Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
contoh teks ucapan

contoh teks ucapan

Ratings: (0)|Views: 109 |Likes:
Published by Juwairiah Abdullah

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Juwairiah Abdullah on Oct 31, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/30/2012

pdf

text

original

 
Nota Ucapan TMDN Sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan CemerlangJabatan Imigresen Malaysia 2010
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia1. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa kerja majlis kerana dapat saya turut
 
serta bagi memeriahkanMajlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2010 Jabatan Imigresen
 
Malaysia.2. Istilah cemerlang yang ingin diterapkan didalam penjawat awam adalah merujuk kepadasumbangan dan pengorbanan kita yang sanggup bekerja lebih dari kebiasaan dengan berteraskan
 
matlamat untuk meningkatkan prestasi dan tahap kerja kepada perkhidmatan awam.3. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dipilihdan dianugerahkan perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2010. Saya harap tuan-tuan dan puan-puan
 
sekalian meneruskan usaha untuk sentiasa cemerlang dengan meningkatkan keupayaan pengetahuan,kreativiti diri dan usaha. Segala usaha yang dijalankan adalah bagi memastikan penyampaian
 
perkhidmatan kerajaan dapat memberikan dan mempermudahkan urusan kerajaan apabila berurusan.Kepada mereka yang tidak menerima anugerah pada kali ini, tidak bermakna mereka tidak cemerlang
 
kerana Anugerah Khidmat Cemerlang ini ditentukan kuotanya iaitu 8 peratus daripada keseluruhankakitangan. Oleh yang demikian, kita semua terutamanya warga Jabatan Imigresen Malaysia perlulahbekerja bersungguh-sungguh dan memberi komitmen dalam meningkatkan produktiviti dan kualitikerja. Sebelum melangkau jauh ucapan saya ini, tidak terlewat bagi saya menyampaikan tahniah dansyabas kepada Jabatan Imigresen Malaysia khasnya Caw. KLIA, Sepang kerana telah berjayamerangkul Anugerah Perkhidmatan Imigresen Terbaik Lapangan Terbang Dunia tahun 2011oleh pihakSkytrax di Denmark awal April yang lalu. Saya difahamkan bahawa Jabatan Imigresen telah dua (2)
 
kali berturut- turut iaitu sebelum ini 2010 telah memenangi anugerah tersebut. Hal inimembanggakan kami di Kementerian Dalam Negeri secara amnya. Perkhidmatan yang terbaik dan
 
cemerlang hendaklah diberikan kepada setiap anggota perkhidmatan awam khususnya JabatanImigresen.4. Dalam hidup kita sentiasa dilumbai orang, dalam pertaruhan kita dilumbai, dalam berkhidmat kitadilumbai dan dalam mencapai sesuatu pun kita dilumbai. Kadangkala kita berasa bahawa keadaandalam perkhidmatan kita itu statis atau tidak perlu lagi kita tokok, ini adalah pendirian yang tidakpositif. Hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini, bulan depan tentu lebihcemerlang dan tahun depan lebih baik pada bulan ini. Ini mesti kita taruh dalam diri kita. Setiap kalikita menerima ganjaran dari kerajaan ada ertinya dalam diri penerima. Dalam kita mengejar
 
produktiviti, modal insan yang berpengetahuan tinggi hendaklah dimiliki oleh setiap organisasi
 
samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial.Bak kata orang lama-lama:-Kalau mencari Bukit DawaiPertama Teluk kedua pantaiKalau mencari para pegawaiPertama elok kedua pandaiPandai yang saya maksudkan bukannya pandai membodek atau sikap negatif tetapi memiliki satuaura atau kebolehan yang berguna kepada Jabatan dan kerajaan secara total.5. Kita amat memerlukan ramai warga yang mempunyai budaya kerja cemerlang dan mengutamakanrakyat dalam setiap langkah, perbuatan, tutur kata dan isyarat. Ianya bagi memastikan perlaksanaan
 
transformasi total yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri dapat direalisasikan. Menerusi gagasan1Malaysia:Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, pelbagai wacana telah direncanakan dengan
 
