You are on page 1of 62

UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN PENUGASAN MPV

OLEH : SM MOKHTAR ABDULLAH

SEA PARK, P/JAYA

FUNGSI PASUKAN POLIS


Seksyen 3(3) Akta polis 1967 Berkhidmat di dalam dan di seluruh Malaysia (termasuk perairan wilayahnya) bagi ;

Memelihara undang-undang dan ketenteraman Mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia Mencegah dan mengesan jenayah Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah Mengumpul risikan keselamatan

UNDANG-UNDANG BERKAITAN

Perintah Tetap Ketua Polis Negara Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) Akta Polis 1967 ( Akta 344 ) Kanun Keseksaan ( Akta 574 ) Akta Kesihatan Mental 2001 ( Akta 615 ) Akta Pengangkutan Jalan 1952 (Akta 257) Lain-lain peruntukan di bawah Statut-Statut yang di gunapakai

PENUGASAN HARIAN MPV

PEMERIKSAAN TANGKAPAN PENGGUNAAN GARI TERIMA REPOT SAMAN PENCEGAHAN JENAYAH BAJU GILA ( Straight Jacket ) MODUL LATIHAN MPV ( Cadangan )

HAK KEBEBASAN ASASI


Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan
(1)

Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Jika seseorang ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan berunding dengan seseorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu.

(2)

Garis Panduan Pemeriksaan tubuh

Tujuan Pegawai polis dapat menjalankan pemeriksaan tubuh dengan cara lebih efektif selaras dengan - Peruntukkan undang-undang - Hak Asasi kemanusiaan - Prinsip-prinsip agama

UNDANG-UNDANG BERKAITAN PEMERIKSAAN TUBUH

Pemeriksaan tubuh adalah salah satu kuasa yang telah diperuntukkan kepada pegawai polis untuk menjalankan penyiasatan terhadap salah laku jenayah. Tidak ada definisi undang-undang tertentu berkaitan pemeriksaan tubuh dalam Sisten Pentadbiran Keadilan Jenayah di Malaysia Definisi dari sumber perundangan lain; a) Dalam kes Hiralal Chaganlal lwn State of Rajasthan (AIR 1968 Raj 188) - Pemeriksaan tubuh di definisikan sebagai pemeriksaan yang menyeluruh ke atas tubuh, atau mengesan sesuatu yang tersembunyi, tidak terbuka, tidak terdedah atau tidak diperlihatkan b) Oxford Fajar Advanced Learners English-Malay Dictionary (2nd 2001) - Pemeriksaan tubuh sebagai suatu pemeriksaan keatas tubuh dan pakaian untuk mencari sesuatu yang tersembunyi, melihat, memeriksa atau melakukan pemeriksaan dengan lebih menyeluruh untuk mencapai matlamat

PENGGELEDAHAN PREMIS DAN PEMERIKSAAN ORANG


A. Pemeriksaan Orang (Seksyen 17 22 KPJ) i) Kanak-kanak ii) Wanita iii) Orang tua iv) Orang dewasa
B. Penggeledahan Premis

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUH


Seksyen 17 KPJ Memeriksa orang yang berada dalam mana-mana tempat yang digeledah dengan waran Seksyen 19 KPJ Ditegah menahan secara berlebih-lebihan dan peraturan memeriksa perempuan Seksyen 20 KPJ Memeriksa orang yang ditangkap Seksyen 21 KPJ Kuasa merampas senjata yang mebahaya

Seksyen 22 KPJ Memeriksa orang kerana hendak mendapat tahu nama dan tempat tinggalnya.
Seksyen 3 Akta Polis 1967 Tugas dan tanggungjawab anggota polis Seksyen 31A ADB 1952 Pemeriksaan dalam kes dadah Peraturan 7 Kaedah Lokap 1953 Pemeriksaan keatas banduan Peraturan 8 Kaedah Lokap 1953 Pemeriksaan banduan perempuan

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUH


Seksyen 17 KPJ Memperuntukkan apabila pengeledahan apa-apa perkara dijalankan atau akan dijalankan dengan sah di mana-mana tempat berkenaan dengan sesuatu kesalahan, semua orang yang berada di dalam tempat itu bolehlah ditahan dengan sah sehingga selesai penggeledahan itu, dan jika barang yang dicari itu adalah jenis yang boleh disembunyikan pada badan orang itu, maka mereka bolehlah diperiksa untuk mencari barang itu oleh atau dihadapan Majistret, Jaksa Pendamai atau Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor. Huraian: Seksyen 17 KPJ hanya menyatakan, bahawa jika sesatu tempat diperiksa, tetapi benda yang dicari berbentuk sesuatu yang boleh disembunyikan pada seseorang, semua orang yang berada di dalam tempat itu bolehlah diperiksa oleh atau dihadapan Majisret, atau Jaksa Pendamai atau pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Inspektor

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUH


Seksyen 19(1) KPJ Memperuntukkan orang yang ditangkap itu tidak tertakluk pada halangan yang lebih daripada yang difikirkan patut supaya menahan ia daripada melarikan diri. Seksyen 19(2) KPJ apabila dikehendaki memeriksa seorang perempuan, mestilah ianya diperiksa oleh seorang perempuan lain, dengan menitikberatkan kesopanan

