir sekolah digalakkan menghasilkan buletin di peringkat negeri masingmasing bagi tujuan hebahan setiap program dan aktiviti yang berkaitan dengan penaziran kepada institusi pendidikan, kata Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin Mohd Dom. Menurut beliau, ini penting bagi memperkenalkan peranan Jemaah Nazir Sekolah (JNS) dalam

memastikan kualiti pendidikan Negara berada pada tahap yang baik dan dalam masa yang sama meningkatkan kualiti aspek penulisan laporan nazir. Bercakap di majlis penutupan Bengkel Penulisan Berita yang dihadiri seramai 25 orang nazir dari seluruh negara anjuran JNS, Tuan Haji Alimuddin juga mengingatkan para nazir sekolah agar

MAJLIS PENTAULIAHAN NAZIR BARU


SHAH ALAM, 31 Mei 2006 - Nazir Sekolah diseru meningkatkan kemahiran dan sentiasa memastikan mereka satu langkah ke hadapan (one step a head) dalam mengekalkan imejnya sebagai satu badan pengawasan yang mengawal selia kualiti pendidikan negara berada pada tahap yang tinggi dan disanjungi. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato Dr. Zulkurnain Hj Awang dalam Majlis Pentauliahan Nazir Sekolah 2006 yang berlangsung baru-baru ini berkata sebagai nazir sekolah, mereka perlu menjaga imej dan sentiasa berfikir untuk melakukan nilai-tambah (value-added) yang boleh dilaksanakan bagi menghasilkan perubahan kepada organisasi pendidikan. Beliau juga berkata Jemaah Nazir Sekolah (JNS) merupakan satu badan penting dalam membantu kerajaan menjayakan Agenda Pendidikan Negara. Menurut beliau lagi, aspek pelaksanaan sesuatu program merupakan satu perkara rumit berbanding dengan aspek perancangan; lebih-lebih lagi dalam konteks pendidikan. Taburan kedudukan sekolah-sekolah di negara ini juga merupakan satu cabaran besar kepada Kementerian. Justeru, JNS dianggap sebagai penyambung wadah perancangan dan pelaksanaan di peringkat kementerian agar setiap perancangan dan pelaksanaan dapat dicapai. JNS juga perlu memastikan sekolah diurus dengan baik, ujar beliau lagi. Pada majlis berkenaan, Dato Dr. Zulkurnain menyampaikan tauliah perlantikan sesi 2006 kepada 67 orang Nazir Sekolah yang baru dilantik sempena penstrukturan baru JNS menjadikan bilangan nazir sekolah mencecah lebih 400 orang di seluruh negara.

Sebahagian nazir yang menerima tauliah di Shah Alam pada 31 Mei 2006.

26

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

Foto: Ghulam Sarver Mobarak Ali

LAPORAN RINGKAS AKTIVITI & PROGRAM JEMAAH NAZIR SEKOLAH 2006


JEMAAH Nazir Sekolah (JNS) yang ditubuhkan pada tahun 1956 berperanan menjalankan pemeriksaan dan memantau pentadbiran serta pengurusan sekolah dan institusi-institusi pendidikan lain untuk memastikan taraf pengajaran dan pembelajaran yang memuaskan diwujud dan dikekalkan. Tanggungjawab ini selaras dengan subseksyen 117-122 Akta Pendidikan 1996 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. JNS memastikan keberkesanan penaziran dilaksanakan sepenuhnya agar murid menerima pendidikan yang berkualiti di sekolah dan di institusi pendidikan. Melalui penstrukturan JNS pada 1 Mei 2005, bilangan jawatan nazir sekolah ialah 428 orang. JNS mempunyai sebuah pejabat induk di Putrajaya, 15 pejabat JNS Negeri dan 11 Cawangan di negeri. Semua nazir yang menjalankan pemeriksaan di sekolah menggunakan Instrumen Strandard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). JNS turut meminta pengetua, guru besar dan guru sekolah menggunakan SKPM untuk membuat penarafan kendiri kedudukan sekolah masing-masing sama ada tergolong sebagai Sekolah Gemilang (peratus pencapaian 90%100%), Sekolah Cemerlang (80%89%), Sekolah Harapan (70%-79%), Sekolah Sederhana (50%-69%), atau Sekolah Lemah (0%-49%). Sehingga akhir tahun 2006, 6091 buah sekolah telah menggunakan SKPM dalam membuat penarafan kendiri. Pemeriksaan Persediaan Sekolah Awal Tahun (PPSAT) Pemeriksaan sekolah bagi menghadapi sesi persekolahan yang baru adalah sangat penting bagi memastikan sekolah dalam keadaan bersedia menerima murid memulakan persekolahan. Objektif PPSAT adalah untuk menaksir sejauh mana pihak sekolah membuat persediaan dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku pada hari pertama dan kedua sesi baru persekolahan dan menaksir sejauh mana pihak sekolah beroperasi dari segi pengurusan. Sebanyak 326 buah sekolah telah diperiksa di seluruh negara pada hari pertama dan kedua sesi persekolahan 2006. Pemeriksaan Penuh Sekolah JNS telah menjalankan Pemeriksaan Penuh terhadap 14 buah sekolah kebangsaan, 12 sekolah menengah kebangsaan dan dua buah sekolah swasta berdasarkan Instrumen Standard Kualiti Pelajaran Malaysia (SKPM). Matlamat pemeriksaan ini adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sekolah supaya langkah-langkah meningkatkan kualiti pendidikan murid dan pengurusan sekolah dapat dilaksanakan. Pemeriksaan Biasa Mata Pelajaran Pemeriksaan Biasa mata pelajaran dijalankan secara individu nazir sekolah bagi setiap mata pelajaran bermula pada Februari-September 2006 menggunakan instrumen SKPM. Antara tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memberi bimbingan dan nasihat kepada sekolah dari segi pengurusan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak 884 pemeriksaan mata pelajaran sekolah telah dilaksanakan. Pemeriksaan Aduan JNS telah menerima 201 kes aduan sepanjang tahun 2006 yang melibatkan 93 kes di sekolah rendah, 105 kes di sekolah menengah dan tiga kes di institusi pendidikan lain. Kes yang disiasat adalah berkaitan kecederaan dan kerosakan yang berlaku di sekolah yang berkaitan pelanggaran peraturan, ketidakcekapan, kecuaian, ketidakberkesanan, salah laku dan penyelewengan. Pengendalian aduan oleh JNS dilaksanakan menerusi tiga kaedah, iaitu pemeriksaan siasatan, pemeriksaan tindakan susulan dan pemeriksaan tindakan pembetulan. Pemantauan dan Bimbingan Pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Tahun 2006 Antara objektif Pemantauan dan Bimbingan Pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) adalah untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan PPSMI, tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, status guru yang terlibat mengajar program PPSMI dan tahap pengurusan program asas dan program sokongan PPSMI. Sebanyak 96 sekolah menengah dan 327 sekolah rendah telah diperiksa semasa Pemantauan dan Bimbingan Pelaksanaan PPSMI dari 11 Januari 15 November 2006. Selain pemeriksaan ke sekolah JNS juga telah mengadakan sembilan Mesyuarat Penyebaran Maklumat dan Penyelarasan Perancangan Strategik Pelaksanaan Program PPSMI kepada 1068 Pengetua, Guru Besar dan pegawai-pegawai pelajaran di peringkat JPN, dan Gabungan/Daerah. Pemeriksaan Tadika Swasta Pemeriksaan ini telah dilaksanakan di 51 buah tadika swasta seluruh negara melibatkan 35 tadika di bandar dan 16 di luar bandar. Tujuan

