You are on page 1of 40

EDISI PERCUMA

Laporan Percuma ini menyenaraikan sebahagian daripada 90 jenis ubat mengandungi babi. Melalui laporan ini, ianya dapat membantu anda untuk mengenalpasti jenis-jenis ubat yang mengandungi babi. Anda boleh dapatkan Pakej Lengkap Ebook Rahsia Ubat Babi di http://www.rahsiaubatbabi.com Oleh : Abd Rahman, B.Pharm [+] Laporan ini boleh diedarkan secara PERCUMA tetapi tidak boleh dijual

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

[HAKCIPTA]

Rahsia Ubat Babi

RAHSIA UBAT BABI (Edisi Percuma) Hakcipta Terpelihara Rahman Baco 2011
Hakcipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian dari ebuku ini boleh diterbitkan semula atau dipindahkan kepada apa-apa bentuk atau melalui apa-apa cara, elektronik atau mekanikal termasuk fotostat, rekod atau apa-apa sistem penyimpanan dan pengeluaran maklumat, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit. Had Liabiliti. Buku ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan pendidikan dan panduan para pembaca. Usaha sedaya upaya telah dilakukan untuk memastikan maklumat di dalam buku ini tepat dan benar. Maklumat di dalam buku ini tidak boleh digunakan oleh sesiapapun untuk tujuan diagnosis diri, rawatan atau alasan untuk menerima atau menolak sebarang terapi perubatan untuk apa apa penyakit. Setiap orang disaran untuk mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pengamal perubatan profesional. Buku ini juga tidak memberikan apa-apa nasihat perubatan. Sebarang aplikasi daripada maklumat di dalam buku ini adalah di atas pertimbangan dan risiko pembaca sendiri. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan harus mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan masing-masing sebelum mengambil atau menghentikan pengambilan sebarang ubat. Penulis dan penerbit tidak akan bertanggungjawab kepada mana mana individu atau kumpulan yang mengalami kerugian, kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh maklumat di dalam buku ini secara langsung atau tidak langsung.

Diterbitkan oleh: Inspired Partners Publication www.inspiredpartners.com.my

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

[PENULIS]

Rahsia Ubat Babi

MENGENAI PENULIS
Abd Rahman Baco merupakan seorang penulis, penyelidik dan penceramah isu ubat ubatan halal di Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Sg. Hj. Matahir sebelum menyambung pelajaran ke Sek. Men. Agama Kota Kinabalu. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, beliau melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) di Kulliyyah Farmasi, UIAM. Beliau kini merupakan seorang Ahli Farmasi berdaftar di Malaysia dan berpengalaman berkhidmat sebagai ahli farmasi di hospital, kedai farmasi dan juga sebagai penganalisa di makmal kimia ubat. Anda boleh mengikuti perkembangan terkini penulis di laman blog beliau di http://www.rahmanbaco.com

rahmanbaco@gmail.com http://www.facebook.com/abdrahman.bpharm

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

[KANDUNGAN]

RAHSIA UBAT BABI

Isi Kandungan
Prakata ...................................................................................................... 5 Pengenalan ................................................................................................. 6 Ubat Daripada Sumber Babi ...................................................................................................... Isu Kontemporari, Sensitif dan Kontroversi ...................................................................... 7 Mengenali Babi......................................................................................... 18 Istilah-istilah Berkaitan Babi ................................................................................................ 19 Kenapa Babi Diharamakan ....................................................................... 24 Adakah Babi Itu Najis ? .......................................................................................................... 27 Bahaya dan Penyakit Berkaitan Babi ................................................................................ 29 Babi Dalam Bidang Perubatan.................................................................. 37 Mengapa Babi Digunakan Dalam Bidang Perubatan ? ............................................... 38 Kajian Perubatan Menggunakan Babi ............................................................................... 38 90 Jenis Ubat Daripada Sumber Meragukan ............................................ 42 Dan Pilihan Alternatif Yang Ada. ......................................................................................... 43 Farmaseutikal Halal ............................................................................... 134 Cabaran dan Peluang. ........................................................................................................... 135 Pengajaran Dari Farmaseutikal Kosher .......................................................................... 137 Apa Peranan Anda ? ............................................................................... 143 Peranan dan Sumbangan Agensi Kerajaan dan Swasta di Malaysia .................. 144 Penutup.................................................................................................. 159

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

[PRAKATA]

RAHSIA UBAT BABI

Prakata
Asssalamualaikum, Akhir-akhir ini umat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya banyak berhadapan dengan isu halal dan haram dalam kehidupan mereka. Antara isu halal dan haram yang hangat diperkatakann ialah penggunaan sumber babi di dalam ubat-ubatan. Pendedahan media mengenai ubat-ubatan yang mengandungi babi di pasaran Malaysia menimbulkan kebimbangan ramai pihak, namun belum ada senarai ubatan-ubatan daripada sumber babi dan garis panduan yang dikeluarkan. Justeru itu, saya sebagai seorang ahli farmasi Islam merasa bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan ilmiah tentang perkara ini dan menulis buku ini bagi menjaga kepentingan umat Islam. Ebook Rahsia Ubat Babi ini akan memberi pendedahan dan panduan kepada pembaca untuk menghadapi isu penggunaan sumber babi di dalam ubatan-ubatan dan permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengannya. Ebook ini juga menerangkan pendapat-pendapat ulama serta fatwa-fatwa terkini tentang ubat dari sumber babi yang dikeluarkan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain daripada itu, senarai ubat daripada sumber babi dan pilihan alternatif yang ada turut didedahkan di dalam buku ini sebagai panduan kepada pesakit dan pengamal perubatan. Saya berdoa agar Allah Subhanahu wa Taala menjauhkan kita daripada kekeliruan, mengilhamkan kita jawapan yang betul, menjauhkan kita dari melakukan kesalahan dan menggerakkan kita ke arah jalan keredhaanNya. Semoga usaha dan niat kita diterima olehNya. Abd Rahman, B. Pharm

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

[PENGENALAN]

RAHSIA UBAT BABI

Pengenalan
Ubat daripada sumber babi: Isu kontemporari, sensitif dan kontroversi?