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUH


Seksyen 20 KPJ .Apabla seseorang ditangkap; i) Oleh pegawai polis dengan waran yang tidak mengandungi syarat-syarat untuk memberi jaminan ataupun dengan waran yang mengandungi srayat-syarat untuk memberi jaminan, tetapi orang yang ditangkap itu tidak dapat mengadakan jaminan; atau
ii)

Tanpa waran atau oleh orang persendirian dengan berwaran dan orang yang ditangkap itu disisi undang-undang tidak boleh diberi jamin ataupun ia tidak berupaya mengadakan jaminan, Maka pegawai polis yang menjalankan tangkapan itu, atau apabila tangkapan itu dijalankan oleh seseorang persendirian, pegawai polis yang menerima orang yang ditangkap yang diserahkan kepadanya, bolehlah memeriksa orang itu dan mengambil segala barang-barang segala baang-barang yang ada pada badannya selain daripada pakaian yang menutup badannya, dan menyimpannya d tempat yang selamat. Barangbarang yang dipercayai adalah alat atau hasil ataupun keterangan lalin sesuatu perbuatan jenayah, bolehlah ditahan sehingga ia dibuang bicara atau dilepas daripada tuduhannya.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUH


Seksyen 21 KPJ Kuasa merampas senjata .Pegawai atau mana-mana orang lain yang menjalankan sebarang tangkapan di bawah Undang-undang ini bolehlah mengambil daripada orang yang ditangkap itu sebarang senjata yang merbahaya yang ada padanya dan hendaklah menyerahkan semua senjata-senjata yang diambilnya itu kepada Mahkamah, atau kepada Pegawai dimana atau kepada pegawai atau orang yang membuat tangkapan itu dikehendaki menurut undang-undang menyerahkan orang yang ditangkap itu. Huraian: .jika sebaang senjata merbahaya ada pada orang yang ditangkap, pegawai polis atau orang lain (termasuk orang awam) bolehlah mengambilnya dan menyerahkan semua senjata-senjata yang diambilnya itu kepada Mahkamah atau kepada Pegawai polis

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUH


Seksyen 22 KPJ .memperuntukkan setiap orang yang ditahan dengan sah disisi undang-undang, yang disebabkan mabuk, sakit, gila ataupun sebab tersangat muda tidak berupaya memberi maklumat yang memuaskan mengenai dirinya sendiri, bolehlah ia diperiksa untuk menentukan nama dan tempat kediamannya

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUH


Seksyen 3 Akta polis 1967 ...memperuntukkan bahawa salah satu tanggungjawab polis ialah untuk mengesan dan mencegah jenayah. Implikasinya, pihak polis boleh menjalankan pemeriksaan ke atas seseorang di mana-mana jalan atau tempat awam.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUH


Seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 apabila seseorang ditangkap dibawah manamana kesalahan ADB 1952 dan jika ia disyaki menyembunyikan apa-apa keterangan pada badannya atau dimanamana bahagian rongganya, maka orang itu tahanan itu hendaklah diperiksa oleh pegawai perubatan

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUH


Seksyen 64 KPJ Senarai barang dirampas (Search List) semasa menjalankan penggeledahan dibawah Bab VI KPJ senarai barang-barang yang dirampas dan tempat dimana barang-barang dijumpai, hendaklah disediakan oleh pegawai itu atau orang lain yang menjalankan penggeledahan itu disertai tandatangani olehnya.

Huraian: Walau bagaimanapun, jika pemeriksaan dilakukan tidak dibawah KPJ dan barang-barang salah dijumpai, secara hematnya senarai barang-barang yang dirampas hendaklah diserahkan sebagaimana kehendak seksyen 64 KPJ.

JENIS JENIS PEMERIKSAAN TUBUH


Pemeriksaan Pat Down Pemeriksaan Strip Pemeriksaan Intimate

Anggota kereta peronda (MPV) jika keadaan memerlukan hanya boleh melakukan pemeriksaan Pat Down sahaja.

Pemeriksaan Strip dan Intimate hanya boleh dilakukan oleh seorang pegawai polis yang telah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada seorang pegawai kanan polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor.
Kebenaran secara lisan jika boleh didapati hendaklah di catitkan didalam Buku Saku atau Buku Perharian Balai (Station Diary)

SIAPA BOLEH MELAKUKAN PEMERIKSAAN ?

Mana-mana pegawai polis boleh melakukan pemeriksaan tubuh Dalam keadaan Pemeriksaan Pat Down sekiranya tidak praktikal kerana kelewatan yang tidak munasabah atau keadaan yang tidak selamat atau dalam keadaan yang sangat diperlukan, orang awam mungkin boleh diminta membantu untuk menjalankan pemeriksaan

PEMERIKSAAN PAT-DOWN
Bila boleh dilakukan oleh mana-mana pegawai polis;
1.

