You are on page 1of 18

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
2.0 SEJARAH 2
3.0 FUNGSI 3
4.0 MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA
4.1 Pengerusi Mesyuarat
4.2 Kekerapan Mesyuarat
4.3 Penasihat
4.5 Setiausaha Mesyuarat
4.6 Tempat Mesyuarat
4.7 Urus Setia

5
5.0 KUASA MAJLIS RAJA-RAJA 7
6.0 PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN TIMBALAN
6.1 Proses Pemilihan
6.2 Jawatan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong
6.3 Selepas Tamat Urusan Pemilihan
6.4 Hak Kewarganegaraan Dan Politik
7
7.0 KESIMPULAN 10
RUJUKAN
LAMPIRAN
11
12





A A1 1L LI IS S R RA A1 1A A- -R RA A1 1A A
1.0 PENGENALAN

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara Iormalnya dalam tahun 1948 sebagai menggantikan
Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-Raja (Durbar).
Ianya pertama kali diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh
empat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Durbar timbul
daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga
bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja atau gabenor atau
wizurai British di India pada masa dahulu. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama diadakan
pada 18 Februari 1948. Mesyuarat ini dibuat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang
Raja-Raja Melayu pada masa itu.
Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38
Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang
di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis
Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada
Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di
Malaysia.( http://www.malaysianmonarchy.org.my )


Dalam era pemerintahan moden, Negara demokrasi yang mempunyai raja telah ditakriIkan
sebagai raja berpelembagaan dan tidak lagi mempunyai kuasa eksekutiI dalam hal ehwal
pemerintahan Negara. Namun untuk mengekal dan memelihara status monarki ini, dibentuk
sebuah majlis yang dianggotai oleh raja-raja yang memerintah ( Dr. Ahmad Nidzammuddin
Sulaiman dan Zaini Othman : 2007:110). Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja
Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang
Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia
dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh
Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja
dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB
Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat tertinggi`
di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat
tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang
seterusnya atau membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam
Majlis Raja-Raja, manakala Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha
Majlis Mesyuarat Raja-Raja.
.0 SE1ARAH
Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu pada 1 JULAI 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri
daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan. Sehubungan
dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah
ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah
Inggeris.

Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul
Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor), DYMM Tuanku
Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri
Pahang).
Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan
Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (pengerusi
mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh CliIIord, Residen Inggeris
di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di
Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah
dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor, Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja.
Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan
telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak
Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948
hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali ( Reduan Asli :
2004:597)
Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang
turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan
pada tahun 1963.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31
Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan

Jamalullail, Raja Perlis. Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-125 pula diadakan pada 15 - 16 Oktober
2008 di Terengganu.
.0 FUNGSI
Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini merupakan satu-satunya
institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila Negara mencapai
kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan
Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan
adalah seperti berikut:-
i). Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi
Persekutuan mengikut peruntukan - peruntukan Jadual Ketiga;
ii). Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara
ugama meliputi seluruh Persekutuan;
iii). Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau
memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan ini
memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau
selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;
iv). Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;
v). Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau
meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42
Majlis Raja-Raja juga boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya
perubahan-perubahan tentang dasar Imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang diIikirkannya
patut.

Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-
Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Y.A.B Perdana Menteri dan Raja-Raja yang lain dan
Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua
Menteri mereka.
Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan,
kedudukan, kemulian atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan
Majlis Raja-Raja.
Majlis Raja-Raja hendaklah diminta Iikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar
mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan
orang Melayu, Bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain). Majlis Raja-Raja merupakan satu-
satunya institusi sedemikian rupa yang wujud di dunia pada masa kini.
.0 ESYUARAT A1LIS RA1A-RA1A
Mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan sebagai
tempat bagi Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang.
Dalam beberapa perkara yang tertentu, seperti pelantikan hakim, Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan Kerajaan supaya mendapatkan nasihat daripada Majlis Raja-Raja
Semua Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Anggota
Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,
seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik oleh
Anggota itu mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri.
Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Anggota Majlis Raja-Raja bagi
maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-

Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai
keistimewaan Raja-Raja. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis
Raja-Raja. Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Y.A.B. Perdana
Menteri sebagai penasihat Baginda (http://www.arkib.gov.my/majlisraja) .
.1 Pengerusi esyuarat
Pengerusi Bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Adalah Dipegang Oleh Kesemua Sembilan Raja
Melayu Secara Bergilir-Gilir. Manakala Pemangku Raja adalah dikecualikan dari menjadi
pengerusi.
. Kekerapan esyuarat
Mesyuarat lazimnya diadakan tiga kali setahun tetapi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
hendaklah memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja apabila dikehendaki berbuat demikian oleh
Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis ataupun tidak
lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan juga
bilamana berlaku kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-
Pertuan Agong.
. Penasihat
Semua Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri hadir sama selaku penasihat kepada
Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.
. Setiausaha esyuarat
Pegawai yang menjadi Setiausaha kepada Majlis Raja-Raja yang juga dikenali sebagai
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Beliau dilantik oleh Majlis Raja-Raja mengikut Seksyen 4
dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.


