You are on page 1of 23

1

HUBUNGAN PIHAK PENGURUSAN DAN


KAKITANGAN DALAM JABATAN PDRM

1.0 PENGENALAN

Organisasi yang cemerlang bergantung kepada kecemerlangan individu di dalamnya.
Pengurusan sumber manusia merupakan istilah yang diguna pakai bagi mendeIinisikan
pendekatan strategik dalam mengurus aset bernilai dan penting organisasi iaitu modal insan.
Umumnya, modal insan bertindak secara individu atau berkumpulan dalam menyumbang
kepada pencapaian visi, misi serta objektiI sesebuah organisasi.

Memandangkan ciri-ciri sumber manusia yang kompleks, dinamik dan sukar dikawal
menyebabkan pengurusan sumber manusia menjadi satu seni yang bukan sahaja subjektiI
tetapi amat mencabar. Dalam mendeIinisikan pengurus sumber manusia, ia diklasiIikasikan
sebagai individu atau sekumpulan individu yang dipertanggungjawabkan secara total dalam
semua urusan berkaitan dengan sumber manusia sesebuah organisasi. Bagi melahirkan
pekerja yang cemerlang, ciri-ciri Budaya Kerja Kelas Pertama perlu disuburkan dalam jiwa
dan sanubari setiap pekerja.

Budaya kerja kelas pertama merupakan asas penting dalam melahirkan pekerja cemerlang
dan ia dideIinisikan sebagai amalan terbaik dan terpuji yang melangkaui kebiasaan. Ia
merangkumi aspek pemikiran, pengurusan perasaan dan dimaniIestasikan melalui perlakuan,
tindakan dan cara bekerja yang penuh berintegriti serta dapat memuaskan harapan semua
pihak bagi menjadikan diri, masyarakat dan negara ke arah lebih maju. Pembangunan sumber
manusia perlu digilap kerana ia merupakan elemen penting dalam memastikan negara terus
berdaya saing dan berdaya tahan, lebih-lebih lagi dalam ekonomi sejagat yang berlandaskan
pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi.
2

.0 CARA UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA PIHAK
PENGURUSAN DAN KAKITANGAN DALAM SESEBUAH ORGANISASI

.1 Mengambil Berat Terhadap Kebajikan Anggota dan Keluarga Pekerja


Pihak pengurusan hendaklah mengambil berat terhadap kebajikan anggota dan keluarga
kakitangan. Setiap pemimpin hendaklah menginsaIi bahawa kakitangan tinggal di satu
kawasan tertentu dan kawasan itiu boleh dikatakan satu tempat yang mempunyai norma-
norma yang tertentu . Jika pihak pengurusan tidak mengendahkan kebajikan pekerja serta
keluarganya, mereka sudah tentu akan merasa tersinggung dan akan mengakibatkan kurang
semangat untuk menjalankan tugas hariannya. Aspek kebajikan yang hendak ditekankan ialah
mengenai pekerja yang jatuh sakit, majlis-majlis nikah kahwin, kematian, pertukaran dan
lain-lain lagi. Setiap pemimpin hendaklah sangup bekorban dari segi kebendaan dan tenaga
unruk memastikan bahawa setiap pekerja dan keluarga meraka hidup dalam keadaaan aman
dan bahagia. Apabila keluarga mereka bahagia maka barulah pekerja bekenaan dapat
menumpukan seluruh tenaganya terhadap setiap tugas yang dilaksanakan tanpa sebarang
gangguan atau berIikiran runsing.
Kakitangan dalam sebarang organisasi akan berasa terjamin dan lebih bermotivasi jika
mereka diberikan perhatian dan dijaga hal-hal kebajikannya. Ini secara tidak langsung dapat
menambahkan kecemerlangan prestasi dan meningkatkan produktiviti mereka. Dalam
hubungan penyeliaan pula, pengetua berIungsi sebagai penyelia hendaklah bersikap terbuka,
bukan sahaja untuk menyelia tetapi juga untuk membimbing dan menasihat. Penyelia
hendaklah bercampur dan bergaul dengan guru-guru untuk lebih memahami diri mereka,
kerja dan juga masalah-masalah yang mereka hadapi. Kemudahan dan keistimewaan lain
adalah diberikan dengan tujuan memperkukuhkan nama organisasi sebagai "Employer oI
Choice"

3

.1 Memantapkan Semangat Setiakawan ( Esprit de-corps )
Semangat setia kawan ialah penjalinan persahabatan diantara pekerja dengan pekerja lain
dalam sebuah organisasi. Ini bermakna setiap pkerja hendaklah mempunyai perseIahaman,
hormat-menghormati, rela bekerjasama dan mempunyai pandangan yang sama terhadap
objektiI-objektiI serta tugas yang diamanahkan. Justeru itu pihak pengurusan hendaklah
berusaha menguatkan lagi semangat setiakawan di kalangan pekerja untuk memastikan
semua pekerja bersatu padu dalam mencapai objektiI organisasi. Pihak pengurusan pada
waktu lapangnya hendaklah menziarahi pekerja terutamanya pekerja yang jatuh sakit.
Disamping itu juga pihak pengurusan hendaklah menggalakkan pekerjanya melakukan
ziarah-menziarahi rumah diantara satu sama lain. Dengan adanya sikap ini sudah tentu akan
merapatkan lagi tali persahabatan diantara pekerja. Perbuatan seperti ini juga akan dapat
menghapuskan perasaan iri hati dan dengki di kalangan pekerja dan anggota keluarga
mereka. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilaksanakan bagi menguatkan semangat
setiakawan diantaranya ialah mengadakan majlis-majlis temuramah dan keramaian
dikalangan pekerja-pekerja, mengalakkan ziarah-menziarahi, mengadakan kemudahan
riadah bagi pekerja dan banyak lagi.

