You are on page 1of 43

BENGKEL PENULISAN KARANGAN

BAHASA MELAYU SPM 2011


DISAMPAIKAN OLEH: EN SANAI HASAN KETUA PANITIA BAHASA MELAYU SM TEKNIK LAHAD DATU

DEFINISI PENULISAN KARANGAN:

Satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca/ pemeriksa. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca/ pemeriksa, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai .

Karangan Cemerlang (Bahagian A):


PERINGKAT CEMERLANG ( 26-30 markah) TEMA: Menepati tema & tugasan bahan rangsangan BAHASA: Gramatis dari segi kata dan ayat Tanda baca betul dan tepat Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru Kosa kata luas dan tepat WACANA: Lengkap Unsur bahasa bervariasi Guna ungkapan yang menarik IDEA: Relevan dengan tema & tugasan bahan rangsangan Dihuraikan dengan jelas dan mata

KARANGAN CEMERLANG (BAHAGIAN B):


PERINGKAT CEMERLANG (80 100 MARKAH)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis Ejaan dan tanda baca betul Laras bahasa sesuai dengan tugasan Penggunaan kosa kata luas dan tepat Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan Penggunaan unsur bahasa bervariasi Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa

(Kriteria Pemarkahan Lembaga Peperiksaan Malaysia, SPM 2010)

SKOP KARANGAN SPM MENGIKUT DIMENSI & JENIS / BIDANG:


BAHAGIAN A : KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN :

Jenis Bahan Rangsangan; Gambar Foto Gambar rajah Ilustrasi kartun Pelan Iklan Petikan Catatan

SKOP KARANGAN SPM MENGIKUT DIMENSI & JENIS / BIDANG:


BAHAGIAN B : KARANGAN RESPONS TERBUKA :
Tajuk karangan berdasarkan kombinasi: BIDANG INTERPERSONAL (IP) BIDANG MAKLUMAT (M) BIDANG ESTETIKA (E)

i. BIDANG INTERPERSONAL

Surat Rasmi Surat Tidak Rasmi Wawancara Forum Syarahan Ucapan Ceramah Perbahasan

ii. BIDANG MAKLUMAT

Rencana Laporan Berita Pendapat Mengulas Pendapat Perbincangan Membahaskan Tajuk Ulasan Buku Ulasan Cerpen/Novel/ Drama/ Puisi Peribahasa/ Cogan Kata Menulis Minit Mesyuarat

iii. BIDANG ESTETIKA

Gambaran/ Keperihalan Menulis Cerpen Menulis Skrip Drama

Skop Soalan Merangkumi 5 Dimensi :

DIRI KELUARGA & MASYARAKAT NEGARA ANTARABANGSA UNSUR SASTERA

PANDUAN AGIHAN MASA MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1103/1)


Peruntukan masa : 2 jam 15 minit Masa dicadangkan : Bahagian A 45 Minit Bahagian B 90 minit

BAHAGIAN A (45 MINIT) Memahami/menganalisis bahan rangsangan : 5 minit Membina rangka/pelan karangan : 10 minit Menulis karangan : 25 minit Mengedit : 5 minit

BAHAGIAN B (90 MINIT) Memahami/menganalisis tajuk Membina kerangka/pelan karangan Menulis karangan Mengedit

: 10 minit : 10 minit : 60 minit : 10 minit

PANDUAN MENJAWAB SOALAN

JUN 2010
Bhg A Pendapat Punca-punca Pencemaran Udara Bhg B 1 Gambaran : Pengalaman membantu mangsa bencana alam 2 Pendapat : Kepentingan meraikan hari-hari istimewa (Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Lahir setiap ahli keluarga) 3 Rencana : Peranan Pelbagai Pihak dalam Menangani Isu Kenaikan Harga Barang 4 Perbincangan : Manfaat hubungan baik antara pemimpin- pemimpin negara di dunia 5 Pendapat : Kepentingan Menguasai Pelbagai Ilmu ( gurindam sebagai pernyataan soalan)

NOV 2010 Bhg A Pendapat Cara menjalani kehidupan yang sihat Bhg B 1 Perbincangan : Peranan pengawas membantu pihak sekolah membentuk murid berdisiplin

2. pendapat : Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapanya


3 Perbincangan : Peranan rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara 4 Huraian/ Perbincangan : Langkah negara-negara di dunia menangani wabak penyakit berjangkit 5 Cerpen : Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

JUN 20101

Bhg A
Pendapat tentang kepentingan pengangkutan awam Bhg B 1 Huraian : Faedah yang diperoleh daripada sesuatu hobi 2. Komentar : Perhatian ibu bapa kurang kepada anak remaja berbanding semasa anak masih di sekolah rendah. 3 Rencana : Potensi Industri kraf tangan di Malaysia 4 Perbincangan : Langkah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa.