Apabila wujud syak wasangka yang munasabah bahawa terdapatnya objek, senjata, keterangan dan barang-barang salah yang disembunyikan oleh orang yang disyaki yang mana boleh dijumpai melalui pemeriksaan. Berdasarkan kepada keadaan-keadaan tertentu, keperluan kesegeraan (urgency) dan keselamatan kes dan dalam keadaan ketiadaan pegawai polis yang sama jantina dengan orang kena tahan, pegawai polis boleh meminta bantuan daripada mana-mana orang awam yang rela. Dalam ketiadaan ini, orang awam tersebut hendaklah melakukan pemeriksaan seperti yang diarahkan oleh pegawai polis itu. Sebaik sahaja sampai dilokap dimana wujud syak wasangka yang munasabah mempercayai bahawa orang yang kena tahan ada menyembunyikan senjata, objek, keterangan dan barang-barang salah (eg dadah) yang disembunyikan pada badannya dan jika pemeriksaan kaedah Pat-Down gagal menemuinya, maka Pemeriksaan Strip atau Intimate boleh dlakukan. Pegawai polis yang memeriksa hendaklah terlebih dahulu bertanya ataupun menyoal terhadap orang yang kena tahan untuk mengisytiharkan sebarang senjata, objek, keterangan dan barang-barang salah yang ada pada tubuh atau pakaiannya yang memudaratkan atau yang menyalahi undang-undang. Pegawai polis yang memeriksa hendaklah meminta orang yang kena tahan mengeluarkan barang-barang peribadi daripada saku dan mana-mana bahagian bajunya, menterbalikkan saku dan meletakkan segala barang-barang peribadinya di satu tempat yang boleh dilihat oleh pegawai polis.

2.

3.

4.

5.

PEMERIKSAAN PAT-DOWN
6. Pegawai polis yang memeriksa hendaklah meminta orang yang kena tahan mengeluarkan barang-barang kemas, jam, kasut, sarung kaki, tali pinggang, topi, tudung, dan alat prostetik (anggota badan palsu) dan meletakkan di satu tempat yang boleh dilihat dengan jelas oleh pegawai polis. 7. Pegawai polis yang memeriksa hendaklah mengarah orang kena tahan supaya membelakangkan badannya dengan mengangkat tangan dalam posisi Y dengan meletakkan tapak tangan di atas kepala. Kaki hendaklah dibuka luas secukupnya dalam jarak yang munasabah untuk dilakukan pemeriksaan ke atasnya. Jika sekiranya terdapat dinding atau kenderaan berhampiran orang kena tahan, orang kena tahan boleh diarah untuk menghadap atau bersandar pada dinding atau pada kenderaan MPV atau lain kenderaan. Pegawai pemeriksa hendaklah meletakkan dirinya bersebelahan di belakang orang kena tahan

ILLUSTRASI PEMERIKSAAN PAT-DOWN

(Bahagian Belakang)

ILLUSTRASI PEMERIKSAAN PAT-DOWN

(Bahagian Hadapan)

PEMERIKSAAN PAT-DOWN
8. Berdasarkan kepada keadaan-keadaan tertentu dan keselamatan kes, pegawai polis yang memeriksa boleh memulakan Pemeriksaan Pat-Down dengan mengikuti panduan dan arahan di para 7 dan diikuti dengan para 5 dan 6.

9. Pegawai polis yang memeriksa hendaklah menyisir rambut orang kena tahan dengan jarinya atau meramas-ramas tanpa menarik rambut. Dia juga boleh meminta supaya orang kena tahan menyisir rambut dengan jarinya sendiri.
10. Pegawai polis yang memeriksa hendaklah memulakan pemeriksaan Pat-Down bermula daripada satu bahagian badan orang kena tahan, diteruskan di bahagian tengah belakang seterusnya kebahagian-bahagian lain. Setelah selesai memeriksa bahagian belakang orang kena tahan, pegawai polis yang memeriksa hendaklah mengarahkan orang kena tahan untuk berpaling ke hadapan dan memulakan pemeriksaan di bahagian hadapan orang kena tahan dengan cara yang sama. 11. Pegawai Polis yang memeriksa hendaklah memulakan pemeriksaan dengan cara dari atas ke bawah, iaitu dengan menggunakan tangannya untuk memeriksa tengkuk, leher, bahu, kolar baju dan seterusnya ke bawah siku, ketiak dan ke seluruh tubuh badan, termasuk memeriksa saku, lipatan tepi kain, (seams and hems) dan lain-lain lipatan pakaian dan berakhir di pinggang. Bagi orang kena tahan perempuan, pegawai polis yang memeriksa hendaklah memeriksa dengan menggunakan tangannya di bahagian atas dan bawah payu dara.

PEMERIKSAAN PAT-DOWN
12. Pegawai polis yang memeriksa boleh mengarahkan orang kena tahan melonggarkan apaapa ikatan pada pinggang jika ada, dan memeriksa bahagian pinggang, lipatan tepi kain dan lingkaran tali pinggang. Pegawai polis yang memeriksa hendaklah menggunakan tangannya, didahului dengan memeriksa bahagian pinggang orang kena tahan dan diteruskan ke bawah di bahagian punggung dan berakhir di kakinya. Kedua-dua tangan hendaklah digunakan semasa membuat pemeriksaan di bahagian kaki dengan memberikan penekanan di bahagian-bahagian lipatan pakaian. 13. Pegawai polis yang memeriksa tubuh dan kaki orang kena tahan, tidak boleh menyentuh atau memegang bahagian kemaluan orang kena tahan. 14. Pegawai polis yang memeriksa hendaklah melaporkan kepada Pusat Kawalan apabila pemeriksaan selesai dilakukan dan seterusnya membuat laporan polis bersabit pemeriksaan atau tangkapan yang dilakukan, samada ada atau tidak ada apa-apa barang salah ditemui. 15. Borang bongkar (Search List) hendaklah diberikan kepada orang kena tahan jika sekiranya terdapat sebarang senjata, objek, keterangan dan barang-barang salah di jumpai dan dirampas dari tubuh, pakaian, milik, kenderaan atau premis berkaitan dengan orang kena tahan.

