You are on page 1of 18

1. 1.

SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Penekanan juga diberi kepada aspek penglibatan secara aktif dan menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh. Sukatan Pelajaran Seni Dalam Pendidikan digubal untuk membolehkan peserta kursus: Memperoleh pengalaman seni visual, muzik dan pergerakan serta menggunakannya sebagai asas perhubungan pengetahuan dalam proses pembelajaran; Mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui seni dengan menghubungkaitkan pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan; Membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif dan imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan; Meneroka ketiga-tiga komponen iaitu Seni Visual, Muzik dan pergerakan untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman Mengintegrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan mata pelajaran lain Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan

1.2

Konsep Dan Latar Belakang

Merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.Kefahaman dalam ketiga tiga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi. Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata pelajaran lain. Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat atau kebolehan. Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang. Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah membuktikan kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum; ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai Quadrant Concept(1993) oleh Hermann menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

1.3

Objektif Seni dalam Pendidikan


Menghargai keindahan ciptaan Tuhan Mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan

Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan

Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja

Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat

Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridan lain

Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni Sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup

Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa Mengintegrasi dengan mata muridan lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.

Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan

1.4

Matlamat Seni dalam Pendidikan

Untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

Meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara

Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

1.5

Kepentingan Seni dalam Pendidikan Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanakkanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan, kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan. Integrasi ketiga-tiga bidang ini dengan mata pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.

1.6

Faedah Seni dalam Pendidikan Pengalaman optima melalui Seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar

Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi

Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh Belajar cara belajar iaitu aplikasi informasi secara berkesan Penghubungkaitan, gerak hati, celik akal dan kecerdasan Lateral Leaps.

PENDIDIKAN SENI VISUAL

2.0 SENI VISUAL 2.1 Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid akan dapat memahami mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.

2.2

Pengertian Seni Visual secara Umum

Seni secara umum agak luas seperti seni tari, seni muzik, seni bina, seni lakon, seni silat, seni ukir, seni lukis, seni kraf, seni penulisan dan sebagainya. Kesenian ini sebenarnya mempunyai kategorinya sendiri seperti Seni Persembahan (meliputi seni lakon, seni suara dan sebagainya), Seni Penulisan Kreatif (penulisan cerpen, puisi, skrip drama dan sebagainya), dan Seni Visual atau Tampak (meliputi seni Kraf, seni lukis, seni ukir, seni bina dan sebagainya). Visual atau Tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan setakat dilihat tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurangkurangnya teknik membuatnya, siapa membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis. Proses apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsur-unsur seni (garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna), prinsip rekaan (harmoni, kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan, irama, rentak, pengulangan, kesatuan dan ekonomi), bahan dan alat, teknik dan gayaan, terminologi dan simbol. Komunikasi akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasasi sepenuhnya oleh individu atau masyarakat.

3.0

Latar belakang tugasan

Kami dikehendaki membuat satu persembahan yang menghubungkaitkan dan mengintegrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan berdasarkan tema yang diberi. Jangkamasa persembahan adalah tidak kurang dari 15 minit dan tidak melebihi 30 minit. Sebanyak empat tema diberikan kepada kami untuk dipilih iaitu:

Tema persekitaran sosial, atau Tema persekitaran Alam Semulajadi, atau Tema Masyarakat, atau Tema Komunikasi Kemudian, kami diminta untuk membuat satu laporan lengkap tentang

proses proses yang terlibat seperti perancangan persembahan, jangkamasa latihan, pelan lantai untuk persembahan melibatkan Seni Visual , Muzik dan Pergerakan secara bertulis

4.0

Tema Masyarakat

Setelah membuat undian, kumpulan kami telah mendapat tema masyarakat.

4.1.1 Konsep Masyarakat

Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat - atau tidak dibuat - oleh kumpulan orang itu. Masyarakat merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial. Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni sepertikerakyatan, hak dan etika. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku.

Perkataan society datang daripada bahasa Latin societas, "perhubungan baik dengan orang lain". Perkataan societas diambil dari socius yang bererti "teman", maka makna masyarakat itu adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan sosial. Ini bermakna telah tersirat dalam kata masyarakat bahawa ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dan matlamat yang sama. Maka, masyarakat selalu digunakan untuk menggambarkan rakyat sesebuah negara.