.5 Tempat esyuarat
Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja terletak bersebelahan dengan Balairong Seri, Istana Negara.
Bilik ini khas digunakan sebagai Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Kekerapan Mesyuarat
Majlis Raja-Raja ialah tiga kali setahun. Bilik ini juga digunakan bagi Mesyuarat Khas Majlis
Raja-Raja, seperti urusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan
Agong dan Mesyuarat Khas yang diadakan atas permintaan Yang di-Pertuan Agong atau atas
permintaan sekurang-kurangnya tiga (3) orang Ahli Majlis Raja-Raja yang membolehkan
Mesyuarat Khas dipanggil bagi membincangkan isu-isu tertentu. Bilik Mesyuarat Majlis Raja-
Raja di Istana Negara atau di tempat-tempat lain setelah dipersetujui oleh Majlis. Mesyuarat
Majlis Raja-Raja juga pernah diadakan di luar Istana Negara.
.6 Urus Setia
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia (Majlis Raja-Raja).
5.0 KUASA A1LIS RA1A-RA1A
Selain dari kuasa yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan dalam
sejarah Malaysia pada 1983, pindaan untuk memindahkan kuasa mengisytiharkan darurat
diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun pindaan itu ditolak oleh Majlis
Raja-Raja. Sebagai komprominya, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan rang
undang-undang ke Dewan Rakyat untuk dipertimbangkan semula. Pindaan Perlembagaan 1994
juga tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
Kuasa raja melantik menteri besar merupakan kuasa Iormal sahaja. Tetapi dalam keadaan tidak
menentu seperti di Perlis dan Perak pada 2008, kuasa raja akan menjadi sangat signiIikan. Begitu
juga di Terengganu dalam perlantikan Menteri Besar Terengganu pada tahun 2008.



6.0 PEILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN TIALAN
Bila membicarakan berkenaan Majlis Raja-Raja kita tidak dapat tidak akan mambincangkan
juga mengenai Yang di-Pertuan Agong. Malaysia bukanlah kerajaan beraja, tetapi Malaysia
mempunyai Raja atau Yang di-Pertuan Agong. Apa yang menarik dan unik ialah, Yang di-
Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam
Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja. (Abdul
Aziz Bari : 2002: 159)
6.1 Proses Pemilihan
Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberikan kertas undi kepada setiap
Raja, dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu
nama sahaja) adalah sesuai/tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Calon mestilah
mendapat majoriti 5 undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan
menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda. Jika Raja yang berjaya
tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti, maka proses
pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua
dalam senarai kekananan untuk diundi. Proses hanya akan selesai selepas baginda menerima
tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan baginda
sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.

6. 1awatan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong
Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong agak penting juga, tetapi kerana jawatan ini
dibayangi oleh jawatan Yang di-Pertuan Agong, maka institusi dan pemegang jawatan itu tidak
begitu diketahui oleh orang awam. Timbalan Yang di-Pertuan Agong biasanya lebih dikenali

sebagai Raja negerinya daripada sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Timbalan hanya
penting apabila baginda melaksanakan Iungsi Yang di-Pertuan Agong, samada semasa ketiadaan
Yang di-Pertuan Agong atau semasa Yang di-Pertuan Agong tidak dapat melaksanakan
Iungsinya atas sebab kesihatan atau tidak berkemampuan. Selain itu, Perlembagaan tidak
memberikan Timbalan kedudukan yang lebih tinggi daripada Raja-Raja lain. Dengan sebab
memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, kedudukan Raja berkenaan tidak
dianggap melebihi Raja yang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan
Terengganu yang hanya mendahului Sultan Selangor dan Pemangku Raja Perlis dari segi
kekananan. Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan dalam perkara 33
Perlembagaan Persekutuan.
6. Selepas Tamat Urusan Pemilihan
Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan
menghantar surat mengenai mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan
Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan
akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-
Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh
menjalankan tugas-tugas rasmi selepas baginda menandatangani sumpah jawatan dalam satu
istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan
ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi-
saksi.
Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan
dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan Iungsi dalam tiga cabang Kerajaan
iaitu EksekutiI, Perundangan dan Kehakiman.