CONTOH BORANG PEMERIKSAAN (Untuk Dilengkapkan Di Tempat Pemeriksaan)


1. 2.

3. 4. 5. 6.

Balai. No Repot: No Waran. Butir-butir orang yang diperiksa: Nama : No.KP:. Alamat :.. Tempat pemeriksaan dilakukan : Nama pegawai polis yang hadir semasa pemeriksaan : Tarikh dan masa pemeriksaan:. Barang-barang Di mana dijumpai dan oleh siapa

7.

Pegawai polis yang melakukan pemeriksaan Tandatangan:. Nama :..

8. Saksi/Pegawai Pemerhati Tandatangan: Nama :

9.

10.

Pengaduan oleh orang yang diperiksa (jika ada): Orang yang diperiksa: Tandatangan:........ Nama :. Tarikh/Masa:..

PEMERIKSAAN TERHADAP ORANG

Pemeriksaan keatas orang ditangkap oleh pegawai polis dengan waran yang tidak memperuntukkan jamin atau seseorang yang ditangkap itu gagal untuk mengadakan jamin, maka orang tersebut bolehlah diperiksa. Apa-apa benda yang terdapat padanya termasuk barang-barang yang mungkin ada kaitan dengan kejadian jenayah melainkan pakaian yang diperlukan hendaklah disimpan ditempat yang selamat sehingga pembebasannya di mahkamah atas kesalahan berkenaan. Sesiapa yang ditahan dengan sah disisi undang-undang yang disebabkan mabuk, sakit, gila ataupun sebab lain menyebabkan dia tidak berupaya memberi maklumat yang memuaskan mengenai dirinya, dia boleh diperiksa untuk menentukan nama dan tempat kediamannya. Seseorang perempuan hanya boleh diperiksa oleh perempuan lain dengan menitikberatkan kesopanannya. Semasa geledahan secara sah dijalankan dimana-mana premis/tempat, maka kesemua orang yang berada dalam premis/tempat berkenaan bolehlah ditahan dengan sah sehingga geledahan berkenaan. Jika barangan yang dicuri itu boleh disembunyikan pada badan seseorang, maka mereka boleh diperiksa untuk mencari barangan itu oleh/dihadapan Majistret, Jaksa Pendamai atau pegawai polis yang berkenaan.

PEMERIKSAAN BANGUNAN
Seksyen 16 KPJ - Menggeledah tempat yang dimasuki oleh orang yang ditangkap

(1) Jika mana-mana orang yang menjalankan waran tangkap atau mana-mana juga pegawai polis atau penghulu yang berkuasa menangkap, ada sebab untuk mempercayai manamana orang yang hendak ditangkap itu telah masuk ke dalam atau berada dalam manamana tempat, maka orang yang tinggal di dalam atau menjaga tempat itu hendaklah membenarkan orang yang menjalankan waran itu atau pegawai polis atau penghulu itu masuk dengan bebas ke dalamnya, iaitu apabila diminta oleh mana-mana orang yang tersebut itu, dan membenarkan segala kemudahan yang munasabah untuk menjalankan penggeledahan di dalamnya.
(2) Jika tidak dapat masuk kedalam tempat itu mengikut sub-seksyen (1), maka adalah sah bagi orang yang bertindak dengan waran dan dalam mana-mana kes dalam mana waran boleh dikeluarkan tetapi tidak boleh didapatinya melainkan akan memberi peluang kepada orang itu melarikan diri, maka pegawai polis atau penghulu bolehlah masuk ke dalam tempat itu dan menggeledah tempat itu, dan supaya dapat masuk ke dalamnya bolehlah ia memecahkan mana-mana pintu luar atau dalam atau tingkap di mana-mana tempat sama ada dipunyai oleh orang yang hendak ditangkap itu atau oleh orang lain, jika selepas diberitahu kuasa dan tujuannya serta diminta supaya membenarkan ia masuk, tetapi tidak dibenarkannya

PEMERIKSAAN BANGUNAN
Seksyen 17 KPJ - Memeriksa orang yang berada dalam mana-mana tempat yang digeledah dengan waran Apabila penggeledahan untuk apa-apa perkara dijalankan atau akan dijalankan dengan sah di mana-mana tempat berkenaan dengan sesuatu kesalahan, semua orang yang berada dalam tempat itu bolehlah ditahan dengan sah sehingga selesai penggeledahan itu, dan jika barang yang dicari itu adalah jenis yang boleh di sembunyikan pada badan orang itu, maka mereka bolehlah diperiksa untuk mencari barang itu oleh atau dhadapan Majistret, Jaksa Pendamai atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor. Seksyen 18 KPJ - Kuasa memecah mana-mana tempat untuk melepaskan dirinya Mana-mana pegawai polis atau orang lain yang berkuasa menangkap bolehlah memecahkan mana-mana tempat untuk melepaskan dirinya sendiri atau mana-mana orang lain yang telah masuk ke tempat itu secara yang sah daripada segi undang-undang kerana hendak menangkap seseorang dan telah terkurung di dalamnya.

