You are on page 1of 1

BACAAN TEKS DOA UMUM

Bismillahhirrahmanirrahim Ya Allah yang Tuhan ku, ampunkanlah dosa kami , kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, sahabatsahabat kami serta kaum muslimin- muslimat sama ada yang hidup ataupun yang telah kembali ke rahmatullah. Ar-Rahman, Ar-Rahim Bersempena ini kami menadah tangan pada malam yang mulia ini , merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadamu Ya Allah kerana dapat berkumpul sempena majlis penutupan program menjejak menara gading smk tawau Ya-Azim, Ya-Karim Berkatilah perjalanan majlis ini dengan limpahan Ar-Rahman dan Ar-RahimMu, taufiq dan hidayahMu semoga dengan segala usaha yang kami lakukan ini mendapat keredhaan Mu Ya Allah. Satukanlah hati-hati kami Ya Allah di bawah lembayung rahmat Mu.Semoga dengan majlis ini mendapat manfaat dan faedah yang berguna kepada kami semuaYa Allah serta mengeratkan ikatan ukhwah kepada kami semua. Ya- Alim, Ya-Salim Jadikanlah permulaan kani sebagai permulaan yang di rahmati dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang terpelihara dan saling ingat mengingati.

You might also like