.0 KESIPULAN
Satu perkara menarik yang perlu diketahui umum, hanya Majlis Raja-Raja di Malaysia inilah
satu-satunya yang wujud di dunia pada masa kini, di mana pemuaIakatan di antara Raja-Raja
Melayu serta pihak kerajaan yang dipilih melalui prinsip demokrasi berparlimen dapat
bermuaIakat demi memastikan Negara kita Malaysia sentiasa berada dalam keaadaan harmoni
dan makmur. Majlis Raja-Raja juga merupakan kaedah semak dan imbang kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, selain memberi nasihat dan pandangan dari semasa ke semasa
dan ini membuktikan jalinan muhibah antara semua Raja-Raja Melayu erat ibarat satu
keluarga.

Sesungguhnya, kita tidak akan sedar betapa berharga tradisi Majlis Raja-Raja yang kita warisi
ini hinggalah kita kehilangannya. Sukar dibayangkan jika disaat tradisi yang perlu
dipertahankan ini hilang maka ketika itu sudah terlewat untuk kita melakukan sesuatu.
Majlis Raja-Raja yang telah sekian lama mempertahankan hak dan kedaulatan orang-orang
Melayu, malah tidak mengenepikan hak kaum lain, wajar disanjung dan dipertahankan
bersama. Janganlah antara kita berbalah dengan mempertikaikan Iungsi dan tanggungjawan
yang dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja ini sebaliknya kita renung kembali semua jasa dan
amanah yang telah dilaksanakan selama ini dimana hasilnya, hendaklah kita syukuri. Kini
tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia ialah memberikan kesetiaan kepada raja dan
Negara sepertimana ikrar kita dalam prinsip Rukun Negara kedua.


RU1UKAN

Abdul Aziz Bari (2002) Maflis Rafa-Rafa. Kedudukan Dan Peranan Dalam
Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman & Zaini Othman. (2007 ) Kamus Sains Politik.
Politik Perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Reduan Aslie (2004) Panduaan Dan Rufukan PTK Polis.
Kuala Lumpur: Red One Network
Mohd Foad Sakdan (1997) Pengetahuan asas politik Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Perlembagan Persekutuan
http://www.arkib.gov.my/majlisraja
http://www.malaysianmonarchy.org.my










LAMPIRAN
















BILIK MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA












PERUNTUKAN PERLEAGAAN
Fungsi ajlis Raja-raja

Majlis Raja-Raja menjalankan Iungsinya bagi
(a) memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan
Jadual Ketiga;
(b) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara
agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh;
(c) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang dan membuat atau
memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang di bawah Perlembagaan ini dikehendaki
diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja atau dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding
dengan Majlis Raja-Raja;
(d) melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;
(e) memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau
meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,
dan boleh menimbang teliti soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan tentang dasar
imigresen) dan apa-apa perkara lain yang diIikirkannya patut.
Perkara (
Penasihat Raja-raja Semasa esyuarat ajlis
Apabila Majlis Raja-Raja menimbang teliti perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan
Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain serta Yang di-Pertua-
Yang di-Pertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka
Penimbangtelitian itu adalah antara Iungsi yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong
mengikut nasihat Jemaah Menteri, dan oleh Raja-Raja yang lain serta Yang di-Pertua-Yang di-
Pertua Negeri itu mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan mereka.
Perkara (
Kuasa Veto ajlis Raja-raja erkaitan Pindaan Perlembagaan
Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan
atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Perkara (
Peranan ajlis Raja-raja Sebagai Pelindung Agama Islam, angsa elayu dan Anak
Negeri Negeri Sabah dan Sarawak.
Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar yang
menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153.
Perkara (5
Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah
kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
Perkara 15 (1
Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja
sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan

oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak,
keistimewaan, prerogatiI dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah
tersentuh dan tercacat.
Perkara (
Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah
masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai
Ketua agama Islam di Negeri itu.
Perkara (
Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui
undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam
dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-
perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
Perkara (5
Kuasa Raja-raja ertindak engikut udi icara ereka
Anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa prosiding
yang berhubungan dengan Iungsi yang berikut, iaitu:
(a) memilih Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya,
atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong;
(b) memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan;
(c) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang yang mengubah
sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau
kebesaran Raja-Raja;
(d) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara
agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh;
(e) pelantikan anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau
(I) memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau
meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.
Perkara (6










DURAR KALI PERTAA


Gambar DURBAR pada pertama kali diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897

You might also like