Ubat daripada sumber babi merupakan isu kontemporari, sensitif dan kontroversi terutamanya bagi negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Produk ubat-ubatan seperti vaksin, ubat pembedahan, kencing manis dan sakit jantung dipercayai banyak mengandungi bahan-bahan yang tidak halal. Meskipun Islam memberi kelonggaran sementara untuk mengambil ubat-ubatan yang mengandungi sumber haram dalam keadaan darurat, namun bagi pesakit yang menitikberatkan soal halal dan haram, mereka mempunyai hak untuk mengetahui dan membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak ubat tersebut.

Sebagai pengenalan kepada isu ini, saya mengumpulkan berita, cerita dan pengalaman sebenar mengenai isu ubat daripada sumber babi. Maklumat ini saya kumpulkan daripada akhbar, internet dan blog dari dalam dan luar negara sebagai pengajaran dan gambaran isu sebenar.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

[PENGENALAN]
UBAT ADA KANDUNGAN BABI DIJUAL DI MALAYSIA ?
Dipetik daripada akhbar mStar Online

RAHSIA UBAT BABI

21 Jun 2006, PETALING JAYA: Kesahihan emel yang mendakwa empat jenis ubat yang dipasarkan di Malaysia mempunyai kandungan babi masih menjadi tanda tanya berikutan tiada pihak yang ingin mengesahkan atau menafikan perkara tersebut. Emel sapu yang dikesan in disebarkan orabase suntikan mengandungi tersebut oleh dua turut

sejak tahun lepas mendakwa ubat Kenalog untuk ulser mulut, tablet selesema Drixoral, Fraxiparine babi. syarikat ubat mencairkan darah Clexane dan porcine iaitu nama saintifik bagi Ubat-ubatan dipasarkan vendor yang dikatakan

farmaseutikal

antarabangsa

beroperasi di Malaysia. Emel itu, yang disertai ucapan salam dan kalimah wallahualam turut menyeru umat Islam agar mengambil langkah berhati-hati dengan bertanya mengenai kandungan ubat-ubatan yang diperolehi daripada doktor atau ahli farmasi yang memberikannya kepada mereka. Emel itu didakwa dihantar oleh seorang pegawai Kementerian Kesihatan. Penolong pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi Maklumat (POTM) Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kamarudin Ahmad apabila dihubungi hari ini pula mengakui pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan penyebaran emel tersebut.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

[PENGENALAN]
Emel itu boleh dipanggil spam saja.

RAHSIA UBAT BABI

BPFK

tidak

pernah

mengeluarkan arahan kepada sesiapa untuk menghantar emel tersebut. Kita percaya ada orang gunakan nama pegawai jabatan ini untuk menghantar emel berkenaan, katanya kepada mStar Online. Ditanya tentang kesahihan kandungan emel tersebut, Kamarudin pula mengatakan perkara itu adalah di bawah bidang kuasa JAKIM. Emel tersebut telahpun mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun lepas di dalam lawan web rasminya. Walaubagaimanapun, jawapan yang diberikan adalah: Pengesahan halal JAKIM tidak meliputi ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

SEMUA UBAT DIBEKAL HOSPITAL ADALAH HALAL : LIOW


Kementerian cari alternatif jika bahan haram Dipetik daripada akhbar Berita Harian Online

12 April 2009, KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan semua ubat-ubatan yang dibekalkan kepada pesakit di negara ini diperbuat daripada sumber halal dan akan berusaha terbukti haram. Menteri Kesihatan, Datuk Seri mencari menggunakan alternatif bahan sekiranya ada ubat berkenaan

Liow Tiong Lai, berkata semua ubat yang dibekalkan di hospital kerajaan halal sekarang meskipun dipastikan harganya

mungkin lebih mahal melainkan sesetengah ubat yang tiada alternatif lain.
Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com 8

[PENGENALAN]

RAHSIA UBAT BABI

Kita tahu bahawa ubat tertentu seperti fraxiparine bagi mencairkan darah pesakit jantung mengandungi bahan haram tetapi alternatif kepada ubat berkenaan terlalu mahal dan mungkin di luar kemampuan sesetengah pesakit. Kita di kementerian perlu mengutamakan tanggungjawab menyelamatkan nyawa pesakit namun kita sentiasa mencari jalan memastikan kaedah rawatan dan ubat-ubatan memenuhi tahap piawaian halal, katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Parkinson Sedunia.

UBAT GELATIN BABI DITARIK BALIK


Dipetik daripada akhbar Kosmo Online

Mei

2010, telah

KUALA

LUMPUR:

Biro

Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Imodium mengarahkan yang babi syarikat disahkan supaya pemegang pendaftaran ubat cirit-birit Capsule unsur mengandungi

menarik balik produk itu dari pasaran.

Arahan tersebut dibuat selepas siasatan syarikat itu sendiri mendapati terdapat perubahan pada sumber gelatin yang digunakan oleh pembekal daripada bovine only source (lembu) kepada campuran lembu dan porcine (babi).