.3 Bersifat Berfikiran Terbuka
Pihak penggurusan hendaklah berIikiran terbuka demi menggalakkan pekerja serta
masyarakat amnya untuk menyumbang idea yang bernas dan logik supaya dapat
meningkatkan prestasi organisasi. Pihak pengurusan hendaklah menggalakkan perbincangan
tertantu sama ada rasmi atau tidak rasmi khusus bagi tujuan membaiki mutu perkhidmatan.
Jika seorang pemimpin tidak berIikiran terbuka sudah tentu pekerja serta masyarakat umum
tidak akan berani menyuarakan pendangan serta pendapat mereka. Perkara ini sudak tentu
akan merugikan organisasi. Pihak pegurusan hendaklah menyedari bahawa setiap organisasi
mempunyai beberapa kelemahan yang tertentu dan boleh diperbaiki lagi.
4

Pihak pengurusan hendaklah member pujian yang setimpal kepada pekerja, serta masyarakat
umum. Jika idea-idea mereka tidak dapat diimplikasikan mereka hendaklah diberutahu sebab-
sebab mengapa idea mereka tidak dapat dilaksanakan. Jika pengurusan tidak memaklumkan
sudah tentu ianya akan membantutkan pemikiran serta menumpuklan selera pekerja untuk
membuat cadangan tertentu pada masa akan datang. Oleh itu pengurusan hendaklah member
pujian yang setimpal apabila pekerja menyuarakan satu-satu idea untuk memperbaiki mutu
perkhidmatan. Dalam kontek ini stiap pemimpin hendaklah menyedari bahawa untuk
membolehkan satu-satu organisasi bergerak maju dan berkembang dengan pesat, maka
peminpin organisasi hendaklah menerima pandangan yang bernas daripada pakar-pakar serta
pekerja yeng tertentu yang telah masak dengan selok-belok dalam satu-satu masaalah atau
bidang tersebut. Oleh itu setiap pemimpin hendaklah sentiasa menggalakkan pekerjanya
untuk memberi sumbangan idea-idea yang bernas dan mudah untuk dilaksanakan sekaligus
dapat mengekalkan lagi hubungan baik diantara pekerja dengan pihak pengurusan.

.4 Memberi Sokongan Kepada Pekerja
Pihak pengurusan hendaklah sentiasa memberi sokongan yang kuat kepada pekerja yang
telah membuktikan komitmen yang terbaik serta melaksanakan tugas-tugas yang ikhlas,
mematuhi undang-undang dan berusaha untuk meninggi serata mempelbagaikan tugas serta
penugasan yang diberikan. Sokongan seperti ini adalah amat diperlukan untuk menggalakkan
atau menyuburkan pertumbuhan idea atau inisiatiI pekerja yang berkenaan. Ini sudah tentu
akan menjadi pendorong yang kuat lagi untuk setiap pekerja melaksanakan tugas-tugas harian
dengan penuh jujur dan ikhlas. Jika sekiranya pengurusan tidak memberi sokongan kepada
pekerja yang yang telah membuktikan perkhidmatan yang cemerlang maka pekerja yang
berkenaan tidak akan mengetahui sama ada tugas-tugas yang dilaksanakan itu adalah betul
atau sebaliknya. Jesteru iti pihak pengurusan hendaklaklah memberi sokongan yang kuat
kepada setiap pekerja yang telah berusaha kuat dan memberikan perkhidmatan yang
3

cemerlang di organisasinya. Cara pemberian sokongan ini boleh dibuktikan dengan perkataan
atau dengan kebendaan seperti memberikan kenderaan-kenderaan logistik yang lain yang
diperlukan oleh pekerja bagi meningkatkan lagi produktiviti mereka.

Mengadakan aktiviti-aktiviti yang mampu memupuk persekitaran suasana kerja yang lebih
kondusiI bagi proses pembelajaran. Di mana pembelajaran dijadikan sebagai satu budaya
organisasi dan peluang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan diberikan secara saksama
kepada semua warga kerja organisasi yang berminat. Meningkatkan kemahiran warga kerja
organisasi menerusi latihan atau kursus. Aktiviti hands-on dapat dilaksanakan bagi melihat
keberkesanan latihan serta kursus yang diadakan menerusi on-the-job-training ini.

Memberi galakan secara menyeluruh menerusi budaya korporat organisasi bagi
meningkatkan pengamalan, penghayatan serta penambahbaikan diri ke atas warga kerja
dalam mempraktikkan nilai-nilai murni, etika kerja dan sebagainya dalam organisasi.
Mengubah gaya kepimpinan daripada authocrative kepada demokratik bagi memberi peluang
kepada warga kerja dalam proses membuat keputusan serta berkongsi secara langsung visi,
misi dan objektiI organisasi tersebut. Mengenalpasti sistem kerja yang komprehensiI dan
berkesan bagi membolehkan proses serta prosedur kerja dapat dilaksanakan dengan cekap
dan teratur serta dapat mengekalkan prestasi pekerja untuk terus seronok bekerja.
Kenaikan pangkat hendaklah diuruskan dengan mengesan pekerja atau eksekutiI yang sangat
sesuai dengan mengambilkira kemahiran, pengetahuan, keupayaan dan tingkahlakunya. Bagi
jawatan eksekutiI, kualiti lain seperti kepimpinan adalah berkaitan. Gaji dan kemudahan-
kemudahan adalah diurus untuk menarik bakal pekerja yang berkebolehan, mengekalkan atau
meningkatkan motivasi pekerja, dan mempengaruhi mereka untuk kekal dalam perkhidmatan.