PEMERIKSAAN BANGUNAN
Seksyen 26 KPJ - Mengejar pesalah Tiap-tiap pegawai polis bolehlah mengejar manamana orang ke mana-mana jua tempat dalam Malaysia untuk menangkap mana-mana orang yang ia berkuasa menangkap tanpa waran. Contoh: MPV Petaling Jaya mengejar saspek sehingga ke kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

TANGKAPAN
Seksyen 23 KPJ membenarkan mana-mana pegawai polis menangkap sesiapa tanpa waran dalam keadaan berikut;
a)

Sesiapa yang terlibat dalam mana-mana kesalahan yang dilakukan di Malaysia, di mana kesalahan itu merupakan kesalahan boleh ditangkap dibawah mana-mana undangundang yang berkuat kuasa di Malaysia, di mana kesalahan tersebut telah dilakukan, atau lanjutan suatu aduan yang munasabah yang telah dibuat, atau di atas maklumat yang boleh dipercayai, atau terdapat syak yang munasabah bahawa orang tersebut telah terlibat dalam kesalahan berkenaan; Mana-mana orang yang memiliki tanpa alasan yang sah dari segi undang-undang, yang mana beban membuktikannya sebab-sebab itu adalah tertanggung di atas orang itu, sebarang perkakas pecah rumah; Sesiapa yang telah diisytiharkan sebagai telah melarikan diri daripada satu waran tangkap yang telah dikeluarkan kepadanya; Sesiapa yang memiliki dalam simpanannya, apa-apa barang yang disyaki telah dicuri atau diperolehi dengan cara menipu dan boleh disyaki telah melakukan suatu kesalahan berkaitan dengan barang berkenaan;

b)

c)

d)

samb TANGKAPAN
Seksyen 23 KPJ membenarkan mana-mana pegawai polis menangkap sesiapa tanpa waran dalam keadaan berikut e) Sesiapa yang menghalang mana-mana anggota polis daripada menjalankan tugasnya atau yang telah lari atau cuba melarikan diri daripada tahanan yang sah; Sesiapa yang disyaki dengan munasabah lari dari Angkatan Bersenjata Persekutuan; Sesiapa yang dijumpai berikhtiar menyembunyikan diri di dalam keadaan yang menimbulkan alasan untuk mempercayai bahawa dia berbuat demikian bagi maksud untuk melakukan suatu kesalahan boleh ditangkap;

f)

g)

h)

Sesiapa yang diperihalkan sebagai tidak mempunyai mata pencaraian atau gagal memberikan keterangan yang memuaskan mengenai dirinya;

samb TANGKAPAN
Seksyen 23 KPJ membenarkan mana-mana pegawai polis menangkap sesiapa tanpa waran dalam keadaan berikut
i)

Sesiapa yang mempunyai reputasi sebagai penyamun, pemecah rumah, pencuri atau pada lazimnya menjadi penerima barang curi, ataupun yang mempunyai reputasi melakukan kesalahan pemerasan, atau kerana hendak melakukan pemerasan biasa untuk menakutkan atau cuba menakutkan orang-orang lain dengan kecederaan; Sesiapa yang melanggar keamanan di hadapan mana-mana pegawai polis;

j)

k)

Sesiapa yang di bawah pemerhatian polis dan telah ingkar mematuhi syarat-syarat yang dikenakan kepadanya.

samb TANGKAPAN
Seksyen 24 KPJ Keengganan memberi nama dan tempat tinggal Seksyen 24 KPJ membenarkan mana-mana pegawai polis untuk menangkap sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan tidak boleh ditangkap, jika orang berkenaan enggan memberitahu nama dan alamat tempat tinggalnya atau telah memberi nama atau alamatnya yang nyata adalah palsu. Tujuan penangkapan ini adalah untuk menentukan nama dan alamat sebenar orang berkenaan.

SEKSYEN BERKAITAN DENGAN TANGKAPAN


Seksyen 15 KPJ Cara membuat tangkapan Seksyen 19 KPJ Ditegah menahan secara berlebih-lebihan dan peraturan memeriksa perempuan Seksyen 23 KPJ Bila Polis atau Penghulu boleh tangkap tanpa waran Seksyen 27 KPJ Tangkapan oleh orang persendirian Seksyen 29 KPJ Melepaskan orang yang telah ditangkap Seksyen 31 KPJ Tangkapan oleh atau dihadapan Majistret Seksyen 32 KPJ Kuasa mengejar dan menangkap semula orang yang melepaskan diri Seksyen 105 KPJ Tangkapan bagi mencegah kesalahan boleh tangkap

CARA PENANGKAPAN
Seksyen 15 KPJ 1. Dengan menyentuh atau mengurung badan orang yang hendak ditangkap itu, melainkan jika orang berkenaan menyerah diri kepada mana-mana pegawai polis samada melalui percakapannya atau tingkahlakunya.
2.

Walau bagaimanapun jika orang yang hendak ditangkap itu melawan dengan kekerasan atau cuba melarikan diri dari tangkapan, maka pegawai polis berkenaan boleh menggunakan sebarang langkah yang wajar untuk melaksanakan tangkapan tersebut.

3.