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

27

pemeriksaan adalah untuk menilai sejauh mana tadika swasta mempunyai dokumen pengoperasian yang sah, menggunakan dan mematuhi Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, dan menyediakan kemudahan fizikal serta keperluan keselamatan di premis tadika. Pemeriksaan Prasekolah Pemeriksaan prasekolah telah dijalankan di 103 sekolah secara kolaboratif dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Sekolah, Bahagian Pendidikan Swasta dan Bahagian Pendidikan Guru. Pemeriksaan Bantuan Biasiswa Murid Sekolah Menengah Bantuan biasiswa ditawarkan kepada murid sekolah menengah di bawah KPM berdasarkan pertimbangan berikut: (i) (ii) (iii) Prestasi akademik - 35% Latar belakang keluarga dan kewangan - 60% Penglibatan kokurikulum - 5%

meninjau sejauh mana pihak sekolah melaksanakan arahan KPM berkaitan aktiviti kokurikulum. Pemeriksaan Perkhidmatan Bimbingan Sekolah Rendah Pemeriksaan di 90 buah sekolah rendah kebangsaan (39 sekolah bandar dan 51 sekolah luar bandar) telah dijalankan. Seramai 95 Guru Bimbingan terlibat dalam pemeriksaan ini, iaitu 45.3% guru lelaki dan 54.7% guru perempuan. Sebanyak 2136 murid mula terlibat dalam soal selidik yang dijalankan. Pemeriksaan dijalankan bertujuan untuk menilai perancangan, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti dan Program Perkhidmatan Bimbingan. Pemeriksaan turut dilakukan untuk mengesan isu, cabaran, bidang tugas Guru Bimbingan dalam membantu serta membimbing pembangunan diri murid program ini juga untuk mengesan keberkesanan aktiviti dan program Pendidikan Bimbingan terhadap peningkatan sahsiah bagi membantu murid dalam pencapaian akademik dan kokurikulum. Pemeriksaan Kajian Guru Tiada Di Sekolah Pada Masa Persekolahan JNS telah menubuhkan pasukan pemeriksaan khas untuk mengkaji fenomena guru tiada di sekolah pada masa persekolahan. Pemeriksaan dijalankan di negeri Selangor (13 sekolah) dan Kedah (15

sekolah) pada 19 - 29 Jun 2006. Antara tujuan pemeriksaan ini adalah mengkaji kesan ketiadaan guru kepada proses pengajaran dan pembelajaran, dan mengkaji cara pihak sekolah mengatasi masalah ini. Penilaian Anugerah Harapan Negara (ASHN) Sekolah

ASHN ialah program penganugerahan kepada sekolahsekolah yang berjaya meningkatkan kualiti pendidikan secara m e n y e l u r u h . J N S bertanggungjawab menilai dan memperakukan sekolah-sekolah yang layak untuk menerima ASHN. ASHN diberikan kepada sekolah terbaik di kalangan sekolah yang mencapai Tahap 5 (Taraf Harapan) dengan perolehan skor antara 70% - 79% berdasarkan tujuh kategori seperti dalam Jadual 1. Sebanyak 61 buah sekolah telah dicalonkan oleh JNS Negeri untuk dinilai di peringkat kebangsaan dan sebanyak 21 buah sekolah telah diperakukan layak menerima ASHN (Jadual 8). Penilaian Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran (AKMP) AKMP merupakan penganugerahan tertinggi yang disediakan oleh KPM kepada sekolah-sekolah yang

Pemeriksaan JNS di 25 buah sekolah menengah dijalankan untuk mengenal pasti sama ada guru penyelaras biasiswa menerima maklumat, panduan dan bimbingan berkaitan pengurusan biasiswa dengan jelas. Selain itu, pemeriksaan juga dijalankan untuk memastikan pemberian biasiswa dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pemeriksaan Kegiatan Kokurikulum Sekolah Menengah Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kegiatan ini yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah yang memberi ruang pertumbuhan dan perkembangan murid sihat dan cergas. Pemeriksaan telah dijalankan di 42 sekolah untuk

Jadual 1: Keputusan Anugerah Sekolah Harapan Negara (ASHN) 2006


Kategori Sekolah Rendah Bandar Sekolah Rendah Luar Bandar Johan SK Mutiara, Kota Kinabalu SK Sungai Isap, Kuantan Naib Nohan SK Subang Jaya Seksyen 14, Subang Jaya SJKC Ming Tee, Bintangor, Sarawak SMK Damansara Utama, Selangor SMK Sungai Rambai, Melaka SM Teknik Dato Lela Maharaja Rembau Negeri Sembilan SKPK Muar, Johor Ketiga SK Seri Kota, Kota Bharu SK Seri Aman, Bedong, Kedah SMK Tinggi Muar, Johor SMK Tengku Mahmud Iskandar, Muar SM Teknik Melaka Tengah, Melaka

Sekolah Menengah SMK Sin Min, Bandar Sungai Petani Sekolah Menengah SMK Dewan Beta, Luar Bandar Kota Bharu Sekolah Menengah SM Teknik Tengku Teknik Ampuan Afzan, Pahang Sekolah Pendidikan Khas SKPK Masalah Pendengaran, Semabok, Melaka

SKPK Samarahan, Sarawak SK Holy Cross Kuala Sapi Beluran, Sabah

Sekolah Rendah/ SK Mensudut Sekolah Menengah Pindah, Segamat Pedalaman

SK Ulu Poi Kanowit, Sarawak

28

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

mengamalkan pengurusan kualiti menyeluruh hingga ke tahap cemerlang. Penganugerahan ini adalah selaras dengan misi KPM untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Objektif penganugerahan ini juga bertujuan menggalakkan persaingan yang sihat antara sekolah-sekolah ke arah memperbaiki sistem dan amalan pengurusan kualiti. Penilaian peringkat kebangsaan telah dilaksanakan mulai 24 Julai hingga 10 Ogos 2006. Pada tahun 2006 sebanyak 46 sekolah yang mewakili lapan kategori sekolah diperakukan oleh JNS Negeri dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah (PPD/PPG) untuk dinilai di peringkat kebangsaan. Dari jumlah itu, 21 sekolah telah diperakukan layak menerima anugerah (Jadual 1 pada muka surat 11).

Pemeriksaan Skim Tuisyen FELDA (STF) Objektif Pemeriksaan STF adalah untuk memastikan sejauh mana keberkesanan kelas pemulihan dan pengayaan dalam kelas tuisyen STF; mengenal pasti sejauh mana muridmurid FELDA dapat meningkatkan prestasi akademik melalui kelas tuisyen STF; mengenal pasti teknik dan kaedah bimbingan guru STF yang membantu meningkatkan prestasi akademik murid; menentukan sejauh mana pengurusan dan pelaksanaan STF mematuhi tatacara dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2005, dan mengenal pasti persepsi guru dan murid terhadap pengurusan dan pelaksanaan STF. Sebanyak 41 buah (42.3%) buah sekolah daripada 97 buah menengah FELDA telah diperiksa di seluruh negara. Sekolah ini terdiri daripada sekolah menengah FELDA di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah.

Program Sekolah Angkat Pada tahun 2006, JNS telah mengadakan Program Sekolah Angkat dalam usaha mengupayakan sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan serta mencapai standard kualiti pendidikan yang tinggi. Program Sekolah Angkat bertujuan membantu dan membimbing sekolah secara konsisten bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini melibatkan 306 buah sekolah di seluruh negara. Sekolahsekolah yang dipilih terdiri daripada 65% sekolah rendah dan 35% sekolah menengah. Setiap nazir sekolah memilih sebuah sekolah menengah atau rendah yang berhampiran dengan pejabat Jemaah Nazir Sekolah. Di samping menjadi wadah untuk meningkatkan tahap kecemerlangan sekolah, program ini dapat meningkatkan tahap profesionalisme nazir dan mengeratkan hubungan dan menjalin pemuafakatan antara JNS dengan warga sekolah. Pemeriksaan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Penubuhan KWAPM adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuat kuasa Januari 2003. Objektif pemeriksaan adalah untuk mengesan sejauh mana pengurusan dan pelaksanaan KWAPM dilaksanakan mengikut Pekeliling Biasiswa Bil.1 Tahun 2006 dan mengesan sejauh mana bantuan KWAPM dapat membantu peningkatan kehadiran dan pencapaian akademik murid miskin.
Foto: Ghulam Sarver Mobarak Ali

Sebanyak 93 buah sekolah rendah di seluruh negara yang terdiri daripada 81 SK, empat buah SJKC, sebuah SJKT dan tujuh buah Sekolah Kebangsaan Orang Asli telah diperiksa.