5 Cerpen : Pantun Budi

TIP PENULISAN KARANGAN YANG BERKESAN

i. ii.

iii. iv. v.

Untuk menulis, pelajar mestilah mempunyai strategi tertentu yang dapat menarik perhatian pemeriksa. Lima strategi tersebut ialah : memilih soalan yang tepat mengenal pasti kata kunci soalan menyediakan rangka karangan menulis karangan menyemak karangan

MEMILIH SOALAN YANG TEPAT

Para pelajar perlu membaca kesemua soalan yang dikemukakan sambil menggarisi setiap kata kunci dalam soalan. Pilih soalan yang paling sesuai dengan pengetahuan anda untuk menjawabnya.

MENGENAL PASTI KATA KUNCI SOALAN


Para pelajar perlu memahami setiap kata kunci yang terdapat dalam soalan peperiksaan. Setiap soalan peperiksaan mempunyai tiga perkara utama yang perlu dikesan oleh pelajar. Tiga perkara itu ialah : TEMA (T), SKOP (S) dan FORMAT (F).

Baca dan garisi ayat yang mengandungi tiga kata kunci tersebut. Contoh soalan: Sejak akhir-akhir ini, program televisyen realiti telah mendapat tempat dalam hati masyarakat. Program seperti ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada penonton. Bincangkan kesan buruk program tersebut dalam kalangan masyarakat.
TEMA : persoalan yang dibincangkan program televisyen realiti SKOP : kehendak soalan kesan buruk kepada masyarakat FORMAT : jenis karangan perbincangan/pendapat

MERANGKA PENULISAN KARANGAN

Setelah mengenal pasti tema, skop, dan format pelajar perlu mula merangka untuk menulis karangan. Sama seperti manusia, karangan juga mempunyai anatomi yang terdiri daripada kepala, tubuh, dan kaki.

PERENGGAN PENDAHULUAN

Bahagian kepala sama maksud dengan perenggan pendahuluan. Perenggan ini melibatkan tema dan isu semasa. Jangan masukkan apa-apa contoh dalam perenggan ini. Ayat akhir dalam perenggan ini sebaiknya menggunakan ayat tanya yang merujuk kepada skop soalan. Perenggan pendahuluan hendaklah mempunyai lima perkara yang ditulis dalam satu perenggan

I. II. III. IV. V.

AYAT TEMA : MERUJUK KEPADA TEMA KARANGAN ISU SEMASA HURAIAN ISU PENDAPAT PENDIRIAN PENULIS : MERUJUK KEPADA SKOP SOALAN

Contoh:

(Tema)Komuniti hari ini sering digembar-gemburkan dengan pelbagai rancangan televisyen realiti. (Isu semasa) Rancangan televisyen realiti kini semakin mendapat tempat dalam hati populasi di negara ini. (Huraian isu) Tambahan pula , setiap rumah di negara ini sekurang-kurangnya mempunyai sebuah televisyen. Hal ini memudahkan penerbit untuk menerbitkan pelbagai rancangan televisyen realiti. Oleh sebab itu, pertambahan rancangan televisyen realiti semakin meningkat dari semasa ke semasa. Antara rancangan televisyen realiti yang sering dipaparkan melalui skrin televisyen sekarang termasuklah `Akademi Fantasia, `Mentor, `One In A Milion dan banyak lagi. (Pendapat) Penerbit rancangan-rancangan tersebut berpendapat bahawa dengan penerbitan rancangan tersebut dapat menyediakan ruang bagi mencungkil bakat-bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan melalui mekanisma yang betul. Walhal, mereka mengaut keuntungan yang besar daripada penonton dengan mengadakan undian melalui sistem pesanan ringkas. Hal ini dapat diibaratkan seperti pepatah Melayu sambil menyelam minum air. (Skop soalan). Persoalannya apakah kesan-kesan rancangan televisyen realiti kepada komuniti di negara kita?

PERENGGAN ISI

I.

Seterusnya ialah bahagian tubuh karangan atau juga dikenali sebagai perenggan isi karangan. Perenggan isi karangan juga mestilah dibina secara sekata bagi setiap perenggan. Penulisan isi karangan yang baik mesti mempunyai empat unsur/perkara. Unsur-unsur tertsebut terdiri daripada: AYAT FOKUS : ISI / IDEA UTAMA

II.