Namun begitu dia tidak berhak menyebabkan kematian org yg hendak ditangkap jika kesalahan yang dituduh tidak membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.

samb..CARA PENANGKAPAN
Seksyen 16 KPJ Menggeledah tempat yang dimasuki oleh orang yang hendak ditangkap. Seksyen ini memberi kuasa kepada pegawai polis yang menjalankan waran tangkapan atau menjalankan tangkapan untuk kesalahan yang boleh ditangkap sebagaimana seksyen 23(1) KPJ, yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang yang hendak ditangkap itu telah masuk atau berada dalam mana-mana premis, maka manamana pegawai polis berkenaan boleh meminta masuk kedalam premis berkenaan, dan penghuni premis tersebut perlu memberi segala kemudahan kepadanya untuk untuk menjalankan tugasnya. Walau bagaimanapun, jika pegawai berkenaan tidak dapat masuk dengan cara sebagaimana di atas, maka adalah sah bagi pegawai polis yang bertindak dengan waran dan bagi tangkapan tanpa waran sekiranya kesalahan itu boleh dikeluarkan waran, tetapi, disebabkan kelewatan mendapatkan waran berkemungkinan menyebabkan orang yang hendak ditangkap itu melarikan diri, maka dia boleh juga sebagaimana pegawai polis dengan waran memasuki premis berkenaan sama ada premis itu di punyai oleh orang yang hendak ditangkap ataupun orang lain, dan pada menjalankan kuasanya itu, dia berhak memecah pintu atau tingkap bagi membolehkan dia memasuki, selepas gagal dibenarkan masuk apabila meminta berbuat demikian, oleh mana-mana penguni premis berkenaan.

samb..CARA PENANGKAPAN
Seksyen 18 KPJ Kuasa memecah mana-mana tempat untuk melepaskan diri Memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai polis untuk memecahkan mana-mana tempat untuk melepaskan dirinya apabila menjalankan kewajipannya membuat tangkapan tetapi telah terkurung di dalamnya.

A ) PTKPN A 124 Para 12 Pegawai Polis mempunyai budi bicara untuk menggari tahanan dibawah jagaannya dan cara terbaik adalah menggari kedua-dua belah tangan saspek dibelakang badannya.

PENGGUNAAN GARI

B) Seksyen 15(2) KPJ ......Jika orang yang hendak ditangkap itu melawan dengan kekerasan atau cuba lari daripada tangkapan itu, maka pegawai itu atau orang lain boleh menggunakan sebarang langkah yang perlu untuk melaksanakan tangkapan itu
Penggunaan Gari Pegawai dan anggota polis didalam penggunaan gari, mestilah menggunakan kuasa budibicara; 1. Orang muda/Kanak-kanak dan Pesalah Wanita Tidak perlu digari. Walaubagaimanapun sekiranya seorang pesalah wanita bersifat agresif dan boleh mendatangkan bahaya kepada pegawai eskot atau orang lain maka ianya hendaklah digari Pesalah Kanak-Kanak Tidak perlu digari melainkan mereka bersifat agresif atau telah melakukan kesalahan yang berat yang boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.

2.

PENGGUNAAN GARI
3.

Pesalah Dewasa Pesalah dewasa yang dituduh melakukan jenayah berat yang membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup perlu digari Tangkapan sah Mana-mana orang yang ditangkap secara sah dalam keadaan menghalang mereka dari melarikan diri, Seksyen 19(1) KPJ membenarkan penggunana gari sedemikian.

4.

AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1952 (Akta 257)


Bila pegawai polis boleh tengkap tanpa waran?
Seksyen 41(1) Mana-mana pegawai polis boleh menangkap mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan, dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan yang ada atau mungkin ada di jalan itu) adalah merbahaya kepada orang awam, menyebabkan kematian mana-mana orang. Seksyen 42(1) Mana-mana pegawai polis boleh menangkap mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, memandang kepada segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan luas jalan dan kesesakan lalu lintas yang ada atau mungkin ada di jalan itu) adalah merbahaya kepada orang awam

TUGAS POLIS DI JALAN AWAM

(1)

Seksyen 21 Akta Polis 1967 (Akta 344)


Adalah menjadai tugas pegawai-pegawai polis:a) mengatur, mengawal dan melencongkan mana-mana lalulintas;

b) menjaga ketenteraman di jalan awam, lorong, jalan tembus dan mendarat, dan tempat kunjungan awam yang lain dan tempat di mana orang awam ada akses; dan
c) mencegah halangan pada waktu perhimpunan dan perarakan di jalan awam dan lorong, dan dalam mana-mana hal, bila mana-mana jalan, lorong, jalan tembus dan tempat mendarat atau feri mungkin penuh sesak atau menjadi terhalang.
(2)

Seseorang yang menghalang, membangkang atau ingkar menurut apa-apa arahan yang munasabah yang diberi oleh mana-mana pegawai polis dalam melaksanakan tugas-tugasnya di bawah seksyen ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ringgit atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. Seseorang yang melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen ini boleh ditangkap tanpa waran melainkan dia memberi kepada pegawai polis itu nama atau alamatnya dan selainnya memuaskan hati pegawai polis itu yang dia akan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.