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Dato Eisah A.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

[PENGENALAN]

RAHSIA UBAT BABI

Rahman berkata, pihak pembekal bagaimanapun tidak memaklumkan kepada pengilang dan pemegang pendaftaran ubat berkenaan mengenai perubahan dalam ramuan ubat tersebut.

Kami sudah meminta mereka tarik balik kesemua bekalan ubat itu dari pasaran dan mengemaskinikan label agar ia menepati ramuan yang digunakan, jelasnya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini semalam.

Kenyataan beliau itu adalah susulan kepada laporan Kosmo! Ahad pada 4 April lalu yang mendedahkan rasa tidak puas hati seorang pesakit, Datuk Mohd. Hanafiah Omar, 65, yang diberi ubat Imodium Capsule oleh kakitangan sebuah hospital swasta di Hulu Klang pada 29 Mac lalu tanpa memaklumkan ia mengandungi gelatin babi.

SEMUA TINGGAL KENANGAN

Dipetik dari Blog Ibnu Zain Rembawi

14 OKT 2009: Pukul 9.45 pagi, Kak Teh keluar dari bilik doktor dan panggil aku, Aid, jantung abah stop tadi, ubat yang doktor nak bagi abah tu tak halal, ada khinzir, doktor tanya nak bagi ke tak? Dia suruh kita bincang. Kalau tak halal buat apa nak bagi, kebaikan tak datang dengan melanggar perintah Allah. Kak Teh cakap diapun fikir cam tu gak, tapi tunggulah beradik lain. Doktor terus mendesak dengan pertanyaan dah bincang hal tadi? Ku jawab nanti dulu sambil istighfar dan selawat mohon kebaikan untuk abah. Ada 6 beradik aku yang belum sampai lagi. Yang paliing jauh Ijan di Kuantan dan Kak Chik di Johor Bahru.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

10

[PENGENALAN]

RAHSIA UBAT BABI

Pukul 10.15 pagi, Abang Aji dan Kak Lang sampai. Kami berbincang ubat dan mencari lain yang bimbit kawan doktor. alternatif

halal. Aku dan abang sibuk dengan merujuk kawan telefon kepada yang

Akhirnya dengan izin Allah kami dapat satu petunjuk, Fondaparinux iaitu ubat yang halal dan boleh digunakan. Dr Ardiff yang masih muda lingkungan 27 tahun di hospital ini. Seingat aku pengarah cakap Yelah, tapi kan Rasullulah pun cakap kalau takde makanan khinzir pun boleh makan berdesing telinga aku, tapi aku bukan nak berhujah dengan dia, cuma dia benarkan oklah. Di situ juga aku guna komputer untuk cari ubat dan nombor telefon hospital swasta yang berhampiran. Pukul 1.30 tengahari. Lepas Zohor, aku, Abang Aji, Kak Long ke Hospital Pantai di Melaka setelah kami hubungi Colombia dan KPJ di Seremban yang tidak mempunyai ubat tersebut. Kenapalah umat ini masih bergelumang dengan benda haram dari segi hukum, memang tiada kejayaan. Surat dari Dr Ardiff kami ajukan kepada Bahagian Farmasi di Hospital Pantai. Amat menyedihkan apabila ubat yang dikeluarkan ialah Fraxiparine masih ada ekstrak khinzir. Kami buntu sambil meninggalkan kaunter farmasi. Ya Allah bantulah kami,
Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com 11

menyuruh

kami

merujuk kepada pengarah hospital untuk membenarkan penggunaan ubat luar

[PENGENALAN]

RAHSIA UBAT BABI

kulihat masih ada nombor telefon Hospital Pakar Putra yang belum dihubungi. Tapi natijahnya sama apabila pegawai farmasi itu mengatakan bahawa di sana hanya ada clexane dan fraxiparine. Maka aku minta bantuan darinya supaya mencari di mana terdapat Fondaparinux. Pukul 2.00 petang kami masih di Hospital Pantai tanpa ada perbualan. Kak Long dan Abang Aji memerhati orang yang keluar masuk hospital sedang aku menggenggam telefon bimbit yang biasanya di pinggang dengan harapan ada berita baik untuk abah dan kami. Alhamdulillah dengan izin Allah aku dihubungi supaya datang ke Hospital Pakar Putra untuk mengambil ubat tersebut. Pukul 4.30 petang, dengan izin Allah abah semakin baik, boleh bercakap

dengan kuat, tersenyum dan boleh bangun seperti biasa. Seolah tiada apa yang berlaku. Tekanan darah abah telah naik melebihi 100. Maka pukul 6.00 petang semua beradik dan ipar beredar meninggalkan hospital balik ke kampung. Yang masih di sisi abah aku, Ijan dan abang Aji. Tapi... semua tinggal kenangan , Al Fatihah..

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

12

[PENGENALAN]

RAHSIA UBAT BABI

MALPRAKTIK? UBAT DARIPADA SUMBER BABI TIDAK DIMAKLUMKAN KEPADA PESAKIT


Dipetik daripada tulisan Firmansyah Stanley

10 April 2007 JAKARTA : Saya dimasukkan ke wad VIP sebuah Rumah Sakit di Indonesia kerana mengalami Angina Pectoris dan GERD. Sejak awal terdapat tanda tanda kekurangan oksigen pada otot jantung saya, semakin hari semakin jelas keadaan tersebut berdasarkan keputusan ujian EKG yang dilakukan setiap kali saya mengalami sakit dada.