6

.5 Memberi Penyeliaan Yang Rapi Dan Berminat
Dalam mengekalkan hubungan yang baik dengan pekerja pihak pengurusan seharusnya
memberi penyeliaan yang rapi dan berminat kepada setiap pekerja dibawah penyeliaannya.
Penyelaian yang rapi dan bersungguh-sungguh ini membuktikan kepada setiap pekerja
bahawa pihak pengurusan sentiasa bersiIat bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab
serta mengambil berat terhadap mutu tugas yang diselenggarakan oleh setiap pekerja. Jika
pemimpin mengamalkan prinsip ini maka sudah tentu setiap pekerja akan memberi
sokongan yang kuat dan ikhlas dalam melaksanakan tugas-tugas harian. Dalam memberi
penyeliaan yang rapi dan berminat, setiap pemimpin hendaklah membuat teguran yang
objektiI dan memberi teguran yang membina kepada pekerjanya supaya meningkatkan lagi
tahap proIessionalisme dan perkhidmatannya. Jika seorang pemimpin tidak mengendahkan
langsung terhadap cara-cara pekerja melaksanakan tugas maka sudah tentu pekerja akan
mempunyai anggapan yang salah terhadap kualiti kepimpinan pegawai pemerintah. Dengan
adanya penyeliaan yang rapi daripada pihak pengurusan maka ianya akan memastikan
bahawa setiap tindakan yang diuruskan oleh pekerjanya adalah mengikut lunas-lunas dan
prinsip-prinsip organisasi. Disamping itu ianya akan dapat membolehkan peminpin
mengetahui dengan sepenuhnya terhadap kemampuan serta kaliber sebenar pekerjanya.
Peranan Pengurus Sumber Manusia dalam jabatan memainkan Iungsi yang amat penting
dalam menjaga kedudukan pekerja di dalam perkhidmatan. Hak pekerja perlu dihormati dan
dijaga mengikut peruntukan undang-undang, dasar dan prosedur. Mempastikan perubahan
dilaksanakan dengan teratur dan diterima oleh semua pekerja. Sebagai rujukan oleh pengurus
barisan hadapan oleh kerana kepakarannya. Menjadikan dirinya dan setiap pekerja terutama
sekali pekerja berjawatan penting sebagai rakan strategik perniagaan organisasi.
7

Menurut E.L. Morphet, et al., (1982), sekiranya kesemua orang yang terlibat dalam sesebuah
jabatan , kakitangan dan majikan selalu berinteraksi antara satu sama lain, besar
kemungkinan mereka akan mengikat satu ikatan atau hubungan yang mesra. Ini dapat
menyokong hipotesis yang dikemukakam oleh G.C. Homas (1950), bahawa jika kekerapan
beinteraksi antara dua individu atau lebih bertambah, darjah kemesraan antara mereka juga
akan bertambah jika mereka melakukan kerja bersama-sama, dan sentimen begini akan
menghasilkan Iungsi atau aktiviti lain yang berkaitan pula walaupun tidak merupakan satu
keperluan kerja ( Mohd Reduan Aslie: 2004:212)
Perhubungan di antara majikan dan pekerja adalah bertujuan mewujudkan suasana harmoni
dalam pekerjaan. Kewujudan suasana demikian memberi keselesaan pekerja untuk
melakukan tugas dan tanggungjawab mereka. Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan
untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa
bekerja semua pekerjanya.
3.0 ISU-ISU YANG BOLEH MENYEBABKAN KONFLIK ANTARA PIHAK
PENGURUSAN DAN KAKITANGAN DALAM SESEBUAH ORGANISASI
Istilah konIlik berasal daripada perkataan Latin conIlictus yang bererti striking together.
KonIlik dikatakan wujud di mana-mana sahaja selagi ada interaksi sesama manusia (Grace,
1972). Antaranya, satu deIinisi ringkas tentang konIlik telah dikemukakan oleh Moorhead
dan GriIIin (2004) iaitu konIlik merupakan ketidaksetujuan antara pihak-pihak terlibat.
Menurut mereka, apabila manusia, kumpulan-kumpulan atau organisasi-organisasi tidak
setuju terhadap isu-isu tertentu, maka konIlik biasanya timbul (Zamri Mohamad & Mohd
Yahya Fadli Jusuh, 2009: 54 ) Antara isu-isu yang sering kali menjadi punca dan penyebab
tercetusnya konIlik di dalam sesebuah organisasi ialah.

8

3.1 Persaingan Sumber Yang Terhad


Di dalam sesebuah organisasi sering berlaku persaingan untuk mendapatkan pengagihan
sumber-sumber seperti jawatan, kewangan, kelengkapan pejabat dan kelengkapan peribadi
bagi memenuhi kehendak jabatan masing-masing. Namun sumber-sumber tersebut adalah
terhad. Akibatnya berlaku ketidakpuasan hati dan ketidakadilan dalam pengagihan sumber
tersebut apabila masing-masing mengutamakan kepentingan sendiri daripada mencapai
matlamat organisasi keseluruhannya.

3. Persandaran Tugas

Persandaran tugas bermaksud tugas yang memerlukan individu atau unit lain untuk
membantu menyelesaikan sesuatu tugas yang memerlukan kerjasama dan perseIahaman
antara kedua pihak. Kerjasama tersebut diperlukan untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih
eIektiI dan berkualiti. Apabila kerjasama yang diharapkan tidak seperti yang dikehendaki, ia
mungkin melahirkan rasa tidak puas hati. Pergolakan konIlik antara pihak-pihak tersebut
menjejaskan kerjasama antara mereka di masa hadapan dan ini merugikan organisasi.

