You are on page 1of 3

Muhimmah Karangan Syeikh Abdullah Ibn Abdur Rahim Fatoni

http://alraufi.blogspot.com/2010/10/muhimmah-syeikh-abdullah-ibn-abdur.html
1
,
. . . .
, , , .
., . , , ..
. , .
.
Inilah Kitab
Yang Dinamakan Dia Penting-Penting Pada Ilmu Hadits Nabi J Pada
Bicarakan Kelebihan Dan Kepujian Atas Perbuatan Isteri Bagi Suaminya.
Dan Bicarakan Segala Kecelaan Pada Meninggalkannya Dan Derhakanya.
Karangan Syeikh Abdullah Ibn Abdur Rahim Fatoni.
Semoga Allah Mengampuni Baginya Dan Bagi Muslimin. Amiin.
Pengalihan Jawi Kepada Rumi Serta Disusun Semula Oleh:
Hamba Allah Yang Dhoif Lagi Hina
Muhamad Rauf Bin Minhat
Muhimmah Karangan Syeikh Abdullah Ibn Abdur Rahim Fatoni
http://alraufi.blogspot.com/2010/10/muhimmah-syeikh-abdullah-ibn-abdur.html
2
5

.

Adapun kemudian daripada itu, Maka inilah suatu:
[Muhimmah]
Yang Ditakut Atas Tiap-Tiap Perempuan Yang Bersuami,
Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya.
Maka wajiblah atas segala perempuan yang tersebut itu belajar dan mengetahui
akan hukumnya supaya terpelihara segala amalnya yang kebajikan dan lagi beroleh
manfaat akan dia pada hari akhirat, kerana beberapa seksa dan azab Allah I atas
segala perempuan yang derhakakan suaminya di dalam dunia ini. Pada esok harinya
sangatlah menyesal atas segala perempuan yang tersebut itu, maka tiadalah berguna
oleh sesalnya dan dukacitanya pada waktu itu.
[ ] ertinya; ketahui olehmu bahawa sungguhnya derhaka perempuan akan
suaminya itu memberi fatwa oleh beberapa ulama, iaitulah setengah daripada dosa
yang amat besar jadi derhaka ia:
1. Sebab menegahkan akan suaminya daripada mengambil kesukaan sama ada
diwathi ( - bercampur dengan isteri) atau lainnya seperti menegah ia akan
suaminya daripada menjamah dan menyentuh pada barang tempat daripada
badannya.
2. [Demikian lagi] derhakalah sebab keluarnya daripada rumah dengan tiada izin
suaminya; sama ada suami itu hadir atau ghaib, [atau] keluar ia kepada majlis zikir
atau kepada majlis belajar ilmu yang bukan fardhu ain.
[Maka tiada] derhaka ia keluar kerana belajar hukum haidh dan nifas dan
sekalian ilmu yang fardhu ain. [Tetapi] wajiblah atasnya keluar supaya belajar ia akan
segala fardhu ain itu dan haramlah atas suaminya menegahkan isterinya daripada
keluar kerana ia hendak menuntut fardhu ain jikalau tiada ia alim.
[Adapun] jikalau ada ia alim nescaya wajiblah atasnya mengajar akan
isterinya itu, maka ketika itu haramlah keluar perempuan itu daripada rumahnya lagi
derhakalah ia dan jadi derhaka pula sebab enggan ia daripada berpindah serta
suaminya.
Muhimmah Karangan Syeikh Abdullah Ibn Abdur Rahim Fatoni
http://alraufi.blogspot.com/2010/10/muhimmah-syeikh-abdullah-ibn-abdur.html
3
3. [Dan] derhaka pula sebab menyelak (mengunci) ia akan pintu ketika menghendak
masuk suaminya kepadanya.
4. [Dan] derhaka pula sebab mintanya akan talaknya.
5. Dan derhaka pula sebab masam mukanya kemudian daripda bersihnya.
[Dan lagi] beberapa banyak perbuatan yang jadi derhaka perempuan akan
suaminya itu tersebut di dalam kitab fiqah.
[Maka manakala] berbuat oleh perempuan akan suami daripada segala yang
tersebut itu dan jikalau dengan satu lahzah ( - sesaat) sekalipun, nescaya tiada
wajib atas suaminya memberi nafkahnya pada hari itu dan tiada pula wajib memberi
pakaiannya pada fasal itu.
[Dan tiada] pula wajib gilirannya, tetapi hukum perempuan yang demikian itu
sebenarnya bahawa meninggalkan akan dia oleh suaminya pada tempat ketidurannya
hingga balik daripada derhakanya itu kepada kebajikan taat pula dan jikalau sampai
beberapa tahun sekalipun.
[Dan telah] melaknatkan akan perempuan yang derhaka itu oleh segala
malaikat yang berbuat bakti yang tiada derhaka mereka itu kepada Allah I sekejap
mata jua pun, dan bahawa menyeksa akan dia oleh Tuhan yang mempunyai kekerasan
di dalam negeri yang hina iaitu di dalam neraka.
Perkhabaran Hadits Hak Suami Atas Isteri
[Dan telah] berkata Aisyah g: Hai segala perempuan! jikalau kamu
mengetahui semuanya dengan hak segala suami kamu atas kamu sekalian, nescaya
menjadikan oleh perempuan daripada kamu suaminya menyapu debu yang ada pada
dua kaki suaminya itu dengan hadapan mukanya.
[Dan telah] mengeluarkan oleh Hakim bahawa sungguhnya seorang perempuan
berkata ia bagi Nabi j : Bahawasa sungguhnya anak mamakku si anu namanya,
ibunya meminang ia akan dia akan daku, maka khabarkan olehmu akan daku apa-apa
hak suaminya atas isterinya, maka jikalau ada suatu yang kuasa aku mengerjakan dia,
nescaya hendaklah aku berkahwin akan dia. [Maka] bersabda Nabi j : Setengah
daripadanya itu, jikalau mengalir dua lubang hidungnya akan darah atau nanah, maka
menjilat ia perempuan itu akan dia dengan lidahnya, sungguhnya belum lagi
mendatangkan ia akan hak suaminya dan jikalau patut bagi seorang manusia bahawa
sujud ia bagi seorang manusia, nescaya aku suruh akan perempuan bahawa sujud ia
bagi suaminya apabila masuk ia atas isterinya, bagi orang yang melebihkan akan dia
oleh Allah I atas isterinya. Maka berkata oleh perempuan yang bertanya itu: Demi
Tuhan yang membangkitkan akan dikau dengan sebenarnya jadi Nabi, tiadalah aku
bersuami selama kekal di dalam dunia ini.

You might also like