Pada 12 April 2007 saya mengalami serangan jantung dan segera dipindahkan ke bahagian penjagaan rapi (ICU). Pada 13 April 2007, saya diberikan suntikan ubat bernama Lovenox dua kali sehari selama 4 hari. Pakar Jantung mengdiagnosis berlaku penyempitan pada salur pembuluh darah jantung saya di sebelah kiri serta kerosakan otot jantung bahagian kiri. Oleh itu saya meminta MSCT 64 slice dilakukan. Tetapi doktor menolak dengan alasan denyutan nadi saya belum teratur dan keputusan MSCT kurang tepat. Akhirnya, pada 27 April 2007 saya dibenarkan pulang dengan dibekalkan ubat-ubatan.

Setelah berada di rumah berkali-kali sakit dada masih terus menyerang saya sehingga saya menyiapkan oksigen di rumah untuk membantu mengurangkan rasa sakit di dada. Kerana sakit dada yang terus hilang timbul saya memutuskan untuk berubat ke Malaysia dan berlepas pada 6 Jun 2007. Doktor di Malaysia membuat kesimpulan saya harus menjalani Pembedahan Pintasan Jantung Kecemasan, setelah mendapati terdapat penyumbatan di beberapa titik salur darah jantung saya. Pembedahan jantung telah berjaya dilakukan pada 11 Jun 2007 dan saya kembali ke Indonesia pada 28 Jun 2007.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

13

[PENGENALAN]

RAHSIA UBAT BABI

Beberapa hari setelah kepulangan saya ke Indonesia, saya mengupah seorang perawat di rumah. Saya meminta perawat saya untuk mengumpulkan semua maklumat perubatan termasuk ubat-ubat yang telah saya pakai. Pada saat itu, perawat saya bertanya apakah saya mengetahui bahawa ubat suntikan Lovenox yang saya gunakan bersumber babi. Dia membacanya dari tulisan pada label bahagian luar ubat tersebut. Kemudian, saya mengambil kertas sisipan (package insert) yang terdapat pada ubat tersebut. Ternyata terdapat tulisan BERSUMBER BABI, Sumber bahan baku obat harus diinformasikan dokter kepada pasien (pesakit). Kemudian saya mengetahui dari Pakar Jantung yang lain bahawa terdapat ubat sejenis lain yang tidak mengandungi babi. Pada suatu kesempatan, saya bertanya kepada seorang Imam Besar Masjid Istiqlal yang juga wakil Ketua Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia, Apakah telah berlaku penzaliman ke atas saya atau agama Islam oleh Pakar Jantung bukan Islam kerana tidak memberitahu tentang sumber bahan ubat Lovenox tersebut atau tidak menggunakan ubat sejenisnya yang halal? Beliau menjawab, benar telah berlaku penzaliman terhadap saya dan agama saya.

Oleh kerana itu, saya mengingatkan kepada saudara-saudara muslim agar berhati hati dalam menerima ubat suntikan apabila mengalami serangan jantung, dan kepada doktor dan pakar jantung supaya memerhatikan hak-hak pesakit untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

14

[PENGENALAN]

RAHSIA UBAT BABI

MENCARI ALTERNATIF KEPADA UBAT DARI SUMBER BINATANG


Dipetik daripada The New York Times

1 April 2008, New York: Pankreas Babi Potong mungkin tidak menyelerakan didengar. Tetapi kebanyakan pesakit yang menghidap Cystic Fibrosis memakannya dalam bentuk yang telah diproses setiap kali sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam lima kaspul besar setiap hidangan untuk membekalkan enzim yang tidak dapat dihasilkan oleh badan mereka.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

15

[PENGENALAN]

RAHSIA UBAT BABI

Ubat-ubat ini diperlukan oleh hampir 30 000 orang di Amerika Syarikat yang menghidap Cystic Fibrosis, penyakit keturunan yang menyerang paru paru dan saluran pencernaan. Penarikan balik (recall) terbaru ubat pencair darah heparin oleh Baxter International, yang dikaitkan dengan 19 kematian dan kandungan utamanya yang berasal dari usus babi, telah meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penggunaan ubat-ubatan dari sumber haiwan meskipun kita telah berada dalam era kemodenan kejuruteraan bioteknologi.

Syarikat Scientific Protein Laboratories yang membekalkan bahan aktif heparin kepada Baxter International juga merupakan pembekal kebanyakan enzim pankreatik babi yang digunakan oleh pesakit Cystic Fibrosis.

Sejak sebelum heparin ditarik-balik lagi, usaha untuk menghasilkan ubat alternatif secara sintetik telah dijalankan. Berjuta-juta vial heparin digunakan setiap tahun untuk mencegah pembentukan darah beku semasa pembedahan dan dialisis buah pinggang. Setakat ini, tiada ubat sintetik yang ideal ditemui.

Arixtra, ubat sintetik yang dipasarkan oleh Syarikat GlaxoSmithKline dan merupakan salinan kebanyakan struktur bahan aktif heparin, telah berjaya digunakan dalam beberapa pembedahan. Tetapi, selain harganya yang hampir sepuluh kali ganda mahal berbanding heparin, ia mempunyai satu kekurangan utama. Tidak seperti heparin, Arixtra tidak mempunyai antidot yang spesifik untuk membolehkan doktor menghentikan aktiviti pembekuan darahnya apabila pesakit mengalami masalah pendarahan.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

16

[PENGENALAN]

RAHSIA UBAT BABI

Menurut Robert J. Linhardt, Pakar Heparin dari Institut Politeknik Rensselaer, New York, isu dari mana sumber babi diperolehi adalah lebih serius daripada penggunaan heparin daripada sumber babi. Penarikan-balik di Amerika Syarikat baru baru ini melibatkan kandungan heparin dari babi China yang dibekalkan oleh Scientific Protein Laboratories kepada Baxter International. Terdapat lebih 700 juta babi disembelih setiap tahun, dan 400 juta

daripadanya disembelih di China, Menurut Dr Linhardt, Ini menjadikan kita bergantung kepada heparin China kerana sekurang-kurangnya 70 peratus bekalan heparin datang dari China.