SINOPSIS CERITA

5.0 Sinopsis

Terdapat dua kumpulan kecil yang membawa simbol kepada golongan manusia bertaraf hidup tinggi atau selesa (Golongan A) dan golongan manusia yang bertaraf hidup rendah atau biasa (Golongan B). Pada Babak 1, Golongan A akan memonopoli pentas dengan pergerakan yang membawa sifat skema dan mempunyai disiplin yang tertentu. Dalam Babak 1 ini juga, salah seorang daripada golongan ini telah tersilap langkah pergerakan dan ketinggalan daripada yang lain kerana sikap dan sifat individualistik yang ada pada mereka. Semasa golongan A hendak keluar daripada pentas mereka berselisih dengan Golongan B dan situ menunjukkan sifat dan sikap Golongan A yang suka menindas masyarakat seperti Golongan B. Dalam Babak 2, Golongan B akan mempersembahkan persembahan pergerakan yang lebih bebas daripada Golongan A. Pergerakan Golongan B membawa makna kebebasan hidup tidak terkongkong dengan status serta pangkat mahupun harta. Kemuncak dalam persembahan ini apabila berlaku pertembungan antara kedua-dua golongan. Golongan A mahu menunjukkan bahawa merekalah yang terbaik dan sempurna. Pada suatu ketika sedang Golongan A mempersembahkan persembahan pergerakan mereka, salah seorang daripada mereka tersilap langkah lalu dihukum. Golongan B yang menyaksikan adegan itu datang untuk melindungi dan menarik ahli Golongan A yang tersilap langkah pergerakan bersama mereka.

Golongan B pula membuat persembahan pergerakan bersamasama ahli Golongan A yang mereka lindungi itu. Walaupun pada

awalnya ahli tersebut masih terikut dengan rentak pergerakan Golongan A namun pada akhirnya telah menyatukan kedua-dua pergerakan Golongan A dan Golongan B ke dalam satu persembahan pergerakan lalu menyeru agar kedua-dua golongan ini bersatu.

PENGGUNAAN LATAR BELAKANG (BACKDROP)

6.0 Penggunaan Latar belakang ( Backdrop)

Rajah 6.0 (a)

Rajah 6.0 (a) merupakan lakaran latar belakang (backdrop) yang digunakan adalah lukisan berlatar belakangkan suasana deretan bangunan dan kedai-kedai kecil. Latar belakang ini dibuat daripada polisterin. Gambar dilukis diatas polisterin ini dan kemudian diwarnakan dengan warna pelaka. Untuk latar ini kami mengaplikasikan unsur ruang seperti ruang belakang, ruang tengah dan ruang hadapan supaya bangunan atau kedai-kedai tersebut kelihatan seakan-akan benar seperti tiga dimensi (3D). Lampu jalan dan tong sampah ditimbulkan bagi memberikan impak yang lebih menarik.

* (Backdrop yang sama digunakan pada babak-babak yang berikutnya iaitu babak ke-2 hingga babak ke-4.) 6.1 Pakaian

i) Watak golongan manusia bertaraf hidup tinggi atau selesa (Golongan A): Pakaian untuk Golongan A ialah berkonsepkan formal dan kemas. Warna pakaian yang dipilih ialah hitam dan putih atau dikenali sebagai warna neutral. Warna hitam Warna hitam dipilih kerana hitam bermaksud keanggunan, kekuatan dan kecanggihan. Hitam dapat menggambarkan keheningan, kematangan berfikir dan ketajaman akal. Warna hitam dan warna yang hampir dengannya sentiasa menjadi pilihan orang atasan, penggiat seni dan lain-lain. Selai itu, warna hitam adalah warna yang moden dan bergaya. Hitam juga sangat digemari sekaligus menampilkan kesan elegan dan mewah.

Warna Putih Putih adalah warna yang melambangkan kesucian. Secara psikologi,putih melambangkan kejujuran, ketulusan dan keiklasan. Warna ini juga mengasosiasikan kita terhadap rasa bersih.Putih membuat seseorang itu kelihatan bersih dan kemas sesuai dengan penampilan orang atasan yang mementingkan kebersihan dan kekemasan.

ii) Watak golongan manusia yang bertaraf rendah atau biasa (Golongan B):

Pakaian untuk Golongan B ialah tidak formal iaitu pakaian yang menunjukkan taraf hidup mereka sebagai orang biasa. Warna untuk pakaian mereka juga adalah pelbagai (warna tertier) bagi menunjukkan kebebasan dalam kehidupan mereka.

* ( Pakaian Golongan B adalah sama bagi setiap babak)

PAKAIAN GOLONGAN A

PAKAIAN GOLONGAN B

You might also like