(3)

KUASA UNTUK MENDIRIKAN SEKATAN-SEKATAN JALAN

Seksyen 26 Akta polis 1967 (1) Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undangundang lain, mana-mana pegawai polis boleh, jika difikirkannya perlu untuk berbuat demikian bagi memelihara dan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman atau untuk mencegah atau mengesan jenayah, mendirikan atau meletakkan atau menyebabkan didirikan atau diletakkan apa-apa sekatan-sekatan di atas atau melintang mana-mana jalan awam atau lorong atau di mana-man tempat awam dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut;

dan mana-mana pegawai polis boleh mengambil semua langkah munasabah untuk mencegah mana-mana orang daripada melalui atau mana-mana kenderaan daripada merempuh lalu manamana sekatan itu

KUASA UNTUK MENDIRIKAN SEKATAN-SEKATAN JALAN samb

Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa isyarat yang munasabah yang diberi oleh seseorang pegawai polis yang menghendaki orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai mana-mana sekatan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya; dan mana-mana pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap orang itu melainkan dia memberi nama dan alamatnya dan, selainnya, memuaskan hati pegawai polis yang dia akan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.

TERIMA REPOT

Seksyen 107 KPJ MAKLUMAT MENGENAI KESALAHAN


Seksyen 107(1) Mana-mana pegawai polis terima maklumat secra lisan hendaklah menulis maklumat tersebut dan bacakan semula kepada si pemberitahu Seksyen 107(2) Maklumat tersebut hendaklah dicatatkan dalam buku laporan dengan ; i) Haribulan ii) Waktu iii) Maklumat diberi secara lisan atau bertulis iv) Maklumat itu ditandatangani oleh si pemberitahu Pol. 41 Buku Repot Pol. 55 Buku Repot Kecemasan Sistem PRS

PENCEGAHAN JENAYAH

Seksyen 20 Akta Polis

Seksyen 103 KPJ Polis hendaklah mencegah kesalahan boleh tangkap


Seksyen 104 KPJ Maklumat mengenai rancangan melakukan kesalahan boleh tangkap Seksyen 106 KPJ Mencegah kerosakan kepada harta awam Seksyen 435 KPJ Kuasa Polis untuk menyita harta yang disyaki dicuri

MENANGKAP ORANG KURANG SIUMAN/GILA


PTKPN BHG D 214 (para 1) Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana pegawai polis untuk menangkap mana-mana yang disyaki kurang siuman atau gila yang berkeliaran, dan membawa orang tersebut kepada pegawai perubatan Seksyen 11 AKTA KESIHATAN MENTAL 2001 (Mental Health Act 2001, ACT 615)

Penangkapan Orang Bercelaru Mental 1) Mana-mana pegawai polis boleh menangkap mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk percaya bercelaru mental dan kecelaruan mental itu berbahaya kepada dirinya atau kepada orang lain atau harta
2)

Setelah tangkapan dibuat hendaklah tidak lebih dari 24 jam membawa orang itu kepada seorang pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau seorang pengamal perubatan bedaftardi hospital psikiatri swasta yang diwartakan untuk pemeriksaan.

BAJU GILA (STRAIGHT JACKET) PTKPN BHG D 214 para 9


Mana-mana tangkapan keatas orang gila yang bersikap aggresif, penggunaan Straight jacket adalah dibenarkan

KECUALAIAN AM
Seksyen 81 Kanun Keseksaan Perbuatan yang mungkin menyebabkab kerosakan tetapi dilakukan dengan tiada niat jenayah, dan bagi menahan lainlain kerosakan Tiadalah apa-apa jua menjadi kesalahan semata-mata oleh sebab ia dilakukan dengan mengetahui bahawa ia mungkin menyebabkan kerosakan, jika sekiranya ia dilakukan dengan tiada apa-apa niat jenayah hendak menyebabkan kerosakan, dan dengan suci hati bagi maksud menahan atau mengelakkan lain-lain kerosakan kepada orang atau harta

HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN


Seksyen 96 Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan pada menjalankan hak pertahanan persendirian. Seksyen 97 Hak Pertahanan persendirian mengenai tubuh dan harta, selain dari tubuh atau hartanya sendiri termasuklah tubuh dan harta milik orang lain

SEKSYEN 99 PERBUATAN YANG TIADA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN


(1) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang tidak munasabah menyebabkan ketakutan mati atau cedera parah, jika perbuatan itu dilakukan, atau dicuba dilakukan, oleh seseorang penjawat awam yang bertindak dengan suci hati atas kuasa jawatannya, meskipun perbuatan itu mungkin tidak diluluskan di sisi undang-undang dengan sepenuhnya.

SambSEKSYEN 99 PERBUATAN YANG TIADA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN

(2) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang tidak munasabah menyebabkan ketakutan mati atau cedera parah, jika perbuatan itu dilakukan, atau cuba dilakukan, menurut arahan seseorang penjawat awam yang bertindak dengan suci hati atas kuasa jawatannya, meskipun arahan itu mungkin tidak diluluskan di sisi undang-undang dengan sepenuhnya.

SEKSYEN 99 PERBUATAN YANG TIADA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN


(3)

Tidaklah ada hak pertahanan persendirian dalam hal-hal yang sempat mendapat perlindungan pihak berkuasa awam.

(4)

Hak pertahanan persendirian tidaklah sekali-kali termasuk mengenakan kerosakan yang lebih daripada yang perlu dikenakan bagi maksud pertahanan.