BEKALAN VAKSIN MENCEVAX MENCUKUPI


Dipetik daripada akhbar Berita Harian

3 Dis 2002, Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan lebih 110 000 vaksin jenama Mencevax dari Belgium bagi menampung keperluan umat Islam di negara ini yang berhasrat menunaikan haji di Mekah, bulan depan. Jumaat Muzakarah Kebangsaan memutuskan vaksin hanya meningococcal lalu, majlis Fatwa

meningitis (ACYW 135) jenama Mencevax dari Belgium, diharuskan oleh dan
17

penggunaannya mengerjakan haji

umat Islam yang mahu

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

[PENGENALAN]

RAHSIA UBAT BABI

umrah. Ini kerana vaksin jenama berkenaan didapati tidak mengandungi sebarang lemak babi dan bahan sumber haiwan kecuali laktosa daripada susu, lemak dan jantung lembu. Bagaimanapun vaksin ACYW 135 jenama Menomune yang diimport dari Amerika Syarikat adalah haram digunakan umat Islam kerana ia mengandungi asid amino dari lembu, babi dan itik. Pengerusi majlis itu, Datuk Dr Ismail Ibrahim berkata, keputusan menghalalkan penggunaan vaksin Mencevax itu dibuat selepas mengambilkira maklumat dari Bahagian Kawalan Penyakit dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Penggunaan vaksin jenama Mencevax itu harus, bukannya halal kerana ada juga maklumat tidak berapa jelas mengenai sumber lembu yang digunakan sama ada ia disembelih atau sebaliknya. Bagaimanapun, kerana hanya ada dua jenama sahaja yang didaftarkan dan boleh didapati dalam pasaran, jenama yang tidak langsung menggunakan sumber babi iaitu Mencevax diharuskan, katanya.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

18

[MENGENALI BABI]

Rahsia Ubat Babi

Mengenali Babi

Berkenalan dengan Babi Istilah babi dalam masyarakat melayu sinonim dengan kata kesat bagi tujuan memaki hamun atau menghina orang lain. Dalam kebanyakan bangsa pula, haiwan babi dianggap hina dan gelaran babi adalah satu gelaran yang buruk. Walau bagaimanapun, ada juga masyarakat seperti puak asli di Papua New Genia mengganggap babi sebagai mata wang yang bernilai. Babi juga terkenal dalam masyarakat cina, dimana Tahun Babi dimasukkan ke dalam kalendar cina.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

19

[MENGENALI BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Realitinya, babi atau khinzir ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermancung panjang dan berhidung leper. Ungulata adalah kelompok mamalia yang menggunakan hujung kuku untuk menahan berat badannya sewaktu bergerak. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar, dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Babi ialah haiwan omnivor yang bererti mereka memakan daging dan tumbuhtumbuhan. Secara liar, babi merupakan haiwan meragut terutamanya makan daun, rumput, akar, buah dan bunga. Babi juga diketahui memakan bangkai dan sebarang jenis makanan termasuk serangga mati, cacing, kulit pokok, bangkai reput malah bangkai babi yang lain. Kadangkala semasa dalam kurungan, babi mungkin memakan anaknya sendiri sekiranya ia tertekan.

Babi biasanya memiliki kepala yang besar dengan muncung panjang yang diperkukuhkan dengan tulang prenasal dan rawan. Muncungnya yang boleh bergerak digunakan bagi menggali tanah untuk mencari makan dan merupakan organ deria yang sensitif.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

20

[MENGENALI BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Babi memiliki set penuh 44 batang gigi. Gigi taring yang dipanggil gading tumbuh berterusan dan ditajamkan dengan gading atas dan bawah bergesel sesama sendiri. Pembiakan babi berlaku sepanjang tahun di kawasan tropika, tetapi kelahiran memuncak semasa musim hujan. Babi betina mampu bunting sekitar usia 8 hingga 18 bulan. Ia kemudian kembali subur setiap 21 hari jika tidak mengawan. Babi jantan menjadi aktif secara seksual sekitar usia 8 hingga 10 bulan. Anak-anak babi biasanya sekitar 6 hingga 12 ekor. Selepas anak babi berhenti menyusu, dua tiga keluarga mungkin berkumpul sehingga musim mengawan seterusnya.

Babi tidak memiliki kelenjar peluh yang berfungsi, oleh itu babi menyejukkan diri mereka dengan berendam di dalam air atau lumpur semasa musim panas. Babi juga menggunakan lumpur sebagai bentuk pelindung matahari bagi menggelakkan kulit mereka dari terbakar oleh pancaran matahari. Lumpur turut memberi perlindungan terhadap lalat dan parasit lain.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

21

[MENGENALI BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Istilah-istilah berkaitan babi Dalam Bahasa Melayu, perkataan babi atau khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam Bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

Swine:

Istilah

yang

digunakan

untuk

keseluruhan

kumpulan spesis babi.

Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya be maksud babi muda, berat kurang 50kg.

Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi. [PENTING!] Boar: Babi liar.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

22

[MENGENALI BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Sow: Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

Lard: Lemak babi yang biasanya digunakan untuk membuat minyak masak dan membuat sabun. Bacon: Istilah yang digunakan untuk daging babi salai, atau daging babi yang diperap dengan garam. Istilah bacon juga digunakan untuk daging salai haiwan selain babi. Ham: Daging paha babi yang biasanya telah disalai atau diasapkan.