3.3 Ketidakjelasan Tanggungjawab Dan Kuasa
Dalam organisasi terdapat pekerja yang masih samar dalam menjalankan tugasnya dan
mengharapkan orang lain melakukan tugas tersebut. Apabila timbul masalah dalam
penyelesaian tugas, pergeseran antara pekerja akan berlaku. Ketidakjelasan tanggungjawab
antara pekerja akan menyebabkan kegagalan pencapaian sesuatu matlamat. Selain itu wujud
juga konIlik dalam pemusatan dan pembahagian kuasa antara pekerja. Pemusatan kuasa
bermaksud individu membuat keputusan untuk semua unit. Setiap organisasi menghadapi
konIlik antara pekerja dan golongan atasan akibat mementingkan pendapat orang
bawahannya sahaja dan pilih kasih dalam membahagikan tugas.
9

3.4 Kekurangan Maklumat
Masalah kekurangan maklumat selalu terjadi dalam sesebuah organisasi. Ini kerana
komunikasi yang lemah antara bahagian atau individu itu sendiri yang gagal menguruskan
maklumat tersebut. Pengurusan maklumat yang lemah menjejaskan mutu kerja dan akhirnya
gagal mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila berlaku kegagalan tersebut konIlik yang
telah pun terjadi akan menjadi lebih buruk dalam organisasi tersebut.

3.5 Matlamat Yang Berbeza
Kebiasaannya berlaku perbezaan matlamat di antara unit atau jabatan kerana organisasi
mempunyai matlamat keseluruhan. KonIlik juga boleh berlaku di antara individu dan
kumpulan. Perbezaan tersebut berlaku kerana latar belakang dan pemikiran yang berbeza
antara pekerja. Misalnya organisasi membuat perubahan dasar dan dimaklumi kepada
pekerja. Kemungkinan terdapat pekerja yang tidak dapat menerima perubahan tersebut dalam
jangka masa terdekat. KonIlik mulai bergolak dan desakan serta paksaan hanya akan
membawa kepada tindakan yang lebih buruk bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka.

3.6 Strategi Mengatasi Konflik
Terdapat lima strategi atau teknik yang boleh digunakan dalam menyelesaikan konIlik yang
berlaku. Kenneth Thomas, sarjana pengurusan telah menyarankan strategi persaingan,
permuaIakatan, kompromi, pengelakan dan penyesuaian bagi mencapai matlamat dan
perpaduan dalam pasukan ( Zamri Mohamad & Mohd Yahya Fadli Jusuh 2009:126)

3.6.1 Strategi Persaingan
Strategi persaingan selalunya digunakan untuk mengalahkan pihak lawan dan ia mewujudkan
situasi menang-kalah kerana kedua-dua pihak yang berkonIlik bersaing untuk mencapai
matlamat masing-masing. Keadaan ini berlaku dalam kumpulan yang kurang mementingkan
10

perpaduan dan lebih mengutamakan pencapaian matlamat yang ditetapkan. Teknik ini juga
digunakan untuk menjaga status, membuat keputusan dengan cepat, memudahkan situasi dan
memuaskan kehendak semula jadi manusia apabila kedua-dua pihak enggan untuk bertolak
ansur serta berbincang secara terbuka.

3.6. Strategi Pengelakan
Strategi yang kedua ialah pengelakan. Isu-isu konIlik dipendamkan atau tidak diendahkan
buat sementara waktu untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis masalah yang
berlaku. Ahli kumpulan cuba mengelak tercetusnya perbalahan kerana perpaduan pasukan
yang rendah dan keinginan untuk mencapai matlamat adalah rendah. Adakalanya isu-isu
konIlik sengaja diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab tertentu.

3.6.3 Strategi Kompromi
Strategi kompromi pula menggunakan teknik arbitrasi rundingan dan tawar menawar.
Strategi ini memberi Iaedah kepada kedua-dua pihak yang berkonIlik daripada penyelesaian
yang dilakukan. Kedua-dua pihak terpaksa mengorbankan kepentingan masing-masing untuk
menerima Iaedah bersama yang telah dipersetujui. Ini bermakna berlaku situasi menang-
menang. Kebiasaannya teknik ini melalui proses penyelesaian dengan melibatkan orang
ketiga yang bertindak sebagai mediator yang menjadi kepercayaan kedua-dua pihak.

3.6.4 Strategi Penyesuaian
Seterusnya strategi penyesuaian yang biasanya bermatlamat untuk memelihara perhubungan
dan kedudukan, ingin mendapatkan kerjasama dan menyelesaikan konIlik dengan cepat.
Sesetengah ahli kumpulan akan mengalah kepada pihak yang lebih dominan kerana keadaan
perpaduan kumpulan yang tinggi. Teknik ini hanya memuaskan sebelah pihak sahaja dan
lazimnya digunakan oleh majikan yang terlalu berkuasa. Ini bermakna kumpulan kerja
11

tersebut mementingkan perpaduan pasukan namun kepentingan mencapai matlamat adalah
rendah.

3.6.5 Strategi Permuafakatan
Strategi yang terakhir ialah permuaIakatan. Dalam teknik ini, kedua-dua pihak mencapai
matlamat masing-masing dalam situasi menang-menang. Sikap bertolak ansur dan
mementingkan pencapaian matlamat serta perpaduan pasukan menjadi keutamaan.Setiap
organisasi menghadapi konIlik yang berlaku dalam urusan seharian. Namun kekerapan dan
punca timbulnya konIlik perlu dititikberatkan demi menjayakan matlamat organisasi.
Walaupun konIlik sering dilihat meninggalkan kesan negatiI namun ia juga memberi impak
positiI. Pengawalan konIlik ke satu tahap tertentu dapat membantu meningkatkan
perseIahaman dan keberkesanan kumpulan dan organisasi. Oleh yang demikian konIlik yang
berlaku perlu diatasi sebaik mungkin dengan mencari penyelesaian yang bersesuaian

