You are on page 1of 10

1

Nama : Stanley anak Jelani Nombor matrik : 25154 Program : Animasi Tajuk kajian : Kepahlawanan Rentap mempertahankan Bukit Sadok dalam komik digital.

Page1

1.0 Kepahlawanan Rentap mempertahankan bukit Sadok dalam komik digital.

1.1 Latar belakang kajian. Kajian ini adalah berkaitan dengan seorang lagenda ataupun pahlawan di Sarawak iaitu Libau atau nama gelarannya Rentap dalam bentuk komik digital. Digital komik telah diperkenalkan di barat pada awal tahun 1985 iaitu komik bertajuk Shatter yang dihasilkan oleh Mike Saenz. Setelah daripada revolusi komik yang dibuat olehMike Seanz terdapat banyak syarikat yang memperlopori bidang seperti Marvel Comic dan DC comic. Pelbagai siri komik digital yang dihasilkan termasuklah siri komik popular seperti Batman, Ironman, Spiderman, Superman dan Ground Zero. Nama Rentap memang tidak asing lagi di kalangan rakyat di Sarawak dan di Malaysia amnya. Kepahlawanan Rentap menentang penjajahan James Brooke pada kurun ke-19 di Sarawak turut dicatatkan di dalam beberapa kajian oleh pengkaji yang menyelidik pemerintahan Brooke di Sarawak. Antaranya, Jacob menyebut Rentap sebagai (a powerful Sakarran chief).Seterusnya, Reece (2004) pula menyifatkan Rentap sebagai pemimpin Dayak yang sangat berkuasa di Ulu Ai. Seterusnya James Brooke mengatakan one admires these fellows fighting for their independence, and in defence of customs of their forefathers Tarling (1982). Berdasarkan buku yang diterbitkan oleh Chang Pat Foh (2002) History of Bidayuh in Kuching Division, Sarawak, beliau mengatakan penentangan Rentap terhadap Brooke dianggarkan bermula pada tahun 1844 sehingga tahun 1856. Brooke melabelkan Rentap dan pengikutnya sebagai lanun pada awal penentangan Rentap di sekitar Sungai Skrang. Keppel (1846:197) dalam ekspedisinya menaiki kapal perang H.M.S. Dido memberi gambaran tentang orang Iban, sekumpulan masyarakat (Iban) di kawasan Saribas dan Skrang yang terletak di kawasan Tanjung Sipang dan Tanjung Sirak merupakan komuniti masyarakat yang kuat dan selalu merompak serta melakukan kekerasan dan pembunuhan (ngayau). Pelbagai label yang diberikan oleh Brooke terhadap Rentap menimbulkan kemarahannya. Pelbagai siri serangan dilakukan oleh Brooke terhadap Rentap dan pengikutnya. Hal ini mengakibatkan Rentap dan

Page2

pengikutnya terpaksa melarikan diri ke Bukit Sadok dan membina kubu dan penempatan disitu.

Setelah berjaya melawan tekanan yang diberikan oleh Brooke Rentap dan pengikutnya melakukan beberapa siri serangan balas terhadap Brooke termasuklah perang di Kerangan Peris dan serangan Rentap terhadap kapal Alan Lee, iaitu salah seorang pegawai Brooke yang mentadbir di Lingga. Dalam dua siri peperangan ini Rentap telah berjaya dan hal ini membakar semangatnya untuk menentang penjajahan Brooke. Kemenangan Rentap ini menyebabkan Charles Brooke ditempatkan di Lingga. Charles Brooke telah merancang untuk melancarkan tiga siri ekspedisi menyerang Rentap Ekspedisi Sadok Pertama pada 1857, Ekspedisi Sadok Kedua pada 1858 dan Ekspedisi Sadok Ketiga pada 1861 (Chang Pat Foh 2006:24-29, Haji Buyong Adil 1974: 65-66; Hahn 1953: 179). Berdasarkan catatan Baring-Gould dan Bampfylde (2007: 200201), Ekspedisi Sadok Ketiga adalah ekspedisi serangan secara besar-besaran yang dilengkapi oleh alat senjata berat dan angkatan tentera Charles Anthoni Johnson ke atas kubu Rentap di Bukit Sadok bermula pada 16 September 1861. Ekspedisi Charles Anthoni Johnson kali ini mengambil masa dua belas hari. Pada 28 September 1861, dinding kubu Rentap yang kukuh telah retak dibom meriam 12-pounder. Rentap dan pengikutnya yang terselamat itu telah melarikan diri ke Entabai, Kanowit. Namun penentangan Rentap telah berakhir dengan beliau meninggal dunia di situ beberapa tahun selepas itu.