SEKSYEN 99 PERBUATAN YANG TIADA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN


Huraian 1 Seseorang tidaklah terlucut hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan , atau dicuba dilakukan, oleh seseorang penjawat awam, atas sifatnya sebagai penjawat awam, melainkan jika ia ketahui, atau ada sebab mempercayai bahawa orang yang melakukan perbuatan itu adalah seorang penjawat awam sedemikian. Huraian 2 Seseorang tidaklah terlucut hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan, atau cuba dilakukan, menurut arahan seseorang penjawat awam, melainkan jika ia ketahui, atau ada sebab mempercayai, bahawa orang yang melakukan perbuatan itu adalah bertindak menurut arahan tersebut; Ataupun melainkan jika orang itu menyatakan kuasa yang membolehkan ia bertindak ataupun, sekiranya orang itu mempunyai kuasa bertulis, melainkan jika ia menunjukkan kuasa itu, apabila diminta.

SEKSYEN 100 - BILA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH TERMASUK MENYEBABKAN KEMATIAN?
Boleh menyebabkan kematian atau apa-apa kerosakan kepada sipenyerang dalam keadaan kesalahan yang dilakukan adalah;
a)

Sesuatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan bahawa kematian akan berakibat dari serangan itu jika hak pertahanan tersebut tidak dijalankan; Sesuatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan bahawa cedera parah akan berakibat dari serangan itu jika hak pertahanan tersebut tidak dijalankan; Sesuatu serangan dengan niat melakukan rogol Sesuatu serangan dengan niat memuaskan nafsu luar tabii; Sesuatu serangan dengan niat mencolek atau melarikan orang Sesuatu serangan dengan niat hendak mengurung seseorang dengan salah dalam keadaan yang munasabah menyebabkan ia takut bahawa ia tidakakan boleh dapat pertolongan pihak berkuasa awam bagi kelepasannya.

b)

c)

d)

e)

f)

SEKSYEN 102 BILA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH BERMULA DAN MASIH ADA

Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh bermula setelah sahaja suatu ketakutan yang munasabah akan bahaya kepada tubuh terbit dari sesuatu perbuatan atau ugutan hendak melakukan kesalahan itu, walaupun kesalahan itu tidak dilakukan; dan hak itu masih ada selagi ketakutan akan bahaya kepada tubuh itu masih ada.

SEKSYEN 103 BILA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN MENGENAI HARTA TERMASUK MENYEBABKAN KEMATIAN
Boleh menyebabkan kematian atau apa-apa kerosakan lain kepada orang yang berbuat salah itu, jika sipesalah itu melakukan atau cuba melakukan mana-mana dari kesalahan-kesalahan;
a)

Rompak; Pecahrumah pada waktu malam; Khianat dengan api yang dilakukan ke atas mana-mana bangunan, khemah atau perahuan, iaitu bangunan, khemah atau perahuan yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau sebagai tempat simpanan harta; Mencuri, khianat atau pencerobohan rumah, dalam keadaan yang munasabah menyebabkan ketakutan bahawa kematian atau cedera parah akan berakibat, jika hak pertahanan persendirian tersebut tidak dijalankan

b)

c)

d)

SEKSYEN 105 BILA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN MENGENAI HARTA BERMULA DAN MASIH ADA.

1)

Bermula apabila suatu ketakutan yang munasabah akan bahaya kepada harta itu bermula. Bagi kesalahan mencuri, hak masih ada sehingga pesalah itu lepas lari dengan harta itu, atau sehingga pertolongan pihak berkuasa awam didapati atau sehingga harta itu telah didapati balik.

2)

3)

Bagi kesalahan rompak, hak masih ada selagi sipesalah itu menyebabkan atau mencuba hendak menyebabkan kepada seseorang kematian, atau cedera, atau halangan salah, atau selagi ketakutan akan kematian serta merta atau cedera serta merta, atau halangan diri serta merta masih ada.
Bagi kesalahan pencerobohan jenayah atau khianat masih ada selagi pesalah itu masih melakukan pencerobohan jenayah atau khianat itu. Bagi kesalahan pecahrumah pada waktu malam masih ada selagi pencerobohan rumah yang dimulakan dengan pecahrumah itu masih ada

4)

5)

SEKSYEN 106 HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN TERHADAP SERANGAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN BILA ADA BAHAYA KEROSAKAN KEPADA SESEORANG YANG TIDAK BERSALAH.

Mesti wujud ketakutan munasabah bahawa serangan keatasnya boleh mendatangkan kematian
Keadaan ketika itu menyebabkan beliau terpaksa bertindak dimana tindakannya mungkin membahaya orang lain yang tidak bersalah

MODUL LATIHAN (Cadangan)

Telah berkhidmat 3 tahun tugas am - pengalaman tugas bit, pejabat bertanya dll

Jika kurang dari 3 tahun Modul lain


Offensive and Defensive driving - Crew juga mesti boleh memandu Public Order situation - training and exposure to deal with crowd control/kiosk/disaster/WMD/Bio-Hazard etc Latihan dalam perkhidmatan (Compulsory) 2 minggu setiap tahun Pengunaan Loud-Hailer Pengunaan siren dan lampu beacon Penggunaan Shield dan Cota atau T- Baton

CRIME SCENE

Kawalan tempat kejadian Keselamatan tempat kejadian barang kes Catatan perlu bagi kegunaan dalam perbicaraan

THANK YOU

You might also like