4.0 PERANAN LATIHAN UNTUK MEMOTIVASIKAN KAKITANGAN DAN


UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI SESEBUAH ORGANISASI

Organisasi terdiri daripada manusia dan melalui usaha mereka sendiri, organisasi boleh
mencapai objektiI dengan jayanya. ObjektiI organisasi boleh terdiri daripada pengeluaran
barangan kepada memberi perkhidmatan. Oleh yang demikian, latihan dan pembangunan
memberi sumbangan kepada kejayaan organisasi dan membolehkan pekerja untuk:
i). Mengembangkan sikap yang sihat dan membina. Program latihan dalam organisasi
adalah bertujuan membentuk sikap pekerja supaya menyokong aktiviti-aktiviti
terancang organisasi dan untuk memperolehi lebih kerjasama dan komitmen/
kesetiaan.
ii). Menambah keyakinan dan moral pekerja. Dengan bertambahnya pengetahuan dan
kemahiran yang telah diberikan, pekerja akan menghadapi kerjanya dengan penuh
12

keyakinan dan kepastian. Kepercayaan kepada din i sendiri secara langsung akan
meningkatkan kemahirannya berlipat kali ganda.
iii). Mewujudkan hubungan kukuh antara pekerja dengan kerjanya, iaitu hubungan
optimum manusia-kerja.
iv). Meningkatkan kemahiran dan mengelak Ienomena keusangan (obsolenscene). Kerja-
kerja yang dilakukan oleh pekerja tidak statik. Ia berubah-ubah dan kadangkala tanpa
disedari. Perubahan ini disebabkan perkembangan pesat dalam bidang teknologi.
Supaya maju seiring dengan teknologi, mekanisasi, automasi, data pemerosesan
elektronik dan sebagainya, latihan menjadi keperluan mandatori bagi pekerja. Mereka
perlu mengemaskinikan kemahiran dengan mempelajari perkara baru supaya mereka
boleh meningkatkan keberkesanan mereka bekerja.
v). Menyediakan pekerja untuk menghadapi tugasan pada masa hadapan. Manusia tidak
akan merasa kepuasan sekiranya mereka bekerja dalam jawatan yang sama pada
jangka waktu yang panjang. Mobiliti adalah Iaktor utama dalam motivasi. Salah satu
objektiI latihan ialah memberi pekerja peluang untuk meningkat dalam kedudukan
hierarki organisasi atau beralih kepada tugasan yang akan mendapat kenaikan
pangkat.
vi). Memperbaiki prestasi pekerjaan dan seterusnya memperbaiki prestasi organisasi. Cara
yang paling kos-eIektiI dan eIesien dalam menjalankan sesuatu tugasan atau
pekerjaan dipelajari oleh pekerja semasa latihan. Ini akan mengakibatkan produktiviti
bertambah dan lebih berkualiti. Kreativiti dan inisiatiI di kalangan pekerja juga akan
digalakkan. Latihan juga bertujuan untuk menyampaikan pengetahuan 'broad-based'
kepada pekerja berkenaan kilang, bahan, jentera, produk, kualiti dan standard.
vii). Mencapai kenaikan pangkat dan seterusnya berjaya dalam kerja yang dipilih.
viii). Mencapai kelayakan proIesional atau meningkatkan tahap pendidikan.
13

ix). Memperbaiki kualiti pekerjaan dan mengurangkan pembaziran dan kesilapan.
Kesilapan dalam operasi di tahap minima kerana dalam latihan pekerja diberi peluang
untuk mendapatkan kemahiran bekerja yang baru dan telah diperbaiki. Pembaziran,
penggulangan dan kerosakan berkurangan. Kekurangan dalam metode kerja juga
diselesaikan dalam sesi latihan. Ini menyebabkan pengurangan bahaya dan kejadian
kemalangan. Akibatnya persekitaran kerja yang selamat dan baik dapat diwujudkan.
x). Memperolehi kepuasan kerja. Latihan diberikan supaya kadar pusing ganti dan
pertukaran dikurangkan. Latihan di sini merupakan satu alat yang menyemarakkan
rasa kepunyaan serta bangga di kalangan pekerja. Kedua-dua memberi sumbangan
kepada mekanisma menghalang dan mengurangkan pusing ganti .
xi). Latihan dan pembangunan yang diamalkan oleh sesuatu organisasi akan
menjadikannya lebih berprestasi dan mendapat keuntungan yang lebih kerana kos
pengurusan menjadi berkurangan. Latihan juga membolehkan organisasi mempunyai
tenaga kerja yang 'Ilexible' kerana berjaya memperluaskan atau mempertingkatkan
kecekapan pekerja dalam berbagai bidang. Ini penting kerana Ilekisibiliti merupakan
keperluan pada masa kini dan masa akan datang. Dalam kontek yang lebih luas,
organisasi yang terkenal dengan amalan latihan dan pembangunannya digolongkan
sebagai syarikat yang berprestasi tinggi. Syarikat-syarikat sedemikian akan menarik
ramai bakal pekerja yang berpotensi dan berjaya mengekalkan pekerja mahir yang
sedia ada.
xii). Ia bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pekerja baru agar mereka dapat
menjalankan tugas jawatan yang di sandang.
xiii). Ia juga bertujuan memberi pengetahuan yang lebih mendalam, atau meningkatakan
kompentensi pekerja dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka.
14

xiv). Latihan juga menyediakan pekerja untuk menjalankan tugas yang lebih
bertanggungjawab. Ia dapat memajukan kerjaya pekerja selain daripada memberi
motivasi kepada mereka.

Dengan amalan latihan sahaja, syarikat akan mempunyai reputasi sebagai majikan yang baik.
Juga banyak syarikat-syarikat mula menyedari adalah lebih kos eIektiI kalau mereka
mengembangkan potensi pekerja sendiri melalui latihan daripada mengambil orang luar atau
melatih pekerja baru prosedur perjalanan organisasi.