Tuan Haji Alimuddin Mohd Dom mengadakan lawatan Pemeriksaan Persediaan Sekolah Awal Tahun (PPSAT) di SK Subang Jaya, Selangor pada 3 Januari 2006.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

29

Pemantauan Pelaksanaan Kelas Intervensi Awal Membaca Dan Menulis (KIA2M) Mesyuarat Memperkasa Sekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 22 November 2005 telah mengambil ketetapan supaya masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di kalangan murid Tahun 1 ditangani segera. JNS telah menyedia instrumen pemantauan, melaksana pemantauan, mengumpul dan menganalisis data Ujian Penapisan, Ujian Pelepasan 1 dan Ujian Pelepasan 2 serta menyediakan laporan Program KIA2M. Objektif Pemantauan ini adalah untuk mengesan sejauh mana pihak sekolah mengurus pelaksanaan program KIA2M seperti yang ditetapkan; menilai sejauh mana guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan KIA2M dan menilai sejauh mana murid dapat mengikuti pembelajaran KIA2M. Pemantauan pelaksanaan KIA2M bermula dari 2 Mei hingga 22 Oktober 2006. Sebanyak 467 sekolah rendah telah dipantau. Pemeriksaan Program Pemulihan 3M Pasca-UPSR (PROTIM) Program PROTIM dirangka bagi membantu murid Tahun 6 yang masih tidak boleh membaca, menulis dan mengira. Murid-murid yang dikenal pasti tidak menguasai 3M mengikuti PROTIM selama sepuluh minggu (12 September hingga 15 November 2006) telah menduduki Ujian Pra pada 10 dan 11 September 2006 dan Ujian Pasca pada 15 November 2006. Objektif pemantauan oleh JNS adalah untuk mengesan sejauh mana pihak sekolah menguruskan PROTIM, sejauh mana guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran PROTIM, dan mengesan pencapaian murid yang mengikuti PROTIM. Sebanyak 143 sekolah bandar, 314 sekolah luar bandar dan 6 sekolah pedalaman telah diperiksa.

Wacana Pendidikan Mata Pelajaran Geografi Dan Sejarah Wacana ini merupakan satu wadah perkongsian maklumat, idea, pengalaman, strategi dan pemuafakatan di kalangan warga pendidik ke arah memartabatkan kedua-dua mata pelajaran Geografi dan Sejarah. Program ini melibatkan 120 orang peserta terdiri daripada 44 orang nazir sekolah, 60 orang Ketua Panitia Sejarah dan Geografi (sekolahsekolah di WPKL/Selangor/Negeri Sembilan/Perak) dan 16 penceramah. Beberapa kertas kerja yang menjurus kepada tema wacana, iaitu Memartabatkan Pendidikan Geografi dan Sejarah: Isu dan Hala Tuju telah dibentang oleh wakil guru cemerlang, wakil pengetua dan ahli akademik ternama dari universiti tempatan. Pensijilan Ms ISO 9001: 2000 Jemaah Nazir Sekolah JNS telah melalui beberapa proses utama sebelum diiktirafkan oleh SIRIM untuk menerima Pensijilan MS ISO 9001 : 2000. Adequacy Audit telah dijalankan oleh SIRIM pada 2 September 2005. Sementera itu Audit Kualiti Dalaman dilaksanakan di semua pejabat JNS Negeri (kecuali Labuan) mulai 4-14 Oktober 2005 manakala Compliance Audit pula dijalankan dari 22-24 Mac 2006 oleh tiga pegawai SIRIM ke atas ibu pejabat JNS di Putrajaya, JNS Sarawak, JNS Perak, JNS Johor dan JNS Negeri Sembilan. JNS telah dianugerah Pensijilan MS ISO 9001:2000 pada 19 Mei 2006. Program Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) JNS JNS menyertai Konvensyen KMK Peringkat Kebangsaan pada 24 hingga 26 Julai 2006. Dalam Konvensyen tersebut pasukan KMK Jemaah Nazir Sekolah telah mempersembahkan projek KMK yang bertajuk Data Pemeriksaan Terkini Sukar Diperoleh dan Cadangan Penyelesaian Dengan Pelaksanaan e-Nazir (Kategori

Teknikal). Projek JNS telah memenangi Anugerah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bagi kategori tersebut. Latihan Pembangunan Profesionalisme Sepanjang tahun 2006, 11 kursus telah dikendalikan dalam memastikan nazir sekolah mampu memberi impak kepada pembangunan pendidikan menerusi aktiviti penaziran. Antara fokus utama latihan pembangunan profesionalisme nazir sekolah ialah melengkapkan nazir sekolah dengan ilmu dan kemahiran yang membolehkan mereka membimbing sekolah menangani masalah 3M. Pada tahun ini, Kursus Strategi Menangani Masalah 3M telah dilaksanakan di lima zon. Aktiviti ini selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berusaha memastikan semua murid boleh menguasai kompetensi asas membaca, menulis, dan mengira semasa sekolah rendah lagi khususnya di Tahap 1. Perayaan Jubli Emas JNS Pada 14 - 16 Ogos 2006, Jemaah Nazir Sekolah telah menyambut Jubli Emasnya yang berlangsung di Hotel Eastin, Petaling Jaya. Tetamu kehormat ialah Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak. Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Noh Hj. Omar, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Puan Komala Devi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Zulkurnain Hj. Awang, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Dr. Ahamad Sipon serta ketuaketua bahagian di Kementerian Pelajaran. Seramai 350 nazir dari seluruh negara berhimpun untuk sama-sama menghayati pengisian Sambutan Jubli Emas ini. Tokoh pendidikan tempatan dan luar negara turut menyerikan majlis tersebut. Antara mereka ialah Prof. Dato Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin dan Encik Maurice Smith, Her Majestys Chief Inspector dari United Kingdom.

30

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

JNS Akur Arahan Pekeliling


JEMAAH Nazir Sekolah (JNS) akan terus memartabatkan bahasa Melayu melalui beberapa program yang dilaksanakannya secara langsung dan tidak langsung. Kata Ketua Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin Mohd Dom, kesedaran untuk memartabatkan bahasa Melayu itu selaras dengan arahan dalam Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2006, yang mahu semua pihak memperkasa penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam. Dalam pekeliling itu, kata beliau, disebut bahawa antara tanggungjawab ketua-ketua jabatan ialah menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam bahasa kebangsaan dalam kalangan pegawai dan kakitangan. Oleh sebab itu, jelasnya, Jemaah JNS sentiasa mencari jalan untuk memantapkan keupayaan dan kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan JNS sendiri. Ke arah itu, beliau memberitahu JNS mengadakan pelbagai aktiviti dan program sepanjang tahun. Bagaimanapun, kata beliau, sebahagian aktiviti itu, khususnya lawatan penaziran ke sekolahsekolah tidak didokumenkan untuk bacaan dan tatapan warga JNS dan pelbagai pihak di Kementerian Pelajaran dan orang awam. Sehubungan itu, program seperti bengkel penulisan sangat membantu menajamkan penguasaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam pelbagai urusan. Sebagai contoh, kata beliau, JNS telah menganjurkan Bengkel Penulisan Guru Cemerlang Fasa I pada 12-15 Jun 2006 yang lalu di Pulau Pinang. Tuan Haji Alimuddin berkata, bengkel tersebut telah berjaya menghimpunkan 27 orang Guru Cemerlang dari seluruh negara.

Ketua Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan (PKIP), Puan Jariah Napiah (tengah) berbual dengan peserta Bengkel Penulisan Guru Cemerlang di Pulau Pinang pada 13 Jun 2006.

Antara objektif bengkel itu adalah untuk membukukan hasil tulisan kecemerlangan mereka khasnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk dijadikan suri teladan kepada guruguru lain. Sebagai Guru Cemerlang, sudah tentu mereka mempunyai kaedah, strategi dan bermotivasi tinggi dalam menjalankan tugas mereka sebagai guru, tegas Tuan Haji Alimuddin. JNS berhasrat menyebarkan kegigihan dan produktiviti Guru Cemerlang melalui penulisan agar dapat dikongsi bersama dengan guru-guru lain. Bengkel itu telah dikendalikan oleh empat orang pegawai kanan JNS iaitu Puan Jarian Napiah, Encik Ghulam Sarver Mobarak Ali, Datin Dr. Siti Zaleha Abdullah Sani dan Puan Rohana Mat Yassim. Yang Dipertua Guru Cemerlang Malaysia, Encik Tan Khan Aun dan pensyarah kanan dari Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Jitra, Kedah, Encik Balasandran Ramiah turut dijemput menyampaikan ceramah. Tuan Haji Alimuddin seterusnya menjelaskan penulisan yang bakal mereka hasilkan itu agak berbeza sedikit daripada biasa sebab mereka turut didedahkan dengan kaedah

penulisan yang menggabungkan pelbagai teori pembelajaran dan motivasi. Aspek ini sangat penting sebab guru-guru yang bakal membaca tulisan mereka akan dapat mengaplikasikan tulisan Guru Cemerlang itu terhadap diri dan pelajar-pelajar mereka, ujar Tuan Haji Alimuddin. Sebagai usaha menghasilkan sebuah buku yang bermutu. Katanya, peserta-peserta didedahkan dengan kerangka penulisan yang digunakan oleh Kauzes dan Posner dalam buku mereka bertajuk The Leadership Challenge: How To Keep Getting Extraordinary Things Done in Organizations (1995). Satu lagi kerangka tulisan yang didedahkan kepada guru Cemerlang ialah kertas kerja yang ditulis oleh Dr. Sanudin Tahir dari Universiti Malaysia Sabah bertajuk Penghasilan Karja Ilmiah Bidang Sains dan Teknologi. Sementara itu beberapa orang Guru Cemerlang yang ditemui berkata, bengkel ini telah mencapai objektif. Aktiviti sepanjang perbengkelan berjaya membimbing peserta untuk menulis seperti yang diharapkan. Mereka turut berbangga diberikan peluang menulis untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