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal daripada babi. Mungkin ramai orang melayu yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis This product contain substance from porcine bermaksud Produk ini mengandungi bahan dari babi, atau label yang menyatakan The source of gelatin capsule is porcine bermaksud Kapsul dari gelatin babi. [Istilah Porcine ini PENTING untuk anda ingat!].

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

23

[PENUTUP]

RAHSIA UBAT BABI

Kenapa Babi diharamkan?

Laporan Percuma ini menyenaraikan sebahagian daripada 90 jenis ubat mengandungi babi. Melalui laporan ini, ianya dapat membantu anda untuk mengenalpasti jenis-jenis ubat yang mengandungi babi. Anda boleh dapatkan Pakej Lengkap Ebook Rahsia Ubat Babi di http://www.rahsiaubatbabi.com

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

24

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Ubat Daripada Sumber Babi


dan pilihan alternative yang ada

Bab ini menyediakan panduan ringkas dan berguna untuk pesakit dan orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ubat mengandungi sumber babi yang menjadi keprihatinan mereka. Dalam bab ini juga saya cuba mengenalpasti bahagian babi yang digunakan di dalam ubat dan sebarang pilihan alternatif yang ada. Senarai ubat-ubatan ini merupakan sebahagian daripada produk

farmaseutikal yang dikenal pasti mengandungi bahan-bahan daripada sumber babi. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa produk farmaseutikal terkenal yang sebelum ini didakwa mengandungi sumber babi tetapi tidak disenaraikan di dalam buku ini. Ini disebabkan oleh kekurangan sumber maklumat dan bukti selain pihak syarikat farmaseutikal yang terlibat telah menukar sumber babi yang digunakan kepada sumber lain seperti lembu dan sayur-sayuran. Tujuan senarai ubat-ubatan daripada sumber babi ini dibuat bukanlah untuk menjatuhkan atau memburukkan mana-mana jenama, produk ataupun syarikat farmaseutikal yang terlibat. Sebaliknya ia bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada orang ramai selain memberi sedikit tekanan kepada industri farmaseutikal agar menghormati sensitiviti orang Islam dengan menghasilkan produk daripada sumber alternatif yang lain.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

25

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Gambar 1: Armour Thyroid


Jenama Ubat Armour Thyroid (Kelenjar Tiroid) Tablet untuk dimakan. Pengeluar Kegunaan Forest Pharmaceutical, Amerika Syarikat. Terapi gantian hormon tiroid semulajadi untuk pesakit yang mengalami kekurangan hormon tiroid. Ekstrak daripada kelenjar tiroid babi. Tiada maklumat pendaftaran dan penjualan di Malaysia tetapi pilihan alternatif sintetik berdaftar di Malaysia. Hormon tiroid sintetik Levothyroxine atau kombinasi hormon T4 dan T3 Laman web rasmi Armur Thyroid www.armourthyroid.com

1.

Kandungan meragukan Catatan

Pilihan alternatif Sumber rujukan

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

26

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Gambar 2: Vaksin Attenuvax

2.

Jenama Ubat

Attenuvax Vaksin hidup virus campak (measles). Serbuk kekuningan untuk suntikan.

Pengeluar Kegunaan Kandungan meragukan

Merck & Co, Amerika Syarikat. Pelalian campak untuk individu berusia 12 bulan ke atas. Mengandungi gelatin babi terhidrolisis 14.5mg, albumin manusia 0.3 mg dan serum janin lembu < 1 ppm. Tiada maklumat pendaftaran dan penjualan di Malaysia. Terdapat vaksin virus campak di pasaran Malaysia yang menggunakan gelatin lembu terhidrolisis. Institute for Vaccine Safety John Hopkins Bloomberg, School of Public Health www.vaccinesafety.edu

Catatan

Pilihan alternatif Sumber rujukan

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

27

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Gambar 3: Ubat batuk Benadryl


3. Jenama Ubat Benadryl For The Family Original Cough Syrup Sirap ubat batuk jenama asli Benadryl. Pengeluar Kegunaan Johnson & Johnson, Pengilang: McNeil, Australia. Melegakan batuk, bersin, dan hidung tersumbat yang disebabkan oleh selesema biasa atau alergi. Label produk menyatakan produk tidak mengandungi Alkohol tetapi mengandungi sumber babi dan lembu. Kemungkin glycerin yang digunakan diperoleh daripada sumber babi. Berdaftar dan terdapat di pasaran Malaysia (MAL05092231A). Hanya boleh diberikan oleh ahli farmasi atau doktor perubatan. Banyak produk ubat batuk lain yang tidak mengandungi sumber babi tetapi mengandungi bahan aktif yang sama iaitu DIphenhydramine. 1. Merujuk kepada label produk yang yang dibeli dari kedai farmasi tempatan. 2. Artikel: Bah. 1 & 2: Ubat (Benaadryl) haram kerana mengandungi bahan dari babi. Ms-my.facebook.com/topc.php?uid=173177062174&topic= 11539

Kandungan meragukan

Catatan

Pilihan alternative

Sumber rujukan

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

28

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Gambar 4: Sel Islet berkapsul


4. Jenama Ubat BetaRx-P ( Sel Islet Babi) Kapsul yang mengandungi sel Islet babi. Pengeluar Kegunaan VivoRx Inc, Santa Monica. Rawatan kenicng manis untuk pesakit diabetes jenis 1 yang menjalani pemindahan buah pinggang. (on immunosuppresion). Sel Islet yang diambil dari pankreas babi. Masih dalam proses pendaftaran dan pengujian klinikal USFDA . Pemindahan sel islet manusia. Artikel: VivoRxs Diabetes Cell Therapy Product. www.allbusiness.com/medicine-health/