Kemahiran dan pengetahuan pekerja harus dipertingkatkan pada setiap masa agar pengurusan
sumber manusia dapat memberi perkhidmatan berkesan kepada setiap sektor organisasi.
Pekerja yang mahir dan berkebolehan dapat membantu organisasi untuk meningkatkan
prestasi. Ekoran daripada itu kedudukan pendapatan akan meningkat. Latihan dan
pembangunan pekerja perlu diurus secara strategik. Ini bermaksud bahawa ia dirancang
dengan tujuan mencapai objektiI organisasi dan juga objektiI pekerja.
Perancangan ini dibuat dengan membuat analisa keperluan latihan semua pekerja serta
organisasi. Ini akan dapat mengesan jenis latihan dan pembangunan yang tepat. Bajet latihan
tidak akan disia-siakan dan kedudukan bajet pada tahun kemudiannya tidak terjejas. Program-
program latihan berperanan penting dalam menyesuaikan diri para pekerja dengan cara kerja
dan budaya organisasi. Latihan juga mempercepatkan pekerja mengenalpasti kelemahan dan
keupayaan masing-masing bagi mengurangkan jurang antara keadaan sedia ada dengan
jangkaan kerja seperti yang ditetapkan oleh organisasi.
Ukuran pengaruh keberkesana sesuatu program latihan itu sering dibuat berasaskan reaksi
pelatih, pengetahuan , perubahan kelakuan dan peningkatan output kerja. Lantaran itu segala
perancangan pelaksanaan program melibatkan isu-isu penting seperti penetapan matlamat ,
13

garis panduan selain merancang dan menentukan program latihan yang mampu untuk Iocus
kepada prinsip pembelajaran tertentu dan kemudiannya dilaksanakan menurut aturcara dan
susunan yang tepat.

Matlamat akhirnya adalah latihan tersebut akan berjaya memperlihatkan reaksi positiI
pekerja, peningkatan pengetahuan dan kemahiran , perubahan kelakuan kepada yang lebih
baik serta menghasilkan peningkatan prestasi kerja seseorang pekerja seterusnya dapat
memberi keuntungan kepada organisasi.


5.0 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH PIHAK
PENGURUSAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI DALAM
1ABATAN POLIS DIRA1A MALAYSIA

Untuk menangani cabaran-cabaran pengurusan sumber manusia dalam jabatan seterusnya
meningkatkan lagi prestasi dalam jabatan, Pelan Strategik Cawangan Pengurusan Sumber
Manusia PDRM telah mengambil langkah-langkah seperti menyediakan perancangan sumber
manusia yang komprehensiI dan dinamik. Memperkasakan program pembangunan sumber
manusia, pembangunan kerjaya dan pembangunan kepimpinan. Meningkatkan pengetahuan
dan kreativiti sumber manusia. Meningkatkan integriti dan menanamkan nilai-nilai murni di
kalangan pegawai dan anggota. Meningkat usaha program pengiktiraIan dan penghargaan,
meningkatkan nilai murni, semangat kerja berpasukan serta mewujudkan persekitaran kerja
yang kondusiI dan mewujudkan budaya organisasi yang cemerlang.

Pihak pengurusan amat sedar bahawa pegawai polis perlu melengkapi diri mereka dengan
pengetahuan dan kemahiran bagi menghadapi cabaran-cabaran serta perubahan dalam tugas-
tugas polis. Memang betul terdapat banyak Iaktor yang mempengaruhi keaadaan untuk
dijadikan contoh seperti ekonomi, politik, perundangan dan perubahan-perubahan sosial
mungkin keseluruhannya mempengaruhi kedudukan asas dan bentuk sistem kepolisan dalam
16

masyarakat. Tugas pengurus yang penting sekali ialah untuk memastikan punca-punca luaran,
penggubal dasar awam yang diberikan kesedaran mengenai implikasi dengan peranan
kepolisan. Mereka mestilah melakukan ini tanpa menganggu kepentingan polis dan tidak
berat sebelah dari segi pandangan politiknya, tanpa berganjak daripada peranannyan yang sah
sebagai sebuah agensi penguatkuasa undang-undang. Perkara-perkara penting yang perlu
diambil perhatian oleh pihak atasan pengurusan ialah:-
i). Pengawalan dan pengawasan terhadap sember-sumber penting jabatan.
ii). Penentuan matlamat dan objektiI jabatan.
iii). Membuat perancangan dan strategi-strategi jangka pendek dan panjang terhadap
pengembangan jabatan.
iv). Membuat pemilihan terhadap segala alternative dalam pelaksanaan segala rancangan
dengan mengambil kira segala kemungkinan secara objektiI.
v). Mendapatkan maklum balas dan bersedia bertindak untuk merubah corak pendekatan
dalam pelaksanaan .
vi). Mengkaji semula perancangan secara menyeluruh demi untuk memastikan
pencapaian matlamat jabatan.
Pendekatan yang digunapakai dalam pengurusan jabatan PDRM dalam meningkatkan
prestasi jabatan adalah seperti yang akan dibincangkan dibawah.

5.1 Pembentukan Wawasan dan Dasar Kualiti
Menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk memastikan proses pengurusan kualiti
dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu setiap pengurus polis iaitu pegawai-pagawai kanan
perlu menunjukkan komitmen mereka terhadap pengurusan kualiti, wawasan kualiti
hendaklah dibentuk dan disebarkan secara berterusan kepada semua lapisan anggota di bawah
seliaannya sejelas mungkin. Dengan ini standard prestasi dan objektiI segala proses kerja
17

dapat diIahami dan dihayati oleh anggota dan pegawai dan seterusnya diamalkan dalam tugas
seharian.

5. Keutamaan Kepada Pelanggan
Prinsip ini merupakan asas dalam perkhidmatan polis. Organisasi yang berkualiti sentiasa
berusaha mengenalpasti kehendak pelanggan dan megambil tindakan sewajarnya untuk
memenuhinya. Kehendak pelanggan bukan sahaja digunakan dalam menetapkan proses-
proses kerja. Pengawai kanan polis harus memastikan bahawa setiap anggota sedar bahawa
tugas utama mereka adalah untuk mempertingkatkan kepuasan hati pelanggan dalaman dan
luaran dengan memenuhi kehendak mereka iaitu memastikan keselamatan mereka terjamin.

