You are on page 1of 9

TERAPI KOGNITIF-

TINGKAH LAKU
GAMBARAN KESELURUHAN

Pelopor-pelopor utama: Albert Ellis (rational emotive behavior


therapy--REBT) dan A. T. Beck (terapi kognitif--CT)
REBT ialah satu terapi yg berbentuk didactic, kognitif dan
berorientasikan tindakan. Ia menekankan peranan fikiran dan
sistem pemikiran sbg punca masalah peribadi.

2
FALSAFAH ASAS

Manusia cenderung utk dipengaruhi oleh pemikiran yg salah


(faulty). Hal ini menyebabkan gangguan emosi dan tingkah laku.
Pemikiran sgt menentukan perasaan dan tindakan kita.
Terapi berorientasikan pemikiran dan tingkah laku. Ia menekankan
peranan berfikir, membuat keputusan, menyoal, bertindak dan
kembali membuat keputusan.
TKTL ialah satu model psiko-pendidikan. Ia menekankan terapi
sbg satu proses pembelajaran: mendapatkan dan berlatih
menggunakan kemahiran-kemahiran baru, mempelajari cara-
cara baru utk berfikir dan mendapatkan cara-cara yg lbh efektif
utk mengatasi masalah.

3
KONSEP-KONSEP UTAMA

Masalah-masalah tingkah laku mungkin berpunca drp zaman


kanak-kanak lagi. Akan tetapi, masalah-masalah ini berulang
kerana pengaruh-pengaruh semasa.
Sistem pemikiran individu ialah punca utama kecelaruan.
Dialog dalaman mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Klien menerokai tanggapan-tanggapan dan konsep-konsep salah
dan mengubahnya dgn pemikiran yg efektif.

4
MATLAMAT TERAPI

 Utk mencabar klien supaya melihat pemikiran salah dgn bukti-


bukti yg dikumpulkan dan dinilaikan olehnya sendiri
 Utk membantu klien melihat dan mengurangkan pemikiran yg
rigid
 Utk sedar ttg pemikiran automatik dan mengubahnya

5
HUBUNGAN TERAPUTIK

Dlm REBT ahli terapi berfungsi sbg guru dan klien sbg pelajar.
Ahli terapi sgt direktif dan mengajar klien model A-B-C utk
mengubah pemikiran.
CT memfokus pd hubungan kolaboratif. Dgn menggunakan dialog
Socratic, ahli terapi membantu klien mengenalpasti pemikiran
tidak berfungsi (dysfunctional) dan mencari panduan alternatif
dlm hidup. Ahli terapi menggalakkan pengalaman-pengalaman
corrective yg membawa kpd kemahiran-kemahiran baru. Klien
mendapat insight ttg masalahnya dan perlu aktif dlm mengubah
pemikiran dan tingkah laku yg menjatuhkan diri sendiri (self-
defeating).

6
TEKNIK-TEKNIK

Ahli terapi menggunakan pelbagai teknik kognitif, emotif dan


tingkah laku. Pelbagai kaedah diubah-suai supaya sesuai dgn
keperluan khusus individu.
Terapi ini aktif, direktif, menggunakan tempoh masa tertentu,
menekankan masa kini, dan berstruktur.
Antara teknik-tekniknya termasuk dialog Socratic, mendebat
pemikiran-pemikiran tak rasional, membuat kerjarumah,
mengumpul data ttg tanggapan-tanggapan yg telah dibuat,
merekod aktiviti-aktiviti, membuat interpretasi alternatif,
mempelajari kemahiran daya tindak baru, mengubah corak
bahasa dan pemikiran, role playing, membayang (imagery), dan
mencabar pemikiran salah.

7
APLIKASI

Rawatan utk kemurungan, kegelisahan, masalah rumahtangga,


pengurusan tekanan, latihan kemahiran, penyalahgunaan
dadah, latihan assertion, kecelaruan pemakanan, serangan
panik, performance anxiety dan fobia sosial.
Pendekatan ini sgt berguna dlm mengubah pemikiran individu.
Banyak kumpulan self-help menggunakan prinsip-prinsip model ini.
Boleh digunakan utk populasi yg ada pelbagai masalah khusus.

8
KEKURANGAN

Tidak menitik-beratkan emosi. Tidak memfokus pd penerokaan the


unconscious atau konflik-konflik dalaman (underlying), dan tidak
cukup memberi perhatian pd sejarah silam klien.
REBT, satu terapi yg berbentuk konfrontasional, mungkin
menyebabkan penamatan pramatang.
CT mungkin terlalu berstruktur utk sesetengah klien.

You might also like