AYAT HURAIAN : 5W1H (MASBDBg)


AYAT CONTOH : RELEVAN DAN TERKINI AYAT SIMPUL : KESIMPULAN PERENGGAN

III. IV.

Contoh:

(Ayat fokus) Rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai impak negatif kepada masyarakat di negara kita. (Ayat huraian) Rancangan televisyen realiti ini menyebabkan berlakunya pembaziran sama ada masa atau wang. Rancangan ini melalaikan para penonton. Hal ini kerana penonton yang menggemari rancangan ini akan setia menanti di hadapan televisyen untuk menonton rancangan tersebut. (Ayat contoh) Selain itu, mereka sanggup juga membatalkan janji temu mereka dengan sahabat handai semata-mata ingin menonton rancangan tersebut yang tidak membawa keuntungan kepada penonton. Para pelajar turut membuang masa dengan menonton rancangan tersebut dan menggadaikan masa ulang kaji mereka. Sehubungan dengan itu, rancangan televisyen realiti ini juga membazirkan wang para penontonnya. Hal ini kerana para penonton akan mengundi artis pilihan mereka. Walaupun satu undian hanya bernilai RM, tetapi para penonton perlu menghantar undian mereka beberapa kali untuk memastikan artis yang diminati mereka berjaya. (Ayat simpul) Jelaslah di sini bahawa rancangan televisyen realiti ini membazirkan masa dan wang.

PERENGGAN PENUTUP

Akhir sekali, sesebuah karangan perlu mempunyai kaki supaya boleh berdiri kukuh. Perenggan penutup ini tidak boleh diabaikan oleh pelajar kerana berperanan sebagai pelengkap sesebuah karangan. Unsur yang perlu ada dalam perenggan ini ialah: AYAT KESIMPULAN AYAT CADANGAN AYAT HARAPAN AYAT PENEGASAN 16 Ayat pertama yang ditulis merumuskan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. Jangan masukkan isi baru dalam perenggan ini. Rumusan secara umum keseluruhan isi sudah memadai untuk menyimpulkan karangan. Kemudian, nyatakan cadangan dan harapan anda terhadap isu yang telah dibincang. Sebagai penutup ayat karangan anda, pelajar digalakkan menegaskan pendirian terhadap keseluruhan isi karangan.

I. II. III.

IV.

Contoh:

(Ayat kesimpulan) Kesimpulannya, rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai kesan dan dapat memudaratkan masyarakat di negara kita. (Cadangan) Bagi penerbit yang ingin menerbitkan rancangan televisyen realiti ini haruslah semata-mata untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan masyarakat di negara kita. Pihak penerbit tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada rancangan yang diterbitkan. Selain itu, pihak penerbit perlu juga mengurangkan undian melalui sistem pesanan ringkas. Peserta-peserta haruslah dinilai berdasarkan bakat yang terpendam dalam diri mereka bukan kerana kecantikan rupa paras semata-mata. Rancangan televisyen realiti haruslah dikurangkan. Ini penting untuk mengelakkan pertambahan masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita. Pihak penerbit haruslah menggantikan rancangan televisyen realiti dengan rancanganrancangan ilmiah yang lebih memberikan keuntungan sama ada kepada penerbit ataupun penonton. (Harapan) Dengan ini, masyarakat yang berilmu dapat dilahirkan di negara kita. (Penegasan) Saya yakin andainya cadangan ini dapat dilaksanakan sudah pasti akan dapat meningkatkan imej dan karier masyarakat di negara ini walaupun sebagai seniman dan seniwati dalam bidang seni nyanyian dan lakonan.

PENANDA WACANA Fungsi :


(a) Menyambungkan ayat dengan ayat, (b) Menghubungkan perenggan dengan perenggan, agar berlaku kesinambungan antara ayat dan perenggan serta ayat menjadi gramatis.

Contoh Penanda Wacana Bahasa Melayu : A. Penanda wacana memulakan karangan a. Pada era globalisasi ini b. Dewasa ini c. Pada masa ini d. Dasawarsa ini e. Belakangan ini

B. Penanda wacana untuk ayat pertama setiap perenggan a. Sebagaimana yang kita ketahui b. Lazimnya dalam keadaan c. Umum mengetahui bahawa d. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa e. Sementara itu f. Pada waktu yang sama C. Penanda wacana huraian isi karangan a. Hal ini demikian kerana b. Dalam konteks ini c. Dengan berbuat demikian d. Bertitik tolak daripada itu e. Hal ini bersangkut paut dengan

D. Penanda wacana bagi menerangkan huraian/pendapat yang berbeza


a. Walau bagaimanapun b. Kontradiksinya c. Jika dilihat dari sudut lain d. Di sebalik itu e. Namun demikian

E. Penanda wacana untuk menyatakan contoh


a. Sebagai contohnya b. Sebagai analoginya c. Misalnya d. Tamsilnya e. Biar kita ambil contoh

F. Penanda wacana untuk menunjukkan statistik


a. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak b. Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh kementerian pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak

G. Penanda wacana menghuraikan contoh


a. Jelaslah bahawa b. Oleh itu c. Maka d. Hal ini menyebabkan e. Hal ini menunjukkan