31

Foto: Ghulam Sarver Mobarak Ali

LABUAN DESTINASI KNS


LABUAN, 10 Oktober 2006 Pengisytiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan memberi makna besar kepada Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuka pejabat Jemaah Nazir Sekolah di Kompleks Ujana Kewangan. Secara tidak langsung, Pejabat Pelajaran WP Labuan dapat bekerjasama dengan Jemaah Nazir Sekolah untuk memartabatkan pendidikan di negeri ini justeru WP Labuan menjadi negeri angkat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Dr. Ahamad Sipon. Demi meningkatkan martabat pendidikan di WP Labuan, Ketua Nazir Sekolah, Tuan Hj. Alimuddin Mohd Dom menjadikan Labuan sebagai sebuah destinasi rangka lawatan seharinya. Lawatan ini memberi peluang kepada semua Pengetua, Guru-Guru besar, dan Pengerusi-Pengerusi Kelab Guru memberikan pandangan tentang isu pendidikan terkini, iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sekolah Satu Sesi, dan permasalahan guru. Dalam ucapannya, beliau berkata, Pengerusi Kelab Guru ialah orang perantaraan untuk menyampaikan dan seterusnya menyebarkan input kepada Pengetua, Guru Besar, dan guru. Beliau seterusnya mengatakan, sekolah satu sesi adalah kehendak dan sudah termaktub dalam Akta Pendidikan yang mahukan minit mengajar satu mata pelajaran selama 40 minit dilaksanakan di sekolah menengah dan 30 minit di sekolah rendah. Beberapa isu telah dibangkitkan oleh Pengetua, Guru Besar, dan wakil Majlis Guru Besar WP Labuan, antaranya kepadatan murid di dalam kelas, kekurangan bilik darjah, murid-murid bersekolah agama pada sebelah petang, dan jam 6 petang yang sudah malam di Labuan berbanding dengan negerinegeri di Semenanjung. Walau bagaimanapun, isu ini akan cuba diatasi oleh Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran WP Labuan berdasarkan pengalaman dari negeri-negeri yang menjalankan sekolah agama pada sebelah petang.

PROGRAM PEMERIKSAAN PERSEDIAAN SEKOLAH AWAL TAHUN (PPSAT) 2007 JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Tuan Haji Alimuddin menemui Guru Besar SK Taman Dusun Nyior, Puan Noreha Adam dan Pengetua SMK Panchur, Puan Aziza Abdul Aziz. Kedua-dua pengurus sekolah tersebut telah menyampaikan taklimat kepada beliau mengenai persediaan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah sebelum dan semasa menghadapi sesi persekolahan baru. Kata Tuan Haji Alimuddin, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap pihak pengurusan sekolah agar membuat persiapan sebaik mungkin untuk mewujudkan keadaan yang sempurna di sekolah, khasnya pada hari pertama dan kedua sesi persekolahan baru. Katanya, laporan awal yang dihantar oleh JNS kepada Menteri Pelajaran mendapati sekolah-sekolah telah mematuhi surat siaran berkaitan garis panduan Pemantauan Persediaan Akhir Tahun Sesi Persekolahan 2006 dan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2007 bertarikh 13 Oktober 2006 oleh Bahagian Sekolah. Antara aspek yang diperiksa oleh JNS pada hari pertama dan kedua dalam program PPSAT ialah pengurusan kurikulum, kesediaan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan programprogram Kementerian Pelajaran seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT), program Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), dan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Jemaah Nazir turut memeriksa aspek pengagihan buku teks serta mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah.

KETUA Nazir Sekolah, Tuan Haji Alimuddin Mohd. Dom turun padang bersama-sama 300 nazir dari seluruh negara dalam program Pemeriksaan Persediaan Sekolah Awal Tahun (PPSAT) 2007. Beliau melawat dua buah sekolah di Seremban, iaitu SK Taman Dusun Nyior dan SMK Panchur pada 3 Januari 2007.

32

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

BEKAS KETUA PENGARAH PELAJARAN MENINGGAL DUNIA


Oleh: Ghulam Sarver Mobarak Ali A l l a h y a h a m melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memberi kepercayaan kepadanya menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Pelajaran. Dedikasi Allahyarham terhadap tugasnya sebagai Ketua Pengarah Pelajaran diiktiraf oleh Menteri Pelajaran, Dato Sri Hishammuddin Tun Allahyarham Tan Sri Abdul Rafie Mahat Hussein ketika menyampaikan Perutusan Tahun PENGERUSI Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, 2005 di Pusat Konvensyen Tan Sri Abdul Rafie Mahat, 61, Antarabangsa Putrajaya. Kata Dato meninggal dunia akibat serangan Sri Hishammuddin, Saya ingin jantung di Hospital Kuala Lumpur merakamkan sekalung penghargaan (HKL) pada 8 Mac 2007, pukul 8 pagi. dan terima kasih seluruh warga Kementerian Pelajaran kepada Ketua Allahyarham adalah bekas Ketua Pengarah Pelajaran yang lalu, Yang Pengarah Pelajaran dari 8 Februari Berbahagia Tan Sri Abdul Rafie Mahat 2001 sehingga 31 Disember 2004. atas segala sumbangan yang telah Beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Beliau dilahirkan pada 1 Ogos 1946 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Allahyarham lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pada 1972 dalam bidang Pengajian Melayu dan Geografi. Beliau pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Tun Mutahir, Melaka pada tahun 1966 dan Pengetua di Sekolah Tinggi Melaka (1985 - 1990). Semasa upacara penyerahan tugas di Aras 6, Blok E8, Parcel E, Putrajaya pada hari terakhir beliau sebagai Ketua Pengarah Pelajaran pada 31 Disember 2004 yang lalu, beliau curahkan demi kemajuan pendidikan anak bangsa dan negara. Saya yakin, ketokohan beliau akan sentiasa dikenang dan perjuangan beliau akan sentiasa dicontohi oleh seluruh warga pendidik. Pada peringkat antarabangsa, Allahyarham melibatkan diri sebagai Ahli Majlis Eksekutif Islamic Countries Education, Scientific and Cultural Organisation di Rabat, Maghribi; Ahli Majlis Eksekutif International Bureau Education di Geneva, Switzerland dan Ahli Majlis Eksekutif Asian School Sports Federation. Semasa merasmikan Persidangan Jemaah Nazir Sekolah (JNS) Ke-42 di Hotel Royal Adelphi, Seremban pada 1 Mac 2004 Allahyarham menegaskan bahawa institusi kenaziran merupakan penilai bebas yang memberikan pandangan profesional. Diharapkan JNS akan lebih mantap dan relevan agar kewujudannya bersesuaian dengan perkembangan semasa. Saya syorkan setiap nazir memperkukuhan diri dalam aspek
>> Bersambung di muka 34

Melambai tangan selamat tinggal kepada warga Kementerian Pelajaran pada hari terakhir beliau sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 31 Disember 2004 di Putrajaya.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

33

Foto: Ghulam Sarver Mobarak Ali

>> Bersambung dari muka 33

supaya dapat mempertahankan dapatan hasil lawatan ke sekolahsekolah, ujarnya. Sementara itu, Encik Zainudin Hassan, 48, Pembantu Am Rendah JNS yang pernah berkhidmat dengan Allahyarham Tan Sri Abdul Rafie berkata, bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu seorang yang sangat teliti dan kuat bekerja. Allahyarham sekiranya tidak bertugas di luar Lembah Kelang akan berada di pejabatnya meneliti surat dan dokumen beberapa jam selepas waktu pejabat.

Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Fathillah Ishak, 55, dan empat orang anak: Adibah, 33, Akhdiat, 32, Siti Anisah, 26 dan Azahanim, 24, serta tiga orang cucu. Jenazahnya dibawa ke rumah ibu bapanya di Bukit Baru, Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Misai selepas solat Asar. Allahyarhan akan dikenang sebagai seorang yang pemurah, mudah mesra, sukar melupakan nama orang yang telah ditemui, pejuang perpaduan kaum dan Sekolah Wawasan serta tokoh yang tidak jemu menggalakkan kesedaran membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Encik Zainudin Hassan

kenaziran dengan pengetahuan, pengalaman dan banyak membaca

Allahyarham amat susah nak hampakan harapan orang yang menemui beliau, ujar Encik Zainudin.

>> Bersambung dari muka belakang

21.

En. Peter Bong Hong Chiong PPPS DG41 Bertukar dari SMK Paku, Bau, Sabah ke JNS Sarawak mulai 16 Jun 2006. Pn. Lay Pui Ping PPPS DG41 Bertukar dari SMK Tunku Lahad Datu, Sabah ke JNS Sarawak mulai 16 Jun 2006. Cik Mariana bt Mazland Pembantu Am Rendah N1 perlantikan baru di JNS Ibu Pejabat Putrajaya mulai 17 Jun 2006. Pn. Noor Filzah bt Kamaruddin PPPS DG41 Bertukar dari JNS W/P Kuala Lumpur ke JNS Ibu Pejabat Putrajaya sebagai Penolong Pengarah mulai 27 Jun 2006. Tuan Hj. Ab. Latif bin Mohd Zahari PPPS DG44 Bertukar dari JNS Ibu Pejabat ke JNS Labuan mulai 1.7.2006.

27.

Dr. Shapiee @ Shafie b. Lugom PPPS DG44 Bertukar dari JNS Sarawak ke SMK Kampung Nangka Sibu Sarawak sebagai Pengetua mulai 1 Julai 2006. En. Abdul Wahed bin Rosli PPPS DG44 Bertukar dari JNS Sarawak ke SMK Tebakang Serian, Samarahan Sarawak sebagai Pengetua mulai 1 Julai 2006. En. Rozman bin Shafie PPPS DG41 Bertukar dari SMK Raja Mahadi, Selangor ke JNS Ibu Pejabat Putrajaya sebagai Penolong Pengarah mulai 1 Julai 2006. En. Abdul Aziz bin Tajudin PPPS DG41 Bertukar dari SMK Seksyen 19 Shah Alam, Selangor ke JNS Selangor sebagai Penolong Pengarah mulai 1 Julai 2006. Cik Faridah bt Yusof Ketua Pembantu Tadbir N22 Bertukar dari JNS Ibu Pejabat ke Lembaga Peperiksaan Malaysia mulai 1 Julai 2006. Pn. Noraishah bt Ahmad Shauki Ketua Pembantu Tadbir N22 Bertukar dari BTP, KPM ke Unit Pentadbiran JNS Ibu Pejabat, Putrajaya mulai 1 Julai 2006.

22.

28.

23.

29.

24.

30.

25.

31. 26. En. Md. Tah bin Talib PPPS DG44 Dinaikkan pangkat dari jawatan PP ke jawatan KPP di JNS Ibu Pejabat Putrajaya mulai 1 Julai 2007.

32.

34

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

33.

Pn. Pelagia Joseph Apat Pembantu Tadbir Rendah N11 pelantikan baru di JNS Labuan mulai 1 Julai 2006. En. Mohd Fadhir bin Shahimi Pembantu Tadbir Rendah N11 Bertukar dari SK Manik Urai Baru, Kelantan ke Unit Pentadbiran JNS Ibu Pejabat, Putrajaya mulai 1 Julai 2007. En. Mohd Hishammuddin bin Mohd Nadzri Pembantu Tadbir (P/O) N17 Bertukar dari JNS Ibu Pejabat Putrajaya ke SJKC Chong Hwa, Kuala Lumpur mulai 3 Julai 2006. En. Hasan bin Mahmud PPPS DG54 Bersara wajib mulai 6 Julai 2006 sebagai Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar) di JNS Ibu Pejabat Putrajaya.

44.

Dr. Zahri bin Aziz PPPS DG48 Bertukar dari JNS Ibu Pejabat Putrajaya ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , KPM mulai 1 Ogos 2006. En. Hamzah bin Bakar PPPS DG44 Bertukar jawatan dari PP Sektor Kualiti dan Penyelidikan ke PP Caw. Kebajikan Murid (HEM) di JNS Ibu Pejabat mulai 1 Ogos 2006. En. Rosmazlan bin Haji Abdul Rashid PPPS DG41 Bertukar dari PPG Kota Murudu, Sabah,ke JNS Sabah mulai 1 Ogos 2006. Pn. Azizah bt. Judin Penolong Pegawai Tadbir N32 Bertukar dari JNS Ibu Pejabat ke Institut Kemahiran Belia Negara, Alor Gajah, Melaka mulai 1 Ogos 2006. Dr. Asmah bt Ahmad PPPS DG52 Bertukar dari JNS Ibu Pejabat, Putrajaya ke Kementerian Pengajian Tinggi mulai 16 Ogos 2006. Pn. Maznah bt. Abdul Hamid PPPS DG52 Bertukar dari JNS Selangor ke Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM mulai 16 Ogos 2006. Pn. Wahida bt Abdullah @ Peh So Gim PPPS DG52 Bertukar dari SMK Gedangsa, Selangor menjadi Ketua Nazir Negeri Selangor, JNS Selangor mulai 16 Ogos 2006. En. Yusup bin Shamat PPPS DG48 Bertukar dari JNS Cawangan Sibu, Sarawak ke JNS Ibu Pejabat Kuching Sarawak mulai 16 Ogos 2006. Pn. Rusita bt Muhamad PPPS DG41 Bertukar dari JNS Pahang ke JNS Selangor mulai 16 Ogos 2006. En. Kueh Kwang Hong PPPS DG41 Bertukar dari JNS Cawangan Sibu, Sarawak ke Ketua Cawangan Sibu, Sarawak mulai 16 Ogos 2006. Cik Che Salwa bt Hassan Pembantu Tadbir Rendah N11 pelantikan baru di JNS Ibu Pejabat, Putrajaya mulai 21 Ogos 2006.

34.

45.

35.

46.

47. 36.

48. 37. Pn. Jariah bt Napiah PPPS DG52 PKIP Bertukar dari jawatan KS Penaziran ke Jawatan Timb. Ketua Nazir Sekolah (Dasar) di JNS Ibu Pejabat Putrajaya mulai 16 Julai 2006. 49. 38. Pn. Misiam bt Rusdi PPPS DG52 Bertukar dari SMK Jugra, Banting, Selangor ke JNS Ibu Pejabat sebagai Ketua Sektor PKIP mulai 16 Julai 2006. 50. 39. Pn. Saniah bt Hassan PPPS DG41 Bertukar dari SMK Semerah, Batu Pahat ke JNS Muar, Johor mulai 16 Julai 2006. En. Ruslan bin Razali PPPS DG41 Bertukar dari SMK Tunku Kursiah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke JNS Kedah mulai 16 Julai 2006. En. Mohammad Shahrir bin Hussein Pembantu Am Rendah N 1 Bertukar dari JNS Selangor ke Pejabat Pelajaran Daerah Ulu Selangor mulai 16 Jun 2006. En. Datu Rizuan bin Datu Johan Pembantu Tadbir (P/O) N17 pelantikan baru di JNS Labuan mulai 17 Julai 2006. En. Mohamad Arif bin Mohamad Noor Pembantu Am Rendah N1 pelantikan baru di JNS Selangor mulai 17 Julai 2006. 54. 51.

40.

41.

52.

53. 42.

43.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

35

55.

Cik Norazimah bt Jaafar Pembantu Tadbir (P/O) N17 pelantikan baru di JNS Ibu Pejabat, Putrajaya mulai 24 Ogos 2006. En. Mah Hassan bin Ab Rahman PTD M52 Bertukar dari KS Pengurusan JNS Ibu Pejabat, Putrajaya ke Bahagian Sumber Manusia, KPM mulai 1 September 2006. Pn. Zahrah bt. Hj. Bujang PPPS DG52 Bertukar dari KS Pelaporan, JNS Ibu Pejabat, Putrajaya ke Institusi Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan sebagai Pengarah mulai 1 September 2006. En. Sabri bin Hj. Said PTD M52 Bertukar dari Pejabat Kewangan Negeri Perak ke JNS Ibu Pejabat Putrajaya sebagai Ketua Sektor Pengurusan mulai 1 September 2006. Pn. Azuyah bt Hassan PPPS DG52 Bertukar dari SMK Ayer Puteh Dalam, Pendang, Kedah Ke JNS Ibu Pejabat Putrajaya sebagai Ketua Sektor Pelaporan & Pemeriksaan mulai 1 September 2006. Pn. Hawa bt Said PPPS DG48 KPP Sektor Dasar dan Perancangan bertukar ke BSM KPM mulai 1 September 2006.