Kandungan meragukan Catatan

Pilihan alternatif Sumber rujukan

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

29

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Gambar 5: Vaksin Antraks


5. Jenama Ubat BioThrax Vaksin Antraks. Pengeluar Kegunaan BioPort Corporation, Amerika Syarikat. Digunakan sebagai imunisasi aktif untuk individu berusia 18 hingga 65 tahun yang berisiko terdedah kepada antraks. Ia tidak dilesenkan untuk digunakan selepas jangkitan antraks. Bahan babi digunakan dalam kultur penghasilan vaksin antraks seperti Brain Heart Infusion Porcine (kultur dari tisu jantung dan otak babi). Tidak didaftarkan di Malaysia. Digunakan secara meluas untuk imunisasi tentera Amerika Syarikat. Tiada vaksin antraks berdaftar di Malaysia pada masa ini. Sila rujuk fatwa Biothrax di ebook FatwaFatwa Perubatan. Fatwa Penggunaan Vaksin BioThrax dan Rotateg yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 81 pada 31 March 2008.

Kandungan meragukan

Catatan

Pilihan alternatif

Sumber rujukan

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

30

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Gambar 6: Suntikan Botox


6. Jenama Ubat BOTOX (Botulinum Toxin Type A) Serbuk untuk suntikan mengandungiToksin Botulinum Jenis A Pengeluar Kegunaan Allergen Pharmaceutical, Ireland. Digunakan untuk merawat distonia leher (kekejangan abnormal otot leher), axillary hyperhidrosis (penyakit berpeluh di ketiak yang teruk), strabismus (mata juling), blepharospasm (pengecutan kelopak mata). Kasein daripada susu babi dan trypsin daripada pankreas babi digunakan dalam kultur media penghasilan. Berdaftar dan terdapat di pasaran Malaysia Sila rujuk fatwa suntikan Botulinum Toksin Jenis A di dalam ebook Fatwa-Fatwa Perubatan. Fatwa Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTXA) yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 73 pada 4-6 April 2006.

Kandungan meragukan

Catatan Pilihan alternatif Sumber rujukan

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

31

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Gambar 7: Suntikan Kosmetik Botox


7. Jenama Ubat BOTOX Cosmetic (Onabotulinumtoxin A) Serbuk untuk suntikan mengandungi Toksin Botulinum Jenis A. Pengeluar Kegunaan Allergen Pharmaceutical, Ireland. Ubat preskripsi yang disuntik ke dalam otot untuk mengurangkan kedutan di antara kening untuk individu berusia 18 hingga 65 tahun, untuk kesan jangkamasa pendek. Kasein daripada susu babi dan trypsin daripada pankreas babi digunakan dalam kultur media penghasilan. Tiada maklumat pendaftaran di Malaysia . Sila rujuk fatwa suntikan Botulinum Toksin Jenis A di dalam ebook Fatwa-Fatwa Perubatan. Fatwa Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTXA) yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 73 pada 4-6 April 2006.

Kandungan meragukan

Catatan Pilihan alternatif Sumber rujukan

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

32

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Gambar 8: Vial suntikan (Sekadar hiasan)


8. Jenama Ubat Calciparin (Kalsium Heparin) Cecair untuk suntikan. Pengeluar Kegunaan Sanofi Winthrop Industrie, Perancis. Bergantung kepada dos yang digunakan, DVT, PE, penyakit jantung yang tidak stabil, thromboprofilaksis dan sistem pencegahan pembekuan darah semasa proses hemodialisis. Kalsium heparin dihasilkan dari selaput mukosa usus babi. Pernah berdaftar di Malaysia pada 1989. Sila rujuk Arixtra (Fondaparinux) di bahagian Fatwa Mengenai Clexane dan Fraxiparin di dalam ebook Fatwa-Fatwa Perubatan. Terdapat produk Heparin Sodium dari mukosa usus lembu yang berdaftar di Malaysia. Informed Choice of Medicine Taking: Drugs of Procine Origin & Clinical Alternatives. Medicine Partnership www.mcb.org.uk

Kandungan meragukan Catatan Pilihan alternatif

Sumber rujukan

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

33

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Gambar 9: Kapsul Cebrium


9. Jenama Ubat Cebrium / Xebrium Kapsul mengandungi asid amind dalam bentuk pepton. Pengeluar Kegunaan Ebewe Pharmaceutical EVER Neuro Pharma GmbH, Austria. Digunakan sebagai suplemen kesihatan untuk meningkatkan fungsi sistem saraf. Asid amino tertentu boleh berfungsi sebagai penghantar impuls (neurotransmitter). Asid amino dalam bentuk pepton Tiada maklumat pendaftaran di Malaysia. Dipasarkan di Austria, Belanda, Portugis, Switzerland dan United Kingdom. Terdapat pelbagai pilihan suplemen kesihatan di Malaysia yang dipercayai bebas daripada sumber babi. Laman web rasmi Cebrium www.cebrium.com

Kandungan meragukan Catatan

Pilihan alternatif

Sumber rujukan

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

34

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Gambar 11: Suntikan Cerebrolysin


11. Jenama Ubat Cerebrolysin Suntikan intravena mengandungi peptida cerebrolysin. Pengeluar Ebewe Pharmaceutical EVER Neuro Pharma GmbH, Austria. Digunakan untuk meningkatkan fungsi kognitif dan kelakuan dalam aktiviti seharian. Kegunaan utama dalam rawatan penyakit Alzheimer, turut digunakan untuk merawat angin ahmar, demensia dan kecederaan otak. Sejenis peptida yang dihasilkan daripada penulenan protein otak babi melalui proses pemecahan enzim. Tiada maklumat pendaftaran di Malaysia, mendapat kelulusan USFDA dan 44 negara di seluruh dunia. Tiada maklumat.