H. Penanda wacana menutup isi


a. Kesannya b. Natijahnya c. Dengan berbuat demikian d. Justeru I. Penanda wacana untuk kesimpulan karangan a. Sudah terang lagi bersuluh b. Intihanya (Sebagai intiha) c. Kesimpulannya d. Dengan ini diharapkan e. Konklusinya

PENGGUNAAN PENANDA WACANA

DALAM KARANGAN
Tajuk : Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah. Bincangkan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN PENDAHULUAN : Belakangan ini, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah semakin luntur. Dari segi konsepsinya, semangat perpaduan boleh ditakrifkan sebagai kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Semangat perpaduan sememangnya cukup penting dalam mendepani dunia yang semakin mencabar pada hari ini sehinggakan masyarakat lebih suka membuat hal sendiri. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu, bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk mewujudkan masyarakat Hadhari, perpaduan antara kaum harus dipupuk terlebih dahulu pada peringkat akar umbi. Oleh itu, ibu bapa mestilah menyemai semangat perpaduan dalam diri anak-anak supaya mereka menyedari kepentingan semangat perpaduan dalam konteks Satu Malaysia.

CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN ISI :


Antara peranan ibu bapa ialah menjadi suri teladan kepada anak-anak melalui hubungan mereka dengan jiran tetangga. Dengan kata lain, perlakuan ibu bapa memberi pengaruh yang kuat terhadap sikap anak-anak mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang menyatakan, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Selain itu, tingkah laku ibu bapa merupakan elemen didikan tidak formal bagi mengukuhkan sikap positif dalam diri anak-anak. Menurut Datuk Dr. Fadzillah Kamsah, sebanyak 70 peratus masalah sosial dalam kalangan remaja berpunca daripada suri teladan tidak baik yang dipamerkan oleh ibu bapa di rumah. Di samping itu, ibu bapa boleh menunjukkan nilai perpaduan dengan jiran tetangga melalui amalan ziarah, tolong-menolong, bertoleransi dan menjaga kepentingan jiran. Secara tuntas, ibu bapa yang berjaya menunjukkan suri teladan yang baik kepada anak-anak mampu merapatkan dan mengukuhkan hubungan dengan jiran.

CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN KESIMPULAN: Akhirul kalam, perpaduan kaum di Malaysia amat penting dalam membina impian masa depan yang gemilang. Semoga ibu bapa tidak memandang enteng keperluan semangat perpaduan dalam jiwa anak-anak. Sesungguhnya, generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu perlu dijana untuk melahirkan pemimpin pelapis pada masa akan datang. Sememangnya, perpaduan perlu menjadi cerucuk utama pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, kita perlu mengorak langkah dengan memberi sokongan dan dokongan kepada ibu bapa dalam usaha pembentukan masyarakat sakinah. Tegasnya, jika semua pihak bersinergi mewujudkan perpaduan kaum nescaya segala impian akan menjadi kenyataan.

Jenis Karangan

Format

Surat Kiriman Rasmi

Alamat (di sebelah kiri) Menghadap surat Tarikh Tajuk Penutup Tandatangan
Alamat ( di sebelah kanan) Menghadap surat Tarikh Penutup Tandatangan Tajuk Nama Penulis Kata menghadap majlis Tuan/puan di tengah tengah( syarahan/ ucapan/ ceramah/ pidato ) Penutup Nama buku Nama pengarang Nama penerbit Nama pengulas Tajuk drama Watak Latar Dialog Tajuk Cerpen Nama Penulis

Surat Kiriman Tidak Rasmi

Rencana

Syarahan/ Ucapan/ Ceramah/ Pidato

Ulasan Buku

Cerpen

Jenis Karangan Wawancara/ Forum,dialog

Format Pengenalan Wawancara/Forum Bentuk dialog Jenis laporan Tajuk Nama pelapor Menghadap majlis Pembentangan kes Kata sapaan (Yang berhormat) Penutup

Laporan

Bahas Ala Parlimen

TEMA RAMALAN 2011:


GEJALA BULI RANCANGAN REALITI SEMANGAT KEJIRANAN TABUNGAN KELUARGA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ISU PENGANGKUTAN AWAM ISU PEKERJA ASING ISU LUMBA HARAM BANGUNAN BERSEJARAH ISU PELANCONGAN (PELANCONGAN DOMESTIK / PELANCONGAN KESIHATAN) PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ANTARABANGSA ULASAN DRAMA KOMSAS PERPADUAN / SATU MALAYSIA JENAYAH SIBER / JENAYAH ANTARABANGSA PEMERDAGANGAN ORANG POLISI SEKOLAH SELAMAT AMALAN MEMBACA PERSEDIAAN KE ALAM KERJAYA ISU BAHASA- DASAR MBMMBI MALAYSIA SEBAGAI HUB HALAL

Jawapan Latihan

You might also like