5.3 Penglibatan Pengurusan Secara Berterusan
Pegawai dan anggota perlu menunjukkan komitmen yang menyeluruh terhadap tugas. Cara
terbaik untuk mereka memperlihatkan komitmen dalam pengurusan prestasi adalah melalui
penglibatan terhadap segala aktiviti yang dijalankan oleh jabatan. Ini khasnya terhadap
aktiviti yang melibatkan pengurusan kualiti dan prestasi kerja. Melalui sesi latihan yang
diadakan seorang pegawai boleh bertindak sebagai Iasalitator terutamanya pada peringkat
awal pengurusan kualiti dan prestasi. Penglibatan secara berterusan juga boleh membantu
pihak pengurusan mengenalpasti dan mengambil tindakan yang sewajarnya begi mengatasi
sebarang halangan dan rintangan yang timbul semasa pelaksanaan pengurusan. Contohnya
pelaksanaan Skim Kawalan Disiplin Dan Dadah (SKDD) mengkehendaki penyelia membuat
pemantauan dan menghantar laporan mengenai prestasi tugas anak buah di bawah jagaannya
kepada pegawai atasan.



18

5.4 Pemberian Pengiktirafan
Bagi memastikan kejayaan dalam pelaksanaan pengurusan kualiti, pegawai dan anggota yang
menunjukkan prestasi yang cemerlang perlu diberi pengiktiraIan. Ini merupakan insentiI bagi
membolehkan proses-proses kualiti diteruskan. Disamping itu juga dapat menjadi pendorong
kepada anggota untuk meningkatkan lagi prestasi mereka. PengiktiraIan adalah sangat
penting bagi kepada anggota. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) adalah salah satu
contoh pengiktiraIan yang diguna pakai oleh jabatan kerajaan. Disamping itu pemberian sijil-
sijil penghargaan juga kepada anggota yang berjaya menyelesaikan sesuatu kes berisiko
tinggi dengan jayanya.

5.5 Kepimpinan Melalui Teladan
Kepimpinan merupakan aspek terpenting jabatan yang besar seperti PDRM. Pengurus dan
pegawai kanan merupakan role model kepada anggota-anggota mereka. Oleh itu perlu diberi
perhatian bahawa tingkahlaku dan amalan seseorang pengurus hendaklah sentiasa konsisten
dan tidak bercanggah dengan nilai-nilai kualiti serta tonggak dua belas yang hendak
diterapkan dikalangan anggota.

5.6 Penumpuan Kepada Proses
Semua pegawai atasan serta penyelia harus menentukan bahawa segala proses dan sistem
dalam organisasi adalah berupaya menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Proses kerja
ini sentiasa perlu diberi perhatian dari masa kesemasa. Namun begitu proses ini perlu
diubahsuai berdasarkan kepada kehendak pelanggan.

5.7 Pendidikan Dan Latihan
Semua anggota perlu diberikan latihan dan pendidikan untuk melaksanakan pengurusan yang
berkualiti . Dengan persediaan pendidikan dan latihan ia boleh melahirkan pegawai dan
anggota yang mahir dan berpengetahuan. Ini membolehakn semua kerja dapat diselesaikan.
19

Melalui pendidikan anggota juga dapat didedahkan dengan konsep-konsep pengurusan kualiti
, dasar serta strategi yang digubal oleh jabatan bagi mencapai kecemerlangan. KeIahaman
mengenai perkara ini bukan sahaja dapat mengukuhkan komitmen anggota terhadap
perubahan-perubahan yang disebabkan oleh proses pengurusan kualiti dalam jabatan.

5.8 Sistem Maklumat
Dalam penetapan objektiI , pelaksanaan usaha-usaha peningkatan kualiti dan pengesanan
pencapaian , pihak pengurusan memerlukan maklumat yang jelas lengkap, tepat dan
kemaskini. Sebarang maklumat hanya akan berguna jika ianya mudah diperolehi dan
berkaitan dengan perkhidmatan , proses dan prosedur kerja. Oleh yang demikian , sesuatu
organisasi yang melaksanakan pengurusan kualiti harus memastikan keberkesanan sistem
maklumatnya. Sistem maklumat yang berkesan juga boleh memudahkan usaha dalam
penetapan, penganalisisan dan penggunaan ukuran-ukuran kualiti.

5.9 Semangat Berpasukan
Pengurusan melibatkan semua lapisan kakitangan dalam jabatan, sebab pengurusan perlu
mengembelingkan tenaga semua ahlinya dan membimbing mereka kearah pencapaian
wawasan yang telah ditetapkan. Memandangkan masaalah dalam proses kerja adalah bersiIat
rumit dalam melibatkan pelbagai bahagian dan system sebarang usaha pengurusan adalah
terkeluar darai kemampuan seorang individu. Dalam keadaan yang sedemikian setiap anggota
PDRM perlu bentindak secara berpasukan bagi menjayakan peningkatan prestasi jabatan.
Semangat berpasukan diamalkan melalui kerjasama, komitmen dan penyertaan pegawai dan
anggota secara menyeluruh.



20

5.10 Mengadakan Dialog
Tiada satupun pasukan polis yang bebas dari menghadapi masaalah pengurusan dan kita
harus menyedari kelemahan serta kekurangan pemahaman mengenai tugas-tugas polis secara
keseluruhannya. Satu perkara yang amat penting ditekankan dan diperluaskan ialah
menggandakan dialog secara terbuka dengan pegawai-pegawai polis mengenai penglibatan
mereka sebagai pengamal pengurusan. Bagi memastikan perubahan kearah pencapaian
matlamat organisasi, tindakan-tindakan pengurusan yang berupaya mencapai peluang atau
keputusan yang optima, kita perlu menghayati pelbagai penghasilan tugas yang dilaksanakan
dalam perkhidmatan polis itu sendiri. Dimana terdapat sikap negatiI wujud, tindakan perlu
diambil bagi tujuan mengatasinya serta mencari jalan keluar dari masaalah tersebut.