Page3

1.2 Permasalahan kajian

Permasalan kajian yang timbul daripada kajian ini adalah:

1) Harga yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar komik digital mahal. 2) Kurang interaksi antara komik digital dan audien. 3) Masyarakat kurang pendedahan berkenaan dengan sejarah Rentap. 4) Tiada medium yang sesuai untuk menyampaikan sejarah perjuangan Rentap.

1.3 Objektif

Objektif kajian adalah untuk:

1) Menyampaikan cerita sejarah perjuangan Rentap menentang penjajahan Rajah Brooke di Sarawak. 2) Mengkaji sejauh mana keberkesanan komik digital sebagai medium untuk menyampaikan perjuangan Rentap. 3) Menghasilkan cerita Rentap dalam komik digital. 4) Menvalidasi medium baru untuk menyampaikan sejarah.

Page4

1.4 Hipotesis

Komik digital adalah bersifat interaktif, dinamik,visual ilustari yang menarik, penggunaan audio, teks bergerak dan sedikit pergerakan seperti animasi 2 dimensi berbanding komik biasa yang statik mengajak pembaca atau audien untuk mendalami cerita yang ingin disampaikan. Penceritaan yang disampaikan mampu menarik minat audien dengan adanya aplikasi, audio dan ilustrasi yang ditambah pada komik digital mampu menambah mood audien untuk memahami cerita yang ingin disampaikan.

Rentap merupakan seorang perwira yang berani dan gagah. Kebangkitan Rentap dalam memperjuangkan bangsanya daripada dijajah Rajah Brooke telah tercatat di dalam sejarah Negara Malaysia dan beberapa buku dari barat yang ada menyatakan tentang perjuangan Rentap menentang Rajah Brooke contohnya The Growth ofLiterature: The Oral Literature ofThe lban or Sea Dyak of Borneo yang ditulis oleh Tom Harrisson3, Anthony Richards, J. Derek Freeman, Erik Jensen dan A.B. Ward serta H. Munro dan Nora Kershaw Chadwick (1968). Walaupun telah dibukukan dan terdapat banyak penulisan tentang Rentap di dalam artikel dan juga jurnal tetapi cara penyampaian ini tidak begitu menarik minat untuk membaca kerana terdapat pembaca yang lebih suka untuk melihat visual di dalam pembacanya. Komik digital amat sesuai untuk mempertontonkan sejarah dengan adanya visual, teks, audio, ilustrasi dan gambar.

1.5 Skop kajian

Skop kajian adalah di sekitar Sarawak seperti di Muzium Sarawak, Pustaka Sarawak, Unimas Sarawak, dan audien didalam lingkungan umur 15-25 tahun di sekitar Kuching. Selain itu skop kajian adalah di sekitar bahagian Entabai Julau, kubu Rentap di Bukit Sadok dan Wak Pakan, Ulu Entabai serta kawasan Hulu Kanowit.

Page5

2.0 Kajian lepas

2.1 Kajian lepas tentang Rentap oleh Low kok on

Didalam kajian Low Kok On beliau mengatakan Rentap tersohor sebagai seorang wira rakyat Iban yang menentang pemerintahan Raja Brooke di Sarawak pada kurun ke-19. Beliau bersama pengikutnya memberikan tentangan hebat atas rancangan perluasan wilayah keluarga Brooke di sekitar Sungai Sekrang. Kehebatan Rentap ditonjolkan melalui semangat juang ibarat biar putih tulang, jangan putih mata. Jadi, tidak hairan mengapa kisah kehebatan Rentap disebarkan dari mulut ke mulut dalam kalangan penduduk tempatan di Sarawak.

