You are on page 1of 3

Pengajaran ialah satu aktiviti atau proses berkaitan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu.

Ia meliputi perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Menurut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui pemerolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Beliau berpendapat, di dalam proses pengajaran, aktiviti latihan atau pelaziman adalah satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar. Manakala, teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi adalah digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru.

Disini akan diterangkan tentang beberapa strategi dan pendekatan yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Strategi yang pertama ialah strategi pemusatan guru. Strategi ini melibatkan guru yang memainkan peranan yang utama.

Seterusnya ialah berkenaan dengan strategi berpusatkan murid. di bawah strategi ini, murid memainkan peranan yang utama. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P&P dan guru hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu. Perkara yang menajdi pertimbangan asas semasa menggunakan strategi ini adalah kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan sumbangsaran. Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

Strategi pengajaran yang berikutnya ialah strategi pemusatan bahan. Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan alat bantu mengajar (ABM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan ABM tersebut ketika proses P&P dijalankan. Ia bertujuan supaya proses P&P

menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan ABM yang sesuai. Seterusnya ialah penerangan tentang pendekatan yang digunakan dalam proses P&P. Terdapat tiga jenis pendekatan iaitu induktif, deduktif dan elektif. Pendekatan induktif melibatkan aktivit mengumpul dan menafsir maklumat-

maklumat, kemudian membuat kesimpulan. Dalam penggunaan kaedah ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian kesimpulan yang diberikan. Di dalam situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif ini, guru boleh mengemukakan contoh yang khusus, diikuti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting. Semasa menjalankan aktiviti P&P, guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu. Guru hanya membimbing murid melalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh yang kemukakan. Kelebihan pendekatan induktif ini ialah murid melibatkab diri secara aktif, bersifat saintifik, menggalakkan murid berfikir dan ia berpusatkan murid. Namun, terdapat juga kelemahannya iaitu sukar mendapatkan kerjasama daripada murid-murid, menggunakan banyak masa apabila murid-murid diminta memberikan contoh, membebankan tugas guru kerana banyak persediaan harus dilakukan dan

You might also like