Kegunaan

Kandungan meragukan Catatan

Pilihan alternatif Sumber rujukan

HyperMED Australia Clinical Research www.hypermed.com.au

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

35

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Gambar 12: Suntikan Clexane atau Levenox (Enoxaparin)


12. Jenama Ubat Clexane , Lovenox Cecair untuk suntikan mengandungi Sodium Enoxaparin. Pengeluar Kegunaan Sanofi Aventis (M) Sdn. Bhd., Aventis Pharma, Perancis. Bergantung kepada dos yang digunakan, DVT, PE, penyakit jantung yang tidak stabil, thromboprofilaksis dan sistem pencegahan pembekuan darah semasa proses hemodialisis. Enoxaparin Sodium (Heparin Berat Molekul Rendah) dari heparin yang dihasilkan dari selaput mukosa usus babi. 6 jenis produk Clexane berdaftar dan terdapat di pasaran Malaysia. Sila rujuk Arixtra (Fondaparinux) di bahagian Fatwa Mengenai Clexane dan Fraxiparin di dalam ebook FatwaFatwa Perubatan. Fatwa mengenai ubat Clexane dan Fraxiparine yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 87 pada 23 Jun 2009.

Kandungan meragukan Catatan

Pilihan alternatif

Sumber rujukan

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

36

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Edisi Percuma ini hanya menyenaraikan sebahagian daripada 90 jenis ubat mengandungi babi. Melalui laporan ini, ianya dapat membantu anda untuk mengenalpasti jenis-jenis ubat yang mengandungi babi. Anda boleh dapatkan senarai penuh di dalam Pakej Lengkap Ebook Rahsia Ubat Babi di http://www.rahsiaubatbabi.com

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

37

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Penutup
Islam sangat mementingkan kebaikan dan kesihatan. Dalam aspek kesihatan orang-orang Islam disuruh supaya menjaga tubuh badan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat, di samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar berubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit. Firman Allah s.w.t : Maksudnya : Dan apabila aku sakit, maka DIA lah yang menyembuhkan penyakitku. Surah Asy Syuaraa : Ayat 80 Dalam konteks perubatan, sebagai orang Islam kita harus memamahi bahawa : Kuasa penyembuh bagi sesuatu penyakit itu adalah kekuasaan Allah. Manusia hanya dikehendaki berikhtiar dalam mengubati sesuatu penyakit. Cara-cara dalam mengubati sesuatu penyakit itu mesti tidak

bertentangan dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Islam. Seperti penggunaan ilmu hitam, atau lain cara yang ditegah oleh Allah. Bahan-bahan ubatan yang digunakan mestilah sesuai dengan Islam seperti suci dan tidak mengandungi najis. Kecuali dalam keadaan darurat. Menjaga diri dari terkena penyakit lebih baik dari mengubat.

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

38

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Kefahaman dan penghayatan tentang halal dan haram dalam aspek pengubatan sangat penting dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Oleh itu, saya berharap Laporan Percuma RAHSIA UBAT BABI ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengamal perubatan, pesakit dan orang awam mengenai aspek ubat-ubatan dari sumber babi dan pilihan alternatif lain yang ada. Akhir kata, saya ingin memohon maaf jika terdapat kesilapan atau kekurangan dalam ebook ini dan saya berharap para pembaca yang budiman dapat memberikan teguran atau pandangan kepada saya dalam usaha untuk memantapkan dan memperbaiki kandungan ebook ini untuk edisi yang akan datang. Sebarang ulasan, komen, cadangan atau pertanyaan boleh dibuat dengan melayari laman facebook: http://www.facebook.com/RahsiaUbatBabi atau hantarkan emel kepada admin@halalscience.com Sesungguhnya Allah s.w.t lebih Mengetahui Sekian, Terima Kasih. Penulis,

Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com

39

[PAKEJ EBOOK RAHSIA UBAT BABI]

RAHSIA UBAT BABI

Dapatkan Pakej Lengkap Ebook Rahsia Ubat Babi yang mengandungi:

Rahsia 7 Kandungan Ubat Mencurigakan


Membongkar rahsia 7 kandungan ubat yang diragui kehalalannya, mengapa bahan ini digunakan dan untuk apa ia digunakan.

Konsep Darurat dan Halal Haram dalam Perubatan


Membincangkan konsep darurat dan halal haram yang sering disalahertikan oleh ramai orang. Apakah 5 kriteria darurat yang perlu dipenuhi?

Fatwa-Fatwa Perubatan Terkini


Ebook ini menyenaraikan fatwa-fatwa perubatan terkini dan mengupas pendapat-pendapat ulama mengenai permasalahan ubat dari sumber babi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Panduan Ringkas untuk Pesakit


Menyediakan panduan ringkas untuk pesakit mengenalpasti dan mengelakkan ubat mengandungi babi. Selain menerangkan hak-hak pesakit dan soalan yang pesakit perlu ajukan kepada doktor.

Hanya di: http://www.rahsiaubatbabi.com


Hakcipta Terpelihara Inspired Partners Publication 2011 | http://www.rahsiaubatbabi.com 40

You might also like