You are on page 1of 2

REFLEKSI BIG KHIDMAT MASYARAKAT Pada 24 September 2011, saya dan rakan sekelas (2PISMP MT) dan kelas

2PISMP SN/PC telah melaksanakan program BIG khidmat masyarakat di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Jaya, Butterworth, Pulau Pinang. Kami telah bertolak ke sekolah tersebut pada jam 7.30 pagi dengan menaiki bas IPTB. Kami seramai 40 orang telah berkumpul di garaj baj seawal jam 7.00 pagi. Perjalanan kami mengambil masa selama hampir 45 minit untuk tiba di sekolah tersebut. Di sana, kami telah mengadakan gotong-royang mengecat dan membersihkan bilik-bilik khas di sekolah seperti bilik mesyuarat, makmal komputer, bilik J-QAF, perpustakaan dan beberapa lagi tempat. Kumpulan saya seramai 4 orang ahli telah ditugaskan untuk mengecat bilik mesyuarat. Kekuatan program BIG khidmat masyarakat pada kali ini ialah layanan yang baik daripada pihak sekolah. Bermula daripada saya, pengerusi Shamil Shah dan setiausaha Haffizuddin Ashraf telah ke sekolah tersebut untuk berbincang dan langkah pertama kami mendekati sekolah tersebut. Pada pertemuan kali pertama kami telah dilayan dengan cukup baik oleh guru besar, Tn Hj Zulkifli. Kami telah dihidangkan dengan mee kuah yang sedap dan pihak sekolah dengan berbesar hati menerima kunjungan kami untuk melaksanakan program BIG di sekolah tersebut. Sekolah telah menjadikan hari kami melakukan BIG sebagai hari perkembangan staf SKPTJ. Selain itu, layanan guru-guru di SKPTJ juga sangat mesra. Guru-guru melayan kami seperti rakan sekerja dan juga seperti seorang anak ketika kami bersama-sama mereka melakukan kerja yang telah dibahagikan. Pihak sekolah juga yang telah mengeluarkan segala perbelanjaan untuk membeli kelengkapan bagi melaksanakan akitviti mengecat dan membersih kawasan yang terlibat. kami juga telah dberikan cenderahati kerepek seorang sebungkus oleh penolong kanan satu kerana menurut seorang guru, PK 1 berasa terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh kami dan beliau telah keluar pada waktu tersebut untuk membeli sesuatu sebagai buah tangan untuk di bawa pulang.

Kekuatan seterusnya ialah hubungan kami di antara sekolah dan guru juga mula terjalin. Saya juga banyak mendapat ilmu-ilmu baru daripada guru-guru senior seperti guru yang memegang perpustakaan bagaimana seorang guru membahagikan masa di rumah dan sekolah. Selain itu, mereka juga banyak menceritakan pengalaman mereka bagaimana kehidupan sebagai seorang guru dalam komuniti sekolah, rakan sekerja dan ibu bapa. Saya juga mendapat pengalaman kali pertama bermain dengan cat kerana selama ini saya tidak pernah mengecat permukaan dinding yang banyak dan melibatkan warna cat kapur. Pada mulanya ia sangat susah kerana terpaksa mengecat secara perlahan-lahan dan berhati supaya tidak terkena pada bahagian warna lain kerana dinding yang di cat oleh saya dan rakan-rakan menggunakan dua warna yang berbeza iaitu hijau dan kelabu. Penat usah katalah tetapi dengan bantuan guru-guru kami berjaya menyiapkannya. Dinding bilik mesyuarat telah berubah warna dan guruguru berpuas hati dengan hasilnya. Saya juga telah menolong kumpulan yang mengecat makmal komputer kerana kawasan mereka sangat besar dan apabila masa hampir tamat, mereka masih belum habis menyiapkan kerja mengecat mereka. Kelemahan membuat BIG di sekolah pada hari cuti ialah kami tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti bersama-sama dengan murid. Kami juga tidak berpeluang bertemu dengan semua guru kerana terdapat beberapa orang guru yang tidak hadir kerana mempunyai masalah. Harapan saya, hubungan baik yang terjalin antara kami dan pihak sekolah dapat diteruskan dan mungkin jika saya dan rakan-rakan yang lain dihantar berpraktikum di SKPTJ kami tidaklah berasa canggung kerana hubungan baik yang telah kami jalinkan. Disediakan oleh, NUR NAIEMAH BINTI MOHD IBRAHIM

You might also like