2.2 Kajian lepas tentang komik digital

Kemunculan komik digital adalah adalah pada tahun 1985 iaitu komik bertajuk Shatter yang dihasilkan oleh Mike Saenz. Kemunculan komik digital adalah hasil revolusi komik majalah kepada komik digital. Pada asalnya komik majalah hanya mengandungi cerita yang mengguna kartun sebagai pengantara untuk menyampaikan cerita serta penggunaan teks untuk menunjukkan komunikasi dan interaksi antara karakter untuk menghidupkan sesuatu jalan cerita yang ingin disampaikan. Pada tahun 1930 komik majalah yang dihasilkan meliputi banyak subjek dari perang, sains fiksyen, komedi, politik dan subversif untuk bahan bacaan sekolah dan keluarga. Pada zaman teknologi ini penciptaan komik digital telah mencapai tahap yang lebih maju dan terdapat banyak aplikasi yang boleh membantu untuk menghasilkan sesuatu komik digital. Terdapat beberapa kaedah penciptaan komik digital. Salah satunya adalah penggunaan tekanan grafik tablet sensitif dan program komputer grafik. Selain itu terdapat juga teknik yang menggabungkan 2 dimensi dengan 3 dimensi di dalam penghasilan komik digital.

Page6

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak 94300 Kota Samarahan Sarawak PROJEK TAHUN AKHIR Kepahlawanan Rentap mempertahankan bukit Sadok dalam komik digital.

Soal selidik

BAHAGIAN A: Latar Belakang Responden. Sila tandakan ( / ) di dalam ruang yang disediakan. 1. Tempat Tinggal Asal: Bandar 2. Jantina: Lelaki Perempuan Luar Bandar

3. Umur: 15 25 25 dan ke atas

Page7

BAHAGIAN B: Pengetahuan Responden Mengenai kepahlawanan Rentap mempertahankan Bukit Sadok Arahan: Sila tandakan ( / ) di dalam ruang yang disediakan. Setiap responden diminta hanya memilih satu jawapan sahaja untuk setiap soalan di dalam borang soal kaji selidik ini.

1. Adakah anda mengetahui tentang kepahlawanan Rentap mempertahankan bukit Sadok. Ya Tidak 2. Adakah medium penyampaian sejarah seperti buku, jurnal, majalah dan risalah pada masa ini sesuai untuk menyampaikan sejarah dengan berkesan? Ya Tidak

3. Adakah anda merasai komik digital merupakan satu medium yang sesuai digunakan untuk mengaplikasikan kepahlawanan Rentap mempertahankan Bukit Sadok? Ya Tidak

BAHAGIAN C: Cadangan Spesifikasi Sila bulatkan nombor yang disediakan berdasarkan pendapat anda. 1 - Sangat Tidak Bersetuju 2 - Tidak Bersetuju 3 - Neutral 4 - Setuju 5 - Sangat Bersetuju 1. Medium yang sesuai digunakan untuk mengaplikasikan kepahlawanan Rentap mempertahankan Bukit Sadok. a. b. c. d. e. Dokumentari Animasi 2D/3D Komik digital Buku Risalah 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5

Page8

2. Bentuk yang sesuai digunakan untuk menyampaikan informasi tentang sejarah kepahlawan Rentap mempertahankan Bukit Sadok. a. Buku b. Surat Khabar c. Animasi 1 1 1 2 2 2 3 3 3 4 4 4 5 5 5

3. Warna yang sesuai digunakan dalam komik digital:

a. Hitam dan Putih b. Warna-warni c. Monokromatik

1 1 1

2 2 2

3 3 3

4 4 4

5 5 5

4. Bentuk cerita yang lebih menarik perhatian atau keberkesanan kepada golongan masyarakat. a. Cerita komedi b. Cerita sedih c. Cerita thriller 1 1 1 2 2 2 3 3 3 4 4 4 5 5 5

5. Penggunaan kesan khas grafik, visual, teks, ilustrasi dan warna yang membantu dari segi. a. b. c. d. e. Interaksi Komunikasi Pemahaman Jalan cerita Mood audien 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5

Page9

10

Rujukan kajian

-Low Kok On, Ph.D. Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation, 2010. E-mail: lowkokon@ums.edu.my. -Benedict Sandin, The Sea Dayak of Borneo Before The White Rafah Rule, 1967. -Chang Fat Foh, Hero and Legends ofThe Land of Hornbill 1997 dan Legends and History of Sarawak, 1999. -http://www.enotes.com/topic/Shatter_digital_comic -http://en.wikipedia.org/wiki/Comic_book -http://www.thecomicbooks.com/old/Platinum.html -http://www.britannica.com/EBchecked/topic/81206/Sir-James-Brooke -http://www.britannica.com/EBchecked/topic/359754/Malaysia/52561/The-impactof-British-rule -http://www.encyclopedia.com

Page 10

You might also like