Dalam beberapa keadaan pengurusan menekankan Iaktor-Iaktor berikut dalam usaha
meningkatkan prestasi jabatan iaitu hubungan pasukan polis dan kawalan terhadapnya oleh
agensi-agensi bukan polis, peranan polis perlu dijelaskan kepada masyarakat agar semua
pihak dapat memahami dan tidak terkeliru dengan peranan dan tenggungjawab pihak polis.
Mengkaji dan mengatasi sebab-sebab pegawai-pegawai yang melanggar peraturan serta
melakukan kecuaian dalam melaksanakan tugas masin-masing. Melaksanakan semua tugas
polis dengan tegas, sempurna dan adil supaya masyarakat menaruh kepercayaan sepenuhnya
dan memberikan sokongan yang diperlukan oleh organisasi polis. Pasukan polis juga
memerlukan pengiktiraIan sebagai sebuah badan proIessional. Ini dapat dilakukan dengan
mewujudkan jalinan hubungan dengan institusi tinggi bagi mendapatkan pendedahan ilmu
pengetahuan dan pengurus mestilah mempunyai misi dan visi untuk menghadapi cabaran
dalam menentukan perubahan dari segi pengurusan semasa agar ia dapat memeupuk
pendekatan yang lebih saintiIik dari segi kepolisan
.

21

5.11 Penglibatan Pegawai Atasan/Penyelia

Pegawai turus memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan peningkatan
prestasi anggota seliaanya dengan benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab sebagai
pegawai pemerintah. Seseorang pegawai itu mestilah mengetahui Iungsi pengurusan iaitu
merancang, mengelola, mengarah dan mengawal. Pihak pengurus juga mestilah melihat
jabatan dari dua aspek iaitu eIIectiveness yang mementingkan pencapaian keputusan tanpa
mengambil kira kos dan keanggotaan.

5.1 Strategi Latihan
Menyediakan program latihan ke arah peningkatan kompetensi bagi membolehkan Iungsi-
Iungsi dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Menyediakan program latihan untuk
meningkat dan mengekalkan kepakaran. Menyediakan program latihan yang dapat
meningkatkan motivasi pegawai melalui ob enhancement dan ob enrichment serta
multiskilling bagi memudahkan Ileksibiliti penempatan pegawai. Menyelaras program latihan
yang dapat membantu pelaksanaan program pembangunan kerjaya dan pelan penggantian.
Mengadakan program latihan yang dapat meningkatkan semangat kekitaan, menghayati
shared values dan shared vision serta kebanggaan menjadi anggota perkhidmatan awam
negeri. Mengadakan program latihan yang dapat meningkatkan integriti dan nilai-nilai murni
pegawai. Menggalakkan pegawai meningkatkan kepakaran melalui pembelajaran berterusan
dengan memberi peluang latihan jangka sederhana dan jangka panjang untuk pembangunan
kerjaya. Memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai untuk meningkatkan
pengetahuan di peringkat antarabangsa melalui program sambil belajar dan seminar di luar
negara serta meningkatkan jaringan kerjasama.

22

5.13 Mewujudkan Budaya Organisasi Cemerlang
Bagi mencapai visi dan misi PDRM , budaya kerja hendaklah selari dengan visi dan misi
tersebut. Oleh itu, budaya organisasi cemerlang harus dibentuk melalui strategi-strategi
berikut.*Mempraktikkan gaya pengurusan yang telus di semua peringkat pegawai.
Mewujudkan kepimpinan melalui teladan. Mewujudkan budaya kerja yang berasaskan
pencapaian, proIesional dan memenuhi kehendak pelanggan melalui pelaksanaan sistem
pengurusan kualiti. Meningkatkan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni di kalangan
pegawai dan anggota. Menjadikan organisasi pembelajaran (learning organisation) sebagai
satu budaya. Menyediakan saluran komunikasi di antara pengurusan, pegawai dan anggota
dalam jabatan.

10.0 KESIMPULAN
Hubungan kakitangan di dalam sesebuah organisasi adalah amat penting agar organisasi
tersebut dapat di jalankan secara cekap dan eIektiI serta selaras dengan matlamatnya.
Penglibatan kesemua kakitangan dari pihak atasan sehinggalah ke pihak bawahan organisasi
di dalam pembuatan sebarang keputusan adalah wajar. Di dalam mewujudkan hubungan
kakitangan yang baik, hubungan di antara majikan dengan pekerja di tempat pekerjaan adalah
amat penting. Pihak pengurusan sumber manusia di dalam organisasi seharusnya memikirkan
langkah-langkah yang seharusnya di ambil untuk mengekalkan hubungan dan kekukuhan
hubungan antara majikan dan pekerja agar keharmonian dan sebarang pertikaian dapat
diselesaikan dengan cara yang paling baik. Setiap kakitangan adalah merupakan asset yang
amat bernilai bagi setiap organisasi, jatuh bangun setiap organisasi adalah bergantung pada
pengurusan kakitangan yang baik, sistematik dan berkesan.

23


RU1UKAN

Abdul Halim Abdul Majid ( 2008)engurus Sumber anusia & Sistem Gai . Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Mamat, (1996). #eka Bentuk dan Pengurusan Latihan. Konsep
dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Reduan Aslie (2004) Panduaan Dan #uukan PTK Polis.
Kuala Lumpur: Red One Network
Sazri Sulaiman & Sulaiman Zakaria (1996). Pengurusan . Siri kecemerlangan. Kuala
Lumpur : Cipta Publisher
Zamri Mohamad & Mohd Yahya Fadli Jusuh (2009). engurus Konflik Gaya
Streetsmart. Kuala Lumpur : PTS Millennia Publication

You might also like