You are on page 1of 4

LCGC nAkI kLMLkDLkAAN MALASIA

2000 2011
Nur Fathiah Adila Muhammad Fadhlullah
6 Munsyi
SK Puncak Alam 2


2000-2006
Keranamu Malaysia
Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang
budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan
fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran
serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna biru
dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan
sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana
Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas
dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup didalam keadaan
aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning
dan putih berbentuk objek manusia melambangkan tiga
kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah
tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur,
rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan
kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia.
Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan
kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarkan
melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk "V
yang bermaksud vision atau wawasan.

2007
Malaysiaku Gemilang

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang
berkibar yang merupakan bendera kebanggaan rakyat
Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat
kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih
digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk
bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia
menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini
sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di
hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga
raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada
stigma itu diletakkan lima titik di hujungnya yang
bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi
amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah
bulat yang 'italiclslanted' ke kanan. Bentuk ini adalah
dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang
dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai
kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat
Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai
nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia
kemerdekaan.

2008
Perpaduan Teras Kejayaan
Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura yang
saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat
melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'. 3 ikatan
figura manusia saling berganding bahu menunjukkan
rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam
menjaga keamanan dan memajukan Negara. 3 rupa
bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah
mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi
menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam
perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih
simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru
melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-
kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula
melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong.
Ianya juga membawa maksud warna
kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat
Malaysia.

2009
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu
masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat
Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan
Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling
bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan
menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.










2010
1Malaysia Menjana Transformasi
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan
Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1
Malaysia. Melambangkan Visi Negara iaitu untuk
mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan
mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan
Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan
rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat,
berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina
satu Negara Bangsa.

2011
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu
masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat
cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan
Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling
bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan
menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

You might also like