begitu rapi oleh kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi.Kesemua ini adalah berpaksikan kepada kepentingan rakyat dan berasaskan prestasi yang menjadinadi utama perjuangan kerajaan pada ketika ini. Oleh itu, kita memerlukan penyertaan dari segenaplapisan masyarakat khususnya warga Jabatan Imigresen bagi memastikan kesinambungankejayaannya.6. Bagi mengambil cue YAB Perdana Menteri ini, sewajarnya kita menilai setiap perancangan dan
 
proses kerja kita, samada kita benar-benar mendahulukan rakyat seperti memudah cara proses kerja,layanan serta tidak mendapatkan kemudaratan kepada mereka. YB. Menteri Dalam Negeri telah
 
mengutarakan kepada Dato‟ Ketua Pe
ngarah Imigresen mengenai hal ehwal kebajikan PegawaiImigresen semasa pembentangan Program Transformasi Imigresen pada bulan Februari 2011 yang
 
lalu.7. Tidak semua pekara baik yang dilakukan oleh jabatan dan kerajaan akan disiarkan didalam mediamassa, tetapi dalam landskap perubahan ini, kita perlu memanfaatkan saluran-saluran yang padafikiran saya maklumat akan sampai dengan cepat, berinformasi dan tepat.8. Kita semua perlu sedar bahawa agensi-agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri hendaklah
 
bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sebagai contohnya, Jabatan Imigresen merupakansebuah jabatan yang saya rasa mempunyai imej dan kedinamikan yang tersediri berbanding agensi-
 
agensi lain, we can‟t run bussines as usual, sebaliknya kita bersedia untuk menga
mbil pendekatan
 
berbeza bila situasi memerlukan sesuai dengan peredaran semasa. Kotak pemikiran kita perlu
 
dimomentumkan supaya tidak bekerja dengan cara statik tetapi pemikiran inovatif hendaklah dibuatagar setiap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan mendatangkan kepuasan dan menjadi
 
buah mulut masyarakat sesuai dengan konsep “merakyatkan perkhidmatan Imigresen” .
 Para hadirin yang saya hormati sekalianPERKHIDMATAN CEMERLANG9. Perkhidmatan cemerlang yang dimaksudkan dalam perkhidmatan awam merupakan perkhidmatanyang diberikan oleh seseorang anggota awam yang mutu dan penghasilannya melebihi daripada
 
tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Perkhidmatan yang diberikan itu boleh dijadikan contoh danikutan serta memberi pengaruh yang menggerakkan kecergasan bekerja dan daya usaha anggota
 
awam yang lain10. Walau secanggih mana pun teknologi dan peralatan yang digunakan dalam tugas seharian tidak
 
akan menjamin perkhidmantan yang berkualiti sekiranya ia tidak disertai dengan sikap positif dankomitmen yang bersungguh dari warga Jabatan. Oleh itu, majlis seperti ini diharap dapat
 
menyedarkan semua yang hadir bahawa kecemerlangan sesebuah jabatan berada di bahuanggotanya. Peranan dan tanggungjawab ini perlu sama dipikul.11. Saya berpendapat untuk cemerlang kita tidak ada alternatif melainkan untuk bersaing dengan
 
secara sihat. Kita bersaing bukan kerana kita mahu mengekalkan apa yang sedang dicapai tetapi kitaterus memacu ke hadapan daripada apa yang sedang kita capai pada masa ini.
 
12. Suka saya ingatkan bahawa tugas sebagai penjawat awam merupakan satu amanah.Tanggungjawab yang dipikul oleh kita semua sebagai penjawat awam tidak memadai sekiranya kerja
 
yang dilakukan sekadar kata pepatah “ melepaskan batuk ditangga ” kepada perkhidmatan berkualiti
tinggi.Tuan-tuan/puan-puan sekalian,PERKHIDMATAN BERKUALITI
13. Jabatan Imigresen Malaysia berteraskan slogan “Perkhidmatan Berkualiti dan Berintegriti” 
hendaklah diamalkan oleh semua warga perkhidmatan awam, pasti akan dapat menghasilkan outputkerja atau perkhidmatan yang berkualiti. Sistem pengurusan kualiti berteraskan budaya kerja

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->