You are on page 1of 9

BAYAM

Nama Tempatan: Nama Saintifik: Nama Lain: Famili: Lokasi dijumpai: Keterangan: Bayam Amaranthus sp. Spinach,bayam hijau,bayam merah Amaranthaceae Tanaman sayuran

Bayam ialah sejenis sayuran yang paling mudah dijumpai di Malaysia. Ia digemari pelbagai golongan masyarakat kerana rasanya yang seap. Malah lagenda masyarakat melayu seperti Raja bersiong juga memperkatakan kelazatan bayam yang menjadi santapan harian Raja bersiong.Bayam terdapat dalam dua jenis yang biasa iaitu bayam merah dan bayam hijau. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim.Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat. kegunaan: Bayam baik untuk kesihatan mata dan membantu mengekalkan kesihatan mata kita. komposisi zat dalam sayur bayam terdiri dari tenaga(paling banyak),air, protin, lemak, karbohidrat,serabut,abu,kalsium,Fosforan ,Besi,Natrium,Kalium,Beta-Karoten,Vitamin B1,Vitamin B2,Niacin,Vitamin C.

KUNYIT
Nama Kunyit Tempatan: Nama Saintifik: Curcuma longa /curcuma domestica Kurkum(arab),jiang huang, yu jin(china),Indian Nama Lain: Saffron,curcuma,kunir(indonesia),kondin, temu kuning,ukon,goeratji,Temu kunyit,tius. Famili: Zingerberaceae Lokasi Ditanam sebagai rempah dijumpai: keterangan: Kunyit ialah sejenis tumbuhan herba yang memainkan peranan penting dalam masakan masyarakat Asia.Ia sejenis tumbuhan berumpun dengan daun selari yang lebar dan membiak melalui pecahan rizom. Kunyi menyukai tempat lembab dan mendapat sinaran matahari yang mencukupi. Isi kunyit selalunya terdiri dari ibu kunyit yang dikelilingi oleh cabang-cabang.Ibu kunyit dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.Rizom kunyit berwarna coklat diluar dan berwarna oren terang didalamnya. Ia mempunyai bau yang wangi dan menusuk hidung. KEGUNAAN Kunyit mempunyai sifat anti-radang,antioksida,anti kanser, pelindung hati. Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurminminyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin.Dalam perubatan tradisional melayu kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi,demam kuning,ciritbirit,meningkatkan selera makan,mengubat sakit perut, sembelit, kening berdarah,radang ginjal dan menyegarkan badan.Cara penggunakan untuk penyakit diatas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus,campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan.Kunyit juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran tempatan.Menurut perubatan cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran qi dan melancarkan perjalanan darah. Kunyit juga dijadikan rawatan selepas bersalin. selalunya rizom kunyit dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang untuk mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

Nama Tempatan: Selasih Nama Saintifik: Ocimum Sanctum Nama Lain: Kemangi, holy basil, sweet basil, thulasi Famili: Lokasi dijumpai: keterangan: Mempunyai nilai perubatan yang begitu tinggi bagi kaedah perubatan ayurveda yang berasal dari India. Ia dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini.Daun selasih juga enak dijadikan ulam selain dari mempunya nilai perubatan yang tinggi. Cara pembiakannya adalah melalui keratan batang dan biji benih. kegunaan: Kegunaan perubatan: 1. merawat demam. Dipercayai boleh meningkatkan daya ketahanan badan terhadap penyakit. 2. Meredakan muntah-muntah dan loya. 3. Mengubat kecacingan. 4. Boleh digunakan sebagai antiseptic. 5. Digunakan juga sebagai analgesic(ubat tahan sakit). 6. Menolong untuk memperkuatkan hati. 7. mengurangkan ketegangan(stress) dan tekanan. 8. Sebagai ubat batuk. 9. sebagai herba pencuci darah. 10. Boleh digunakan untuk melegakan penyakit kurap(ringworm) dan boleh di tampal pada luka(setelah dihancurkan) untuk melegakan luka.

pegaga Nama Tempatan: Nama Saintifik: Nama Lain:

Famili: Lokasi dijumpai: keterangan: Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu. kegunaan: Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengambalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

pegaga centella asiatica/hydrocotyle asiatica tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola Apiaceae/Umbelliferae

Pandan wangi

Nama Tempatan: Pandan wangi Nama Saintifik: Pandanus Odorus Pandan,Daun pandan,Rumpe (disebut rum-pay), Nama Lain: Screwpine, Pandon, Screw Palm, Ketaki, Fara, Hala, Fala, Vadra Famili: Pandanaceae Ditanam sebagai tumbuhan masakan di sekitar Lokasi dijumpai: rumah keterangan: Terdapat beberapa spesies dalam famili pandanacea antaranya ialah pandan wangi atau daun pandan yang digunakan dengan meluas dalam kebanyakan masakan melayu tradisional.Pandan wangi ialah sejenis tumbuhan berumpun dan boleh mencapai ketinggian antara 1 hingga 2 meter. Batangnya sebelum muncul daun disokong oleh akar yang timbul dari permukaan tanah. Daunnya licin dan berkilat mempunyai panjang sekira 50 cm.Pandan menyukai medium yang agak lembab dan selalunya tumbuh subur dikawasan yang agak berair. Ia membiak melalui pecahan rumpun dan anak yang terhasil dari rizomnya.Pandan digunakan sebagai perisa dan pewarna makanan di semua negara ASEAN. Daunnya digunakan untuk memberikan aroma pada nasi, kari dan masakan seperti kuih muih.Untuk mendapatkan baunya dan membuat sirap, beberapa helai daun pandan disimpul bersama dan direbus bersama air dan gula. Daunnya boleh juga digunakan untuk membungkus ikan dan ayam sebelum dibakar.Kaum cina juga menggunakan daun pandan untuk membungkus pulut atau dumpling. kegunaan: Pandan boleh dijadikan teh untuk menghilangkan masalah angin dan masalah pencernaan.

HALIA Nama Tempatan: Halia Nama Saintifik: Zingiber Officinale Lokasi dijumpai: seluruh dunia Asal: India keterangan: Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui. Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan , juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir. Halia adalah tumbuhan dari famili Zingiberaceae. Halia atau zanjabil dalam bahasa arab ada disebut didalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Halia mudah membiak dengan cara pecahan rizom dan mudah tumbuh dengan subur dikawasan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan mendapat sinar matahari yang cukup.Tumbuhan ini mempunyai batang yang tegak dengan rizom yang tersebar secara mendatar.Besar atau kecilnya halia ditentukan oleh varian spesiesnya. Halia bara mempunyai rizom yang agak kecil berbanding dengan halia yang biasa digunakan dalam masakan selain dari warnanya yang agak kemerahan.Gambar yang dipaparkan disini ialah gambar halia bara.Halia juga mempunyai bunga yang cantik, bunganya muncul dari celah kelopak daunnya dan terdiri dari bunga jantan dan betina.Halia sesuai tumbuh di kebanyakan iklim dan boleh tumbuh pada semua ketinggian.Nama saintifik bagi halia bara ialah zingiber officinale var rubrum kegunaan: Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. Ia juga boleh merawat mati pucuk(impoten),keracunan oleh udang,sakit pinggang dan sakit kepala.Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit.Untuk mencegah mati pucuk caranya, 2 halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi,satu sudu makan kicap,satu sudu makan madu. halia diparut dan dicampur dengan semua bahan diatas dan digaul rata, diamalkan seminggu sekali.untuk sakit pinggang, halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa, kemudian sapu pada pelipis.daunnya boleh juga digunakan untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis.untuk cirit-birit dan muntah2 caranya , halia, bunga dan buah pala, jintan putih, 1 gelas santan kelapa dan satu sudu teh minyak kayu putih. semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati, digunakan sebagai ubat sapu pada perut. bagi ibu yang mengandung , loya dan muntah boleh

dikurangkan dengan mengambil seinci hali, sebatang serai, 2,3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan kedalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup dan minum pagi dan malam.

You might also like