65.

Cik Helne bt Asmat Pembantu Tadbir (P/O) N17 pelantikan baru di JNS Labuan mulai 1 September 2006. En. Mahfudz bin Haji Ahamad PPPS DG41 Bertukar dari SMK Agama Slim River, Perak ke JNS Ibu Pejabat, Putrajaya sebagai PP Sektor Teknologi Informasi mulai 4 September 2006. Tn. Hj. Ibrahim bin Hashim PPPS DG54 Bersara wajib mulai 7 September 2006 sebagai Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi) di JNS Ibu Pejabat, Putrajaya. Pn. Noor Suzana bt Yahya Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17 pelantikan baru di JNS Perak mulai 7 September 2006. Tn. Hj. Mokhy bin Saidon PPPS DG52 Bertukar jawatan dari Ketua Sektor Penaziran (HEM) ke Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi) JNS Ibu Pejabat , Putrajaya mulai 16 September 2006. Pn. Asmah bt Yahya PPPS DG52 Bertukar Jawatan Ketua Sektor Dasar ke Pengarah Institusi Perguruan Bainun, Pulau Pinang mulai 16 September 2006. Pn Rusiah bt Jalil PPPS DG52 Bertukar dari SMK Datuk Hj. Abdul Samad Port Dickson Ke JNS Ibu Pejabat, Putrajaya sebagai Ketua Sektor Dasar mulai 16 September 2006. En. Chan Koi Pew PPPS DG44 Bertukar dari SMK Jinjang Utara,Kuala Lumpur ke JNS Ibu Pejabat, Putrajaya sebagai Penolong Pengarah mulai 16 September 2006. Pn. Hasnah bt Mohd Yaacob PPPS DG41 Bertukar dari SMK Keningau 11, Sabah ke JNS Sabah Cawawangan Keningau mulai 16 September 2006. En. Norhisham bin Mohamed Rapis Pembantu Am Rendah N 1 bertukar dari JNS Ibu Pejabat, Putrajaya ke Bahagian Sumber Manusia KPM mulai 16 September 2006.

56.

66.

57.

67.

68. 58.

69.

59.

70.

60.

71. 61. Pn. Haizan bt Zakaria PPPS DG44 Bertukar dari JNS Johor ke JNS Ibu Pejabat Putrajaya sebagai Penolong Pengarah mulai 1 September 2006. 72. 62. Pn. Suzielawati bt Suhailie Pembantu Tadbir N17 Bertukar dari JNS Sarawak ke Jabatan Pendaftaran Negara Caw. Negeri Sarawak mulai 1 September 2006. 73. 63. En. Kamaruddin bin Abu Bakar PPPS DG41 Bertukar jawatan dari Penolong Pengarah Sektor Kualiti dan Penyelidikan ke Penolong Pengarah Cawangan Program Khas JNS Ibu Pejabat, Putrajaya mulai 1 Sept 2006. En. Rorzali bin Salleh PPPS DG41 Bertukar dari JNS Pulau Pinang ke JNS Ibu Pejabat, Putrajaya sebagai Penolong Pengarah Sektor Pelaporan mulai 1 Mac 2006.

74.

64.

36

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

75.

En. Nazri bin Yaakub Pemandu Kenderaan Bermotor R3 Pelantikan baru di JNS Selangor mulai 25 September 2006. Pn. Rokiah bt Ismail PPPS DG48 Bersara wajib mulai 30 September 2006 sebagai Ketua Nazir Negeri Kedah. En. Kamaruddin bin Mohd Akil PPPS DG44 Bertukar dari JNS Pulau Pinang ke JNS Ibu Pejabat, Putrajaya sebagai Penolong Pengarah mulai 1 Oktober 2006. Pn. Fatmah bt Awang Pembantu Tadbir Rendah N11 Bertukar dari JNS Selangor ke Pejabat Pelajaran Negeri Perak mulai 1 Oktober 2006. Pn. Siti Salwa Suhada bt Kamaruden Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17 bertukar dari Jab. Kesihatan Negeri Pahang ke JNS Kuantan, Pahang mulai 2 Oktober 2006.

85.

Puan Noorulfarah bt. Ahmad Pembantu Tadbir Rendah N11 bertukar dari SJK (C) Kim Sen, Bukit Mertajam , Pulau Pinang ke JNS Johor mulai 16 Oktober 2006. En. Abd. Razak bin Che Ngah PPPS DG48 Bertukar dari JNS Negeri Melaka ke SMK Tinggi Melaka mulai 1 November 2006. Pn. Hajah Hamdiah bt Hussain PPPS DG52 Bertukar dari SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat Johor ke JNS Ibu Pejabat sebagai Ketua Sektor mulai 1 November 2006. Tunku Salha bt. Tunku Ahmad PPPS DG41 Bertukar dari JNS Perlis ke UNIMAS, Sarawak mulai 1 November 2006. En. Esmi bin Abd. Maleb Pemandu Kenderaaan Bermotor R3 Bertukar dari JNS Perlis ke Institut Perguruan Perlis mulai 1 November 2006. En. Mohamad Amir bin Murtuza Pemandu Kenderaan Bermotor R3 bertukar dari JNS Kedah ke Jabatan Pelajaran mulai 1 November 2006. En. Jame Alip @ Maikal PPPS DG52 Bertukar dari JNS Negeri Perak sebagai Ketua Nazir ke Institut Perguruan Keningau sebagai Pengarah mulai 16 November 2006. Pn. Mistrine bt Radin PPPS DG48 Bertukar dari SMK Narinang, Kota Belud,Sabah Ke JNS Sabah sebagai Ketua Nazir Negeri mulai 16 November 2006. Pn. Hayati bt. Mahmud PPPS DG41 Bertukar dari SMK Sanzac,Kota Kinabalu, Sabah Ke JNS Sabah mulai 16 November 2006. En. Zuhairy bin Yusoff PPPS DG41 Bertukar dari SMK Yan, Kedah ke JNS Kedah mulai 16 November 2006. En. Mohamad Hizam bin Ibrahim PPPS DG41 Bertukar dari SMK Pasir Panjang Negeri Sembilan ke JNS Selangor mulai 16 November 2006.

76.

86.

77.

87.

78.

88.

89. 79.

90. 80. Pn. Limah bt Ahmad PPPS DG52 Bersara wajib mulai 10 Oktober 2006 sebagai Ketua Sektor Kualiti Dan Penyelidikan di JNS Ibu Pejabat, Putrajaya. 91. 81. Tn. Hj. Mat Lazim b. Idris PPPS DG48 Bertukar dari KS Teknologi Maklumat, JNS Ibu Pejabat, Putrajaya ke JNS Kedah sebagai Ketua Nazir Negeri, mulai 16 Oktober 2006. 92. 82. Pn. Esah bt Jantan PPPS DG52 Bertukar dari SMK Bukit Jalur, Gemencheh, N.S ke JNS Ibu Pejabat, Putrajaya sebagai Ketua Sektor Kualiti dan Penyelidikan mulai 16 Oktober 2006. 93. 83. Pn. Zalmi bt Latiff Pembantu Tadbir Rendah N11 Bertukar dari JNS Ibu Pejabat ke SMK Tasik Kesuma, Beranang mulai 16 Oktober 2006. 94. 84. Cik Julieyati bt. Ismail Pembantu Tadbir Rendah N11 Bertukar dari SMK Tasik Kesuma Beranang ke JNS Ibu Pejabat, Putrajaya mulai 16 Oktober 2006.

95.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

37

96.

En. Mat Januddin bin Jamrin PPPS DG41 Bertukar dari SMK Sultan Abu Bakar , Pahang ke JNS Pahang mulai 16 November 2006. En. Nor Azham bin Ali PPPS DG41 Bertukar dari SMK Taman Ria Jaya,Sungai Petani, Kedah ke JNS Pulau Pinang mulai 16 November 2006 . Tuan Hj. Abdul Malek bin Shaari PPPS DG41 Bertukar dari SMK Raja Mahadi, Klang Selangor ke JNS Selangor mulai 16 November 2006. En. Mohd Noor Syazuan bin Che Omar Pembantu Tadbir Rendah N11 bertukar dari SMK Puncak Alam ke JNS Ibu Pejabat, Putrajaya mulai 16 November 2006. Pn. Nik Mariani bt Dollah Pembantu Tadbir N17 Bertukar dari Unit Pentadbiran - Stor, JNS Ibu Pejabat, Putrajaya ke Jabatan Pelajaran Johor mulai 1 Dis. 2006. Pn. Siti Zubaidah bt Ahmad Nordin Pembantu Tadbir (P/O) N17 Bertukar ke dari JNS Ibu Pejabat, Putrajaya ke Sek. Keb. Ulu Klang, Selangor mulai 1 Disember 2006. Pn. Nor Aznita bt Ab. Kadir Pembantu Tadbir N17 Perlantikan baru di JNS Ibu Pejabat, Putrajaya mulai 29 November 2006.

106.

97.

Pn. Ruslinda bt Roslan Pembantu Tadbir Rendah N11 Bertukar dari SJK (Cina) Mun Choong, Kuala Lumpur ke JNS Ibu Pejabat, Putrajaya mulai 1 Disember 2006. En. Mazlan bin Mohd Yusoh Pemandu Kenderaan Bermotor Perlantikan baru R3 di JNS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 6 Dis 2006. En. Abdul Kadir bin Zakaria Pemandu Kenderaan Bermotor R3 Perlantikan baru di JNS Alor Setar, Kedah mulai 6 Disember 2006. En. Nordin bin Hassan Pemandu Kenderaan Bermotor R3 Perlantikan baru di JNS Perlis mulai 6 Disember 2006. Pn. Heldawati binti Harris Pembantu Tadbir Rendah N11 Bertukar dari Sek. Keb. Sembulan, Peti Surat 140 Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah ke JNS WP Labuan mulai 16 Disember 2006. Pn. Umi Kalthom bt Hj. Lope Salleh PPPS DG41 Bersara atas sebab kesihatan mulai 23 Disember 2006 sebagai Penolong Pengarah di JNS Ibu Pejabat, Putrajaya. Pn. Fouziah bt Hj. Abd. Majid PPPS DG52 Bersara wajib mulai 27 Disember 2006 sebagai Ketua Sektor Kurikulum di JNS Ibu Pejabat, Putrajaya.

107.

98.

108.

99.

109.

100.

110.

101.

111.

102.

112. 103. Tn. Hj. Mohd Haliza bin Mohd Adnan PPPS DG44 DG48 (KUP) Bertukar jawatan Penolong Pengarah ke jawatan Ketua Sektor Teknologi Maklumat di JNS Ibu Pejabat, Putrajaya mulai 1 Disember 2006. En. Abu Yazid bin Salam Penolong Pegawai Sistem Maklumat F38 Bertukar dari Jabatan Perkhidmatan Awam ke Sektor Teknologi Maklumat, JNS Ibu Pejabat, Putrajaya mulai 1 Dis. 2006. Pn. Ainon Nazbi bt Ramli Pembantu Tadbir N17 Bertukar dari Sek. Keb. Dato Panglima Bukit Gantang, Changkat Jering, Perak ke JNS Ibu Pejabat, Putrajaya mulai 1 Dis. 2006.

104.

The best way to have good idea is to have a lot of ideas. - Linus Pauling Procrastination is the art of keeping up with yesterday. - Don Marque Moderation in temper is always a virtue; but moderation in principle is always a vice. - Thomas Paine

105.

38

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

JNS Dalam Akhbar

Telling on teachers
TO become the trustworthy eyes and ears of the Ministry of Education, school inspectors should no doubt make frank but fair assessment of the schools they visit and the teachers they observe. Unless they adopt a very upfront approach, the ministry would be in the dark about what is really going on in the schools, and would not be in a good position to right the wrongs. It may be humiliating for teachers to be told they are total disasters in the classroom, but if the evidence is there, they should be told it like it really is. Assuming that they have no axe to grind, school inspectors should have no qualms about coming to such candid conclusions. Its not only the right thing to do but the only things to do. While they should be unsparing in their criticism and unstinting in their praise-they should also provide an unabridged rendering of conditions such as under finding, overcrowding, heavy workloads and children from poor and deprived backgrounds, which contribute to the problems of indiscipline, truancy, dropping-out, under-achievement and other difficulties that many schools face. The ills of schooling cannot be placed entirely at the door of the headmasters office or the staffroom. However, getting the inspectors to tell the unvarnished truths is not the only thing that needs to be done to make school check-ups more effectives. Perhaps of far greater importance is what happens to the reports of inspections and how administrators use the evaluations to put in place improvements to the management of their schools and how teachers address shortcoming in their approach to teaching. If all that school inspection manages to accomplish is to make principals and teachers nervous wrecks and to put students on their best behaviour for a week or less it would not really matter a jot if the judgements had been evenhanded and reliable. In the school inspectorates golden jubilee year it seems opportune, therefore, for the ministry to review the way the inspectorate inspects with a view to giving it the resources and the authority to make sure that action follows quickly on the heels of visits. As it is, with 400 inspectors on its register, the inspectorate does not seem to have the required numbers to make its presence felt. Inspection cannot make a difference if too many teachers manage to get through their entire careers without being observed, or if too many principles can get away with not following through on the inspectors reports.

KETUA Nazir Sekolah, Tuan Haji Alumuddin Mohd Dom amat prihatin terhadap pandangan dan saranan pihak lain terhadap Jemaah Nazir Sekolah. Apabila rencana pengarang New Straits Times (17.8.2006) memberikan reaksi terhadap JNS, Tuan Haji Alimuddin memastikan semua nazir sekolah memberikan perhatian terhadap pandangan yang diutarakan untuk kebaikan bersama.

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

39

Utusan Malaysia - 27 Jun 2006 (Selasa)

Berita Harian 5 Mei 2006 Sekolah perlu autonomi


KUASA AUTONOMI perlu diberikan kepada sekolah untuk melaksanakan kegiatan kokurikulum bersesuaian dengan kemudahan dimiliki dan minat pelajar, walaupun ia tidak disenaraikan Kementerian Pelajaran. Cadangan ini disuarakan ramai pengetua ketika tinjauan rawak dijalankan Jemaah Nazir Sekolah (JNS)...Ketua JNS, Alimuddin Mohd Dom berkata ada di kalangan pengetua terbabit berpendapat langkah itu wajar bagi membolehkan

sekolah memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajar melalui pendekatan kreatif serta inovatif.

Utusan Malaysia 25 Mei 2006 30 pegawai Jemaah Nazir lawat utusan


KUALA LUMPUR, - Kira-kira 30 pegawai Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran melawat ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini. Lawatan ini merupakan susulan daripada bengkel penulisan berita yang sedang dijalankan oleh kementerian tersebut untuk pegawai terlibat.

40

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

Utusan Malaysia - 28 Jun 2006 (Rabu)

Ketua Nazir Sekolah, Alimuddin Mohd Dom berkata lawatan itu bertujuan mendedahkan para pegawai berkenaan dengan dunia penulisan. Di bawah Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan (PKIP), para pegawai dilatih membuat laporan justeru lawatan ini diharap dapat mendedahkan mereka kepada gaya-gaya penulisan, katanya.

pembelajaran kurikulum tempatan di sekolah antarabangsa terbabit.

Utusan Maysia 27 Jun 2006 1,500 sekolah angkat nazir


SEBANYAK 1,500 sekolah di seluruh negara akan diambil sebagai anak angkat Jemaah Nazir Sekolah (JNS) dalam tempoh lima tahun ini. Ketua Nazir Sekolah, Alimuddin Mohd Dom berkata, sehingga kini program yang bermula awal tahun ini telah melibatkan sebanyak 279 sekolah rendah dan 108 sekolah menengah. ...program sekolah angkat bukan bertujuan melakukan pemeriksaan di sekolah-sekolah seperti lazim yang dilakukan sebagai tugas harian pegawai nazir tetapi lebih kepada rakan kongsi pintar dalam membantu pihak sekolah merancang visi dan misi ... setiap nazir sekolah membantu sekolah-sekolah angkat yang dikenal pasti bagi meningkatkan tahap dan kualiti pendidikan. JNS memperkenalkan program itu selari dengan usaha Kementerian untuk memperkasakan sekolah.

Berita Harian 20 Jun 2006 Nazir pantau kurikulum sekolah antarabangsa


JEMAAH NAZIR SEKOLAH (JNS) Kementerian Pelajaran akan memulakan pemantauan ke sekolah antarabangsa apabila pelajarnya dari kalangan warga negara Malaysia diwajibkan mengambil kurikulum tempatan kelak. Ketua Nazir Sekolah, Alimuddin Mohd Dom, berkata kurikulum tempatan itu meliputi Bahasa Melayu, Pendidikan Islam/Moral dan Kajian Tempatan pada peringkat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Bagi pelajar menengah pula, mereka akan turut mempelajari mata pelajaran Sejarah selain Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam/Moral dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Katanya, pemantauan yang dilakukan nanti akan memfokus terhadap pelaksanaan pengajaran dan

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

41

Utusan Malaysia 28 Jun 2006 Nazir - Utusan Malaysia menjalin kerjasama lebih akrab
JEMAAH NAZIR SEKOLAH (JNS) melawat Utusan Malaysia baru-baru ini, sebagai sebahagian daripada pengisian program bengkel penulisan dalam kalangan JNS seluruh negara. Ketua Nazir Sekolah, Alimuddin Mohd Dom berkata, banyak pengalaman yang dipelajarinya dalam program lawatan itu. Antaranya ialah taklimat tentang pengisian berita, serta rutin bekerja wartawan yang tidak mengenal masa dan ruang. Menurut beliau, JNS dan Utusan Malaysia mempunyai banyak ruang dan peluang bekerjasama, khususnya dalam hebahan dasar dan aktiviti di Kementerian Pelajaran.

peranan komprehensif memberi input dan maklum balas kepada Kementerian Pelajaran dalam pelbagai perkara berhubung soal pendidikan. Mereka boleh membantu memperbaiki kepimpinan dan pengurusan di sekolah dan memberi maklumat kepada bahagian sekolah-sekolah mengenai kesesuaian penempatan guru-guru...langkah ini sekali gus akan dapat memperbaiki sistem pendidikan negara ke arah menjana modal insan yang sempurna.

New Straits Times 16.8.2006 Najib: Let school inspector give frank criticism
PETALING JAYA, - School inspectors must be allowed to voice their frank criticisms to help improve the countrys education system. Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said this would allow the Education Ministry to get better picture of the actual situation in schools. He said the school inspectors were the ministrys eyes and ears, especially in the rural areas. Najib...reminded school inspectors to write their report without prejudice but integrity. He also urged school administrators to cooperate with the inspectors, who were the guardians of quality education.

Utusan Malaysia 29 Jun 2006 JNS akur arahan pekeliling


JEMAAH NAZIR SEKOLAH (JNS) akan terus memartabatkan bahasa Melayu melalui beberapa program yang dilaksanakan secara langsung dan tidak langsung. Kata Ketua Nazir Sekolah, Alimuddin Mohd Dom, kesedaran untuk memartabatkan bahasa Melayu itu selaras dengan arahan dalam Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2006, yang mahu semua pihak memperkasa penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam. Oleh sebab itu, JNS sentiasa mencari jalan untuk memantapkan keupayaan dan kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan guru serta pegawai dalam kalangan JNS sendiri.

Berita Harian 16.8.2006 Nazir Sekolah boleh beri input kepada menteri
KUALA LUMPUR, - Jemaah Nazir Sekolah yang selama ini meneliti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas kini diberi peranan lebih besar termasuk memberi input kepada Menteri Pelajaran mengenai sebarang isu atau masalah di sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sukar untuk mengetahui apa yang berlaku di sekolah, khususnya di kawasan pedalaman, kecuali mendapat input daripada Nazir Sekolah. ... Najib berkata, Jemaah Nazir Sekolah mesti mengutamakan integriti dengan membuat laporan secara adil ... juga ... mesti bekerjasama dengan sekolah dalam mengenal pasti amalan terbaik untuk meningkatkan mutu pendidikan.

Utusan Malaysia 16.8.2006 Jemaah Nazir Sekolah diharap baiki sistem pendidikan
PETALING JAYA, - Jemaah Nazir Sekolah diberi kebebasan sepenuhnya untuk membuat teguran terhadap kemajuan sesebuah sekolah dalam usaha membaiki sistem pendidikan negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dengan cara ini mereka boleh memainkan

42

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

BULETIN CANANG NAZIR - BIL 1/2007

43

Kemasukan, Pertukaran, Persaraan Dan Kenaikan Pangkat Staf Jemaah Nazir Sekolah (JNS), Kementerian Pelajaran Malaysia Mulai Jun hingga Disember 2006
1. Encik Kamaruddin bin Mohd Akil PPPS DG44 Bertukar dari SMK Datuk Hj. Abdul Samad Port Dickson, NS ke JNS Ibu Pejabat Putrajaya sebagai Penolong Pengarah mulai 1 Jun 2006. En. Fauzi bin Abdul Majid PPPS DG41 Bertukar dari JNS Selangor ke Maktab Perguruan Islam Bangi mulai 1 Jun 2006. Pn. Nor Azila bt Ismail Pembantu Tadbir (P/O) N17 Bertukar dari Lembaga Peperiksaan ke Unit Pentadbiran JNS Ibu Pejabat Putrajaya mulai 1 Jun 2006. Pn. Zainab bt Ahmad Pembantu Tadbir Rendah N11 Bertukar dari BTMK, KPM ke JNS W/P Kuala Lumpur mulai 1 Jun 2006. 15. 5. Dr. Ong Eng Tek PPPS DG44 Bertukar dari JNS P. Pinang ke Universiti Perguruan Sultan Idris, Perak mulai 2 Jun 2006. 16. 6. En. Aziz bin Awang PPPS DG41 Bertukar dari BSM, KPM (Parcel D) ke JNS Ibu Pejabat, Putrajaya sebagai Penolong Pengarah mulai dari 9 Jun 2006. Tn. Hj. Md. Hassan bin Abd Kadir PPPS DG52 (M) Bertukar dari SMK Batu Gajah, Tanah Merah ke JNS Negeri Pahang mulai 16 Jun 2006. Pn. Norsah bt. Jamaluddin PPPS DG44 Bertukar dari SMK Muadzam Shah, Kuantan ke JNS Pahang dan dinaikkan pangkat PPPS DG 48 (KUP) mulai 16 Jun 2006. En. Wahiduddin bin Abdul Manaf PPPS DG41 Bertukar dari SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah ke JNS Negeri Pahang mulai 16 Jun 2006 En. Razali bin Shamsudin PPPS DG41 Bertukar dari PPD Kulim, Kedah ke JNS Negeri Kelantan mulai 16 Jun 2006. 13. 11. En. Abdul Aziz bin Ahmad PPPS DG41 Bertukar dari JPN Muar ke JNS Johor mulai dari 16 Jun 2006. En. Abdul Aziz bin Wahab PPPS DG41 Bertukar dari SMK Penambang Kota Bharu, Kelantan ke JNS Ibu Pejabat Putrajaya sebagai Penolong Pengarah mulai dari 16 Jun 2006. Dr. Kamarul Azhar bin Kamaruddin PPPS DG41 Bertukar dari SMK Cheras Jaya, Balakong, Selangor ke JNS Selangor mulai 16 Jun 2006. Pn. Azwin bt Abdul Aziz PPPS DG41 Bertukar dari SMK Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor ke JNS Ibu Pejabat Putrajaya sebagai Penolong Pengarah mulai 16 Jun 2006. En. Zainal Abidin bin Juli PPPS DG41 Bertukar dari SMK Sungai Kapar Indah, Selangor ke JNS Selangor mulai 16 Jun 2006. Pn. Fadilah bt Omar PPPS DG41 Bertukar dari SMK Bukit Jelutong, Shah Alam. Selangor ke JNS Selangor mulai 16 Jun 2006. En. Chandra Sekaran a/l Manickam PPPS DG41 Bertukar dari SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor ke JNS Johor mulai 16 Jun 2006. En. Sahari bin Mustafa PPPS DG41 Bertukar dari SMK Paloh , Gua Musang, Kelantan ke JNS Kelantan mulai 16 Jun 2006. En. A. Rahim bin Azat PPPS DG41 Bertukar dari SMK Bahang, Penampang, Sabah Ke JNS Kota Kinabalu, Sabah mulai 16 Jun 2006. En. Gugkang Raja PPPS DG41 Bertukar dari SMK St. Joseph, Miri, Sarawak ke JNS Sarawak mulai 16 Jun 2006.

12. 2.

3.

14. 4.

17.

7.

18.

8.

19.

9.

20.

10.

>> Bersambung di muka 34

You might also like